Rifqi
"Abang Fang. kita nak pergi mana?"
"Nak pergi tengok movie lah! Hari ni abang belanja Rizu!"
"WAH! BESTNYA!"
Rizu meloncat-loncat di tepi jalan kerana tidak sangka hari ini dia dapat menonton wayang dengan abang angkatnya dan paling penting sekali, dia tidak perlu bayar. Tersenyum Rizu sambil melihat abang angkatnya. Agaknya, abang angkat dia belanja popcorn juga ke? fikir Rizu. Sedapnya jikalau dapat makan popcorn karamel dan minum ais lemon tea sekarang ini. Makin terasa tekak Rizu
"Dey! Kau belanja Rizu seorang sahaja ke?" muncul Gopal dengan muka nakalnya
"Apasal aku perlu belanja kau pula?"
"Sebab kita kan kawan baik kau" kali ini Boboiboy pula yang muncul "Lagipun aku dan Gopal dah lama nak tengok movie baru Minion"
Gopal dan Boboiboy berikan senyuman paling lebar sampai nampak gigi kepada Fang. Sang alien itu berapi dengan dua kawan baik dia. Lalu Fang menarik nafas dan tenangkan dirinya. Lalu dia menjerit kepada kawan-kawannya
"TAK BOLEH!" kata Fang dengan tegasnya "No! NO! NO! and NO!"
"Apa punya kawan daaa.. langsung tak nak belanja kawan sendiri" kata Gopal. Lalu dia ambil tangan Boboiboy dan heret dia jauh daripada Fang "Jom Boboiboy, kita pergi kedai Tok Aba. Kita jangan kawan dengan si alien ni selama sebulan! Tak pun setahun!"
"Errr.. lama betul sampai setahun tu"
"Ala Boboiboy, entah-entah tak sampai setahun pun. Esok-esok mesti dia cari aku.. hahaha" ketawa Fang seperti bangga dengan sesuatu "Tapi..."
"Tapi apa?" Gopal ragu-ragu apa yang Fang ingin sampaikan "Apa yang tapi tu?"
"Tapi kalau kau nak aku belanja kau tengok wayang. Kau kena belanja aku dan Rizu makan pizza" Fang terus berikan senyuman sinis dia kepada Gopal "Macam mana? Ok tak syarat aku?"
"Aik, tak kan Gopal sorang aje? Aku macam mana?"
"Ala, kau budak baik. Ada masa kau mesti belanja kita orang tapi si Gopal ni, tak pernah-pernah nak belanja kita orang makan ke, tengok movie ke, pergi berhibur dekat taman tema ke.. atau mana-mana jelah. Yang pasti, dia yang selalu mintak orang lain belanja. Betul tak?"
Boboiboy mengusap dagunya sambil fikirkan balik sebelum-belum ini sepanjang persahabatan dia dengan Gopal. Selalunya si Gopal akan lapar, cari makanan dulu atau selalu fikirkan tentang makanan. Kalau bab suruh orang lain belanja, Gopal lah juara
"Betul juga cakap kau Fang" kata Boboiboy sambil angguk kepalanya "Hah Gopal, bila nak belanja kami semua"
"Cheh, kau sudah termakan kata-kata Fang tadi! Tak nak kawan dengan kau juga!"
Boboiboy, Fang dan Rizu ketawa di situ melihat Gopal buat muka merajuk. Tiba-tiba muncul satu gelakan. Ianya seperti seorang gadis sedang gelak-ketawa. Mata masing-masing melirik ke arah gadis itu. Lily muncul dengan beg penuh bungkusan-bungkusan kerepek pisang
"MIAHAHAHAHAHA! Buruk bebenar si Gopal ni merajuk. Kalau landak merajuk, mesti lagi buruk dan lagi busuk! Kalau BBB-CHAN, mestilah nampak comel" Mata Lily berkelip-kelip kepada Boboiboy "BBB-CHAN! Lily datang nak bagi kerepek pisang dekat BBB-CHAN!"
"Errr.. terima kasih" ucap Boboiboy sambil tersengih
"Apasal kau tiba-tiba ada dekat sini?" soal Fang dengan nada tidak puas hati "Apasal kau tak join kawan-kawan kau? Apasal kau suka sangat nak hancurkan hari bahagia aku?"
"Sebab Lily sukalah! Hehehehe... kalau landak tak mengamuk, memang tak sah bukan landak. Jadi Lily sebagai kawan paling sejati.. LILY AKAN SENTIASA BUAT HAR-HARI LANDAK MENGAMUK!" kata Lily dengan penuh bangga "Ala, landak jangan risau sebab bila dapat donut lobak merah, terus landak tak mengamuk"
"Betul betul! Aku sokong kata-kata Lily tu"
Fang terus berikan renungan maut kepada Gopal
"Jom lah Rizu. Kita pergi makan dan tengok movie! TAPI SI GOPAL DAN SI PELIK TAK BOLEH IKUT"
"Jadi, aku boleh ikut kau lah?"
"Yea Boboiboy. Kau jea yang boleh ikut aku pergi makan pizza dan tengok movie sama-sama" kata Fang sambil heret Boboiboy jauh daripada Lily dan Gopal "Takde maknanya aku nak belanja dia orang berdua. Lebih-lebih lagi si pelik tu" Dia tuding jarinya kearah Lily
"ERK?!" Mata Lily mula berkaca. Dia seperti ingin menangis sekuat hati disitu "SAMPAI HATI LANDAK BUAT MACAM TU DEKAT KAWAN SENDIRI!"
"Sabar ajelah Lily" Gopal tepuk-tepuk secara lembut di bahu Lily "Boboiboy pun macam nak tinggalkan kita orang dekat sini"
"WHY BBB-CHAN? Kenapa nak tinggalkan Lily dekat sini"
"Errr.." Boboiboy tersengih sedikit "Wei Fang, kau ni pun. Janganlah buat dia orang sedih"
"Ada aku kisah?"
Fang tinggalkan mereka disitu tetapi kali ini dia heret Rizu jauh dari situ. Boboiboy mengeluh sedikit. Dia rasa pening melayan karenah kawan dia si alien tu. Terpaksalah dia bersabar dengan perangai kawan-kawan dia
"Korang jangan nak sedih-sedih ok. Biar aku jelah belanja korang dekat kedai Tok Aba"
Mata Gopal dan Lily terus bersinar-sinar bagaikan sebutir bintang yang bersinar di langit gelap. Fang sudah jauh pergi meninggalkan kawan-kawan dia. Tiba-tiba dia berhenti berjalan. Dia dapat rasakan ada seseorang sedang mengikut mereka. Ada seorang budak lelaki kecil yang lebih kecil daripada Rizu, sedang mengikut mereka dari belakang. Fang dan Rizu terus pusing kebelakang
"Itu kawan Rizu ke?"
"Bukan" jawab Rizu "Pizu tak pernah nampak budak tu tapi dia nampak comel lah!"
"Semua benda kau nampak comel" bisik Fang. Lalu dia berjalan ke arah kanak-kanak tersebut. Dia tunduk sedikit untuk menyoal kanak-kanak itu "Adik sesat ke?" soal dia. Budak itu hanya gelengkan kepala sahaja "Errr.. mana ibu bapa adik?"
"Dia orang tengah jalankan misi" jawab kanak-kanak lelaki itu sambil tersenyum manis
"Misi? Dia orang tu polis ke?"
"Takdelah" kata kanak-kanak lelaki itu "Ibu dan ayah bukan polis"
"Habis tu, dia orang kerja apa?"
