Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Biskut Yaya

Pagi-pagi lagi Kaizo sudah mengetuk pintu bilik air adiknya yang kini sedang mandi. Baru 2 minit yang lalu, Fang sudah masuk ke dalam bilik air. Abang dia,  Kaizo sudah mengetuk pintu dengan sekuat hati

"PANG! cepat buka pintu nie, abang nak mandi!" menjerit Kaizo di sebalik pintu. Fang berasa begitu menjengkelkan dengan sikap abangnya itu, dia membuka pintu bilik dan menjerit kepada abangnya

 "Adik tengah mandilah! Nanti adik lambat sampai ke sekolah!"

"Apa abang pedulik" 

Lalu Kaizo mencapai tangan adiknya dan menarik Fang keluar dari bilik air. Kaizo masuk ke dalam bilik air dan terus menutup pintu bilik air.

"ABANGGGGGG!" menjerit Fang sepuas hatinya

 Begitulah kehidupan Fang selepas sahaja Kaizo membuat keputusan untuk tinggal bersama dengan adiknya.

Selama ini, Fang begitu bahagia sekali hidup bersendirian tanpa gangguan daripada abangnya. Walaupun dia rindu dengan abangnya tetapi dia rasa sangat bebas kerana abangnya tidak perlu mengawasinya 24 jam sehari. Dia pergi ke sana, abang dia akan ikut, dia pergi ke sini, abang dia akan ikut juga. Sampai Fang rasa rimas dengan kehadiran abangnya di planet bumi

Fang  tidak mahu sampai ke sekolah lewat, jadi dia membuat keputusan untuk mandi di rumah Boboiboy sahaja. Dia meninggalkan nota untuk abangnya, mengatakan dia berada di rumah Boboiboy dan akan pergi ke sekolah dengan dia. Dengan pantasnya, Fang terus bergegas ke rumah Boboiboy

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah Fang tiba di rumah Boboiboy, dia menjerit nama kawan baiknya , yang merupakan rakan seperjuangan dia

 "BOBOIBOY! AKU DATANG NAK TUMPANG BILIK AIR!"

"Aik, Fang. Kau datang sini sebab nak tumpang bilik air aje?" Kata Ochobot yang berada di tingkap tingkat atas bilik Boboiboy

"Yelah! abang aku tue. Suka sangat buat hal dengan aku"

Pintu rumah Boboiboy terbuka, Tok Aba pelawa Fang masuk ke dalam ke rumah yang kecil itu

"Masuk lah Fang. Atok baru siapkan sarapan pagi untuk Boboiboy. Nanti atok buatkan sarapan pagi untuk kau sekali"

"Terima kasih atok. Boboiboy mana atok?"

"Dia ada dekat atas, tengah bersiap. Pergilah naik atas" kata Tok Aba dengan sebuah senyuman ikhlas

Fang berlari naik ke atas dan terus masuk ke dalam bilik Boboiboy

 "Boboiboy, tumpang bilik air jap. Aku nak mandi" dengan pantasnya, Fang melempar beg sekolah dan jaket ungunya ke atas katil Boboiboy

"Ini dah masuk kali ke 5 dia mandi dekat rumah aku" kata Boboiboy sambil membetulkan topi orennya

Fang selalu merungut tentang dia dan abangnya yang selalu sangat bergaduh. Lebih-lebih lagi apabila abang dia yang suka kacau Fang semasa dia sedang membuat kerja sekolah, mandi, tidur, pergi sekolah dan bermacam-macam lagi 

 "Adik beradik, biarkan lah dia orang. Fang pun rasa bahagia aje dengan abang dia ada kat sini" Kata Ochobot

"Memang lah bahagian tapi tiap-tiap hari Fang asyik merungut aje. Semalam abang dia datang ke sekolah bawak bekalan untuk dia" kata Boboiboy

"Oklah tue abang dia bawakan bekalan makanan untuk Fang"

