Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Sayang Kaizo

Adudu sudah berjanji dengan Kapten Kaizo bahawa dia akan menjadi alien baik tapi semuanya hanya tinggal janji. Begitulah Adudu tiap-tiap hari, tiap-tiap bulan, dia akan menjadi seperti suis lampu, sekejap baik, sekejap jahat. Pada malam itu, dia telah mencipta pistol tembakan yang terbaru. Sasaran dia adalah Kapten Kaizo. Walaupun rancangan dia hari itu gagal tetapi dia tidak akan putus asa.

"Jaga kau Kapten Kaizo, JAGA KAU! HAHAHAHAHAHAHAHA"

"Menakutkan betul aku tengok encik bos nie" kata Probe yang tidak boleh tidur kerana bos dia buat kerja tersangatlah bising.

"Probe!"

"yea encik bos"

"Esok, kita akan jalankan rancangan jahat kita. Kalahlah kau KAPTEN KAIZO!" Adudu tergelak-gelak sampai tersedak dia. "ENCIK BOS ENCIK BOS! jangan mati encik bos"

"BILA MASA AKU NAK MATI!" Lalu Adudu baling sebuah tin cawan ke arah Probe. Probe jatuh tunggang terbalik "Aduh, ingatkan encik bos nak mati tadi"

"Sudah! masa untuk aku masuk tidur" Adudu masuk ke dalam bilik tidur yang sungguh kecil, lalu dia tidur bersama dengan pistol itu. Siap peluk macam bantal peluk

------------------------------------------------------

"AMBIK KAU BOBOIBOY! YAHHHHHHHH!" Fang menyerang Boboiboy dengan satu tendangan tetapi bola itu tidak bergerak kerana Fang tersilap sasaran.

"Dey! kata nak main bola sepak tapi kau sendiri tak reti main bola sepak" ketawa Gopal. Fang mula berapi-api dengan Gopal kerana ketawakan dia. "Jaga kau Gopal" Fang mengambil bola itu dan lalu baling dengan begitu pantas sekali

"GOPAL! HATI-HATI!" jerit Boboiboy. Gopal ternampak bola balingan dari Fang, sedang menuju ke arah dia. "TUKARAN CEKODOK PISANG!" Bola itu bertukar menjadi cekodok pisang dan masih lagi menuju ke arah Gopal. Gopal dengan beraninya, dia akan menangkap cekodok pisang itu. "Ingat aku takut dengan cekodok pisang yue" kata Gopal dengan penuh keyakinan

"SEPAKAN BAYANG!" Fang menggunakan kuasa bayangnya dan lalu dengan bantuan kuasanya, dia dapat sepak cekodok pisang itu dengan lebih laju sekali seperti kereta Formula 1. Gopal tidak berjaya untuk menangkap Cekodok Pisang itu dan dengan dia sekali termasuk ke dalam gol

"Aduh, sakitnya" kata Gopal yang sedang tunggang terbalik di dalam gol tersebut. Tangan dia masih lagi pegang cekodok pisang "DEY! MANA ADIL! KAU GUNA KUASA KAU!"

"Apasal pulak, kau yang guna kuasa dulu kan" marah Fang kepada Gopal

"Sudah sudah. Kitakan nak main bola sepak bukan untuk bergaduh" Boboiboy cuba tenangkan mereka berdua "Korang berdua nie, kalau ajak main, mesti bergaduh"

"Dah tue, dia yang selalu mulakan dulu" kata Fang sambil menunjuk ke arah Gopal. "Yelah, semuanya salah aku. Aku aku aku aku. Sudahlah, lain kali aku tak nak main dengan kau dah" kata Gopal sambil mencubit-cubit cekodok pisang dia.

"Isk, korang nie, cubalah satu hari main takde gaduh" Boboiboy pula rasa naik angin dengan dia orang berdua. Boboiboy tarik nafas dan tiba-tiba jam kuasa Fang berbunyi.

"FANG! FANG! DATANG KE SINI CEPAT!"

"Kenapa Ochobot?" tanya Fang.

"Datang ajelah cepat! Adudu serang abang kau!" Terus Fang lari ke kedai Tok Aba. "FANG! TUNGGU!" Boboiboy berlari mengejar Fang yang sudah lari jauh daripada dia. Gopal pula lari di belakang Boboiboy

Semasa dalam perjalanan ke kedai Tok Aba, Fang berasa sungguh risau jikalau ada benda buruk terjadi dekat abang dia. Dia tidak tahu apa yang Adudu sudah buat dekat abang dia, yang dia tahu, dia perlu selamatkan abang dia. "Jaga kau Adudu" kata Fang yang masih lagi berlari.

