Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Hilang Part I


Hari ini adalah hari Sabtu, hari yang di tunggu-tunggukan oleh Gopal. Gopal mengajak Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying menonton cerita hantu di rumahnya tetapi yang hadir cumalah Boboiboy dan Fang sahaja. Yaya menolak kerana dia tidak minat dengan cerita hantu, lagipun dia ada hal yang lebih penting daripada itu. Ying pula terpaksa menjaga nenek dia yang tidak begitu sihat hari ini. Gopal tidak kisah sangat dengan ketiadaan Yaya dan Ying.

"Takde cerita lain ke nak tengok" kata Boboiboy. Gopal adalah peminat fanatik tentang cerita hantu tetapi dia sendiri yang takut dengan hantu. Dia tidak kisah kalau menonton cerita hantu kalau ada yang temankan, kalau tak, dia tak kan tengok sorang-sorang

"Ala Boboiboy, Appa aku baru sahaja beli movie nie. Aku dengar, movie nie seram sangat"

"Yelah Gopal, kau panggil kita orang sebab kau tak nak tengok sorang-sorangkan" Gopal tersengih sahaja. Boboiboy sebenarnya malas nak melayan cerita hantu waktu cuti hujung minggu macam nie. Tapi disebabkan Gopal adalah kawan terbaik dia (maaf Fang, Gopal pun kawan baik Boboiboy juga), maka Boboiboy melayankan sahaja dengan karenah dia.

"Bukan selalu pun. Tengok macam Fang tue, senyap aje. Mesti kau tak sabarkan, Fang"

"Siapa cakap aku datang sini nak tengok cerita hantu, aku datang sini sebab nak lari daripada abang aku dengan latihan tempur dia tue. Ini semua gara-gara kau" Fang masih lagi marah dengan Gopal tentang video game dia hari itu. Tangan dan kaki dia masih rasa lenguh lagi akibat daripada latihan tempur versi video game abang dia. Sepatutnya hari ini dia kena lagi dengan latihan tempur abang dia tue tetapi Fang mencari alasan untuk lari daripada latihan tempur tue. "Yelah, semuanya salah aku" Kata Gopal sambil masukkan DVD ke dalam dvd player.

"Janganlah gaduh lagi pasal hal tue, lagipun aku kagum dengan kau Fang. Kau dapat kalahkan kesemua stage, dari stage pertama sampai ke stage terakhir" kata Boboiboy.

"Yelah, tak kan nak aku suruh ulang balik ke stage pertama kalau aku kalah. Aku kenalah menang walaupun badan aku dah penuh dengan luka-luka. Dah lah tangan kanan aku hampir patah. Kaki aku tak berdaya nak lari dah masa tue" Fang merungut lagi tentang hal itu. "Itu pun selamat Yaya dan Ying tak belasah kita orang, dia orang tahu aku berusaha untuk keluarkan korang juga hari itu jugakan"

"Dah dah, movie dah nak start nie" kata Gopal dengan begitu teruja sekali sampai nak duduk dekat depan tv lagi. Boboiboy dan Fang hanya duduk di sofa. Lima jam sudah berlalu, Gopal masih lagi melayan cerita hantu yang lain pula. Appa dia pun turut join dia sekali. Anak dan bapak perangai pun sama sahaja

"Appa, kenapa hantu tue cekik dia" kata Gopal sambil mengigit jari

"Dey, kau tak nampak ke orang tue cuba nak bunuh hantu tue"

"Yelah, tapi seramlah tengok kuku dia tue. Sungguh menakutkan" lepas gigit jari, Gopal peluk bantal pula sambil menutup-nutup muka dia

1 jam kemudian, Gopal baru sahaja hendak pasang cerita hantu yang lain, dia sudah kena marah dengan Appa dia. "Hari sudah malam, kamu mahu tengok cerita hantu lagi. Kamu nampak rotan nie"

"Nampak Appa.. tapi nie movie paling terakhir saya nak tengok. Bagilah anakku ini menonton movie yang terakhir bersama rakan-rakannya" merayu Gopal sambil melutut di depan Appa dia. Appa dia tunjuk rotan depan muka Gopal

"Dey, kawan kamu sudah tidur lah. Dari movie pertama sampai movie yang terakhir kamu lihat tadi"

TIDUR?! Dasar tak guna punya kawan, marah Gopal sambil melihat dua rakannya, Boboiboy dan Fang, tertidur di atas sofa. Gopal berdiri depan dia orang dan menjerit dekat Boboiboy dan Fang

"WOI! BANGUNLAH!" terkejut Boboiboy dan Fang. "Hah! korang tidur yea"

"Eh, mana ada. Kita orang cuma... cuma rehatkan mata sahaja, kan Fang kan"

"Ha ah, kita orang rehatkan mata sahaja. Banyak sangat movie kita orang tengok tadi. Jadi, kami balik rumah dulu yea, lagipun hari dah malam" kata Fang sambil melihat luar tingkap.

