Memori
"Bosannya hari ini" kata Gopal yang mengeluh kerana hari ini cikgu sekolah semuanya menyuruh mereka baca itu baca ini, semuanya akan keluar dalam peperiksaan akhir tahun nanti. Boboiboy, Gopal dan Fang baru sahaja keluar dari kawasan sekolah. Yaya dan Ying tidak dapat balik awal hari ini kerana mereka terpaksa menolong cikgu mereka.
"Apasal bosan pulak Gopal?"
"Bosanlah Boboiboy, makin lama makin dekat peperiksaan, semuanya makin menghadap buku. Dahlah Appa aku ambik video game aku semua, dia sorokkan ditempat yang aku tak kan jumpa" mengeluh Gopal lagi. "Lepas tue, Appa aku tak bagi aku lepak dengan korang dah"
"Aik, kenapa pula?" tanya Boboiboy. Gopal membuat muka sedih dan lalu dia menghela nafas
"Dia cakap, lepas habis sekolah, terus pulang ke rumah. Kalau tak, nanti kena rotan. Jadi aku boleh lepak dengan korang lepas habis peperiksaan akhir tahun"
"Baguslah tue, takdelah kau membuang masa dengan benda-benda yang tak berfaedah" kata Fang. Dia masih tidak puas hati lagi dengan Gopal sebab Laptop dia telah dirampas oleh abang dia. Hari itu Gopal menyuruh Fang install game hantu di laptopnya, disebabkan dia orang leka sangat bermain, Kaizo telah mengambil laptop itu dan menyuruh mereka pergi ulangkaji. Abang dia cakap kalau nak Laptop dia balik, kena dapat keputusan yang bagus. Jadi Fang terpaksa berkerja lebih keras untuk mendapat keputusan yang bagus, tak dapat no.1 pun takpe, asalkan semua kertas peperiksaan dia lulus.
"Yelah Fang. Aku bukannya macam kau, takde otak alien yang genius macam kau"
"Woi, aku bukannya genius sangat pun"
"Apa-apa jelah. Sudahlah, aku balik dulu. Jumpa esok" Gopal mengambil jalan ke arah rumah dia sambil melambai-lambai Boboiboy dan Fang dengan muka yang sedih. Gopal sedih kerana tidak dapat pergi ke kedai Tok Aba, tidak dapat merasa Ice Blended Chocolate Special Tok Aba pada hari ini "Kau pun kena balik rumah juga ke Fang?"
"Takdelah Boboiboy, aku nak tenangkan diri dulu dekat kedai Tok Aba sebelum aku balik ke rumah" Dia tahu, sampai sahaja di rumah, mesti rumah bersepah. Abang dia mana reti nak kemaskan balik, dia tahu bersepahkan rumah sahaja. Yang jadi mangsa, sudah tentu adik dia sendiri.
"Oklah tue, bolehlah kau tolong aku ajar matematik. Ada beberapa soalan aku tak faham" Fang tidak kisah kalau Boboiboy meminta pertolongan dari dia, Fang ikhlas sahaja membantu tapi kalau Fang yang ajar, sudah tentu ada yang kena marah dengan Fang nanti.
Jadi mereka berdua berjalan ke kedai Tok Aba sambil berborak kosong. Setelah sampai di kedai Tok Aba, mereka ternampak seseorang yang mereka kenal di suatu ketika dahulu. Orang itu sedang bergelak ketawa bersama dengan Ochobot. Boboiboy dan Fang tahu siapa pemilik yang mempunyai senyuman manis seperti itu. "Kak Lynna!" Boboiboy menjerit dan melambai-lambai ke arah Lynna. Dia dan Fang berlari ke arah Lynna kerana terlalu gembira dapat berjumpa dengan dia balik
"Apa akak buat dekat sini?" tanya Fang
"Akak datang ke sini untuk melawat kawan akaklah. Baru pulang dari sekolah?" kata Lynna sambil menikmati chocolate pancake yang baru sahaja di buat dari oleh Tok Aba "Ha ah akak. Sudah lama akak tak datang sini. Akak apa khabar?"
