Kisah di Pagi Hari
Seawal pagi lagi Fang sudah dikejutkan bangun oleh abangnya sendiri. Kaizo yang begitu semangat di awal pagi, dia terus membawa adiknya pergi ke sebuah taman yang berdekatan dengan kedai Kokotiam Tok Aba untuk bersenam. Fang masih lagi dengan matanya yang separuh terbuka. Dia hanya melakukan sahaja senam itu dalam keadaan separuh terjaga
"Kita ke kiri pula.. satu, dua, tiga, empat" Kaizo sungguh bertenaga sekali, manakala Fang di belakang Kaizo, tertidur berdiri
"Kanan pula... satu, dua..." Kaizo perasan yang adiknya sudah tertidur. Kaizo berhenti dengan senamannya, lalu dia menjentik hidung adiknya sekuat hati dan Fang terjatuh ke tanah. "Kenapa kau masih tidur" marah Kaizo
"MAAA.. MAAAFKAN AKU KAPTEN" kata Fang yang sudah terjaga dari tidurnya. Matanya sudah terbuka dengan luasnya
"Kenapa kau panggil aku kapten.. dekat bumi nie, kau kena panggil aku abang. Kapten hanyalah untuk misi kita sahaja, PAHAM!"
"Paham Kap.. maksud saya, paham abang" Fang menjelir lidah kepada abangnya yang sedang sambung balik bersenam. Dia terpaksa ikut sama sambung senamannya tadi
Apasal lah pukul 5 pagi dia pergi kejutkan aku, dah lah dapat tidur pukul 4 sebab rumah bersepah lagi, merungut Fang di hati. Aku dapat tidur 1 jam aje, 1 JAM AJE TAHU TAK, bisik di hati Fang yang semakin lama semakin panas. Patutlah Fang jenis yang cepat marah, abang dia yang suka sangat kacau dia, buli dia, suruh buat itu, buat ini dan bermacam-macam lagi si Kaizo itu suruh buat
Tepat jam 9 pagi, mereka sudah selesai pun senaman pagi. Kaizo masih lagi bertenaga. Manakala adiknya, diri Fang bagaikan hendak pengsan di situ
"Kau tu lembik sangat, macam mana nak jadi kuat macam abang"
"Adik tak lembik lah! Adik pun kuat juga"
Mereka berdua mula hendak bergaduh di dalam taman itu. Dari jauh di kedai Tok Aba, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying melihat mereka berdua bergaduh. Mereka tergelak sahaja melihat gelagat adik-beradik suka bergaduh. Pergaduhan mereka memang teramat comel dan mencuit hati rakan-rakan mereka
"Hmm.. aku pun takde lah gaduh dengan adik aku sampai macam tue sekali" Kata Yaya. Dia mempunyai seorang adik lelaki yang amat comel, nama dia Totoitoy. Yaya memang sayang adiknya dan dia sendiri tidak pernah nak buli adiknya
Boboiboy tiada abang atau adik tetapi dia mengganggap Ochobot seperti adik dia sendiri.
