Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Buli

Pagi yang ceria, senyuman manis di wajah kelima-lima anak muda yang sedang berborak di bangku sekolah. Begitulah setiap hari di waktu pagi, routine kebiasaan mereka sebelum masuk ke kelas masing-masing. Dalam keceriaan mereka, ada juga yang dengki dengan persahabatan mereka yang tidak pernah terpisah walaupun mereka sudah berada di kelas yang berlainan. Bukan dengki dengan persahabatan mereka sahaja, mereka juga dengki dengan gelaran mereka iaitu Superhero Pulau Rintis, dengki dengan jam kuasa mereka. Ada yang inginkan jam kuasa seperti mereka. Siapakah mereka? Mereka adalah pelajar-pelajar lelaki yang sama kelas dengan Fang

Zakwan adalah ketua geng darjah 6 Jaya. Dialah yang selalu mengejek Fang dengan memanggil dia Pang. Hari ini, hati dia begitu gembira sekali kerana dia telah mendapat maklumat penting tentang Fang. Selama ini Fang telah merahsiakan bahawa dia adalah alien, satu sekolah tidak tahu tentang identiti sebenar dia dan abang dia. Robin bisik di telinga Zakwan dan membuatkan dia tersenyum lebar. "Habislah kau lepas nie Pang" mereke berdua ketawa kecil sambil melihat lima sahabat sedang berborak mesra

"Hari minggu nie korang ada apa-apa rancangan tak?" tanya Boboiboy

"Aku takde, kenapa? Kau nak ikut latihan tempur abang aku ke?" Fang memberikan senyuman sinis kepada Boboiboy

"Taklah, aku tanya sahaja"

"Hah! apa kata setiap hari sabtu kita adakan sesi mengulangkaji dekat kedai Tok Aba atau rumah sesiapa yang boleh" Mata Gopal tersedak selepas sahaja mendengar cadangan dari Yaya "Kau kenapa Gopal?"

"Ala Yaya, rancangan kau tak best lah. Aku baru nak rehat-rehat, guling-guling atas katil, main video game" terus dia kena ketuk dengan buku Ying "Wei! kau tahu tahun nie UPSR kan, kau masih lagi nak bermain. Cubalah ulangkaji mata pelajaran kau"

"Dey! janganlah ketuk kepala aku!" Gopal mengosok-gosok tempat yang dia kena ketuk dengan Ying tadi "Jadi setiap hari minggu ke kita kena ulangkaji aje?" tanya Gopal

"Yelah, kita kenalah bersiap sedia awal-awal, kalau tidak nanti kelam-kabut lah jawabnya"

"Yelah Yaya, aku ikut ajelah rancangan kau" Gopal mengalah. Mereka tergelak melihat wajah Gopal yang sedih sekali. Sedang mereka berborak dengan senang hati, mereka terdengar sekumpulan pelajar sedang bising di kantin sekolah "Kenapa pula tue?" Yaya bersiap sedia dengan buku dendanya. Kelima-lima mereka terus ke kantin sekolah untuk melihat apa yang sedang berlaku

Apabila mereka sampai di kantin sekolah, sekumpulan pelajar di situ terus senyap. Mereka lalu di tepi-tepi pelajar dan nampak sebuah poster yang ada gambar Fang dengan kawan-kawan dia dan juga abang dia. Di bawah gambar-gambar tersebut terdapat beberapa info tentang identiti sebenar Fang. Mereka berlima terkejut besar

"Apa semua nie? siapa tahu tentang rashia kau Fang?" tanya Boboiboy. Fang tidak menjawab soalan Boboiboy kerana dia berasa sungguh geram, lalu dia mencabut poster itu dan koyakkan poster tersebut, terus dia campak poster itu di dalam tong sampah yang berdekatan. Dia beredar dari situ tanpa bercakap dengan sesiapa pun

"Kan aku dah kata, hati-hati dengan kelas 6 Jahanam tue"

"Kau nie Gopal, jangan main tuduh sahaja. Kita kena siasat siapa yang buat" kata Yaya

"Tak perlu Yaya, aku pasti ini budak-budak kelas 6 Jahanam yang buat" Tekaan Gopal memang tepat, poster itu telah dibuat oleh Zakwan dan Robin. Mereka dari jauh ketawa sahaja melihat kemarahan yang terpapar di wajah Fang

"Aku pergi tengok Fang sekejap" kata Boboiboy. Yaya pula menghalau pelajar-pelajar lain yang berkumpul di situ, jikalau mereka tidak beredar dari situ, dia akan tunjukkan buku denda dia dan tulis nama mereka semua

Boboiboy pergi mencari Fang untuk pastikan kawan baik dia ok. Dia pergi ke kelas Fang terlebih dahulu dan dia nampak Fang ada di situ, duduk di tempat asal dia sambil perhatikan di luar tingkap "Fang" panggil Boboiboy. Fang tidak alihkan pandangan dia, dia hiraukan sahaja panggilan dari Boboiboy.

Boboiboy masuk ke dalam kelas dan perasan ada setengah pelajar berbisik, mereka sengaja berbisik begitu kuat sekali supaya Fang dengar apa yang mereka cakap tentang dia

"Macam mana alien boleh masuk sekolah kita?"

"Entah-entah dia guna teknologi alien dia untuk masuk sekolah nie"

"takut aku, dah lah kita sama kelas dengan budak alien tue. Jangan dia buat apa-apa dekat kita orang sudah"

Boboiboy nak sahaja marah dekat mereka tetapi dia mengendahkan sahaja, dia terus ke sahabat baik dia itu "Fang, kau ok tak?" tanya Boboiboy. Fang hanya senyap sahaja "Fang?"

