Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Alam Mistik Part I

"So, you knew my secret"

Bella dan Fang duduk di tepi pandai setelah Fang mengetahui rahsia Bella. Beberapa hari yang lepas, Fang selalu membuka satu website yang penuh dengan cerita-cerita detektif yang bernama Iris. Iris adalah seorang detektif wanita untuk membongkar disebalik rahsia-rahsia penjenayah yang berluasa di sebuah bandar, dia dan seorang pembantu yang bernama Hanna. Authornya seorang budak yang sebaya dengan Fang, dia tertarik dengan cerita detektif sehingga membuatkan dia tertunggu-tunggu dengan cerita yang seterusnya. Suatu hari, Fang mengulangkaji pelajarannya di perpuskataan Pulau Rintis, dia juga ingin melarikan diri daripada abangnya dan juga latihan tempur. Fang ternampak sebuah buku nota dan pen yang ada di depannya, pemilik buku nota itu telah pergi mengambil buku tetapi dia tidak sangka pula pemiliknya ialah Bella. Dia terbaca apa yang tertulis di dalam buku nota itu, terdapat nota-nota ringkas dan juga plot-plot untuk cerita seterusnya tentang detektif Iris

Fang terus mengemas buku-bukunya dan terus keluar dari perpuskataan tersebut. Dia tidak mahu Bella tahu dia telah mencuri baca nota-nota dia, jadi Fang terus sahaja pergi ke kedai Tok Aba dan mengulangkaji di sana sahaja walaupun dia tahu Gopal akan membuat bising nanti

"Hai korang" Suara Fang tidak begitu ceria, dia meletak buku-buku latihannya di atas meja kaunter kedai Tok Aba. Boboiboy dan Gopal ternampak sesuatu di wajah Fang, seperti dia mengetahui rahsia tentang seseorang. Fang duduk di bangku kedai dan dia hanya membuka buku latihan matematik dia. Gopal menyuruh Boboiboy pergi tegur Fang

"Fang? kau ok ke?" tanya Boboiboy. Dia berasa pelik dengan kawan baiknya, selalunya dia membuat bising tetapi hari ini dia senyap sahaja "Fang?" panggil Boboiboy lagi tetapi Fang tidak menyahut panggilan dari dia

"Dey! apasal kau senyap sahaja" giliran Gopal pula untuk memanggil Fang tetapi Fang masih lagi dalam keadaan diam. Dia hanya tumpukan perhatian dengan soalan-soalan matematik. Gopal pandang ke arah Boboiboy dan tidak tahu macam mana untuk memanggil Fang dan memberitahu mereka kenapa dan apa yang berlaku tadi "Wei, wei, tengok belakang kau" kata Gopal kepada Boboiboy

Boboiboy pusing kebelakang dan nampak Bella sedang bersilang tangan dengan muka marah dia "Kau buat apa dekat sini? Kau ke yang buat Fang sampai tak tegur kita orang" Bella hanya hiraukan sahaja mereka berdua, dia berjalan menuju ke Fang dan mengusik-usik bahu Fang

Fang pusing kebelakang dan tidak rasa terkejut melihat Bella ada di situ "Kau nak apa? nak cari pasal dengan aku lagi ke?"

"Yeah right, you know why am i here" kata Bella

"Aku tahu kenapa kau datang ke sini"

"Aku, kau, tempat lain, aku nak cakap dengan kau tentang sesuatu" Fang mengemas balik buku-buku latihan dia "Nanti aku datang balik" kata Fang kepada Boboiboy dan Gopal

"Hati-hati Fang. Kalau ada apa-apa hal, hubungi sahaja kita orang" Fang hanya berikan senyuman kepada kawan-kawan dia dan terus dia ikut Bella. Kemana dia nak bawa Fang, dia ikut sahaja. Mereka berhenti di tepi pantai dan duduk di tepi

"So, you knew my secret" kata Bella sambil bermain-main dengan pasir pantai dengan menggunakan kakinya

"So? kau nak aku bocorkan rahsia kau ke?"

"Aku kenal kau, Fang. Aku tahu kau tak kan bocorkan rahsia sesiapa walaupun orang itu adalah musuh kau sendiri" Bella berhenti main dengan pasir, dia pandang terus ke laut. Dia melihat orang-orang bermandi manda dengan gembira, gelak ketawa bersuka ria tanpa perlu risaukan masalah yang ada di dunia "Aku sebenarnya dipindahkan ke sini sebab kawan baik aku sendiri tapi aku tak tahulah nak panggil dia kawan baik aku atau tidak sebab sampai sekarang dia tidak menghubungi aku lagi"

"Kenapa dengan kawan baik kau?"