"Ok apa Ochobot. Si Kaizo tue bawak 2 bungkusan sayur kangkung. Macam nak bagi arnab makan. Mana Fang tak mengamuk semalam. Habis Gopal jadi mangsa Fang"

"Hah! korang mengumpat aku lah tue" Fang muncul di pintu bilik Boboiboy. Dia mencapai jaket ungunya dan lalu dia ikat di pinggangnya

"Mana ada mengumpat pasal kau, jangan risau lah Fang. Dah, jom kita pergi sarapan" Boboiboy mengambil beg sekolahnya dan turun ke bawah, dia di ikuti oleh Fang dan Ochobot.

10 minit kemudia, mereka melambai-lambai ke Tok Aba dan Ochobot. Mereka terus berjalan ke sekolah

"Fang, aku nak tanya"

"Tanya apa?" Fang angkat kening sebelah sambil melihat kawan baiknya

"Ermm... Kau ok tak abang kau tinggal dengan kau?" Fang senyap seketika dan lalu menghela nafas

"Ok memang ok Boboiboy tapi tiap-tiap hari boleh naik stress aku"

"Jangan stress sangat Fang. Ala, abang kau buat semua tue sebab dia rindu sangat dekat kau. Dulu-dulu korang macam tue juga ke?"

"Dulu-dulu dia tue sehari mesti ada latihan tempur dia tue, yang jadi mangsa mesti aku. Tapi.. di sebabkan dia abang aku, aku tak kisah sangat tentang latihan tempur dia yang tahap ganas tue. Tapi, kalau buli adik dia sendiri, dia memang no 1" Berapi api hati Fang sambil teringatkan kisah dia selalu di buli oleh abangnya sendiri

"Selamat pagi Boboiboy! Selamat pagi Fang!" 

Seorang gadis yang bernama Yaya, bertudungkan pink ,muncul dibelakang mereka dengan bakul yang berisikan biskut dia yang tidak sedap. Yaya adalah jiran sebelah rumah Boboiboy.  Walaupun dia mempunyai sifat yang tegas, dia  sebenarnya adalah seorang gadis yang ceria dan peramah

"Selamat pagi Yaya" kata Boboiboy. "Eh Yaya, kau nak bawak pergi mana biskut kau tue" 

Semua orang di Pulau Rintis tahu dengan kisah biskut Yaya. Biskut paling tak sedap di dunia. Siapa makan, orang itu akan pengsan, tetapi Yaya sendiri tak pernah nak rasa biskutnya sendiri. Gopal selalu gunakan biskut Yaya sebagai bahan untuk mempertahankan diri dalam pertempuran dengan mana-mana alien jahat.

"Biskut nie, aku nak bagi mak cik kantin sekolah tolong jualkan. Dah lama aku tak jual dekat sekolah" kata Yaya

 Entah kenapa tiba-tiba wajah Fang berubah dari stress sebab abang dia kepada wajah yang nakal kerana dia mempunyai rancangan yang jahat. Boboiboy yang sedang berjalan sebelah Fang, mula sedar dengan perubahan wajah kawan lelakinya

"Kau kenapa Fang? Sakit ke?" tanya Boboiboy

"Takde apalah Boboiboy" Fang rahsiakan niat sebenar dia

 Fang ingin kenakan abangnya dengan biskut Yaya. Selalunya dia jadi mangsa buli, kali ini Fang akan membalas dendam terhadap abangnya. Fang ketawa sorang-sorang sampai terkejut Boboiboy dan Yaya.

"Dey, kau demam ke apa?" muncul pula Gopal. Gopal meletak tangannya di dahi Fang. "Nak kata demam, tak pula. Kau kenapa?"