"Wei Boboiboy, buat apa kau berkawan dengan budak alien tue. Baik kau jauhkan diri kau daripada dia" kata seorang pelajar lelaki yang ada di dalam kelas tersebut. Setengah pelajar di dalam kelas itu, ketawa kecil, setengah daripada itu berikan pandangan yang tajam ke arah dia dan Fang. Boboiboy hiraukan sahaja, dia tetap panggil Fang walaupun Fang buat-buat tidak dengar

"Fang, kau jangan dengar cakap dia orang. Kau masih lagi kawan kita orang, kau tetap sahabat baik aku" kata Boboiboy. Sebelum sempat Fang untuk bercakap sesuatu, loceng sekolah sudah berbunyi "Aku jumpa kau masa rehat nanti" Fang tersenyum kepada Boboiboy. Dia melihat kawan baik dia keluar dari kelas dan guru kelas mereka masuk ke dalam kelas untuk mulakan waktu pembelajaran mereka.

Kelas bermula dengan lancar, tiada ejekan dari pelajar-pelajar 6 Jaya. Fang berasa tenang tetapi pada yang sama, dia rasa risau. Dia risau jika selepas ini mereka akan buli dia dengan lebih dasyat lagi. Tentang rahsia identiti dia, dia tidak kisah sangat kerana sahabat-sahabat baik tetap terima dia sebagai sahabat mereka semua, mereka tidak kisah Fang adalah alien. Mereka tahu isi hati Fang, mereka sudah kenal Fang dari awal mereka berkawan sehinggalah sekarang. Hati dia tersenyum sedikit, dia dapat fokuskan apa yang cikgu dia ajar dan lupakan tentang tadi.

---------------------------------------------------------

Waktu rehat sudah bermula, Fang mengemas mejanya dan simpan balik buku-buku latihan dia di dalam beg sekolah. Semasa dia sedang mengemas beg sekolahnya, beberapa buku telah diletakkan di atas meja dia. Fang pandang ke atas dan nampak Zakwan dengan senyuman sinis dia "Pang oh Pang, apa kata kau siapkan kerja sekolah kita orang semua. Kalau kau tak nak buat, kawan-kawan kau juga yang akan jadi mangsa kita orang"

Fang bangun dan hentak tangan dia ke atas meja "Wei, baik korang berambus dari sini dan jangan berani kacau kawan-kawan aku atau aku"

"Maaflah Pang, kita orang takde niat nak buat begitu. Siapkan kerja sekolah nie, kalau kau nak kawan-kawan kau selamat" Zakwan tergelak dan keluar dari kelas dengan kawan baik dia iaitu Robin. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying nampak kejadian tadi, mereka terus masuk ke dalam kelas "Fang, kau ok tak?"

"Isk! dia orang memang nak kena denda dengan aku" Yaya keluarkan buku denda dia dan tulis nama Zakwan dan Robin "Jangan risau Fang, aku akan report kepada guru"

"Tapi.. kalau report pun, aku takut benda lebih teruk lagi akan berlaku. Korang jangan risau tentang aku, aku dapat jaga diri aku. Korang pergi berehat, jumpa nanti lepas habis sekolah"

"Tapi Fang... tak kan kau nak dengar apa yang dia orang suruh buat. Kau jangan ikut cakap dia orang, apa yang berlaku dekat kita orang, kita akan tetap menghadapi bersama" Boboiboy mengambil kesemua buku yang ada di atas meja, dan letak di atas meja Zakwan "Jom kita pergi berehat" Boboiboy pegang tangan dia, dan lalu dia mengheret Fang keluar dari tempat duduk dia

"Jomlah, aku dah lapar nie" kata Gopal. Dia tengah terbayangkan nasi lemak sedap di kantin sekolah. Fang dengan senang hati, dia ikut kawan-kawan dia pergi ke kantin sekolah. Dia beratur untuk membeli donut lobak merah. Dia tidak sedar bahawa Zakwan berada di barisan hadapan sekali, dia nampak Fang sedang berborak dengan kawan-kawan dia "Jaga kau"

Sudah tiba giliran Zakwan untuk membeli makanan beliau, dia dengan gembiranya membeli kesemua donut lobak merah "Wei Pang, maaflah.. donut kau dah habis. Lagipun, alien boleh ke makan donut?" kata Zakwan, selepas itu dia pergi sertai kawan-kawan dia yang sedang berehat di padang sekolah. Fang rasa sangat geram, aura-aura bayang dia sudah keluar "Aku akan ajar dia orang"

"Sabar Fang, kau pedulikan sahaja dia orang tue. Kau kan ada kita orang" kata Boboiboy yang sedang cuba untuk tenangkan Fang. Fang menarik nafas dan lepaskan, dia tenangkan diri dia tapi dia tidak boleh lupakan donut kesayangan dia telah dirampas oleh Zakwan. Makin banyak aura-aura bayang dia keluar, takut Gopal melihatnya "Fang, sudahlah tue"

"Aku masuk ke kelas dulu" Dia sudah hilang selera makan dia. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying nampak muka Fang tidak begitu semangat. Semasa dalam perjalanan ke kelas 6 Jaya, Fang terdengar bisikan-bisikan dari pelajar-pelajar lain. Mata mereka semua pandang ke arah Fang, dia rasa ingin marah sahaja mereka tapi dia kawal kemarahan dia. Cemuhan demi cemuhan dia dapat, hati dia makin lama makin panas