"Kau tak perlulah tahu sebab apa, biarlah perkara ini menjadi rahsia tapi apa yang aku, aku terima sahaja tuduhan dari dia dan orang lain. Tuduhan itu menyebabkan aku dibuang sekolah. Setelah aku masuk ke sekolah ini, aku mahu menutup kisah-kisah aku di sekolah lama aku, jadi aku mengubah segala-galanya tentang diri aku. Nota-nota yang kau baca tadi, itu sahajalah tempat yang aku dapat menjadi diri aku sendiri"

"Kau menjadi begini sebab kisah lama kau? Tapi kenapa aku perlu menjadi mangsa kau? kenapa orang lain perlu menderita dengan perbuatan kau" Bella mengalirkan air matanya, dia tahu, apa yang dia buat terhadap Fang dan pelajar lain juga adalah salah dia juga

"Sebab aku tahu kau tabah dengan apa jua rintangan yang kau dapat. Aku tahu kau dapat mengatasinya. Aku dengar cerita tentang kau tetapi beberapa banyak kali kau ditimpa nasib malang, kau tetap bangkit semula, kau tidak akan lari. Aku mengaku, aku kagum dengan ketabahan kau" dia mengelap air matanya dan lalu tersenyum disebalik kesedihan dia

"Tapi, aku bukanlah tabah ataupun kuat seperti yang kau katakan tadi. Ada orang pernah kata dekat aku, setiap manusia di bumi ini ada kelemahannya dan setiap orang akan cuba menutup kelemahannya supaya orang lain tidak nampak. Mereka akan menjadi orang lain, tetapi yang hanya nampak diri kita sendiri adalah orang yang terlalu sayangkan diri kita tapi kalau kau berterusan dengan lakonan kau, aku yakin, kau tak akan hidup dengan sempurna. Mungkin pada masa sekarang, kehidupan kau cukup gembira tapi lama-kelamaan nanti, kau akan sengsara juga"

"Siapa orang yang selalu menasihati kau tue?" tanya Bella

"Abang aku dan juga kak Lynna tapi selebihannya kak Lynna. Dia banyak menasihati aku bila aku dalam kesusahan, aku masih ingat lagi tahun lepas. Aku lari dari rumah sebab abang aku mungkir janji tapi nasib aku begitu baik kerana aku terjumpa dengan kak Lynna. Dia yang menasihati aku, dia juga yang pujuk aku balik ke rumah. Abang aku dan kak Lynna adalah segala-galanya bagi aku, begitu juga dengan kawan-kawan aku. Tanpa mereka, tak mungkin aku menjadi diri aku yang sekarang" kata Fang "Jadi, aku nak kau buangkan sahaja lakonan kau. Tunjukkanlah diri kau yang sebenar, aku pasti, kawan-kawan kau tidak akan lari daripada kau jika mereka tahu perkara yang sebenarnya"

"Terima kasih Fang" Bella rasa malu untuk melihat muka Fang. Selama ini dia selalu sakitkan hati Fang, buat dia merana dan pelbagai lagi, mungkin sebab dia ada rasa sedikit suka dengan Fang. Mereka berdua duduk di situ tanpa berkata lagi, kedua-duanya sedang melihat keindahan pantai, langit yang biru, udara yang segar, angin yang bertiupan begitu tenang sekali dan gelak ketawa dari pengunjung-pengunjung pantai. Rasa seperti bebas dari segala-galanya, pemikiran pun jadi tenang, tidak perlu fikir masalah peribadi atau hal-hal lain tetapi itu semuanya berakhir begitu sekejap

Fang nampak orang ramai berlari berkeliaran, semuanya menjadi kelam kabut. Fang dan Bella bangun untuk melihat apa yang menyebabkan mereka semua lari "Bella, kau lari dari sini. Selamatkan diri kau"

"Tapi kau macam mana?" Fang hanya berikan senyuman kepada Bella

"Jangan risau tentang aku" Fang ingin pergi selamatkan orang ramai tetapi tangan dia dipegang oleh Bella "Kenapa kau pegang tangan aku! kan aku dah cakap tadi, pergi selamatkan diri kau"

"Tapi.."

"ISK! kau nie menyusah-" Fang ternampak sebuah bebola api yang begitu besar datang ke arah mereka. Dia menarik Bella kebelakang dia untuk melindungi Bella daripada terkena serangan tersebut "PELINDUNG BAYANG!"

Tetapi bebola api itu lebih kuat daripada pelindung bayang Fang

--------------------------------

"BOBOIBOY! GOPAL!" Yaya dan Ying berlari ke arah mereka dengan muka cemas "KECEMASAN! ADA SERANGAN DI PANTAI!"

"serangan?! siapa yang serang?"

"Kita tiada masa nie, cepat sahaja ikut kami!" kata Ying. Boboiboy dan Gopal pandang satu sama lain dan terus ikut Yaya dan Ying. Tok Aba menjadi risau, lalu dia membuka television tersebut untuk mendengar berita tentang serangan di pantai Pulau Rintis

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sudah terlambat, pantai mereka sudah menjadi seperti medan perang. Suasana di situ telah menjadi suram, tiada lagi kedengaran gelak ketawa, semuanya telah digantikan dengan suara tangisan. Ramai yang tercedera, ada yang sempat selamatkan diri mereka. Mereka terdengar bunyi siren ambulance dan ada juga yang menjerit-jerit mencari ahli keluarga mereka atau kawan-kawan mereka yang terkena serangan tersebut. Mereka turun ke pantai untuk mencari orang-orang yang terselamat. Mereka angkat serpihan-serpihan kayu kedai yang musnah akibat serangan tadi. Boboiboy dan Gopal cuba alihan sepohon pokok kelapa yang tumbang dan terkena kaki seorang remaja lelaki. Yaya dan Ying pula pergi menolong seorang kanak-kanak lelaki yang menangis mencari keluarga dia. Mereka cuba tenangkan kanak-kanak lelaki itu

