Entiti
"Hmm.. tadi aku rasa nampak Fang dekat tepi padang. Lepas tu dia hilang pula"
Boboiboy mencari-cari kawan baiknya sang alien itu di kawasan sekolah. Dia fikir dia ternampak Fang di tepi padang sekolah tetapi selepas itu, kawannya hilang pula. Boboiboy pergi ke gazebo sekolah. Lalu dia duduk bangku sekolah dan menunggu kawan-kawannya tiba. Mata dia asyik pandang pagar pintu sekolah. Dia melihat seorang demi seorang dan semuanya bukan kawan dia
"Awal sangat ke aku sampai sekolah?" Boboiboy rasa pelik "Mungkin dia orang ada hal kot" katanya lagi
"Hal apa yang aku ada?"
"Eh!" Kepala Boboiboy menoleh ke kanan "Fang! Tadi kau pergi mana? Aku nampak kau dekat tepi padang. Lepas tu kau hilang"
"Hah? Bila masa aku ada dekat padang. Aku baru sahaja sampai. Entah-entah kau nampak hantu tadi"
"Ha-hantu?" Boboiboy terkejut sedikit "Mungkin juga tapi..." suara dia berubah menjadi serius "Mungkin itu entiti jahat yang cuba kelirukan kita semua"
"Mungkin juga"
Fang duduk di sebelah Boboiboy dengan muka serius. Lalu dia bersilang tangan sambil fikirkan sesuai. Dia sambung berkata lagi
"Hari tu, entiti jahat tu menyamar jadi Yaya tapi selamat dia tidak apa-apakan Ying. Aku masih tidak tahu lagi motif entiti tu"
"Abang kau dan kak Lynna masih belum dapat mengesan mana dia sembunyi?" soal Boboiboy
"Belum" kata Fang sambil gelengkan kepalanya "Kerana entiti tu sentiasa berubah menjadi sesiapa sahaja. Jadi abang aku dan kak Lynna tidak dapat mengesan dia. Mungkin mereka perlukan sesuatu untuk mengesan entiti jahat tu"
"Tapi.." Boboiboy mengusap dagunya "Bagaimana kak Lynna tangkap benda tu dulu? Mesti ada caranya. Tak kan kak Lynna lupa kot"
"Entahlah" Kepala Fang tertunduk sedikit "Yang buat aku risau sekarang ni, aku takut benda tu culik Rizu aje nanti. Kak Lynna ada cerita dekat aku dan abang aku. Entiti jahat tu memang suka culik budak-budak. Apa yang Gopal katakan hari tu, memang betul. Entiti tu sukakan budak-budak kerana tenga mereka yang aktif tu. Entiti jahat itu akan menyebut kesemua tenaga mereka sehingga mereka lemah. Kak Lynna ada cerita, ada juga yang mati kerana tiada tenaga. Kita mesti tangkap benda tu. Aku tak nak benda tu seksakan Rizu atau mana-mana budak dekat Pulau Rintis"
Boboiboy pegang bahu Fang sedikit. Dia juga risau tetapi selepas sahaja dia dengar kisah tentang entiti jahat itu, badan dia mula seram sejuk. Hati dia tidak tenang. Mata dia mula perhatikan setiap pelajar di situ. Adakah salah seorang pelajar di sekolah dia adalah penyamar? Ataupun penyamar itu sebenarnya duduk di sebelah dia sekarang ini? Tidak mungkinlah, fikir Boboiboy. Dia tidak boleh fikir begitu. Mungkin mainan mata dia sahaja atau seseorang yang nampak seperti Fang tetapi bukan Fang. Bukan ke itu seperti entiti jahat itu? fikir Boboiboy lagi
"Apa yang kau fikirkan tu?" soal Fang
"Eh, takde apa-apalah" Boboiboy tersengih sedikit "Jadi, abang kau dan kak Lynna ada rancangan ke sekarang ni?"
"Aku tak pasti apa rancangan mereka berdua" Fang menoleh kepala dia sedikit untuk melihat kawan baiknya "Abang aku macam tak nak aku masuk campur dalam hal ini. Aku tahu dia hanya mahu lindungi aku tapi.. aku nak juga tolong dia"
"Aku faham perasaan kau Fang tapi lebih elok kau dengar sahaja nasihat dia" Boboiboy berikan senyuman simpati kepada Fang "Kita pun harus berhati-hati juga. Manalah tahu entiti tu menyamar menjadi aku ataupun kau. Kita tidak boleh leka sekarang ini"
Fang angguk kepalanya tanda setuju. Lalu Boboiboy berkata lagi
"Kita perlukan kata laluan untuk pastikan itu diri kau dan aku. Bukan kita berdua sahaja, untuk kawan-kawan kita yang lain dan paling penting sekali ialah Rizu"
"Betul kata kau" Fang setuju "Aku tak boleh benda tu menyamar jadi aku dan mempermainkan Rizu atau lebih teruk lagi, dia culik Rizu"
"Kita orang tak kan perkara itu berlaku" Boboiboy pegang bahu Fang "Kalau abang kau tak nak pertolongan dari kita orang, kita sekarang ni tolong jaga Rizu dan budak-budak kecil yang lain. Kita kan superhero dekat Pulau Rintis ni. Apa-apa sahaja kejahatan yang melanda pulau ini, kita akan kalahkan mereka"
"Terima kasih Boboiboy" Fang tersenyum lemah
"Dey! Korang cerita apa ni? Macam serius aje"
Muncul Gopal dengan ayam gorengnya. Fang dan Boboiboy satu sama lain dan lalu tergelak. Gopal menjadi keliru. Kenapa mereka ketawa? fikir Gopal. Dia rasa ada sesuatu tak kena dengan diri dia ke? fikir Gopal lagi
"Aku rasa entiti tu tak menyamar jadi Gopal sebab asyik makan aje" kata Fang "Hahahahaha!"
"Tak baik tau kau kata macam tu! Tiba-tiba satu hari nanti, dia jadi aku dan culik kau, baru kau menyesal!" Gopal gigit ayam gorengnya dengan begitu ganas sekali. Lalu dia berkata lagi dengan sisa-sisa ayam di dalam mulutnya "Entah-entah dia cakap, aku ni paling berguna sekali daripada korang"
"Mungkin juga" Fang mengusap dagunya "Sebab antara kau, aku dan Boboiboy, kau paling mudah sekali entiti tu nak menyamar"
"Apasal pulak?"
"Sebab senang aje nak jadi kau" Fang ambil ayam goreng dari tangan Gopal. Lalu dia makan sambil berkata dalam nada Gopal "Sedapnya ayam goreng ni! Boboiboy, kau kena rasa ayam goreng ni. Mak cik kantin sekolah kita yang goreng tau!"
"Hahaha.. ada macam Gopal lah"
Gopal terus berikan renungan dia kepada Boboiboy. Lalu dia rampas balik ayam gorengnya dari tangan Fang. Muka dia berubah menjadi masam. Makan ayam goreng pun tidak terasa gembira. Dia duduk dan kembali makan ayam gorengnya. Boboiboy rasa bersalah pula
"Janganlah marah Gopal" pujuk Boboiboy "Nanti aku belanja kau masa waktu rehat nanti ok"
"HAH! Pandai pun pujuk aku.. hehehe" Gopal terus tersenyum lebar "Dey, tadi korang berbincang tentang apa?"
"Pasal entiti jahat tu" jawab Fang "Bukan kau dengar ke perbincangan kita orang tadi?"
Badan Gopal menggigil ketakutan
"Dengar tapi malas nak ambil tahu sangat"
"Kau ni Gopal" Boboiboy menghela nafas dan lalu berkata "Kita sekarang ni perlukan sesuatu supaya kita tidak keliru samada itu adalah entiti ataupun tidak"
"AKU ADA CADANGAN!" kata Gopal sambil bangun dan berdiri seperti orang bangga dengan sesuatu "Kita perlukan kata laluan ataupun kita berikan soalan yang hanya kita dan dia sahaja yang tahu!"
