Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Relax

"FANG! CEPAT BALING BOLA DEKAT SINI!"

Fang melantun-lantun bolanya sambil berlari ke arah ahli pasukannya. Dia baling bola tersebut ke arah ahli pasukannya. Bola itu disambut begitu baik sekali. Para penonton memberikan sorakan semangat kepada pasukan mereka. Fang tidak mahu melihat pasukannya kalah di dalam perlawanan bola keranjang. Di sebalik penonton dari para pelajar sekolah rendah Pulau Rintis, terdapat seorang budak asyik melihat aksi-aksi Fang. Setiap kali Fang menjaringkan gol, Rizu akan berikan satu tepukan ataupun dia meloncat-loncat kerana terlalu teruja. Fang tidak tahu tentang kewujudan budak itu. Yaya kenal budak kecil itu kerana dia selalu nampak Rizu duduk berseorangan di bawah pokok sambil melukis di buku lukisannya

"Abang Fang! Abang Fang! Abang Fang!" Rizu tidak putus-putus menjerit nama Fang

Yaya ketawa kecil melihat gelagat budak kecil itu. Lalu dia kembali menonton perlawanan itu. Bola ta, kini sudah kembali di tangan Fang. Dia melompat sedikit pada tiang gol. Sang alien itu membuat percubaan menjaringkan gol tetapi gagal. Bola itu terkena tepi dan lalu melantun ke tempat lain. Fang kelihatan kecewa sedikit. Dia sebolehnya, tidak mahu kalah di dalam perlawanan itu

"Fang! Jangan mengalah!" jerit Boboiboy

"Fang! Jaringkan gol lagi!" kata Ying

"Yea Fang, jangan nak malukan kawan-kawan kau" kata Gopal sambil memamah karamel popcorn

"Isk kau ni Gopal" marah Yaya "Cubalah bagi dia kata-kata semangat"

"Ala Yaya, kata-kata semangatlah tu" Gopal tersengih sedikit

Boboiboy hanya mampu mengelengkan kepala. Tiba-tiba satu sorakan dan tepukan gemuruh membuatkan perlawanan itu menjadi lebih hangat dari para penonton. Pasukan Fang berjaya menjaringkan gol. Fang tersenyum bangga dengan ahli-ahli pasukannya. Lagi beberapa minit sebelum perlawanan itu berakhir. Fang tidak putus semangat walaupun mata mereka sudah jauh kedepan. Pasukan dia tidak boleh terlalu selesa sangat. Apa-apa sahaja boleh terjadi. Fang berlari ke depan sambil mengangkat kedua-dua tangannya. Dia melambai-lambai ke arah pasukannya. Bola itu dibaling dan disambut baik oleh Fang. Lalu dia bertindak dan maju ke depan. Hanya tinggal 2 minit sahaja. Dia melantun-lantun bolanya dan lalu melontar bola itu ke tiang gol. Salah seorang pasukan pihak lawan, berjaya menepis jaringan itu. Dia menampar bola tersebut. Fang agak geram. Dia berlari ke belakang bersama-sama dengan sepasukan perjuangannya. Pihak lawan cuba menjaringkan gol. Fang memerhatikan bola itu dilempar ke sana ke sini dalam masa yang pantas. Tiba-tiba bola tersebut berjaya dicuri oleh ahli pasukannya. Fang mula bertindak. Bola itu terus dilontarkan ke arah Fang. Dia sambut begitu baik. Lalu dia maju ke depan dan lemparkan bola itu ke arah ahli pasukannya. Bola itu berjaya disambut. Dia meloncat dan cuba menjaringkan gol. Salah seorang pihak lawan menampar bola itu daripada masuk ke dalam gol. Fang melompat dan menampar balik bola itu. Lalu bola itu masuk ke dalam gegelung gol