"Akak baik-baik sahaja Boboiboy. Maaf sebab akak tak dapat datang ke sini. Akak ada banyak kerja dan hal-hal lain juga. Akak rindu pula dengan kedai Tok Aba nie, jadi akak datanglah dekat sini dulu sebelum akak pergi ke rumah kawan akak"
"Oh begitu, abang saya tahu ke akak ada dekat sini?" tanya Fang
"Tak tahu kot. Tapi abang kau ada cerita macam-macam dekat akak tentang kau. Hari itu Fang ada nak pergi jumpa ibubapa Fang dengan mesin masa yea" Fang terkejut kerana dia tahu tentang kejadian itu. "Abang ada cerita tentang itu juga?"
"Ha ah, dia ada cerita dekat akak, tapi kan.."
"Tapi apa akak?" tanya Fang. Lynna memotong pancake chocolate nya dan lalu makan, sementara Boboiboy dan Fang menunggu sahaja sambungan dari dia. "Tapi kalau akak bawa Fang melihat ibubapa Fang macam mana?"
Jumpa dengan ibubapa aku? Kak Lynna ada mesin masa ke? fikir Fang. "Akak jangan tipu Fang, abang kata hari itu mesin masa tak wujud dalam dunia nie"
"Memang tak wujud tapi akak boleh bagi kamu melihat memori kamu masa kamu kecik lagi" Fang dan Boboiboy memandang sesama sendiri. Dua-dua fikir benda yang sama, boleh ke Kak Lynna buat macam itu?
"Terima ajelah Fang, Lynna dah ikhlas nak tolong kau melihat memori kau sendiri" kata Tok Aba tiba-tiba. Tok Aba memberi dua ice blended chocolate special kepada Boboiboy dan Fang dan mereka mengambil air itu "Tapi macam mana akak? Boleh ke saya melihat memori saya masa lampau? Boleh ke saya bercakap dengan mereka?"
"Boleh, percayalah dengan akak tapi Fang tidak dapat bercakap dengan mereka, Fang hanya dapat melihat mereka sahaja. Nak mulakan sekarang?" Fang mula berfikir dulu sebelum dia membuat keputusan. Macam mana kak Lynna nak tunjukkan memori dia masa dia kecik? Mustahil lah, fikir Fang
"Fang, kau cuba ajelah" kata Boboiboy
"Ha ah, kamu cuba ajelah Fang. Tak salah kalau kau memcuba" kata Tok Aba pula. Dua-dua memberikan sokongan kepada Fang. "Baiklah Kak Lynna, tapi macam mana?"
Lynna bangun dari tempat duduk dia dan pergi ke tempat yang lapang. Dia duduk bersila di atas rumput yang hijau. "Fang duduk depan akak" Fang ikut sahaja apa yang Lynna suruh. Fang juga duduk bersila di depan Lynna. Lynna senyum dan lalu dia meletakkan kedua belah tangannya di atas peha dia. Dia terbalikkan tangannya, agar tapak tangannya di bahagian atas.
"Fang, kau letak tapak tangan kau dekat tangan akak" Lalu Fang meletakkan tapak tangan dia di tapak tangan Lynna. "Ok, Fang tenangkan diri dan pejamkan mata"
"Macam itu sahaja? Macam mana nak lihat kalau Fang tutup mata"
"Percayalah cakap akak tapi ini semua hanyalah memori dari Fang bukan orang lain" Jadi Fang buat sahaja apa yang di suruh oleh Lynna tadi. Fang tenangkan diri, pejamkan mata dia dan lalu kedua tangan mereka terdapat satu cahaya yang sangat lembut. Boboiboy yang sedang duduk di kedai Tok Aba, melihat sahaja apa yang akan berlaku nanti.