"Kata laluan tu ada dah cadangkan tadi" kata Fang "Tapi aku suka berikan soalan tu sebab hanya kita-kita sahaja yang tahu tapi.." Mata Fang melirik ke arah Gopal "Jangan nak tanya apa makanan kegemaran pulak. Bagi soalan yang agak sukar tapi kita tahu jawapannya"
Gopal tersengih dan kembali duduk secara diam. Dia sambung makan ayam gorengnya. Boboiboy suka dengan cadangan itu. Mereka bertiga setuju dengan cara itu. Ianya lebih mudah. Mereka takut kalau mereka gunakan kata laluan, entiti jahat itu mungkin dapat mengesan rancangan mereka. Jadi soalan-soalan peribadi sahaja yang dapat mengesan siapa penyamar dan siapa orang yang sebenarnya. Mereka tidak sabar untuk memberitahu rancangan itu kepada Yaya dan Ying
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata Kaizo asyik perhatikan papan catur di hadapannya. Hanya satu langkah sahaja lagi untuk dia kalah. Lynna tersenyum sahaja sambil perhatikan Kaizo. Sang alien itu tidak pernah bermain catur sebelum ini. Permainan catur itu memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Kaizo melihat setiap buah caturnya. Lalu mata dia melirik ke arah catur buah Raja milik dia berwarna putih. Jikalau dia ke depan, sudah tentu Ratu milik Lynna akan memakan Rajanya. Dia mula gelisah. Dia mula menggenggamkan tangan kanannya
"Kaizo, kau takut ke?" kata Lynna tersenyum suka
"Mana ada" jawab Kaizo "Aku tengah fikir macam mana nak elak daripada Ratu kau"
"Ok"
Lynna begitu tenang sekali kerana dia tahu, dia akan menang dalam permainan kali ini. Rizu duduk di sebelah Lynna sambil makan makanan kegemarannya iaitu chocolate chips. Dia kelihatan suka melihat Kaizo bakal kalah dalam permainan catur itu. Nampaknya, Kaizo terpaksa menyerah kalah. Dia tahu, kemana sahaja Raja dia bergerak, dia akan kalah juga. Lalu dia gerakkan Rajanya setapak kedepan
"CHECK-MATE!"
Lynna jalankan Ratunya dan makan Raja milik Kaizo
"ABANG KAIZO KALAH! YEAHHH!" Jerit Rizu, tersuka riang "Abang Kaizo kalah lima kali dengan kak Lynna!"
Dahi Kaizo mula berkerut. Tangan kanan dia seperti mahu sekeh kepala Rizu tetapi dia tetap sabar. Dia sebenarnya rasa malu dengan kekalahannya. Bukan sekali tetapi lima kali dia kalah berturut-turut
"Kaizo, aku buatkan teh hijau untuk kau. Supaya kau tenang"
Dari riak wajah Kaizo, sang gadis itu memahami perasaan Kaizo ketika itu. Lalu Lynna masuk ke dalam dapur untuk sediakan teh hijau. Kaizo mengemas permainan catur itu. Rizu tersenyum-senyum kepada Kaizo
"Kenapa kau senyum macam tu dekat aku?" soal Kaizo sambil menyusun buah-buah catur di dalam bekas kotaknya
"Hehehe.. Pizu nak cuba main catur dengan abang Kaizo boleh?"
"Errr.. Rizu ingat, Rizu boleh kalahkan abang?"
Rizu hanya angguk kepalanya. Kaizo tetap bersabar dengan si kecil itu. Lalu dia keluarkan balik kesemua buah catur tersebut. Rizu teruja kerana dapat bermain catur dengan seorang pahlawan galaxy. Lynna keluar dari dapur dengan secawan teh hijau
"Wah! Rizu nak lawan dengan abang Kaizo" kata Lynna sambil hidangkan teh hijau itu di hadapan Kaizo
"Ha ah! Sebab Pizu yakin yang Pizu dapat kalahkan abang Kaizo!"
Kaizo tarik nafas dan lalu hembus. Dia tahu diri dia tidak boleh memarahi si kecil itu. Jikalau dia marah, sudah tentu Rizu akan menangis. Lagipun, itu anak orang bukannya adik kandung dia sendiri. Kalau Fang, sudah lama dia memarahi adiknya. Lynna duduk di atas sofa sambil melihat perlawanan diantara Kaizo dan Rizu bermula. Dengan mudah sekali Rizu dapat kalahkan Kaizo. Dia menari-nari di situ tanpa segan silu
"YEAHH! PIZU MENANG! PIZU MENANG!"
"Aku saja bagi dia menang" bisik Kaizo kepada Lynna "Kalau aku menang, nanti menangis pula budak ni"
"Yelah tu Kaizo" Lynna ketawa kecil "Cakap ajelah kau tu kurang mahir dalam permainan catur, wahai Kapten Kaizo"
"Usik aku nampak"
Lynna hanya berikan satu senyuman kepada Kaizo. Dia suka pula melihat Kaizo kalah dengan budak kecil iaitu Rizu. Lalu Kaizo bermasam muka sambil menghirup teh hijaunya. Walaupun teh hijau itu dapat tenangkan dirinya, dia tetap tidak berpuas hati dengan kekalahannya. Entah kenapa Rizu suka melihat keakraban Kaizo dan Lynna. Mata dia bersinar-sinar seperti melihat sesuatu yang menakjubkan. Hati dia berbunga-bunga bagaikan ada sebuah taman indah didalam hatinya
"Abang Kaizo" panggil Rizu
"Yea Rizu" Kaizo mengalih pandangannya ke arah Rizu "Kau nak apa?"
"Hmmm... bila Pizu boleh balik rumah? Sudah 2 hari Pizu duduk sini tapi abang Kaizo tak bagi Pizu balik rumah. Pizu pujuk abang Fang pun, dia tak bagi juga. Abang Kaizo dan abang Fang nak Pizu tinggal dekat sini ke? atau korang rindukan Pizu? Hehehe.. ala, nanti Pizu datang balik lah"
"Rizu nak balik?" Rizu hanya angguk kepalanya kepada Kaizo "Boleh tapi abang ada hadiah untuk Rizu"
"HADIAH?! YAHOOOO!" Rizu meloncat-loncat di hadapan Kaizo kerana tidak sabar untuk menerima hadiah itu "Pizu dapat hadiah! Pizu dapat hadiah! Pizu dapat hadiah!"
Lynna suka melihat gelagat Rizu yang comel itu. Tangan Lynna seperti mahu mencubit pipi Rizu kerana terlampau geram. Kaizo keluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Mata Rizu bersinar-sinar apabila Kaizo berikan dia sebuah jam tangan
"PI-PIZU DAPAT JAM KUASA KE?"
"Errr..." Kaizo tidak mahu hancurkan harapan budak itu
"WAH! Ini jam kuasa sama dengan abang Fang? Pizu pun dapat kuasa bayang macam abang Fang juga ke?"
Kebetulan jam itu berwarna ungu, sama seperti jam kuasa Fang. Sebenarnya, jam itu hanya jam biasa sahaja tetapi ianya mempunyai sistem GPS. Sesiapa yang memakai jam tersebut, orang lain dapat mengesan dimana kita berada. Kaizo dapatkan jam itu dari planet lain. Ianya untuk keselamatan Rizu buat sementara ini. Mereka boleh kesan kemana Rizu berada
"Maaf Rizu, ini hanyalah jam biasa sahaja" Kaizo mengambil tangan kanan kecil Rizu "Abang tiada niat nak musnahkan harapan Rizu.." Dia pakaikan jam itu di tangan Rizu "Jam ini, abang belikan khas untuk Rizu sahaja"
"Ohhh... takpe, Pizu tak kisah" Rizu tersenyum kecil
Walaupun dia terasa kecewa sedikit tetapi dia tetap menghargai pemberian itu. Lalu Rizu peluk leher Kaizo dan ucapkan terima kasih kepada sang alien itu. Hati Lynna tersentuh melihat mereka berdua. Air matanya keluar sedikit. Lalu dia mengelap air mata tersebut sebelum mereka sedar
"Rizu boleh balik rumah tapi kak Lynna akan hantar kamu balik" jelas Kaizo
"Ok!" Rizu tersenyum suka "YEAH! KAK LYNNA HANTAR PIZU BALIK RUMAH!"
