Adudu
Pada suatu hari yang tenang, Fang dan Gopal sedang menikmati air chocolate special di kedai Tok Aba, Kokotiam. Air chocolate itu membuatkan mereka berdua rasa tenang dan paling penting sekali, ianya menyegarkan tekak mereka yang sedang dahaga itu. Air chocolate itu dipenuhi dengan ais-ais sehingga menjadi penuh gelas mereka. Bukan itu sahaja, waffle dan ice cream vanilla menjadi pembuka selera mereka. Betapa sedapnya merasai waffle yang gebu itu dan keranggupan pada luarannya. Semuanya sangat tenang tetapi ketenangan itu diganggu oleh seekor alien yang bernama Adudu
"Mana Boboiboy? Aku tengah cari budak Boboiboy tu"
Fang dan Gopal bertentangan mata ketika itu. Mereka terfikir benda yang sama untuk kenakan Adudu. Sang alien berkepala kotak itu sedang tuju pistolnya ke arah mereka berdua
"Hah? Boboiboy? Siapa tu?" kata Fang sambil garu-garu kepala. Dia berpura-pura tidak kenal Boboiboy
"Dey, kau mimpi ke apa? Mana ada budak nama Boboiboy dekat Pulau Rintis ni"
"Betul kata Gopal" Fang angguk sahaja tanda setuju "Kau ni Adudu. Kepala dah tak betul tu. Pergilah berubat sebelum terlambat"
"BILA MASA PULA KEPALA AKU TAK BETUL NI?" marah Adudu
"Sabar encik bos, sabar! Dia orang saja nak kenakan encik bos"
"Aku mana boleh sabar!" jawab Adudu kepada Probe "Takpe takpe. Kalau korang tak nak jawab, aku boleh cari kawan korang yang lain. Yaya dan Ying pasti akan beritahu aku dimana Boboiboy berada sekarang ini!"
"Pergilah tanya" jawab Fang dengan suara malas dia "Itu pun kalau tak kena belasah dengan dia oranglah" Lalu dia minum air chocolate dengan hati yang tenang
"Baiklah, aku akan pergi soal Yaya dan Ying. Aku akan datang lagi selepas sahaja aku selesai belasah Boboiboy!"
"Ok! Kami tunggu!" kata Fang dan Gopal secara serentak
Adudu dan Probe beredar dari situ. Mereka terus mencari Yaya dan Ying dengan harapan mereka dapat bertemu dengan Boboiboy secepat mungkin. Adudu tidak sabar untuk gunakan senjata canggihnya ke atas Boboiboy. Dia yakin, senjata terbarunya dapat kalahkan Boboiboy dan rampas jam kuasa dari sang adiwira itu. Senjata dia dapat membuatkan seseorang itu terbaring kaku selama-lamanya. Dia sudah uji senjata itu ke atas Probe. Kasihan Probe, dia ditinggal oleh Adudu dalam keadaan kaku dalam masa 24 jam. Dia hanya dapat kembali bergerak apabila Adudu berikan tembakan keduanya. Lalu mereka terserempak dengan dua orang gadis. Yaya sedang membawa biskutnya di dalam sebuah bakul rotan. Manakala Ying, pula sedang ceritakan sesuatu kepada kawan baiknya. Adudu mengambil peluang untuk mengugut mereka berdua agar memberitahu dimana Boboiboy berada sekarang ini
"MANA BOBOIBOY? BERITAHU AKU!" Adudu terus terjah mereka secara mengejut. Dia acukan senjatanya ke arah mereka berdua "JAWAP SOALAN AKU CEPAT!"
"LANGSUNG TAK TEGUR KAMI SECARA BAIK! RASAKAN!" marah Yaya "INI MAIN TERJAH JEA!"