"Biarkan lah dia orang, asalkan dia orang bahagia" kata Boboiboy sambil menikmati Special Hot Chocolate Tok Aba
"Eleh, kau sebenarnya cemburukan Fang sebab dia ada abang" kata Gopal
"Yelah tu, aku mana ada cemburu. Aku ada Ochobot" Ochobot begitu bangga dan gembira sekali mendengar kata-kata Boboiboy
"Betul cakap Boboiboy. Kita orang dah macam adik beradik"
Kaizo dan Fang kini sedang menuju ke kedai Tok Aba. Fang mengambil tempat duduk disebelah Boboiboy tetapi Kaizo menolak adiknya dan lalu duduk di tempak tersebut. Kawan-kawan adiknya terkejut dengan perbuatan Kaizo sebentar tadi. Selamat Tok Aba tidak nampak apa yang Kaizo telah lakukan sebab dia terlalu sibuk membuat Pancake Chocolate Special untuk mereka semua. Fang tetap bersabar dengan perangai abangnya walaupun adakalanya, dia akan mengamuk
"Ini ke tempat yang kau selalu pergi, Pang?" tanya Kaizo sambil melihat-lihat kedai Tok Aba. Dia belum pernah sekali menjejaki kedai Tok Aba. Ini adalah pertama kalinya dia dapat melihat kedai itu kerana adiknya yang ajak dia ke sini selepas sahaja habis sesi senaman pagi mereka
"Yelah abang, adik selalu pergi ke sini lepas habis sekolah. Kadang-kadang lepak sini sahaja bila hari minggu ataupun bila musim cuti sekolah"
"Jadi, masa misi abang bagi tue, kau selalu disini lah yea" Kaizo merenung tajam ke arah adiknya. Fang tersengih dan terasa hendak menyorok dirinya daripada abang dia "Aku suruh selesaikan misi kau, kamu pergi berlepak pula"
"Maaf abang. Lagipun abang yang tinggalkan adik sendiri sorang-sorang sampai adik kesunyian dekat sini. Jadi adik carilah kawan" Kaizo senyap sahaja. Salah dia juga tinggalkan adik dia dekat bumi. Mana tak rasa sunyi si Fang, tiada keluarga nak bergelak ketawa, jadi Fang pergi lah mencari kawan tapi cara yang tidak betul sehingga kawan-kawan dia ingatkan dia adalah seorang budak yang jahat
"Yelah, abang maafkan. Macam mana kamu boleh berkawan dengan mereka semua nie?" tanya Kaizo
"Hah, kalau kamu nak tahu, panjang ceritanya. Boboiboy, ceritalah kisah korang dulu-dulu, dari musuh terus menjadi kawan" kata Tok Aba sambil memberikan Ice Blended Chocolate Special khas untuk Kaizo
"Rasanya sampai esok tak habis cerita nie" kata Gopal
"Cerita ajelah Gopal, mesti abang Fang nak tahu jugakan" Tok Aba tersenyum sahaja melihat mereka semua berkumpul di kedainya
Maka bermula sebuah kisah persahabatan tentang Fang dan mereka berempat
"Masa Boboiboy dah naik keretapi, masa itu lah Fang keluar daripada keretapi. Disitulah kami pertama kali nampak Fang tapi masa tue kami semua tak kenal siapa lagi dia" bercerita si Gopal
"Lepas tue terus dia bersekolah dekat sekolah kami" sambung Gopal lagi "Fang masa tue memang tak pernah sekali pun bercakap dengan sesiapa. Tegur pun tak pernah tapi kalau pasal popular, dia aje nak no. 1"
"Ha ah, betul tue. Kita orang bagi senyum sama dia, dia buat-buat tak tahu sahaja" kata Ying. Kaizo tekun mendengar kisah-kisah adiknya
"Lepas tue apa jadi?" tanya Kaizo
"Beberapa bulan selepas tu, Boboiboy kembali ke sini dan akhirnya dia dapat pindah sekolah. Kami semua memang gembira" kata Gopal
"Masa tue aku memang rasa seronok sangat dapat jumpa korang tapi masa tu tak tahu pula Fang juga budak baru dalam kelas kita orang. Masa pertama kali nampak Fang dekat kelas, dia memang seorang yang sombong. Asyik tengok luar tingkap aje" Kata Boboiboy sambil minum Hot chocolatenya
"Yelah, aku tengok luar sebab aku rindukan abang aku. Tiap-tiap hari aku fikirkan bila abang aku nak datang sini balik"
"Aku suruh kau jalankan misi kau bukannya suruh rindukan abang. Patutlah kau nie makin lama makin lembik" marah Kaizo sedikit
Hati Fang tiba-tiba rasa berapi api dekat abang dia tue. Boboiboy perasan dengan kelakuan Fang, terus dia tenangkan Fang
"Fang tak lembik, dia sebenarnya hebat. Kuasa bayang dia memang hebat. Aku sendiri kagum dengan kekuatan yang dia ada" kata Boboiboy. Terus tenang hati Fang. Kaizo hanya senyap sahaja
"Sebut tentang kuasa kau Pang. Macam mana kamu boleh ada kuasa baru?"