"Suka betul si Rizu. Geram pulak aku tengok"
"Kau nak cubit pipi dia ke?" soal Kaizo kepada Lynna "Budak ni, asyik nak menjerit aje. Boleh pening kepala aku"
"Ala, Fang pun macam tu jugakan masa dia kecik-kecik lagi"
"Masa dia kecil lagi bolehlah dikatakan begitu" Kepala Kaizo tertunduk sedikit. Suara dia berubah menjadi sedih dan sedikit penyesalan "Tapi.. bila semua kebahagian aku dan adik aku hancur, dia tidak lagi begitu. Aku terpaksa bertegas dengan dia. Aku memaksa diri aku untuk berubah. Aku buat ini kerana demi keselamatan dia. Aku terpaksa menjadi yang terkuat di alam galaxy. Tiada siapa yang dapat kalahkan aku"
"Tapi abang Paizo kalah main catur dengan Pizu"
Berkerut dahi Kaizo. Manakala Lynna tersengih sedikit
"Aduh Rizu ni, rosakkan mood aku" bisik Kaizo "Lynna, kau bawa dia balik. Hati-hati dekat luar sana dan jangan percayakan sesiapa. Aku takut benda tu menyamar depan kau nanti"
Lynna angguk kepalanya. Secara senyap, Lynna mengambil tangan Rizu. Lalu dia pimpin budak kecil itu sampai ke rumah. Kaizo di rumah, terkenang kembali kisah lama. Dia tidak akan lupakan detik-detik terakhir bersama dengan ibu bapanya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Fang dalam perjalanan ke rumah Boboiboy untuk menyiapkan kerja sekolah. Sepatutnya hari Sabtu, dia ingin berehat di rumah sahaja tetapi Boboiboy dan Gopal merayu-rayu supaya mereka siapkan kerja sekolah bersama. Jadi Fang terpaksa mengalah. Disamping itu, dia tidak boleh terlalu leka. Dia perlu peka dengan keadaan sekeliling. Dia belum lagi bertembung dengan sesiapa. Mata dia asyik perhatikan keadaan sekeliling jika ada sesuatu yang tidak kena
"ABANG FANG!"
Fang terus pusing kebelakang. Rizu sedang melambai-lambai ke arahnya. Di sebelah Rizu pula ialah Yaya. Mereka berdua jalan ke arah Fang
"Abang Fang nak pergi mana?"
"Abang nak pergi rumah Boboiboy" jawab Fang "Korang berdua ni nak pergi mana?" Dia mula menyoal mereka berdua. Dia perlu berhati-hati jikalau Yaya ataupun Rizu adalah penyamar
"Aku baru keluar rumah. Sekali terjumpa Rizu. Jadi aku ajak dia sekali pergi jumpa Ying dekat bandar" jelas Yaya "Ingatkan dia tak nak ikut, rupanya dia nak ikut sekali"
"Hmm.." Fang sebenarnya tidak mahu menyoal Rizu tetapi dia tahu, dia perlu untuk pastikan itu adalah diri Rizu yang sebenarnya "Rizu, maafkan abang yea. Kenapa Rizu jadi peminat abang?"
"Sebab abang Fang pandai, kacak dan bergaya! Hehehehe.. tapi Pizu tak suka bila abang Fang mengamuk, marah-marah orang. Pizu sedih tau bila abang Fang marah-marah orang. Adakalanya abang Fang suka buat nakal dekat abang Kaizo atau dekat kawan-kawan abang. Pizu pula, kadang-kadang suka, kadang-kadang tak suka tapi Pizu tetap sayangkan abang Fang! Terima kasih sebab jadi abang angkat kepada Pizu!"
Lalu Rizu peluk Fang secara tidak langsung. Hati Fang tersentuh dengan kata-kata Rizu tadi. Dia akui, dia memang nakal tetapi itu kenakalan itu tidak dapat dipisahkan dari diri dia
"Rizu jaga diri baik-baik yea bila dengan Yaya dan Ying" pesan Fang "Abang nak pergi buat kerja sekolah dengan kawan-kawan abang"
"Ok!" kata Rizu "Kakak Yaya dan Kakak Ying akan jaga Pizu dengan baik"
"Yaya, adakah kau Yaya yang sebenarnya?"
Rizu garu-garu kepalanya kerana terkejut dengan pertanyaan abang angkatnya. Dia memandang Fang dan lalu ke arah Yaya
"Aku memang Yaya lah. Aku suka buat biskut. Setiap hari mesti ada resepi baru yang aku cipta sendiri"
Fang menggigil kerana biskut-biskut Yaya yang luar biasa itu. Biskut Yaya sentiasa buat orang sakit perut ataupun pengsan. Walaupun rasa dia agak luar biasa, tetapi ada makhluk yang suka dengan biskut tersebut iaitu Lahap. Dia memang peminat nombor satu biskut Yaya dan dia juga sentiasa membeli biskut itu. Bagi Lahap, biskut adalah yang terbaik sekali
"Bagus" kata Fang. Lalu dia bertanya lagi "Kau dan Ying nak bawa Rizu pergi mana? Jangan nak bawa dia pergi tempat hantu atau tempat yang berbahaya"
"Isk kau ni Fang" Yaya tertarik dengan sikap Fang yang sangat risaukan tentang keselamatan Rizu "Takdelah, aku nak bawa dia pergi ke pusat hiburan. Jadi, dia pun nak lah ikut sekali. Kau jangan risau, aku dan Ying akan jaga dia. Kau pula, jangan nak main-main semasa buat kerja sekolah dengan Boboiboy dan Gopal"
"Aku tahulah!"
"Rizu, jom pergi. Nanti kita lewat pula" kata Yaya "Jumpa lagi Fang"
"Bye bye abang Fang" Rizu lambai-lambai abang angkatnya "Nanti Pizu bawa balik donut lobak merah untuk abang Fang"
"OK! Jangan cabut jam yang abang Kaizo bagi tu!"
"OK ABANG FANG!"
Lalu mereka berpisah dari situ. Fang yakin, itu adalah Yaya dan Rizu. Bukan entiti jahat yang menyamar menjadi mereka. Dia teruskan perjalanannya ke rumah Boboiboy. Semasa dia belok ke kiri, dia terserempak dengan seorang gadis bertudung pink. Wajah Fang berubah
"Yaya?"
Gadis itu ternampak Fang. Lalu dia berjalan ke arah Fang dengan bakul yang dibawa olehnya. Yaya kelihatan ceria seperti biasa
"Kau nak pergi mana pagi-pagi ni?" soal Yaya
Fang memerhatikan Yaya dengan begitu lama. Ianya membuatkan gadis itu tidak selesa dengan tenungan Fang. Gadis itu berundur sedikit demi sedikit kerana takut
"Aku pergi dulu yea. Nak hantar biskut ni dekat kedai Tok Aba" kata Yaya dalam suara ketakutan
"Kau ni memang betul-betul Yaya ke? Tadi aku baru nampak diri kau dengan Rizu"
Kali ini wajah Yaya berubah menjadi pucat. Dia hampir terlepas bakulnya dari tangan. Fang mula rasa tidak sedap hati
"Jadi, yang tadi tu.." Fang mula terdiam. Dia menjadi cemas "Itu adalah entiti jahat menyamar jadi kau?! Bila aku fikirkan balik, Yaya tak pernah nak jejak kaki ke pusat hiburan. Kenapa aku terlalu percayakan dia"
"Baik kita cari mereka sebelum dia apa-apakan Rizu" kata Yaya
Mereka bergegas ke tempat Fang bertembung dengan Rizu sebentar tadi. Fang teringat tentang jam yang abang dia berikan kepada Rizu. Lalu dia periksa jam kuasanya untuk melihat dimanakah Rizu berada sekarang ini. Rizu tidak jauh dari mereka. Fang dan Yaya lari ke tempat itu. Ianya berdekatan dengan taman permainan Pulau Rintis. Akhirnya, Fang jumpa Rizu sedang berjalan dengan entiti jahat itu
"RIZU! LARI!" jerit Fang
Rizu menoleh kebelakang. Dia keliru. Kenapa dia perlu lari? fikir Rizu. Yaya juga menoleh kebelakang tetapi apa yang dia tidak jangkakan, dia diserang dengan kuasa bayang Fang
"Yaya, pergi bawa Rizu ke tempat yang selamat" kata Fang "RIZU! DENGAR CAKAP ABANG! LARI DARI SINI!"