"Macam mana kawan-kawan dia boleh terima dia"

"Mana aku tahu.. entah-entah dia buat sesuatu dekat otak dia orang. Kau mana tahu, alien kan ada teknologi lagi hebat daripada kita orang"

"Isk, takut aku.. jomlah, takut aku nak dekat dengan dia"

Fang berasa sungguh geram, kaki dia berhenti dan tidak jadi untuk balik ke kelas dia. Satu-satunya tempat dia berasa tenang dan jauh daripada pelajar lain adalah perpuskataan sekolah. Dia terus ke sana untuk tenangkan pemikiran dia dan juga hati dia yang sedang marah itu. Mungkin dia dapat menghabiskan waktu rehat dia dengan membaca buku. Fang masuk ke dalam perpuskataan dan membelek-belek buku di rak-rak buku. Dia terjumpa sebuah buku novel yang tertarik untuk diri dia baca. Dia mengambilnya dan lalu pergi ke belakang perpuskataan supaya dia tidak di nampak oleh pelajar lain

Boboiboy pergi mencari Fang tapi apa yang dia dapat adalah simbahan air dari pelajar-pelajar kelas 6 Jaya "Itulah akibatnya kau berkawan dengan alien"

Bukan Boboiboy sahaja yang kena, tetapi Gopal, Yaya dan Ying juga terkena dengan simbahan air. Fang terkejut mereka berempat telah menukar baju masing-masing ke baju sukan "Apa yang terjadi dekat korang?"

Mereka semua sedang dalam perjalanan ke kedai Tok Aba "Masa kita orang tengah berehat tadi, tiba-tiba ada orang simbah air dekat kita orang. Habis nasi lemak aku masuk air" kata Gopal dengan nada sedih "Dah lah aku tengah lapar masa tue"

"Kau tak pergi report dekat cikgu ke Yaya?" tanya Fang

"Aku nak pergi tapi dia orang halang aku, kalau aku pergi juga, ada satu lagi baldi sedang menunggu aku"

"Isk, tak boleh jadi nie, aku kena ajar dia orang semua" Fang begitu geram sekali kerana kawan-kawan dia telah menjadi mangsa oleh pelajar-pelajar 6 Jaya. Fang menumbuk-numbuk tangan kirinya. Dia sedang fikirkan, bagaimana untuk kenakan mereka semua "Jagalah dia orang, kalau lah batu misteri tue ada lagi, dah lama aku suruh abang aku bertukar badan dengan aku. Memang nahaslah dia orang"

"Bagus juga cadangan kau, tapi batu tue mana?" tanya Gopal

"Abang aku dah buang batu tue jauh-jauh" Fang rasa sedih apabila batu misteri itu sudah tiada

"Tak pun aku suruh abang aku belasah dia orang, tentu kena lebih teruk" Boboiboy, Fang dan Gopal bayangkan bagaimana macam mana Kaizo belasah dia orang nanti, mesti dia orang kena kejar dengan pedang tenaga "Isk kau nie Fang, tak kan nak suruh abang kau selesaikan masalah kita orang pula"

"Habis tue, kau ada cadang lain?" kata Fang kepada Yaya

"Senang sahaja maaa... kita buat-buat tak tahu aje dengan dia orang... lama-lama nanti, dia orang mesti bosan punya"

"Senang kau kata Ying. Dia orang tue, selagi Fang ada dalam kelas dia orang, selagi itu dia orang tak kan berhenti" Gopal bersambung lagi "Aku kan pernah bagi amaran dekat korang, hati-hati dengan kelas 6 Jahanam tue. Tengok, kita orang yang terkena. Lepas nie kau ikut sahaja apa yang dia orang suruh buat"

"Wei Gopal, kalau Fang ikut sahaja cakap dia orang, Fang yang kena buli nanti. Kau nie nak mengelakkan diri daripada kena buli ke?" Gopal tersengih kepada Boboiboy "Tapi korang juga yang terkena, biar aku ajelah yang selesaikan. Korang jangan risau, kalau apa-apa berlaku, nanti aku beritahu korang"

"BULI?! SIAPA BULI ADIK AKU?" Muncul Kaizo di depan mereka dengan mukanya penuh dengan luka-luka "ALAMAK! HANTU!" Gopal terus berlari ke rumah dia. Mereka melihat sahaja Gopal lari lintang pukang kerana ketakutan

"Kenapa dengan muka abang?" tanya Fang. Kaizo usik muka dia sedikit, dia baru perasan ada sedikit luka di mukanya. Dia pun bercerita apa yang berlaku tadi. Kaizo baru sahaja turun dari kapal angkasa dia, selepas itu dia pergi bersiar-siar untuk mengambil udara yang segar. Dia lalu di lorong Pak Sening Koboi dan dia ternampak kucing sewel yang sedang bersiap sedia untuk menyerang dia. Lalu terjadilah perlawanan sengit di antara Kaizo dan kucing sewel

"Lepas tue, abang bawak dia pergi ke kedai haiwan, abang berikan dia makanan kucing" Begitulah penhabisan cerita tentang kucing sewel dan Kaizo. Tiada anti-climax yang di nanti-nantikan oleh mereka berempat "Pang, siapa yang buli kamu dekat sekolah?"

