Sasaran Kedua
"Kenapa kau menangis?"
Fang memandang ke atas dan nampak seorang budak lelaki yang sebaya dengan dia berdiri di depan dia. Budak itu menghulur tangan dia kepada Fang. Fang membalas dengan memegang tangan budak itu. Budak itu menarik Fang berdiri dari lumpur itu. Baju dia, seluar dia, kasut dia dan juga muka dia penuh dengan lumpur. Fang berhenti menangis dan kenalkan diri dia kepada budak itu. "Aku nak tangkap seekor katak tapi aku terjatuh dalam lumpur pula. Nama aku Fang, tapi abang aku panggil aku Pang"
"Salam berkenalan Fang. Nama aku Mikey" mereka berdua berjabat tangan dengan senyuman ikhlas di muka masing-masing. "Kau nak tangkap katak? jom aku tolong kau" kata Mikey. Mereka berlari dan mencari katak sampai lah mereka terjumpa seekor katak yang dekat dengan lumpur. Mereka melompat dan mengejar katak itu sehinggalah dua-dua jatuh ke dalam lumpur juga. Fang menjadi semakin kotor tapi dia tidak kisah kerana di tangan dia terdapat seekor katak yang comel.
"Mikey! aku dah dapat katak tue!" Mikey merangkak di dalam lumpur itu dan berhenti di sebelah Fang. "Wah! comelnya" Mereka berdua ketawa bersama melihat katak yang kecil itu. Fang lepaskan katak itu. Hujan mulai turun dan membasahi planet tersebut. "Jom kita cari tempat teduh" Mikey pegang tangan Fang dan heret dia ke bawah pokok tetapi Fang tidak mahu. Dia nak bermain di dalam hujan
"Nanti kau demam macam mana?"
"Ala, sekali sekala. Bukan selalu pun! Jomlah Mikey!" Fang menarik kedua tangan Mikey ke dalam hujan. Mikey berasa begitu bebas bermain di dalam hujan. Mereka begitu seronok sekali, berlari ke arah sana sini sambil menjerit keseronokan mereka. "Esok kita jumpa lagi dekat sini" kata Mikey
"Ok! Kita jumpa esok!" Mikey melambai-lambai ke arah dia. Fang dengan hati gembira, dia terus berlari pulang ke rumah dia. Abang dia mesti akan memarahi dia kerana dia begitu kotor sekali dan bermain di dalam hujan. Tapi apa dia kisah, dia dapat jumpa seorang kawan untuk bermain bersama. Kaizo yang berada di rumah sedang sediakan makan malam untuk mereka berdua. Dia nampak adik dia dalam keadaan begitu kotor sekali
"Pang! adik tak apa-apa ke?" Kaizo memeriksa adik dia jikalau ada luka apa-apa. "Abang jangan risau, Fang cuma terjatuh dalam lumpur sahaja" Dia melihat adik dia begitu gembira sekali. Selalunya adik dia akan menangis kalau terjatuh di mana-mana sahaja, kali ini adik dia nampak lain. "Betul adik tak apa-apa? Kalau macam tue, adik pergi mandi cepat" Kaizo mengambil tuala dan berikan kepada adik dia.
Selepas sahaja selesai mandi dan pakai baju, Fang terus ke meja makan. Dia begitu lapar sekali dan tak sabar untuk makan. Fang meloncat-loncat di kerusinya sambil menunggu kedatangan makanan dia. Kazio meletak semangkuk sup lobak merah dan roti untuk adik dia. "Ini sahaja yang abang mampu buat untuk adik. Adik makan tau" Kaizo cium kepala adik dia.
Kaizo mengambil duduk disebelah Fang dan melihat adiknya makan begitu pelahap sekali. "Tadi adik pergi main dekat mana?"
Fang dengan mulut penuh dengan roti, lalu dia berkata "Fang main dengan kawan tadi. Adik baru sahaja kenal dia hari ini. Kita orang pergi tangkap katak tadi" Fang cicah sedikit roti kedalam sup dan lalu makan. "Kawan?" Kaizo mula berfikir, siapa kawan baru adik dia?
"Siapa nama dia?"
