Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pantai

Hari ini, Fang dan rakan-rakan dia akan pergi berkelah di tepi pantai. Sepupu Fang iaitu Faye, akan turut menyertai mereka. Faye berasal dari planet lain. Faye juga akan membawa kawan barunya iaitu Lily. Mereka berdua sangat rapat. Boleh dikatakan mereka adalah kawan baik. Fang tidak sangka sepupu dia boleh berkawan dengan seseorang yang suka buat dia naik angin. Bukan itu sahaja, perangai pelik Lily selalu membuatkan Fang rasa menjengkelkan. Adakalanya, dia mahu sahaja hentam Lily. Semasa Fang dan kawan-kawan dia tiba di tempat perkelahan mereka, mata dia membulat besar

"Errr... apasal lawa sangat tempat kelah kita orang ni?" Fang melirik matanya ke arah Faye

"Ini mesti sebab KAWAN KU FAYE NAK BAGI LILY BERDATING DENGAN BBB-CHAN! Betul tak betul tak?"

Faye ketawa sedikit. Kawan-kawan dia dan juga sepupu dia, agak terpegun dengan kecantikan tempat perkelahan mereka. Sebuah meja bulat pendek berada di atas tengah-tengah permukaan tikar. Terdapat bantal kecil berbentuk bulat tersusun cantik dibahagian tepi meja tersebut. Di atas meja pula, ianya sudah siap di alas dengan kain putih renda. Sebuah kek chocolate cheesecake sudah dipotong kecil-kecilan, tersusun cantik di dalam bekas makanan. Ada dulang bertingkat yang dihiasi dengan pelbagai pencuci mulut. Air jus oren sudah tersedia di dalam botol kaca. Ada bakul rotan ditepi meja tersebut. Muffin-muffin didalam bakul tersebut, telah ditutupi dengan kain kecil. Yaya dan Ying melihat tempat berkelah mereka. Mata mereka terkedil-kedil melihatnya. Di dalam hati mereka rasa malu sedikit kerana mereka hanya membawa kuih-muih dan beberapa kepingan sandwich. Makanan yang Faye bawa pula, agak mewah. Hati Gopal mula berbunga-bunga melihat makanan itu

"Wah! Faye ke yang buat semua ni?" soal Boboiboy

"Sudah tentulah!" kata Faye dengan penuh ceria "Perkelahan kita mestilah nampak fancy! dan paling penting sekali.. BERSUKA-RIA! dan dan.. lagi satu.. KAMERA! BOLEH TANGKAP GAMBAR KITA BANYAK-BANYAK SEBAGAI KENANGAN!"

Faye keluarkan kamera kecilnya dari beg galas dia. Gambar pertama dia tangkap adalah tempat perkelahan mereka. Faye menjemput mereka duduk, sementara dia pula, pergi memasang khemah di belakang tempat berkelah mereka. Gopal terlalu teruja, dia menjadi orang pertama yang duduk di tepi meja bulat itu. Tangan dia tidak tahu makanan mana yang dia perlu cuba dahulu. Adakah dia perlu cuba merasai chocolate tart terlebih dahulu ataupun bluberry muffin? Kalau boleh, dia mahu sumbat semuanya di dalam mulut

"Gopal, cuba kau try chocolate enclair ni. Sedap!" kata Faye secara tiba-tiba

Tangan dia mengambil satu pastri panjang yang disaluti dengan chocolate pada bahagian atas, lalu dia berikan kepada Gopal. Dengan seiklhas hati, Gopal menerima pastri itu dengan baik. Lalu dia berikan satu gigitan terhadap pastri tersebut. Dia kunyah secara perlahan-lahan, lalu dia telan. Wajah mukanya berubah menjadi berseri-seri

"SEDAPNYA!" kata Gopal

Faye tersenyum suka kerana dia suka melihat kawannya menikmati makanan tersebut

"Kau buat ke semua makanan ni?" soal Yaya sambil meletakkan bekas kuih-muihnya di atas meja bulat itu

"Hehehe..." Faye rasa malu pula "Sebenarnya.. aku beli aje makanan ni. Aku tak reti nak buat semua makanan ni" Lalu dia tersengih

"Aiyaa.. ingat lu buat tapi takpe maaa.." kata Ying. Dia tidak mahu buat Faye hati tersinggung "Janji ada makanan untuk kita semua!"

"Terima kasih Ying" Faye masih lagi dengan perasaan malu "Aku ada juga suruh sepupu aku masakan sesuatu tapi dia malas nak buat"

"Isk isk isk.. pemalas betul si landak ni" Geleng kepala Lily

Hati Fang mula rasa panas. Tangan dia sudah bersiap sedia untuk menghentam Lily tetapi dia tenangkan dirinya. Mata dia terpandang beg plastik putih di tangan kanan Lily. Lalu dia soal sang remaja itu

"Wei pelik, kau bawa apa tu?"

"Ni?" Lily mengangkat beg plastik yang dibawa oleh dia "Hehehehe.. tadi Lily singgah supermarket sebab nak beli ni!"

Dia membuka beg plastik itu. Kepala masing-masing mendekati beg plastik tersebut untuk melihat apakah yang Lily beli. Mereka tidak terkejut tetapi rasa agak kelakar sedikit. Apa yang dibeli oleh Lily adalah roti berkrim dalam kuantiti yang banyak. Tetapi apa yang buatkan mereka ketawa kecil adalah bungkusan tersebut. Wajah Boboiboy dan para pecahan dia terpapar pada permukaan bungkusan roti itu

"Err... kau beli roti?" Boboiboy rasa agak malu sedikit

"Yup!" Lily mengambil salah satu roti berkrim itu. Lalu dia berikan kepada Boboiboy "Lily nampak ada picture BBB-CHAN! Terus Lily beli banyak-banyak"

"Macam sedap aje roti ni" Gopal cuba mengambil roti tersebut tetapi tangan dia ditepis oleh Lily "Alaa.. tak boleh ke aku ambil?"