"YEAHHHHH!" Menjerit Boboiboy dan para penonton yang lain

"ABANG FANG! ABANG FANG! ABANG FANG!" Rizu melompat-lompat kegembiraan

Fang tidak berhenti di situ sahaja. Bola itu sekarang berada di dalam pihak lawan. Fang mengejar bola itu tetapi akhirnya, pihak lawan dapat menjaringkan gol. Tinggal beberapa saat sahaja sebelum tamat. Masa begitu pantas sekali. Kali ini bola dikawal oleh pasukan Fang. Dia melompat dan menyambut bola itu. Lalu dia baling ke arah ahli pasukannya yang berada dekat dengan tiang gol. Bola itu terus dilempar masuk ke dalam gol dan akhirnya, masa sudah tamat. Pasukan Fang menang di dalam perlawanan itu

"YAHOOO! KITA BERJAYA!" Ying melompat-lompat bersama dengan Yaya "Wah! Dasyat betul dia orang main"

"Hehehe... pasukan kita memang sangat berbakat" kata Yaya

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berlari ke arah Fang. Sang alien itu dikelilingi dengan para pelajar sekolah dan ahli pasukannya. Semua ucapkan tahniah kepada pasukan bola keranjang sekolah mereka. Fang tidak sangka mereka menang di dalam pertandingan itu. Dia tersenyum bangga dengan dirinya dan juga dengan ahli pasukannya. Rizu hanya dapat melihat kegembiraan Fang dari jauh sahaja. Dia takut hendak datang dekat. Lebih-lebih lagi ramai pelajar di sekeliling Fang. Jadi dia ucapkan tahniah di dalam hatinya

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Amboi Fang, kau dari tadi asyik tersenyum aje"

"Mestilah Boboiboy" kata Fang. Mereka kini dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing "Tak kan kau nak tengok aku sedih pula. Sedih sebab menang? Hahahaha.. tapi kalau air mata kegembiraan, itu lain cerita"

"Tapi pasukan lu masih jauh lagi. Itu baru first game maaaa"

"Aku tahu Ying" Fang mengeluh sedikit "Perjalanan masih panjang lagi tapi.. AKU TAK BIARKAN PASUKAN BOLA KERANJANG AKU GAGAL UNTUK KE FINAL! AKU AKAN PASTIKAN KITA MENANG!"

"Semangat betul kau ni. Jangan menangis lepas ni sudah" kata Gopal

"Kau nak tengok aku menangis ke?" Suara Fang berubah menjadi menakutkan. Gopal terus gelengkan kepala "Bagus, kalau tak tengok.. baik kau diam sahaja"

Yaya hanya geleng kepala sahaja. Fang tetap dengan pendirian dia. Walaupun dia suka mengamuk, marah-marah orang, muka nampak sombong tetapi sebenarnya, Fang sangat baik orangnya. Hanya kawan-kawan dia sahaja yang memahami perangai Fang. Mereka berhenti di sebuah simpang. Masing-masing berpisah dari situ. Boboiboy terus ke kedai Tok Aba. Manakala yang lain, pulang ke rumah masing-masing. Fang melambai-lambai dan kembali berjalan pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan, dia terserempak dengan abangnya

"ABANG!"

Fang berlari ke arah abangnya. Kaizo baru pulang dari kapal angkasanya. Dia kelihatan seperti orang dalam kelaparan

"Kau dari mana ni?"

"Mestilah dari sekolah" jawab Fang sambil berjalan di sisi abangnya "Abang mesti tak tengok adik main bola keranjang tadi!"

"Tak" jawab Kaizo "Aku ada kerja dekat sana"

"Hmm.. ingatkan abang duduk sini sebab nak cuti berehat, rupanya bukan" Fang bersilang tangan "Abang macam tak pernah nak rehatkan diri"

"Kau aje yang tak nampak"

"Yelah abang" Fang tidak berpuas hati dengan abangnya "Tapikan... abang rugi tak tengok perlawanan adik tadi. Pasukan adik menang. Itu membuktikan bahawa adik bukan lembik seperti abang katakan!"