"Al kisahnya begini" muncul pula si Probe
"Aik, dari mana kamu datang nie?" tanya Boboiboy
"Dia datang untuk mencuri koko dari kedai Tok Aba bukan untuk bercerita" Adudu menjerit dari jauh
"Encik Bos nie, aku baru nak bercerita, nak juga bercerita tentang kisah dulu-dulu"
"Yelah yelah, esok esok jelah kita curi koko tue" Adudu pun ikut join dengar kisah mereka. "Hah! apa lagi, cepatlah bercerita. Kata tadi nak sangat bercerita"
"Sabar encik bos, sabar" Adudu baling sebuah tin koko ke arah Probe dan lalu dia terjatuh. "Adeh, tak reti sabar betul encik bos nie"
"Kamu berdua nie nak jadi badut atau nak bercerita" terus mengigil Adudu dan Probe selepas mendengar nada suara Kaizo yang agak garang itu
"Baiklah, ceritanya begini. Encik bos telah mendapat satu idea yang bagus. Iaitu mempergunakan..." terus Adudu baling sebuah lagi tin koko dekat Probe
"Wei Probe, tak payah lah cerita pasal tu. Susahkan diri kau sahaja. hehehe" Sebenarnya Adudu tidak mahu Kaizo dapat tahu bahawa dia telah mempergunakan Fang dan Ochobot untuk mendapatkan kuasa.
"Ala, dia orang mempergunakan adik dan Ochobot untuk mendapatkan kuasa" kata Fang secara tiba-tiba. Adudu sudah mula cuak
"Jadi kamu memperalatkan adik aku sendiri" Wajah Kaizo berubah menjadi bengis sedikit
"Eh, sabar sabar. Itu kisah lama sahaja Kapten Kaizo. Kita tak perlulah marah-marah tentang masa tue, semuanyakan sudah berlalu"
"Pandai pula kau pujuk yea, Probe" Adudu bernasib baik kerana tidak terkena dengan pedang tenaga Kaizo
"Ok, kita sambung balik.. lepas tue Fang bawalah Ochobot pergi ke markas kotak dan kami pun menangkap dia" ujar Probe
"Ha ah, masa tue aku ingat Fang nie jahat, rupanya baik. Dia yang selamatkan Ochobot daripada dia orang berdua nie" kata Ochobot
"Oh, dari situ ke Pang dapat kuasa?" tanya Kaizo
"Ha ah abang" kata Fang "Ochobot terpaksa bagi adik kuasa sebab kita orang dah kena kepung dengan Adudu dan Probe"
"Masa tue Fang keluarkan naga bayang buat pertama kali tapi disebabkan dia tidak dapat mengawal naga tue, saya yang kena kawalkan keadaan. Lepas tue kami berdua terus pengsan" Fang angguk sahaja dengan apa yang dikatakan oleh Ochobot sebentar tadi
"Patutlah malam tue aku nampak hantu naga dekat langit, rupanya kau yang buat naga bayang tue" kata Gopal sambil teringatkan tentang kejadian malam tue
"Yolah, aku sendiri pun nampak naga tue. Banyak takut maa" Ying pun sama seperti Gopal, teringat kisah kejadian malam itu juga. Yaya pula, dia sibuk buat biskut sehingga dia tidak sedar dengan kemunculan seekor naga di ruang udara
"Lepas tue terus dia orang tuduh adik yang bukan-bukan. Cakap adik ni culik Ochobot dan paksa dia bagi kuasa dekat adik. Padahal masa tu adik hilang ingatan, tak ingat apa yang berlaku dan macam mana adik dapat kuasa"
"Wei Fang, kau saja nak bagi abang kau marah dekat kita orang kan" kata Gopal
"Isk, mana adalah, aku bagitahu sahaja apa yang berlaku masa tue" Fang berikan senyum sinis dia kepada Gopal
Kaizo mendengar sahaja cerita mereka. Kedai Tok Aba hari ini nampaknya penuh dengan kawan-kawan Boboiboy dan juga alien jahat kadang-kadang baik. Tok Aba rasa gembira melihat mereka dapat berkumpul di sini ramai-ramai begini.