"Boleh boleh" kata Lily "Tapi Gopal hanya boleh ambil roti yang ada picture Taufan, Blaze, Halilintar ataupun Solar"

"Thorn dengan Gempa tak boleh usik ke?" soal Ochobot

"Thorn tu seperti kembar Lily. Dia adalah kawan baik Lily dan Gempa-chan pula! Lily suka Gempa-chan!"

"Apa-apalah kau" kata Fang "Malas aku nak layan si budak pelik ni"

Fang terus diamkan diri sambil memandang kesemua makanan yang ada di atas meja bulat itu. Semuanya kelihatan menarik tetapi tangan dia mencapai kuih koci yang dibawa oleh Yaya. Kawan-kawan dia sibuk berborak, bergurau-senda, gelak ketawa sehinggalah mereka terdengar sorakan dari sekumpulan para pengunjung pantai

"Macam menarik aje" ujar Ochobot

Mereka tertanya-tanya, apa sesuatu yang menarik berlaku ke? Ianya kelihatan seperti sedang menyaksikan satu perlawanan di tepi pantai. Tiba-tiba Rizu berlari ke arah mereka dari perlawanan itu. Dia melambai-lambai ke arah mereka sambil menjerit nama abang angkatnya

"ABANG FANG! ABANG FANG!"

"Eh, Rizu pun ada dekat sini" bisik Fang sambil membalas lambaian adik angkatnya

"Kau tak ajak dia ke?" soal Ochobot

"Errr.." Fang tersengih sedikit "Tapi jangan beritahu dia ok"

"Boleh aje landak tapi kalau dia soal, Lily tak boleh nak tipu si penguin comel ni" Lily mengusap kepala Fang secara tidak sengaja

"Woi! Apasal kau sentuh kepala aku?"

"ERK?! ALAMAK! LILY TAK SENGAJA!" Lalu Lily menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari Boboiboy "Mana BBB-CHAN?!"

Boboiboy sebenarnya sudah pergi bermain bola dengan Gopal. Lalu sang gadis itu pergi sertai mereka berdua. Entah bagaimana, Gopal ditolak oleh Lily untuk menangkap bola. Gopal terus berikan renungan maut dia kepada Lily tetapi sang gadis itu terlampau gembira kerana dapat main bola dengan Boboiboy

"Abang Fang!" Rizu mencapai tangan Fang "Pizu nak bawa abang Fang pergi sana"

"Kenapa? Ada apa dekat sana?" soal Fang sambil bangunkan diri

Dia biarkan sahaja Rizu membawa dia ke perlawanan tersebut. Rizu tidak menjawab soalan Fang tadi. Dia hanya tersenyum sahaja. Yaya, Ying dan Ying juga ikut mereka kerana ingin tahu apa yang berlaku. Ochobot tidak ikut mereka kerana terpaksa menjaga tempat perkelahan mereka. Takut orang curi makanan nanti. Setelah Fang tiba di tempat perlawaan itu, mata dia terus membulat besar

"Itu.." Mulut Yaya ternganga sedikit

"Betul ke itu Kapten Kaizo?" Mata Ying terkebil-kebil melihat Kaizo

Fang tidak terkata apa. Mulut dia seperti dikunci oleh sesuatu. Mata dia seperti tiddak percaya apa yang dia lihat sekarang ini. Abang dia bermain bola tampar dengan sekumpulan remaja dan salah seorang daripada pemain itu adalah Bella. Tiga lawan tiga. Tetapi bukan itu yang membuat dia terkedu. Apa yang buat dia terkejut adalah abang dia bermain bola tampar tanpa memakai baju. Hanya seluar renang sahaja yang dipakai olehnya. Para peminat Kaizo berteriakan disitu apabila dia berikan satu tamparan yang sangat pantas. Bella lari ke hadapan, dia lompat dan terus berikan satu tamparan spike terhadap bola itu. Kaizo dan pasukan dia tidak dapat menghalang bola tersebut. Bola itu hanya lintas di jari-jemari Kaizo sahaja

"Abang?!" Fang masih tidak percaya apa yang dia lihat "Abang aku main bola tampar?"

"Kenapa abang Fang?"

"Abang pelik, bila masa abang Kaizo main bola tampar? Dia ni tengah mimpi ke apa? Atau ada alien lain rasuk abang aku ni?" Fang mengusap dagunya

"Haiyaa... tak payah nak pelik sangat maa.. entah-entah abang lu saja nak hilangkan stress dia" kata Ying

"Stress apa bendanya. Dia tu kalau dapat misi baru, terus jalankan tugas dia. Tak pernah dia nak merungut ke apa. Lagi dia suka adalah" ujar Fang "Aku kena ketuk kepala abang aku tu"

"Kau ni, tak baik ketuk kepala abang sendiri" marah Yaya "Biarkan ajelah abang kau nak buat apa pun. Bukannya dia buat perkara yang tak baik pun"

"Betul kata Yaya. Aku sokong. Lagipun ini buatkan aku teruja untuk tangkap gambar abang Kaizo tengah main bola" Faye tanpa melengahkan masa, dia menangkap gambar Kaizo dari setiap sudut "Boleh aku hantar gambar-gambar ni dekat atuk dan nenek"

"Gambar aku takde ke?"

"Hehehe.." Lalu Faye menangkap gambar Fang yang sedang bermasam muka "Kau tak boleh nak senyum ke?"

"Abang Fang senyum bila dapat donut lobak merah aje" Rizu terus tersenyum seperti diri dia adalah abang angkatnya "Lepas tu, abang Fang mesti cakap donut lobak merah tu kekasih hati dia"

"Aloloo.. comelnya" Faye mencubit pipi Rizu "Kalau boleh, akak nak bawa Rizu jumpa atuk dan nenek akak dekat planet lain"

Mata Rizu terus bersinar-sinar. Kecomelan Rizu makin bertambah. Faye tidak mahu lepaskan peluang, terus dia menangkap gambar si kecil itu bersama Yaya dan Ying. Fang hanya mampu gelengkan kepalanya

"Wei, jangan bagi harapan dekat budak ni" tegur Fang dengan nada tidak puas hati

"LANDAK JEALOUS!"