"Yea, kau memang tak lembik pun. Kau tu tetap hebat tapi bila nampak donut lobak merah aje, terus kau jadi lembik. Donut lobak merah pun boleh kalahkan kau" Kaizo terus lepuk kepala adiknya "Macam manalah kau tak kena culik dengan si Ratu Lily tu. Kau tu kena belajar kawalkan diri. Ini tidak, nampak donut lobak merah aje, terus cair"

"Apa boleh buat, donut lobak merah adalah donut yang paling sedap dari donut lain!" Rasa sedih pula jikalau Fang tidak dapat makan donut lobak merah dalam masa sehari "Tapi... abang belanjalah adik hari ni sebab adik kan menang dalam perlawanan tadi" Mata dia berkelip-kelip dekat abangnya

Kaizo dapat rasakan adiknya ingin bermanja-manja pada hari ini tetapi dia seperti biasa, hiraukan sahaja

"Lain kali ajelah aku belanja kau. Lagipun aku sudah penat. Aku ingin berehat. Aku ni setiap hari kena pantau angkasa tu. Kalau tidak, kau dan kawan-kawan sudah tentu kena serang dengan alien-alien durjana"

"Yea abang, betul kata abang. Contohnya macam abang nak rampas jam-jam kuasa kita orang"

Kaizo terus ketuk kepalanya. Tapi apa yang dikatakan oleh Fang memang betul. Kaizo nampak seperti alien jahat, termasuklah adiknya sendiri tetapi sebenarnya, mereka baik cuma cara mereka nampak kasar. Kaizo suka bertindak kasar ataupun kejam. Fang mula berfikir, jikalau abangnya tinggal di bumi adakah abangnya akan mula berubah sedikit demi sedikit? Adakah kekasaran dan kekejam Kaizo akan mula berkurangan? Hanya masa sahaja yang menentukannya

"Abang"

"Kau nak apa Pang"

"Abang cakap tadi, abang penatkan" Kaizo angguk kepalanya. Fang berkata lagi "Apa kata, esok abang rehat dekat rumah. Relax relax sambil menonton cerita best-best dekat TV"

"Habis tu, siapa nak jalankan tugas aku?" soal Kaizo sambil mengangkat kening sebelah

"Itu tidak menjadi masalah. Adik akan uruskan semuanya!"

Kaizo tidak berapa yakin sangat dengan adiknya tetapi dia akan tunggu dan lihat sahaja esok. Kalau semuanya menjadi huru-hara, akan ada yang menjadi mangsa Kapten Kaizo

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langsir bilik tidur Kaizo dibuka luas. Mata Kaizo terus terbuka luas. Cahaya matahari membuatkan Kaizo terjaga dari tidurnya

"SELAMAT PAGI ABANG!"

Lalu Kaizo baling sebiji bantal ke arah muka adiknya. Entah kenapa mood dia pada pagi itu tidak berapa baik. Dia seperti mahu tendang adiknya keluar dari bilik itu. Fang kelihatan ceria tetapi pada Kaizo, keceriaan itu nampak memelikkan

"Apahal kau nampak ceria pagi-pagi ni? Kau terlebih makan donut lobak merah ke?"

"Bukanlah!" Lalu Fang tenangkan diri daripada marah-marah abangnya. Dia berkata lagi "Hari ini adalah hari relax abang. Jadi, adik nak abang pergi mandi sementara adik sedia sarapan pagi untuk abang"

"Hmmm... jadi, kau hari ni nak layan aku macam seorang raja?" Kaizo mengusap dagunya

"Errr... boleh dikatakan macam tu"

"Baiklah" Kaizo keluar dari katilnya "Pastikan sarapan pagi aku sedap dan menyelerakan"

Fang angguk kepalanya sambil tersenyum kecil. Tanpa membuang masa, dia kemaskan katil abangnya. Kaizo tidak membantah. Dia biarkan sahaja apa yang adik dia buat. Selepas itu, Fang terus ke dapur. Dia sediakan bahan-bahan untuk sarapan pagi abangnya. Teh hijau sudah tentu dia akan sediakan. Semenjak akhir-akhir ni, Kaizo nampak begitu tenang setiap kali dia minum air teh hijau. Abang dia memang pengemar minum teh tetapi air teh hijau lain daripada yang lain. Teh hijau berjaya tenangkan abang dia. Ini adalah pertemuan yang menakjubkan!