"Jadi, bagaimana ingatan Pang dapat kembali semula?" Tanya Kaizo
"Itu kisah lain pula.. kisah pistol emosi Y!" kata Probe dengan begitu teruja
"Wei Probe, bagi aku bercerita pula boleh tak?"
"Yelah, silakan Gopal" Probe memberikan laluan kepada Gopal untuk bercerita seterusnya
"Sebelum kita orang terkena tembakan pistol emosi Y, kita terkena dengan pistol pengecil korang" jelas Gopal
"Pistol pengecil?" Tanya Kaizo lagi
"Pistol tue boleh kecilkan orang, makin lama dia orang kecil, makin terus boleh menjadi hilang"
"Wei Probe, kata nak bagi aku berceritakan" Probe tersengih dan berikan laluan kepada Gopal untuk sambungkan bercerita "Lepas tu Probe datang dan ketuk kepala kita orang dan terus tembak kami dengan pistol pengecil"
"Tapi sebelum tue, kau lupa nak cerita yang korang kena denda dengan aku" kata Yaya secara tiba-tiba "Abang Kaizo kalau nak tahu, dia orang bertiga nie kena denda sebab datang ke sekolah lambat dan masuk ikut pintu masuk pejabat guru"
"Kenapa kau lambat datang ke sekolah? Bukannya kau nie rajin sampai awal ke sekolah ke?" Fang menghela nafas dan bagitahu apa yang terjadi sebenarnya semasa kejadian itu kepada abangnya
"Dia orang berdua buat adik lambat sampai sekolah" jawab Fang
"Apasal kau salahkan kita orang pula. Salah kau juga sebab tak nak cerita kenapa Ochobot pengsan setiap kali dia nampak kau" kata Boboiboy yang begitu marah apabila teringatkan tentang itu
"Salah kau lah, siapa suruh jatuhkan biskut Yaya" marah Fang kepada Boboiboy
Gopal, Ochobot, Yaya dan Ying tergelak sahaja kerana teringat pergaduhan mereka semasa dulu-dulu.
"Ha ah, masa tu Fang lah pelanggang paling setia beli biskut Yaya" Terus Yaya gembira apabila mendengar kata-kata Tok Aba
"Oh, patutlah kau gembira sangat bagi abang biskut kawan kau dekat abang hari tu. Biskut kegemaran kau rupanya" Fang terdiam seketika sambil tersengih kepada abangnya
Habislah kalau Yaya bagi aku biskut-biskut dia, mesti aku kena paksa makan, fikir Fang
"Wah! Terharunya aku. Terima kasih Fang! Nanti aku buatkan biskut banyak-banyak untuk kau lagi ok"
Boboiboy dan Gopal tahan gelak kerana pada ketika itu, muka Fang berubah menjadi takut sedikit
"Kalau Yaya nak tahu, sebenarnya biskut tue untuk.." Gopal menutup mulut Fang daripada Yaya tahu kisah sebenarnya. Fang melepaskan tangan Gopal "Apasal dengan kau" marah Fang
"Wei, kau nak Yaya tahu pasal kau bagi kucing sewel makan biskut dia untuk pengsankan kucing tu" bisik Gopal
"Habis tu, macam mana nak tak nak bagi Yaya tahu" bisik balik Fang. Kawan mereka yang lain perhatikan sahaja kelakuan pelik mereka berdua
"Apa yang korang sedang berbisikan itu, cepat habiskan kisah korang" marah Kaizo
Sebelum Fang dapat sambung ceritanya, terus Gopal cakap sesuatu dekat Yaya
"YAYA! ADIK KAU PANGGIL. DIA SURUH BALIK RUMAH!"