Lynna telah membawa Fang ke dalam memori dia. Memori dia semasa dia masih bayi lagi. Fang akhirnya nampak memori tersebut
"Kaizo, Kaizo" panggil ibu Kaizo sambil mendukung seorang bayi lelaki yang amat comel berambutkan biru gelap. Muka Fang seperti muka ibu dia dan, dan Kaizo pula mengikut ayah dia cuma mata dia sahaja ikut ibu dia. "Kaizo nak lihat adik kamu?" Ketika itu, Kaizo masih kecil lagi. Umur dia baru sahaja 9 tahun.
"Adik baru? Mana ibu, Kaizo nak tengok dia" Ibu Kaizo melutut dan menunjukkan dia adiknya yang comel itu. Kaizo rasa begitu gembira kerana dia telah menjadi seorang abang. "Kaizo nak tahu apa nama dia?" muncul ayah Kaizo di belakang ibu dia. Kaizo hanya menggangguk sahaja, dia tidak sabar untuk mendengar nama adik dia
"Kaizo, ibu memperkenalkan Fang"
"Fang. Comel nama dia ibu. Boleh Kaizo dukung dia?" Lalu ibu dia memberi Fang kepada Kaizo, ayah dia membantu dia mengangkat Fang. Kaizo tidak sabar melihat adik dia membesar nanti, dia boleh bermain dengan adik dia setiap masa setiap hari, tak kira siang atau malam. Dari saat itu Kaizo mulai sayangkan adik dia. Ibu dan ayah Kaizo senyum melihat Kaizo begitu manja sekali dengan adik dia.
"Fang" kata Kaizo. "Abang akan sayang adik sampai bila-bila"
Memori Fang mulai berubah
Kali ini ibu dia sedang menyanyikan sebuah lagu cina untuk Fang. Ketika itu Fang tidak boleh tidur, dia menangis sekuat hati. Akhirnya Fang tertidur juga dalam keadaan tenang. Ibu Fang mengusap-gusap kepala Fang dan lalu dia mencium dahi Fang "Selamat malam anakku"
Memori Fang berubah kepada memori lain
"Fang"
"Pang"
"Fang"
"Pang"
"Bukanlah adik. Fang.. cuba sebut Fang"
"Pang" Kaizo tidak putus-putus mengajar adik dia agar Fang dapat menyebut nama dia sendiri dengan betul. Kaizo sentiasa bersabar dengan adik dia, dia tidak pernah marah atau cubit adik dia kerana dia terlalu sayangkan Fang
"Ok, dengar betul-betul. FANG"
"PANG!" kata Fang sambil mengangkat tangan dia ke atas kerana terlalu gembira "PANG!" menjerit Fang lagi. Kaizo hanya tersenyum melihat adiknya tidak berhenti-henti menjerit nama Pang
"Jadi Fang nak abang panggil adik Pang?"
"PANG!" itu sahaja yang dijawab oleh Fang. "Pang!" Fang berjalan secara pelahan-lahan kerana dia baru sahaja belajar berjalan, dan lalu dia lompat dan peluk abang dia. Kaizo membalas pelukan itu "Pang" kata Kaizo
"Pang" Fang senyum kepada abang dia. Ibubapa mereka melihat sahaja keakraban mereka berdua. Mereka duduk di tepi sambil menikmati teh hijau, sambil itu, mereka melihat gelagat mereka berdua.