"Apa yang sudah berlaku di sini?" Kaizo sudah muncul di situ. Dia juga mendapat berita tersebut dari Ochobot dan dia terus menghubungi adiknya untuk memeriksa samada dia selamat atau tidak tetapi adiknya tidak mengangkat panggilannya. Kaizo menjadi risau, dia terus ke pantai

"Ada orang menyerang pantai kita, Kapten Kaizo" kata Yaya sambil memujuk kanak-kanak lelaki itu supaya berhenti menangis

"Hmm.. ada nampak adik aku?" Dia mencari-cari adiknya di pantai itu tetapi tidak jumpa "Kemana budak nie pergi"

"Tadi dia ada dekat kedai Tok Aba, lepas itu Bella panggil dia pula" kata Boboiboy "Abang Kaizo tak menghubungi dia ke?"

"Aku sudah menghubungi dia tetapi dia tidak menjawab panggilan dia"

"Pelik aku" Boboiboy teruskan dengan pertolongan dia "tapi.." dia pergi ke tempat yang jauh sedikit, banyak barang yang berterabur di atas pasir pantai seperti baju, makanan, meja, sebahagian daripada kerusi yang sudah patah. Gopal pula menolong seorang pak cik tua yang tidak sempat untuk menyelamatkan diri tetapi syukur tiada kecederaan yang teruk berlaku terhadapnya. Pak cik itu cuma dalam trauma dan ketakutan sahaja, Gopal hantar ke ambulance untuk tenangkan dia. Yaya telah menjumpai ibu kepada kanak-kanak lelaki itu, mereka berpelukan. Tangisan mereka membuatkan Yaya menangis juga. Ying mengutip sampah-sampah yang ada di pantai, dan lalu masukan ke dalam plastik hitam besar. Kaizo masih lagi mencari adiknya sehinggalah dia ternampak tangan yang berada di bawah bumbung kedai. Kaizo dengan bantuan daripada orang ramai, mengangkat bumbung itu tetapi tangan itu bukan milik adiknya. Budak perempuan itu masih lagi hidup, dia perlukan rawatan dengan segera. Pasukan penyelamat mengangkat budak perempuan itu dan bawa terus ke ambulance

"Eh, itu Bella" muncul Boboiboy disebelah Kaizo "Kalau Bella ada dekat sini.. FANG!" Boboiboy mencari kawan baiknya di pantai tersebut. Kaizo juga turut menyertai Boboiboy untuk mencari adiknya

"FANGGG!" Panggil Boboiboy

"PANGG!"

"FANGG!" Boboiboy mencari di suatu tempat ke suatu tempat, di tepi-tepi kedai yang sudah musnah, di bawah pokok yang sudah tumbang dan juga di bawah-bawah barangan yang terkumpul di suatu tempat tetapi dia gagal menjumpai Fang "FANGGG! MANA KAU!" Boboiboy cuba menghubungi jam kuasa Fang, mungkin jam kuasa Fang berbunyi di situ

"FANGGGGG!" Boboiboy pandang ke arah Yaya dan Ying yang menjerit sebentar tadi. Mereka berdua menutup mulut mereka kerana tergaman melihat kawan baik mereka kelihatan seperti tidak bernyawa lagi. Kaizo berlari ke arah mereka, begitu juga dengan Gopal. Dia pula, dia tidak dapat menerima kenyataan. Apa yang dia lihat, semuanya seperti bergerak secara pelahan. Dia nampak Yaya dan Ying terduduk di atas pasir dan lalu menangis di depan badan Fang. Gopal mengoyang-goyangkan badan Fang supaya dia bangun tetapi tiada pergerakan dari dia

"PANGGG!" Kaizo berlari dan menolak Gopal ke tepi. Dia peluk adiknya sekuat hati. Kaizo pegang pipi adiknya, kepala adiknya yang penuh dengan darah. Dia tidak dapat menahan kesedihan dihati, dia tidak dapat menerima kenyataan yang adiknya sudah pergi buat selama-lamanya. Yaya datang dekat untuk menyentuh jari Fang tetapi Ying pegang tangan Yaya, dia hanya gelengkan kepalanya sahaja. Boboiboy masih lagi berdiri kaku, sedikit demi sedikit, kakinya akhirnya terjatuh dan terduduk di tepi pantai itu. Dia tidak berkata apa, dia cuma mengalirkan air matanya sahaja