Yaya dengan segera terbang pulang ke rumahnya
"Cepat sambung cerita Fang sebelum Yaya balik" kata Gopal dengan hati yang berdebar-debar. Dia takut kalau Yaya berpatah balik dan Fang tidak sempat untuk habiskan cerita itu
"Sebenarnya biskut tu, kami bagi dekat seekor kucing ni, supaya dia pengsan. Jadi kami dapatlah ikut jalan Pak Sening Koboi"
"Lepas kita orang jadi kecil, Boboiboy cadangkan lalu jalan tue, lebih cepat ke kedai Tok Aba untuk dapatkan bantuan daripada Yaya dan Ying. Sebelum tue, kita orang pergi ke kantin sekolah untuk ambil biskut Yaya, nak pengsankan kucing sewel tue. Jadi kami terpaksa berlawan dengan kucing tue tapi akhirnya kami dapat betulkan balik kucing sewel itu kepada tak sewel. Lalu kami terus menaiki kucing tue dan terus ke kedai Tok Aba. Yaya dan Ying bawak kita orang pergi ke markas kotak untuk memulihkan kita orang" penat Gopal bercerita kerana dia takut jikalay Yaya muncul secara tiba-tiba sahaja. Nahas mereka nanti, jikalau Yaya dapat tahu kisah sebenarnya
"Oh begitu, dari situ ke kamu berkawan dengan dia orang Pang?"
"Ha ah abang, tapi dia orang masih lagi tuduh adik masa tu" kata Fang dengan nada yang sedih. Dia ikhlas nak berkawan dengan mereka "Sedih hati adik ni"
"Tapi Kapten Kaizo, Fang ni walaupun kena tuduh dengan kami macam-macam, dia tidak berputus asa untuk berkawan dengan kita orang. Dia ikut kami pulang dari sekolah walaupun kena halau" Fang tersenyum sedikit selepas Boboiboy cuba untuk naikkan semangat kawan baik dia
"Yolah, masa itu juga kami terkena dengan pistol emosi Y. Dari situ juga kami dapat tahu kisah yang sebenar tentang dia dan Ochobot" kata Ying
"Tapi sebelum Boboiboy dan Fang jadi kawan, dia orang ni suka bermusuhan" tambah pula si Gopal "Mula-mula dulu dia orang pernah berlawan guna kuasa. Masa tu aku bawak Boboiboy ke rumah hantu Fang"
"Tidak ku sangka aku dan Boboiboy tertemu kembali di rumah hantu itu" kata Adudu yang sudah lama diamkan diri "Sebelum kami dapat berikan serangan masing-masing, Fang sudah pun menyerang kami dulu dengan kuasa bayang dia. Lepas tu kita orang kena tolak halau keluar daripada rumah hantu dia"
"Yelah, korang masuk rumah aku tanpa kebenaran" kata Fang dengan sedikit nada kemarahan dia
"Dey, masa tu kita orang sendiri tak tahu kau tinggal dekat mana. Apatah lagi rumah tu pun kita orang tak tahu yang kau duduk dekat situ sorang-sorang" kata Gopal
Gopal dan Fang terus bertentangan mata kerana kedua mereka masih marah tentang kejadian itu
"Sudah! Sambung balik cerita kau. Kenapa kau dan Boboiboy berlawan guna kuasa?" marah Kaizo sambil menghentak kaunter meja dengan tangannya
"Dia orang berlawan sebab si Fang ni cemburu sangat dekat Boboiboy. Lepas tu dia lari pula, takut kalah lah tue"
"APA KAU CAKAP!" marah Fang
"Betul lah apa yang aku cakapkan. Kau lari lepas tu"
Tanpa berkata apa, Fang terus keluarkan harimau bayangnya dan menyuruh harimau bayangnya mengejar Gopal
"Habis tue, kenapa kau lari?" tanya Boboiboy
"Aku bukan lari. Masa tu matahari nak terbenam dah, aku tak boleh gunakan kuasa bayang aku" kata Fang hal yang sebenarnya
"Oh begitu rupanya. Hah, lepas tue Kapten Kaizo. Esoknya kita berlumba lari"
"Lumba lari? siapa yang menang?"