"Err... takde siapa" kata Fang. Dia tidak mahu abang dia tahu apa yang terjadi dekat sekolah tadi, jadi dia buat-buat biasa sahaja tetapi tiga kawan dia suruh bagitahu abang dia. Boboiboy siap menolak-nolak bahu Fang supaya beritahu tentang perkara yang sebenarnya "Bagitahu ajelah" bisik Boboiboy

"Isk, biarkan ajelah aku selesaikan sendiri" bisik Fang balik. Lepas itu Boboiboy pijak kaki Fang, dia membalas balik dengan memijak kaki Boboiboy. Kaizo berasa hairan, kenapa dengan Boboiboy dan Fang, dua-dua asyik memijak kaki sesama sendiri "Kenapa dengan kamu berdua?"

"Macam nie sebenarnya Kapten Kaizo.." Yaya baru sahaja nak bercerita tetapi Fang telah memotong percakapan dia

"Eh.. takde apa-apalah. Jom abang, kita balik" Fang menolak belakang badan abang dia dan mengajak abang dia pulang sahaja ke rumah "Jumpa lagi esok!" kata Fang. Kaizo menyesaki sesuatu yang tidak kena dengan adik dia. Dia akan tanya adik dia sampai dia jawab, fikir Kaizo

--------------------------------------------------------------

"Pang, cuba cerita dekat abang, apa yang terjadi dekat sekolah tadi? Siapa yang buli kau?" Fang baru sahaja hendak naik ke atas, abang dia sudah bertanya. Kalau dia jawab tiada apa-apa yang berlaku dekat sekolah lagi, abang dia akan tahu ada sesuatu yang terjadi dekat diri dia. Fang menghela nafas dan lalu ceritakan kepada abang dia

"Sebenarnya.. ada orang dapat tahu tentang identiti kita abang. Satu sekolah sudah tahu yang kita nie alien" kata Fang. Abang dia menjemput adiknya duduk di sebelah dia di atas sofa dan Fang terus duduk di sebelah abangnya "Lepas tue?"

"Lepas tue, budak-budak dekat kelas adik.. dia orang ejek adik dengan memanggil adik Pang, dia orang suruh adik buat kerja sekolah dia orang. Kalau tak buat, nanti kawan adik yang akan terima padahnya"

"Oh, begitu. Ada lagi?"

"Ada.." Fang bermain-maing dengan tangannya "Adik tak buat pun kerja sekolah dia orang sebab kawan-kawan adik tak bagi, jadi dia orang yang kena simbah dengan air dekat sekolah tadi. Adik pula tak tahu sebab adik lari daripada kelas adik, adik pergi ke perpuskataan masa rehat tadi" Selepas itu, Fang senyap sahaja, dia menunggu apa abang dia akan cakap nanti

"Pang, abang harap kau dapat selesaikan masalah kau. Kalau tidak, abang sendiri akan selesaikan mereka semua, FAHAM!" Fang mengangguk sahaja. Kaizo bangun dan terus ke dapur untuk minum air. Fang duduk di situ lagi sambil fikirkan untuk selesaikan masalah dia, dia terfikir tentang batu yang disebutkan tadi, bagaimana kalau dia berpura-pura seperti abang dia, guna suara garang abang dia untuk menakutkan pembuli dia. Fang tersenyum, dia perlu berlatih suara garang dia. Fang bangun dan terus ke bilik dia untuk mulakan sesi latihan dia

Kaizo yang ada di dapur, dia juga fikirkan tentang sesuatu. Esok dia perlu ke sekolah adiknya, untuk perhatikan budak-budak yang buli adik dia, dia bukan untuk melindungi adik, dia nak lihat sejauh mana adik dia dapat mempertahankan diri daripada pembuli dia. Dia tahu adik dia bukanlah lemah seperti yang dia perkataankan oleh dia, dia tahu adik dia kuat dan tabah.

Fang yang berada di dalam bilik, dia berdiri di depan cermin, buat muka garang seperti abang dia "Kau, kau berambus dari sini... lembut sangat" dia cuba lagi sekali. Kali ini dia mesti dapat keluarkan suara garang seperti abang dia

"KAU INGAT KAU DAPAT MENANG! BERAMBUS KAU DARI SINI!" berhenti dan fikir balik, itu bukan garang tapi macam marah orang, fikir Fang. Dia pejamkan mata dia, dia bayangkan apa yang abang dia selalu buat. Fang nampak abang dia selalu bagi senyuman sadis dia, nada garang dia bercampur dengan nada sadis, abang dia akan mengarah seseorang tanpa belas kasihan, dia akan serang mereka dengan pedang tenaga dia dan akan mengejar mereka semua dengan pedang tenaga dia juga. Lepas itu, muka abang dia yang menakutkan macam nak makan orang. Fang pasti, dia pasti dapat keluarkan suara garang bukan suara pemarah dia, Fang tarik nafas dan lalu hembus, dia cuba lagi sekali

"KAU! PERGI BUAT KERJA KAU! KALAU TIDAK, AKU AKAN MENGHUKUM KAU!" Akhirnya, dia berjaya menjadi garang seperti abang dia tetapi tidaklah begitu garang sekali. Dia tahu itu bukanlah yang terbaik tetapi dia haru cuba, demi dia dan kawan-kawan dia "Jaga lah korang esok, aku akan tunjukkan pada korang semua" Fang tergelak besar di dalam bilik dia sampai abang dia boleh dengar dari dapur

"Adik aku dah gila ke?" Kaizo buat tidak kisah sahaja dan sambung makan bubur lobak merah

----------------------------------------------------

Keesokannya, Fang sudah bersedia, dia bertambah yakin dia dapat mempertahankan diri dia daripada pembuli-pembuli kelas dia. "Wei Fang, betul ke kau dapat kalah kan dia orang" kata Boboiboy.