Terkejut Fang dengan jeritan dari Lily tadi. Hati dia mula berapi-api. Aura bayang-bayang hitam mula timbul ditangan kiri dan kanannya. Lily mula tersengih dan berundur sedikit demi sedikit. Tidak sempat Fang menyerang Lily, kepala dia terkena hentaman bola. Dia terjatuh kebelakang seperti kayu papan jatuh

"ERK?! LANDAK!"

"Fang! Kau ok tak?" soal Yaya

"ABANG FANG!" Rizu goyang-goyangkan badan abang angkatnya "Abang Fang! Bangun! Bangun!"

Fang terasa kepala dia seperti terkena bongkahan batu. Terasa amat sakit dibahagian kepalanya. Dia mula rasa pening-pening lalat. Mata dia terbuka luas. Tiba-tiba muka Bella muncul di hadapan matanya

"Are ok pretty boy? Tak kuat sangatkan hentaman bola aku tadi?" Bella tersenyum sinis sambil mengangkat bola yang ada di tepi Fang "Bye.. aku nak pergi kalahkan pasukan abang kau"

Hati Fang kembali berapi-api. Kali ini, dia ingin gunakan kuasa dia terhadap Bella. Sudah lama dia memendam perasaan untuk balas dendam terhadap gadis itu. Bella. Api kemarahan dia mula membuatkan diri Fang untuk kalahkan Bella di dalam perlawanan bola tampar. Kalau dia gunakan kuasa dia untuk bermain bola tampar, sudah tentu dia menang. Tetapi, abang dia ada di situ pula, fikir Fang. Mesti diri dia akan kena hukuman latihan tempur kerana salah guna kuasa

"Abang Fang?" panggil Rizu lagi "Abang Fang ok ke tak ni? Nak Pizu bawakan air ke? atau donut lobak merah ke?"

"Wuuuu.. dia perlukan kerepek pisang ni" kata Lily "Tak pun, DIA PERLUKAN BANTUAN PERNAFASAN DARI SESEORANG! OCHOBOT! Berikan dia bantuan pernafasan!"

"Bila masa pulak aku perlukan kerepek pisang?! DAN OCHOBOT TU ROBOT! BUKANNYA MANUSIA!" Fang bangunkan dirinya "Yang aku perlukan sekarang ini adalah untuk kalahkan si Bella tu!" Dia tundingkan jarinya ke arah gadis yang bernama Bella itu

"Ohhh..." Lily angguk kepalanya

"Bukan ke kau dengan Boboiboy tadi?" Tiba-tiba Fang berikan soalan lain pula "Apa kau buat dekat sini?"

"Ohhh.. sebab BBB-CHAN tadi tengah main-main dengan Ochobot, lepas tu Lily join. Kita orang main baling-baling Ochobot.. hehehe.. And then, tiba-tiba BBB-CHAN terdengar orang bersorakan dekat sini. Dia pun pergilah ke sini dan Lily pun ikutlah dia! Tu BBB-CHAN tengah berikan sokongan padu dia kepada kapten itik hot. Lily pasti, kapten itik hot akan kalah kerana tidak mampu kalahkan pasukan Bella! GO BELLA! GO BELLA!"

Panas hati Fang mula beralih ke arah Lily pula. Mulut dia berkumat-kamit seperti berikan satu sumpahan kepada sang gadis tersebut. Yaya dan Ying mula berundur sedikit demi sedikit kerana tidak mahu larikan diri daripada Fang. Mereka terlalu kenal dengan perangai Fang yang suka mengamuk. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa Fang, terutama sekali Gopal

"Err.. Lily, jom kta pergi tengok perlawanan tu" Faye mengambil tangan kanan Lily dan lalu beredar dari situ "Aku rasa tak selamat pula bila tengok sepupu aku tengah marah" bisik dia

"Alaaa.. biarkanlah dia mengamuk. Miahahahahahaha" tergelak Lily

Fang cuba hendak tenangkan dirinya. Lalu dia pergi melihat perlawanan itu untuk mengawal dirinya daripada mengamuk. Dia dapat melihat sendiri ketangkasan dan kepantasan tamparan bola dari Bella. Abang dia iaitu Kaizo, tidak dapat menghalang bola tersebut. Ahli pasukan dia tersungkur jatuh kerana ingin menghalang bola itu. Bella sangat bangga dengan bakat yang dia miliki. Kaizo sebenarnya agak bangga dengan kebolehan dari Bella. Dia tidak dapat nafikan bahawa gadis itu sangat handal dalam sukan bola tampar

"ABANG! KALAHKAN PASUKAN BELLA!" jerit Fang untuk berikan sokongan dia kepada abangnya "Tapi tengok si Bella tu, hebat juga"

"Bella memang hebat" muncul Boboiboy di sebelah Fang "Minggu lepas, pasukan sekolah kita menang dalam pertandingan bola tampar. Bella yang mengetuai pasukan sekolah kita"

"Hmm.. hebat memang hebat tapi.." Tangan Fang seperti ingin mencekik seseorang "Kalau bab nak cari pasal dengan aku, memang dia nombor satu"

"Sabar Fang sabar" kata Boboiboy sambil tersengih

"Aku memang tengah sabar ni. Kalau boleh, aku nak lawan bola tampar dekat si Bella tu. Biar aku kalahkan dia! MUAHAHAHAHAHAHA!"