Fang menelan roti dia dan lalu berkata lagi "Nama dia Mikey. Esok kita orang jumpa tempat yang sama. Abang tak marahkan adik pergi bermain dengan kawan adik" Kaizo hanya senyap dan mendengar sahaja adik dia sedang bercerita
Seperti biasa, keesokannya, Fang keluar bermain lagi bersama dengan Mikey. Kali ini mereka bermain di tepi sungai. Sungai itu begitu jernih sekali, Fang dan Mikey melihat ikan-ikan yang sedang berenang di dalam sungai tersebut. Terdapat pelbagai jenis ikan yang ada, ada yang berwarna biru, ada yang besar dan ada juga yang ada dua warna. Dua-dua begitu teruja melihat ikan-ikan tersebut.
"Fang, tengok ada kura-kuralah" Mikey menunjuk ke arah kura-kura yang kecil sedang berenang-berenang bersama dengan ikan-ikan lain. Mereka ketawa kecil melihat kura-kura itu. Selepas itu Mikey membawa Fang masuk ke dalam hutan. "Mikey, kenapa kita perlu masuk ke dalam hutan?"
"Sebab hutan banyak benda kita boleh jumpa, macam pokok bunga tue" kata Mikey sambil menunjuk sebuah bunya pelik yang berwarna biru. Fang cuba dekat dengan bunga tersebut tetapi Mikey halang dia. "Jangan datang dekat, bunga itu ada racun" Fang melihat bunga itu keluarkan debu-debu racunnya. Mikey menarik tangan Fang dan bawa ke tempat lain pula. Mereka makin jauh ke dalam, Fang menjadi takut
"Ke mana kau nak bawa aku pergi?" tanya Fang
"Ikut sahaja aku" Makin jauh lagi mereka masuk ke hutan. "Mikey, aku nak balik. Jomlah patah balik" kata Fang
"Jangan risau Fang, aku akan melindungi kau. Hah! kita dah sampai pun" Mereka sudah sampai di sebuah pondok yang terdapat di atas pokok. Ada sebuah tangga kayu di pokok tersebut. "Inilah tempat yang aku selalu pergi. Aku selalu sembunyi dekat sini kalau kakak atau abang marah aku. Mereka tak kan dapat cari aku dekat sini. Jom naik ke atas"
Mikey panjat tangga tersebut, Fang pula ragu-ragu samada nak atau tidak. "Jomlah Fang, aku tak kan biarkan terjadi apa-apa dekat kau. Kau kawan baik aku" Setelah Fang mendengar perkataan kawan baik, dia terus senyum dan terus sahaja panjat tangga itu. Setelah sampai di pondok itu, mereka melihat di luar tingkap pondok tersebut. Begitu tinggi sekali pokok itu, mereka boleh melihat macam-macam di atas pondok tersebut. "WAH! bestnya permandangan dekat atas nie!" kata Fang
Mikey tersenyum melihat kawan dia begitu teruja sekali. "Fang, kita selama-lamanya akan menjadi kawan baik"
"Selama-lamanya" kata Fang
Tapi itu semua berakhir pada hari keesokannya. Mikey mengetuk pintu rumah Fang dan Kaizo yang membuka pintu tersebut. "Fang ada?"
"Pang? kejap, aku panggil dia" Kaizo memanggil adiknya yang sedang bermain di dalam bilik. "PANG! KAWAN ADIK ADA DEKAT SINI!" Fang begitu gembira sekali, dia berlari keluar dan terus ke kawan dia. "Kita nak pergi mana hari ini?" tanya Fang
"Kita pergi mengembara! nak tak?"
"JOM! Adik keluar dulu abang" Fang dan Mikey berjalan sambil berpegang tangan. Kaizo rasa tidak sedap hati pula Fang berkawan dengan budak itu. Dia memerhatikan sahaja Mikey itu dari jauh. Dia tidak suka Fang berkawan dengan mana-mana alien yang ada di planet ini, kerana dia takut jika ada sesuatu yang berlaku terhadap adik dia. Kaizo membuat keputusan untuk mengekori mereka berdua.
"Fang, kalau kita lari dari tempat nie, kau nak ikut tak?" tanya Mikey
"Eh, kenapa kau tanya aku macam tue?"
