Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Hukuman

"HAHAHAHAAA! AKU LILY! AKU SUDAH KEMBALI"

Tetapi suasana di kedai Tok Aba sunyi sahaja. Tiada siapa yang ada di situ kecuali Tok Aba yang sedang menyediakan cekodok pisang "MANA SEMUA ORANG?!"

"Haih, tak kan kau tak tahu. Dia orang pergi berkelah hari ini dekat tepi pantai" kata Tok Aba

"WHAT?! Macam mana Rizu boleh bagi informasi salah ni" Rizu sebenarnya diberitahu oleh Fang, beritahu Lily yang mereka akan ada di kedai Tok Aba pada pukul 10 pagi tepat tetapi sebenarnya Fang bagi info palsu dekat Rizu dan Rizu dengan sukarelannya, dia beritahu dekat Lily. Tadi Rizu kata kenapa tak tunggu kakak Lily? Fang jawab, kakak Lily lambat sebab semalam dia kena kejar dengan abang Kaizo sebab menggunakan teknik latihan tempur yang salah. Padahal Fang saja nak kenakan Lily dan semalam Lily tiada latihan tempur, Fang tipu sahaja

"Atuk! Saya pergi ke pantai dulu!"

"Hah! Bawa cekodok chocolate ni sekali. Kongsi dengan dia orang nanti yea" Tok Aba berikan sebuah bekas makanan kepada Lily "Jalan elok-elok, jangan nak buat hal pula dekat cucu atuk tu"

"Hehehe.. saya akan berkelakuan baik!" Lily siap bagi tabik dekat Tok Aba. Terus beredar dari situ dengan rasa kepelikan. Apasal tiba-tiba Rizu bagi informasi salah, atau ini semua kerja si landak tak guna tu, fikir Lily "Nahas kau landak! Aku akan cincang-cincang dia!" Tanpa disedari oleh dia sendiri, Lily makan cekodok chocolate itu kerana terlampau geram sangat dengan Fang. Dia berjalan dari kedai Tok Aba sehinggalah dia sampai di pantai. Mata dia mencari-cari seseorang yang dia ingin cekikkan. Sasaran dia nampaknya sedang bermain bola tampar bersama dengan Boboiboy dan Gopal

"Itu pun si landak tu" kata Lily dengan nada marah dia

"Ini pun si kerepek pisang" muncul Kaizo di belakang Lily. Lily terkaku sekejap kerana dia terkejut dengan suara serius Kaizo. Dia sendiri tidak tahu kenapa Kaizo mencari dia pada hari ini

"Kapten Kaizo nak apa?" tanya Lily sambil menoleh kebelakang "Sa-sa-saya tak buat kesalahan apa-apa dekat Kapten Kaizo kan?" Lily tersengih besar di situ. Kaizo pandang Lily lama-lama sampai Lily rasa nak pengsan sahaja di situ. Dia baru sahaja sampai di Pulau Rintis, tak tahulah kenapa tiba-tiba sahaja Kaizo cari dia? Nak kata dia buat kesalahan besar dekat Kaizo, takde pula, fikir Lily yang sudah berpeluh itu

"Nah" Kaizo berikan bakul besar kepada Lily

"Bakul?" Lily pandang bakul itu, selepas itu dia pandang Kaizo

"Yelah, bakul ini untuk adik aku tengah berkelah dekat pantai! Aku nak kau bawakan bakul ini dan berikan kepada mereka. Jangan cuba nak buat sesuatu dekat makanan dia orang. Kalau tidak, latihan tempur selama sebulan akan aku berikan" terus Kaizo beredar dari situ. Lily rasa lega sedikit tetapi dia tidak mahu kena dengan latihan tempur lagi dari Kaizo tu. Lily turun ke pantai dan berjalan ke tempat Boboiboy dan yang lain-lain sedang berkelah

"KAKAK LILY!" Rizu melambai-lambai Lily "KAKAK LILY DAH SAMPAI!"

"Hai Lily!" muncul Yaya disebelah Lily "WAH! Kau bawa makanan untuk kita orang ke?"

"Bukanlah, ini dari Kapten Kaizo tu" kata Lily sambil meletakkan bakul itu di atas tikar "Seronoknya korang hari ini, bersuka ria di tepi pantai. Aku pula tadi dapat informasi salah dari Rizu. Aku datanglah ke kedai Tok Aba tadi tapi rupa-rupanya korang dekat sini"

"Pizu bagi informasi salah?"