"Wuuuuu.. landak ada hati nak kalah Bella yang hebat dalam bab tampar-menampar bola ni" Lily angguk kepala sebagai tanda faham "Landak, Lily bangga dengan landak kerana relakan hati untuk ditampar oleh Bella.. MIAHAHAHAHAHA"

Fang terus berikan satu tenungan ke arah Lily. Si gadis itu mula rasa tidak begitu senang hati. Lalu ketawa kecil sambil beredar dari situ. Dia mula tumpukan kepada perlawaan itu walaupun dia tahu diri dia masih lagi diperhatikan oleh sang alien itu. Boboiboy tersengih sedikit. Dia rasa kasihan pula dengan Lily tetapi pada masa yang sama, dia rasa lucu. Semenjak Lily menjadi kawan mereka, kehidupan mereka bertambah ceria. Tidak pernah rasa kecewa ataupun sedih jikalau Lily ada bersama mereka. Sang gadis itu lah yang sentiasa menceriakan suasana dimana sahaja mereka berada

"Sudahlah tu Fang" Boboiboy pegang bahu kawan baiknya "Kita ke sini untuk bersuka ria, bukan untuk bermasam muka. Kau jangan nak marah sangat si Lily tu. Aku tahu niat dia baik cuma perangai dia tu, agak pelik"

"Hmmm.. pelik pun pelik tapi janganlah buat aku naik angin!" jawab Fang

"Kau perlulah biasakan diri setiap kali dia ada" kata Yaya secara tiba-tiba "Mungkin awal-awal ni, kau rasa tak senang dengan kehadiran dia tapi percayalah, kelama-lamaan nanti kau akan terbiasa dengan perangai dia. Mungkin korang akan menjadi kawan baik"

"Dalam mimpi ajelah" bisik Fang sambil bersilang tangan

Perlawanan itu sudah pun tamat. Pasukan Kaizo kalah dengan pasukan Bella. Kapten Kaizo kelihatan tenang walaupun kalah. Dia terus ucapkan tahniah kepada pasukan Bella. Selepas itu, sang gadis itu beredar dari situ tanpa pasukannya. Dia dan pasukannya terpisah disitu

"Hmmmm..." Faye memerhatikan Bella dari jauh "Apasal aku lihat si Bella tu macam takde kawan aje. Bukan ke dia kawan dulu?"

"Ha ah lah, bila lu cakap pasal dia, aku baru teringat. Dia sekarang dekat sekolah nampak macam seorang diri. Tak tahu apa jadi dengan kawan-kawan dia"

"Betul kata Ying tu. Aku rasa pelik" Yaya memandang kawan baiknya iaitu Ying "Awal dulu, dia ada ramai kawan tapi sekarang ni, aku selalu nampak dia sorang diri. Dia pun macam tak kisah aje kalau takde kawan"

"Hahaha! Padan muka dia! Siapa suruh buli aku dulu, kan dah takde kawan sekarang ni" Lalu kepala dia ditepuk oleh Faye "WOI! Apasal kau tepuk kepala aku?"

"Kau ni Fang. Tak baik cakap macam tu dekat dia" kata Faye "Lagipun ini adalah peluang kita untuk menjadi kawan baik dia! Betul tak Lily?"

"BETUL BETUL! LILY SOKONG SAHAJA! MIAHAHAHAHAHA!"

Fang tidak berpuas hati dengan mereka. Bagaikan menerima musuh menjadi sahabat mereka. Dia perlu bantah dengan cadangan mereka. Dia perlu bersuara dan menolak cadangan itu. Sebelum dia membuka suaranya, tiba-tiba Rizu berkatakan sesuatu

"Pizu ok aje. Asalkan kakak Bella tak buli abang Fang lagi"

"Jangan risau! Kakak Lily akan pastikan dia buli landak seminggu sekali sahaja!"

"KAKAK LILY!" marah Rizu

"Hehehee... maaf my Pizu-chan" Lily belai kepala Rizu "Nanti kakak Lily belanja Rizu makan pizza ok!"

"YEAH! PIZZA!" Rizu peluk badan Lily sebagai tanda terima kasih "Pizu suka makan pizza!"

Lily terharu kerana dapat satu pelukan dari si kecil itu. Dia terasa seperti dia seorang kakak mithali. Dia janji dengan diri dia, bahawa dia akan jaga Rizu jauh lebih baik daripada Fang. Lalu dia terbayangkan Rizu pilih dia dan tinggalkan abang angkatnya. Mata Lily terus bersinar-sinar

"Ah sudah, si pelik ni mula berangan" Fang sudah boleh baca air muka Lily "Entah apa yang dia tengah berangan tu"

"Biarkanlah dia Fang" Boboiboy tersengih sedikit "Tapi kan.. masa awal kita kenal Lily, perangai dia takdelah sepelik mana tapi sekarang ni, makin lama makin pelik"

"Mungkin dia sudah mula selesa dengan kita semua" kata Faye "Sebab itu dia sudah mula tunjukkan perangai kepelikkan dia yang sebenar!"

Fang menoleh ke kanan, Lily terus membuat muka pelik. Hati Fang mengata diri dia seperti hendak cucuk mata gadis pelik itu. Faye melihat Bella sudah jauh pergi dari situ. Dia perlu memanggil gadis itu untuk bersuka-ria dengan mereka

"Korang tunggu ok, aku nak pergi panggil Bella. Kita ajak dia main bola tampar!" kata Faye

"Eh, biar aku dan Yaya yang pergi!" kata Ying "Lagipun dia sudah jauh sangat dari kita. Aku akan gunkan kuasa larian laju untuk memanggil dia!"

Secara pantasnya, Ying berlari ke arah Bella. Yaya pula, terbangkan diri dia ke arah Bella. Sementara itu, Lily sudah mengadakan senaman memanaskan badan kerana tidak sabar untuk bermain bola tampar. Dia angkat kaki kiri, selepas itu kaki kanan. Dia melakukan lompatan bintang selepas itu. Yaya tergelak melihat gelagat sang gadis itu. Rizu turut ikut Lily sekali tetapi dia hanya dapat mengikuti senaman itu. Lalu dia duduk sambil lukis di atas pasir pantai dengan sebatang ranting

"Woi, kau senaman dekat sini apasal?"

"Lily tengah panaskan badan untuk bermain bola tampar!" kata Lily dengan penuh semangat "Lily sudah bersedia untuk kalahkan landak! Hehehehe.."