"Sebab kita boleh pergi mengembara sama-sama. Aku suka pergi mengembara, lebih-lebih lagi dapat melihat plane-planet lain. Mesti ada alien yang berbentuk lain kan"
"Tapi.. kalau aku ikut kau, abang aku macam mana? Aku tak nak tinggalkan abang aku keseorangan" Fang tak dapat bayangkan kalau dia terpisah dengan abang dia. Dia hanya ada abang dia sahaja sekarang ini. Dia tidak tahu mana kedua ibubapa dia, abang dia tidak mahu bercerita. Mungkin mereka kena tangkap dengan alien jahat. "Ala, abang kau mesti faham. Dia mesti nak tengok adik dia bebas kan. Abang dan kakak aku tak kisah sangat, dia orang lebih suka tengok aku pergi mengembara tapi jangan lupa kan mereka. Macam mana Fang, kau dan aku pergi mengembara bersama"
"Macam seronok aje"
"Jomlah, kita bermula pada hari ini juga! Kita kan kawan baik, jomlah jomlah!" Mikey memujuk Fang sampailah Fang kata "OK! tentu seronok! kau dan aku selamanya!" Mikey rasa gembira. Mereka berdua mengambil jalan berlainan kerana mereka ingin mulakan pengembaraan mereka sekarang juga. Mereka tidak berkata selamat tinggal kepada kakak atau abang mereka. Mereka tidak pedulik tentang itu.
"Fang, kalau kau nak tahu. Kau lah kawan pertama aku" Fang tersenyum. "Terima kasih kerana menjadi kawan aku. Kita tak kan berpisah" kata Mikey lagi
Mereka baru sahaja untuk melintasi sungai, tangan Fang sudah dipegang oleh abang dia. "PANG NAK PERGI MANA?" kata Kaizo dengan nada yang begitu garang sekali. "Abang? apa abang buat dekat sini?"
"Abang ikut adik. kenapa adik pergi ke sini?"
"Adik nak pergi jauh, adik nak pergi mengembara dengan kawan adik" terkejut Kaizo. Dia melihat Mikey, kemudian adiknya. Muka mereka betul-betul mahu pergi mengembara, mahu meninggalkan keluarga mereka sendiri. "Abang tak benarkan adik pergi. SUDAH! mari kita balik!" Kaizo mengheret adiknya.
"Tapi abang! kawan adik.. adik nak ikut kawan adik" Kaizo tidak pedulik. Dia heret adik dia. Fang mencapai-capai tangannya ke arah Mikey. Mikey juga begitu. "FANG! JANGAN PERGI!"
Makin lama makin jauh mereka terpisah. Fang menangis kerana abang dia tidak lagi membenarkan dia berkawan dengan Mikey atau sesiapa sahaja. Malam itu juga Kaizo membawa Fang pergi jauh daripada situ. Pagi esoknya, Mikey mencari Fang di rumah tapi dia dapati, rumah itu sudah kosong. Tiada apa yang tinggal. Mikey berasa sedih dan terus dia berazam untuk mencari Fang "Jangan risau Fang, aku akan cari kau. Kita kan kawan, kawan tak kan terpisah"
Semenjak itu, dia mengikut kakak dia Minako pergi mengembara di galaxy. Dia tidak berputus asa mencari Fang, sejauh mana dia akan pergi, dia akan tetap mencari.
-----------------------------------
"Kapten Kaizo, macam mana dengan keadaan Fang?" tanya Yaya. Yaya dan Ying baru sahaja terima dari panggilan Boboiboy dari pagi tadi, Mereka terkejut besar dengan berita tentang Gopal kena tangkap dengan Mikey. Mereka tidak tahu bahawa kakak Mikey yang tangkap Gopal yang sebenarnya. Mereka juga tidak tahu bahawa Mikey sekarang dalam keadaan koma.
"Pang sudah tidur. Biarkan dia tidur dengan tenang" Kaizo harus fikirkan sesuatu untuk hapuskan Mikey. Masalahnya sekarang ini, dia tidak tahu mana Mikey itu sembunyikan diri. Semalam dia pergi ke kapal angkasa untuk mengesan kapal angkasa kakaknya tetapi tiada satu signal yang muncul di kapal angkasanya. Kaizo pasti kapal angkasa itu sedang sembunyi. Dia menyuruh Lahap cari kapal angkasa tersebut, manakala dia pula, turun ke bumi untuk periksa adik dia.