Setelah sampai di kedai Tok Aba, Fang tercari-cari abang dia tapi dia hanya nampak Adudu sedang ketawa besar. Di tangannya ada pistol yang begitu besar sekali. "Abang? mana abang aku? MANA ABANG AKU!" Fang menjerit

Adudu baru sedar yang Fang sudah berada di situ. "Abang kau... hahahahaha"

"PENGIKAT BAYANG!" Fang mengikat Adudu dan bawa dia naik ke atas. "BAGITAHU CEPAT! MANA ABANG AKU!"

"Fang, sabar Fang. Abang kau selamat" Ochobot datang sambil mendukung seorang kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun.

"Hahahaha! Aku telah tembak abang kau dengan pistol mengubah umur!" Adudu ketawa lagi

"Yeah! encik bos sudah berjaya! nampaknya kita akan menang kali ini!" Probe bersuka ria di tepi semak sebab dia takut dengan suara garang Fang. Boboiboy dan Gopal baru sahaja sampai dan melihat apa yang sudah berlaku

"TUSUKAN JARI BAYANG!" kuasa bayang Fang memusnahkan pistol Adudu. Adudu jatuh dan sempat di sambut oleh Probe "Terima kasih Probe"

"Baik kau pulij balik abang aku, kalau tidak, aku akan belasah korang"

"Encik bos, encik bos dengar ajelah si Fang tue" kata Probe "Buat apa! Kita dah berjaya buatkan Kapten Kaizo menjadi budak kecik, tiada siapa boleh kalahkan aku.. HAHAHAHA!"

"Dey, kau dah lupa ke. Kita orang kuasa sudah di upgrade" kata Gopal

"Entah encik bos nie, baik encik bos pulihkan abang Fang tue"

"Wei Probe, kau nie nak dengar cakap dia orang atau nak dengar cakap aku"

"Errr.. dua-dua kot" Adudu mengetuk-getuk Probe dengan pistol yang habis hancur tadi "Adoi! ampun encik bos!"

"BANYAK BUNYI PULA KORANG! SERANGAN BAYANG!" Fang menyerang mereka berdua. Probe dan Adudu lari dan elakkan diri daripada serangan bayang Fang. "YELAH YELAH! AKU PULIH KAN ABANG KAU! ESOK AKU BAGI FORMULA TUE!" Menjerit Adudu kepada Fang. "asyik kalah aje kita nie"

"Diamlah kau" Adudu ketuk kepala Probe lagi

"Tahu takut" kata Fang. Ochobot membawa Kaizo yang sedang teresak-esak menangis kerana takut. Ochobot dari tadi melindungi Kaizo daripada Adudu dan Probe. "Abang, abang ok ke?" Fang melutut depan Kaizo dan memeriksa jikalau ada kecederaan dekat abangnya. Ochobot memberi jam kuasa Kaizo kepada Fang. Fang menyimpan jam kuasa itu dengan baik.

"Abang? Kaijo.. Kaijo.. Kaijo bukan abang. Kau yang abang" kata Kaizo dengan suara comelnya. Fang rasa nak tergelak kerana abang dia panggil diri dia Kaijo. "Abang pun sama sahaja dengan adik, tak reti sebut nama sendiri"

Boboiboy dan Gopal datang ke arah mereka. "Apa aku perlu buat" kata Fang sambil melihat abangnya yang sudah menjadi kanak-kanak 4 tahun

"Fang, aku rasa kau patut bawa abang kau balik" kata Ochobot

"Ala Ochobot, baru nak main dengan budak kecik comel nie" Gopal cubit pipi Kaizo kerana terlampau comel sangat. Kaizo tak suka kena cubit di pipi, lalu dia mengigit jari Gopal. "ADOIIII!" menjerit Gopal kesakitan.