"Kan aku dah kata tadi. Takde apa-apalah" marah Fang

Mereka bertiga mulai mengsyaki sesuatu tetapi mereka biarkan sahaja

"Yaya, boleh tak aku nak semua biskut tue. Aku nak bagi abang aku rasa semua biskut kau" Fang nampak begitu ceria sekali tetapi cerianya bukan ceria gembira, ceria ada rancangan nakalnya

"Biskut aku? Semua?" Yaya dengan begitu gembiranya, dia memberi bakul itu kepada Fang

Gopal dan Boboiboy terkejut dan ternganga sebentar. Di dalam hati mereka berkata habislah Kapten Kaizo

"Eh Yaya, kan kau nak jual bis..." Gopal terkup mulut Boboiboy dan lalu menarik Boboiboy ke tepi

"Wei, kau nak Yaya suruh orang lain paksa beli biskut dia ke? 2 minggu lepas aku dengar, siapa tak beli, kena tulis nama dalam buku denda dia tue" bisik Gopal "Jadi, biarkan aje si Fang tu ambik biskut toksik tue"

"Tapi nanti abang Fang pula yang kena"

"Takpe, nanti kita fikirkan bagaimana nak halang si Kaizo makan biskut Yaya tue" Boboiboy setuju sahaja dengan kata-kata Gopal tadi

"Woi! cepatlah, nanti kita lambat ke sekolah" jerit Fang yang sudah berada 2 meter jauh daripada dia orang. Yaya pula berada di sebelah Fang menunggu mereka berdua.

"Entah korang nie, nanti lambat, nama korang juga aku kena tulis dalam buku denda"

"Korang nie, kalau jadi ketua pengawas dan penolong pengawas, memang tak aman satu sekolah" kata Gopal sambil bayangkan bagaiman kalau Fang dan Yaya bermaharaja lela di sekolah sebagai pengawas. Meletup satu sekolah. Boleh dikatakan sekolah mereka tidak lagi aman seperti dulu. Mengigil Gopal apabila memikirkan tentang Fang dan Yaya menjadi pengawas sekolah.

"Dah lah, nanti Ying tunggu kita pula" kata Boboiboy. Mereka berempat terus ke sekolah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu rehat sudah bermula, pelajar-pelajar di Pulau Rintis dengan gembiranya, terus ke kantin sekolah. Ada setengah daripadanya tidak ke kantin, ada di padang sekolah, di taman bunga sekolah dan ada juga di dalam bilik darjah. Yaya dan Ying kadang-kadang ada di kantin, kadang-kadang hanya berehat di dalam kelas mereka, nak ulang kaji katanya. Fang pula hanya beli donut lobak merah, dan terus ke kelas, samada baca buku atau duduk termenung di luar tingkap. Gopal dan Boboiboy selalu ke kantin sekolah untuk mengisi perut, terutama sekali Gopal

 "wei wei, kau dah fikirkan macam mana nak halang si Fang tue" tanya Gopal kepada Boboiboy.

"Aku takde idea lah. Tak pun kita kejar dia lepas balik dari sekolah, kita rampas bakul Yaya dari dia"

"Bagus juga idea kau tue. Takpun kita bagitahu Kapten Kaizo tentang biskut Yaya tue"

"Eh, betul juga cakap kau. Terbaiklah kau Gopal" kata Boboiboy

Mereka berdua bersetuju untuk memberitahu Kapten Kaizo tentang kisah sebenar biskut Yaya yang amat menakutkan dan berbahaya itu

Fang berada di dalam kelas dan tidak sabar hendak memberi biskut Yaya dekat abangnya. Tanpa disedarinya, aura-aura kegelapan Fang mula mengelilingi tubuhnya. Iwan yang berada di sebelah mula ketakutan dan terus pengsan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah tamat sesi persekolahan, Fang dengan pantasnya keluar dari kelas. Pelajar lain belum sempat nak keluar, dia yang keluar terdahulu. Dengan hati yang gembira, dia berlari ke rumah tetapi dia diekori oleh Boboiboy dan Gopal.