Sang gadis itu mencapai tangan Rizu. Si kecil itu tidak membantah tetapi dia masih lagi keliru. Dia ikut sahaja arahan dari abang angkatnya. Rizu dan Yaya lari jauh dari situ. Fang dekatkan dirinya dengan gadis satu lagi. Kedua-dua tangannya mengeluarkan kuasa bayangnya. Sang gadis itu sedikit keliru dan juga marah pada masa yang sama
"Apa yang kau mahukan dari Rizu?" soal Fang dengan nada yang tegas
"FANG! APA YANG BUAT NI?" marah Yaya "Ini akulah! Kawan baik kau!"
"KAU JANGAN NAK TIPU AKU! TUSUKAN JARI BAYANG!"
"LARIAN LAJU!"
Ying menyelamatkan Yaya pada ketika itu. Yaya Fang naik geram kerana perbuatan Ying sebentar tadi
"Lu apasal hah? Tiba-tiba nak serang Yaya" marah Ying "Lu sudah gila kaa"
"Bila masa lak aku gila!" kata Fang "Aku serang dia sebab DIA TU ENTITI JAHAT!"
"WEI! KAU SILAP! Aku Yaya, bukan entiti tu"
"Buktikan sebelum aku serang kau" kata Fang dengan nada serius "Dan aku tahu kau tu penyamar kerana selama ini, Yaya tak pernah ke tempat pusat hiburan! Aku tahu dia tu seseorang yang serius! Baik kau tunjukkan diri kau yang sebenarnya!"
Yaya dekatkan diri dia. Wajah dia kelihatan serius. Dia seperti ingin menampar Fang tetapi dia bukan begitu. Dia akan buktikan ini adalah diri dia yang sebenarnya
"Baiklah, aku akan buktikan kepada kau"
"Yaya, semalam aku ada berikan kau sesuatu. Aku nak kau tunjukkan kepada si Fang ni, keychain bunga yang aku berikan kepada kau"
Lalu Yaya keluarkan duit dompetnya dari poket baju dia. Keychain bunga berwarna pink itu memang ada pada dompet tersebut. Lalu Yaya keluarkan sesuatu dari dompetnya itu. Dia keluarkan sekeping gambar yang baru ditangkap semalam. Gambar itu adalah gambar dia dan Ying
"Ini buktinya! Aku Yaya dan kau kena perangkap dengan entiti jahat tu! Dan satu lagi, aku dan Ying bukannya selalu pergi belajar setiap hari minggu. Sepatutnya kau kena ambil tahu juga yang kita orang berdua ni, kadang-kadang ada juga masa untuk menghiburkan diri masing-masing"
"Fang, bukan ke kau sepatutnya tanya dia, samada dia boleh gunakan kuasa dia ataupun tidak. Bukti kedua, Yaya sila gunakan kuasa kau" kata Ying
Lalu Yaya buktikan kepada Fang. Dia terbangkan dirinya di udara. Fang menjadi cemas. Dia mula fikirkan tentang Rizu. Adakah dia telah berikan Rizu kepada entiti jahat yang sebenarnya? Adakah dia sudah termakan perangkap entiti tersebut? Dia terdiam, tidak berkata apa
"Fang, kau ok ke?" soal Yaya sambil mendaratkan dirinya "Fang?"
"Fang, kau jangan macam ni maaa.. kita kena cari Rizu" kata Ying
"Aku.. aku... aku..." Fang cuba tenangkan dirinya tetapi tewas dengan sikap panas baran yang ada pada dirinya "Ke-kenapa aku tidak terfikirkan tentang kuasa kita. Kenapa aku terlalu percayakan dia hanya dengan kata-kata sahaja? INI SEMUA SALAH GOPAL! Dia yang bagi cadangan hari tu!" Dia mula hendak mengamuk di situ. Air mata dia mengalir keluar "ARGHHHHHHH!"
Fang menjerit untuk melepaskan kemarahan dia. Yaya dan Ying pandang satu sama lain. Mereka perlu menghubungi Boboiboy untuk mencari Rizu. Fang menarik nafas dan cuba tenangkan dirinya sekali lagi. Dia perlu tenang kerana sekarang ini, dia perlu mencari Rizu. Dia terfikir tentang jam yang diberikan kepada Rizu. Jam itu dapat mengesan dimana Rizu berada sekarang ini
"Ok, kita akan dapat mengesan Rizu dengan jam yang abang aku bagi dekat dia" Fang membuka skrin jam kuasanya
"Fang.."
"Kau nak apa Yaya" Fang melihat titik merah pada skrin jam kuasanya "Kenapa nampak macam dia dekat dengan kita orang sahaja? Benda tu tak bawa Rizu ke?"
Fang melihat tempat Rizu berada sekarang. Wajah Fang berubah menjadi pucat. Hanya jam tangan Rizu sahaja yang ada di atas jalan raya itu. Rizu tiada disitu. Mereka sudah kehilangan Rizu. Ying mengangkat jam tangan tersebut dan berikan kepada Fang. Sang alien itu menggenggam jam tersebut kerana terlampau marah. Dia akan hapuskan entiti jahat itu jikalau ianya membuat adik angkatnya cedera
"Mari Fang, kita pulang ke rumah kau dan beritahu kepada Kapten Kaizo apa yang berlaku" kata Yaya
Fang tidak menjawab apa. Dia hanya keluarkan helang bayangnya. Lalu dia menunggang helang itu dan terus pulang ke rumah. Dia tinggalkan kedua gadis itu tanpa memberitahu mereka ke mana dia pergi. Yaya dan Ying sudah tiada pilihan lain, mereka juga akan pergi ke rumah Fang. Mereka berdua bergegas ke rumah sang remaja alien itu. Mereka yakin Fang akan berada di rumah dan berbincang dengan abangnya apakah langkah yang seterusnya. Yaya sudah menghantar mesej kepada Boboiboy untuk berkumpul dirumah Fang
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo sedang menumpu perhatian terhadap permainan catur di rumah. Itu adalah satu-satunya kelemahan dia pada ketika ini. Dia mengusap dagunya sambil fikirkan gerakan yang seterusnya. Buah catur mana yang patut dia gerak, fikir Kaizo. Lalu tangan dia mencapai buah catur Kota dan maju ke depan sebanyak tiga petak
"Kini giliran kau pula"
"Meow"
Pikachu perhatikan papan catur itu. Kucing itu sebenarnya tidak berapa faham bagaimana cara permainan catur itu. Lalu dia menolak buah bidak setapak ke depan. Shadow malas hendak melayan tuannya, dia sudah tertidur di atas sofa dengan lena sekali
"Meow meow meow"
"Ya, sekarang giliran aku pula" kata Kaizo dengan penuh yakin "Aku perlu kalahkan kau, Lynna dan juga Rizu. Aku tidak boleh tunjukkan kelemahan aku di dalam permainan ini!"