"Woi, tak kan aku nak bagi abang aku main dekat sini dengan takde baju" Baru Gopal sedar bahawa Kaizo sedang pakai bajunya yang sudah dewasa. "Kalau aku bawa balik pun, aku mana ada baju budak kecik"

"Hah! aku tahu, Yaya kan ada adik" Boboiboy terus menghubungi Yaya dan menyuruh dia bawa baju adik dia untuk di pinjamkan sekejap. Yaya dan Ying datang dengan sekelip mata. "Aik, cepatnya korang sampai" kata Boboiboy

"Mestilah, kita orang pun nak tengok Kaizo macam mana dia kecik-kecik dulu" kata Yaya sambil bagikan baju adik dia kepada Fang. Yaya ada bawa beberapa baju lagi untuk Kaizo, agar dia lebih selesa jikalau baju yang dipakai olehnya kotor nanti. Yaya dan Ying rasa nak cubit-cubit pipi Kaizo. "eee.. comelnya abang kau" kata Ying. Mata Kaizo bulat besar melihat dua orang kakak lawa berdiri di depannya.

"Comel ke? biasa aje aku tengok" Fang membawa Kaizo kebelakang kedai Tok Aba dan lalu menukar baju dia. Disebabkan Kaizo telah menjadi kanak-kanak, Fang terpaksa bahasakan diri dia abang dan panggil abang dia adik walaupun rasa agak janggal. "Adik, adik ingat siapa nie" tanya Fang kepada Kaizo

"Kaijo ingat! Abang Pang kan!" Gopal dan Boboiboy terdengar suara Kaizo, lalu ketawa pelahan-lahan. "Adik dan abang, sama sahaja tak reti sebut nama sendiri" bisik Gopal kepada Boboiboy

"Masa kau besar panggil aku Pang, dah kecik pun masih panggil aku Pang" Fang sabar sahaja. Dia pakaikan seluar dan baju kepada Kaizo. "YEAH! KAIJO DAH SIAP!" Lalu Kaizo berlari ke arah sana sini. "ADIK ADIK! JANGANLAH LARI!" Fang terpaksa mengejar Kaizo

Mereka tergelak melihat Fang mengejar Kaizo, mereka kelihatan begitu comel sekali. Akhirnya Fang dapat juga menangkap abangnya. Fang mendukung Kaizo dan bawa dia pergi ke kedai Tok Aba. Ochobot pula sediakan pancake biasa untuk Kaizo, kalau bagi yang ada chocolate, takut dia jadi lagi hyper. "Adik duduk dekat sini, abang duduk dekat sebelah adik ok"

"OK!" Kaizo mengusik beberapa peralatan yang ada di atas kaunter meja sampai mereka terpaksa menyimpan kesemuanya. Kaizo menangis kerana dia tiada benda untuk bermain. "UWAAAA! KAIJO NAK MAIN! KAIJO NAK MAIN!" Fang mula rasa panik.

"Jangan risau Fang, biar kita orang main dengan dia" kata Yaya

"Jom Kaizo, kita pergi main sorok-sorok" Ying mengajak Kaizo pergi bermain bersama dengan Yaya. Kaizo berhenti menangis dan terus gembira "Jangan bawa dia pergi jauh-jauh" kata Fang. Selepas itu Fang menghantuk-hantuk kepala dia di meja kaunter kedai. "Fang, janganlah macam tue. Kita orang boleh bantu kau" kata Boboiboy

"Terima kasih Boboiboy tapi aku tak nak lah menyusahkan korang semua" Fang baringkan kepala dia di meja. Dia tengah berfikir, macam mana nak jaga abang dia malam ini. Dia mana pernah jaga budak kecik, susah ke senang ke, dia tak tahu. Tapi apa yang Fang lihat, abang dia agak hyper. "Habislah aku malam nie"

Boboiboy mengosok belakang Fang supaya dia tenang. "Malam nanti, kalau ada apa-apa masalah, hubungi aje kita orang"

"betul tue, call aje kita orang. Nanti kita orang akan datang sedia membantu" kata Gopal. Ochobot sudah selesai membuat pancake dan Fang panggil abang dia untuk makan. "YEAHHH!" Kaizo berlari dengan pantasnya. Yaya dan Ying mengejar dia dari belakang, takut Kaizo terjatuh nanti.

"Abang kau memang betul-betul hyper" Ying sudah penat mengejar abang Fang. Kaizo yang kelihatan begitu gembira sekali dan dia makan pancake itu dengan pelahapnya. "KAIJO NAK LAGI!" Kaizo menghentak-hentak tangannya di atas meja kaunter. Fang sudah pening dengan jeritan abang dia.

"NAK LAGI NAK LAGI NAK LAGI!"

"SENYAPLAH!" Fang terlepas cakap kepada Kaizo. Kaizo begitu terkejut dengan jeritan dari Fang, lalu dia meraung-raung di situ. "UWAAAAA! ABANG PANG JAHAT, ABANG PANG JAHAT!"