Tidak sampai 10 minit, Adudu dibelasah teruk oleh Yaya dan Ying. Mereka kelihatan marah dengan Adudu tetapi senjata sang alien itu sempat diselamatkan oleh Probe. Lalu Yaya dan Ying beredar dari situ selepas sahaja mereka berpuas hati dapat belasah Adudu
"Apalah si Adudu. Bukannya nak bagi salam pun. Ini tidak, terus terjah kita orang"
"Tahu takpe Yaya" kata Ying sambil jalan disebelah Yaya "Si kepala kotak tu bila nak jadi alien sopan-santun? Asyik nak cari pasal dengan kita aje. Bagus juga kita belasah dia tadi"
"Betul betul!" Yaya angguk kepalanya "Padan muka dia langsung tak dapat jawapan dari kita. Jomlah Ying, kita ke bandar. Aku nak beli bahan-bahan buat biskut resepi baru ok"
"Err... ok" Ying hanya mampu tersengih sahaja. Dia terbayangkan diri dia menjadi tukang rasa biskut resepi baru itu. Mesti pengsan, itu yang difikirkan oleh Ying
Jauh dari situ, Adudu terlantang baring di tepi longkang dengan kesan-kesan luka di badannya. Probe cuba angkat encik bosnya tetapi Adudu seperti lembikkan dirinya
"Encik bos, encik bos. Bangunlah! Kita tidak boleh mengalah!" pujuk Probe
"Betul tu!" Adudu terus bangun dalam kelihatan lebih semangat "Kita harus cari Boboiboy! Aku tidak akan mengalah! HAHAHAHAHA!"
"Tapi.."
"Tapi apa?!" Adudu terus berikan renungan dia kepada robotnya "Tapi apa? Cepat jawab!"
"Tapi encik bos kenalah tanya elok-elok supaya tak kena belasah lagi. Saya tak naklah rasa kasihan dengan encik bos lagi"
"Hmm.. tak payah rasa kasihan dekat diri aku ni" kata Adudu "Tapi kalau aku tanya elok-elok pun, ada ke nak jawab soalan aku dimana Boboiboy berada sekarang ni?"
"Mesti ada punya! Encik bos kena ubah taktik. Tak boleh ugut mereka dengan senjata canggih ni!" Probe berikan senjata canggih itu kepada encik bosnya "Kalau tidak, mesti kena belasah lagi"
"Yelah yelah" Adudu terpaksa ikut cadangan Probe "Kalau tak jadi, aku ketuk kepala kau!"
Mereka merayap disekitar taman permainan agar berharap dapat terserempak dengan siapa-siapa yang mereka kenal. Akhirnya Adudu ternampak seorang budak kecil bernama Rizu. Sang kecil itu sedang berjalan menuju ke taman bunga, untuk ke kedai Tok Aba. Lalu Probe terbang ke arah Rizu
"RIZU!"
"Eh.. abang robot!" Rizu tersenyum melihat kedatangan Probe
"Rizu ingat lagi yea dekat Probe. Terharu Probe" Dia pura-pura rasa terharu "Oh yea, encik bos saya ada sesuatu nak tanya kepada Rizu"
"Err.." Adudu datang dekat tanpa acukan senjata dia ke arah Rizu
"Apa lagi encik bos, cubalah tanya Rizu secara baik"
"Baiklah" Adudu mengambil semangat untuk bertanya Rizu secara sopan. Dia siap keluarkan lolipop untuk berikan kepada Rizu "Hah, kalau Rizu dapat jawap soalan saya. Nanti saya berikan lolipop ini kepada Rizu" Dia berikan senyuman paksanya
"Lolipop?" Mata Rizu terkebil-kebil melihat lolipop itu
Sedikit lagi tangan Rizu untuk mengambil lolipop itu dari Adudu tetapi tangan sang alien itu ditendang oleh seorang gadisi iaitu Lynna. Tendangan itu amat kuat sekali sehingga membuatkan Adudu terpelanting jauh ke udara. Lalu dia jatuh semula ke atas jalan raya
"Rizu! Lain kali jangan ambil apa-apa dari orang kita tidak kenal" marah Lynna
"ERK?!" Rizu hampir hendak menangis "Ta-tapi Pizu kenal Adudu"
"Yea, kita semua kenal Adudu yang sentiasa ada niat jahat. Dah dah, Rizu ikut akak pergi ke bandar ok. Akak belikan ice cream untuk Rizu sambil kita tunggu Kaizo sampai"
"WAH! HARI NI KAKAK LYNNA BERDATING KE ABANG PAIZO KE?"