"Fang" bisik Boboiboy "kawan baik aku" dia merangkak dengan begitu cepat "FANGGGGG!" Boboiboy merangkak ke arah Kaizo yang masih lagi memeluk adiknya "FANGGG! KENAPA KAU HARUS PERGI TERLEBIH DAHULU!" Dia menjerit di situ seperti orang gila "Kenapa Fang, KENAPA?! kau rakan seperjuangan aku, kau sepatutnya berada di sisi aku, menentang musuh kita bersama tapi kau tinggalkan kami terlebih dahulu" Boboiboy menangis, dia tidak mahu melihat muka kawan dia kerana dia tahu, senyuman di muka kawan dia tak akan kembali lagi. Tiada lagi suara marah Fang, tiada lagi gelakan dari Fang, tiada lagi kawan untuk bergaduh selepas ini. Gopal hanya melihat Boboiboy menangis di situ. Yaya dan Ying berpelukan, tangisan mereka dapat didengari oleh Gopal. Kaizo hanya berdiam sahaja, dia hanya peluk adiknya tetapi kenapa badan adiknya masih lagi panas? Adakah dia masih hidup lagi?

"Pang, dengar tak suara abang?" Kaizo cuba gerakkan tangan dan kepala adik tetapi ia seperti sudah kehilangan nyawa "Pang! kalau kau masih hidup lagi, bangun! jangan buat abang risau!"

"Hidup lagi?" Boboiboy cuba pegang tangan Fang, badan dia masih panas lagi. Nadi jantungnya masih lagi ada tapi apa maknanya semua ini? Kaizo bangun dan mengangkat adiknya, dia perlu pergi ke kapal angkasa, dia perlu selamatkan adiknya. Nyawa adiknya masih lagi boleh diselamatkan. Dia hiraukan sahaja kawan-kawan adiknya yang berada di situ. Dia menghubungi Lahap dengan segera

"Abang Kaizo!" Boboiboy menjerit tetapi Kaizo sudah pergi jauh dari situ "Apa yang berlaku sebenarnya?"

"Boboiboy, Fang masih hidup lagi ke?" Yaya mengelap air matanya, dia cuba untuk berhenti menangis

"Aku tak tahu Yaya, aku tidak pasti tapi apa yang kita perlu buat sekarang ini, kita berdoa sahaja agar Fang dapat diselamatkan"

-------------------------------

Boboiboy duduk di tepi tingkap biliknya, dia hanya termenung sahaja. Dia kelihatan tidak semangat untuk membuat apa-apa, pemikiran dia hanya fikirkan tentang Fang

"Fang, kenapa muka kau muram sahaja?" tanya Boboiboy pada suatu pagi sabtu. Fang hanya duduk di bangku kedai Tok Aba sambil bermain-main dengan air hot chocolate nya "Fang? ceritalah kenapa"

"Takde apa-apalah Boboiboy, kau suka sangat sibuk dengan urusan aku"

"Hehehe... tak boleh ke?" Boboiboy duduk di sebelah kawan dia "Ceritalah dekat aku apa masalah kau, mungkin aku boleh bantu kau"

"Yelah, aku ceritalah" Fang menghela nafas "Aku sebenarnya fikirkan tentang masa depan aku"

"Masa depan kau?"

"Ha ah, aku sepatutnya tak nak beritahu korang tentang perkara ini tapi disebabkan kau suka sangat sibuk dalam hal aku, jadi aku cerita sahajalah" Boboiboy rasa bersalah pula memaksa Fang ceritakan tentang hal peribadi dia. Sebelum Fang sempat bercerita, dia berkata sesuatu kepada Fang

"Aku rasa kau tak perlu bercerita dekat aku, mungkin belum tiba masanya untuk kau beritahu perkara yang sebenarnya dekat kita orang" Fang tersenyum sedikit "Aku pasti, kita semua akan tetap lagi bersama tapi kalau kau pergi jauh dari sini, jangan lupa hubungi aku tau! Aku akan rasa sedih apabila kawan-kawan yang aku sayangi tidak lagi menghubungi aku. Semua persahabatan kita di sini akan kekal selama-lamanya"

"Itu kau tak perlu risau, aku akan tetap hubungi kau. Kau adalah kawan dan persaingan aku yang terhebat tapi jangan beritahu yang lain, sebab di antara kita semua, aku memang tak nak kehilangan kau sebab kau adalah kawan terbaik aku. Kau juga yang tidak berputus asa untuk mendapatkan aku balik bila abang aku sudah bawa aku pergi, aku memang hargai persahabatan kau dan aku"

"Terima kasih Fang" mereka berdua duduk di situ sambil menikmati air mereka, suasana yang sepi terus menjadi riuh rendah dengan kehadiran kawan-kawan mereka yang lain. Boboiboy nampak wajah Fang bertukar menjadi ceria tapi apa rahsia Fang yang dia hampir nak beritahu tadi? Tak apalah, sekarang ini, biarlah Fang bergembira dengan kawan-kawan dia. Boboiboy sertai kawan-kawan dia yang sedang gelak ketawa mendengar lawak jenaka Gopal

"Boboiboy" Ochobot muncul di muka pintu bilik Boboiboy "Kau ok ke?" dia terbang masuk dan nampak air mata Boboiboy sedang mengalir. Boboiboy memeluk Ochobot secara tiba-tiba. Dia membalas balik pelukan dari Boboiboy "Semuanya akan selamat, Boboiboy"

"Terima kasih Ochobot" kata Boboiboy dengan nada sedih dia lagi "Ermm.. boleh tak kau tinggalkan aku bersendirian dulu"

"Takpe ke Boboiboy?"