"Ha ah, Rizu jangan risau.. ini bukan salah Rizu TAPI INI SEMUA SALAH SI LANDAK TAK GUNA TU!" Fang terdengar jeritan Lily tadi. Terus dia buat-buat tak tahu, buat muka tak bersalah. Dia sambung main bola seperti biasa "BIASALAH ABANG KESAYANG KAU TU, SEMUA YANG DIA KENAL, SEMUA DIA NAK PERGI CARI PASAL! KECUALI RIZU DAN KAK LYNNA!" Fang berapi-api apabila mendengar sindiran dari Lily. Dia melambung bola itu dan lalu menampar bola tersebut, bola itu terkena muka Boboiboy dan menyebabkan ada kesan merah bulat di muka Boboiboy. Lily terkejut "BOBOIBOY KU SAYANG!" Lily cuba untuk pergi melihat keadaan Boboiboy yang sudah terbaring di atas pasir pantai tetapi dia telah dihalang oleh Fang. Gopal sedang mengoyang-goyangkan kawan baik dia yang dalam kesakitan di bahagian hidung dia

"Aduh... apasal aku nampak Gopal macam ada kembar 10" kata Boboiboy yang sedang pening itu

"Kau memang saja nak bagi aku marah kan!" kata Fang yang sedang berapi-api

"Hehehehe... tapi kau juga yang mulakan dulu kan!" Lily menoleh ke arah Rizu yang sedang bermain dengan pasir "RIZU! NAK TAHU TAK, ABANG AWAK NI TELAH MEMPERGUNAKAN RIZU TADI! DIA TIPU RIZU SUPAYA RIZU BAGI INFORMASI YANG SALAH DEKAT AKAK!" Fang cuak dan Lily biarkan sahaja Fang yang tengah tersengih. Dia terus berlari ke arah Boboiboy. Hidung Boboiboy berdarah, Gopal berikan sehelai tisu kepada dia "Boboiboy! Jangan risau, Lily telah membalas dendam untuk Boboiboy ku!" Lily berdrama di situ

Manakala Fang pula terpaksa memujuk Rizu "Abang Fang jahat! Abang Fang gunakan Rizu untuk pergi tipu kakak Lily!" Rizu menangis di situ

"Janganlah menangis Rizu, abang main-main sahaja" Fang cuba memujuk Rizu "Abang belanja Rizu ice cream? nak tak? tetapi Rizu masih lagi meraung-raung di situ. Yaya dan Ying cuba memujuk Rizu. Mereka berikan sandwich chocolate kepada Rizu dan dia terima sandwich tersebut. Air mata Rizu tidak henti-henti mengalir, sambil itu, dia makan sandwich tersebut

"Itulah kau, kan aku sudah ajar kau dulu. Jangan kenakan orang lagi tapi kau tetap degil" kata Yaya dengan tegasnya

"Yolah.. abang kau sudah banyak kali kejar kau, kau masih lagi dengan perangai kau lagi. Bila lu mau berubah" marah Ying

"Ala, bukan selalu pun.. kadang-kadang ajekan"

"Yelah tu Fang. Bukan selalu pun tapi sekarang, Rizu sudah merajuk dengan kau. Kalau dia tak nak dengan kau lagi dah, menyesal kau nanti"

"Yelah... aku lepas ni tak kan kenakan orang lagi" Fang lihat Rizu mengelap air matanya sambil makan roti sandwich "Maafkan abang yea. Abang janji tak kan mempergunakan Rizu lagi. Abang sayangkan Rizu" Fang baru nak sentuh Rizu, terus tangan dia kena gigit oleh Rizu "ADOIIII!"

"Hehehehehee! Itu balasannya sebab mempergunakan Rizu!"

"Bagus Rizu! Gigit dia lagi" Lily cuba menghasut Rizu

"Tak baik buat begitu. Fang sudah pun maafkan Rizu" kata Yaya sambil mengusap-usap kepala Rizu yang masih lagi makan sandwich chocolate "Kalau abang Rizu buat lagi, Rizu laporkan saja dekat abang Kaizo"

"Tapi.. nanti abang Kaizo bagi abang Fang latihan tempur. Abang Fang selalu merungut bila ada latihan tempur. Pizu tak naklah abang Fang kena latihan tempur"

"Haiyaaa... itu sebab abang Kaizo mahu denda adik dia maaa..." kata Ying

"Ok tapi... Pizu ada satu syarat"

"Syarat apa Rizu?" tanya Fang

"Kalau abang Fang nak Pizu maafkan, Pizu nak tanam abang Fang boleh?"