Memori Fang berubah lagi
Ibu mereka sedang memasak sesuatu di dapur. Kaizo dan Fang menyelinap masuk ke dalam dapur. Ketika itu mereka berdua sudah besar sedikit tetapi Fang masih belum cakap nama dia secara betul. Kaizo mengambil sesuatu di atas meja dan apa yang dia ambil ialah lobak merah yang sudah dipotong secara bulat-bulat. Kaizo merasa lobak merah itu, dan rasanya sungguh sedap
"Pang nak"
"Syhhh... jangan cakap kuat-kuat, nanti ibu tahu" Kaizo mengambil satu lobak merah untuk adik dia dan lalu memberi kepada Fang. Fang mengambil lobak merah itu dan lalu dia mengigit dan menghisap lobak merah tersebut. Masa itu Fang hanya ada 4 atau 5 batang gigi sahaja. Kaizo mengambil satu lagi untuk diri dia. Fang buang lobak merahnya di lantai danpur dan meminta lagi lobak merah "Pang nak!"
Sebelum ibu dia sedar yang mereka berada di dalam dapur, Kaizo mengambil seberapa banyak lobak merah yang dia boleh bawa. Kaizo memegang tangan adik dia dan lalu membawa dia ke halaman rumah. Mereka berdua duduk di bawah satu pokok yang besar. Kaizo memberi lobak merahnya kepada Fang. Fang mengambil lobak merah itu dengan hati yang gembira. Dia menghisap lobak merah itu. "Pang suka dengan lobak merah?"
"Suka" kata Fang sambil mengigit-gigit lobak merah tersebut. Kaizo duduk di sebelah adiknya dan dia juga turut menikmati lobak merah itu. Fang tersenyum kerana dia suka apabila abang dia ada di sisi dia. Mereka berdua menikmati lobak merah tersebut sambil melihat awan-awan di langit
Memori Fang berubah lagi sekali
"Pandainya adik abang" Fang menunjuk lukisan dia kepada Kaizo. Di dalam lukisan tersebut terdapat ibubapa mereka, Fang dan Kaizo. Lukisan tersebut tidaklah begitu sempurna tapi ia cukup membuat Kaizo tersenyum "Abang suka?"
"Suka, abang suka" Fang memberi lukisan itu kepada abang dia. "Ambiklah, Pang boleh lukis gambar yang baru nanti" Kaizo mengambil lukisan tersebut dan lekat gambar itu di peti sejuk. "Nanti ibu dan ayah boleh melihat lukisan adik" Fang memeluk abang dia "Pang sayang abang"
"Abang pun sayangkan adik. Besar nanti, Pang belajar elok-elok yea. Buat ibu dan ayah bangga dengan Pang"
Fang mendongak ke atas untuk melihat abangnya dan lalu dia berkata "Mestilah abang! Pang nak jadi pandai macam abang! macam ibu dan juga macam ayah"
"FANG! ibu ada buat donut lobak merah. Jom makan bersama" Fang berlari ke arah ibunya kerana dia terdengar makanan kegemarannya. Fang duduk di meja makan dan nampak begitu banyak sekali donut lobak merah di dalam pinggan yang besar. Fang mencapai satu donut lobak merah dan begitu seronok sekali, dia makan donut tersebut. Fang suka apabila ibu dia membuat donut lobak merah, dia akan makan tanpa henti. "Fang jangan lupa kongsi dengan abang" Fang mengangguk kepala sambil mengambil satu dan memberi donut itu kepada abang dia.
Memori Fang bertukar lagi
Kali ini sewaktu Fang sudah besar sedikit. Ibu bapa dia sudah tiada. Fang terlanggar sup lobak merah abang dia. Habis tumpah sup tersebut. Fang menangis kerana dia tidak mahu abang dia memarahi dia. Kaizo nampak sup kegemaran dia tumpah di atas lantai, lalu dia marah Fang. Ini pertama kali Kaizo marah kepada adik dia. Fang menangis tidak berhenti-henti, lalu dia lari dan sorokkan diri di dalam sebuah almari. Almari itu tidaklah ditutup sepenuhnya, pintu almari terbuka sedikit.