"Meow meow" Pikachu gelengkan kepala
Ketika Kaizo hendak gerakan buah caturnya iaitu bidak, pintu rumah dia diketuk oleh seseorang. Mata dia melirik ke arah pintu rumahnya. Dahi dia mula berkerut. Siapa yang datang ketika dia dalam sesi latihan bermain catur? fikir Kaizo. Jikalau adik dia, sudah tentu Fang akan membuka pintu itu. Lalu datang satu suara yang dia sangat kenali
"Kaizo! KAIZO! Kau ada dekat rumah tak?"
Suara itu adalah suara milik Lynna. Terus Kaizo menjadi cemas. Lynna tidak boleh melihat dia sedang berlatih dalam permainan catur. Dia perlu kemas catur itu secara pantas
"Pikachu! Kau kemas semua ni!"
"MEOW?"
Kaizo hiraukan sahaja Pikachu. Dia bangkit dan terus ke pintu rumahnya. Pikachu tidak mengemas permainan catur itu. Dia hanya menjilat jarinya. Kaizo membuka pintu rumah itu. Lynna kelihatan ceria seperti biasa. Tiba-tiba mata dia terpandang sesuatu yang berada di atas meja ruang tamu. Dia tersenyum dan lalu tergelak kecil
"Kau main catur dengan kucing ke?"
Kaizo menoleh kebelakang. Dia rasa sedikit marah terhadap Pikachu kerana tidak mengemas permainan catur itu
"Eh, takdelah.. aku main seorang diri" jawab Kaizo. Dia tidak mahu Lynna tahu perkara yang sebenarnya "Kau buat apa dekat sini?"
"Aku datang sebab nak tengok-tengokkan Rizu" jawab Lynna "Yelah, kau sendiri yang suruh aku datang sini. Kau lupa ke?"
Kaizo terlupa sebenarnya. Dia asyik fikirkan tentang permainan catur itu. Dia menjemput Lynna masuk ke dalam rumah. Lalu dia dapur untuk sediakan air untuk Lynna. Air apa dia patut sediakan? fikir Kaizo. Air kosong ajelah, fikir dia lagi. Lynna di ruang tamu meneliti buah-buah catur yang berada di atas papannya
"Meow meow meow" kata Pikachu
"Hmm.. dia tak puas hati sebab kalah hari tu?"
"Meow meow" Pikachu angguk kepalanya. Lalu dia turun dari meja ruang tamu dan beredar dari situ
"Kau cakap dengan kucing?"
Muncul Kaizo dengan segelas air. Dia berikan segelas air itu kepada Lynna
"Aku selalu cakap dengan kucing walaupun aku tak faham apa yang dia cakap" Lynna meneguk air itu sedikit. Lalu dia berkata lagi "Lagipun, ianya boleh buatkan kita hilang stress. Kadang-kala, kalau kita rasa sedih pun, mesti kita akan luahkan perasaan kita dekat kucing walaupun dia tidak berkata balik kepada kita. Seelok-eloknya, ianya membuat perasaan sedih kita rasa kurang"
"Jadi, kalau aku rasa marah.. bolehlah aku luahkan dekat kucing-kucing aku ni"
"Hmm.. boleh aje tapi kau jangan marah sangat dekat kucing kau. Kasihan dia orang nanti"
"Baiklah" Kaizo mengangkat Shadow yang berada di bawah meja. Shadow terjaga kerana terkejut diri dia diangkat oleh tuannya "Aku nak luahkan kepada kucing aku tentang hari tu"
Lynna perhatikan sahaja. Kaizo berkata lagi
"Kau tahu tak Shadow! Aku tak puas hati sebab aku asyik kalah dengan kawan aku dan paling membuat aku rasa malu, aku boleh kalah dengan budak kecik si Rizu tu! Aku kena berlatih sehingga aku dapat kalahkan mereka dalam permainan catur!"
Shadow agak takut dengan nada Kaizo ketika itu. Ianya seperti hendak marah tentang sesuatu. Shadow meronta-ronta di tangan Kaizo. Lalu dia berjaya lepaskan diri dari pegangan tuannya. Shadow berlari ke atas dan menyorokkan diri di bawah katil Fang
"Kau memang serius nak kalahkan aku?"
"Mestilah" jawab Kaizo
"Meh aku ajar kau main catur. Ada banyak benda kau kena belajar"
"Tapi dengan satu syarat" Kaizo duduk di kerusi sambil susun semula buah-buah catur diatas papan permainan itu "Kau jangan beritahu Pang. Kalau tidak, akan gelakkan aku"
"Baiklah Kapten Kaizo. Aku akan rahsiakan daripada dia" kata Lynna sambil tersenyum kecil
Tiba-tiba pintu rumah terbuka luas. Kaizo sorok semua buah catur di bawah kerusi, termasuklah papannya sekali
"ABANG!" Fang masuk ke dalam rumah dalam keadaan marah
Kaizo terkejut dengan nada suara adiknya. Selalunya, dia akan pulang ke rumah dalam keadaan ceria tetapi kali ini lain. Ada sesuatu yang tidak kena. Adakah entiti itu sudah mula buat sesuatu? fikir Kaizo
"Kenapa Pang? Apa yang berlaku?"
"Fang?" Lynna melihat air muka Fang "Ada sesuatu yang berlaku ke?"
"Benda tu, si entiti tu dah bawa lari Rizu"
Kaizo dan Lynna pandang satu sama lain. Pada masa yang sama, Fang mula hendak menangis dan adakalanya, dia seperti hendak mengamuk disitu. Kaizo terpaksa pergi tenangkan adiknya. Dia bangun dan terus tepuk kepala adiknya. Lynna hanya mampu gelengkan kepala sahaja
"ABANG! APASAL TEPUK KEPALA ADIK?"
"Kau tu, cubalah tenang dan ceritakan kepada kami daripada mengamuk tak tentu pasal dekat aku"
"Ha ah Fang, cuba cerita apa yang berlaku tadi" Lynna menepuk sofa supaya Fang duduk disebelahnya "Meh duduk sebelah akak"
Fang ikut sahaja arahan Lynna. Lalu dia duduk disebelah sang gadis itu dan teruskan bercerita. Setelah dia habis cerita semua yang terjadi, Kaizo dan Lynna tidak berkata apa. Air mata Fang menitis di atas peha kakinya. Dia menggenggam kedua-dua tangannya kerana terlampau marah
"FANG!"
Kali ini, Boboiboy pula muncul di pintu rumah bersama dengan Gopal, Yaya dan Ying. Dia sudah tahu apa yang terjadi, Yaya dan Ying cerita segalanya
"Fang" panggil Boboiboy lagi "Kau ok tak? Kita harus pergi cari Rizu sekarang ni. Kita tidak boleh duduk sahaja"
"Masalahnya.. AKU TAK TAHU BENDA TU SOROK RIZU DEKAT MANA!" Boboiboy terkejut dengan kemarahan Fang "Kau ingat senang ke nak cari Rizu sekarang ni. Yang ada pun, hanya jam ini sahaja" Dia keluarkan jam tangan itu dari poket seluarnya
"Berikan jam itu kepada akak"
"Kau nak buat apa dengan jam tu?" soal Kaizo kepada Lynna
"Ada satu-satunya cara untuk mengetahui dimana Rizu berada sekarang ini"
Fang percayakan Lynna. Lalu dia berikan jam tangan itu kepada Lynna. Dia yakin Lynna tahu apa yang dia perlu lakukan. Jam itu digenggam oleh Lynna sambil dia memejam kedua-dua matanya. Mata mereka hanya menumpukan kepada Lynna sahaja. Mereka juga tidak pasti, apa yang Lynna lakukan ketika itu. Lynna pula, dia sedang menumpukan perhatiannya terhadap jam tersebut. Dia cuba dapatkan bayangan dimanakah Rizu berada sekarang ini. Dia perlu gunakan kuasanya tetapi dia perlu tunggu. Dia tidak boleh putus harapan. Tanpa dijangka oleh Lynna, dia dapat bayangan. Didalam kegelapan itu, berubah menjadi semua imej bergerak. Semuanya dalam hitam putih. Dia nampak sebuah gua. Seorang budak kecil terdampar di tepi gua tersebut. Dia tahu budak itu adalah Rizu. Bayangan dia terhenti disitu sahaja
"Rizu di dalam sebuah gua" bisik Lynna
"Gua?" Kaizo terus memandang kawan-kawan adiknya "Kamu berempat tahu tak dekat pulau ini ada gua?"