"Takpe" Ochobot dengan berat hati, dia tinggalkan kawan dia bersendirian di biliknya. Boboiboy kembali termenung di luar tingkap sambil melihat di langit. Dia tahu Fang sekarang berada di dalam kapal angkasa, dalam pemikiran dia, dia asyik terdengar suara Fang tapi..

"Eh! siapa kau!" Boboiboy terkejut dengan kedatangan seseorang di luar tingkapnya "JANGANNNNNN!"

--------------------------------

Gopal yang sudah hilang selera makan, dia asyik perhatikan donut lobak merah yang ada di atas pinggannya. Kepala dia terbaring di atas meja makan rumahnya. Donut lobak merah itu teringatkan dia tentang kejadian yang cukup istimewa buat dia

"Laparnya" Gopal pegang perutnya yang dari tadi asyik berbunyi sahaja. Dia dan Fang dalam perjalanan ke kedai Tok Aba selepas sahaja tamat persekolahan mereka "Laparnyaa" kata Gopal lagi. Fang yang berada disebelah dia, dia sudah bosan mendengar Gopal mengeluh kelaparan. Dia keluarkan donut lobak merah yang dia beli di kantin sekolah tadi. Fang membahagikan donut itu kepada dua

"Ambiklah" Fang bagi sebahagian donut itu kepada Gopal. Mata Gopal berkebil-kebil kerana dia tidak yakin adakah ini kawan dia atau orang lain? "Kau kenapa? tak nak sudah, aku makan"

"Eh! nak nak!" Gopal mengambil donut itu dan terus dia makan dalam satu suap sahaja "Baru lega perut aku tapi tak cukup"

"Ala, nanti dekat kedai Tok Aba kau pergilah beli makanan tapi kenapa kau tak makan waktu rehat tadi?"

"Aku sebenarnya aku lupa nak bawa duit hari ini" Fang nampak muka sedih Gopal

"Kasihan kau" kata Fang "Disebabkan aku terlampau baik sangat hari ini, apa kata aku belanja kau makan, nak tak?" Gopal terus peluk Fang sambil menangis kerana terlalu gembira "Isk kau nie, tak payahlah nak peluk aku"

"Ala Fang, bukannya selalu pun tapi kau hari ini terlampau baik sangat dengan aku sampai sanggup kau bahagikan donut lobak merah kegemaran kau tue. Kaulah sahabat sejati ku! terima kasih Fang"

"Yelah" Fang lepaskan pelukan dari Gopal tadi

"Kau sebenarnya tidaklah sejahat mana pun, ada juga kebaikannya kau nie"

"Oh! selama ini kau ingat aku nie jahatlah yea!" Fang kasi penumbuk dekat Gopal

"Dey! mana ada! maksud aku, sekeras-keras hati kau pun, ada juga kelembutannya. Kau dengan sikap panas baran, tak reti nak sabar tapi aku tak sangka pula kau sungguh prihatin dengan kawan-kawan kau"

"Hmm.. bukan ke Boboiboy yang ada sikap prihatin dia tue"

"Yelah, dia memang macam tue, tapi kau nie yang pelik. Panas baran macam mana pun sikap kau, kau tetap sayangkan kawan-kawan kau semua" Fang tersenyum sedikit "Cubalah kau ikut perangai Boboiboy, kan bagus"

"Buat apa aku nak ikut dia, dia adalah diri dialah, aku diri aku sendiri lah. Sudah itu memang sifat aku yang suka marah orang, mengamuk tak tentu pasal tapi kalau tentang kawan-kawan aku atau abang aku, aku mestilah hargai mereka semua. Sudahlah, jom kita pergi makan, kau order apa sahaja yang kau nak, aku yang bayarkan"

Memori itu 3 minggu lepas, dia tergelak selepas itu kerana dia memesan terlampau banyak sangat makanan sampai tidak cukup duit Fang untuk membayarnya. Dia dan Fang dikenakan denda selepas itu, denda basuh pinggan mangkuk kedai Tok Aba. Itu pertama kali Fang tidak mengamuk dekat dia dan pertama kali mereka bergurau senda tanpa mencari pasal antara satu sama lain. Gopal mengelap air matanya. Dia mengangkat kepala yang terbaring di atas meja makan, tangan dia secara pelahan-lahan mengambil donut lobak merah itu

"Fang, aku makan untuk kau"

---------------------------------------

Suasana di taman permainan sungguh sunyi sekali kerana kanak-kanak semuanya sudah dibawah pulang oleh ibubapa mereka. Mereka takut kejadian yang sama akan berlaku lagi di taman permainan itu. Yaya yang sedang menghayunkan dirinya di buai, dia tidak memikirkan tentang apa-apa kecuali kejadian tadi. Dia dan Ying terkejut melihat badan Fang yang terdampar di tepi pantai dan sekelilingnya penuh dengan sampah-sampah dan sisa-sisa dari kedai yang sudah musnah akibat serangan tadi

"Boleh aku duduk disebelah kau?" tanya Yaya sambil meletakkan buku-buku latihannya di atas meja perpuskataan sekolah. Fang mengangguk sahaja kepada Yaya "Terima kasih Fang" Yaya nampak Fang sedang membaca novel yang di dapat daripada kawan-kawan dia

"Kau suka dengan novel tue?"