"Beranganlah kau" bisik Fang

"Abang Fang jangan mengalah tau! Pizu akan berikan sokongan dekat abang Fang!" kata Rizu yang masih duduk di atas pasir pantai "Pizu lukis gambar abang Fang dekat pasir ni. Comel tak?"

Fang hanya balas dengan satu senyuman ikhlas. Dia suka dengan lukisan comel Rizu. Lalu dia mengusap kepala si kecil itu. Rizu kembali sambung melukis di atas pasir lagi. Lily mencari-cari dimana Boboiboy pergi. Rupanya, superhero itu sudah kembali tempat perkelahan mereka. Boboiboy sebenarnya tidak mahu Gopal keseorangan tetapi sebenarnya, dia takut jikalau Gopal habiskan kesemua makanan mereka. Lily tidak pergi mengikut Boboiboy. Dia hanya kembali bersenam di situ

"Bersemangat betul kau ni" kata Fang "Tapi jangan menangis bila pasukan kau kalah.. HAHAHAHAHAHA!"

Fang ketawa besar di situ. Tiba-tiba dia terasa bangga walaupun mereka belum lagi berlawan. Dia hanya perlu patahkan setiap serangan Bella dan dia juga sudah berazam untuk tewaskan pasukan Bella. Semangat dia terlalu tinggi sehingga membuatkan diri dia tiba-tiba tercampak jauh ke laut

"ABANG FANG!" Rizu terkejut melihat abang angkat dia ditendang oleh sesuatu "Ke-kenapa abang Fang kena tendang?"

"Aik? Siapa tendang Fang sampai ke laut?" Ying sudah pun kembali bersama dengan Bella

"Si pretty boy kena tendang? O.M.G.. siapa yang tendang dia tu? Aku patut berterima kasih dekat orang tu" Bella tersenyum suka seperti mimpi dia menjadi kenyataan "Kasihan Fang kena tendang.. hahahaha!"

"Errr... Lily yang tendang landak" Lily tersengih sedikit

Yaya, Ying, Bella dan Rizu memandang Lily dengan mata bulat besar mereka. Adakah Lily mempunyai kuasa tersembunyi selama ini? Atau sebenarnya Lily adalah alien seperti Fang? Tiba-tiba sahaja Bella pegang kedua-dua tangan Lily. Lalu dia melompat-lompat di situ

"WAH! THANK YOU! THANK YOU! SEBAB TENDANG SI LANDAK GORENG TU!" Tersenyum lebar Bella

"Hehehehe.." Lily tersengih tetapi dia turut lompat-lompat bersama dengan Bella "Ala, Lily cuma nak test power aje"

"Power?" soal Yaya "Kau ada kuasa ke?"

"Bukanlah! Kasut ni yang ada power" Lily tunjuk kasut dia berwarna putih itu. Ianya kelihatan seperti kasut sneaker biasa "Faye yang bagi Lily!"

"Aik, apasal lu mintak kasut yang ada kuasa?"

"Ala Ying.. kan si landak tu nak bola tampar" Lily angguk kepalanya sambil bersilang tangan "Lily yakin dia mesti gunakan kuasa bayang dia. Jadi Lily harus bersedia bersedia untuk menghadapi serangan-serangan dari si landak!"

"Dengan kuasa telephone ku! Ianya dapat memberikan kasut berkuasa kepada kawan baik ku!" Faye bangga dengan telephone bimbitnya "Bukan setakat kasut sahaja! Cincin, cekak, gelang ataupun subang, ianya boleh diguna pakai sebagai senjata!"

"Hmmm... menarik" Bella mengusap dagunya

"Apa yang menariknya?" muncul Kaizo di belakang Bella "Apasal adik aku tiba-tiba kena campak tadi?"

"Err..." Lily tersengih sedikit

"Kakak Lily yang tendang abang Fang tadi" Rizu pula yang menjawab "Kasut kakak Lily ada kuasa!"

Lily mula cuak pada saat itu. Mata Kaizo melirik ke arah Lily dengan kening sebelahnya terangkat. Lily menelan ludah kerana dia takut dirinya terkena hukuman latihan tempur. Dia ingin larikan diri dari situ tetapi kaki dia terasa berat. Lily hanya mampu tersengit sahaja ketika itu. Bila fikirkan semula, kalau dia mampu pujuk Kapten Kaizo ajak Boboiboy sekali. Mungkin dia dapat luangkan masa bersama dengan Boboiboy. Tiba-tiba mata dia berubah menjadi bersinar-sinar. Dia mula berangan di situ

"Ah sudah, si pelik ni mulalah ada idea pelik dia" kata Kaizo "Korang bawa si pelik ni pergi jauh-jauh. Takut aku melihat si pelik ni"

"Yea yea, bawa Lily ke hati Boboiboy" Lily tersenyum lebar sambil memandang ke arah langit biru. Dia terbayangkan wajah Boboiboy ada di langit tersebut "Comelnya pipi BBB-CHAN" bisik dia

Faye tergelak melihat gelagat kawan baiknya. Bella pula, dia masih ragu-ragu lagi untuk berkawan dengan Lily. Tetapi jauh dihati, dia suka dengan perwatakan Lily yang sangat mencuit hati. Faye pula, seseorang yang sabar dan peramah. Faye tidak pernah berputus asa untuk berkawan dengan Bella. Sedikit demi sedikit, hati dia terdetik untuk menerima persahabatan itu. Dia sebenarnya takut. Dia takut jika sejarah lamanya berulang tetapi dia percaya, persahabatan ini akan kekal selama-lamanya. Di sekolah lama dia, diri dia memang sangat lemah. Dia selalu dipergunakan oleh kawan dia sehinggalah timbul satu kes di sekolah. Lalu dia dibuang sekolah. Maka, dia pindah ke sekolah baru dan berazam untuk berubah. Mungkin dia boleh buang sikap sombong dan berlagak itu? atau dia perlu tunjukkan diri dia yang sebenarnya. Lalu Bella tersenyum seorang diri. Dia patut lupakan kawan-kawan dia yang lama, dan mulakan persahabatan baru bersama dengan Lily dan Bella