"ERKKKK!" Terkejut Fang. Lily tengah bayangkan Fang kena tanam dalam pasir, takdelah seekor landak cari pasal dengan dia lagi, fikir Lily "Wei Lily, kau jangan nak fikirkan yang bukan-bukan" marah Fang

"Mana ada" Lily tersengih "Tapi sanggup pula si Rizu nak tanam kau hidup-hidup. HAH! Rizu tak suka dekat abang Fang yea. Rizu jangan risau, KAKAK LILY AKAN MENJAGA RIZU! KAKAK LILY AKAN MENJADI KAKAK YANG TERBAIK, LEBIH BAIK, LEBIH AWESOME, LEBIH COOL DARIPADA SI LANDAK NI! HAHAHAHAHAA-" Fang sumbat sandwich masin yang telah dibuat oleh Kaizo, ke dalam mulut Lily "MASINNYAAAAAAAA!"

"Hah! Baru kau tahu" Fang ketawa sedikit melihat Lily mencari air dan terus dia teguk juice oren dari bekas minuman. Dia minum sampai habis "WOI! YANG KAU PERGI HABISKAN AIR TU APASAL?"

"Yea ke.. hehehe.. tak sedar pula aku" Lily meletak bekas minuman itu "Nanti aku gantikan yang baru"

"Lily, Lily... pelik betul perangai kau tapi Faye boleh pula tahan dengan perangai pelik-pelik kau" kata Yaya "Tapi Rizu.. Rizu tak kan nak pergi tanam Fang tu pula? Tak baik tau tanam orang"

"Ala, Pizu cuma tanam badan abang Fang sahaja, bukannya semua. Kepala abang Fang yang tak kena tanam" Rizu tersenyum lebar kepada Yaya dan Ying

"Hah! kalau macam tu! BOBOIBOY GEMPA!" Boboiboy Gempa muncul dengan senyuman sinis dia kepada Fang "PERMUKAAN TANAH!" Boboiboy Gempa, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan Rizu melihat kedalaman lubang tanah itu. Memang begitu dalam, sampai Gopal baling seketul batu ke dalam lubang itu

"WOI! Ini nak bagi aku duduk dalam tanah ke?" marah Fang kepada Boboiboy Gempa

"Hehee.. silap pula" Dia naikkan tanah itu sehingga paras yang boleh tanam Fang "Hah! Sekarang kau masuk ke dalam" Fang dengan muka masam dia, dia masuk ke dalam lubang tanah itu. Rizu tersenyum gembira dan dia siap bertepuk tangan. Yaya dan Ying tidak setuju dengan cara Rizu maafkan Fang. Lily dan Gopal siap tangkap gambar sebagai kenangan mereka "PENUTUPAN TANAH!" Terus pasir-pasir pantai menutup badan Fang yang sudah kena tanam itu

"Hehehehe.. comel abang Fang" Rizu sumbat sandwich manis ke dalam mulut Fang

"MASIN MASIN MASINNNNN!... RIZU! ABANG FANG NAK AIR!" Tetapi Rizu sudah pergi bermain bola bersama Boboiboy, Gopal dan Lily

"Itulah kau, kan dah adik kesayangan kau sudah terpengaruh dengan kenakalan kau. Lain kali jangan nak ajar dia benda yang tak elok" kata Yaya

"Yolah, dia tu kan budak baik maaa... tak patut jadi budak nakal macam kau" kata Ying "Oh ya, air sudah habis.. Lily minum tadi. Nanti kita orang pergi belikan air untuk lu"

"KAKAK YAYA! KAKAK YING! JOMLAH KITA MAIN!" Panggil Rizu sambil baling bola ke arah Gopal

"Nanti kita orang keluarkan kau dari pasir itu ok" Yaya terus pergi sertai mereka bermain dengan bola. Ying juga turut ikut sama dan tinggalkan Fang sorang-sorang di situ sambil melihat mereka bermain bola begitu seronok sekali. Lama-kelamaan, dia rasa bosan dan badan dia mulai rasa gatal. Dia rasa macam ada serangga sedang gigit badan dia. Beberapa jam kemudian, dia tertidur di situ. Kawan-kawan dia pula terlupa tentang Fang semasa mereka sedang berkemas untuk pulang ke rumah. Fang tidur di tepi pantai sehinggalah Kaizo terpaksa keluar pergi mencari adiknya

-------------------------------------

"PANGGGG!"