"KEJAR DIA BOBOIBOY!" jerit Gopal

Fang pusing ke belakang dan nampak Boboiboy sedang berlari ke arahnya. Maka bermulalah permulaan kejar mengejar di antara Fang dan Boboiboy. Gopal tak nak join sebab penat katanya. Jadi dia berjalan ajelah.

"MANA KAU NAK LARI!" jerit Boboiboy sambil berlari dengan pantasnya.

"APASAL KAU KEJAR AKU. APA SALAH AKU HAH?"

"AKU NAK HALANG KAU DARI BAGI BISKUT TUE KAT ABANG KAU LAH" 

Nampaknya Boboiboy sudah tahu rancangan jahat Fang. Fang terpaksa pecutkan dirinya dan berlari sekuat hati. Dia kena sampai ke rumah dahulu sebelum Boboiboy merampas biskut-biskut Yaya

"Larian Bayang!" Fang menggunakan kuasa bayang untuk memecut ke depan

"GERAKAN KILAT" 

Boboiboy juga menggunakan kuasanya untuk menghalang Fang. Dengan kuasanya itu, Boboiboy berada di hadapan Fang.

"TANAH PELINDUNG" 

Sebuah dinding tanah yang besar tercipta untuk menghalang Fang dari terus berlari lagi

"Kau ingat kau boleh halang aku. HELANG BAYANG!" Fang menunggang helang bayang dan terbang ke langit. "SELAMAT TINGGAL!"

"BOBOIBOY TAUFAN!" dengan hoverboardnya, dia juga terbang ke langit dan mengejar Fang lagi. "BAGI BISKUT YAYA TUE!" jerit Boboiboy

"JANGAN HARAP!" balas Fang sambil memegang erat bakul berisikan biskut Yaya.

Yaya dan Ying sedang pulang ke rumah dan ternampak Boboiboy dan Fang sedang kejar mengejar di langit

"Aik, apasal dengan dia orang tue?" tanya Ying. Mereka berasa pelik pula, bukan ke dia orang tue kawan?

"hmmm... ini mesti kes Fang kacau si Boboiboy tue lagi. Biarkan lah dia orang, esok-esok berbaik semula dia orang tue" kata Yaya

"Jom lah, kita biarkan dia orang tue" 

lalu mereka berdua teruskan perjalanan mereka.

Boboiboy Taufan masih lagi mengejar Fang. Mereka berdua tidak mahu mengalah. Fang memikirkan sesuatu supaya Boboiboy tidak dapat mengambil biskut Yaya.

"SERANGAN BAYANG!"

"Alamak!" 

Kuasa bayang Fang mula menyerang Boboiboy Taufan. Taufan tidak dapat mengelakkan diri dari serangan itu dan lalu jatuh ke tanah

"HAHAHAHA! JUMPA ESOK BOBOIBOY!" Fang terus terbang ke rumahnya.

"JAGA KAU PANGGGG!" menjerit Boboiboy Taufan. Fang terdengar jeritan itu, lalu dia menjerit balik 

"NAMA AKU FANG LAH!"

Setelah Fang tiba di rumahnya, Fang dengan muka nakalnya, masuk ke dalam rumah. Dia terkejut melihat keadaan rumah dalam keadaan bersepah

"Hah, dah balik pun kau. Kemas semua nie" Fang mengenggam tangannya dengan perasaan geram dan marah

"Apa kamu berdiri dekat situ lagi, kemas semua nie" kata Kaizo dengan muka selambernya. Semasa Fang berada di sekolah, Kaizo telah memulakan latihan tempurnya sehingga membuatkan seluruh rumah menjadi kucar-kacir.