Pipi Lynna menjadi merah sedikit tanpa menjawab soalan Rizu tadi. Lalu mereka beredar dari situ dan tinggalkan Adudu terlantang di atas jalan. Kasihan Adudu, nasib malang menimpa dia lagi. Probe terpaksa bangunkan encik bosnya
"Encik bos ok ke?"
"Aku.." Adudu bangun sedikit demi sedikit "Probe, mari sini.." panggil dia secara lemah
"Kenapa encik bos?"
"RANCANGAN KAU TAK BERJAYA!" jerit Adudu kepada robotnya "Kau suruh aku tanya elok-elok tapi kena tendang dengan Lynna tu!"
"Err.. tapi encik bos tak tahu kedatangan Lynna. Lagipun, semua orang tahu encik bos ni alien jahat"
"Hmm.. betul kata kau" Adudu mengeluh sedikit "Tapi takpe, semangat aku masih ada lagi! Mari kita cari si Boboiboy tu!"
Adudu tetap semangat walaupun badan dia penuh dengan kesan luka dan lebam. Dia akan berusaha untuk mencari Boboiboy. Akhirnya dia jumpa seseorang yang sedang menuju ke rumah Boboiboy iaitu Lily
"Hah! Itu buah hati si Boboiboy kan!"
"Yelah encik bos!" kata Probe "Mari kita tanya dia elok-elok dimanakah Boboiboy berada sekarang. Lagipun encik bos akan rasa selamat kali ini kerana Lily tu mana reti belasah orang"
"Betul kata kau!"
Adudu dengan beraninya, dia terus menuju ke arah Lily. Dia sudah siap sedia dengan lolipop supaya dia kelihatan baik dimata sang gadis itu nanti. Adudu turut berjalan sambil tersenyum bangga. Apabila dia tiba di sebelah Lily, dia terus soal dengan sopannya
"Lily, boleh saya bertanya?"
"Wah! Sopannya Adudu. Ni mesti Probe ajar dia supaya jadi bos yang sopan kan? Atau sebenarnya Adudu terkena tembakan sopan? Hmmm..." Lily melihat Adudu dengan penuh curiga "Boleh percaya ke?"
"Mestilah boleh" kata Adudu yang masih tersenyum lagi "Saya nak jadi baik ni. Nah lolipop sebagai bukti kebaikan aku! Muahahahaha!"
"Encik bos ni. Apasal gelak macam tu" mengeluh Probe
"Eh, tak boleh ke aku gelak?"
"Memang tak boleh!" Lily yang jawab "Tapi kalau Adudu cuba hendak menjadi baik, Lily akan terima lolipop ini seikhlas hati DAN LILY AKAN MENGAJAR ADUDU BAGAIMANA HENDAK MENJADI SEORANG ALIEN YANG BAIK! LEBIH BAIK DARIPADA SI LANDAK TU!"
"Hah! Bagus bagus". Selamat kau ni seorang gadis yang baik" puji Adudu
"Hehehe! Lily memang baik pun. LILY ADALAH LILY! BUKAN RATU LILY!" Lily tersenyum bangga di situ
"Alahai, rindu Ratu Lily lah tu" Probe usap kepala Lily yang sedang angguk itu
"Kalau begitu, terimalah lolipop ni sebagai pengubat rindu"
Sebelum sempat Lily menerima lolipop tersebut, tangan Adudu terkena bebola api dari seseorang. Adudu sangkakan Boboiboy sudah muncul tetapi bukan. Kawan baik Lily yang muncul iaitu Bella dan Faye. Disebelah mereka ada sebuah power sphera iaitu Stylobot. Bella sedang memakai gelang bebola apinya. Lalu dia nyalakan sebiji bebola api di tapak tangannya
"Lily! Jangan ambil lolipop tu! Si alien tu bukannya boleh percaya sangat!"
"ERK?!"
Lily terus larikan diri daripada Adudu dan Probe. Lalu dia sorok dibelakang badan Bella
"Adeh, muncul pulak si Bella ni" Kali ini Adudu pula mengeluh "Apa lagi, belasahlah aku"
"Aik, kenapa encik bos terus mengalah?"