"Hehehe.. bolehlah aku tenangkan abang aku bila dia tengah mengamuk" bisik Fang sambil memecah beberapa biji telur ke dalam mangkuk

Kaizo sudah kelihatan kemas, wangi dan tampan sekali. Dia membelek-belek mukanya seketika sebelum dia turun ke bawah. Selepas itu, dia terus ke dapur kerana bau makanan sudah menusuk ke dalam lubang hidungnya. Perut dia terasa lapar sedikit. Agaknya, makanan apa yang adik dia sediakan? fikir Kaizo. Dia terbayangkan makanan sedap-sedap sudah dihidangkan di atas meja

"Pang! Kau masak apa hari ni?"

Kaizo masuk ke dalam dapur. Dia agak terkejut melihat meja penuh dengan makanan. Fang tersenyum lebar sambil keluarkan kerusi dari meja itu

"Adik ada masak macam-macam" kata Fang

"Ini macam nak bagi aku gemuk aje" Kaizo duduk di kerusi itu dengan matanya meninjau makanan-makanan itu

Roti telur, sandwich telur, ada telur dadar dengan keju, telur separuh masak pun ada dan paling penting sekali, teh hijau. Semuanya di sediakan sendiri oleh Fang

"Ala, abang makan banyak pun, bukannya abang akan gemuk pun sebab abangkan selalu buat latihan tempur"

"Hmm.. betul kata kau tapi.." Kaizo menarik nafas dan lalu menjerit kepada adiknya "APASAL BANYAK SANGAT MAKANAN YANG KAU BUAT? SEMUANYA MASAKAN TELUR! KAU SAJA NAK PERLI AKU KE SEBAB AKU TAK RETI MASAK TELUR?"

Fang tersengih sahaja sambil garu-garu kepalanya. Lalu dia hulurkan secawan teh hijau kepada abangnya. Tanpa berfikir panjang, Kaizo mengambil cawan tersebut. Dia menghirup sedikit teh tersebut

"Ketenangan" bisik Kaizo sambil pejamkan matanya, dan mengambil bau teh tersebut "Pang, mari makan dengan aku. Jangan nak tengok sahaja"

Tiba-tiba Kaizo berubah dalam sekelip mata. Fang teruja dengan teh hijau itu. Ianya bagaikan teh ajaib. Tanpa segan silu, tanpa membantah dan tanpa membuang masa, dia terus duduk dan menikmati masakannya sendiri. Fang bagaikan pagi itu sangat indah sekali. Segala-galanya bersinar di hadapan matanya. Selamatlah dia tidak mengalirkan air matanya ketika itu kerana semuanya terlalu bahagia. Baiklah, seterusnya, dia akan membawa abangnya pergi ke pantai pula. Sebelum itu, mereka akan menikmati sarapan pagi bersama

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Dey Fang, berapa lama aku kena kipas abang kau?"

Kasihan Gopal, dia terpaksa bekerja sebagai tukang kipas kepada Kapten Kaizo. Ketika ini, mereka berada di pantai. Kaizo sudah baring di atas kerusi malas. Di tepi kerusinya, ada meja kecil. Di atas meja itu pula, ada buah kelapa. Airnya sangat segar dan menyelerakan. Kaizo suka dengan air kelapa itu. Gopal hanya mampu memandang sahaja air kelapa itu

"Berapa lama yang abang aku ada di sini" jawab Fang

"Apasal kau tak suka Ying aje. Dia kan ada kuasa kelajuaan dia"

"Isk isk isk kau ni" Fang terus tepuk bahu Gopal "Tak baik kau kuasa dia semata-mata untuk abang aku. Lagipun, Ying adalah seorang perempuan. Kita tidak boleh gunakan dia ataupun Yaya sebagai hamba!"

"Jadi, kau gunakan aku sebagai hamba abang kau lah ni"

"Betul tu!" kata Fang dengan penuh semangat "Kalau kau tak jalankan tugasan kau, abang aku setuju untuk berikan hukuman latihan tempur untuk kau"

"Cheh, salah guna kawan betul budak ni" bisik Gopal. Hati dia panas dengan Fang "Kau pula, kena buat apa? Duduk relax aje ke?"