"Hmmm... yelah, kita jumpa esok" Lalu Boboiboy dan Fang keluar dari rumah Gopal dengan rasa serba salah. Gopal pula terfikir sesuatu. "Korang tidur yea. hehehehe... "

"Macam mana kita orang boleh tertidur nie" tanya Boboiboy kepada Fang. Mereka berdua sedang berjalan pulang ke rumah masing-masing.

"Mana aku tahu tapi movie tadi bukan seram sangat pun. Aku tak sangka pula dia boleh tengok movie sampai tak sedar kita orang dah tertidur"

"Biasalah Gopal tue, minat punya pasal. Kawan pun dia lupa" tergelak Boboiboy dan Fang

Nampaknya Fang sudah sampai ke jalan ke arah rumahnya, manakala Boboiboy ke arah lain, jadi mereka melambai dan ikut jalan masing-masing. Sampai sahaja di rumah, Fang nampak abangnya sudah tertidur di atas sofa, di tangannya terdapat sebuah buku cerita hantu. Hantu lagi, fikir Fang

"Hari tue video game, hari ini buku hantu pula dia baca. Jangan dia buat latihan tempur versi hantu sudah" Fang berdoa agar abang dia tidak membuat latihan tempur versi hantu. Dah tak larat Fang menjadi mangsa abang dia. Fang pun naik ke bilik dia dan terus tidur di katilnya.

aaaaaaaaaaaaaaaa

"FANG! BANGUN! BANGUN!" Fang cuma untuk menutup kepalanya dengan bantal tetapi bantalnya berjaya ditarik oleh seseorang. Ini mesti abang aku kacau aku, fikir Fang

"ABANG NAK APA!" jerit Fang tapi bukan abang dia yang suruh dia bangun, Boboiboy yang suruh dia bangun. "Eh, apa kau buat dekat sini?" Tangan Fang mencari-cari cermin matanya di tepi katil dan akhirnya jumpa. Dia memakai cermin matanya dan melihat Boboiboy dalam keadaan cemas

"Fang, aku ada masalah. JAM KUASA AKU HILANG!"

"HILANG?!" Boboiboy angguk sahaja. Riak wajah dia begitu risau sekali. "Macam mana boleh hilang, kau letak mana malam semalam? Ochobot kata apa?"

"Aku mana pernah buka jam kuasa aku. Pagi tadi aku tengok dekat tangan aku, terus takde. Ochobot pun takde dekat rumah, aku pergi ke kedai Tok Aba, Tok Aba kata Ochobot dah keluar rumah awal pagi lagi"

"Lain pula macam mana? Jam kuasa dia orang pun hilang juga ke?"

"Yang lain aku tak tahu sebab aku pergi rumah dia orang tadi tapi semuanya takde dekat rumah. Lepas tue aku cepat-cepat datang sini, mujurlah kau ada dekat rumah" Fang mula periksa tangan kiri dia dan dapati jam kuasa dia juga pun hilang. Fang menunjuk tangan kirinya kepada Boboiboy, dua-dua buat muka panik. "Macam mana nie Fang, jam kuasa kau pun hilang juga"

"Hanya satu cara sahaja"

"Apa dia Fang"

"Kita kena bagitahu abang aku tentang hal ini"

"Wei, kau gila ke Fang. Kalau abang kau tahu, mengamuk dia nanti. Dah lah jam kuasa kita kena rampas dulu, kau juga yang rampas jam kuasa kita orang"

"Dah tue, aku juga yang rampas balik jam kuasa korang. Bukan setakat jam kuasa korang sahaja, jam kuasa aku pun dia pergi ambik sekali. Kalau korang tak terbang ke angkasa, tak mungkin aku ambik balik jam kuasa korang tapi disebabkan kau sanggup pergi selamatkan aku, aku sanggup rampas balik jam kuasa kita orang walaupun aku tahu akan kena hukuman dengan abang aku"

"Mestilah kena kejar abang kau, nak dapatkan kau semula. Lagipun aku mana tahu dia tue abang kau. Kau sendiri yang lupa nak bagitahu. Dia dah amanahkan kita orang jaga jam kuasa nie elok-elok"

"Habis tue, tak payah bagitahu dia"

"Kau sendiri tahukan, abang kau tue GI-" Pintu bilik Fang tiba-tiba terbuka luas dan lalu masuk Kaizo

"PAGI-PAGI LAGI KAMU DAH BERGADUH! APA ALASAN KAU!"