"Mestilah suka! aku sebelum ini mana pernah baca mana-mana novel tapi semenjak aku terjumpa satu website nie, aku terus minat"

"Website apa yang kau jumpa tue?" tanya Yaya

"Website ini khas untuk satu author nie, dia selalu menulis cerita-cerita seorang detektif yang bernama Iris. Dari situ aku terus minat dengan cerita detektif" kata Fang dengan cerianya "Kalau kau nak tengok website tue, nanti aku bagi link dia"

"Terima kasih Fang" Yaya tergelak sedikit melihat kawan dia tiba-tiba sahaja teruja dengan benda yang dia minat

"Kenapa kau gelak?" Fang rasa hairan, dia ada buat lawak ke? fikir Fang

"Maaf, aku gelak sebab sebelum ini kau mana pernah teruja dengan sesuatu benda yang kau minat kecuali donut lobak merah kau tue. Kau seperti di dalam dunia kau sendiri"

"Entahlah Yaya, aku kadang-kadang nak juga berkongsi dengan orang lain benda yang aku minat tapi kadang-kadang aku takut kalau aku berkongsi dengan orang yang tidak sama minat dengan aku. Gopal minat hantu dan video game dia, Boboiboy minat bola sepak, aku minat bola keranjang, belajar, kebersihan, buku novel detektif nie"

"Ala Fang, kau berkongsi sahajalah dengan aku" kata Yaya "Kau kongsilah dengan aku tentang cerita-cerita detektif yang kau pernah baca, aku sudi mendengarnya" lalu Fang bercerita tentang kisah-kisah detektif Iris kepada Yaya. Dia tidak leka menceritakannya kepada Yaya sampai mereka tidak dengar loceng sekolah berbunyi. Yaya begitu tekun mendengar dan Fang pula rasa seronok bercerita, mereka seperti berada di dunia mereka sendiri. Pengawas perpuskataan yang ada di situ terpaksa menghalau mereka keluar kerana waktu rehat sudah tamat. Yaya dan Fang terpaksa balik ke kelas mereka

"Maaflah aku ganggu kau tadi. Kau sepatutnya nak buat latihan dekat perpuskataan tadi, tapi aku ganggu kau pula"

"Jangan risaulah Fang, aku tak marah tapi nanti kau kenal-kenalkan lah aku dengan novel detektif yang lain. Aku teringin juga nak baca"

"Hah! kita jumpa dekat kedai buku lepas habis sekolah. Bolehlah aku tunjukkan dekat kau, novel detektif mana yang kau patut baca, lagipun aku nak beli novel detektif baru"

"Ok! jumpa selepas sekolah nanti" Fang dan Yaya terus naik ke tangga, mereka berborak sehingga Fang terpaksa masuk ke dalam kelas dia. Mereka melambai-lambai ke arah diri masing-masing

Yaya tiba-tiba sahaja teringat tentang memori itu "Fang, kalau kau tiada nanti, dengan siapa lagi aku nak baca novel detektif bersama" Air mata Yaya mengalir keluar dan terus jatuh ke atas pasir. Terlalu sakit dihatinya memikirkan tentang memori itu

"YAYA!" Yaya terdengar jeritan dari Ochobot "Yaya! ada kecemasan!"

"Kecemasan?" Ochobot terbang ke arah Yaya "Kecemasan apa Ochobot?"

"Boboiboy" Yaya terus peluk Ochobot dan berlari ke rumah Boboiboy

----------------------------------------------

Ying berguling-guling di atas katilnya. Radio di biliknya asyik bermainkan lagu-lagu sedih sampai Ying sendiri tidak tahan. Dia bangun dan terus menutup Radio tersebut "Takde lagu yang lebih ceria ke" marah Ying kepada radio tersebut. Bila fikirkan balik tentang lagu sedih, dia teringat memory dia bersama dengan Fang

"Apa kau tengah buat tue?" Ying berdiri di belakang Fang sambil melihat Fang sedang mencari-cari sebuah lagu di laptop nya. Ying dan Yaya terserempak dengan Fang di perpuskataan Pulau Rintis. Yaya telah pergi mencari bahan rujukan untuk project darjah 6 mereka

"Aku tengah cari lagu" Fang tidak mengalih pandangannya. Dia terlalu sibuk mencari sebuah lagu sedih dan bermakna untuk persembahan dia nanti. Ini sebab cikgu Papa Zola yang memaksa dia buat persembahan lagi

"Lagu? Lagu apa?"