Pagi tadi dia terkejut dengan jeritan Fang. Kaizo hampir sahaja hendak menangis melihat keadaan adik dia. Kaizo mengenggam tanganya, dia begitu marah sekali dengan Mikey. Kalau apa-apa terjadi dekat adik dia, dia tak kan maafkan Mikey.
"Kapten kaizo, macam mana kita nak pergi selamatkan Gopal?" tanya Yaya lagi. Yaya yang sedang duduk di sofa bersama dengan Ying, begitu risau sekali dengan kedua rakan mereka, Gopal dan Fang. "Itu biar aku yang fikirkan. Kamu berdua harus berhati-hati, jangan jalan keseorangan. Kamu Boboiboy, kalau boleh, gunakan kuasa terkuat kau. Jangan bagi dia peluang langsung" kata Kaizo
Mereka mengangguk kepala.
"Kapten Kaizo!" Lahap muncul di skrin kecil jam kuasa Kaizo. "Kenapa Lahap?"
"Saya dapat mengesan sesuatu di Pulau Rintis. Dia dekat dengan kawansan perumahan Kapten" Kaizo tidak mengagak lagi, itu mesti Mikey, si alien jahat itu. "Terima kasih Lahap" dia menutup skrin kecil itu. Dia perlu mencari Mikey dan paksa dia pulangkan kawan adik dia. "Boboiboy, kau ikut aku. Kamu berdua duduk di sini, jaga adik aku. Biar aku dan Boboiboy uruskan Mikey tue"
"Baik kapten!" kata Yaya dan Ying.
"Kalau boleh, jangan bagi Pang keluar dari rumah nie selagi aku belum balik" Kaizo melihat pintu bilik adiknya. Dia rasa berat hati untuk meninggalkan Fang tapi dia yakin, dua kawan perempuannya dapat menjaga adik dia. "Kalau terjadi apa-apa dekat aku, rahsiakan daripada perkara itu daripada Pang. Aku tak mahu melihat dia terseksa lagi"
"Tapi Kapten Kaizo, nanti dia akan tahu juga. Dia akan pergi selamatkan Kapten juga" kata Ying. Kaizo hanya diam sahaja, dia tahu dia tak dapat elakkan jikalau adik dia kalau diri dia yang dalam bahaya tapi dia tidak mahu adik dia dalam keadaan bahaya juga. Kaizo tidak bercakap apa, dia hanya membuka pintu rumah dan keluar. Boboiboy mengikut Kaizo dari belakang. "Abang Kaizo, semuanya pasti akan selamat" kata Boboiboy
"Harap begitu Boboiboy" Sebelum Kaizo jejak kakinya ke luar kawasan rumahnya, dia melihat tingkap adiknya. Pang, abang akan kembali. Abang akan selamatkan kawan adik, kata Kaizo dihati. "Ayuh, kita kena cari si jahat tue"
-------------------------------------------------
Gopal terbangun dari tidurnya. Dia rasa dia sedang bermimpi yang dia di tangkap oleh alien yang bernama Minako. Gopal membuka matanya dan nampak dia di dalam sebuah penjara. "Aku bukan bermimpi malam tadi" Gopal pegang pintu penjara tersebut tetapi dia terkena kejutan elektrik. "Adoi!" menjerit Gopal di dalam penjara itu. "Macam mana aku nak keluar nie"
"Kau dah bangun" Gopal nampak Minako sedang berdiri di depan pintu penjara tersebut. "Selamat datang ke kapal angkasa aku"
"Dey, baik kau lepaskan aku sebelum aku tukarkan penjara ini menjadi makanan"
"Tukarlah, aku nak lihat kuasa kau yang hebat sangat tue" kata Minako dengan belagaknya.
"Oh, baiklah! TUKARAN BISKUT RANGGUP!" tetapi tidak menjadi apa-apa. Gopal mencuba lagi sekali "TUKARAN KERTAS!" masih lagi tidak menjadi apa-apa. "APA KAU DAH BUAT DENGAN KUASA AKU?!" Minako hanya tergelak sahaja
"Penjara itu adalah khas untuk pemilik jam kuasa. Penjara itu akan neutral kan kesemua jam kuasa. Kau tak kan lepas daripada penjara itu. Apa kata kau menonton episode baru dari bumi. Semasa kau sedang lena tidur, adik aku terjaga dari komanya. Sekarang dia akan membalas dendam terhadap kawan kau yang lain" Minako tergelak sambil menekan satu butang. Butang itu mengeluarkan sebuah skrin yang sederhana dan menunjukkan Mikey sedang berjalan di kawasan perumahan Pulau Rintis. Dia sedang menuju ke rumah Fang.