"Maafkan kami abang" kata Boboiboy dan Fang. Fang memandang ke arah Boboiboy "Abang?"

"Eh silap, maaf Kapten Kaizo" tersengih Boboiboy dekat Fang. Kaizo merenung muka mereka sehinggalah Fang terpaksa mengaku kalah dan bagitahu perkara yang sebenarnya

"Sebenarnya abang. Ja-jam ku-kuasa kita orang hi.. hi-"

"Kenapa dengan jam kuasa korang?" kata kaizo dengan nada yang agak menakutkan

"Jam kuasa kita orang hilang" Fang terus memandang ke lantai, sama juga seperti Boboiboy. Dua-dua tidak mahu melihat kemarahan Kaizo tetapi mereka hanya kedengaran gelakan dari Kaizo sahaja.

"Hilang yea.. ambik surat nie" Kaizo memberi surat tersebut kepada Fang. Kelihatan surat itu ada tertulis nama Fang dan Boboiboy tetapi siapa yang bagi? "Surat dari siapa abang?"

"Apa abang pedulik daripada siapa surat tue. Jikalau kau tak jumpa jam kuasa kau, aku akan menghukum kamu berdua" Lalu Kaizo keluar dari bilik Fang sambil tergelak. Boboiboy dan Fang rasa seram sejuk melihat perangai pelik Kaizo. Dia seperti tahu sesuatu yang mereka tidak tahu.

"Fang, bukalah surat tue cepat" Fang pun membuka surat tersebut. Surat tersebut bukannya di tulis tetapi di tampalnya dengan huruf-huruf "Jika korang nak jam kuasa korang balik, datang ke sekolah pada tepat pukul 12 malam nanti"

"Pukul 12? Dekat sekolah? Siapa punya angkara nie" tertanya-tanya Boboiboy. Tak kan Adudu pula, tak mungkinlah. Kalau dia dah ada jam kuasa kita orang, tentu dia pergi menyerang, fikir Fang

"Boboiboy, kita kena cari yang lain. Mungkin dia orang dapat bantu kita orang malam nanti"

"Ok, jom kita cari dia orang. Mungkin dia orang dah ada dekat kedai Tok Aba"

"Kejap, bagi aku mandi dulu" Boboiboy menepuk dahinya sebab dia sendiri terlupa yang Fang belum mandi lagi.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Boboiboy dan Fang tergegas-gegas berlari ke kedai Kokotiam Tok Aba. Apa yang mereka jumpai, bukanlah Ochobot, Gopal, Yaya atau Ying tetapi Cikgu Papa Zola, cikgu matematik mereka. "Hah, datang dah anak murid kebenaran. Pagi-pagi lagi kamu berdua dah pergi berjogging. Cikgu bangga dengan kamu berdua"

"Cikgu nie, kami bukannya pergi berjogging" kata Boboiboy

"Habis tue, apa yang sedang kamu lakukan?"

"Kami tengah cari kawan-kawan kita orang. Cikgu ada tak nampak Ochobot, Gopal, Yaya dan Ying?" tanya Boboiboy. Cikgu Papa Zola mula berkerut dahi. "Hmmmm..." Cikgu Papa Zola sedang memikirkan sesuatu "Cikgu tahu dekat mana dia orang berada"

"DEKAT MANA CIKGU" menjerit Boboiboy dan Fang dengan begitu terdesak sekali. "Isk, kamu berdua nie. Yang korang dalam keadaa tergesa-gesa nie kenapa?" Tok Aba marah dia orang sebab tak boleh nak sabar.