"Hehehe.. ala, uncle Pang Pang mesti tahu ibu dan ayah kerja apa"
Mata Fang terus membulat besar. Ini pertama kali seseorang memanggil dia 'Uncle Pang Pang' dan paling peliknya, dia tidak mengenali budak kecil itu. Adakah ini bahan jenaka dari seseorang yang dia kenal? fikir Fang
"UNCLE PANG PANG?!"
Berkerut dahi Fang kerana dia tahu pemilik suara tersebut. Dia tidak sangka Lily ada di situ bersama dengan Boboiboy dan Gopal. Adakah mereka bertiga senyap-senyap mengikut Fang tadi? Rizu turut tergelak sedikit walaupun dia cuba untuk menahan dirinya dari gelak-ketawa. Lily sudah ketawa sambil berguling-guling diatas jalan. Boboiboy tepuk dahinya sendiri kerana tidak sangka Lily boleh ketawa sampai berguling sekali
"Kenapa dia orang ketawa, uncle Pang Pang?"
Berkerut dahi Fang lagi
"Hehehe.. uncle Pang Pang" Gopal ketawa di sebelah Fang "Dey, bila masa kau jadi uncle ni?"
"Jangan cakap, abang kau dah.." Mulut Boboiboy terus ternganga luas sambil melihat kanak-kanak lelaki itu "Adakah ini anak abang kau?"
"Wuuuuu! Kapten itik hot kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan landak" Entah kenapa Lily rasa teruja ketika itu "KAPTEN ITIK HOT DAH KAHWIN! Tapi dengan siapa yea? Adakah isteri dia adalah kak Lynna yang menawan itu"
"Betul lah aku cakap selama ini! Dia orang kahwin lari!"
"Wei, dia orang mana ada kahwin lari!" marah Fang kepada Gopal "Lagipun, kalau dia orang dah kahwin.. apasal nak rahsiakan daripada aku atau orang lain? dan anak dia orang ni sorok dekat mana?" Dia masih tidak berpuas hati. Kanak-kanak lelaki itu tergelak melihat kemarahan Fang. Bagi dia, ianya seperti dia sudah terbiasa dengan kemarahan Fang
"Betul kata abang Fang. Kenapa abang Kaizo nak rahsiakan daripada kita?" soal Rizu dengan perasaan ragu-ragu "Mesti abang Kaizo tak nak kecoh-kecoh yang dia sudah berkahwin! Jadi, kita sebagai adik-beradik abang Kaizo.."
"Bila masa pula kau jadi adik abang aku?" Berkerut dahi Fang
"KITA HARUS SIMPAN RAHSIA ABANG KAIZO!" sambung Rizu tadi. Fang terus tepuk dahinya sendiri
"Betul betul! Lily setuju sahaja! Miahahahahaahahaha" Padahal di dalam hati Lily, tidak sabar untuk sebarkan berita tergempak ini "Hehehehe" Dia tergelak seperti ada sesuatu yang nakal yang dia ingin lakukan "Oh yea, budak comel apa nama yea?"
"Nama saya Rifqi tapi boleh panggil saya QIQI!" Tiba-tiba dia terus memeluk badan Fang "Qiqi sayang uncle Pang Pang!"
Boboiboy, Gopal dan Lily tidak dapat menahan gelak-ketawa mereka kerana ianya terlalu lucu. Mata Fang terus berikan renungan maut kepada rakan-rakannya. Manakala Rizu pula, entah kenapa dia rasa cemburu dengan budak lelaki itu. Mungkin sebab Rizu rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan budak kecil itu? Mungkin budak itu cuba jauhkan Rizu dari abang angkatnya? Atau sepatutnya hari ini Fang belanja dia menonton wayang tetapi budak kecil itu cuba alihkan perhatian? fikir Rizu. Dia terus bersilang tangan dengan muka masamnya. Sebentar tadi sahaja dia rasa kecomelan budak kecil itu tetapi sekarang ini, terus rasa tidak comel. Lalu dia tinggikan suaranya
"Abang Fang! KATA NAK BELANJA PIZU TENGOK MOVIE!"
"Maaf Rizu tapi budak ni.." Fang tidak tahu hendak buat apa dengan budak bernama Rifqi itu "Tak kan abang nak tinggalkan dia dekat sini"
"Ala, abang Boboiboy kan ada" Rizu terus tunjuk Boboiboy dengan jari telunjuknya "Abang Boboiboy boleh jaga dia. Kalau dia betul anak abang Kaizo, kenapa dia biarkan anak dia sendiri merayap ke sini?"
"Errr.." Fang tidak tahu hendak menjawab apa
Boboiboy terus berhenti ketawa. Lalu dia tersengih dengan kaki dia bergerak sedikit demi sedikit untuk larikan diri. Bukan dia sahaja, Gopal dan Lily pun hendak larikan diri mereka jauh daripada Fang
"Err.. abang rasa, abang ada hal lah" kata Boboiboy sambil tersengih lagi "Aku pergi dulu yea"
"Lily pun kena pergi gak.. pergi ikut BBB-CHAN!"
"Samalah dengan aku.. ikut kawan baik aku si Boboiboy"
Tiba-tiba Gopal lari dulu sebelum sempat Fang membuka mulutnya untuk katakan sesuatu. Boboiboy terus menepuk dahinya sendiri. Rifqi tergelak kecil melihat gelagat Gopal. Perut dia mula berbunyi. Itu tandanya sang kecil itu sudah kelaparan
"Uncle Pang Pang, Qiqi lapar"
Lalu dia tunjukkan muka sedihnya kepada Fang. Mata dia mula membulat besar. Air mata dia mula bergenang. Mata Fang seperti mahu alihkan permandangan dia ke tempat lain tetapi disebabkan kecomelan Rifqi, dia terus mengalah. Rizu masih bermasam muka. Dia masih tidak berpuas hati dengan budak kecil itu. Dia tidak tahu apa niat sang kecil itu terhadap abang angkatnya. Rizu mula fikirkan yang bukan-bukan
"Wuuuu... Rizu jealous yea" bisik Lily kepada Rizu
"Ma-mana ADA!" kata Rizu "Pizu ok aje" Dia berikan senyuman paksa kepada Lily
"Betul ke ni?" Lily mengusap dagunya sambil perhatikan senyuman Rizu yang penuh kepalsuaan itu "Rizu kalau jealous. Kakak Lily boleh aje bawa Rizu jalan-jalan sampai Rizu lupakan si landak tu! MIAHAHAHAHA!"
Berkerut dahi Fang
"Dah dah! Jom pergi makan. Movie tu lain kali ajelah" kata Fang "Wei pelik! Kau pergi order pizza. Kita makan dekat rumah aku"
"PIZZA?!" Gopal kembali muncul apabila dia terdengar perkataan pizza "Lily! Orderkan untuk aku large pizza pepperoni!"
"Ok!" kata Lily sambil tidak tahu bahawa dia termasuk perangkap Fang "Cepat! Nak order apa lagi? Lepas tu bolehlah kita makan puas-puas dekat rumah LANDAK!"
Fang dengan senyuman sinisnya, dia terus memesan pelbagai jenis pizza kepada gadis itu. Lily pula, masih lagi tidak tahu dengan rancangan Fang. Setelah mereka habis memesan makanan masing-masing, mereka terus rumah Fang. Di sana nanti, mereka tunggu sahaja orang penghantar makanan yang mereka pesan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata Gopal membulat besar, senyuman dia lebar sehingga ke pipi, air liur dia meleleh ditepi bibir dan bau pizza-pizza tersebut membuatkan dia tidak sabar untuk menikmati kesemua pizza tersebut. Bukan setakat pizza yang ada, garlic bread, kepak ayam bersalut dengan bbq sos, air sedap-sedap dan juga sup cendawan. Rizu sudah tidak sabar untuk makan makanan kegemaran dia tetapi hati dia tetap panas dengan budak kecil itu iaitu Rifqi. Sang kecil sedang duduk diatas pangkuan Fang sambil memerhatikan kesemua pizza-pizza tersebut. Pizza-pizza itu sudah tersedia di atas meja ruang tamu rumah Fang
"Uncle Pang Pang, dah boleh makan ke?"