"Hmm.. entahlah, aku tengah takde idea nak nyanyi lagu apa" Dia melihat-lihat lirik yang sesuai untuk persembahan dia tetapi satu pun tidak tertarik dihatinya. Ying duduk disebelah Fang "Kau ada idea tak?"

"Aku tak berapa mahir sangat dalam bab-bab muzik nie tapi apa kata kau cari lagu lama-lama. Aku tahu lagu lama sentiasa ada makna yang mendalam"

"Terima kasih Ying" Fang terus mencari penyanyi lama "Hah! aku tahu. Kalau lagu dari Westlife mesti banyak lagu best-best"

"Hmm.. suka hati kau lah, Fang" Mereka berdua terus melihat lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Westlife, sampailah Fang tertarik dengan lagu My love. Fang pasang memakai earphone nya dan sebelah lagi dia bagi kepada Ying "Kau dengar lah sekali kalau lagu ini sesuai ke tak" Ying mengambil earphone itu. Fang dan Ying mendengar lagu tersebut bersama. Ying nampak Fang sedang memejam matanya untuk menghayati lagu tersebut. Dia betul-betul tertarik dengan alunan dan lirik lagu My love. Fang terus tersenyum

"Aku rasa, lagu ini sesuai untuk persembahan aku nanti"

"Yolah, aku pun suka dengar.. tidak begitu memeningkan kepala" kata Ying "Alamak, aku kena cari bahan rujukan untuk project kelas aku" Ying terus cabut earphone di telinganya dan terus tinggalkan tempat duduk dia

"Lagu My Love itu membuatkan menjadi lagu kegemaran aku pula" Ying tergelak sendiri "Jangan kau tinggalkan kami semua, Fang. Ini bukan perpisahan kita lagi" Air mata Ying mengalir keluar. Dia memeluk bantal peluknya dan lalu menangis, dia tidak dapat menahan lagi kesedihan dia. Jam kuasa dia berbunyi, Ying mengelap air matanya dan mengangkat panggilan itu. Wajah Yaya terpapar di skrin kecil "Kenapa Yaya?"

"Ying! datang ke rumah Boboiboy cepat! ADA KECEMASAN!" Ying yang tidak mahu membuang masa, dia terus berlari ke rumah Boboiboy

----------------------------------

Kaizo sedang membelai-belai rambut adiknya yang kini di dalam bilik kapal angkasa. Badan Fang masih lagi panas tetapi dia cuma kehilangan banyak darah. Lahap telah mengambil sedikit darah dari Kaizo untuk masukkan ke dalam badan Fang "Pang, apa yang terjadi sebenarnya?" Kaizo melihat wajah adiknya yang begitu tenang, seperti dia sedang nyenyak tidur

"Pang, kau jangan tinggalkan abang. Kau sendiri pernah berjanji dengan abang, yang kita akan bersama selama-lamanya. Ini bukan pengakhiran kau, Pang. Abang yakin, kau masih lagi hidup" Kaizo tidak mahu gagal melindungi adiknya, dia tidak mahu ibunya kecewa dengan dia tapi apa yang dia boleh buat, dia bukannya seseorang yang ada mata di mana-mana sahaja untuk melihat di mana adiknya pergi. Dia tidak mahu menjadi seorang abang yang tidak membenarkan adiknya pergi ke sana sini sesuka hati. Dia ingin menjadi abang yang terbaik buat Fang

Kaizo meletakkan kepalanya di sebelah kepala adiknya, tangan dia pegang jari-jari halus adiknya. Tangan Fang begitu kecil sekali, berbanding dengan dia "Siapa lagi aku nak buli selepas ini jika kau pergi buat selama-lamanya" Dia hanya baring sahaja, dia tidak mahu berganjat dari situ. Dia mahu menunggu adiknya bangun tapi bila? tak mungkin buat selama-lamany, mungkin ada cara lain untuk bangunkan adiknya. Kaizo tertidur di situ sambil memegang tangannya

"Abang, abang.. bangun"

"PANG!" Kaizo terbangun dari tidurnya tetapi yang anehnya, dia tidak lagi berada di dalam bilik adiknya di kapal angkasa. Dia berada di dimensi lain. Kaizo nampak adiknya sedang berdiri di hapadannya dan terus dia memeluk adiknya "Pang! kau selamat? mana kau pergi? siapa yang buat kau?" Kaizo melepaskan pelukan itu dan dia pegang bahu adiknya untuk melihat wajah adiknya

"Abang jangan risau, adik selamat cuma..."

"Cuma apa? beritahu abang! biar abang selamatkan adik"

"Cuma roh adik berada di tempat lain" kata Fang dengan nada yang agak pelahan "Ada seseorang pisahkan roh adik dari badan adik, sebab itu badan adik masih lagi panas. Adik selamat tetapi cuma tiada roh sahaja seperti tin kosong"

"Huh? tak faham abang"

"Tak perlu fahamlah abang. Yang penting sekarang ini abang kena cari kak Lynna, dia tahu macam mana nak cari roh adik" Kaizo masih lagi tidak faham dengan kata-kata adiknya, tapi yang dia faham hanyalah pergi mencari Lynna "abang faham ke tak nie?" kata Fang dengan nada yang marah

"ABANG FAHAMLAH!" Fang bersabar saja, dalam mimpi mana-mana pun, abang dia tetap garang. Langsung dia tak faham bagaimana boleh berlaku begitu "Tapi ini mimpi ke?"