"Hmmm.. memelikkan" Lily usap dagunya sambil memikirkan kenapa Adudu rela hati kena belasah "Adakah Adudu sudah membuat keputusan untuk dirinya sebagai mangsa kena belasah tanpa belas kasihan? atau kepala Adudu dah tak betul sebab banyak sangat kena belasah hari ni? Atau sebenarnya ini adalah bukan Adudu yang sebenarnya tetapi alien serupa dengan Adudu?!"
"Dia betul ke tak betul ke, alien lain ke alien sama ke, memang patut nak kena belasah dengan bebola api aku!"
Tanpa belas kasihan, Bella terus melempar beberapa bola api ke arah Adudu. Sang alien itu terima sahaja dirinya sangat malang pada hari itu. Probe tidak sanggup melihat encik bosnya dibelasah begitu. Lalu dia angkut Adudu dan terbang jauh dari situ. Sebelum Probe melarikan Adudu, sang alien itu sudah terkena beberapa bebola api. Kasihan Adudu, separuh badan dia ada kesan-kesan hangus. Bella berpuas hati dapat belasah Adudu dengan bebola apinya. Probe sudah pun berada jauh daripada Trio Huru-Hara. Lalu dia dudukkan encik bosnya di tepi pagar tembok rumah
"Kasihan encik bos" kata Probe sambil lap-lap kesan lebam dan luka dengan sehelai kain "Encik bos pulang sahajalah ke markas kotak. Esok ajelah kita cari Boboiboy tu"
"Tak perlu Probe" kata Adudu. Dia cuba bangkitkan dirinya secara perlahan-lahan "Aku masih lagi kuat dan tiada siapa dapat menghalang kejahatan aku! HAHAHAHAHAHA! Mari Probe, kita cari Boboiboy! Mungkin dia ada dekat rumah"
"Mungkin tapi kalau Tok Aba yang buka pintu, encik bos kenalah soal Tok Aba secara sopan"
"Hmmm... yelah" mengeluh Adudu
Sesudah sahaja mereka sampai di hadapan pintu rumah Boboiboy, sang alien berkepala kotak itu mengetuk pintu tersebut. Lalu pintu itu dibuka oleh seseorang. Bukan Tok Aba, mahupun Boboiboy tetapi Kapten Kaizo yang muncul. Muka Adudu terus menjadi pucat. Dia dan Probe lari lintang-pukang dari situ kerana takut dengan kemunculan Kapten Kaizo
"Siapa yang datang Kaizo?" soal Tok Ada dari dalam rumah
"Si Adudu dan robot badut dia" jawab Kaizo secara serius "Entah apa yang dia orang. Tok Aba, saya pergi dulu"
"Terima kasihlah datang melawat Tok Aba dekat rumah"
"Hmm.. sama-sama" Kaki Kaizo terus melangkah keluar dari rumah itu "Kalau Tok Aba perlukan apa-apa, hubungi sahaja saya"
"Eh, atuk tak nak susah-susahkan kamu tapi terima kasih, Kaizo" Tok Aba berikan senyuman ikhlas dia kepada Kaizo "Lagipun, nanti Boboiboy hantar makanan dekat atuk kejap lagi. Dia tengah beli barang untuk kedai atuk. Entah kenapa dia suruh atuk buka juga kedai Kokotiam tu. Dia cakap dia dan kawan-kawan dia boleh jagakan"
"Eloklah tu Tok Aba. Saya pergi dulu yea. Takut Lynna tunggu lama pula"
Tok Aba tersenyum seorang diri sambil melihat Kaizo melangkah pergi dari situ. Sementara Kaizo dalam perjalanan ke bandar, Adudu sudah terlantar baring diatas jalan. Probe berikan sebotol air kepada encik bosnya. Dia rasa kasihan dengan encik bosnya kerana masih tidak jumpai Boboiboy
"Encik bos balik sahaja. Biar saya cari Boboiboy. Nanti dah jumpa, saya akan hubungi encik bos"
"Hmm.. yelah, aku baliklah" kata Adudu dengan suara kepenatan dia "Apalah nasib aku hari ini. Asyik kena belasah aje tapi yang tak seronoknya, semuanya kena belasah dengan budak perempuan. Selamat kita tak kena belasah dengan Kapten Kaizo" Lalu dia dudukkan dirinya dan ambil sebotol air dari tangan robotnya
"Nasib malang betul encik bos" Probe lap-lap muka Adudu "Jangan risau, saya sebagai robot paling setia dengan encik bos. Saya akan pastikan encik bos dapat kalahkan Boboiboy dan rampas jam kuasa dia!"