"Errr.. saya tak berapa nak tahu sangat" kata Gopal tersengih
"Maaf Kapten Kaizo, tapi kami tak pasti jikalau dekat Pulau Rintis ni ada gua" kata Yaya "Mungkin gua tu dekat tempat lain"
"Tak" Fang jawab secara tiba-tiba. Nada dia berubah menjadi serius "Ada gua tersembunyi dekat pulau ini. Masa aku kena culik dengan Ratu Lily, aku disembunyikan dekat gua tu"
Tiba-tiba Fang seperti terkena renjatan elektrik terutama sekali dibahagian kakinya. Ianya seperti ada sesuatu yang tajam menusuk kakinya. Badan dia menggigil kerana terkenang balik kejadian itu. Ratu Lily menyeksa diri Fang begitu teruk sekali. Dia tidak mahu ingat balik tentang seksaan itu
"Pang, kau ok?"
"Adik ok" kata Fang secara lemah
"Kalau kau tak ok, kau duduk sana disini. Biar kita orang pergi selamatkan Rizu" kata Boboiboy "Muka kau nampak pucat sekarang ni. Kau betul ke ok ni?"
"Pang, aku tak nak apa-apa terjadi dekat kau!"
"Ya, adik tahu tapi adik tak nak duduk sahaja di sini dan korang dekat luar sana, terpaksa berlawan dengan benda tu untuk selamatkan Rizu" Fang tetap dengan kedegilannya "Adik tidak akan biarkan benda tu apa-apakan Rizu ataupun orang lain!"
"Baiklah, tapi jikalau ada sesuatu yang buruk terjadi dekat kau. Aku akan suruh Lynna hantar kau pulang, FAHAM!"
Fang angkur dengan keputusan abangnya. Dia tahu diri dia ada limitasinya tetapi dia tidak tahu, apa yang akan berlaku jika diri dia kembali ke gua tersebut. Adakah akan timbul perasaan takut ataupun dia akan trauma. Kesakitan masih terpahat dihatinya
"Kalau semua sudah bersedia, mari akak bawa kamu ke sana" kata Lynna "Pegang tangan masing-masing"
Tangan kanan Lynna memegang tangan Yaya, manakala tangan kiri dia pegang tangan Fang. Mereka berkumpul dan membuat satu bulatan yang kecil. Lynna tumpukan perhatiannya untuk membawa mereka ke gua tersebut. Lalu dia gunakan kuasa teleportasinya dari rumah itu, terus ke ruangan dalaman gua itu. Tidak sampai 1 saat, mereka sudah tiba di dalam gua tersebut. Masing-masing memerhatikan sekeliling gua itu kecuali Fang. Mata dia pandang terus ke depan
"Fang, kamu ok?" soal Lynna
"Adik ok" jawab Fang "Depan tu.. ada tangga rahsia yang akan bawa ke ruangan bawah tanah. Adik pasti, Rizu ada di situ"
"Baiklah, bergerak semua" kata Kaizo
Kaizo mengarah mereka ikut dia dari belakang. Dia juga nasihatkan mereka agar bergerak secara perlahan supaya musuh mereka tidak mengetahui tentang kehadiran mereka. Sewaktu mereka hendak turun ke bahagian bawah, ianya kelihatan gelap sehingga tidak nampak tangga gua tersebut. Boboiboy menukarkan dirinya kepada Boboiboy Blaze. Lalu dia keluarkan bebola api untuk menyinari penjalanan mereka. Gopal dengan hati tidak kental, dia tidak boleh duduk diam. Jari-jemari dia asyik memegang baju Blaze. Dia takut jikalau ada sesuatu keluar dari bahagian gelap secara mengejut. Setelah mereka sampai di ruang gua yang lebih luas, mereka ternampak Rizu sedang duduk sambil memeluk lututnya. Dia kelihatan seperti menangis seorang diri. Blaze kembali menjadi dirinya balik, iaitu Boboiboy biasa
"RIZU!"
Kepala Rizu terangkat sedikit. Lalu dia tersenyum kecil
"ABANG FANG!" Rizu terus bangun dan berlari ke arah Fang "ABANG FANG! ABANG FANG! ABANG FANG DATANG SEBAB NAK SELAMATKAN RIZU?"
Fang terus mengetahui, itu bukan Rizu yang sebenar
"SERANGAN BAYANG!"
Bayang-bayang Fang menolak Fang dalam impak yang kuat. Seluruh badan Rizu terkena dinding gua tersebut
"FANG! Kenapa kau serang Rizu?" marah Boboiboy
"Luu apasal?" marah pula Ying "Kau nak cederakan dia ke?"
"Sebab itu bukan Rizu! Dia selalu bahasakan diri dia sebagai Pizu, bukan Rizu" Kaizo pula yang menjawab "Itu entiti jahat yang menyamar menjadi Rizu" Lalu dia keluarkan pedang tenaganya
Rizu berubah menjadi asap. Selepas itu dia berubah menjadi seseorang iaitu Kapten Kaizo. Mereka tergaman seketika
"Kau pun ada pedang tenaga" Lalu sang penyamar itu keluarkan pedang tenaganya "Aku pun ada juga... hehehehe"
Kaizo tidak bergajak dari tempatnya. Walaupun dia terkejut sedikit tetapi dia tidak akan mengalah. Dia menggenggam pedangnya serapat yang mungkin. Dia tahu, dia perlu kalahkan Kaizo si penyamar. Dia cuma tidak tahu, adakah kekuatan Kaizo si penyamar itu sama kuat dengan diri dia yang sebenarnya
"Aiyaaa... macam mana dia boleh ada pedang tenaga pula? Bukan entiti jahat itu tak boleh meniru kuasa-kuasa kita?"
"Sebenarnya dia boleh" jawab Lynna "Cuma pada peringkat awal sahaja dia hanya boleh menyamar menjadi benda-benda hidup. Dia dapat tenaganya dari Rizu. Dari tenaga itu, dia boleh meniru kuasa sesiapa sahaja, walaupun kuasa kamu semua dari jam kuasa, dia masih dapat meniru juga. Semakin banyak tenaga dia dapat dari kanak-kanak, semakin kuat dia akan menjadi. Dia akan menjadi sukar untuk dihentikan. Akak tak nak keadaan menjadi lebih teruk. Kita harus hentikan dia"
"Tapi bagaimana kak Lynna?" soal Boboiboy "Macam mana nak hapuskan dia?"
"Akak masih belum tahu lagi bagaimana hendak hapuskan dia tapi akak tahu bagaimana untuk menangkap entiti itu"
Kaizo masih berlawan lagi dengan penyamar dia. Kaizo si penyamar sama kuat seperti Kaizo yang sebenar. Setiap langkah yang Kaizo ambil, entiti itu seperti tahu sahaja. Kaizo tidak boleh berputus asa. Gopal sudah mula keliru. Dia tidak tahu yang mana satu Kapten Kaizo yang sebenar. Boboiboy cuba hendak berlawan dengan entiti itu tetapi dia juga keliru. Dia takut, jikalau dia serang Kaizo yang sebenar. Fang juga sama keliru seperti mereka. Agak sukar untuk membezakan mereka berdua
"Macam mana ni kak Lynna. Mana Kapten Kaizo yang sebenar?"