"Fang, Boboiboy, selamatkan diri korang" kata Gopal. Dia melihat skrin itu penuh dengan berdebar-debar, seperti menonton sebuah drama di television. "Kau tak perlu risau, nanti salah sorang daripada rakan kamu akan sertai kau juga di penjara ini"
"Tak, aku pasti mereka dapat kalahkan adik kau yang gila tue"
"KAU CAKAP ADIK AKU GILA!" Minako menekan satu butang biru dan penjara itu mengeluar elektrik yang tahap rendah. Gopal menahan kesakitan dia dari renjatan elektrik. "Arghhhh! TOLONGG AKU!" Minako melepaskan butang tersebut.
"Itu baru tahap biasa, cuba kalau aku bagi kau tahap maksima... hehehehe"
"Kau memang kejam" kata Gopal yang ada sedikit kecederaan di bahagian tangan dia. "Bukan aku tapi kawan baik kau yang kejam" kata Minako sambil melihat skrin itu. "Semoga berjaya adik ku sayang"
-----------------------------------------------------------------
Tok Tok Tok
"Yaya, siapa yang ketuk pintu tue" tanya Ying
"Mana aku tahu. Jom kita lihat sama-sama" Yaya dan Ying beranikan diri. Mereka berjalan secara pelahan-lahan ke pintu rumah Fang. Ketukan itu menjadi lebih kuat. "Yaya, cepatlah buka pintu tue"
"Aku takut Mikey yang muncul dekat depan pintu"
"Buka ajelah, kalau dia muncul. Kita gunakan kuasa kita" kata Ying kepada Yaya. Yaya dengan pelahannya, dia pegang tombol pintu dan pusing secara pelahan. Pintu itu terbuka dan Yaya mengintai ke luar dan dapati tiada siapa di luar. Yaya membuka luas pintu tersebut. "Aik, siapa yang ketuk pintu tadi" tanya Ying yang sedang kepelikan. Mereka berdua mencari-cari jikalau orang tadi masih ada di sekitar kawasan halaman rumah Fang
"Pelik. Tak kan boleh hilang macam tue aje" kata Yaya
"Jangan-jangan si Mikey tue. Baik kita pergi periksa si Fang" Yaya menutup pintu tersebut tetapi ada satu tangan menghalang dia menutup pintu itu. Mikey muncul di depan mata Yaya. Dia terkejut melihat Mikey ada di situ, dan pandangan mata dia begitu menakutkan. "Kita berjumpa lagi, Yaya"
"Ying! Kau pergi jaga Fang. Biar aku lawan dia nie" jerit Yaya.
"Tapi, tak kan aku nak tinggalkan kau lawan dia sorang-sorang"
"PERGI SAHAJA!" Yaya menghalang Mikey daripada memasuki rumah tersebut. "Kau tak kan dapat Fang, TUMBUKAN PADU MAKSIMA!" Mikey melompat kebelakang daripada terkena tumbukan Yaya
"Siapa kata aku nak Fang. AKU NAK KAU SAHAJA!" Yaya terkejut, lalu dia terbang keluar dari rumah. "kau nak terbang macam mana pun, aku akan dapat kau juga!" jerit Mikey kepada Yaya yang sudah berada di udara. Ying pula sudah berlari laju ke pintu bilik Fang. Dia membuka pintu bilik tersebut dan melihat Fang masih lagi sedang nyenyak tidur.
"ARGHHHHH!" Ying terdengar suara Yaya dari luar rumah. Ying berlari untuk selamatkan kawan dia. "YAYA!" Ying pelahankan masa dia supaya Mikey tidak dapat mengejar dia atau Yaya. "Ying, kau buat apa dekat sini"
"Aku tak nak dia tangkap kau!"
"Kalau macam tue, mari kita serang dia! TUMBUKAN PADU!"