"Aku?" Fang tersenyum sinis kepada Gopal "Aku kenalah layan abang aku. Kalau dia tak nak apa-apa, aku relax lah sekali.. hehehehe"

Gopal berikan memandang Fang dengan renungan maut dia. Fang tidak berapa kisah pun dengan renungan dia. Lalu dia baring duduk di atas pasir pantai sambil memandang ke arah laut. Gopal yang berada di belakang Fang, dia seperti mahu tendang si alien itu

"Wei Fang, apasal aku yang kena jadi hamba abang kau? Mana Boboiboy? Bukan ke dia ada kuasa angin. Bolehlah dia gunakan kuasa angin dia tu daripada guna aku"

"Si Boboiboy tu gantikan tempat abang aku sekejap. Lahap tolong dia apa-apa yang patut" jawab Fang dengan penuh yakin

"Tapi kalau kawan kau buat huru-hara dekat kapal angkasa aku.." Secara pelahan mata Kaizo melirik ke arah adiknya "Kau dan kawan-kawan kau sekali akan kena"

Fang menelan ludah. Dia percaya Boboiboy tidak akan apa-apakan kapal angkasa abangnya. Dia tahu Boboiboy seorang budak yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai

"Abang jangan risaulah. Boboiboy tu ok. Jauh lebih ok daripada si Gopal ni" Fang terus tersengih "Harap-harap semuanya oklah" Tiba-tiba dia mulai risau tentang kapal angkasa abangnya

Jikalau kapal angkasa itu rosak, sudah tentu Kaizo akan mengamuk dan yang menjadi mangsa, Fang juga

"FANG!"

Sang alien itu menoleh kebelakang. Dia terkejut dengan kedatangan Yaya dan Ying. Mereka membawa makanan untuk berkelah di tepi pantai. Fang harus periksa makanan apa yang mereka bawa, lebih-lebih lagi dari Yaya. Dia takut jikalau Yaya bawa biskut tidak sedapnya. Lalu dia bangun untuk pergi membuat pemeriksaan

"Sebelum korang bagi abang aku makan, aku perlu periksa makanan korang"

"Aiyaaa! Apasal pulak? Kita orang bukan nak racun abang kau maaa" marah Ying sambil tunjukkan bakul makanannya

"Apalah Fang ni. Kita orang mana ada bubuh racun dekat makanan ni"

Dalam hati Fang dan Gopal, mengatakan dalam biskut Yaya kemungkinan ada racun tetapi ianya hanya membuatkan seseorang sakit perut sahaja. Fang membelek-belek kesemua makanan yang ada di dalam bakul Yaya dan Ying. Dia rasa lega kerana Yaya tidak membawa biskutnya

"Ok, semuanya ok" kata Fang "ABANG! JOM MAKAN!" Tiba-tiba dia berubah menjadi ceria "Kawan-kawan perempuan adik ada bawakan makanan"

Gopal, Yaya dan Ying memandang ke arah Fang. Entah kenapa Fang menjadi ceria. Ianya bukan seperti Fang yang mereka kenali. Senyuman Fang membuatkan mereka rasa pelik. Mungkin dia hanya mahu ceriakan abangnya, fikir mereka. Fang bentangkan tikar di atas pasir pantai. Yaya dan Ying keluarkan makanan mereka dan terus hidangkan di atas tikar itu. Mata Gopal terus bersinar-sinar melihat makanan yang sudah tersedia di atas tikar tersebut. Mee goreng, sandwich telur dan keju, karipap kentang, kuih bakar dan paling membuatkan Fang gembira sekali adalah donut lobak merah. Itu semuanya dibawa oleh Yaya dan Ying

"DONUT LOBAK MERAH!" Kali ini mata Fang pula yang bersinar-sinar

"Hmmm... terus jadi lembik budak ni" bisik Kaizo

"Makanlah Kapten Kaizo" kata Yaya "Fang ada cerita dekat kami yang Kapten Kaizo perlukan satu hari untuk relax. Jadi kami bawakan makanan dekat sini. Bolehlah kita orang berkelah dengan Kapten Kaizo"

"Tapi.." Mata Kaizo memandang setiap makanan tersebut dan lalu berkata "Mana teh hijau aku?"