"Jom Bella, kita pergi berkelah dekat sana. Aku ada bawak banyak makanan! Kau mesti suka"

"Terima kasih Faye" Bella terasa malu dengan pelawaan Faye

Faye berikan senyuman ikhlas dia kepada Bella. Dia memang ikhlas untuk berkawan dengan gadis itu. Tidak tahu kenapa, hati dia ingin berkawan dengan Bella. Dia yakin, Bella adalah seorang gadis yang baik dan bukannya seseorang yang sombong dan berlagak. Dia juga tidak tahu kenapa Bella keseorangan. Mana kawan-kawan dia yang lain? Mungkin suatu hari nanti, Bella akan cerita segala-galanya. Dia tidak akan bertanya, dia hanya tunggu sahaja apabila Bella sudah bersedia

Mereka semua berlari ke arah perkelahan kecil mereka. Hanya tinggal Rizu bersama dengan Kaizo dan Lynna. Kawan baik Kaizo, iaitu Lynna, ada di situ juga. Dia muncul dengan pakaian dress ungu labuh berlengan pendek. Di tangan kanan dia ada sebiji buah kelapa untuk diminum. Manakala tangan kiri dia pula memegang sebuah beg putih

"Abang Paizo!" panggil Rizu "Pizu lukis abang Paizo dekat pasir. Cantik tak?"

Mata Kaizo terus memandang lukisan itu. Lalu dia berikan senyuman kecil sahaja. Dia angguk kepalanya tanda cantik. Walaupun Kaizo tidak berkata apa, Rizu faham apa yang kapten itu cuba sampaikan. Lalu dia kembali melukis lagi dengan ranting tadi. Tiba-tiba mata Kaizo terpandang seseorang sedang menuju ke arah mereka

"Itu.. bukan Fang ke?" soal Lynna

"Memang dia pun" jawab Kaizo dengan nada bosan

Fang berjalan ke arah mereka sambil menghentak-hentak kaki. Badan dan baju dia basah kuyup. Rambut dia bukanlah tercacak. Dia rasa agak bengang kerana diri dia secara tidak langsung tercampak ke dalam laut. Dia tidak tahu angkara siapa. Dia akan cari siapa yang tendang dia tadi

"ABANG!" jerit Fang dalam nada marah

"Apasal dengan kau?"

"Abang Fang ok ke?" soal Rizu yang agak risau dengan abang angkatnya

"Siapa yang campak adik dalam laut tadi?"

"Manalah abang tahu" jawab Kaizo. Lalu Fang memandang Lynna

"Maaf Fang. Akak tidak tahu siapa yang tendang Fang tadi" kata Lynna secara lembut

"Kalau adik tahu siapa yang buat.." Fang menumbuk-numbuk tapak tangan kiri dia "Adik akan ajar dia! ADIK AKAN GUNAKAN KUASA BAYANG ADIK! HAHAHAHAHAHA!"

Rizu menepuk dahinya sendiri. Dia sebenarnya tidak berapa suka jikalau abang angkat dia berkelakuan ganas. Lebih-lebih lagi tentang belasah orang. Kaizo pula, hati dia seperti ingin tendang adik dia sendiri. Dahi dia mula berkerut melihat adiknya ketawa besar seperti orang berlagak. Lynna hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Dia terpandang wajah Kaizo

"Aku tahu kau rasa nak hentam adik kau sendiri" bisik Lynna

"Pandai kau teka" kata Kaizo. Sang gadis itu hanya membalas senyuma kecil kepada kapten tersebut "Aku kalau boleh, setiap hari aku nak hentam dia"

"Abang Paizo ni! Tak baik tau!"

Kaizo tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia tetap dengan wajah seriusnya. Tiba-tiba Fang memanggil abangnya dengan nada tidak puas hati. Ada sahaja dia ingin bebel kepada abangnya

"ABANG!"

"Kau nak apa Pang? Kau masih tak puas hati lagi ke? Kau nak pergi mengamuk dekat semua orang ke?"

"Bukan" jawab Fang "Adik nak tegur ni. KENAPA ABANG MAIN BOLA TAMPAR TANPA BAJU? Abang saja nak tunjuk badan abang yang macho tu ke? Tahulah abang tu hebat, tak payahlah nak tunjukkan kehebatan abang dekat orang lain. Adik tengok peminat abang terutama sekali budak-budak perempuan, semuanya terpegun dengan badan abang. Kak Lynna tak jealous ke? Abang saja nak buat-"

"TOLAKAN TENAGA!"

Lagi sekali, Fang dicampak jauh ke dalam laut. Rizu menepuk dahinya lagi. Lynna pijak kaki Kaizo kerana bertindak ganas terhadap Fang

"Yang kau tiba-tiba pijak kaki aku kenapa?"

"Sebab kau ni.. memang seorang abang yang terlalu ganas. Cubalah berlembut dengan dia" marah Lynna

"Ala, biarlah dia. Lagipun aku malas nak dengar bebelan dia tu. Ada saja yang tak kena" kata Kaizo "Jom Rizu, kita pergi berkelah dengan kawan-kawan Pang"

"Ta-tapi... abang Fang" Jari Rizu tunjuk ke arah laut

"Ala, biarlah dia mandi dalam laut tu. Bagi hati dia sejuk dan tenang"

Alasan itulah yang diberikan oleh Kapten Kaizo. Mereka bertiga terus ke tempat perkelahan kawan adiknya

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang terlentang di atas tikar dengan tangan dia mendepa, mata dia tidak berkelip sambil melihat langit biru dihiasi dengan awan-awan putih. Dia sedang usahakan dirinya untuk tenang. Jikalau tidak, sudah lama perkelahan mereka bertukar menjadi huru-hara. Kawan-kawan dia sedang berseronok tanpa mengacau dirinya. Lily cuba hendak mengacau Fang tetapi dia ditarik oleh Faye untuk pergi bermain bola. Kaizo perhatikan sahaja adiknya sambil duduk bersila di atas tikar berasingan dari adiknya. Lynna tiada di situ. Kaizo tidak tahu ke mana Lynna pergi

"Abang Fang tak nak makan ke?"

