Sup Lobak Merah
Hari Ahad sepatutnya adalah hari untuk beristirehat, bermain bersama dengan rakan-rakan atau keluar pergi bersiar-siar bersama keluarga. Tetapi lain pula cerita Boboiboy. Semalam sehari suntuk dia bermain video game bersama Gopal sehingga terlupa untuk menyiapkan kerja sekolah matematiknya. Untunglah Boboiboy kerana Fang pelawa dia datang ke rumah untuk siapkan kerja sekolah mereka bersama. Gopal dijemput juga tetapi disebabkan kerja sekolah dia juga tidak siap, Gopal di denda dan tidak boleh keluar daripada rumah selagi kerja sekolah tidak siap
Jadi sinilah Boboiboy berada sekarang, rumah Fang. Cukup jarang sekali Fang mengajak rakan-rakannya datang ke rumah, lebih-lebih lagi apabila abangnya Kaizo sudah duduk disini. Fang sendiri tidak mahu mereka turut terlibat di dalam latihan tempurnya itu. Hari ini nampaknya abang dia terpaksa mulakan sesi latihannya lambat kerana Fang awal-awal lagi sudah beritahu dia bahawa Fang perlukan rumah dalam keadaan yang senyap dan bersih. Jadi abangnya setuju sahaja dan terus Kaizo kurungkan dirinya di dalam bilik. Tak tahulah apa yang dia buat dalam bilik dia. Tanyalah kepada Kaizo tetapi author pasti, Kaizo tidak akan menjawab
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah hampir 2 jam mereka menyiapkan kerja sekolah dengan penuh semangat sehinggalah perut mereka berdua berbunyi
"Alamak Fang, perut kita dah berbunyi. Kau ada makanan apa-apa tak yang boleh kita makan" tanya Boboiboy sambil tersengih. Dia rasa bersalah kerana tidak membawa makanan ke rumah kawannya
"Hmm... ada, biarkan aku buatkan sup lobak merah. Makanan kegemaran abang aku tue. Kau tunggu yea, aku pergi buat" kata Fang
Fang tinggalkan Boboiboy bersendirian di ruang tamu dan terus ke dapur. Bahan-bahan untuk membuat sup lobak merah sudah pun tersedia di atas meja makan. Fang memang cadang untuk buat sup lobak merah hari ini tetapi Boboiboy ajak dia siapkan kerja sekolah, dia terpaksa tangguhkan seketika. Untungnya sekarang mereka sudah kelaparan, jadi Fang terus membuat sup tersebut.
Sedang Fang bergembira memasak sup lobak merah, tiba-tiba sahaja abang dia muncul di pintu dapur dengan wajah seriusnya
"Apa yang kamu masak tue" Kaizo mengambil senduk dan merasa sup tersebut yang sedang masak di dalam periuk yang besar
"Macam mana abang, ok tak adik buat?" tanya Fang sambil tersenyum sedikit
Dengan muka yang tiada reaksi, Kaizo menjawap "rasa seperti sup sabun"
SUP SABUN?! terkejut Fang di dalam hatinya
Baru sahaja tadi Fang rasa sup itu, tiada pula rasa sabun. Dia sudah bubuh garam secukupnya di dalam sup lobak merah itu
"Kau ni tak reti masak ke? Biar abang sahaja yang buat"
"Tapi abang mana pernah masak sup lobak merah, selalunya abang yang suruh adik buatkan. Semua makanan adik yang masak, abang tukang makan aje"
"Kau nak mengingkari kata-kata abang" mata merah Kaizo itu merenung tajam ke arah adiknya. Ianya seperti mahu menghukum adiknya jikalau dia mengingkari kata-katanya
Fang dengan ketakutan, lalu dia keluar dari dapur. Selama ini abang dia mana pernah masak, dia tahu lawan lawan lawan lawan... misi dia, buli adik dia, latihan tempur dia, buli adik dia lagi dan sepahkan rumah ataupun sepahkan kapal angkasa. Fang mengintai intai apa yang abang dia sedang buat. Dia ternampak abang dia menambah beberapa bahan di dalam sup lobak merah tersebut termasuklah sayur kangkung, susu, ikan bilis, 5 lada hijau besar dan beberapa lobak merah lagi. Apa yang membuatkan mata Fang terbeliak, abangnya tuang semua garam ke dalam sup tersebut. Fang rasa seperti hendak muntah di situ.
Habislah dia dan Boboiboy lepas nie.Boleh masuk hospital kalau macam nie, fikir Fang dengan wajah kerisauannya. Dia terus ke ruang tamu dengan muka pucatnya
"Fang, kau ok ke? Kenapa muka kau pucat?" kata Boboiboy yang sungguh perihatin terhadap kawannya. Boboiboy mulai risau kerana Fang tidak menjawap soalannya "Fang?"