"Boleh" jawab Fang kepada Rifqi "Tapi sebelum itu... KITA HARUS UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA LILY!" Dia sahaja tinggikan suara supaya Lily dengar
"What?! Terima kasih?" Lily masih tidak mengerti lagi
"Yelah, terima kasih kerana belanja kita orang! Muahahahahaaha!" gelak Fang seorang diri
"WHAT?! LANDAK TELAH MEMPERGUNAKAN LILY! Hari tu kapten itik hot mempergunakan Lily, dia saja buat Lily jaga Rizu! Hari ni landak pulak! UWAAAAA!" Lily mula berdrama di situ "Adik-beradik alien ni suka sangat mempergunakan Lily. BBB-CHAN! Help Lily tendang dia orang"
"Errr.." Boboiboy tidak tahu hendak berkata apa kepada Lily
"Ala, BBB-CHAN guna aje kuasa tujuh, lepas tu kita tendang dia orang! MIAHAHAHAHAHA! Tak pun kita gunakan tampar kuasa tujuh! MUAHAHAHAHAHA!"
Rizu gelengkan kepala dia sambil makan sepotong pizza
"Tak baik tau tampar ayah Qiqi. Ayah Qiqi baik, dia tak jahat. Aunty Lily ni tak baik buat jahat sebab nak tampar dan tendang orang"
Fang ketawa kecil kerana muka Lily menjadi merah. Dia terasa malu kerana kata-kata budak kecil itu. Fang usap kepala Rifqi kerana dia bangga mendapat seorang anak buah yang bijak berkata-kata. Dia terasa nak menangis pula kerana terharu. Mungkin anak buah dapat kebijaksanaa itu dari pak cik dia sendiri iaitu Fang
"Hehehe... aunty bergurau aje" Lily tersengih kecil "Tapi tak bestlah panggil aunty. Panggil aje KAKAK LILY! Hahahahaha!"
"Sudah sudah lah tu kakak Lily. Kita makan ajelah" kata Rizu
Lily terus mengambil sepotong pizza tanpa berkata apa. Rizu terus pandang Rifqi dengan renungan mautnya. Dia harus siasat, betul ke itu anak abang Kaizo dan kak Lynna? fikir Rizu. Bagaimana kalau ini adalah perangkap dari Adudu ataupun dari musuh yang lain? Tapi kenapa Adudu perlukan kanak-kanak kecil untuk rancangan jahat dia? fikir Rizu lagi. Boboiboy perhatikan sahaja Rizu. Muka sang kecil pada ketika itu, kelihatan serius seperti sedang fikirkan tentang sesuatu yang mendalam. Boboiboy rapatkan dirinya kepada Rizu. Lalu dia bertanya
"Rizu ok ke?"
"Hmm... Pizu ok" jawab Rizu sambil kunyah pizzanya "Abang Boboiboy tak rasa curiga ke dengan budak tu?"
"Kenapa?"
"Ala abang Boboiboy ni" Rizu habiskan sisa pizzanya didalam mulutnya dan lalu berkata "Budak tu tiba-tiba muncul dan cakap dia anak abang Kaizo dan kak Lynna. Abang Boboiboy tak rasa pelik ke? Mungkin ini adalah rancangan jahat ADUDU!"
"Hehehe.. bukan ke Rizu sendiri cakap yang kita patut jaga rahsia abang Kaizo!"
"Tapi itu lain kakak Lily" kata Rizu "Pizu tak puas hati kenapa dia nak manja-manjakan diri dekat abang Fang!" Muka dia terus kembali menjadi masam. Mata dia melirik ke arah Rifqi yang sedang makan pizza bersama pak ciknya iaitu Fang
"Wuuu.. Rizu jealous!" Lily ketawa kecil tetapi selepas itu dia terus berhenti ketawa kerana Rizu berikan renungan mautnya
"Haih.. itu pun nak jealous" Gopal geleng kepalanya "Ala, budak tu mesti duduk tempat lainkan. Jadi Rizu tak perlu risau sangat!"
"Itu pun Pizu pelik gak. Dekat mana abang Kaizo sorokkan anak dia? Mungkin budak itu adalah alien jahat atau Adudu yang hantar dia!"
Boboiboy tepuk dahinya sendiri tetapi dia tertepuk dahinya dengan pizza. Dia terlupa tangan dia ada sepotong pizza. Melekatlah beberapa kepingan pepperoni pada dahi Boboiboy. Gopal dan Lily tergelak besar di situ kerana ianya sangat lawak pada diri mereka. Rizu langsung tidak ketawa. Fang mula perasaan dengan perubahan adik angkatnya. Lily terlampau gelak sangat sehingga rasa tekak dia kering. Lalu dia minum seketika
"Rizu ok ke?" soal Fang "Ada sesuatu tak kena ke?"
"ADA!" Lalu Rizu tuding jarinya ke arah Rifqi "Abang Kaizo tak nak siasat dia ke? Tengoklah cara dia, asyik nak berkepit dengan abang Fang aje!"
"Adeh" Fang mengeluh sedikit "Rizu ni.. janganlah cemburu"
"Abang Rizu tak perlu risau. Qiqi memang anak kepada Kapten Kaizo dan Lynna! Tapi Qiqi sebenarnya dari masa hadapan!"
Semua ternganga seketika. Lily pula, air dia tersembur ke muka Boboiboy. Lalu dia tersedak dan batuk sedikit. Kasihan Boboiboy, terpaksa lap mukanya dengan tisu
"WHAT?! ANAK KAPTEN ITIK HOT DARI MASA HADAPAN?!"
"Boleh percaya ke?" soal Rizu sambil mengusap dagunya "Kita kena soal siasat dia!"
"Betul tu Rizu! Kakak Lily setuju sahaja!"
Fang mengeluh panjang. Kepala dia rasa pening sedikit kerana perangai pelik Lily, perasaan Rizu yang mula cemburu dan paling utama sekali, info terbaru tentang Rifqi, dia datang dari masa hadapan. Fang picit dahi dia sedikit
"Uncle Pang Pang, minumlah air sedikit" Rifqi dengan baiknya, dia hulurkan segelas air kepada Fang "Kasihan uncle Pang Pang sakit kepala"
"Macam mana si Fang ni boleh dapat nama samaran Uncle Pang Pang?" soal Gopal dengan mulut dia penuh dengan daging ayam "Abang Kaizo yang ajar dia ke?"
"Bukanlah. Qiqi selalu dengan ayah panggil Uncle Pang Pang dengan nama PANG! Qiqi ingat nama Uncle Pang Pang ialah lempang, jadi Qiqi panggil ajelah Uncle Pang Pang"
Boboiboy, Gopal, Lily dan Rizu ketawa besar di situ. Gopal hampir nak tercekik kerana terlampau banyak ketawa. Lily mengusap air matanya kerana terlampau lucu. Dia rasa bagaikan hari ini adalah hari paling lawak di dalam kehidupannya. Alangkah indahnya jikalau kawan-kawan dia yang lain ada di situ juga tetapi semuanya tengah sibuk. Rifqi rasa pelik kenapa mereka ketawa. Lalu dia ketawa kecil dan comel. Kepala Fang semakin pening tetapi dia tetap bertahan. Dia tidak boleh mengamuk di situ. Sebenarnya dia ragu-ragu dengan Rifqi. Adakah betul dia datang dari masa hadapan? fikir Fang
"Errr.. Qiqi"
"Yea Uncle Pang Pang"
Rifqi tersenyum lebar sambil menoleh kebelakang. Fang boleh dengar ketawa kecil dari kawan-kawan dia. Berkerut dahi Fang tetapi dia tetap bersabar. Lalu dia bertanya kepada Rifqi
"Betul ke Qiqi dari masa depan?"