"Betul lah, aku semalam dah berlatih macam mana nak jadi garang macam abang aku" kata Fang dengan keyakinan pula tapi Boboiboy masih lagi rasa risau

"Dey! Kau tue kalau garang, garang lain macam, garang ada sedikit lembut. Abang kau tue, garang dia macam orang gila! Kau bukannya orang gila pun"

"APA KAU CAKAP! KAU CAKAP AKU NIE LEMBUT! KAU NAMPAK JAM KUASA AKU! KAU NAK KENA HARIMAU BAYANG AKU ATAU KAU NAK KENA DENGAN PENGIKAT BAYANG AKU?" Terus Gopal mengigil di belakang Boboiboy "Bo-bo-boleh lah tue, garang gi-gila macam abang kau" kata Gopal

"Tahu pun!" Fang silang tangan dia dan melihat sekolah dia dengan penuh keyakinan

Fang masuk ke kawasan sekolah dia dandiikuti oleh kawan-kawan dia. Dia nampak Yaya dan Ying melambai-lambai ke arah dia orang, mereka berdua berada di tempat bangku sekolah yang mereka selalu berkumpul di waktu pagi. Boboiboy, Fang dan Gopal terus sahaja ke kawan perempuan mereka "Selamat pagi semua!" kata Yaya dan Ying

"Selamat pagi!" kata Boboiboy balik

"Macam mana dengan kau hari ini Fang?" tanya Yaya. Dia nampak Fang terlalu yakin hari ini

"Jangan risaulah pasal aku. Korang risaukan tentang diri korang, aku pula.. aku akan ajar dia orang" Fang ketawa kecil "Jaga dia orang"

"Wei, kau jangan nak guna kuasa kau pula. Kuasa kita nie bukan untuk mengajar orang" kata Ying

"Mana ada, aku bukan macam abang aku, dia yang selalu salah guna kuasa dia, tak kan aku nak guna kuasa aku pula. Aku dah fikirkan macam mana nak ajar dia orang, aku dapat idea semalam" Fang memberikan senyuman sinis kepada kawan-kawan dia "Rahsia abang aku untuk menjadi seorang yang garang adalah, jangan bagi belas kasihan kepada mereka"

"Kau yakin?" Yaya tidak begitu yakin dengan rancangan Fang. Yaya pasti rancangan Fang mesti gagal tapi dia tidak boleh fikirkan benda-benda yang negatif, dia juga perlu yakin seperti Fang. Harap-harap Fang dapat mengatasi mereka, fikir Yaya. Boboiboy juga fikir benda yang sama, Fang tidaklah selemah mana, dia tahu Fang kuat tapi kalau garang macam abang dia, dia tidak begitu yakin. Tak mungkin Zakwan akan takut dengan suara garang Fang nanti "Kau perlu berhati-hati Fang"

"Kan aku dah kata tadi, jangan risau. Sudahlah, aku masuk ke kelas dulu" Fang beredar dari situ. Dia dapat rasakan kawan-kawan dia risaukan tentang dia, dia juga risau jikalau rancangan dia gagal tapi dia tidak boleh fikirkan sangat. Dia kena yakin, dia kena yakin dengan diri sendiri. Sampai sahaja di kelas dia, dia dapati di atas meja dia penuh dengan buku-buku. Fang menuju ke meja dia, dan melihat buku-buku itu

"Ketua darjah dah sampai pun, kau siapkan kerja sekolah kita orang" kata Zakwan sambil menepuk-nepuk bahu Fang. Fang lepaskan tangan Zakwan dari bahu dia. Fang tarik nafas dan fikirkan tentang abang dia "Kalau aku tak nak buat, macam mana?" kata Fang dengan nada yang sedikit garang tetapi tidak menakutkan Zakwan langsung

"Kau jangan risau, kalau kau tak buat apa yang aku suruh, kawan-kawan juga yang jadi mangsa nanti" Fang cuba lagi, dia betul-betul selami diri dia, dia cuba untuk membangkitkan ciri-ciri abang dia di dalam diri dia. Fang memberikan senyuman sinis kepada Zakwan, selepas itu dia memberikan renungan tajam ke arah mata Zakwan dengan renunangan sadis dia "Baik kau angkat buku-buku nie semua, sebelum aku menghukum kau. CEPAT! KAU BELUM TENGOK LAGI AKU MENGAMUK MACAM MANA"

Zakwan takut dengan nada sadis dia tue, lalu dia mengangkat kesemua buku-buku itu "Jaga kau nanti Pang. Kau tunggu dan lihat sahaja nanti alien" Zakwan kembali ke tempat duduk dia dengan perasaan bengang dia. Fang pula rasa gembira di hati, dia tidak boleh meraikan lagi dengan kekalahan Zakwan. Dia kena tenang dan kekalkan muka sadis dia seperti abang dia selalu lakukan

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying yang berada di luar kelas Fang, mereka kagum dengan kejadian tadi. Gopal siap tepuk tangan lagi "Dasyat juga si Fang, jangan dia jadi macam abang dia yang gila tue sudah"

"Wei! sudah berapa kali aku cakap, Kapten Kaizo tue bukan gila maaaa"