"JANGANLAH KACAU ADIK! ADIK NAK TIDUR!"

"BANGUNLAH!" Kaizo jentik hidung adiknya "Yang kau pergi tidur dalam timbunan pasir ni kenapa? sudah buang tabiat ke?" Fang membuka matanya dan melihat sekeliling dia. Baru dia sedar, dia masih lagi berada di tepi pantai dengan badan dia kena tanam

"ERKKK! Kenapa dia orang tak bangunkan aku!" menjerit Fang. Dia begitu geram dengan kawan-kawan dia, terus dia melepaskan dirinya dengan menggunakan kuasa bayangnya "SEPARA GARUDA BAYANG!" Fang terus terbang ke langit dan Kaizo terjatuh di atas pasir pantai. Fang mendarat di atas pantai dan hilangkan kuasa bayangnya

"Hmmm... pandai pula kau lepaskan diri. Tak payahlah abang nak tolong kau. SUDAH! Mari kita balik" Kaizo beredar dari situ dan Fang ikut abang dia sambil garu-garu badan dia yang begitu gatal sekali "Macam mana kau boleh kena tanam macam tu sekali?" tanya Kaizo

"Errr.. sebab..." Nak beritahu ke tak nak? fikir Fang

"Sebab apa?" tanya Kaizo lagi dengan nada serius dia

Fang menghela nafas. Dia terpaksa beritahu perkara yang sebenarnya "Sebab adik kenakan Lily. Adik beritahu Rizu suruh beritahu Lily, jumpa dekat kedai Tok Aba pukul 10 pagi tepat tapi kita orang sudah berada di tepi pantai sebelum pukul 10. Rizu tanya mana Lily? Adik tipulah dia yang Lily kena latihan tempur dari abang"

"Mengaku pula kau. Selalunya abang dapat tahu dari kawan kau sendiri"

"Jadi... abang nak hukum adik ke dengan latihan tempur?" Fang melihat wajah abangnya yang serius itu. Kaizo tidak menjawab kerana dia sedang memikirkan sesuatu. Mesti ada cara lain daripada asyik bagi latihan tempur sahaja. Terus dia mendapat satu idea. Lalu dia pandang ke arah adiknya dengan senyuman sinis dia "Abang nak bagi hukuman lagi berat daripada latihan tempur ke?"

"Bukan" kata Kaizo "Daripada aku bagi kau hukuman latihan tempur sahaja, kau mesti tak belajar dari kelakuan kau yang suka sangat kenakan orang. Jadi, dalam masa seminggu ini, aku nak kau pergi tolong kawan-kawan kau dan minta maaf kepada mereka apa yang kau pernah buat kepada mereka sebelum ini. Termasuklah Lily dan Rizu. Kalau boleh, hiburkan hati mereka semua"

Fang rasa lega kerana bukan hukuman berat dia kena "Terima kasih abang!" Fang peluk tangan abangnya dan mengusap-usap pipinya ke tangan abangnya. Kaizo biarkan sahaja adiknya bermanja dengan dia sepanjang perjalanan pulang ke rumah

"Err... abang"

"Kau nak apa?"

"Kita singgah pasar malam boleh tak? Adik lapar" Fang buat muka comel seperti anak kucing kepada abangnya. Kaizo tidak boleh halang sebab adik dia buat muka comel. Jadi dia bertukar arah dan terus ke bandar Pulau Rintis

-------------------------------------

-Isnin-

Fang sudah berada di hadapan rumah Boboiboy dengan bekalan yang dia buat pagi tadi, khas untuk kawan baik dia. Dia mengetuk pintu rumah Boboiboy dan Ochobot yang membuka pintu tersebut

"Eh! Apa kau buat pagi-pagi ni dekat sini?" tanya Ochobot

"Dia datang sebab dia kena tolong aku pada hari ini! Jadi, aku nak kau tolong aku kemaskan bilik tidur aku sebab aku belum bersiap lagi" muncul Boboiboy disebelah Ochobot

"Aik, apasal pula?" tanya Ochobot. Dia mempelawa Fang masuk ke dalam dan berikan bekalan makanan itu kepada Boboiboy