"Terima kasih Probe. Kalau begitu, aku balik ke markas kotak dan rehat. Ingat! Jangan hubungi aku jika tak jumpa Boboiboy"
"Baik encik bos!" Probe berikan tabik hormat kepada encik bosnya
Adudu dengan hati yang berat, dia beredar pulang ke markas kotak. Probe pula, dengan penuh semangat, dia terbang pergi mencari Boboiboy. Kehulur-kehilir dia mencari sang adiwira itu tetapi masih tidak jumpa. Adakah memang betul apa yang dikatakan oleh Fang dan Gopal bahawa Boboiboy tidak wujud? fikir Probe. Tidak mungkin, kerana Lily masih tahu kewujudan Boboiboy. Dia harus yakin bahawa Fang dan Gopal hanya permainkan dirinya dan juga encik bos! Probe tidak mudah berputus asa, dia teruskan mencari Boboiboy. Dia terbang semula ke bandar, manalah tahu Boboiboy muncul situ. Semasa dia mencari sang adiwira itu dari satu kedai ke satu kedai, nama Probe dipanggil oleh seseorang. Suara itu datang dari sebuah cafe
"Siapa pula panggil aku ni?"
"Aku lerr panggil"
Probe terkejut kerana orang yang memanggil namanya itu adalah Bella. Dia baru sahaja habis bayar secawan kopi dan terserempak dengan sang robot tersebut
"Cik Bella panggil saya kenapa? Nak beritahu Boboiboy dekat mana ke?" soal Probe dengan penuh harapan dapat jawapan dari Bella. Dia berikan wajah paling comelnya kepada gadis itu. Ianya seperti ada blusher pink pada kiri kanan pipi Probe. Robot ada pipi ke?
"Kalau aku tahu, patut ke aku beritahu kau?"
"Err.. patut!" jawab Probe "Yelah, cik Bella kan baik. Bukannya jahat macam diwar-warkan oleh si Fang tu"
"Hmm.. betul betul" Bella setuju dengan kata-kata Probe tadi "Aku ni bukannya jahat pun. Cuma perangai aku macam jahat tetapi rupanya bukan jahat tapi aku buat jahat dekat si landak potato tu jea"
"Itu saya tahu" kata Probe "Itu kerana cik Bella ada hati dekat landak potato tu.. hmmm... ada juga yang berkenan dekat si landak tu yea. Memelikkan"
"Apasal pelik pulak?" Bella terus berikan renungan maut dia kepada Probe "Tapi aku tak kisah pun kalau dia takde hati dekat aku. I know aku dengan dia just friends sahaja. Buat apa aku lebih-lebih kan.. betul tak, betul tak?"
"Betul betul!"
"Kalau betul, meh aku tolong kau mana nak cari si Boboiboy tu" kata Bella dengan seikhlas hati
"EH!? BE-BETUL KE CIK BELLA NAK TOLONG SAYA? Takpe ke kalau si Boboiboy tu kena belasah dengan encik bos saya?"
"Yea ke Boboiboy yang kena belasah? Atau encik bos kau yang kena belasah nanti?"
"Errr..." Probe tidak tahu hendak menjawab apa "Tapi... encik bos saya tu tak kan berputus sehingga dia dapat kalahkan Boboiboy dan rampas jam kuasanya!"
"Bagus impian encik bos kau" Bella angguk kepalanya "Baiklah, aku akan beritahu. Si Boboiboy ada dekat pantai tapi.."
"Ada tapi pulak"
"Mestilah ada!" kata Bella dengan nada tinggi "Ada halangan di situ iaitu KAPTEN KAIZO!"
"ERK?!" Probe terus menggigil apabila nama Kapten Kaizo disebut "Ta-tapi.. Kapten Kaizo tu macam tiada kelemahan. Kalau kita kidnap adik dia yang landak tu, mesti dia akan mengamuk"
"Betul" Bella mengangguk kepalanya "Tapi ini adalah satu-satunya untuk membuatkan dia tenang bukan lemah yea"
"Ok" Probe rasa curiga sedikit dengan Bella "Tapi.. apa benda yang buat dia tenang tu?"