"Mestilah betul!" kata Rifqi "Kalau uncle Pang Pang nak tahu, uncle Pang Pang selalu buat kerja yang ayah suruh buat termasuklah buatkan sup lobak merah! Ibu selalu cakap itu makanan kegemaran ayah! Qiqi tak pernah rasa lagi sup lobak merah"
"Macam betul aje tu abang Kaizo" bisik Boboiboy sambil ketawa kecil "Nama ibu Qiqi pula ialah Lynna ke?"
Rifqi terus angguk kepala. Lily terus memeluk sebiji bantal yang ada di atas sofa kerana hati dia berbunga-bunga selepas mendapat berita gembira. Rasa seperti dia ingin menangis di situ. Gopal dan Boboiboy tidak sangka seorang kapten yang garang, akhirnya akan berkahwin pada masa hadapan. Rizu mengusap air matanya kerana Kapten Kaizo bakal berkahwin dengan Lynna
"Abang Fang, Pizu rasa happy sangat"
"Abang pun rasa happy" Air mata Fang mengalir sedikit. Lalu dia lap air matanya "Kita patut celebrate tapi jangan terlalu tunjuk sangat dekat abang Kaizo dan kak Lynna! Dan kalau boleh, KITA MESTI LINDUNGI HUBUNGAN MEREKA BERDUA!"
Muka Fang terus terkena sebiji bantal. Mata dia melirik ke arah Lily yang sedang tersengih kecil
"Apasal kau baling bantal dekat aku?" Fang terus berikan renungan maut dia kepada Lily. Lalu dia berkata sesuatu kepada Rifqi "Qiqi, kalau boleh jangan terpengaruh sangat dengan perangai pelik-pelik si pelik Lily tu!"
"Tapi aunty Lily selalu bawa Qiqi jalan-jalan" Lalu dia ketawa kecil "Aunty Lily suka belanja Qiqi ice cream! Lepas tu selalu kena marah dengan ayah sebab aunty Lily selalu bawa Qiqi balik rumah lambat. Lepas tu Uncle Pang Pang pun kena marah juga sebab biarkan Qiqi dengan aunty Lily"
Berkerut dahi Fang. Sepatutnya Lily seorang sahaja kena marah, apasal diri dia juga kena marah, fikir Fang. Lalu dia sudah membuat keputusan paling awal, selepas sahaja lahirnya Rifqi, dia akan campak Lily jauh dari planet bumi. Fang tersenyum sinis sambil memandang Lily
"Kenapa uncle Pang Pang pandang aunty Lily macam tu?"
"Sebab abang Fang selalu pandang aunty Lily bila dia ada idea nakal" jawab Rizu kepada Rifqi. Lalu dia bisik sesuatu dekat Rifqi "Sebenarnya abang suka tengok kakak Lily dan abang Fang bergurau kasar macam tu.. hehehehe.. abang suka ship dia orang"
"Ship tu kapal ke?" Mata Rifqi terkebil-kebil melihat Rizu. Dia masih kecil lagi untuk memahami apa yang dikatakan oleh Rizu tadi. Dia rasa pelik kenapa Rizu ketawa kecil di situ. Adakah dia tersalah cakap? fikir Rifqi
"Adeh, landak ni dah fikir benda pelik-pelik. BBB-CHAN, pergi tampar dia"
"Errr.. tapi Lily" Boboiboy mengeluh sedikit "Landak tu kan.. eh silap.. Fang tu kalau kena tampar, mesti dia mengamuk. Tak kan nak bagi dia mengamuk depan anak buah dia yang comel ni"
Tangan Boboiboy terasa gatal untuk cubit pipi gebu Rifqi. Tiba-tiba dia tergelak sedikit apabila dia terfikir tentang pipi dia yang gebu suatu ketika dahulu. Lily selalu membuat percubaan untuk cubit pipi Boboiboy. Adakalanya, dia berjaya tetapi adakalanya, dia kena halang dari Ochobot atau orang lain. Kini pipi dia tidaklah gebu seperti dulu. Dia kini sudah memasuki zaman remaja tetapi dihati Lily, Boboiboy tetap comel seperti selalu. Bukan Lily sahaja, para peminat Boboiboy tetap rasa bahawa Boboiboy comel selamanya
"Rifqi" panggil Gopal "Err.. uncle Gopal nak tanya ni, uncle pada masa depan, ada nampak kacak dan bergaya tak? Uncle ada buka restaurant sendiri ke? Dah popular macam Boboiboy ke?"
Mata Rifqi terkebil-kebil melihat Gopal sambil kunyah pizza. Lalu dia buka mulutnya untuk katakan sesuatu kepada Gopal. Hati Gopal penuh dengan debaran. Dia tidak sabar untuk mengetahui tentang dirinya pada masa hadapan
"Uncle Gopal tetap sama tapi... uncle Gopal takde restaurant sendiri tapi.." Rifqi gigit pizzanya sedikit. Gopal masih lagi menunggu jawapan dari Rifqi "Tapi.. uncle Gopal selalu kena latihan tempur sebab badan uncle Gopal asyik membesar aje"
Fang dan Lily ketawa besar di situ. Pelbagai soalan mereka tujukan kepada Rifqi. Semua jawapan dari si kecil itu membuatkan mereka ketawa. Rifqi turut ketawa sekali walaupun dia tidak memahami. Suasana rumah itu berubah menjadi ceria. Rifqi dapat rasakan keceriaan dan kebahagiaan yang ada pada masa hadapan. Dia tersenyum manis kerana kebahagiaan itu tidak pernah pudar. Semasa mereka sedang gelak-ketawa dengan cerita-cerita menarik ataupun lawak jenaka yang tidak menghampakan, pintu rumah Fang dibuka secara tidak langsung. Mereka semua pandang ke arah pintu. Kaizo dan Lynna masuk ke dalam rumah tersebut
"Wah! Meriahnya hari ni" kata Lynna
"AYAH! IBU!"
Rifqi bangun dan terus berlari ke arah mereka berdua. Riak muka Kaizo dan Lynna berubah. Mereka terkejut kerana dipanggil ibu dan ayah. Padahal mereka belum berkahwin lagi. Rifqi peluk kaki Kaizo kerana terlampau teruja dapat berjumpa dengan ayahnya semasa muda lagi. Wajah Lynna menjadi merah sedikit kerana malu. Kaizo pula, muka dia merah seperti merah tomato tetapi bukan sebab malu, ianya kerana marah. Mata merah Kaizo terus memandang ke arah adiknya yang sedang minum
"PANG!" Bergegar satu rumah dengan jeritan Kaizo "LAWAK APAKAH INI?"