"Cikgu Papa Zola yang menang" kata Fang dan Boboiboy serentak
"Lepas tue kami lawan bola sepak pula sebab si Fang nie tak puas hati dengan Boboiboy" kata Gopal yang kelihatan penat kerana di kejar dengan harimau bayang Fang
"Berapa banyak kali kau dengan Boboiboy berlawan nie?" Kaizo melihat adiknya. Tak sangka pula adiknya suka bersaing dengan Boboiboy, fikir Kaizo
"Kita orang lawan bola sepak tapi adik abang Kaizo nie tak reti main bola sepak. Dia tahu hanya main bola keranjang sahaja" kata Probe secara tiba-tiba
"Dia memang tak reti main bola sepak pun" tambah Kaizo. Fang sabar sahaja dengan kata-kata mereka
"Lepas tu kita orang relakan diri untuk menjadi ahli pasukan Fang untuk kalahkan pasukan Boboiboy" kata Adudu
"Macam mana adik aku main kalau dia sendiri tak reti main bola sepak" Kaizo rasa ragu-ragu pada ketika itu
"Dia jadi goalkeeper" kata Adudu lagi "Lepas tue kita orang main kotor. MUAHAHAHAHAHA"
"Itu sebab korang paksa aku gunakan kuasa aku untuk pengsan kan Cikgu Papa Zola" muncul Yaya secara tiba-tiba
"Yolah, lepas tu tinggal 3 orang sahaja yang main. Iwan, Gopal dan Boboiboy tapi pasukan Boboiboy yang menang" kata Ying
"Jangan ingatkan aku tentang perkara yang lalu" kata Adudu. Dia tidak boleh lupakan selepas sahaja habis main bola sepak, dia, Probe dan Fang dikenakan denda oleh Cikgu Papa Zola
"Macam-macam betul korang semua. Sambung balik dengan pistol emosi Y tue" kata Kaizo
"Pistol emosi Y tue adalah idea kitar semula aku. Aku yang bagi idea dekat Encik Bos dan terciptalah pistol emosi Y"
"Apa pistol emosi Y tue boleh buat" tanya Kaizo dengan nada seriusnya
"Kalau Kapten Kaizo nak tahu, pistol emosi Y nie digunakan untuk main-mainkan emosi mereka. Contohnya. YAYA! emosi gelak ketawa tak terhenti-henti" Probe tunjuk ke arah Yaya
"YING! emosi takut penakut!" Probe pergi ke Ying yang sedang minum Hot Chocolate Special
"GOPAL! Berani, berkeyakinan tinggi!" Probe pergi ke arah Gopal pula yang sedang menikmati Chocolate Pancake Special
"BOBOIBOY! Pasrah asyik berserah!" Probe terbang ke Boboiboy
"Dan akhir sekali. Adik kepada Kapten Kaizo iaitu FANG! manja hati terbuka" Probe mengambil sekuntum bunga dan lalu letak di belakang telinga Fang "Kan Comel tue"
"WOI! apasal kau letak bunga dekat aku" marah Fang
"Manja hati terbuka?" Kaizo tak dapat bayangkan macam mana adiknya yang nakal dan suka sangat marah kepada seseorang yang manja. Dia sendiri mahu tergelak tapi menahan dirinya.