"Biarkanlah si Pang tu. Kalau dia lapar, dia makanlah" jawab Kaizo kepada Rizu "Nah, ambik makanan ni"

"Terima kasih abag Paizo" Rizu mengambil makanan itu tanpa membantah "Abang Paizo.."

"Kenapa Rizu?"

"Hmm.. abang Paizo pergilah ajak abang Fang main. Mesti dia rasa tak marah-marah"

"Rizu pasti ke?" Kaizo berikan satu tenungan ke arah Rizu "Si Pang tu, kalau ada sesuatu yang dia tak puas hati, dia akan tidak akan biarkan. Mesti dia akan buat juga hingga hati dia puas"

"Ohh.. jadi macam hal ini. Abang Fang tengah tak puas hati dengan kakak Bella" soal Rizu sambil suapkan dirinya dengan kek chocolate "Abang Fang tadi cakap, dia nak lawan dengan kakak Bella dalam bola tampar"

Telinga Bella terdengar perbualan Rizu dengan Kaizo tadi. Dia mula tersenyum sinis. Lalu dia terbayangkan dia kalahkan Fang di dalam perlawanan bola tampar. Paling bahagia sekali pada diri Bella, sudah tentu jika dia dapat menampar bola tepat terkena muka Fang. Alangkah indahnya jikalau perkara itu berlaku

"OIT PRETTY BOY! JOMLAH KITA LAWAN BOLA TAMPAR!" jerit Bella secara tiba-tiba

Boboiboy sudah menepuk dahinya. Mata Lily pula sudah mula bersinar-sinar. Faye dan kawan-kawan dia yang lain, hanya mampu geleng kepala sahaja. Gopal tidak dengar jeritan Bella tadi kerana terlampau asyik makanan mereka. Lalu Fang bangun dari tempat dia baring. Dia kelihatan bersemangat

"HAHAHAHAHAHA! KAU AKAN KALAH!" Gelak Fang dengan berlagaknya "Boboiboy! Jom jadi ahli kumpulan pasukan aku"

"Abang Fang! Pizu nak join!" kata Rizu sambil angkat tangan kanannya ke atas

"Errr... Rizu duduk aje sebelah abang Kaizo tu. Biar abang dan geng pecahan Boboiboy akan belasah si budak Bella tu!"

"Wei! Itu main tipu" marah Boboiboy

"Aku tak rasa Pang main tipu" Tiba-tiba Kaizo mencelah "Dia hanya mahu gunakan pecahan kau sahaja. Bukan kuasa mereka"

"Salah tu abang" Fang gelengkan kepala. Lalu dia berkata lagi "Adik guna Boboiboy sebab ADIK MAHU GUNAKAN KUASA-KUASA PECAHAN BOBOIBOY UNTUK MUSNAHKAN PASUKAN MINAH BERLAGAK TU!"

Tanpa amaran, Kaizo terus gunakan kuasa tolakan tenaga dia untuk mencampak adik dia masuk ke dalam laut. Kawan-kawan ternganga luas melihat kejadian itu. Makan ditangan Gopal hampir jatuh kerana terkejut. Lily pula tergelak kecil melihat Fang tercampak jauh sehingga si alien remaja kelihatn kecil. Rizu menepuk dahinya. Lalu Lynna muncul dibelakang Kaizo dengan muka marah

"KAIZO!" jerit Lynna dengan nada marah "Apasal kau buat adik kau macam tu? Itu sudah kali ke dua kau pergi campak dia dalam laut. Kau tak rasa kasihan ke?"

"Rasa kasihan?" Kaizo mengusap dagunya sambil buat-buat sedang fikirkan sesuatu "Rasa kasihan.. adalah juga tapi.. dia tu suka sangat salah guna kuasa sebab asyik nak menang aje. Cubalah guna kekuatan dia tanpa menggunakan kuasa. Lainlah kalau nak kena berlawan dengan musuh, itu kenalah gunakan kuasa. Ini tidak, dengan budak perempuan dia nak pergi hentam. Apa nak jadi dengan budak tu"

"Tapi abang Kaizo selalu nak hentam Lily" Tiba-tiba Lily mencelah. Kaizo terus berikan renungan maut dia kepada Lily "Hehehehe... Lily lari dulu!"

Lily bukannya lari. Dia terus sorokkan diri di belakang Boboiboy kerana takut dengan renungan Kapten Kaizo. Ianya seperti mahu makan orang. Dia tersengih-sengih kecil di belakang Boboiboy

"Abang Kaizo, kami di sini untuk bersuka ria tapi janganlah tukarkan mood kepada tidak menyenangkan" tegur Yaya "Nanti dia ada dekat sini balik, abang Kaizo jangan buat dia lagi marah"

Boboiboy, Ying, Gopal dan Lily ketawa kecil kerana Kapten Kaizo di tegur oleh Yaya. Mereka boleh lihat wajah Kaizo ada sedikit merah kerana rasa malu tetapi Kaizo tetap dengan muka tebalnya. Dia seperti masa, mengawal air mukanya yang serius itu. Lynna tersenyum kecil seperti suka pula Kaizo di tegur

"Tapi Yaya.. aku baru nak kalahkan dia"

"No Bella, no" jawab Yaya

"Ok" kata Bella dengan perasaan tidak berpuas hati tetapi dia tetap berikan senyum kecil kepada Yaya "Lain kali ajelah aku kenakan si budak Pang tu.. hehehehe"

Rizu terpandang sesuatu yang berada di udara. Dia ternampak abang angkat dia sedang menunggang helang bayang. Fang tidak berhenti di situ. Dia hanya memintas mereka dan terus pulang ke rumah. Riak wajah dia berubah menjadi masam. Rizu rasa sedih kerana abang angkatnya tidak kembali diperkelahan mereka

"Abang Paizo, Pizu nampak abang Fang tadi" kata Rizu dengan nada sedih "Rasanya abang Fang merajuk"

"Merajuk?" Kaizo rasa pelik "Apasal dia nak merajuk pulak?"