"Apa-apa ajelah Ying"

Loceng sekolah sudah berbunyi, mereka masuk ke kelas terus. Fang jalankan tugas dia sebagai ketua darjah, dia akan menjadi sebagai abang dia hari ini. Dia akan tunjukkan bahawa dia juga boleh jadi garang seperti abang dia tetapi itu hanya sekejap sahaja. Pada waktu rehat, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terkena lagi dengan simbahan air. Fang pula kena lebih teruk daripada itu. Dia di simbah dengan air-air lumpur

"Kau lawan kata aku tadikan, rasakan" mereka baling baldi kosong itu di kaki Fang. Dia berasa sungguh geram dan tendang baldi itu "Ooo.. korang ingat korang boleh menang, korang ingat korang boleh buli aku dan kawan-kawan aku sesuka hati" Aura-aura bayang Fang sudah muncul. Dia nampak begitu marah sekali, hati dia penuh dengan api kemarahan "Berani korang kacau aku dan kawan-kawan aku. PENGIKAT BAYANG!" Dia mengikat mereka semua dan angkat mereka ke udara

"JANGAN FANG! JANGAN GUNA KUASA KAU!" Boboiboy berlari dekat Fang "Fang, bertenang Fang.. kau tak boleh guna kuasa kau untuk mengajar dia orang" Fang melihat Zakwan, Robin dan pelajar-pelajar yang kena ikat dengan pengikat bayang dia

"Dengar sahajalah cakap kawan kau tue, alien. Baik kau lepaskan kita orang, sebelum aku buat lebih dasyat daripada yang tadi" ketawa Zakwan "Oh yea, mana suara garang kau seperti singa tue, dah hilang ke?" mereka ketawa lagi

"Fang, jangan dengar cakap dia orang" pujuk Boboiboy lagi. Fang lepaskan ikatan mereka semua, dia beredar dari situ dengan perasaan geram dia. Boboiboy ikut Fang. Dia terdengar jeritan mereka semua "HAHAHAHAA! DASAR ALIEN PENGECUT!"

Kaizo yang perhatikan mereka dari jauh, dia dengan senyuman sadis dia. Dia akan mengajar budak-budak tersebut kerana membuli adik dia "Hmmm... ingat korang hebat sangat, tengoklah macam mana aku akan ajar korang semua nanti" Kaizo terus beredar dari situ dengan mukanya yang sadis itu. Siapa yang tengok muka dia pun, rasa nak lari jauh-jauh daripada dia

Kembali ke Fang, dia berada di dalam bilik air untuk bersihkan diri dia yang penuh dengan lumpur. Nasib baik sekolah rendah mereka terdapat beberapa bilik shower untuk bersihkan diri selepas sahaja habis waktu sukan. Boboiboy dan Gopal sedang menunggu dia di luar pintu bilik shower. Yaya dan Ying pula menunggu mereka di luar bilik air lelaki. Mereka semua sudah menukar baju ke baju sukan. Ini sudah dua kali mereka terkena simbahan air dari pelajar-pelajar kelas 6 Jaya

Fang membuka pintu bilik showernya, dia kelihatan begitu bersih sekali. Boboiboy bagi balik cermin mata ungu kepada Fang "Terima kasih Boboiboy"

"Kau ok tak Fang?" Fang hanya menghela nafas dan lalu dia menumbuk dinding bilik air. Ternyata Fang tidak begitu senang sekali, hati dia geram dan marah. Kalaulah dia ikut sahaja apa yang Zakwan suruh buat tadi, tak mungkin kawan-kawan dia akan terkena lagi "Maafkan aku. Aku ingat aku dapat selesaikan masalah tadi rupanya bukan"

"Kau jangan sedih sangat Fang. Walaupun apa yang terjadi, kita akan sentiasa bersama"

"Betul tue, kita kan semua sahabat kau" Fang tersenyum kepada Boboiboy dan Gopal. Mereka tidak lari daripada dia atau biarkan dia dibuli begitu sahaja tetapi dia juga tidak mahu melihat mereka dibuli juga disebabkan oleh dia

"Macam mana kita nak selesaikan masalah kita? Aku buat suara garang dekat dia orang pun, tak menjadi juga. Kalau kita bagitahu cikgu macam mana?" kata Fang. Mereka bertiga keluar dari bilik air tersebut. Yaya dan Ying tersenyum melihat Fang sudah kelihatan bersih

"Kalau bagitahu cikgu, aku dapat rasakan kita akan terkena lebih teruk lagi" kata Gopal "Mengikut data aku dapat daripada murid tahun lepas, dia ada report dekat seorang guru tapi selepas itu..." dia buat muka sedih "dia kena lebih teruk sampai dia terpaksa pindah ke sekolah lain"

"Habis tue? nak aku bagitahu sahaja abang aku?" Mereka semua senyap untuk fikirkan sesuatu. Loceng sekolah sudah berbunyi, sudah tiba masanya untuk masuk ke kelas masing-masing "Fang, hati-hati tau. Kawal kemarahan kau nanti" kata Boboiboy

"Terima kasih Boboiboy" Mereka beredar dalam keadaan sunyi. Rizu yang tidak berada jauh dari situ, dia berasa sangat sedih kerana idola dia dan kawan-kawan idola dia kena buli, dia perlu buat sesuatu untuk mereka. Rizu tidak kisah kalau Fang adalah alien, asalkan niat Fang adalah baik bukan jahat

