Rumah Hantu Fang
"Baik pula abang kau bagi kita orang tidur dekat rumah kau Fang" kata Boboiboy. Hari ini hari ahad, Kaizo membenarkan adiknya pelawa Boboiboy dan Gopal tidur di sini tapi satu syarat, kena ulang kaji untuk peperiksaan akhir tahun bukan untuk bermain sahaja. Yaya dan Ying tidak dijemput kerana mereka berdua perempuan, tak elok kalau 2 budak perempuan tidur satu bumbung dengan budak-budak lelaki walaupun Kaizo yang lebih tua daripada dia orang ada di rumah. Mereka berdua faham dan tidak kisah, asalkan esok jangan lupa datang sekolah.
"Mana aku tahu Boboiboy. Mood abang aku tue sukar untuk dibaca, kejap ok, kejap K.O, macam suis lampu" kata Fang. Dia membawa mereka berdua di bilik tetamu, mereka boleh tidur di situ atau mereka boleh juga tidur di ruang tamu depan television. Itu pun kalau abang dia bagilah. "Boboiboy, aku takut nak tidur dekat rumah terbiar nie" bisik Gopal kepada Boboiboy
"Woi, kau ingat aku tak dengar ke. Ini bukan rumah terbiarlah" kata Fang sambil mengeluarkan beberapa bantal yang di dalam almari. "Fang, rumah terbiar nie makin lama makin ceria aku tengok. Mana abang kau dapat duit?"
"Jangan tanya aku Boboiboy. Semenjak dia duduk sini, ada sahaja barang-barang baru dari dia. Dia pun tak pernah bagitahu aku mana dia dapat duit itu semua"
"Entah-entah, abang kau pergi rompak bank kot"
"APA KAU CAKAP!"
"Eh sabar sabar. Gopal bergurau sahaja tue. Jadi, apa rancangan kita seterusnya"
"Hah! aku tahu!" Gopal membuka beg bajunya dan lalu dia mencari sesuatu. "Hah! ini pun dia" Lalu dia mengeluarkan sebuah cd game. "Woi! kau gila nak main game dekat rumah aku. Kau nak kena lagi ke latihan tempur versi video game dia tue"
"Ala Fang, kita main senyap-senyap lah dekat laptop kau. Kita main sekejap aje, lagipun abang kau takde dekat rumah kan" Kaizo meninggalkan mereka bertiga untuk sementara, dia pula naik ke kapal angkasanya untuk memeriksa status sekitar galaxy.
"Yelah yelah, kalau abang aku tahu, jaga kau Gopal" Fang membawa mereka berdua pergi ke bilik dia. Fang membuka laptop nya dan mereka nampak wallpaper screen laptopnya adalah gambar mereka semua pergi berkelah pada hari itu. "Game apa yang kau bawa Gopal?" tanya Boboiboy
"Game HANTU!"
"GAME HANTU?!" terkejut Boboiboy dan Fang. "Kau nie Gopal, tak habis-habis dengan hantu. Kenapa tak bawa game Papa Zola sahaja"
"Game Papa Zola aku dah habis main, lagipun ini game baru lagi. Aku belum main lagi, jadi aku nak main dengan korang" Fang mengambil cd game tersebut dari tangan Gopal dan melihat game itu. Gambar muka hadapan gambar muka hantu yang tidaklah begitu seram tapi mengikut kata Gopal, seram! "Tak seram pun aku tengok" kata Fang
"Dey, kau belum main lagi. Mana nak tahu seram ke tak. Cepatlah Fang, install lah game tue"
"Yelah yelah. Aku install game nie" Lalu Fang masuk kan cd tersebut ke dalam laptopnya. Sementara menunggu habis install game itu, mereka bermain game card UNO yang dibawa oleh Boboiboy.
"Kejap" kata Fang sebelum dia meletakkan card UNO dia "Bukan korang datang ke sini untuk ulangkaji ke?"
"Wei Fang, bagilah kita orang main dulu. Lepas tue baru kita ulangkaji"
"Yelah tue Gopal, entah berapa jam kita main nanti" Fang meletakkan card UNO dan Gopal perlu mengambil 2 card lagi. Fang memang sahaja nak kenakan Gopal "Takpe kau Fang. Kejap lagi kenalah kau"
"Marilah, kalau berani" kata Fang. Fang melihat card dia, dia terdapat banyak +2 card. Boboiboy nampak wajah Fang yang penuh dengan kenakalan dia. Sedang mereka asyik bermain, mereka tidak sedar game sudah habis di install kerana terlalu leka sangat main dengan UNO card. "AMBIK KAU GOPAL! MUAHAHAHAHA!" Fang meletak kesemua +2 card dan akhirnya dia menang
"Tak gu-" elektrik di rumah Fang tiba-tiba terputus. Semuanya menjadi gelap kecuali cahaya lampu yang ada di laptop Fang. "Rumah kau tak bayar bil elektrik ke?"