"Sebab ini adalah hukuman aku sebab asyik suka sangat kenakan orang" Mereka bertiga terus naik ke atas dan masuk ke dalam Boboiboy. Bilik itu sungguh bersepah, pakaian Boboiboy semuanya berada di merata-rata tempat, buku tidak tersusun kemas di atas meja, katil tidak dikemaskan lagi dan sampah bertimbun di dalam bakul sampah. Selamatlah Fang ini jenis suka mengemas macam orang perempuan. Jadi dia tidak merungut sangat. Boboiboy terus pergi mandi, sementara Fang pula mengemas bilik tersebut dengan begitu bersih sekali. Dia siap menyapu bilik Boboiboy. Tok Aba yang lalu di depan bilik cucunya, dia melihat kerajinan dan kesungguhan Fang mengemas bilik itu

"Bagus betul si Fang ni" kata Tok Aba "Fang!"

"Yea atok"

"Hah, nanti turun. Kita sarapan bersama yea. Atuk ada buat nasi goreng hari ini" kata Tok Aba

"Terima kasih atuk!" Terus Tok Aba berikan senyuman manis kepada Fang. Dia beredar dari situ dan biarkan Fang sambung buat kerjanya. Tok Aba tahu dengan hukuman Fang, jadi dia setuju sahaja dengan hukuman yang diberikan oleh Kaizo. Dia berharap Fang dapat belajar sesuatu dalam seminggu ini. Selesai sahaja Boboiboy siap mandi, dia kagum melihat bilik yang sungguh kemas dan bersih daripada sebelum ini. Dia nampak Fang sedang membaca buku latihan matematik dia

"Wei, kau salah buat soalan no.5 ni" kata Fang "Kau kira tak betul"

"Hah! Kau kena tolong ajar aku soalan tu! Boleh kan?"

"Hmm.. boleh aje tapi dekat sekolah lah. Kita ada beberapa minit aje lagi nak ke sekolah"

"Ok! Kau tunggu dekat bawah. Nanti aku turun" Boboiboy menolak Fang keluar dari biliknya "Kau pergi sarapan dulu dengan Tok Aba" Boboiboy menutup pintu biliknya di hadapan muka Fang

Fang sabar sahaja, dia ingat lagi kata-kata abang dia malam semalam. Tolong apa sahaja yang kawan kau suruh dan jangan merungut. Fang terpaksa mengikut arahan abangnya, kalau tidak, mesti ada yang pergi buat laporan dekat abang dia. Fang turun ke bawah dan nampak meja makan sudah tersedia dengan nasi goreng dan dua cawan air teh. Tok Aba suruh dia makan dulu sementara menunggu Boboiboy. Dia memang lapar pun sebab dia sendiri belum sarapan lagi. Makanan yang dia buat tadi, dia suruh Boboiboy makan waktu rehat sahaja

--------------------------------------------

"Wah! Terima kasih Fang sebab tolong aku dengan soalan matematik ni!" kata Boboiboy yang kini sudah berada di halaman sekolah. Mereka berdua duduk di bangku sekolah yang tempat mereka semua berkumpul sebelum loceng sekolah berbunyi "Fang.. aku nak cakap sesuatu boleh?"

"Kau nak cakap apa?"

"Hmmm... aku sebenarnya suka sangat dengan hukuman abang kau bagi" kata Boboiboy sambil menyimpan buku latihan matematiknya di dalam beg sekolah "Yelah, dia asyik bagi kau latihan tempur sahaja. Kali ni dia bagi hukuman yang unik sedikit untuk kau. Aku harap kau akan kurangkan kenakan orang"

"Dey! Bukan kurangkan tapi biar takde langsung dengan perangai nakal dia yang suka sangat cari pasal dengan orang lain" muncul Gopal di belakang mereka "Baguslah abang kau hukum kau cara begini! Esok aku tak sabar kau menjadi kuli aku! Esok jangan lupa bawakan makanan sedap-sedap untuk aku, siapkan kerja sekolah aku, bersihkan rumah aku, temankan aku main video game..."