"Entahlah, mungkin abang bermimpi tetapi roh adik masuk ke dalam mimpi abang kot"

"Hmmm... mungkin juga" kata Kaizo "Adik jangan risau, abang akan pergi selamatkan adik. Sebelum itu, adik tahu siapa musuh kita?" Fang hanya mengelengkan kepalanya. Dia juga tidak tahu siapa musuh terbaru mereka "Tapi kenapa adik suruh abang panggil Lynna pula"

"Sebab adik yakin kak Lynna tahu tentang bab-bab alam mistik"

"Baiklah, kau jangan nak tinggalkan abang keseorangan di bumi atau di galaxy, FAHAM!" Kaizo peluk adiknya sebelum dia terjaga dari tidurnya

"Pang" Kaizo terjaga dan terus melihat wajah adiknya, masih lagi tiada perubahan "Aku kena bertindak dengan segera" Kaizo bangun dan cium dahi adiknya sebelum dia keluar dari bilik adiknya. Kaizo berjalan ke pintu bilik tetapi belum sempat dia membuka pintu itu, Lynna telah muncul bersama dengan kawan-kawan adiknya

"Kenapa kamu semua di sini?" tanya Kaizo

"Kapten Kaizo, Boboiboy mengalami nasib yang sama dengan Fang" kata Yaya yang sedang mengangkat Boboiboy dengan menggunakan kuasanya. Kaizo terkejut, dia melihat Boboiboy yang terbaring di dalam bebola kuasa Yaya "Kak Lynna kata, dia kenal siapa yang buat semua ini"

"Siapa?"

"Dia bukanlah musuh aku, tapi seperti yang aku lihat, orang yang buat ini perlukan bantuan daripada kita semua"

"Hah? kenapa pula? kalau dia perlukan bantuan. KENAPA DIA PERLU MENGAMBIL ROH ADIK AKU DAN JUGA BOBOIBOY!" Kaizo begitu marah sekali, dia tidak yakin dengan penjelasan Lynna tadi. Dia tahu, sesiapa yang buat kejahatan terhadap adik dia, orang itu adalah musuh dia "Lynna! baik kau terangkan kepada aku, kenapa orang itu bukan musuh?" Lynna tidak takut dengan suara garang Kaizo

"Dia adalah dipanggil the spirit catcher, roh-roh yang berkeliaran di bumi ini, dia akan menangkap dan simpan di tempat yang selamat. Aku dapat rasakan serangan di pantai tadi, bukan dia tetapi orang lain. Aku yakin, dia mengambil roh Fang untuk selamatkan Fang dan juga untuk membantu dia"

"Jadi, kenapa dia mengambil Boboiboy juga?"

"Hmm.. itu aku tidak pasti kenapa tapi aku tahu mana nak cari dia. Sekarang ini, kita hanya perlu membawa badan Fang dan Boboiboy kepada dia. Jangan risau Kaizo, kau hanya perlu percaya cakap aku"

"Baiklah" Kaizo terpaksa percaya kata-kata Lynna. Dia terus mendukung adiknya yang ringan itu "Sekarang, ke mana harus kita pergi?"

"Semua pegang tangan, biar Lynna bawa kamu ke alam yang kamu semua belum pernah pergi" Lynna pegang tangan Kaizo dan Yaya. Ying pegang tangan Yaya dan Gopal. Kaizo pegang tangan lagi sebelah Gopal. Mereka semua berdiri di dalam satu bentuk bulatan sambil berpegang tangan "Semua bersedia?"

"Sedia!" kata Gopal, Yaya dan Ying

"1, 2, 3!" mereka semua terus hilang dari situ

-------------------------------------

"Wei Boboiboy, macam mana kau boleh ada dekat sini? kau pun nak jadi hantu macam aku ke?" Boboiboy terkejut melihat kawan baik dia ada di situ juga. Selepas sahaja roh dia ditarik keluar, dia tidak tahu macam mana dia boleh tercampak ke sini. Semuanya penuh dengan bola bercahaya. Bebola itu terapung-apung seperti awan di langit. Boboiboy cuba menyentuh bebola itu tetapi Fang pegang tangannya

"Jangan usiklah, nanti jatuh pecah macam mana. Siapa nak ganti, kau juga kan"

"Isk kau nie, aku cuma nak tengok sahajalah. Salah ke kalau aku nak sentuh" Fang buat muka masam dekat dia. Boboiboy pun sama juga buat muka masam "Habis tue, sekarang kita kena buat apa?"

"Mana aku tahu. Kau tanyalah buah hati kau tue" Fang tunjuk di belakang Boboiboy

"Siapa?" Boboiboy menoleh sedikit dan terkejut. Dia tidak sangka orang itu berada di sini juga "RATU LILY!"

to be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com