"Maaf maaf, Fang tak sengaja" Fang cuba tenangkan abang dia tetapi gagal. Kaizo meraung lagi kuat. "ABANG PANG JAHATTTTTT!" Boboiboy dan Gopal menutup telinga dia.

"Yaya, Ying. Tolong aku" merayu Fang kepada mereka. Yaya dan Ying menyuruh Ochobot bagi dia ice cream dengan segera, lalu Ochobot mengambil ice cream chocolate dan berikan kepada Kaizo. Baru Kaizo senyap kerana mendapat ice cream chocolate. "Dasyat juga abang kau masa dia kecik dulu" kata Ochobot "Tapi masa kau kecik, lain pula. Kau manja sangat dengan abang kau" kata Ochobot lagi

"Agaknya, macam manalah ibubapa aku jaga dia masa kecik" Fang tidak dapat bayangkan macam mana keadaan pada itu. Fang melihat sahaja abang kesayangan dia sedang menikmati ice cream chocolate. Mulut dia begitu comot sekali. Fang mengambil tisu dan lalu lap mulut abang dia. "Terima kasih abang Pang" Fang hanya tersenyum sahaja.

Selepas itu mereka semua bermain bola dengan Kaizo. Mereka melihat gelagat Kaizo berlari mengejar bola, menendang bola dan jeritan gol dia. Selepas sahaja bermain bola, Kaizo mengajak mereka main sorok-sorok. Fang dan Kaizo akan menyorok ditempat yang sama, sebenarnya Fang tak nak Kaizo pergi ke tempat jauh atau menyorok tempat yang jauh daripada dia. Fang perlu menjaga keselamatan abang dia.

Hari sudah senja, Kaizo tertidur. Fang terpaksa mendukung dia. "Kau ok ke nanti Fang?" tanya Boboiboy

"Takpe, aku ok. Dia dah tidur, aman lah sikit rumah nanti" Lalu Fang membawa abang dia balik. Kaizo tidur dengan lena sekali, siap hisap jari dia lagi. Setelah sampai di rumah mereka. Fang meletak Kaizo di katil bilik abang dia. Fang menyelimutkan Kaizo. Fang pula sudah penat mengejar Kaizo tadi. Dia pergi rehatkan diri di bilik dia. Fang lelapkan mata dia sebentar sehinggalah dia terdengar satu ketukan di pintu biliknya. Fang membuka mata dan nampak Kaizo di pintu bilik. Di sebelah tangannya, dia sedang memegang sebuah bantal. "Kaijo takut tidur sorang"

Fang bangun dan lalu mendukung Kaizo. "Adik tidur dengan abang Fang nak tak?"

"Nak nak! Kaijo nak!" Kaizo memeluk leher Fang. Agaknya begitulah dia semasa dia bermanja dengan abang dia semasa dia kecil lagi. Fang meletakkan Kaizo di atas katilnya. "Kaijo nak anak patung tue" Kaizo menunjuk anak patung landak yang berada di sisi katilnya. Fang mengambilnya dan lalu berikan kepada Kaizo. Kaizo memeluk anak patung landak itu.

"Abang Fang nak pergi mandi dulu. Adik boleh duduk sini sorang-sorang ke?"

"Tak nak, Kaijo takut. Nanti hantu makan Kaijo" Fang terpaksa temankan Kaizo sehingga dia tertidur balik semula. Kaizo baring di atas bantal Fang dan bermain-main dengan anak patung landak itu. Fang baring disebelah Kaizo, mereka berdua bermain-main dengan anak patung landak itu. "Abang Pang, abang Pang nyanyikan untuk Kaijo boleh tak? Kaijo tak boleh nak tidur"

"Boleh, adik nak abang nyanyi lagu apa?"

"Lagu apa-apa sahaja" kata Kaizo sambil memeluk anak patung landak itu. Fang pusing dan melihat abang dia yang begitu comel itu. Lalu dia nyanyikan sebuah lagu untuk tidurkan Kaizo.

Hush, little baby, don't say a word.
Papa's gonna buy you a mockingbird

And if that mockingbird won't sing,
Papa's gonna buy you a diamond ring

And if that diamond ring turns brass,
Papa's gonna buy you a looking glass

And if that looking glass gets broke,
Papa's gonna buy you a billy goat

And if that billy goat won't pull,
Papa's gonna buy you a cart and bull

And if that cart and bull turn over,
Papa's gonna buy you a dog named Rover

And if that dog named Rover won't bark
Papa's gonna buy you a horse and cart

And if that horse and cart fall down,
You'll still be the sweetest little baby in town

Akhirnya Kaizo tertidur. Tangan dia pegang tangan Fang, seolah-olah dia tidak mahu Fang pergi. Fang terpaksa tidur sekali dengan abang dia. "Selamat malam abang" kata Fang. Fang berharap sangat formula Adudu akan siap esok.