"SERIDU TENDANGAN LAJU!"
Kedua-dua mereka menyerang Mikey yang sedang jalan agak pelahan seperti siput. Tetapi mereka terkena tembakan dari kakak Mikey. Ying dan Yaya terpelanting, Ying jatuh di tepi pagar rumah Fang, manakala Yaya pula tersangkut di pokok. Mikey sudah dapat berjalan seperti biasa.
"Aku tak kan benarkan kamu berdua serang adik aku" kata Minako. Yaya cuba lepaskan diri dia daripada pokok, baju dia tersangkut dengan bahan-bahan pokok. Dia ternampak Minako dan Mikey sedang berjalan menuju ke arah Ying. "YINGGG!" menjerit Yaya
Mikey pandang ke arah Yaya "Baik kau selamatkan kawan kau Yaya, sebelum kakak aku tangkap dia"
"Jangan harap!" Yaya mengangkat tangan kanannya "GRAVITY PEMBERAT" sambil itu, Yaya cuba melepaskan diri dia juga walaupun ada sedikit yang terkoyak dekat baju dia
Minako tidak dapat bergerak kerana ada sesuatu membuat badan dia begitu berat sekali. Mikey juga begitu. Mereka cuba untuk lepaskan diri tetapi tidak berjaya. Ying bangun dah larikan diri daripada mereka berdua. "Ying! hubungi Kapten Kaizo cepat!"
Yaya tahan mereka berdua selama mana yang dia boleh. Minako tidak berputus asa, sedikit demi sedikit dia dapat mengangkat pistol dia dan pelahan-lahan dia mengacu pistol dia ke arah Yaya yang masih lagi berapa di atas pokok lagi. Ying nampak apa yang Minako sedang lakukan. "YAYA! HATI-HATI"
"Hahahaa!" Minako menembak pistol itu "YAYAAAAAA!" menjerit Ying.
"PENGIKAT BAYANG!" Fang mengikat Yaya yang berada di pokok dan mengheret Yaya ke arah tepi dia. Pokok itu musnah terkena tembekan dari Minako. "Fang! kau dah bangun!" kata Yaya. Ying berlari ke arah mereka berdua. "Aku kena berjuang dengan korang, aku tak boleh melihat kawan-kawan aku kena tangkap dengan mereka" Fang berdiri di depan kawan perempuannya. Dia melindungi mereka berdua dan halang mereka ke depan dengan tangannya.
"Apa kata, kau ikut aku sahaja Fang. Tak perlulah kita berlawan lagi. Kau ingat tak lagi masa kita kecil lagi, kau dengan rela hati ingin ikut aku pergi mengembara. Kau ingat tak lagi Fang" kata Mikey. Lalu dia berkata lagi "Aku akan lepaskan kawan kau, tiada siapa akan menjadi mangsa aku lagi"
Fang ingin sahaja menyerah diri dia kepada Mikey agar kawan-kawan dia semuanya selamat tetapi dia tahu, diri dia akan terseksa nanti. Dia tidak akan dapat berjumpa dengan kawan-kawan dia bumi balik, apatah lagi abang dia. Dia perlu berjuang bersama mereka, kalah atau menang, dia akan tetap bersama dengan mereka. "Tak, aku tak kan ikut kau Mikey. Kalau kau betul kawan aku, kau tak kan buat semua ini. Pulangkan kawan aku Mikey, pulangkan Gopal"
"Kau merayu. Jangan harap aku pulangkan kawan kau tue!" Dia mengeluarkan debu-debu tidur di dalam poketnya dan bersedia untuk meniup debu itu tetapi Fang lebih pantas daripada dia "TOLAKAN BAYANG!" Fang menolak Mikey dan Minako, kedua-dua mereka jatuh dan debu-debu tersebut berterabur di tanah. "BERANI KAU!" Mikey begitu marah sekali, dia mengambil pistol di tangan kakaknya.