"Cheh, itu bukannya nama tolong kau.. itu macam nak mempergunakan aku" geram Fang dengan Gopal

"Errr... Gopal, kau takde benda lain ke nak suruh dia bantu kau. Kalau tolong ajar kau buat kerja sekolah boleh lah, bukannya suruh dia siapkan kerja sekolah kau"

"Ala, aku bergurau aje" Gopal tersengih kepada Fang tetapi Fang dengan muka masam dia. Loceng sekolah sudah berbunyi, mereka bertiga terus masuk ke kelas masing-masing. Yaya dan Ying sudah naik ke kelas mereka lebih awal daripada Boboiboy, Fang dan Gopal

"Fang, petang nanti kau tolong aku jaga kedai Tok Aba yea. Dia takde petang nanti, sebab ada hal katanya" kata Boboiboy semasa mereka menaiki tangga

"Ok" kata Fang. Mereka sudah pun sampai di tingkat atas sekali. Fang sudah sampai ke kelas dia, Boboiboy dan Gopal melambai ke arah Fang dan terus ke kelas mereka. Dia masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat biasa dia sambil menunggu kelas bermula

---------------------------------

Petang itu, dia menolong Boboiboy melayan beberapa pelanggan yang singgah ke kedai Tok Aba. Dia dapat belajar bagaimana untuk membuat Hot Chocolate, Ice Blended Chocolate Special dan beberapa makanan yang dijual di situ. Fang juga dapat mengenali pelanggan yang datang ke situ. Ada yang baru balik kerja dan singgah untuk berehat sekejap. Ada juga pelanggan yang selalu datang ke kedai Tok Aba dan ada juga pelanggan yang perangai macam Gopal, suka sangat makan. Dari situ, dia belajar dan memerhatikan gelagat pelanggan-pelanggan Tok Aba

Fang tidak merungut sepanjang dia menolong Boboiboy di kedai Tok Aba. Kaizo yang datang pergi melawat adiknya, dia rasa bangga dengan diri adiknya yang tidak merungut. Jadi Kaizo duduk di situ lama sedikit untuk memerhatikan adiknya buat kerja. Adiknya kelihatan sungguh rajin dan sentiasa bekerjasama dengan Boboiboy untuk menyiapkan semua pesanan dari pengunjung kedai Tok Aba. Fang dan Boboiboy dapat duit upahan daripada Tok Aba kerana menjaga kedai dia dengan begitu baik sekali. Fang rasa sangat gembira dengan upahan dari Tok Aba tersebut

Malam itu, Kaizo berikan pelukan kasih sayang kepada Fang "Abang harap, kau akan menjadi budak yang lebih matang dan bukan budak yang suka cari pasal dengan orang lain"

"Terima kasih abang"

-----------------------------

-Selasa-

Hari ini selepas sahaja habis sesi persekolahan, Fang terus pergi ke rumah Gopal untuk menolong dia pula. Ibu Gopal mengajak Fang untuk membuat kuih meruku bersama. Gopal dan Fang membantu dia di dapur. Fang rasa sangat gembira membuat meruku dan dia juga dapat belajar cara-cara untuk membuat meruku yang sedap. Selepas itu, Fang pergi menolong ayah Gopal menjual ice cream

"Abang Fang, abang Fang! Nyanyilah sesuatu dekat kita orang!" datang sekumpulan kanak-kanak melompat-lompat di hadapan Fang "Tahun lepas abang Fang nyanyi best! Kami nak dengar lagi abang Fang nyanyi!"

"Ok, tapi korang kenalah beli ice cream dekat sini" kata Fang. Mereka semua keluarkan duit masing-masing untuk membeli ice cream di situ. Semuanya beratur dengan begitu tertib, tiada yang memotong atau tolak menolak. Fang dengan gembiranya melayan kanak-kanak itu. Ayah Gopal berdiri di tepi bersama dengan Kaizo melihat Fang memberikan ice cream kepada seorang kanak-kanak lelaki. Selepas itu, mereka semua duduk diam dan dengar Fang nyanyi lagu kanak-kanak. Mereka juga turut menyanyi bersama

"Hah! Kalau korang nak tahu, si abang Fang ni bukan sahaja pandai menyanyi. Dia pandai dalam semua mata pelajaran" kata Gopal

"Mestilah! Aku bukannya macam kau! Kau tu reti main video game sahaja. Macam mana nak jadi pandai"

"Ala, kau tu mana reti main bola sepak"

"Senyaplah kau!"

Kanak-kanak di situ melihat Fang dan Gopal bergaduh di situ tetapi mereka tergelak melihat gelagat mereka yang begitu kelakar. Fang terpaksa mengawal kemarahan dia kerana abang dia ada di situ. Dia tidak mahu keluarkan harimau bayang dia sebab nanti kanak-kanak yang ada di situ lari pula dan mungkin abang dia akan kejar dia sebab gunakan kuasa untuk belasah kawan sendiri

Malam itu, Kaizo bagi adiknya memilih movie apa untuk menonton bersama tetapi Fang memilih movie cerita hantu untuk gembirakan hati abangnya "Terima kasih abang" kata Fang pada malam itu

"Kenapa?"