"Takpe Yaya. Akak ada satu idea. Kamu semua tunggu di sini" Lalu Lynna teleportkan dirinya
"Eh, kak Lynna nak pergi mana?" Gopal menjadi cemas sedikit. Perasaan takut dia mula menguasai dirinya "Tak kan kak Lynna nak tinggalkan kita orang dekat sini?"
"Kau ni Gopal" suara Fang anggak tinggi sedikit "Kan kak Lynna dah cakap tadi, dia akan kembali. Kita harus percayakan dia!"
Tidak sampai 10 saat, Lynna sudah kembali tetapi kali ini dia membawa satu permainan iaitu catur. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying agak keliru sedikit. Kenapa kak Lynna bawa catur ke sini? fikir mereka. Lynna tahu apa yang dia perlu buat
"BERHENTI!" jerit Lynna
Kedua-dua Kaizo memandang Lynna. Kaizo yang sebenar menolak si penyamar menggunakan pedang tenaganya. Dia mula hendak menyerang Kaizo penyamar sehinggalah Lynna menjerit lagi
"BERHENTI AKU KATA!"
Kaizo terus berhenti. Mata Lynna ketika itu agak garang ketika itu. Lalu dia berjalan ke arah dua Kaizo tersebut
"Apa yang kau cuba lakukan?" soal Kaizo
"Aku tak tahu samada kau adalah Kapten Kaizo yang sebenar atau entiti tu. Jadi aku guna permainan catur ini untuk menentukan siapakah Kapten Kaizo yang sebenarnya!"
"HUH?!" Kaizo dan Kaizo terkejut sedikit
Fang mula berfikir. Sebelum ini, dia tidak pernah melihat abang dia main catur. Adakah sebenarnya abang dia selama ini handal dalam bermain catur? fikir Fang. Manakala Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tidak pasti samada ini adalah satu idea yang baik ataupun tidak. Walaupun bagaimanapun, mereka tetap yakin dengan rancangan Lynna. Sang gadis itu menyusun buah-buah catur di atas papan. Kaizo dan Kaizo duduk bersemuka
"Lynna, adakah ini rancangan yang terbaik?" soal Kaizo
"Aku tak yakin dengan rancangan kau ni. Bagaimana kalau rancangan kau ni gagal" soal Kaizo
"Kaizo dan Kaizo" Lynna bercakap secara tenang "Aku nak tengok korang main catur ni dan aku sendiri akan tentukan siapakah Kapten Kaizo yang sebenarnya"
Kedua-dua Kaizo itu setuju sahaja. Maka, bermulalah permainan catur di dalam gua itu. Semasa kedua Kaizo sedang berlawan catur, mata Yaya ternampak sesuatu di sebalik batu-batu besar. Dia ternampak kaki seseorang. Dia kenal seluar dan kasut itu. Lalu dia bergerak secara perlahan ke arah Lynna. Dia bisik kepada sang gadis itu
"Kak Lynna, saya dah jumpa Rizu"
"Baiklah, kamu dan Ying pergi selamatkan Rizu. Bawa dia ke tempat yang selamat" bisik Lynna balik
Yaya mengajak Ying untuk pergi selamatkan Rizu. Secara senyap, kedua gadis itu berjaya keluar dari gua tersebut bersama dengan Rizu. Permainan catur itu masih berterusan. Lynna meneliti setiap langkah buah catur dari mereka. Setelah beberapa minit mereka menunggu, akhirnya salah satu Kaizo menang dalam permainan catur itu
"Aku menang?" bisik Kaizo
"Kak Lynna, pemenang tu abang ke atau entiti tu?" soal Fang
"YANG KALAH TU KAIZO!" kata Lynna dengan penuh yakin "Kerana Kaizo bukannya mahir dalam permainan catur!"
Berkerut dahi Kaizo. Padahal pemenangnya memang Kaizo yang benar tetapi itu tidak penting. Yang penting sekarang, dia perlu yakinkan mereka. Mata dia terus berikan satu renungan kepada adiknya
"PANG! AKU TAHU, YANG AKU ADALAH ABANG KAU!"
"Errr.." Fang masih lagi keliru
"Salah Pang! Dia tipu. Jangan dengar kata-kata dia!" kata entiti itu pula "Dia saja nak kelirukan kau. Aku tak nak dia apa-apakan kau!"
"Pang! Dalam hati kau, mesti kau tahu yang mana satu kapten kau yang sebenarnya. Aku yang besarkan kau selama ini" Suara Kaizo berubah menjadi sayu sedikit "Aku juga yang sakitkan hati kau dan aku juga sentiasa buat kau keseorangan dulu. Kau juga tahu, aku kesal dengan perbuatan aku terhadap kau"
"Abang.." Fang tersenyum sedikit
Tiba-tiba Kaizo entiti itu naik marah. Lalu dia menyerang Kapten Kaizo dengan menggunakan pedang tenaganya. Kaizo sedar dengan serangan itu, lalu dia melompat kebelakang. Entiti itu melompat dan menyerang lagi. Mereka kembali berlawan pedang. Entiti itu cuba melibas pedangnya ke arah muka Kaizo tetapi sang kapten itu berjaya menghalang serangan itu. Pedang Kaizo menjadi penghalang. Dia menolak balik pedang entiti itu menggunakan pedangnya sendiri. Tiba-tiba entiti berikan satu senyuman sinis kepada Kaizo. Dia berubah menjadi asap-asap hitam. Lalu ianya masuk ke dalam mulut dan hidung Kaizo
"O-kaaayyy.." Lynna terkejut sedikit. Dia tetap dalam keadaan tenang "Itu sesuatu yang baru"
"Kak Lynna tak tahu tentang itu ke?" soal Gopal
Lynna hanya menjawab dengan gelengkan kepalanya. Kaizo mendarat dihadapan mereka. Mata dia sudah menjadi hitam dan suara dia agak menakutkan. Dia sudah dirasuk oleh entiti tersebut
"Hahahaha... aku akan hapuskan kamu semua" kata Kaizo "Tiada siapa dapat menghalang rancangan aku kali ini"
"Cubalah, kau berani" Lynna tersenyum sinis kepada Kaizo "Fang, Boboiboy, Gopal.. berdiri di belakang akak" kata dia lagi
Mereka berlari ke belakang Lynna. Sang Kapten itu maju ke depan dan lalu dia berlari ke arah mereka dengan pedang tenaganya. Lynna tidak berganjak dari situ. Dia berdiri teguh seperti sebuah bangunan
"PEDANG TENAGA!"
Pedang Kaizo hampir terkena Lynna tetapi ianya dihalang oleh sesuatu. Di depan Lynna, terdapat dinding pelindung warna ungu lutsinar. Kaizo tidak berpuas hati. Dia tetap menyerang dinding pelindung itu berkali-kali tanpa berputus asa. Lynna melihat sahaja keganasan Kaizo disebalik dinding ungu itu
"Boboiboy" panggil Lynna
"Yea kak Lynna"
"Bersedia untuk serang dia" kata Lynna dalam nada serius
"Baik kak Lynna!" Boboiboy mengangkat tangan kanannya dan lalu tinggikan suara "BOBOIBOY HALILINTAR!"
Halilintar melompat ke atas. Dia tembus keluar dari dinding pelindung itu. Kaizo bertindak untuk menyerang Halilintar. Sementara Kaizo dan Halilintar sedang berlawan, Lynna keluarkan sebiji botol kecil
"Kak Lynna nak buat apa dengan botol tu?" soal Gopal
"Untuk tangkap benda tu" jawab Lynna
"Err.. kak Lynna tahu ke cara-cara nak tangkap benda tu? Yelah, entiti tu kan dalam badan abang saya"
"Hehehe.. jangan risau Fang. Akak tahu apa yang akak buat"
Lynna membuka penutup botol itu. Lalu dia menghala botol tersebut ke atas. Mata dia tertumpu ke arah Kaizo. Bibir dia bergerak-gerak sedikit. Fang dan Gopal tidak tahu apa yang sang gadis itu ingin lakukan. Tiba-tiba Halilintar terjatuh akibat terkena tolakan tenaga dari Kaizo. Lalu tangan dan kaki dia digarikan oleh sang kapten tersebut. Fang ingin melakukan serangan dia tetapi adakah dia mampu serang abang dia sendiri? Pada masa yang sama, dia tidak mahu melihat abang dia cederakan kawan baik dia. Dia juga berpesan kepada dirinya, ini bukan salah abang dia kerana itu bukan abang dia. Abang dia dirasuk oleh entiti jahat
"Fang, jangan serang abang kau" kata Lynna "Biar dia tumpukan serangan dia ke atas Halilintar"
"Kak Lynna nak Kapten Kaizo seksa Hallintar ke?"