Fang duduk di situ dan dia tidak mahu keluar. Fang duduk diam di dalam almari tersebut. "Ma-maafkan adik, aaa-abang. Adik ta-tak se-sengaja" kata Fang menangis teresak-esak. Fang takut untuk keluar dari almari itu, takut dia akan dimarahi oleh abang dia. Lama kelamaan, Fang tertidur di dalam almari itu. Kaizo membuka almari itu dan nampak adik dia sedang menangis dalam keadaan tidur. Kaizo rasa bersalah kerana memarahi adiknya.
Kaizo mengangkat adik dia dan letakkan Fang di atas katil dia. "Adik, maafkan abang sebab marah adik tadi"
Memori Fang bertukar lagi
Fang sudah besar, dalam umur 9 tahun. Ketika itu Fang sedang bermain-main di luar rumah. Dia ternampak satu sphera kuasa yang sedang sorokkan diri daripada Fang. Fang masa itu tiada kawan, abang dia pula sibuk berlatih dengan jam kuasa pemberian ayah mereka. Kaizo tidak berada jauh daripada adiknya.
"Comelnya" kata Fang. Fang menghulurkan tangannya ke arah sphera kuasa tersebut. Lalu sphera kuasa itu keluar dari tempat sorok dia. Sphera kuasa itu berbentuk bulat dan berwarna ungu, dia juga mempunyai tangan. "Kamu nie robotkan" tanya Fang
"Ha ah, aku adalah robot. Robot sphera kuasa!" Fang pernah dengar sphera kuasa dari abang dia tetapi dia tidak tahu apa sphera kuasa itu boleh buat. "Nama aku Fang, tapi abang aku panggil aku Pang. Dia suka ejek aku sebab aku masa kecik tak pandai sebut nama aku sendiri" kata Fang kepada Sphera Kuasa tersebut.
Fang mengajak sphera kuasa bermain dengan dia, jadi mereka berdua gelak ketawa, bermain bersama, bersuka ria sehinggalah datang satu alien berwarna merah. Alien itu menyerang mereka berdua dengan satu tembakan.
Fang hampir terkena tembakan itu tetapi dia diselamatkan oleh abang dia, Kaizo. Ketika Kaizo menyelamatkan adik dia, kepala Fang terkena satu batu yang agak besar dan hentaman dia begitu kuat sekali tetapi syukur tiada kecederaan teruk yang terjadi terhadap Fang. Tetapi nasib tidak menyebelahi sphera kuasa tersebut, alien itu menangkap sphera kuasa itu dan lalu dia pergi meninggalkan Kaizo dan Fang. Alien itu tidak tahu bahawa Kaizo mempunyai jam kuasa, jadi dia tinggalkan sahaja mereka berdua. Dia tiada masa untuk berlawan dengan dua budak mentah. Fang menangis kerana ketakutan. Kaizo cuba tenangkan adik dia, dia memeluk adik dia sekuat hati, agar dia tenang. Akhirnya Fang berhenti menangis dalam dakapan abangnya.
"Ibu, Kaizo gagal melindungi adik" kata Kaizo
Sebelum ibu dia pergi buat selama-lamanya, ibu dia menyuruh Kaizo menjaga adik dia dan lindungi dia apa-apa jua ancaman dari musuh. Kaizo berjanji akan melindungi adik dia. "Maafkan Kaizo, ibu"
Memori Fang berubah untuk kali terakhir
Selepas sahaja kejadian menimpa adik Kaizo. Mata Fang mula menjadi rabun. Fang tidak dapat membaca dengan begitu sempurna atau melihat object yang jauh. Kaizo membawa dia pergi berjumpa dengan seseorang untuk memeriksa mata adiknya. Orang itu adalah Professor, kawan baik ibubapa mereka. Professor itu berkata, hentakan yang Fang terkena hari itu menyebabkan kerosakkan sedikit di kedua mata Fang. Kaizo menjadi sedih apabila mendengar berita tersebut
"Jangan risau Kaizo, aku dapat membantu kamu" kata Professor tersebut. Professor memberi salah satu ciptaan dia kepada Kaizo. Dia memberi sebuah cermin mata yang berwarna ungu kepada Kaizo untuk adik dia. Kebetulan di tepi cermin mata itu terdapat logo huruf 'F', sesuai sangat untuk Fang. Professor itu berkata lagi, bahawa cermin mata itu bukan cermin mata biasa, dia mempunyai sebuah kuasa, kuasa penembus. Kaizo mengambil cermin mata itu dan lalu memakaikannya di mata Fang.