--------------------------------------------------

"Maaf Fang, Encik Bos kata formula itu akan siap esok" Itulah berita buruk yang Fang terima pada hari keesokannya. Setelah Probe pergi, Fang melihat Kaizo sedang menonton cartoon sambil makan cereal di ruang tamu. "Nampaknya aku kena jaga abang aku hari ini" Fang menghela nafas

"Abang Pang, Abang Pang! Jom lah tengok cartoon dengan Kaijo" kata Kaizo sambil menghentak-hentak sudunya di meja. Fang pun pergi menonton cartoon dengan Kaizo. Suasana pagi itu sungguh menceriakan, kedua mereka tidak terhenti-henti gelak ketawa bersama sambil menonton cartoon di television. Selepas itu Fang terpaksa mengejar Kaizo untuk pergi mandikan dia

"KAIZOOOOOOO!"

"TAK NAK! KAIJO TAK NAK MANDI!" Kaizo sorok di bawah katil bilik tetamu. Dia baring di situ senyap-senyap, agar Fang tidak menjumpai dia. Fang mencari Kaizo di sekitar rumah sampailah dia masuk ke bilik tetamu. "Mana budak busuk tue. Kalau dia tak nak mandi, tak payah lah abang Fang bawa dia pergi jalan-jalan" Lalu Kaizo keluar dari bawah katil dengan habuk-habuk yang melekat di rambutnya

"Kaijo nak pergi jalan-jalan! Kaijo nak pergi jalan-jalan!"

"Kita mandi dulu ok" Kaizo ikut sahaja kata Fang. Kaizo pegang tangan Fang dan mereka berdua masuk ke bilik air. Mereka berebut dengan shower, Kaizo tak bagi Fang pegang shower itu. Fang pula tak nak shower itu terkena dia. Fang terpaksa mengawal Kaizo yang ingin memegang shower tersebut sehingga menyebabkan Fang sendiri yang basah kuyup. Kaizo ketawakan Fang dan lalu Fang mengambil baldi yang penuh dengan air sejuk, lalu dia menyimbah Kaizo dengan air sejuk tersebut.

"SEJUKKKK! ABANG PANG JAHAT!"

"Mana ada jahat, adik yang nakal. Habis basah baju abang Fang"

"Maafkan Kaijo. Kaijo nak main dengan abang Pang. Abang Pang, abang paling best!" Sejuk hati Fang setelah mendengar kata-kata dari Kaizo. Fang dengan rela hati, dia main air dengan Kaizo, lagipun dia sudah basah kuyup akibat terkena air shower tadi. Selepas habis sahaja mandi, Fang pakaikan baju untuk Kaizo. "Kita nak jalan-jalan dekat mana?" tanya Kaizo

"Tak tahulah, bagi abang fikirkan dulu" Fang sebenarnya nak pergi bersihkan diri dia dulu tetapi dia tidak boleh tinggalkan Kaizo sorang-sorang. Lalu Fang mendapat satu idea, dia memanggil Shadow. "Shadow! Shadow!"

Shadow keluar dari dapur dan pergi ke kaki Fang. "Adik, ini Shadow. Adik main dengan dia sekejap. Abang nak pergi mandi"

"Ala, nanti hantu makan Kaijo macam mana?"

"Tak, hantu tak makan adik. Shadow akan jaga adik dari hantu-hantu jahat" Fang geletek Kaizo dan membuat Kaizo gelak besar. "HEHEHE... ok ok, Kaijo main dengan Shadow. Abang Pang jangan mandi lama-lama" Fang meninggalkan Kaizo sorang-sorang dengan Shadow. Fang risau sangat jikalau ada benda buruk berlaku dengan abang dia. Dia mula terbayang kalau Kaizo mengambil pisau di dapur dan bermain dengan pisau itu atau Kaizo terjatuh dan terteka bucu meja. Atau dia bermain dengan kaca. Fang menjadi panik, dia mandi begitu cepat sekali.