"Bukan itu yang akak mahukan, Gopal" Lynna maju ke depan sedikit. Lalu dia membuka mulutnya tetapi ayat yang dia keluar adalah ayat mantera "Shadow of the night, you can't be see, out of mine sight, YOU SHALL NOT BE FREE!"
Seluruh badan Kaizo menjadi kaku. Selepas itu badan dia bergoyang-goyang. Asap-asap hitam mula keluar dari badan Kaizo. Entiti itu menjerit seperti dia disakiti oleh sesuatu. Dia ditarik masuk oleh botol kecil tersebut. Lynna genggam botol kecil itu kerana angin kencang berputar-putar masuk ke dalam botol tersebut. Seluruh asap-asap hitam masuk ke dalam botol itu sehinggalah ianya hilang dari ruangan gua itu. Lynna menutup botol itu secara pantas. Kaizo terjatuh di tengah-tengah gua tersebut. Tangan dan kaki Halilintar terlepas dari gari tenaga Kaizo. Lalu dia berubah menjadi Boboiboy biasa
"ABANG!"
"KAPTEN KAIZO!" Gopal dan Boboiboy berlari ke arah Kaizo
"Dia ok ke?" soal Boboiboy
"Aku rasa.. abang aku cuma pengsan aje ni" jawab Fang "Nant-nanti dia bangunlah tu"
"Pelik aku tengok kau ni.." Gopal melihat Fang dengan penuh keliru "Bukan ke, selalunya kau akan risau. Kau tak nak apa-apa terjadi dekat abang kau"
"Err.. betul tu tapi.." Fang betulkan nada suara dia sedikit supaya nampak serius "Selepas sahaja aku lihat abang aku kena rasuk, jadi aku rasa.. sudah tentu entiti tu sudah mengambil banyak tenaga dia. Dengan itu, aku pasti dia pengsan sebab kehilangan tenaga"
"Kau ingat aku pengsan ke?"
Boboiboy, Gopal dan Fang terkejut kerana Kapten Kaizo sudah bangun. Mereka menjerit sambil berlari kebelakang batu-batu besar. Lynna tergelak melihat gelagat mereka bertiga. Botol kecil tadi, dia sudah simpan di dalam poket seluarnya
"Mari kita pulang semua" ajak Lynna "Akak nak kena pergi simpan botol tu tadi supaya tiada siapa yang dapat lepaskan dia"
"Akak nak simpan dekat mana?" soal Fang disebalik batu besar itu
"Rahsia" kata Lynna sambil kenyitkan mata sebelah kepada Fang
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying meraikan kejayaan mereka di kedai Kokotiam Tok Aba. Mereka bersuka ria di kedai itu kerana tiada lagi entiti jahat merayau-rayau di sekitar pulau untuk huru-harakan keadaan. Fang dengan senang hatinya, dia memesan beberapa keping pancake khas untuk Rizu. Mata Rizu bersinar-sinar apabila Ochobot hidangkan sebuah pinggan besar di hadapannya. Diatas pinggan tersebut ada 3 keping pancake berserta dengan chocolate syrup dan juga ice cream vanilla di bahagian tepi pancake itu. Air liur Gopal meleleh melihat pancake itu. Apatah lagi apabila Rizu suapkan dirinya dengan potong pancake tersebut yang sudah dicicah dengan chocolate syrup
"Abang Gopal nak ke?"
"Eh, takdelah.. abang tengok aje" kata Gopal sambil tersengih
"Betul ke?"
"Ala Rizu, biarkan si Gopal tu. Abang tahu dia nak tu tapi kasihan dia, takde duit nak beli pancake" kata Fang sambil memandang sinis kepada Gopal "Rizu makan yea. Kalau nak lagi, cakap aje dekat abang"
Gopal terus bersedihan. Dia melihat kawan-kawan dia yang lain, semuanya sedang menikmati makanan masing-masing. Tok Aba rasa kasihan dengan Gopal. Lalu dia buatkan makanan khas untuk Gopal
"Nah, ambil makanan ni" Tok Aba berikan sekeping waffle dengan chocolate ice cream diatasnya "Makan puas-puas. Jangan nak sedih aje"
"Be-betul ke ni Tok Aba?"
"Betul" kata Tok Aba secara ikhlas
"Terima kasih Tok Aba!" Gopal terus tersenyum kambing di kedai itu
"Hehehe.. sukalah tu" Ochobot ketawa sedikit "Oh yea, mana Kapten Kaizo dan kak Lynna? Dia orang tak datang ke?"
"Ha ah lah, mana dia orang?" Boboiboy baru sedar bahawa Kaizo dan Lynna tiada di situ
"Abang aku tengah merajuk dengan kak Lynna" jawab Fang sambil minum air chocolate blended
"Aik, abang kau merajuk? Macam bukan abang kau aje" Yaya rasa pelik kerana setahu dia, Kapten Kaizo bukan seseorang yang suka merajuk "Abang kau kena rasuk lagi ke?"
"Mana adalah" Fang mula terbayangkan bagaimana wajah abang dia yang sedang merajuk "Mesti kelakar.. hehehehe.. macam mana agaknya kak Lynna nak pujuk abang aku tu"
Secara senyap, dia habiskan air dia sedikit demi sedikit sambil terbayangkan Lynna memujuk Kapten Kaizo
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Kaizo! Janganlah merajuk dengan aku"
"Hmmm... tak, aku tak merajuk dengan kau" Mata Kaizo hanya melihat cerita yang terpapar di kaca TV "Aku cuma marah dengan kau aje"
"Habis tu, apasal kau langsung tak nak tengok muka aku? Cakap ajelah kau tu tengah merajuk dengan aku"
"Yelah!" Kaizo tutup TV tersebut. Lalu dia alihkan pandangan dia ke arah Lynna "Aku merajuk dengan kau sebab kau cakap yang kalah catur tadi tu ialah aku. Padahal si entiti tu! Kau tak percaya ke yang aku ni boleh menang?"
"Hehehe.. ala, aku buat silap tapi kita dah dapat tangkap entiti tu kan" Lynna kelip-kelipkan matanya kepada Kaizo dengan senyuman comelnya
"Aku tetap merajuk dengan kau"
"Yelah" Lynna mengalah dan lalu dia bangun dari sofa "Merajuklah kau. Aku nak pergi simpan entiti tu dekat tempat rahsia. So, jumpa lagi"
Mata Kaizo melirik ke arah Lynna. Mata dia ikut Lynna berjalan ke pintu rumah. Lalu sang gadis itu keluar dari rumah tersebut. Kaizo seperti hendak bangun. Dia mula curiga, dimana Lynna hendak menyimpan botol entiti tersebut. Lalu dia bangun dan berlari ke arah pintu. Dia buka pintu tersebut. Lynna masih belum pergi lagi. Dia tersenyum melihat Kaizo muncul di depan pintu
"Kau nak ikut ke?"
"Kalau kau bagi" kata Kaizo "Tapi aku masih merajuk lagi dengan kau"
"Takde masalah" Lynna pegang lengan kanan Kaizo "Kau nak merajuk lama-lama pun takpe. Aku tak kisah pun"
Kaizo tidak sempat hendak berkata sesuatu. Lynna sudah teleportasi kan mereka berdua ke tempat lain
----------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com