"Ermmm... abang aku.. dia kacau aku buat sup lobak merah lepas tue dia halau aku dari dapur" kata Fang
"Jadi kenapa muka kau pucat?"
Sebelum sempat Fang hendak menjawap, abangnya sudah keluar dari dapur dan memanggil mereka untuk makan. Lalu Boboiboy dan Fang terus ke meja makan. Kaizo hidangkan 2 buah mangkuk yang berisikan sup lobak merah yang tidak tahu apa rasanya. Fang melihat sup tersebut, lalu dia menggigil-gigil ketakutan
"HAH! apa yang kamu berdua pandang-pandang. Makan cepat sup yang abang buatkan tue" kata Kaizo dengan suara garangnya
Fang dan Boboiboy mengambil sudu mereka secara pelahan-lahan. Kaizo pandang mereka sekejap dan lalu pergi ke dapur
"Wei Boboiboy, kenapa aku rasa sup ni ada benda hidup. Cuba kau tengok lobak merah tue, macam hidup aje" kata Fang yang takut hendak menghirup sup tersebut
"Ala, mesti sedap punyalah Fang. Abang kau yang masakan, tak kan dia nak bagi adik dia sendiri masuk hospital kot"
"Masalahnya Boboiboy, abang aku tue mana pernah masak" kata Fang yang rasa ragu-ragu dengan sup tersup. Dia keliru samada dia mahu makan ataupun tidak.Jikalau dia tidak makan, nanti dia akan menjadi mangsa abangnya
Selamatlah kau Boboiboy sebab Kaizo tue bukan abang kau, fikir Fang
"Apa yang kamu lihat lagi tue" Kaizo muncul secara tiba-tiba
Fang dan Boboiboy terkejut dan lalu terus makan sup lobak merah tersebut. Seperti yang dijangkakan, sup tersebut memang tak sedap. Fang dan Boboiboy terasa hendak muntah dan perut mereka terasa sungguh perit. Lalu mereka berdua lari ke bilik air. Kaizo mula rasa pelik.
Tak sedap sangat ke sup yang dia buat tadi tue, fikir Kaizo
Dia mengambil keputusan untuk mengasai sup itu sendiri. Lalu dia mengambil sudu adiknya dan merasa masakan dia sendiri. Kaizo sendiri seperti mahu muntah tapi dia tahan dan buat muka cool dia
Lalu dia menghubungi seseorang. Terpapar di hologram kecil wajah Lahap
"Lahap, datang ke sini dengan segera dan ambil sup lobak merah nie"
"Baik Kapten" kata Lahap dengan tidak banyak soal, dia akan terus ke bumi
"dan satu lagi..." kata Kaizo
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15 minit kemudian, Fang dan Boboiboy berasa sungguh lega sekali. Mereka menuju ke ruang tamu untuk menyambung kembali kerja sekolah mereka
"Apa abang kau letak dalam sup tadi tue?" tanya Boboiboy
"Yang aku nampak susu, lada hijau, sayur kangkung.. apa lagi, aku pun dah lupa" kata Fang sambil mengira soalan matematik yang amat susah "Maaf sebab sup tadi tak sedap"
"Takpe lah Fang, jangan risau. Aku pun kadang-kadang masak tak sedap tapi takdelah sampai terasa nak pengsan" gelak Boboiboy bersama dengan Fang
"PANG!" Kaizo datang ke ruang tamu dengan sebuah mangkuk sup lobak merah"Kenapa kau tak habis makan sup abang buatkan?"
"Macam mana adik nak habiskan. Sup yang abang buat tue tak sedap" jawab Fang secara jujur
Mulalah mereka berdua bergaduh, Boboiboy sudah bersiap-siap untuk kemas semua buku-buku dan alat tulisnya. Dia hanya tunggu masa untuk cabut lari
"Bila masa abang buat sup tak sedap. Cuba kau rasa sekali lagi" Kaizo memberi mangkuk itu kepada Fang
Fang pula rasa nak ambik ke tidak ambil mangkuk tue. Kalau tak ambil, tahu-tahu jelah apa akan terjadi selepas ini. Fang melihat Boboiboy dengan muka yang penuh ketakutan
Selamatkan aku Boboiboy, fikir Fang
"errr... aku balik dulu yea.. CABUT!" Boboiboy cabut lari keluar dari rumah Fang sambil menjerit "JUMPA ESOK FANG!"