"Mana adalah" Fang bangun dan melihat keadaan di luar biliknya. Semuanya gelap gelita, Fang tidak nampak apa-apa pun. "Boboiboy, keluarkan kuasa api kau" Lalu Boboiboy keluarkan kuasa api dia, api itu tidak lah begitu besar, hanya kecil sahaja, cukup untuk menerangi bilik Fang. Dia menutup laptopnya takut kehabisan bateri nanti. "Jom ikut aku ke dapur. Aku rasa ada beberapa lilin dekat dapur aku" Fang menyuruh Boboiboy berjalan di hadapan dia. Gopal pula di belakang Fang kerana ketakutan. "Wei Fang, kau pasti ke rumah nie takde hantu"
"Wei, sudah lama aku duduk kat sini, mana ada hantu"
"Tapi.. bukan kau ke yang hantu?"
"Gopal, kau jangan buat lawak boleh tak?" marah Boboiboy. Mereka pelahan-lahan turun ke bawah, takut mereka terpijak sesuatu atau terlanggar sesuatu yang boleh membuat mereka jatuh di tangga. Gopal memegang bahu Fang begitu kuat sekali sampai Fang menepuk tangan Gopal. "Jangan pegang aku kuat-kuat boleh tak"
"Maaf Fang" Mereka ikut sahaja Boboiboy dengan cahaya apinya dan belok ke arah kanan untuk menuju ke dapur. Boboiboy seperti terlanggar sesuatu yang membuatkan bunyi bising. Gopal terkejut dengan bunyi itu "Bunyi apa tue"
"Maaf, aku terlanggar sesuatu" Boboiboy melihat ke bawah dan nampak dia terlanggar mainan Shadow. Fang mengangkat mainan itu dan letak di tepi dinding. Mereka sambung berjalan ke dapur. Sampai sahaja di pintu dapur, Fang cepat-cepat mencari lilin di dalam laci-laci dapur tapi dia hanya jumpa lampu suluh. "lampu suluh pun lampu suluh jelah" Fang memasang lampu suluhnya dan Boboiboy memadam kuasa api dia.
"Apa kita perlu buat sekarang?" tanya Gopal
"Aku hubungi abang aku sekejap" Fang menghubungi abang dia tetapi abang dia tidak angkat panggilan dia. Fang cuba lagi sekali, tetapi gagal juga. "Nampaknya, kita terpaksa tunggu jelah"
"Fang, rumah kau takde kotak suis utama ke?" tanya Boboiboy
"Ada, tapi dekat basement"
"BASEMENT?!" Fang menyuluh ke arah muka Gopal "kau apahal tiba-tiba menjerit"
"Wei, kau tak tahu ke cerita tentang sebuah keluarga yang mati bunuh dekat basement"
"Tak tahu" kata Fang dengan nada yang bosan. Fang sudah bosan dengan Gopal dengan cerita hantu dia. Hantu itu, hantu ini, semuanya hantu. Fang rasa macam nak sahaja suruh abang dia kenakan Gopal dengan latihan tempur versi hantu, baru dia tahu bagaimana dia orang rasa hari itu. "Aku rasa tak selamat kalau kita ke basement, kita tunggu ajelah abang kau"
"Kalau kau tak nak, takpe. Kau tunggu sahaja dekat sini sorang-sorang. Boboiboy, jom ke basement bawah"
"Janganlah tinggalkan aku sorang-sorang" Fang baru sahaja mahu meninggalkan Gopal di dalam gelap gelita ini sorang-sorang tapi dia sudah panggil pula. "Aku.. aku.. aku rasa ada sesuatu dekat kaki aku.. ha-ha-hantu!"
Fang dengan muka yang tengah bosan, dia menyuluh ke arah kaki Gopal dan nampak Shadow sedang membelai-belai kaki Gopal "Shadow" Fang memanggil kucingnya. "Jangan dekat dengan hantu Gopal tue" Shadow pergi ke tuannya dan meow meow kepada Fang
"Sudahlah Gopal, mana ada hantu. Itukan kucing Fang sahaja"
"Mana aku tahu, yang dia pergi main dekat kaki aku buat apa"
"Jomlah, dari kita buang masa dekat sini, baik kita pergi ke basement cepat" Fang menyuluh ke luar dapur dan lalu menyuluh ke arah ruang tamu. Tiba-tiba sahaja Fang menjerit "AGHHHHHH!"