Gopal hampir tercekik sebab terkejut dengan jeritan Kaizo yang garang itu. Lily sudah tersenyum lebar kerana dia tidak sabar untuk melihat drama adik-beradik alien. Dia suka bila ada drama kerana dapat menjadi saksi penting. Rizu sudah sorokkan diri di belakang Fang kerana takut. Boboiboy mengeluh panjang sebab tidak mahu melihat apa yang akan terjadi seterusnya. Adakah semuanya berakhir dengan pergaduhan adik-beradik alien ataupun, rumah ini kembali ceria. Ketika ini, suasana menjadi tegang sedikit
"MANA ADIK ADA BUAT LAWAK! KALAU ADIK BUAT LAWAK PUN, ABANG BUKANNYA NAK GELAK PUN! LAGIPUN ITU MEMANG ANAK ABANGLAH!" Fang balas balik kepada abangnya "BUDAK COMEL TU ANAK ABANG DAN KAK LYNNA!"
Rifqi mengangkat kepala sedikit untuk melihat ayahnya. Lalu dia berikan senyuman manis kepda Kaizo. Tangan Kaizo seperti mahu budak kecil itu lepaskan pelukannya. Adakah ini salah satu permainan adiknya untuk cuba kenakan dia? fikir Kaizo. Lalu dia memandang Lynna. Apa yang dia nampak, wajah Lynna masih lagi merah. Mata Lynna asyik perhatikan Rifqi. Dia terdiam kerana tidak tahu hendak berkata apa
"Kenapa ibu senyap sangat?" soal Rifqi kepada Lynna. Mata bulat dia memandang Lynna dengan senyuman manis dia "Hehehe.. ibu janganlah terkejut. Qiqi ni anak ibu pada masa hadapan"
"Ja-jadi.." Akhirnya Lynna bersuara. Dia terus memandang Kaizo "Di-dia ni.. anak KITA? KITA KAHWIN?" Dia rasa nak pengsan di situ. Lily menutup mulutnya kerana ingin menahan dirinya dari ketawa
"Betul ke ni?" Kaizo ragu-ragu dengan Rifqi "Bukan kau disuruh oleh Pang untuk kenakan aku?"
"Bukan abang Kaizo" jawab Boboiboy "Sebenarnya kita orang pun terkejut juga yang dia anak abang Kaizo dan kak Lynna. Pada mulanya kami tak percaya tapi setelah kami tanyakan bermacam-macam soalan dekat dia, barulah kami percaya"
Rifqi tersenyum sambil angguk kepalanya. Kaizo perhatikan sang kecil itu secara teliti. Lama-kelamaan, hati dia terpaksa menerima hakikat bahawa kanak-kanak lelaki itu adalah anaknya. Tangan dia terus mengusap kepala Rifqi secara lembut. Rifqi tersenyum suka kerana usapan manja itu tetap sama dari masa hadapan. Jantung Lynna berdegup dengan kencangnya, kerana dia masih tidak percaya yang dia, pada suatu hari nanti, bakal berkahwin dengan Kapten Kaizo. Dia terus masuk ke dalam dapur kerana mahu minum air. Kaizo rasa pelik dengan perangai Lynna ketika itu. Sebenarnya dia tidak terfikir pun tentang kahwin itu. Dia lupa pada ketika itu
"Ayah, ibu nampak kelakarlah" Rifqi ketawa sedikit
"Ala, itu sebab ibu Qiqi tengah malu sebab KAPTEN ITIK HOT DAN KAK LYNNA AKAN KAHWIN! YAHOOOO!"
Baru Kaizo sedar setelah dia dengar jeritan dari Lily tadi. Baru dia mengerti kenapa Lynna berperangai pelik. Dia pandang Rifqi, lalu dia pandang ke arah dapur. Dia pula rasa malu tetapi dia tetap dengan muka seriusnya. Boboiboy, Fang dan Lily ketawa sedikit. Mereka tahu bahawa Kaizo ketika itu sedang rasa malu
"Kenapa kamu bertiga ketawa?"
Terus mereka terdiam setelah ditegur oleh Kaizo. Masing-masing takut dengan suara garang Kaizo
"Ayah, jom kita pergi tengok ibu dekat dapur?" Rifqi heret Kaizo ke dapur "IBU! QIQI NAK AIR!"
"Comelnya anak abang Kaizo" Mata Rizu bersinar-sinar melihat mereka masuk ke dalam dapur "Tapi paling comel sekali, sudah tentu abang Kaizo sebab dia akan menjadi seorang ayah yang hebat! Hehehehe.."
"Comel lah sangat. Kalau bab buli aku, mesti nombor 1" bisik Fang "Ajar anak dia sendiri panggil aku uncle Pang Pang!" Dia masih tidak berpuas hati dengan panggilan itu
"Yang kau nak mengamuk apasal. Comel apa dengan panggilan tu"
"Betul betul! Lily sokong BBB-CHAN!" kata Lily sambil angguk kepalanya "Nama Pang Pang tu tetap rasa lucu.. miahahahahaha! Macam landak nak kena lempang"
Tiba-tiba Gopal suruh mereka senyap kerana dia terdengar Kaizo dan Lynna sedang bincangkan sesuatu. Fang secara perlahan, berjalan ke tepi pintu masuk dapur. Dia ingin mencuri dengar apa mereka sedang bincangkan
"Apa yang abang Fang dengar?" Rizu muncul di sebelah Fang
"Syhhh!" kata Fang
"Wuuu.. mesti dia orang tengah bincangkan tentang perasaan masing-masing. Oh Lynna, aku sebenarnya sudah lama pendam perasaan ini!" Lynna buat-buat suara Kaizo. Selepas itu suara dia berubah seperti Lynna "Sama seperti Kaizo! Aku sudah lama cintakan kau! Apa kata, kita kahwin sahaja! Oh Kaizo, mari kita tinggalkan landak dan pergi jauh dari sini"
"Aik.. nak jadi drama ke ni?" soal Gopal
Boboiboy tergelak sedikit. Dia rasa lucu melihat gelagat Lily yang mencuitkan hati itu. Mata Lily terus bersinar-sinar kerana gelakan Boboiboy yang comel. Bagi Lily, dia rasa comel. Gopal rasa biasa sahaja. Fang suruh mereka senyap kerana tidak dapat dengar perbualan Kaizo dan Lynna di dalam dapur. Sebelum sempat Fang cuba mendengar semula, abang dia sudah pun keluar dari dapur bersama dengan Lynna. Di belakang mereka pula, Rifqi sedang mengikuti mereka dengan segelas air susu chocolate ditangannya. Mata Kaizo terus melirik ke arah adiknya
"Kau cuba curi-curi dengar ke?"
"Bukanlah abang Kaizo" Rizu pula yang menjawab "Abang Fang nak pergi ambil air dekat dapur" Lalu tersengih sedikit
"Hmm..." Kaizo perhatikan Rizu. Selepas itu dia perhatikan adiknya "Aku buat-buat percaya ajelah yea. Lepas tu kau kena hukuman latihan tempur yea" Rifqi ketawa kecil di belakang Kaizo
Fang terus menelan ludah. Dia takut dengan renungan dari abangnya. Macam nak makan orang. Lalu mata dia alihkan pandangan di tempat lain kerana tidak mahu melihat renungan maut dari abangnya
"Ibu, jom makan pizza sama-sama"
"Ok, ibu join sekali" Lynna rasa kekok pula bahasakan diri dia seorang ibu "Kenapa banyak sangat pizza hari ni? Ada sambutan apa-apa ke?"