Yaya dan Ying terus memandang satu sama lain. Muka mereka agak terkejut dan ketakutan sedikit

"Alamak! Maaf Kapten Kaizo! Saya pergi beli air teh hijau untuk Kapten Kaizo!" kata Ying "LARIAN LAJU!"

Macam-macam betul permintaan Kaizo pada hari itu. Semuanya dituruti oleh Fang dan kawan-kawannya. Mereka semua layankan sahaja. Fang hanya mahukan yang terbaik untuk abangnya. Esok-esok, Kaizo boleh kembali menjadi ganas semula. Hari ini, Fang mahu abangnya rehat dan tidak perlu fikirkan apa-apa. Kaizo tidak sangka, pada hari itu dia rasa tenang dan bahagia

"Abang enjoy tak hari ni?"

"Hmm... bolehlah" jawab Kaizo dalam keadaan tenang "Kejap lagi aku belanja kau dan kawan-kawan kau makan ice cream"

Tersenyum lebar Gopal. Mereka mula ketawa kecil kerana lucu melihat reaksi Gopal. Tapi yang peliknya, tiada seorang pun yang rasa ketiadaan seseorang. Mereka tidak terfikir pun apa yang Boboiboy lakukan sekarang. Fang pun sudah melupai Boboiboy yang berada di kapal angkasa kerana terlampau gembira bersuka-ria di tepi pantai

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di dalam kapal angkasa Kaizo, seekor alien bernama Lahap sedang memarahi pecahan-pecahan Boboiboy. Pecahan-pecahan itu telah membuat kerosakan ke atas kapal angkasa tersebut

"CEPAT BUAT KERJA KORANG!" jerit Lahap "BAIKI BALIK APA YANG KORANG ROSAKKAN TADI!" Dia memang garang, sama seperti Kaizo

"Ala Lahap.. maafkanlah kita orang" kata Thorn "Kami tak bersalah"

"Tak bersalah kau cakap? SIAPA YANG BERGADUH SAMPAI ROSAK KAPAL ANGKASA KAPTEN AKU NI?" marah Lahap

"Ta-tapi... kami hanya berlatih sahaja" Blaze tersengih sedikit "Tak sangka pula serangan kita orang tadi sangat kuat"

"Siap suruh kau keluarkan bebola api gergasi" kata Halilintar sambil mengetuk-getuk lantai kapal angkasa dengan tukul besi "SI THORN PUN SAMA! SAMPAI BERLUBANG DINDING KAPAL ANGKASA TU!"

"UWAAA! JANGANLAH MARAH AKU!" menangis Thorn

"Sudah sudah! Jangan nak bergaduh" tegur Gempa "Nanti bertambah teruk lagi kapal angkasa ni. Kita juga yang kena marah dengan Kapten Kaizo nanti"

"Betul tu" Tiba-tiba datang suara mengantuk Ice

Mata dia terpejam tetapi tangan dia pula, sedang mengosok-gosok dinding kapal angkasa itu dengan berus. Lalu Taufan simbah air sabun ke arah Ice. Mata Ice terbuka luas kerana terkejut

"Siapa baling air dekat aku ni?" Dia nampak Taufan sedang bersiul-siul sambil sapu serpihan-serpihan besi di lantai "ICE PEMBEKU!"

Taufan membeku di dalam seketul ais. Gempa menepuk dahinya sendiri. Solar pula, dia sedang membaiki sistem-sistem komputer kapal angkasa itu yang rosak. Lahap memantau setiap pecahan-pecahan Boboiboy terutama sekali Ice kerana dia asyik tidur sahaja. Dia akan pastikan tiada siapa buat hal lagi dan paling penting sekali, kapal angkasa kaptennya sudah baik pulih

-----------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com