"Kan aku dah cakap tadi.. ada hantu. Kau degil" Gopal terus menyorok dirinya di bawah meja. Dia mengigil ketakutan. "KENAPA KAU MENJERIT?" itu suara Kapten Kaizo, fikir Gopal. Dia keluar dari bawah meja dan mendongak ke atas, dia nampak Kaizo sedang melihat mereka bertiga. "Kenapa kau ada dekat bawah meja?" Gopal tersengih dan lalu bangunkan dirinya.
"Dia tengah sorokkan diri daripada hantu"
"Hantu? hmmmm..." Kaizo merenung lama ke arah mata Gopal. Gopal pula takut apabila abang Fang merenung lama terhadap dia, dia takut Kaizo tengah fikirkan latihan tempur. Gopal menjadi panik, mata dia pandang ke arah kira, ke kanan lepas itu pandang balik ke Kaizo yang masih merenung dia lagi. "Maaf Kapten Kaizo. Saya nie peminat hantu"
"Peminat hantu yea.. bagus bagus" Gopal menjadi lebih panik. Apa abang Fang nak buat dengan aku nanti, fikir Gopal. Air peluh dia keluar, dia menjadi lebih risau. Hati dia berdebar-debar sebab takut punya pasal
"Ta-ta-tapi kenapa Fang menjerit tadi" kata Gopal yang sedang mengigil ketakutan
"Pang? Dia ingat dia nampak hantu" kata Kaizo
"Yelah, tiba-tiba sahaja abang muncul macam hantu. Terkejut adik" Kaizo tergelak sahaja. "Dengan hantu pun kau nak takut" Kaizo mengambil lampu suluh di tangan Fang. "Sudah! Ikut abang ke basement"
"Eh, kejap abang" Kaizo menyuluh ke arah adiknya. "Apa lagi?"
"Boboiboy hilang. Shadow pun hilang" kata Fang. Kaizo menyuluh di seluruh dapur dan membenar kata adiknya tadi. Boboiboy dan Shadow hilang. "Macam mana boleh hilang?" tanya Kaizo
"HA-"
"Kau jangan nak sebut hantu" Fang bagi amaran dekat Gopal dan terus dia senyap. "Kita kena cari dia orang tapi lampu suluh ada satu sahaja" Kaizo pergi ke arah satu almari dan membukanya, di situ terdapat satu lagi lampu suluh. "Kau nie memang tak pandai nak cari" Dia mencampak lampu suluh itu ke arah adiknya dan lalu Fang menyambut lampu suluh tersebut.
"Korang duduk dekat ruang tamu, jangan pergi ke mana-mana. Biar aku pergi cari kawan korang Boboiboy"
Fang dan Gopal duduk diam di ruang tamu sambil menunggu Kaizo mencari Boboiboy. Mereka berdua tidak bertegur langsung. Fang malas nak layan dengan cerita hantu Gopal. Dia sudah lama duduk dekat rumah terbiar ini, mana pernah dia nampak hantu. "Fang, kau naik kan sedikit lampu suluh tue, makin gelap pula aku tengok"
Fang meletakkan lampu suluh itu di atas meja ruang tamu. "Puas hati?" Gopal angguk sahaja
10 minit kemudian, Kaizo belum muncul lagi. Boboiboy pun juga belum muncul. Gopal terfikir mereka berdua kena culik dengan hantu atau alien jahat yang culik mereka berdua. Fang nampak muka Gopal yang dalam kerisauan. "Kau kenapa?"
"Kau tak rasa pelik ke, Boboiboy hilang dengan kucing kau. Lepas tue sampai sekarang abang kau tak muncul-muncul lagi, entah-entah dia pun hilang juga"
"Kau nak tengok kuasa aku tak"
"Eleh, kau mana boleh guna kuasa kau dalam gelap-gelap macam nie"
Fang apa pedulik "Hari-" Fang terdengar seperti ada orang sedang mengetuk pintu. "Bunyi apa tue?" kata Gopal
"Syhh! senyaplah" Gopal memegang-megang tangan Fang tapi Fang lepaskan tangan Gopal. Bunyi ketukan itu menjadi lebih kuat. Fang dengan beraninya, dia mengambil lampu suluh dan mencari dari mana bunyi itu datang. Gopal mengikut Fang dari belakang.
TOK TOK TOK TOK
Fang dapat rasakan ketukan itu datang dari pintu rumah dia. Fang menuju ke pintu rumahnya dan secara pelahan-lahan dia membuka pintu tersebut "Fang, kalau kau kena culik lepas nie. Maafkan aku yea"
"Isk kau nie" Fang terus membuka pintu dan nampak Yaya sedang berdiri di depan pintu dengan sebuah bakul yang besar.
"Yaya? Apa kau buat dekat sini?" tanya Fang.