Lynna duduk di sofa bersama dengan Rifqi. Sang kecil itu duduk rapat dengan ibunya. Dia duduk diam sambil melayan air susu chocolatenya. Kaizo duduk di sebelah Rifqi dengan kanannya mengambil sekeping pizza sayur. Pizza yang penuh dengan pelbagai sayur tidak disentuh lagi, Kaizo menjadi orang pertama mengambilnya. Dia rasa kasihan kerana tidak disentuh oleh sesiapa. Lalu dia mengambilnya dan makan seorang diri. Rifqi pandang kiri dan kanannya kerana suka melihat ibu bapanya semasa muda. Dia tergelak seorang diri sambil tersenyum simpul
"Ibu dan ayah nampak comel.. hehehe.. Qiqi suka! Qiqi suka!"
"Aish, mana ada nampak comel" kata Lynna sambil mengusap rambut Rifqi "Boleh ibu bertanya Qiqi?" Rifqi angguk kepalanya. Lalu Lynna bertanyakan soalan "Kenapa Qiqi datang ke sini? Ibu dan ayah Qiqi tak risau ke?"
"Sebab Qiqi nak tengok ibu dan ayah masa muda-muda dulu! Sekarang Qiqi dah tengok, ibu dan ayah nampak comel!" Rifqi tersenyum lebar kepada Lynna "Ibu dan ayah sebenarnya tak tahu Qiqi datang ke sini.. kalau dia orang tahu, mesti Qiqi kena marah"
"Bukan kau yang kena marah tapi si Pang tu yang kena marah" Mata Kaizo terus memandang ke arah Fang yang baru hendak makan pizza dia yang seterusnya "Kau biarkan budak ni merayap sampai ke sini"
"TENGOK TU! ADIK JUGA YANG KENA!" Hati Fang berapi-api dengan abangnya. Aura-aura hitam mula timbul disekeliling badan dia "ABANG SUKA SANGAT BAGI ADIK HUKUMAN!"
"Dah tu, kau bagi dia lepas sampai ke sini"
Rifqi senyap sahaja sambil minum air susu chocolate. Adik-beradik alien itu bertentangan mata seperti satu pertandingan. Mata mereka tidak berkelip. Boboiboy, Lily, Gopal dan Rizu perhatikan sahaja sambil makan pizza. Anak mata mereka seperti bola ping-pong, sekejap Kaizo, sekejap Fang. Mereka tidak tahu siapa yang akan mengalah tetapi hati mereka mengatakan bahawa Fang akan kalah juga. Lynna mengeluh sedikit. Dia tidak tahu samada dia perlu masuk campur ataupun tidak. Akhirnya Lynna terpaksa bersuara juga sebelum terjadinya perang adik-beradik. Lebih-lebih lagi dihadapan Rifqi. Dia tidak mahu anaknya melihat keganasan mereka berdua dan tunjukkan teladan yang tidak baik
"Kaizo, Fang.. Qiqi ada dekat sini. Jangan nak tunjuk keganasan korang berdua depan dia" tegur Lynna
"Baiklah" kata Kapten Kaizo "Aku akan tunjukkan kebaikan aku kepada Rifqi tapi kau ingat yea Pang. Masa Rifqi ada dekat dunia ni, aku tak nak kau bagi dia merayap. Kau jaga dia dengan baik"
"Yelah tapi janganlah hukum adik sekarang ni" Fang terus bersilang tangan "Qiqi! Nanti pesan dekat ayah kau, jangan sesuka hati hukum uncle Qiqi yang paling kacak dan bergaya ni! Qiqi jangan risau, uncle Pang Pang akan sentiasa ajar Qiqi bagaimana nak jadi popular!" Tiba-tiba dia rasa semangat pula ketika itu
Lily sorok kepala dia dibelakang Boboiboy untuk ketawa kecil. Dia rasa kata-kata semangat Fang tadi sangat melucukan
"Jangan risau uncle Pang Pang. Qiqi selalu tengok uncle Pang Pang kacak dan bergaya tapi.." Rifqi tersengih sedikit "Uncle Pang Pang tak popular sangat macam ayah dan uncle Boboiboy"
Makin kuat gelakan Lily sampai terkeluar air matanya. Diri Fang rasa nak pengsan kerana dia tidak percaya bahawa, popularity dia masih tidak tercapai lagi. Rizu tepuk-tepuk sedikit bahu abang angkatnya kerana rasa kasihan. Hati Fang sedih setelah mendapat berita buruk itu. Dia perlu buat sesuatu untuk popularkan diri dia sendiri! fikir Fang. Dia tidak akan hilang semangat dan terus bangkit demi popularity
"Hehehe.." Tergelak Rifqi "Uncle Pang Pang juga selalu jaga Qiqi dengan baik bila ibu dan ayah pergi buat misi. Uncle Pang Pang selalu masak sedap-sedap untuk Qiqi. Kalau ayah yang masa, uncle Pang Pang mesti tak bagi makan. Tak tahulah kenapa"
Fang tersenyum lebar dengan bibir dia tergerak-gerak kerana menahan diri dari ketawa besar. Berkerut dahi Kaizo. Hati dia bagaikan hendak hempuk kepala seseorang terutama sekali adik dia. Lily rasa terharu kerana anak Kapten Kaizo sangat comel dan pandai berkata-kata tanpa kena hukuman
"Habis tu, siapa yang makan makanan tu?" soal Lynna
"Uncle Pang Pang yang makan. Lepas tu dia terus keluar masuk toilet. Kasihan uncle Pang Pang"
"Itu sebab uncle sayangkan anak buah dia" kata Fang dengan penuh rasa bangga "Uncle buat segala-galanya demi keselamatan QIQI!" Lalu muka dia terkena dengan sebiji bantal. Fang tak perlu bertanya siapa yang baling. Dia tahu abang dia yang baling bantal itu
"Jaga keselamatan dia tapi.." Kaizo melirik matanya ke arah Rifqi "Bagaimana dia boleh terlepas ke sini?"
"Abang tanyalah adik abang dari masa depan tu. Suruh dia jawab" kata Fang dengan nada sindiran "Lepas tu bolehlah abang dari masa depan dan abang dari masa ini, bagi hukuman dekat adik dari masa depan"
"Wuuuuu.. landak kena hukuman dengan duo Kapten itik hot" Mata Lily terus bersinar-sinar "Qiqi comel jangan lupa ambik video tau!"
Gopal sudah mula terbayangkan dua Kapten Kaizo sedang berikan hukuman paling ngeri dalam sejarah. Terus dia menggigil sehingga hilang selera makan. Dia ingin tanyakan sesuatu tetapi takut dengan jawapan. Dia kalau boleh, tidak mahu menerima realitinya. Tiba-tiba Fang bertanya tentang kawan-kawan dia terutama sekali tentang Gopal. Ianya seperti Fang boleh baca apa yang difikirkan Gopal
"Qiqi, uncle Gopal ada cerita menarik dan lucu tak?" Fang tersenyum sinis seperti inginkan sesuatu
"Ada!"
Kepala Gopal terangkat sedikit. Dia ingin dengar cerita menarik itu
"Cerita apa tu?" soal Lynna
"Ada suatu hari tu, Qiqi lapar tapi uncle Pang Pang takde. Dia selalu masakan untuk Qiqi. Masa tu Qiqi dekat playground. Uncle Pang Pang dengan uncle Boboiboy tengah lawan alien jahat. Masa tu first time Qiqi dapat tahu uncle Pang Pang dan uncle Boboiboy ada kuasa. Qiqi pada mulanya menangis sebab takut tapi uncle Gopal pujuk Qiqi" Gopal tersenyum bangga dengan cerita Rifqi. Si kecil itu sambung bercerita "Uncle Gopal tunjuk kuasa dia. Uncle Gopal tukarkan bangku jadi biskut! Lepas tu Qiqi makan. Rasa dia sedap sangat!"