"Betul tu Kapten Kaizo. Kalau Kapten Kaizo ada masa tue, Fang nie macam budak perempuan, manja-manja gitu" kali ini Fang pula yang baling tin koko dekat Probe. Probe terjatuh lagi "Adeh, salah ke aku cakap"
"Memanglah salah! Bagi aku bercerita pula. Lepas tue abang, Adudu cuba seksa kami dengan perangkap-perangkap dia tetapi semuanya gagal. Pada masa itu juga adik dan Ochobot tahu kisah sebenar apa yang terjadi dan macam mana adik dapat kuasa"
"Betul tue Kapten Kaizo. Lepas tue kami diserang dengan harimau kitar. Masing-masing tidak dapat kalahkan harimau kitar tersebut sebab emosi kami mainkan perasaan kami" kata Boboiboy
"Lepas tue Ochobot bimbing kami untuk kalahkan harimau kitar dan Adudu. Itulah kisahnya abang, dari situlah kami menjadi kawan" sambung Fang. Pandai pula si Boboiboy dan Fang sambung menyambung cerita dia orang.
"Dey, kau lupa sesuatu ke"
"Lupa apa pula?" tanya Fang
"Kau lupa ke yang kita orang kena mengaku kau lagi popular daripada Boboiboy, baru kau maafkan kita orang. Lepas tue kau berlagak dengan Boboiboy pasal naga bayang kau tue"
"Gila Popular rupanya kau" Fang tersengih dekat abangnya "Selepas itu Ejojo datang menyerang kita orang pula" kata Fang
"Itu abang ada dengar cerita dari Ba Gogo. Dia cerita apa yang berlaku semasa Ejojo menyerang korang. Hebat juga kamu Pang sampai dapatkan kalahkan robot P.E.T.A.I dia"
"Masa tue juga aku kehilangan robot kesayangan aku" Adudu dan Probe siap menangis lagi sambil berpeluk-pelukan. "Aku tak sang gup kehilangan kau Probe. Kau jelah yang setia dengan aku, Probe"
"Aku pun encik bos. Siapa lagi nak hiburkan hati encik bos kalau bukan aku" menangis dia orang lagi seperti melihat drama dekat tv aje. Kaizo menggelengkan sahaja kepalanya. Alien jahat apa perangai macam nie? nak kata ganas, takdelah ganas sangat
"Jadi, macam mana kau hidupkan robot ungu kau nie?"
"Macam nie Kapten Kaizo. Ba Gogo bagitahu untuk memindahkan energy core dari robot P.E.T.A.I kepada core Probe tetapi aku memerlukan 5 tong koko. Jadi aku paksa Tok Aba berikan semua tong koko yang dia ada"
"Lepas tue atok cakap kalau nak cubalah cakap elok-elok, jadi alien yang berbudi bahasa. Jadi cucu atok dan Gopal mengajar dia bagaimana nak jadi alien yang baik" Kata Tok Aba
"Ha ah, kita orang ajar dia macam mana nak jadi alien yang sopan satun tetapi sebelum tue Adudu kena hadir ke kelas tambahan kalau tidak, cikgu Papa tak nak ajar kita orang masa kelas tambahan"
"Kamu pun pergi ke sekolah juga?" Kaizo memandang ke arah Adudu. Adudu tersengih sahaja "Sebenarnya aku masuk ke sekolah dia orang sebab nak kalahkan si Boboiboy sebelum Ejojo sampai ke sini. Kita orang gunakan mesin cuaca untuk mengganggu mereka semasa mereka menjawap soalan peperiksaan matematik! HAHAHAHA!"