"Maaf atok, kita orang ada masalah sekarang nie sebab tue kita orang kena cari dia orang dengan cepat" kata Boboiboy

"Masalah? Masalah apakah itu wahai anak murid kebenaran"

"Masalah jam kuasa kita orang hilang, Cikgu Papa" Cikgu Papa Zola dan Tok Aba terkejut. "Macam mana jam kuasa kamu boleh hilang?" tanya Cikgu Papa Zola

"Dah lah Boboiboy, kita kena cepat" Fang menarik tangan Boboiboy dan mengheret dia jauh daripada kedai Tok Aba "Karang lagi panjang ceritanya, kita cari dia orang sendiri ajelah Boboiboy"

"Tapi.. tapi Cikgu Papa kan tahu dia orang dekat mana"

"Betul kata kawan kamu tue Fang! Mari ikut cikgu, akan cikgu tunjukkan jalan kebenaran" Mereka pun terpaksa mengikut Cikgu Papa Zola sehingga mereka sampai di lorong Pak Senin Koboi. "Aik cikgu, betul ke cikgu nampak dia orang dekat sini tadi?" tanya Boboiboy.

"Wei Boboiboy, cikgu dah hilang lah, tadi dia ada belakang dekat kita. Lepas tue terus hilang" Boboiboy sudah semakin risau. Apa yang terjadi nie? fikir Boboiboy

Tiba-tiba muncul Abang Fang, Kaizo. "Dah jumpa jam kuasa kamu?"

"Belum abang. Kami tengah cari kawan-kawan adik yang lain. Abang ada tak nampak dia orang?" tanya Fang. Abang dia tergelak lagi. "hehehehe... apa nama kawan kamu tue, abang dah lupa"

"Yang badan besar tue Gopal, Yang biskut tue Yaya dan yang cakap cepat sangat tue Ying. Kenapa abang? Abang ada tak nampak dia orang?" tanya Fang lagi. Apasal abang aku pelik sangat hari ini? fikir Fang

"Abang ada nampak dia orang dekat taman permainan.. satu lagi, ada surat untuk kamu berdua" Fang mengambil surat tersebut. "Surat lagi?" Boboiboy dan Fang. Mereka cepat-cepat membuka surat tersebut sehingga terkoyak surat itu. "Fang! Kan dah terkoyak"

"Bila masa pula aku yang koyakkan, tangan kau pegang"

"Jangan nak salahkan aku pulak. Tangan kau pun pegang surat tue juga"

"Habis tue, siapa yang koyak kan"

"Mesti kau!" Boboiboy dan Fang tenung mata masing-masing, sorang pun tak nak mengalah sehinggalah Kaizo mengambil surat itu semula "EH" baru mereka sedar surat itu telah diambil oleh Kaizo

"Sampai besok kamu tak kan jumpa jam kuasa kalau asyik bergaduh sahaja. Biar aku yang bacakan surat ini" Kaizo melihat surat yang sudah terkoyak itu. "Ke mana, dari mana, selalu bersiram, gelak ketawa di Kokotiam"

"Aik, surat tue suruh kita pergi ke kedai Tok Aba balik" kata Boboiboy

"Bukan kita dah pergi ke sana tadi. Macam mana Boboiboy, abang aku kata dia nampak dia orang dekat taman permainan. Surat nie pula macam suruh kita pergi ke kedai Tok Aba"

"Hah! Kita berpecah! BOBOIBOY KUASA TIGA!"

"WOI! kau nak berpecah macam mana, kuasa pun takde" Boboiboy baru teringat yang jam kuasa dia takde, dia tersengih dekat Fang sambil garu-garu kepala. "Hehehehe.. lupa pulak aku. Eh, abang kau hilang lak, macam cikgu Papa Zola"

"Ha ah lah, macam nie jelah. Kau pergi taman permainan, aku pergi kedai Tok Aba" dua-dua setuju dan lalu berpecah ke destasi mereka. "WOI! JUMPA BALIK DEKAT RUMAH AKU" menjerit Fang dekat Boboiboy

"OK! JUMPA DI SANA!"

aaaaaaaaaaaaa

Di taman permainan Pulau Rintis terdapat ramai kanak-kanak yang sedang bersuka ria, bermain bersama-sama dengan rakan-rakan mereka. Boboiboy yang sudah sampai di situ, mencari-cari kawan dia iaitu Ochobot, Gopal, Yaya dan Ying tetapi kelihatan mereka tiada di situ

"Kapten Kaizo main-main dengan kita orang ke? Tadi cikgu Papa bawak kita orang dekat Lorong Pak Senin Koboi, pas tue Kapten Kaizo kata dia orang ada dekat sini. Tapi takde pun dia orang" Boboiboy duduk di bangku taman permainan kerana penat berlari. Dia mahu menghubungi Fang tetapi jam kuasanya tiada.