"Aiyaaa... itu pun nak merajuk kaaa tapi rasa kasihan pulak loooo.. sudah tiga kali dia kena campak masuk dalam laut. Ingatkan dia akan mengamuk dekat sini tapi merajuk pulak"

"Tahu takpe Ying.. ta-tapi hati Lily rasa kelakar sebab landak merajuk.. hehehehe" Kapten Kaizo terus memandang Lily lagi dengan renungan maut dia "Lily pergi sorok lagi!"

Boboiboy tersengih sahaja sambil melihat Lily yang berada di belakang dia. Lily menggigil ketakutan. Bella rasa kecewa sedikit tetapi dia tidak tunjukkan kekecewaan dia. Bella hanya tersenyum kecil sahaja. Lynna melihat Kaizo. Sang kapten itu tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Dia hanya kembali menikmati keindahan pantai ketika itu

"Kaizo" Lynna pegang bahu kanan Kaizo "Mari kita pergi pujuk dia"

"Pujuk dia?"

"Yelah, kau dah buat dia merajuk. Jadi, kau dan kita semua pergi dia pujuk dia" kata Lynna secara lembut "Kita berkelah dekat halaman rumah kau. Macam mana?"

"PIZU SUKA! PIZU SUKA!" Rizu bertepuk tangan kerana terlalu teruja dengan cadangan itu "Mesti abang Fang terharu nanti"

"Suka hati kau lah" kata Kaizo

Lynna tahu, Kaizo sebenarnya malas hendak pujuk adiknya. Jadi dia terpaksa buat begitu supaya Fang tidaklah terasa hati atau bergaduh dengan abang dia di rumah nanti. Lalu dia pergi beritahu cadangannya kepada kawan-kawan Fang. Mereka semua setuju. Satu per satu daripada mereka, kemaskan barang-barang perkelahan itu. Bella seperti dia tidak diperlukan lagi. Dia undurkan dirinya untuk pulang ke rumah tetapi dia dihalang oleh Faye

"Janganlah pergi. Kau kan kawan kita orang"

"Tapi si Fang tu? Suka ke dia berkawan dengan aku?"

"Ala, Lily ni suka buat dia pening kepala tapi dia masih terima Lily sebagai kawan dia!" kata Lily secara tiba-tiba "Jomlah Bella! Kita buat huru-hara dekat rumah landak.. Wuuuu! Mesti best!"

"Ok" Bella ketawa kecil melihat gelagat Lily "Walaupun kau ni hyperactive, kau tetap bersemangat nak huru-harakan kehidupan si Fang tu"

"Sudah tentulah! LILY THE AWESOME! AKAN PASTIKAN KEHIDUPAN LANDAK SENTIASA DALAM KEADAAN HURU-HARA!"

"Aku pun nak join sekali lah!" kata Bella dengan penuh semangat "Macam best aje huru-harakan si landak tu"

"Hahaha.. mestilah best. Cousin aku tu asyik nak menang, asyik nak bergaya dan paling penting sekali, asyik nak popular aje. Jadi kita sebagai Trio Huru-Hara, kena pastikan dia hidup sentiasa ceria macam kita semua!"

"Macam best aje nama Trio Huru-Hara tu" Lily tersenyum lebar "Rasa macam... kita ni sudah lama berkawan.. LILY RASA SANGAT TERHARU!" Dia berpura-pura menangis kerana gembira

Sebagai kenangan, Faye mengambil gambar mereka bertiga buat pertama kali. Boboiboy melihat gelagat mereka. Dia dapat rasakan bahawa mereka bertiga akan kekal menjadi sahabat sejati selama-lamanya

Badan Fang mula menggigil sedikit. Dia terasa dirinya sudah tidak larat. Diri dia ingin baring diatas katil dan tidur. Sebelum dia melangkah pergi ke biliknya, pintu rumah dia diketuk oleh seseorang. Dia sudah tidak larat untuk memarahi sesiapa. Lalu dia membuka pintu rumahnya

"ABANG FANG!"

Fang terkejut dengan jeritan dari adik angkatnya. Dia juga terkejut kawan-kawan dia, abang dia dan juga sepupu dia ada di situ juga. Mereka semua membawa makanan dari perkelahan tadi

"Apa korang buat dekat sini?" soal Fang

"Kak Lynna suruh kita orang pujuk abang Fang" jawab Rizu "Abang Fang jangan merajuk ok"

"Abang tak merajuk dengan Rizu tapi ABANG MERAJUK DENGAN- ACHUMMMMMM!"

Lynna mula perasan badan Fang menggigil sedikit. Lalu dia merasai dahi Fang dengan menggunakan belakang tangannya

"Fang, badan kau dah mula panas" kata Lynna

"Adik aku demam?"

"Yea abang" kata Fang "Abang yang campak adik dalam laut dan seekor lagi entah siapa yang tendang adik masuk laut"

"ERK?" Lily terus sorok di belakang Boboiboy. Lalu dia buat suara kartun "BUKAN SAYA YANG BUAT"

Fang kenal sangat suara itu walaupun dalam suara kartun. Jadi dia abaikan sahaja suara dari Lily itu. Lynna dan Kaizo terus membawa Fang naik ke atas. Sebelum Fang dapat baring diatas katil, dia perlu mandi terlebih dahulu. Lynna pula, dia pergi masakan sup khas untuk Fang. Manakala yang lain, mereka boleh berkelah di halaman rumah. Kasihan Fang, dia dapat perhati dari tingkap biliknya. Dia juga ingin pergi menyertai mereka tetapi hati dia rasa tenang kerana dapat rehatkan dirinya. Mungkin mereka ada peluang untuk pergi berkelah bersama lagi

------------------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com