"Aku ada dekat sini sebab Tok Aba suruh hantarkan nasi ayam nie dekat korang. Tok Aba yang buatkan untuk korang" Yaya melihat-lihat rumah Fang yang dalam keadaan gelap gelita itu. "Kenapa rumah kau gelap, Fang?"
"Takde elektrik" Fang mengambil bakul tersebut dari tangan Yaya "Terima kasih Yaya. Susah kau sahaja bawa makanan nie dekat korang. Nanti cakap dekat Tok Aba terima kasih yea" kata Fang. Dia membau makanan tersebut, sungguh menyelerakan. "Takpe, Yaya tak kisah pun. Jumpa esok"
Fang baru sahaja hendak menutup pintu itu, tetapi tangan Gopal menghalang pintu tersebut daripada di tutup. "Kau apasal?" tanya Fang
"Yaya! Aku nak balik rumah. Seram sangat duduk dekat rumah hantu Fang nie"
"Isk kau nie Gopal. Tak baik tau cakap rumah orang ada hantu"
"Tapi.. tapi..."
"Jumpa esok sahajalah Gopal" Terus Yaya terbangkan diri ke langit. Fang menarik Gopal masuk ke dalam rumah dan mengheret dia terus ke dapur. "Hantu, hantu, hantu.. tak habis-habis dengan hantu"
Fang meletakkan bakul itu di atas meja dan terus sahaja elektrik ada balik. Fang bersyukur kerana rumah dia sudah ada elektrik balik. "Elektrik dah ada balik, boleh lah kita makan nanti" Fang berasa begitu gembira sekali, dia mengeluarkan bekas-bekas kecil yang berisikan nasi, ayam, sup dan lain-lain.
"Pang" Kaizo muncul di dapur bersama dengan Boboiboy. Di kaki Boboiboy, muncul Shadow. Shadow tadi mengikut Boboiboy ke basement bawah
"Boboiboy, mana kau pergi tadi?" tanya Gopal. Lega hati dia dapat melihat kawan baik dia ada dekat sini.
"Aku pergi ke basement lah. Kau kenapa Gopal?"
"Takde apa-apalah"
"Sudahlah, jomlah makan. Tadi Yaya hantar" kata Fang yang sudah hidangkan makanan mereka.
Pada malam itu, Boboiboy, Fang dan Gopal duduk di meja ruang tamu dan mengulangkaji mata pelajaran. Laptop Fang kena rampas dengan abang dia sebab main game sampai lupa nak ulangkaji. Fang berasa begitu bengang sekali dengan Gopal. Selepas sahaja habis ulangkaji, masing-masing masuk tidur. Gopal tidak boleh tidur, dia pusingkan badan dia ke kiri, ke kanan tapi dia masih lagi belum mengantuk.
Gopal bangun dan lalu pergi ke ruang tamu. Mungkin menonton tv boleh buatkan dia mengantuk. Sedang dia berjalan ke ruang tamu, dia ternampak ada seorang kanak-kanak perempuan sedang berlegar-legar di ruang tamu rumah Fang. Gopal mengigil ketakutan dan lalu lari masuk ke dalam bilik dan sembunyikan diri di bawah selimut. "Boboiboy.. Boboiboy!"
Boboiboy tidak bangun, terpaksalah Gopal tidur dalam selimut.
Pagi esok, awal-awal lagi Gopal sudah keluar dari rumah Fang dan terus ke sekolah. "Awal betul dia pergi ke sekolah? Lagi awal daripada aku" kata Fang yang sedang bersarapan dengan Boboiboy
"Entahlah, ada kecemasan kot dekat sekolah"
"Bukan.. dia lari sebab abang takutkan dia malam tadi"
"Apa abang buat dekat Gopal?" Fang nak tahu juga apa abang dia buat sampai Gopal terus pergi ke sekolah awal.
"Abang pasang hologram hantu dekat ruang tamu, terus dia takut. Kata minat sangat dengan hantu, tengok hantu pun dah takut" kata Kaizo. "Takpe, nanti abang jemput dia untuk menjalani latihan tempur versi hantu"
"Abang tak tahu ke, dia tue minat aje dengan hantu tapi takut dengan hantu" kata Fang
"Oh patutlah. Bolehlah abang takutkan dia lagi dengan hantu" Lalu Kaizo makan cereal dia dengan aman.
Fang dan Boboiboy tergelak sahaja. Habislah kau lepas ini Gopal.
Selepas sahaja Gopal dapat tahu dia akan menjalani latihan tempur versi hantu, terus Gopal lari daripada sekolah dan sorokkan diri daripada Kaizo. "Hah, itulah, cakap sangat pasal rumah Fang rumah berhantu, kan dah kena sendiri dengan Kapten Kaizo" kata Yaya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com