Setelah selesai mandi, Fang turun ke bawah dan nampak Kaizo sedang bermain-main dengan Shadow. Fang bersyukur tiada benda buruk yang terjadi terhadap abangnya. "Kaijo lapar" kata Kaizo

"Kita makan dekat luar nak tak?"

"NAK NAK!" Kaizo menarik tangan Fang kerana dia tidak sabar untuk pergi makan di luar. Dia melompat-lompat sambil memegang tangan Fang. "Ok ok, jom kita pergi" kata Fang. Sebelum itu, dia pergi ke rumah Boboiboy untuk temankan dia. Fang mengetuk pintu rumah Boboiboy, Kaizo pun turut ikut mengetuk pintu itu. Fang mengetuk pintu itu lagi sekali, Kaizo pun ikut sekali mengetuk pintu tersebut. Lama-kelamaan mereka main ketuk-ketuk pintu sampailah Boboiboy membuka pintu rumah dia. "Aku ingatkan siapalah yang ketuk pintu rumah aku" kata Boboiboy

"Maaf, kita orang main ketuk-ketuk pula tadi"

"Takpe. Kau ke sini kenapa?" tanya Boboiboy.

"Nak ajak kau jalan-jalan dengan kita oranglah"

"Kaijo nak makan! Kaijo lapar" Kaizo sudah kelaparan. Dia mula hendak menangis. "Kau ada roti tak?" tanya Fang

"Ada, masuklah dulu" Fang dan Kaizo masuk ke dalam. Mata Kaizo bersinar-sinar melihat rumah Boboiboy, seperti baru pertama kali dia datang. "Nah, Kaizo makan roti nie" Boboiboy memberi Kaizo sekeping roti. Kaizo mengambil roti itu dan gigit roti itu, selepas itu dia berlari-lari di sekeliling rumah. "ABANG PANG TAK DAPAT TANGKAP KAIJO!" Fang dan Boboiboy mengejar Kaizo. "Aduh, penatnya kejar budak kecik nie" kata Boboiboy yang sudah tidak larat mengejar Kaizo.

Kaizo ternampak remote control television dan dia mengentuk-gentuk remote itu di meja. "ABANG! JANGAN!" marah Fang

"KAIJO BUKAN ABANG LAH!" Kaizo baling remote itu ke dinding dan remote itu pecah dan rosak. "Alamak! maafkan aku Boboiboy" Fang mengutip remote yang sudah rosak itu

"Takpe, jangan risaulah. Jomlah, sebelum dia jahanamkan lagi barang-barang Tok Aba dekat rumah nie" Fang mendukung Kaizo agar dia tidak berlari lagi. Mereka menuju ke bandar untuk mencari kedai makan yang sesuai untuk budak kecil berlari-lari. Mereka lalu di sebuah kedai mainan dan Kaizo nampak kedai tersebut. Dia menolak-nolak Fang kerana ingin melepaskan diri daripada Fang. "Kenapa? Adik nak apa?"

"Nak tue, nak tue!" Kaizo menunjuk kedai mainan yang berdekatan dengan mereka. "Kaijo nak mainan"

"Belikan ajelah Fang, nanti dia menangis pulak" bisik Boboiboy kepada Fang. Lalu Fang lepaskan Kaizo. Kaizo berlari masuk ke kedai mainan. Dia begitu teruja sekali melihat banyak mainan-mainan yang ada di situ. Dia tidak tahu mana satu yang dia nak. "Adik ambik satu sahaja ok"

"Kaijo nak kereta mainan" dia menunjuk sebuah kereta mainan yang berwarna biru. Fang mengambil kereta itu, tiba-tiba Kaizo berlari kerana ternampak sesuatu. "KAIJO NAK NIE!" menjerit Kaizo sambil mengambil pedang mainan

"Kereta mainan nie tak nak?" kata Fang

"Tak nak! Kaijo nak pedang! Kaijo nak jadi pahlawan yang terkenal!" Boboiboy dan Fang tergelak kerana Kaizo yang sudah dewasa, memang pahlawan yang terkenal di galaxy. Fang pergi bayar pedang mainan itu, Kaizo pula tak habis-habis main dengan pedang mainan dia. Dia menghayun, melibas dan cucuk dekat kaki Fang. "Ambik nie ambik nie!" kata Kaizo sambil bermain-main dengan pedang mainan dia.