Iwan pula muncul dengan sepucuk surat. "Surat lagi" kata Boboiboy. Iwan mengangguk sahaja

"Iwan, siapa yang bagi surat nie?" Iwan gelengkan kepala dan terus lari dari situ. Boboiboy rasa pencarian kawan dia orang nie sungguh menyeksakan dan sungguh misteri sekali. Lebih-lebih lagi surat yang dia asyik terima dari pagi tadi. Boboiboy membuka surat tersebut "Pukul 12 milik hantu, kita berjumpa pukul 8 kalau macam tu, jangan lupa dekat sekolah, kau akan jumpa jam kuasa kaulah"

"Aik, dia suruh jumpa pukul 8 pulak" sabar jelah Boboiboy. Dia terus bangun dan pergi ke rumah Fang.

Fang pula sudah sampai di kedai Kokotiam Tok Aba. Kelihatan abang dia ada di sana bersama dengan Tok Aba. "Abang! abang ke yang tulis surat tue"

"Tiada masa aku nak tulis surat untuk kamu" kata Kaizo sambil menikmati Hot Chocolate Special

"Abang jangan lah main-main dengan adik!"

"Buang masa abang aje nak main-main dengan kau. Kalau kau tak dapat jumpa jam kuasa kau, biar abang ikut kau cari jam kuasa tue" Kaizo membayar Hot Chocolate Special dekat Tok Aba dan lalu beredar dari situ bersama adiknya. "Sebelum tue, adik kena jumpa Boboiboy dekat rumah"

"hmm... yelah" Mereka terus ke rumah mereka dan jumpa Boboiboy sedang duduk di tangga depan rumah mereka.

"Macam mana Boboiboy? dia orang takde dekat situ ke?" Boboiboy gelengkan kepala sahaja dan lalu menunjukkan surat yang dia terima dari Iwan tadi. Fang membaca surat tersebut.

"Boleh pulak dia tukar waktu" Fang menepuk dahi. Kaizo juga membaca surat tersebut. "Sudah, kita jangan buang masa. Terus ke sekolah kamu"

"Tapi abang, sekarang baru pukul 3. Belum pukul 8 lagi"

"Wei Fang, ikut jelah cakap abang kau sebelum dia mengamuk" bisik Boboiboy kepada Fang. Betul juga cakap Boboiboy, tak pasal-pasal nanti abang aku mengamuk, fikir Fang

Lalu dia mengikut sahaja kata abang dia. Mereka bertiga terus ke Sekolah Rendah Pulau Rintis. "Kalau kita sampai awal pun, apa akan kita jumpa nanti? bisik Fang kepada Boboiboy

"Entahlah Fang, aku pun tak tahu. Mungkin orang ya-" tiba-tiba sahaja Fang menutup mulut Boboiboy. Fang terfikirkan sesuatu. "Boboiboy, aku rasakan.. ini mesti kerja si Gopal tue"

"Gopal? kenapa pula?" Fang menolak bahu belakang Boboiboy, menyuruh dia sorok di belakang pokok. Fang melihat abang dia masih lagi berjalan. "Syhh.. sebab aku rasa dia mesti nak balas dendam dekat kita pasal semalam. Mesti dia yang rancang semua nie, mesti abang aku terlibat sama dalam rancangan Gopal"

Bila difikirkan semula, dari pagi tadi dia orang masih lagi tak jumpa pun Gopal. Ochobot, Yaya dan Ying pun takde juga, lepas tue Kaizo pun berkelakuan pelik. Cikgu Papa Zola pun sama gak, hantar dia orang dekat Lorong Pak Senin Koboi, terus hilang. Pas tue asyik dapat surat "Ha ahlah, betul juga cakap kau. Terbaiklah kau Fang. Kau memang hebat!"

"Sudah tentu" kata Fang dengan begitu bangga sekali. Lalu dia bersambung lagi "Apa kata kita kenakan balik dekat dia orang, mesti dia orang yang ambik jam kuasa kita orang" Dua-dua buat muka nakal. Hehehehe...

"APA YANG KAMU BERDUA SEDANG BERBISIK!" muncul Kaizo

"Takde apa-apa Kapten Kaizo" kata mereka serentak. Kali ini Boboiboy pula yang memandang Fang "bukan kau selalu panggil abang ke dekat sini?"

"Maaf ABANG!" cepat-cepat Fang betulkan. "Abang, sebelum tue, kami nak pergi makan dulu boleh?"

"Makan?"