"Abang, adik nampak begitu jelas sekali" kata Fang dengan nada yang begitu gembira. Kaizo senyum dan dia berterima kasih kepada Professor tersebut. "Pang, kalau ada apa-apa dari ancaman musuh, gunakan kuasa kau Pang"
Kaizo memeluk adik dia, Pang membalas pelukan abang dia "Terima kasih Professor, Terima kasih abang"
Memori Fang berhenti di situ dan dia membuka mata dia secara pelahan-lahan dan nampak Lynna sedang senyum kepada dia. Air mata Fang mengalir kerana buat pertama kalinya, dia dapat melihat ibu dan ayah dia. "Ibu" kata Fang "Ayah" Fang mengelap air matanya. Fang tidak sangka, dia dapat melihat mereka, Fang tidak kisah kalau tidak dapat bercakap dengan mereka, hati dia sudah cukup gembira.
Memori tadi begitu indah sekali buat Fang. Dia mahu mengabadikan memori itu. "Fang?" Panggil Boboiboy yang berada di sisi dia.
"Kak Lynna, terima kasih. Terima kasih kerana memberi Fang melihat ibubapa Fang dan juga memori yang lain"
"Sama-sama Fang" kata Lynna
"Tapi, akak guna kuasa apa?" tanya Fang kepada Lynna. Boboiboy juga tertanya-tanya, kuasa apa yang kak Lynna gunakan tadi. Dia sendiri tidak pernah dengar tentang kuasa itu
"Kuasa Premonition. Akak dapat melihat masa lampau atau masa hadapan, apa yang Fang lihat tadi, akak dapat melihat juga tapi jangan bagitahu siapa-siapa tentang kuasa akak"
"Fang janji tidak akan beritahu sesiapa pun"
"Boboiboy juga!" Boboiboy dan Fang senyum kepada Lynna. Lynna membalas senyuman mereka. "Bagus. Akak percayakan kamu berdua dan akak tak kan bagitahu abang kamu yang kamu dapat melihat ibubapa Fang" Fang rasa lebih lega, dia memang tak nak abang dia tahu, biarlah semua ini menjadi rahsia antara dia, Lynna dan juga Boboiboy, oh yea, jangan lupa Tok Aba dan juga Ochobot. Lynna melihat jam dia, sudah tiba masanya untuk dia beredar
"Akak kena pergi dulu. Nanti lambat pula sampai rumah kawan akak. Sehingga kita berjumpa lagi" Lynna bangun dan mengambil beg sandang ungu dia yang terletak di tepi kerusi. Lynna mengambil potongan terakhir chocolate pancake dan lalu makan pancake tersebut.
Tiba-tiba Boboiboy teringat sesuatu "AKAK JANJI NAK CERITA MACAM MANA AKAK DAPAT KUASA"
"NEXT TIME OK!" Lynna melambai-lambai mereka dan lalu dia berjalan ke arah rumah kawan dia.
"Siapa sebenarnya Kak Lynna" Fang masih lagi bertanya-tanya, siapa dia?
"Itu lain kali ajelah fikirkan Fang. Cepatlah cerita apa yang kau lihat tadi" Boboiboy menarik tangan Fang dan mengajak dia duduk di kedai Tok Aba. Fang mula bercerita, Boboiboy, Tok Aba dan Ochobot tekun mendengar cerita Fang tentang memori dia.
Boboiboy, Ochobot dan juga Tok Aba berjanji kepada Fang yang mereka tidak akan cerita memori Fang kepada sesiapa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com