"Tapi Kita orang terus berusaha untuk menjawap soalan matematik" kata Boboiboy
"Ha ah, tapi akhirnya kita orang gagal juga disebabkan oleh Ejojo tue" sambung Fang. "KAMU GAGAL DALAM PEPERIKSAAN!" terus Fang sorokkan diri selepas sahaja dimarahi oleh Kaizo. Kaizo memang tak suka kalau adiknya gagal dalam peperiksaan sebab tue Fang rajin belajar, kalau tak habis kena belasah dengan abang dia
"Kami satu kelas gagal sebab tue cikgu Papa adakan kelas tambahan" kata Boboiboy "Lepas tue kita orang tubuhkan team Opss BuBaDiBaKo"
"Opss apakah itu" tanya Kaizo
"Opss Buat Baik Di Balas Koko" kata Gopal, Boboiboy dan Adudu dengan gembiranya. "Tapi kita orang tak bagi Fang masuk ke dalam team Opss BuBaDiBaKo sebab dia suka sangat kacau Boboiboy" kata Gopal sambil menunjuk ke arah Fang.
"Yelah, korang kata aku nie jahat. Aku bukan jahatlah"
"Cakap aje orang, lu pun sama kacau Boboiboy. Tak ingat ka masa hari menghias kelas" marah Ying kepada Gopal dan mengingatkan dia juga pernah kacau Boboiboy. Gopal buat-buat tak tahu sahaja
Budak-budak nie semua nakal-nakal rupanya, termasuklah adik dia sendiri, fikir Kaizo. Dia sebenarnya gembira melihat adik dia sendiri sudah menjumpai sahabat sejati.
"Lepas kejadian tue, terus si Fang berubah perangai"
"Ha ah, betul kata Gopal. Fang tidak lagi merebut popularity dia. Dia pun tidak lagi cakap kasar dengan kita orang kecuali Gopal. Fang sentiasa ada dengan kita orang, dia sudah mula tidak sombong dengan orang lain" kata Boboiboy
"Betul tue, Fang juga selalu melindungi kita orang daripada ancaman alien jahat. Dia selalunya akan menolong Boboiboy dalam mana-mana serangan musuh" kata Yaya pula "Sebab tue kita orang sudah anggap Fang sebagai kawan baik kita orang"
"Yolah, masa dia bagitahu diri dia yang sebenar, kami semua terkejut. Kami ingat dia alien jahat macam Adudu juga" tambah Ying pula
"Tapi Boboiboy nie mempertahankan Fang walaupun aku dan Ying marah kepada dia. Kalau Kapten Kaizo nak tahu, Boboiboy inilah paling rapat sekali dengan Fang" tambah pula dari Gopal
"Oh begitu kisah persahabatan korang semua. Jadi kamu Boboiboy yang sanggup terbang ke angkasa untuk dapatkan semula Pang. Aku kagum dengan persahabatan korang" Kaizo memberikan tepukan kepada mereka dan yang agak jarang sekali, Kaizo memberikan senyuman yang teramat manis sekali kepada mereka berlima
"Begitulah kisah dia orang" kata Probe yang tiba-tiba sahaja menangis. "Apa hal kau tiba-tiba menangis"
"Aku menangis sebab persahabatan dia orang lah Encik Bos. macam Encik Bos dan aku"
"Yelah, aku pun turut terharu juga" Lalu Adudu memeluk Probe begitu erat sekali. Boboiboy, Gopal, Fang, Yaya dan Ying ketawa sahaja. "Pang, abang balik dulu. Kalau kamu nak bermain dengan kawan-kawan kamu, mainlah tapi jangan balik lewat" Kaizo meninggalkan mereka berlima sambil tersenyum.
"Sebenarnya abang kau tidaklah seganas mana pun Fang. Ada juga lembutnya Kaizo tue" kata Ochobot. Memang benar kata Ochobot, Fang bangga dapat abang begitu walaupun selalu membuat Fang terasa jengkel dengan perangai abangnya. Fang tersenyum sorang-sorang sambil melihat abangnya yang sedang berjalan pulang ke rumah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com