"Adik nak makan apa?" tanya Fang

"Kaijo nak makan ice cream"

"Kita makan makanan lain dulu boleh tak, lepas tue, baru makan ice cream"

"KAIJO NAK ICE CREAMMMMMMM!" Kaizo menjerit sekuat-kuatnya di tengan-tengah bandar. Ramai yang berhenti dan melihat Kaizo menjerit dan memukul Fang dengan pedang mainan dia

"Wei, pujuklah dia cepat. Orang tengah pandang kita nie" kata Boboiboy.

"Kaijo nak ice cream, kaijo nak ice cream!"

"Ok ok, kita pergi makan ice cream" Terus Kaizo berhenti menjerit. Kaizo melompat-lompat kegembiraan kerana dia akan mendapat ice cream. "Ice cream! Ice cream!" Tiba-tiba sahaja, Kaizo berlari ke sebuah kedai makanan yang berada di seberang jalan. Fang terlepas pandang dan baru dia sedar bahawa Kaizo sudah berlari di jalan raya. "ADIKKK!" Fang menjerit dan mengejar Kaizo yang tidak berhenti berlari. Kaizo tidak sedar bahawa datang sebuah kereta yang datang ke arah dia. Fang melompat dan peluk Kaizo sekuat hati. Fang dan Kaizo tergolek ke tepi. "Fangg!" Boboiboy berlari ke arah mereka. Kereta tadi berhenti dan melihat apa yang telah terjadi. Kaizo tidak mengalami kecederaan apa-apa, Fang pula terdapat luka sedikit di bahagian kaki dan siku dia.

"Kamu berdua tak apa-apa?" tanda pemandu itu

"Kami ok, jangan risau" Fang bangun dan melihat Kaizo yang sedang teresak-esak menangis. Kaizo memeluk Fang dan tidak mahu lepaskan pelukan itu. Pemandu itu menawarkan diri dia untuk menghantar Fang ke klinik yang berdekatan tetapi Fang menolak. "Terima kasih pak cik, luka sedikit sahaja"

"Kalau macam itu, pak cik pergi dulu. Jaga adik kamu betul-betul" pemandu itu terus masuk ke dalam kereta. Fang memujuk Kaizo agar berhenti menangis. "Kaijo minta maaf, Kaijo tak patut berlari" Fang peluk Kaizo begitu erat sekali. Fang tak nak kehilangan abang dia, lebih lagi apabila abang dia telah menjadi kanak-kanak 4 tahun. "Adik jangan menangis, abang Fang ada dekat sini"

"Fang, aku rasa lebih baik kau bawa dia balik" kata Boboiboy. Fang setuju dengan kata-kata Boboiboy, dia mendukung Kaizo yang masih lagi menangis. "Kita balik ok" Kaizo hanya menjawab ok

------------------------------------------------

Sampai sahaja di rumah, Fang pergi meletak ubat di bahagian luka dia. Selepas itu, Fang terus masuk ke dapur untuk sediakan makanan untuk Kaizo dan juga Boboiboy. Boboiboy bermain dengan Kaizo, sementara Fang pergi masakan makanan untuk mereka bertiga.

"Boboy"

"Nama abang Boboiboy"

"Boboy" kata Kaizo. "Boboy main dengan Kaijo" Boboiboy mengalah dan biarkan sahaja Kaizo memanggil dia 'Boboy' . Mereka berdua main lawan-lawan dengan pedang mainan tadi. "Cucuk abang Boboy! Abang Boboy kalah! YEAHHH! KAIJO MENANG!" Boboiboy pura-pura mati dan Kaizo pula, melompat-lompat kerana dia dapat kalahkan Boboiboy. "Kaijo mahu kuasa Boboy! Kaijo mahu menjadi pahlawan paling kuat di galaxy!"

"Kalau abang Boboiboy bagi kuasa dekat Kaizo, nanti abang Boboiboy takde kuasalah"

"Nak juga! NAK JUGA! NAK KUASA ABANG BOBOY!" Kaizo menghentak-hentak kakinya di lantai dan lalu dia pergi lari ke dapur. Dia mengadu kepada Fang kerana Boboiboy tidak mahu memberi kuasa dia kepada Kaizo "Abang Boboy jahat" Kaizo menangis-nangis di kaki Fang yang sedang masak bubur lobak merah. "Adik, abang Boboiboy takde kuasa, sebab itu dia kalah"

"Tapi dia cakap dia ada kuasa"

"Dia tipu aje tue" kata Fang

"ABANG BOBOY TIPU!" Kaizo berlari ke luar dan mengetuk-getuk kepala Boboiboy dengan pedang mainannya. "Aduh, sakitlah Kaizo" Kaizo menjelir lidah kepada Boboiboy. Boboiboy begitu geram sangat, dia mengeletek Kaizo. "HAHAHAHAHA.. HEHEHEHE.. abang Pang! Tolong Kaijo" ketawa Kaizo sambil memanggil Fang. Fang yang berada di dapur melihat sahaja mereka berdua bermain di ruang tamu dan lalu dia pergi dan geletek Kaizo sampai merah muka dia.