Gopal kembali menggigil kerana ketika itu, Kaizo sedang berikan renungan maut. Rifqi masih belum lagi habis ceritanya. Kaizo hanya menunggu masa untuk berikan hukuman kepada Gopal. Dia hanya duduk diam diatas sofa dengan matanya asyik melihat Gopal yang kelihatan gelisah. Jelas muka Gopal sudah dibanjiri dengan air peluh. Boboiboy berikan sehelai tisu kepada Gopal untuk lapkan peluh di muka itu
"Lepas tu Qiqi menangis lagi sebab uncle Pang Pang keluarkan hantu bayang-bayang. Qiqi takut tapi uncle Gopal pujuk Qiqi dengan menukarkan sebatang kayu jadi chocolate stick! Qiqi suka sangat!"
Kaizo masih lagi perhatikan Gopal
"Qiqi suruh uncle Gopal tukarkan semua jadi makanan yang ada dekat playground tu! Playground tu jadi macam dessert land! Qiqi ada makan buai donut! Pokok chocolate! dan paling best sekali, pasir-pasir dekat situ jadi candy! Ada bermacam-macam perisa! BEST SANGAT!"
Gopal mula rasa nak pengsan. Lily ketawa kecil sambil tutup mulutnya. Dia tidak mahu bangkitkan kemarahan Kaizo dan menjadi mangsa hukuman latihan tempur. Lynna sudah mula picit dahinya kerana dia risau dengan apa yang anak dia makan
"Qiqi, janganlah cerita lagi" Gopal mula tersengih
"Tapi Qiqi belum habis lagi bercerita" kata Rifqi dengan muka sedih "Uncle Gopal tak nak dengar cerita Qiqi lagi ke? Ayah.. ibu.. uncle Gopal tak suka Qiqi bercerita" Mata dia mula berkaca. Sedikit lagi dia hendak menangis
"Alolo.. Qiqi jangan menangis. Uncle Pang Pang nak dengar cerita Qiqi"
"Erkk! Fang! Janganlah" merayu Gopal
"Kenapa? Kau tak suka dengar Rifqi bercerita ke?" Tiba-tiba Kaizo bersuara
"Eh! Suka suka.. sa-saya suka aje" Gopal tersengih tetapi dalam hatinya takut melihat senyuman sinis Kaizo "Teruskan bercerita Qiqi"
"YEAH! Lepas tu uncle Gopal ceritalah yang uncle Pang Pang dan uncle Boboiboy ada jam kuasa. Lepas tu uncle Gopal beritahu ayah dan ibu pun ada kuasa tapi kuasa ibu sangat istimewa! Qiqi teruja sangat! Bila Qiqi balik rumah, Qiqi terus cerita dekat ibu dan ayah. Qiqi tak tahulah kenapa 2 3 hari, Qiqi tak jumpa uncle Gopal. Selalunya dia datang rumah dengan uncle Boboiboy. Jadi Qiqi ingat uncle Gopal sibuk kot"
Mereka dapat meneka bahawa Gopal dikenakan hukuman latihan tempur. Gopal mengeluh panjang. Mungkin selepas ini, dia akan dikenakan hukuman latihan tempur. Apalah nasib dia yang sangat malang, fikir Gopal. Bahu dia dipegang oleh seseorang. Dia menoleh kebelakang dan nampak Rizu sedang berikan wajah simpatinya. Rizu memahami apa yang terbuku dihati Gopal. Lalu Rizu berikan kepingan pizza dia terakhir kepada Gopal
"Pizu sedekah dekat abang Gopal" kata Rizu dengan senyuman kecil "Abang Gopal jangan sedih ok. Pizu pasti, abang Gopal kental menghadapi cabaran hukuman latihan nanti!"
"Yelah Rizu" Gopal mengambil pizza itu seikhlas hati tetapi jauh dihati, kesedihan sedang melanda
"Kasihan yea kau Gopal" bisik Boboiboy "Kalau kau kena hukuman latihan tempur, aku akan berada di sebelah kau ok"
"Dan aku pula.. akan lari!" Fang tergelak kecil
"Dan Lily pula akan berada di tepi kapal angkasa dan berikan sokongan kepada BBB-CHAN!"
"Wah! Aunty Lily dari dulu lagi memang sentiasa dengan uncle Boboiboy!" Rifqi letak gelas kosong diatas meja. Lalu dia lap mulutnya dengan lengan baju
"Tapi tapi.. adakah aunty Lily dengan BBB-CHAN bersama?" soal Lily dengan penuh debaran. Hati dia mula harapkan sesuatu yang akan antara dia dan Boboiboy
Sebelum sempat Rifqi menjawab, ada sesuatu sedang berbunyi di dalam poket seluarnya. Rifqi mengeluarkan sebuah tablet kecil yang sedang berbunyi itu. Mereka semua memandang tablet tersebut. Rifqi henti bunyi itu dengan menyentuh skrin tablet tersebut. Muka Rifqi kelihatan sedih sedikit tetapi dia tetap berpuas hati. Lalu dia bangun dari kerusi sofa itu. Lalu dia pusing untuk berdepan dengan ibu bapanya
"Kenapa Qiqi?" soal Lynna
"Ibu.. ayah.. Qiqi sangat happy dapat berjumpa dengan ibu dan ayah masa muda!" kata Rifqi "Ibu dan ayah jangan risau, kita akan berjumpa lagi! Qiqi nak kena balik dah"
"Hah! Qiqi nak balik dah?" Rizu rasa sedih ketika itu "Tak dapat abang nak main dengan Qiqi"
Lalu Rifqi alihkan pandangan dia ke arah Fang dan rakan-rakan pakciknya. Semuanya kelihatan sedih
"Uncle Rizu jangan risau. Kita akan berjumpa lagi. Lepas tu uncle Rizu dapat main dengan Qiqi puas-puas! Uncle Rizu selalu ajar Qiqi buat benda-benda kreatif seperti melukis!" kata Rifqi
Rizu terharu kerana pada masa hadapan, dia bakal mengajar si kecil itu melukis. Mungkin suatu hari nanti, mereka dapat menghasilkan sebuah komik yang menarik. Lily masih lagi menunggu jawapan dari soalan dia tadi tetapi Rifqi sudah lupa tentang soalan tadi. Kasihan Lily kerana tidak menjawapan dari Rifqi. Kecil hati Lily tetapi dia terpaksa redha. Sang kecil itu sentuh-sentuh skrin tablet itu. Ianya seperti menekan sesuatu. Kepala dia terangkat sedikit untuk melihat ibu dan bapanya. Dia berikan satu senyuman lebar kepada mereka berdua
"Ibu.. ayah.. Qiqi pergi dulu ok"
"Sebelum Qiqi pergi, boleh ibu peluk Qiqi?"
Tanpa dijawab oleh Rifqi, dia hanya terus peluk ibunya. Lynna membalas balik pelukan itu. Selepas itu dia mengucup dahi Rifqi
"Rifqi jaga diri baik-baik" kata Kaizo "Kalau Pang buat hal dekat Rifqi, laporkan terus dekat ayah kamu" Maksudnya diri dia pada masa hadapan. Rifqi hanya angguk kepala sambil tersenyum
Berkerut dahi Fang. Asyik diri dia sahaja yang kena hukuman latihan tempur, fikir Fang dengan hati yang panas membara itu. Kaizo tidak memeluk anak lelakinya yang datang dari masa depan itu. Dia hanya mengusap kepala Rifqi secara lembut. Sebenarnya dia bagaikan tidak percaya yang diri dia bakal menjadi seorang ayah. Adakah patut dia rasa terharu? fikir Kaizo
"Selamat tinggal semua!"