Fang yang jenis mudah cepat marah, hari ini dia bersabar sahaja. "Abang, nah ambik biskut nie. Kawan Fang buatkan khas untuk abang" Kaizo melihat adiknya dan biskut Yaya itu

"Letak dekat atas meja dapur. Abang nak pergi mandi jap" Fang terus meletak bakul Yaya di dapur sambil tersenyum sinis. "hehehehehe"

Habis sahaja Fang mengemas rumah, dia terus pergi siapkan kerja sekolahnya terlebih dahulu. Setelah siap, dia tertidur di atas mejanya kerana terlampau penat sangat. Tepat pukul 5 dia bangun dan ingin melihat keadaan abangnya. Adakah abang dia sudah makan biskut Yaya tersebut

 "Abang oh abang!" Fang pergi mencari abangnya "Mana pula abang aku" dia turun ke bawah dan terus masuk ke dalam dapur. Fang melihat, bakul Yaya sudah hilang dari meja makan

Boboiboy dah ambik biskut Yaya ke? fikir Fang. Tak pun abang dia dah makan biskut Yaya, fikir dia lagi. Tiba-tiba dia terdengar pintu rumahnya terbuka dan dia menjenguk dari pintu dapur untuk melihat siapa yang membuka pintu rumahnya. Adakah abang dia ke? fikir Fang

Fang melihat abangnya sedang masuk ke dalam rumah

"Pang, abang dah bagi biskut kawan kau tu dekat Lahap. Dia minat sangat dengan biskut tu. Jadi abang bagi semua tapi abang tinggalkan satu untuk kau" Kaizo memberi satu bungkusan biskut Yaya kepada Fang

Betul ke apa yang dia dengar tadi, biskut tue semua dah bagi dekat Lahap? fikir Fang lagi. Tapi tidak mengapa kerana dia ada lagi satu peluang. Fang melihat bungkusan terakhir itu dengan senyuman sinisnya. Dia akan pastikan dirinya berikan biskut itu kepada abangnya dan dia juga akan pastikan abangnya akan makan biskut ini 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada malam itu, Fang sedang merehatkan dirinya dengan menonton sebuah rancangan di television tetapi dia diganggu oleh abangnya. Kaizo mengambil remote tv dan lalu menukar siaran tv yang lain

"Abang nak tengok tv. Kau tue patut pergi belajar" 

Fang mengendahkan sahaja abangnya itu. Dia mulakan operasi biskut Yaya

"Abang, abang rasalah biskut nie" Kata Fang sambil memberi bungkusan biskut Yaya kepada abangnya

"Kau jelah yang makan, abang tak minat makan biskut" kata Kaizo

Fang diamkan diri sahaja dan membiarkan biskut Yaya itu di atas meja ruang tamu. 5 minit kemudian, Kaizo mula bertanya kepada adiknya

"Kenapa kau tak makan biskut tue? Kawan kau penat-penat buat biskut tu, kau pula tak nak makan"

Fang diam sahaja. Jikalau dia beritahu perkara yang sebenar tentang biskut tue, sudah tentu dia akan terima hukuman dari abangnya. Dia perhatikan biskut Yaya dengan penuh perasaan takut

Dengan beraninya, dia membuka bungkusan itu, dan mengambil satu biskut tersebut. Dia memandang biskut itu begitu lama sekali. Lalu dia menelan ludah. Dia tidak mahu bayangkan bagaiman rasa biskut Yaya itu. Kaizo hanya memandang adiknya yang berkelakuan pelik itu. Hati Fang berdebar-debar sekali, dia mulai masukkan biskut Yaya di dalam mulut dengan begitu pelahan. Fang tutup mata dan lalu makan biskut tersebut. Ternyata Fang rasa hendak pengsan. Kaizo sudah alihkan permandangan dia ke skrin tv dan selepas itu, pandang balik ke arah adiknya

"Habiskan biskut tu" kata Kaizo

Fang mengambil biskut itu untuk kali ke 2. Kepala dia mula rasa pening 

Biskut ke 3. Dia seperti rasakan nyawa dia bagaikan dicabut oleh sesuatu

Biskut ke 4. Diri dia sudah rasa lain macam

Biskut ke 5. Dia bangun dan terus berlari ke bilik air. Kaizo pula buat-buat tidak tahu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan paginya, Boboiboy dan Gopal sudah pun berada di depan rumah kawan mereka iaitu Fang

"FANG! CEPATLAH, KATA NAK PERGI SEKOLAH SAMA-SAMA!" 