"Abang Pang, abang Boboy jahat! hehehehe..."

Tepat pukul 6 petang, Boboiboy sudah pulang ke rumah. Fang melihat rumah dia begitu bersepah sekali, cushion yang di atas sofa sudah berselerak di lantai rumah. Kertas-kertas yang di lukis oleh Kaizo juga berselerak di bawah meja ruang tamu. Pensil warna juga berterabur di sekitar ruang tamu. Kaizo pula sedang minum susu sambil menonton movie cartoon di television. Fang fikir dia akan kemaskan rumah lepas sahaja Kaizo sudah tertidur.

Fang baru sahaja hendak duduk di sebelah Kaizo, pintu rumah dia sudah ketuk. Fang pergi membuka pintu dan dapati Probe dan Adudu berada di luar rumahnya. "Nah, aku dapat siapkan formula nie hari ini juga" kata Adudu sambil memberi botol formula itu kepada Fang. "Tapi selepas dia dah minum formula itu, dalam 1 jam dia akan berubah kepada umur dia yang asal" kata Adudu lagi

"Bagus, lain kali, kalau kau cuba buat jahat dekat abang aku lagi, jaga kau Adudu"

"Yelah, aku jadi baiklah lepas nie"

"Baik konon, lepas itu buat lagi" kata Fang

"Entah encik bos, kata hari itu dah janji nak jadi baik"

"Senyaplah kau Probe. Jom balik, aku kemaskan markas kotak aku" Adudu menarik Probe balik ke markas kotaknya. Fang menutup pintu dan pergi ke dapur. Dia menuang formula itu ke dalam satu gelas. "Harap-harap abang aku akan kembali kepada yang asal. Kalau Adudu tipu aku, jaga dia" Fang membawa gelas itu ke ruang tamu.

"Adik, minum air nie"

"Air apa abang Pang"

"Air orange" kata Fang. Formula itu berwarna orange dan dia terpaksa tipu kepada Kaizo, agar dia minum dan cepat kembali kepada abang dia yang asal. "Adik minumlah. Abang yang buat" Kaizo ragu-ragu nak minum ke tak air itu. "Tapi Kaijo tengah minum susu"

"Minum air nie dulu. Gerenti sedap"

"Ok" Kaizo meletak gelas susu dia dan lalu mengambil gelas formula itu dari tangan Fang. Kaizo minum air formula itu. "ABANG PANG TIPU!" Kaizo campak gelas itu ke lantai dan lalu pecah. "Abang Pang tipu Kaijo" Kaizo buat muka sedih kerana Fang telah menipu dia

"Ma-maaf.. abang Pang ingatkan sedap tadi. Kaizo tengok tv ok, biar abang Fang kemaskan kaca nie" Fang terpaksa mengutip kaca-kaca gelas tersebut. Dia pastikan tiada cebisan kaca yang ada di lantai, takut nanti Kaizo terpijak. Lama-kelamaan, Kaizo tertidur dengan pedang mainannya di depan television. Fang mendukung Kaizo yang masih lagi pegang pedang mainannya dan letakkan dia di atas katil Fang. Lagi beberapa minit lagi Kaizo akan pulih.

Fang baring disebelah abang dia, lalu dia pun terlelap. Fang tidak sedar bahawa abang dia sudah kembali kepada yang asal. Kaizo bangun dan dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku ke atas dirinya. Kaizo cuma ingat bahawa Adudu telah menyerang dia dan lalu dia terlupa apa yang berlaku seterusnya. Dia sedar dia di dalam bilik adiknya. Kaizo melihat adiknya sedang nyenyak tidur dan di tengah-tengah antara mereka berdua terdapat pedang mainan. "Pedang mainan?" kata Kaizo. Takpelah, esok pagi dia akan tanya kepada adik dia, fikir Kaizo. Dia mengambil pedang mainan itu dan senyap-senyap keluar dari bilik adiknya. Kaizo menutup pintu bilik itu secara senyap dan berkata "Selamat malam Pang"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com