----------------------------------------------------

Waktu habis sesi persekolahan, Fang di datangi oleh orang yang tidak di undang "Pang oh Pang, aku dengar kau alien kaya. Apa kata kau belanja kita orang dekat bandar, macam mana? ok tak?" Fang senyap sahaja, dia teruskan berjalan tetapi mereka tetap ikut Fang dari belakang

"Kau tak nak dengar cakap aku kan. Baiklah, esok kawan-kawan kau, aku akan kenakan mereka lagi sekali" terus Fang berhenti berjalan "Bagus, jom kita ke bandar" Zakwan pegang bahu Fang dan mengheret dia tetapi mereka telah dihalang oleh kawan-kawan Fang

"Baik kau lepaskan kawan aku" kata Boboiboy yang begitu marah sekali

"Korang ingat, korang boleh buli orang sesuka hati sahaja. Tengoklah satu hari nanti, korang juga akan dibuli nanti" kata Yaya

"Wei, kita orang tak takut dengan korang semua. Kita orang pernah berdepan yang lebih dasyat daripada korang semua" kata Ying dengan keberanian dia

"Errrr... hah! baik korang lepaskan dia. Kalau tidak, aku tukar korang jadi cekodok pisang" Boboiboy, Yaya dan Ying pandang ke arah Gopal. Dia terus tersengih dekat mereka bertiga. Zakwan menolak Fang dari belakang "Rupanya kau nie alien lemah, kawan-kawan kau juga kena selamatkan kau. Jom kita pergi" mereka tinggalkan Fang di situ. Boboiboy berlari ke arah Fang yang sedang mengenggamkan tangannya

"Fang, kau ok tak?" Fang tidak menjawab pertanyaan Boboiboy, dia hanya lari daripada kawan-kawan dia. Dia tahu diri dia bukan lemah, dia tahu dia dapat atasi masalah buli dia di sekolah tapi apa yang dia perlu lakukan? bagitahu abang dia? fikir Fang

Tak, dia tak nak. Lagipun abang dia beritahu semalam, dia nak dia selesaikan masalah ini dengan sendiri. Kalau dia beritahu lagi sekali, nanti Zakwan dan lain-lain akan panggil dia lemah lagi sekali. Pemikiran dia semakin serabut, dia berhenti di tempat yang dia suka. Fang melihat keindahan pantai pada hari itu, dia duduk di pasir pantai sambil memerhatikan beberapa orang sedang seronok bermain di tepi laut

"Abang Fang jangan mengalah" Fang kenal suara itu, dia pandang ke tepi dan nampak Rizu sedang duduk disebelah dia. Rizu masih lagi dengan rambut cacak dia seperti Fang "Apa Rizu buat dekat sini?"

"Pizu ada dekat sini sebab Pizu ikut abang Fang tadi. Kalau abang Fang nak tahu, sebenarnya ramai lagi yang tidak kisah dengan identiti abang Fang sebenarnya, cuma dia orang tak berani nak melawan abang Zakwan. Pizu pun sebenarnya pernah kena buli dengan dia tapi semangat yang ada dekat kawan-kawan Pizu, mereka mempertahankan Pizu. Pizu dan kawan-kawan Pizu tak kisah apa jua yang dilontarkan oleh dia, lama kelamaan, abang Zakwan jadi bosan dengan kita orang sebab kita orang lebih kuat daripada dia, kita orang buat tidak kisah dengan dia. Abang Fang pun kenalah macam itu juga, abang Fang jangan risau, Pizu tetap berada di sisi abang Fang" Lalu Rizu peluk Fang seerat-eratnya "Abang Fang kuat"

"Terima kasih Rizu, tapi abang takut kalau Rizu kena buli lagi kalau Rizu rapat sangat dengan abang" kata Fang

"Jangan risaulah, Dia orang nak buat apa dekat Rizu, buatlah. Rizu tak kan mengalah, tak kan tunjuk diri Rizu ini lemah. Abang Fang pun bukan lemah seperti dia, dia orang yang lemah sebenarnya" Rizu lepaskan pelukan dia. Fang tersenyum melihat kecomelan Rizu. Mereka berdua duduk di situ dan berborak mesra seperti abang dan adik. Kaizo ada di situ juga, dia perhatikan mereka berdua, dia berasa lega adik dia kembali ceria tetapi untuk berapa lama. Dia yakin, esok pasti adik dia kena buli lagi. Dia perlu bertindak cepat. Dia tidak mahu benda buruk yang akan berlaku ke atas adiknya.

-----------------------------------------------------------

Fang terkejut dengan satu lagi poster yang tertampal di kantin sekolah. Poster tersebut mengatakan Rizu juga adalah alien dan mereka berdua perlu di usir keluar dari sekolah. Fang mengambil poster tersebut dan koyak poster itu. Dia begitu selamat sekali kerana tidak ramai pelajar yang sampai ke sekolah lagi

"TAK HABIS-HABIS LAGI!" Fang menghentak-hentak kaki dia untuk mencari Zakwan dan rakan-rakan dia. Boboiboy nampak kawan baik yang begitu marah sekali, lalu dia ikut Fang dari belakang. Bukan dia sahaja yang ikut, Gopal, Yaya dan juga Ying ikut Boboiboy juga

Fang nampak Rizu dibuli oleh Zakwan dan rakan-rakan dia di belakang stor sekolah. Mereka curahkan bekalan makanan di kepala Rizu. Rizu pula hanya diam sahaja, dia menahan air mata dia daripada mengalir. Fang tahu Rizu cuba untuk kuatkan diri dia, dia tidak mahu menangis atau tunjukkan kelemahan dia. Salah seorang rakan Zakwan membuka botol air Rizu dan tuang ke atas kepala Rizu. Fang tidak tahan dengan perbuatan mereka, lalu dia menjerit

"KAU JANGAN KACAU DIA! SEBELUM AKU SERANG KORANG, BAIK KORANG BEREDAR DARI SITU SEBELUM AKU AJAR KORANG DENGAN KUASA AKU!"