Sebenarnya Boboiboy ingin marah kepada Fang dan juga ingin tahu apakah sudah terjadi dengan biskut Yaya. Bagaimana reaksi abang Fang makan biskut tersebut

Pintu rumah Fang terbuka terluas. Kaizo yang muncul di situ dengan muka garangnya

"Sebentar, aku panggil si budak Pang tu" kata Kaizo

Sedang Boboiboy dan Gopal menunggu Fang, mereka terdengar jeritan dari Fang dan Kaizo

"TAK NAK PERGI SEKOLAH!"

"BANGUN AKU KATA! NAK ABANG HERET KAMU SAMPAI KE SEKOLAH?"

"ABANG! ADIK SAKIT PERUT!"

"APA ABANG PEDULIK, PERGI SEKOLAH CEPAT!"

5 minit kemudian, Fang keluar dari rumahnya dengan muka begitu pucat

"Kau dan kenapa Fang?" tanya Boboiboy

"Operasi aku semalam tak menjadi. Aku yang kena makan biskut Yaya" kata Fang

"Hahaha.. padan muka kau. Siapa suruh kenakan abang kau" gelak Boboiboy sambil memberi high-5 kepada Gopal

"Diamlah kau. Dah, jom pergi ke sekolah. Aku nak berehat dekat bilik rehat"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang sesi pertama, Fang tidak ke kelas kerana sakit perut lagi. Dia terpaksa berehat di bilik rehat. Pada waktu rehat Boboiboy dan Gopal pergi melawat dia

 "Kau dah ok Fang" tanya Boboiboy

"Aku rasa, perut aku dah ok. Mungkin perut aku perlukan makanan lain"

"Hah! aku tahu, kau mesti nak donut lobak merah kan kan" kata Gopal

"Kau ada belikan untuk aku ke?" kata Fang dengan penuh harapan. Dia berharap sangat Boboiboy dan Gopal membelikan dia donut lobak merah tetapi malangnya Gopal memberitahu bahawa donut lobak merah sudah habis dijual

"DAH HABIS?!" terus Fang baring diatas katil sambil mengigit bantal "DONUT LOBAK MERAH KUUUUU!"

"Adoi, Fang nie. Makan biskut Yaya terus perangai macam nie" Boboiboy menepuk dahinya

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang pulang ke rumahnya selepas sahaja tamat sesi persekolahan. Wajah dia kelihatan sedih dan pucat . Pergerakan dia, nampak begitu pelahan. Setelah dia sampai di rumahnya, Fang nampak tidak semangat untuk masuk ke dalam rumah tetapi dia terpaksa

"Abang, adik sudah balik" Fang melempar beg sekolahnya ke atas sofa dan pergi ke dapur. Dia terkejut kerana ternampak 2 dozen donut lobak merah. "DONUT LOBAK MERAH!" mata Fang bersinar-sinar

"Abang, nie semua untuk adik ke?" tanya Fang

"Hmmm..." Kaizo senyap sahaja

"Abang, adik nak minta maaf kerana semalam adik nak kenakan abang dengan biskut Yaya. Biskut tu tak sedap dan ianya boleh membuatkan orang lain pengsan" Kaizo senyap lagi "Abanglah, adik paling sayang" Tangan dia mencapai sebiji donut tersebut tetapi tangannya ditepis oleh Kaizo

"Siapa kata donut lobak merah untuk kau. Ini semua untuk abanglah" marah Kaizo. Air muka Fang mula berubah

"ABANGGGGGGGG!"

Begitulah kehidupan mereka berdua tiap-tiap hari. Ada-ada sahaja perangai mereka berdua

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com