"Rasa kan seperti mana kau bunuh aku dulu" Mikey menembak pistol itu ke arah mereka
"PELINDUNG BAYANG!" Fang tahankan pelindung bayang dia daripada tembakan Mikey tersebut. Mikey tidak puas hati, dia menembak lagi, Fang yang ada di dalam terpaksa bertahan. "Korang selamatkan diri" kata Fang kepada Yaya dan Ying
"Tapi, macam mana dengan kau"
"Jangan risau Yaya, aku akan selamat. Korang pergi lari dari sini, biar aku uruskan si Mikey tue" pelindung bayang makin lama makin nipis, mereka boleh nampak Mikey menembak lagi. "LARI CEPAT!" Yaya dan Ying larikan diri mereka dari situ. Yaya terbang ke atas, manakala Ying pula sudah berada di tepi tembok pagar rumah Fang
Akhirnya pelindung bayang Fang hilang, Mikey tersenyum melihat Fang. Dia mengangkat tangannya dan memetik jarinya, lalu cahaya datang ke atas Yaya. "YAYA! LARI CEPAT!" jerit Fang.
Yaya pandang ke atas, dan dia terbang dari jauh daripada cahaya itu. Dia mengelakkan dirinya daripada di tangkap oleh Mikey. "Jangan harap kau dapat tangkap kawan-kawan aku" Fang lari ke arah Mikey dan menolak Mikey. Mikey jatuh dan Fang berada di atas dia, Fang mengenggam tangannya untuk bersedia menumbuk Mikey. Mikey berikan senyuman sinis dia kepada Fang. Fang melihat wajah Mikey yang sudah bersedia menerima tumbukan dari Fang "Kenapa! kenapa kau buat aku begitu! Kau pentingkan diri kau, kau sanggup tangkap kawan aku demi kepentingan kau sendiri! Kalau kau kawan aku, kau tak kan buat begitu, kalau kau kawan aku... kau akan terima kawan-kawan aku juga.. kau.. kau... kau tak kan paksa aku meninggalkan kawan-kawan aku di sini" Air mata Fang mengalir keluar. Fang tidak tahan lagi, dia mengangkat genggaman tangan dia dan bersedia untuk menumbuk Mikey. Muka Mikey berubah selepas sahaja melihat kawan dia mengalirkan air mata. "Fang" bisik Mikey.
"Tumbuklah, kalau kau nak tengok kawan kau jadi mangsa kedua aku" kata Minako tiba-tiba. Tangan Fang berhenti dan dia masih nampak lagi cahaya itu berada di atas Yaya lagi. "YAYA! KENAPA KAU TAK LARI!" Fang bangun dari Mikey dan cuba selamatkan Yaya tetapi cahaya itu hilang dan terus ke Ying pula. Ying yang berada di tembok pagar, berlari tetapi cahaya itu menarik dia ke atas "Selamat tinggal" kata Minako.
Ying hilang dengan cahaya itu sekali. Mikey dan Minako juga turut hilang. "Yingggg!" menjerit Yaya. Fang tidak percaya apa yang dia lihat tadi, Ying menjadi mangsa ke dua mereka. "ARGHHHHHHH!" Fang menumbuk tembok pagar rumahnya berkali-kali sehingga menyebabkan sarung tangan dia terkoyak dan ada kelukaan di tangannya
Boboiboy dan Kaizo baru sahaja sampai dan melihat Fang dan Yaya sedang kesedihan. "Kenapa? apa yang berlaku" tanya Boboiboy
"Ying. Dia kena tangkap" Boboiboy terkejut. Kaizo pergi ke arah adik dia yang sedang menumbuk tembok pagar lagi. "PANG!" Kaizo pegang pergelangan tangan adik dia untuk hentikan dia bertumbuk lagi. "PANG! ini bukan masa untuk beremosi! Kita kena lawan balik!"
Fang hanya senyap sahaja. Kaizo melihat luka di tangan Fang, dia membuka sarung tangan adiknya, selepas itu dia koyakkan sebahagian daripada baju dia dan balut tangan adiknya. "Maafkan adik abang"
"Abang maafkan tapi ingat, kawal perasaan kau. Kau kena kuat Pang, ini semua permainan mereka sahaja. Jangan serahkan diri kau kepada mereka" Kaizo peluk adik dia dan lepaskan. Kaizo memandang ke langit dan lalu berkata "Kita kena berjuang berhabis-habisan. Jangan mengalah"
Boboiboy, Fang dan Yaya memandang satu sama lain, mereka sudah bersedia. Bersedia untuk selamatkan kawan-kawan mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com