Rifqi melambai-lambai sambil menekan sesuatu pada tabletnya. Satu sinaran cahaya keluar dari tablet tersebut. Pancaran sinaran itu menyelubungi seluruh ruang tamu tersebut. Pada saat cahaya itu hilang, Rifqi sudah pun pulang ke zaman asalnya. Mata mereka terkebil-kebil seketika. Mereka kelihatan tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang mereka lihat ketika itu. Semuanya sudah lupa apa yang berlaku sebentar tadi. Mereka sudah tidak ingati tentang Rifqi. Seolah-oleh kewujudan Rifqi tidak berlaku. Mata Kaizo melirik ke arah meja ruang tamu
"APASAL ADA BANYAK MAKANAN NI? PANG! KAU BUAT PARTY KE?"
"MA-MANA ADA! INI SEMUA LILY YANG ORDER!"
"ERK?!" Lily terus menyorok belakang Boboiboy. Lalu dia bersuara dengan nada rendah "Bukan Lily yang buat, si landak yang suruh Lily order semua tu. Salahkan si landak tu"
"WOI! AKU PULAK YANG KENA!" Makin berapi hati Fang "Tapi kalau nak dijadikan cerita, SI GOPAL DAN BOBOIBOY YANG SURUH AKU BELANJA! SALAHKAN DIA ORANG!"
"Dey! Kita orang pulak yang kena. Tapi... kita orang nak kau belanja aku dan Boboiboy tengok movie Minion tapi.. last-last kau yang suruh si Lily order pizza banyak-banyak!" marah Gopal walaupun dalam ketakutan. Dia takut jadi mangsa hantu bayang dari Fang
"SUDAH!" Semua terdiam kerana suara garang Kaizo "Tak kisahlah salah siapa pun. Ni semua ni, siapa nak habiskan?"
"Kaizo, daripada kau marah-marah. Cubalah makan dengan kita orang. Nanti habislah makanan tu. Kalau tak habis, boleh simpan untuk esok!" tegur Lynna "Tak elok tau marah-marah. Nanti cepat tua" Dia tergelak kecil sambil melihat sang kapten itu
Bukan Lynna sahaja yang ketawa, kawan-kawan Fang pun ketawa juga, termasuklah Fang sekali. Berkerut dahi Kaizo. Lalu dia mengambil sekeping roti garlic dan makan secara senyap
"Agaknya, kalau abang Kaizo ada anak, macam manalah reaksi abang Kaizo bila tengok anak dia buat party dekat rumah atau dekat kapal angkasa. Mesti dia mengamuk.. hehehe"
Masing-masing terbayangkan reaksi Kaizo, termasuklah Kaizo sendiri. Mungkin dia akan marah anaknya ataupun adik dia sendiri sebab biarkan anak dia adakan party tanpa pengetahuan dia, fikir Kaizo. Berlainan pula dengan bayangan Lily. Dia terbayangkan Kaizo terus ikut sekali dengan party itu dan menjadi seorang DJ. Lily tergelak seorang diri kerana dia bayangkan Kaizo menari seperti seorang penari professional. Fang tidak mahu tahu apa yang Lily fikirkan ketika itu. Dia hanya tahu, mesti diri dia akan disalahkan kerana itu menjadi hobi abang dia. Apa yang dia buat, mesti salah dia juga. Fang mengeluh panjang
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekitar tahun-tahun yang berlalu, Rifqi sudah kembali kepada zaman asalnya. Dia terlompat-lompat sambil berlari untuk memeluk seseorang. Orang itu sebenarnya adalah alien bernama Nut. Dia mempunyai kemahiran dalam jurutera. Dia yang mencipta tablet untuk ke zaman dahulu ataupun ke masa depan
"Terima kasih uncle Nut!" kata Rifqi sambil lepaskan pelukan dia "Qiqi happy dapat jumpa ibu dan ayah masa muda!"
"Wah! Uncle pun happy dapat bantu Qiqi tapi Qiqi kena pulangkan tablet tu kepada uncle"
Rifqi tidak membantah. Dia terus pulangkan tablet itu kepada Nut. Dia telah diberitahu bahawa dia hanya dapat guna sekali sahaja. Dia tidak dibenarkan guna alat itu walaupun ianya masih boleh digunakan lagi
"Uncle Nut jangan beritahu ibu dan ayah ok. Ini rahsia kita berdua"
"Tak, uncle tak beritahu mereka.. syhh" Nut mengusap kepala Rifqi "Qiqi jangan sedih yea sebab Qiqi dapat guna sekali sahaja"
"Qiqi faham, uncle Nut!" Rifqi terus berikan tabik kepada Nut
Nut ketawa sedikit melihat kecomelan Rifqi. Mereka berdua terdengar bunyi tapak kasut sedang menuju ke pintu makmal kapal angkasa TAPOPS. Rifqi kenal bunyi tapak kasut itu. Dia terus berlari ke arah pintu automatik. Kaizo dan Lynna muncul di muka pintu automatik itu. Rifqi terus memeluk kaki ibunya. Dia mengesel-gesel pipinya di kaki ibunya
"Manja betul Qiqi hari ni" Lynna mengusap kepala Rifqi "Hari ni nampak extra happy. Ada apa-apa ke semasa ibu dan ayah tiada?"
"Errmmm.. takde apa-apa" jawab Rifqi sambil mengangkat kepalanya sedikit untuk melihat ibunya "Qiqi happy sebab ibu dan ayah dah balik"
"Hmm... Pang takde bagi Rifqi makan gula-gulakan?" Kaizo mengusap dagunya
"Ayah ni... uncle Pang Pang kan pergi misi dengan kawan-kawan dia"
"Takdelah, ayah nak kepastian aje" kata Kaizo tergelak kecik "Jadi, apa yang Rifqi buat hari ni? Takde ganggu uncle Nut kan?"
"Takde ayah!"
"Dia tiada ganggu saya pun, Kapten Kaizo" jelas Nut "Dia hanya berseronok sahaja dekat makmal ni"
"Kalau begitu, bolehlah hantar Qiqi ke sini lagi" Lynna berikan satu senyuman ikhlas kepada Nut "Jom Qiqi, kita pulang. Qiqi lapar tak? Hari ni ibu masak makanan kegemaran Qiqi!"
Mata Rifqi terus bersinar-sinar. Dia suka dengan masakan ibunya terutama sekali apabila ibu dia buatkan bubur kacang merah. Itu adalah makanan kegemaran dia. Rifqi sama sahaja dengan ibunya. Kedua-duanya minat dengan makanan yang ada kacang merah
"Yeah yeah! Ibu buatkan bubur kacang merah untuk Qiqi! Walaupun Qiqi rasa kenyang tapi perut Qiqi masih ada lagi ruang untuk masakan ibu!" Dia meloncat-loncat ditepi kaki ibunya "Tak sabarnya! Kasihan ayah sebab takde makanan kegemaran dia hari ni.. hehehe"
"Hehehe.. nanti ibu buatlah untuk ayah sup lobak merah" Lynna memimpin tangan anaknya untuk keluar dari makmal itu "Terima kasih Nut kerana jaga Qiqi hari ni"
"Terima kasih juga" ucap Kaizo dengan nada serius "Kami balik dulu"
Nut melambai-lambai kearah sebuah keluarga yang bahagia. Sebelum Rifqi menjejak kakinya keluar dari makmal itu, dia sempat menoleh kebelakang dan kenyitkan mata kepada Nut. Sang jurutera itu ketawa kecil. Lalu dia sambung buat kerjanya
-----------------------------------------------------------------------------
Jumpa lagi!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com