Cheh, tak guna punya Boboiboy, fikir Fang
Kaizo memandang muka Fang lama-lama sehingga Fang terpaksa mengalah. Fang mengambil mangkuk itu dan hirup sedikit sup tersebut
"Aik, kenapa rasa sedap pula" Fang berasa pelik, tadi tak sedap
Sekarang sup itu menjadi sedap pula. Sebenarnya Kaizo telah memberi sup yang sebenar kepada Lahap. Lahap sukalah dengan sup tersebut. Dia juga pesan kepada Lahap, suruh beli sup lobak merah untuk menggantikan yang tidak sedap itu.
"Apa alasan kau" Fang dengan hati berdebar-debar tidak tahu hendak menjawap apa, lalu dia pun macam Boboiboy, lari cabut keluar dari rumah. Ke mana dia mahu lari, entahlah. Kaizo mengejar adiknya di seluruh Pulau Rintis
"Mana kamu nak lari! AKU AKAN MENGHUKUM KAU PANG!"
Maka Fang dengan tidak rela hati, terpaksa dihukum iaitu latihan tempur di seluruh kawasan Pulau Rintis.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
"Boboiboy, bangun bangun" Ochobot mengejut Boboiboy. Remaja lelaki itu memang agak susah hendak dikejutkan tetapi akhirnya, dia bangun juga
"Kenapa kau kejut aku awal-awal pagi nie" kata Boboiboy sambil menguap. Dia melihat jam sekarang menunjukkan pukul tepat 6 pagi
"Kau kan sekolah hari ni, kenalah bangun awal. Lagipun, kau ada tetamu yang tidak di undang dekat dalam bilik nie" kata Ochobot sambil tunjuk Fang sedang tidur di atas karpet bilik tidur Boboiboy
"Aik, bila masa dia ada dekat dalam bilik aku nie"
"Mana aku tahu, Boboiboy. Aku nak kejutkan kau sebab aku ternampak dia ada dekat sini" kata Ochobot. Lalu dia pergi untuk kejutkan sang alien itu yang sedang nyenyak tidur di atas karpet "Fang bangun!" jerit Ochobot
"TAK NAK! ADIK TAK NAK KENA LATIHAN TEMPUR ABANG!" tiba-tiba sahaja Fang menjerit tidak tentu pasal. Ochobot dan Boboiboy terkejut dengan jeritan itu
"Lorr.. mengigau ke dia nie" kata Boboiboy sambil menguap besar "Fang, kau ada dekat bilik aku lah"
Fang mula buka matanya sedikit demi sedikit. Lalu dia sedar, dia sekarang berada di dalam bilik kawan baiknya
"Macam mana kau boleh masuk ke dalam bilik aku nie?" tanya Boboiboy dengan penuh curiga
"Aku masuk ikut tingkaplah. Aku tak sanggup nak balik rumah sebab abang aku tue. Dah lah semalam dia bagi aku hukuman latihan tempur tahap sadis sebab tue aku lari ke sini"
"Isk, kau nie Fang. Rumah aku bukan tempat untuk kau larikan diri lah. Kau balik ajelah rumah, mesti abang kau terima kemaafan kau nanti"
"Tak naklah. Maaf ke tak maaf ke, sama aje. Apalah nasib aku dapat abang macam tu. Dulu-dulu masa kita orang kecil lagi, takde pula dia seperti sekarang" Fang menghela nafas sedikit
Fang akui, dia memang rindu abangnya semasa mereka kecik lagi. Sekarang semuanya sudah berubah tetapi Fang tetap sayangkan abangnya walaupun dia dibuli setiap masa
"FANG! abang kau ada datang nie"
Mereka terdengar suara Tok Aba yang berada di bawah. Muka Fang mula pucat sedikit
"Alamak! Aku lari dulu Boboiboy!" kata Fang "HELANG BAYANG!" Lalu dia menunggang helang tersebut dan terbang ke langit mengikut tingkap bilik tidur Boboiboy
Pintu bilik Boboiboy terbuka, Kaizo masuk ke dalam dan mencari adiknya
"Mana adik aku si Pang?"
"Err.. dia dah terbang pergi" jawap Boboiboy sambil tersengih sedikit
Hensem juga si Kaizo nie kalau lihat dekat-dekat, fikir Ochobot
"Lari? Aku baru nak bagi dia beg dan baju sekolah dia" Kata Kaizo yang sedang pegang beg dan baju sekolah Fang
Boboiboy menepuk dahi sediri. Dia fikir Kaizo nak heret Fang balik ke rumahnya tapi terbalik pulak
"Terbaik" kata Boboiboy sambil ketawa kecil "Apalah si Fang ni.. hehehee"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com