"Berani pula kau nak gunakan kuasa kau dekat kita orang. Bukan ke kuasa kau tue hanya untuk melindungi bumi" ketawa Zakwan dan rakan-rakan dia

"BUKAN UNTUK MELINDUNGI BUMI SAHAJA TAPI MELINDUNGI DARIPADA MANUSIA SAMPAH SEPERTI KAU!"

"Kau panggil aku manusia sampah, berani kau! Kalau kau berani.. mari lah gunakan kuasa kau dekat aku, itu pun kalau kau berani. Tapi ingat, kawan-kawan kau akan tetap menjadi mangsa aku" mereka ketawa lagi

"Apasal kau perlu babitkan kawan-kawan aku sekali! Apasal kau buli aku? apa kesalahan aku dekat kau hah!"

Zakwan datang dekat kepada dia "Aku buli kau sebab kau ingat kau hebat sangat sampai dapat masuk kelas pertama. Kau ingat aku tak tahu, tahun lepas cikgu Papa panggil kau apa, pelajar contoh. Aku buli kawan-kawan kau sekali sebab aku dengki, aku dengki dengan korang, dengan kuasa korang. Macam mana mereka boleh terpilih menjadi superhero bumi, padahal korang semua hanyalah lemah. Macam mana alien seperti kau boleh duduk dekat bumi begitu sahaja, masuk ke sekolah nie secara senyap-senyap" Dia menolak Fang jatuh ke atas tanah "Kau perlu ingat, kau seorang sahaja alien dekat sini, kita orang nie semua, boleh sahaja halau kau keluar dari sekolah ini"

"Oh, kau nak halau adik aku yea" muncul Kaizo di belakang Zakwan "Apa kata, kau buli adik aku, buli dia sampai dia lari dari planet nie. Buli lah dia lagi" Zakwan rasa takut dengan nada suara itu. Suara itu dia seperti pernah dengar sebelum ini "KENAPA? KAU TAKUT? INGAT KAN KAU BERANI SANGAT TADI" Zakwan menoleh kebelakang dan nampak senyuman sadis Kaizo. Zakwan berundur pelahan-lahan dan pergi ke arah kawan-kawan dia

"Kenapa kau lari? BUKAN KE KAU NAK BULI ADIK AKU TADI!" Kaizo memberikan renunangan tajam ke arah mata Zakwan

"Ma-maaf abang, kami tak kan buli adik abang lagi. Kami pergi dulu" Mereka semua lari lintang pukang kerana takut melihat muka Kaizo yang begitu menakutkan. Kaizo menolak Fang yang terjatuh tadi "Terima kasih abang" Fang hanya tunduk sahaja. Dia tentu kena buli lepas ini kerana dia telah di selamatkan oleh abang dia

"Abang Kaizo hebatlah!" kata Rizu "Tak sangka abang Kaizo begitu garang sekali. Terima kasih abang Kaizo kerana selamatkan kita orang" Rizu memeluk Kaizo dan lalu beredar dari situ. Kaizo nampak muka adiknya yang sedang sedih

"Pang" Kaizo duduk di hadapan adiknya "Pang jangan risau, kalau mereka buli adik lagi, beritahu sahaja abang. Abang akan uruskan mereka. Pang adik abang, abang tak pernah fikirkan adik nie lemah, abang tahu adik sudah buat yang terbaik tapi dia orang tetap buli adik" Kaizo peluk adik dia agar dia tenang dan kembali ceria balik "Pang ada kawan-kawan Pang. Mereka akan selalu berada di sisi adik. Jangan nak sedih sangat"

"Terima kasih abang" Fang tersenyum di dalam pelukan abang dia

"Kalau dia orang cakap adik nie lemah, hiraukan sahaja mereka. Pang tahukan, diri Pang bukan lemah tapi kuat" Kaizo melepaskan pelukan itu dan mencium dahi Fang "Adik pergi masuk ke kelas, nanti waktu rehat abang datang bawakan bekalan"

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berasa lega kerana Kaizo ada di situ, mereka yakin mereka tidak akan dibuli lagi selepas ini. Apa yang mereka tekakan, memang betul, Zakwan tidak lagi buli Fang dan rakan-rakan dia juga tetapi di dalam hati dia, dia hanya rasa geram dan marah sahaja. Fang pula hanya bersikap dingin dengan Zakwan dan rakan-rakanny. Semuanya kembali normal, tiada siapa sebut-sebut lagi tentang identiti sebenar Fang. Ada yang katakan Zakwan hanya berbohong sahaja, ada yang masih lagi percaya Fang itu adalah alien tetapi mereka tidak kisah tentang itu lagi

"Pang tahukan abang akan sentiasa melindungi adik"

"Abang nak lindungi adik tapi yang abang selalu buli adik"

"Itu sebab abang seorang sahaja yang boleh buli adik. Kalau orang lain buli adik, abang akan ajar orang itu"

"Terima kasih abang. PANG SAYANG ABANG!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com