"Teh hijau atau orang panggil MATCHA!" kata Bella dengan penuh bangga "Probe jangan risau. Aku akan belanja kau teh hijau tu dan kau akan berikan teh itu kepada Kapten Kaizo sebelum kau dan encik bos kau belasah si Boboiboy!"
"Baik cik Bella!"
Bella tersenyum suka. Lalu dia menyuruh Probe tunggu diluar kedai sebentar, sementara dia pergi membeli teh hijau. Probe tidak sabar untuk memberitahu encik bosnya bahawa dia sudah mengetahui kedudukan Boboiboy ketika itu. Beberapa minit kemudian, Bella muncul semula dengan secawan teh hijau panas. Dia berikan teh hijau itu kepada Probe
"Terima kasih cik Bella!" Probe rasa terharu kerana ada orang sanggup menolong dia "Oh yea, mana kawan-kawan cik Bella? Korang bergaduh ke?"
"Mana ada bergaduh. Dia orang ada dekat kedai lain. Aku dekat sini beli air kegemaran aku. Lepas tu, aku jumpa pergilah jumpa dia orang balik"
"Ohh.. kalau begitu, saya pergi dulu! Tak sabarnya nak beritahu encik bos!"
"Bye!"
Bella melambai-lambai ke arah Probe sambil tersenyum manis sehinggalah Probe hilang dari penglihatannya. Tiba-tiba senyuman manis dia berubah menjadi senyuman sinis. Probe tidak tahu bahawa teh hijau itu sebenarnya telah dicampurkan dengan kopi. Bella tahu apa akan terjadi jikalau Kapten Kaizo minum air kopi. Ianya akan membuatkan sang kapten itu hyper dan gila. Semua akan jadi mangsa latihan tempurnya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Boboiboy sudah pulang dari beli barang-barang untuk kedai Tok Aba. Dia melihat dua kawan baiknya masih ada lagi di kedai tetapi tiada pelanggan yang duduk minum atau makan di kedai itu. Kelihatan taman itu sunyi sahaja. Tiada siapa yang lalu-lalang di dalam taman tersebut. Mungkin sebab terlalu awal lagi. Lalu dia abaikan sahaja
"Tenang betul korang duduk sini" kata Boboiboy sambil susun barang yang dia beli tadi "Memang tiada pelanggan yang datang ke tadi?"
"Memang tiada pun" jawab Fang "Tapi si Adudu ada datang tadi"
"Dia cari kau tadi tapi kita orang dah halau dia" kali ini Gopal yang jawab
"Senang betul korang halau dia. Takde lawan-lawan ke?"
"Takde" Fang tersengih sedikit "Ala, tak payah risau pasal si Adudu tu. Dia bukannya alien ancaman kau pun"
"Hehehe... betul gak" Boboiboy tersenyum sedikit "Sebut pasal si Adudu tu. Tadi masa aku lalu tepi pantai, aku nampak abang kau tengah belasah si Adudu dan Probe. Abang Kaizo nampak macam terlebih hyper. Kasihan betul si Adudu tu. Nak tolong tapi kaki aku terus ke sini"
"Tak payah tolong pun takpe" Fang tergelak kecil bersama dengan Gopal "Memang patut dia kena belasah dengan abang aku. Siapa suruh cari pasal dengan kita orang, kan dah kena dengan abang aku"
"Hmm.." Boboiboy setuju sahaja. Lalu dia tukar topik lain "Hari ni korang tolong aku jaga kedai Tok Aba"
"Ok" jawab Fang dan Gopal
Mereka ok sahaja tolong Boboiboy tetapi kenalah bagi makanan dan minuman percuma. Boboiboy rasa menyesal pula panggil mereka. Lebih baik minta tolong dari Yaya dan Ying kerana mereka tidak pernah meminta benda percuma. Walau bagaimanapun, Fang dan Gopal tetap jalankan tugas secara sempurna. Adudu pula, dia terpaksa rehat seminggu di markas kotak dia kerana dibelasah teruk oleh Kapten Kaizo
--------------------------------------------------------------
Maaf sebab chapter kali ini pendek sahaja :3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com