"Ha ah, kami dah lapar. Dari pagi tadi lagi kami tak makan lagi" Kaizo melihat mereka berdua dan bersetuju sahaja. "Yelah, lepas makan.. kita cari jam kuasa kamu berdua. Ingat, kalau tak jumpa, aku akan menghukum korang!" Boboiboy dan Fang rasa hendak mengigil apabila mendengar amaran daripada Kaizo.

"Fang, kau ada idea ke?" Boboiboy bisik kepada Fang secara senyap-senyap, takut nanti Kaizo dengar pula. "Ikut jelah" bisik Fang balik. Lalu mereka pusing balik ke rumah Fang. Sampai sahaja di rumah, Fang menarik tangan Boboiboy terus masuk ke dapur. Kaizo pula duduk di sofa dan sambung balik baca buku cerita hantu.

"Wei, apasal kau tarik tangan aku?"

"Senyaplah, aku ada rancangan untuk bagi abang aku tak ikut kita orang" Lalu Fang mencari sesuatu di poketnya dan dia keluarkan sebotol kecil, di dalamnya terdapat sejenis cecair yang berwarna biru.

"WOI, KO NAK RA-" Fang menutup mulut Boboiboy "syhhhh!"

"Apa yang korang bisingkan tue"

"TAKDE APA ABANG!" kata mereka serentak, kali ini Fang pula memandang Boboiboy "Abang? Kau cemburu dengan aku ke?"

"Hehehe..." tersengih Boboiboy "Hah! apa kau nak buat dengan benda tue, kau nak racun abang kau sendiri ke?"

"Isk, bukanlah. Ini adalah ubat untuk bagi dia tidur selama 4 jam! Sekarang dah pukul 4, jadi kita ada masa"

"Mana kau dapat ubat tue?"

"Aku dapat dari Adudu lah. Aku paksa dia buat sebab aku selalu tension dengan abang aku tue. Jadi ubat nie boleh buatkan dia tidur untuk 4 jam sahaja" tergelak Fang sorang-sorang sambil membuat muka yang menakutkan.

"Kau nie Fang, tak baik buat macam tue dekat abang kau. Tapi ada gunanya ubat nie tapi kau memang tak patut"

"Suka hati aku lah! Kau tak faham apa yang aku lalui tiap-tiap hari. Asyik-asyik dengan latihan tempur dia tue. Lepas tue tuduh aku suka sangat dekat biskut Yaya sampai dia suruh aku habiskan semua!"

"Yelah Fang, aku buat-buat faham jelah tapi siapa suruh kenakan abang kau dengan biskut Yaya, kan dah terkena balik"

"KORANG NIE TAK HABIS-HABIS LAGI NAK BERGADUH KE" muncul Kaizo lagi sekali.

"tak tak, kita orang tak gaduh. Kita orang cuma nak berbincang nak makan apa. Betul tak Fang" kata Boboiboy sambil memijak kasut Fang. Fang terasa hendak menjerit tetapi dia balas balik dengan menendang kaki Boboiboy. Boboiboy menahan sahaja kesakitan

"Ha ah, kita orang tak tahu nak makan apa" Fang tersengih.

"Itu pun korang tak boleh nak berbincang. Cepat! Korang nak dapatkan balik jam kuasa atau pun tidak"

"MESTILAH NAK!" kata Boboiboy dan Fang. Kaizo meninggalkan mereka berdua dan sambung balik buku cerita hantu. Fang terus mengambil satu gelas dan menuang air kosong ke dalamnya, lepas itu mencampur dengan cecair biru tadi tue. "Ok, kau tunggu sini. Biar aku bagi air nie dekat abang aku"

Boboiboy rasa serba salah tapi ini semua untuk kebaikan mereka berdua. Kebaikan apanya, ini semua Fang punya idea. Boboiboy melihat sahaja dari dapur dan dia berharap rancangan mereka berjaya

"Abang, nah air.. abang mesti hauskan" Kaizo lalu mengambil gelas tersebut. "Terima kasih" kata Kaizo dan dia minum air tersebut. Fang berjalan seperti biasa supaya abang dia tidak syak apa-apa. Dalam 2 minit begitu, terus Kaizo tertidur di atas sofa

"YESS!" Fang memberi high-5 kepada Boboiboy. Sekarang mereka perlu bergerak dalam pukul 7 dan terus ke sekolah mereka.

"Ingat, dia orang nak kenakan kita. Kita kenakan dia orang balik" Boboiboy mengangguk sahaja

to be continued in Part II

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com