"Sebab bagi adik hukuman paling seronok sekali!"

"Sama-sama" Kaizo terus sekeh kepala adiknya dan lalu mereka menonton movie cerita hantu bersama sehinggalah Fang tertidur di atas sofa kerana terlampau penat sangat menolong ibubapa Gopal siang tadi

--------------------------------------

-Rabu-

Yaya meminta Fang menolong dia periksa kesemua kebersihan kelas selepas sahaja habis sekolah. Fang tidak merungut, dia jalankan tugas dia seperti biasa. Selepas itu, dia terpaksa menolong Yaya pergi ke pasaraya di bandar untuk membeli beberapa bahan untuk masakan Yaya pada hari ini. Dia melihat Yaya berjimat cermat dengan membeli barangan yang murah dan rasanya juga tetap sedap walaupun ianya murah. Fang sebelum ini selalu beli yang mahal sahaja, dia tidak pernah cuba barangan yang lain sehinggalah Yaya mengajar dia bagaimana untuk berjimat cermat dan sebagai membalas budi baik Yaya, dia memberikan resepi biskut yang dia pernah buat sebelum ini

"Kau nak bagi aku?" kata Yaya semasa mereka dalam perjalanan untuk mengambil adik Yaya yang ada di sekolah tadika. Fang menolong Yaya mengangkat beg plastik yang berat dan Yaya pula angkat yang ringan sahaja

"Yelah, aku mana pernah kongsi resepi biskut aku. Kau pun pernah rasa jugakan sebelum ini, masa aku kena gantung sekolah tu"

"Ha ah, biskut yang kau buat tu memang sedap tapi kau tak kisah ke?" tanya Yaya

"Tak, aku ikhlas bagi kau. Boleh lah kau guna resepi aku untuk kau menjual biskut tu dekat sekolah nanti"

"Terima kasih Fang" mereka sudah sampai di sekolah tadika adik Yaya. Fang tunggu sahaja di luar, sementara Yaya pula pergi mengambil adiknya. Selepas itu, mereka terus pulang ke rumah Yaya tetapi Yaya perlukan pertolongan Fang untuk menjaga adiknya sementara dia pergi masak untuk makan malam. Sebelum ini dia pernah menolong Yaya menjaga adiknya, jadi dia tidak rasa begitu kekok sangat. Fang melihat sahaja kemesraan Yaya dan adiknya yang sedang menyanyi-nyanyi semasa mereka dalam perjalanan pulang. Dia tersenyum melihat mereka berdua

"Abang Fang nyanyilah sekali" kata Totoitoy

"Errr... nyanyi lagu apa?"

"Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu..." Fang turut menyanyi juga. Sampai sahaja di rumah Yaya, Fang ternampak abang dia sedang bersandar di tepi pagar rumah Yaya. Dia sedang menunggu mereka bertiga balik "Eh, apa abang buat dekat sini?"

"Abang buat apa dekat sini sebab nak tengok adiklah" kata Kaizo "Abang nak tengok samada kau menolong kawan kau atau kau pergi ke tempat lain untuk bermain"

"Mana adalah, abang jangan risau. Adik akan jalankan hukuman abang dengan sempurna!" kata Fang dengan penuh keyakinan. Yaya pelawa Kaizo dan Fang masuk ke dalam rumah. Yaya terus pergi memasak. Fang pula meminta izin daripada Yaya untuk membawa Totoitoy ke taman permainan untuk bermain di sana dan Yaya benarkan tetapi kena balik sebelum pukul 5 petang. Kaizo juga turut ikut mereka berdua ke taman permainan. Di sana, dia perhatikan adiknya bermain buai bersama adik Yaya. Mereka gelak ketawa sehingga tak ingat dunia. Fang juga ada belanja Totoitoy makan ice cream dan sebelum pukul 5, mereka bergerak pulang

Yaya rasa kagum melihat mereka sampai di rumah tepat pada pukul 5 petang. Sebagai ganjaran menjaga adik dia, Yaya berikan sedikit makanan kepada Fang yang dia telah masak tadi

"Kau masak apa tadi?" tanya Fang sambil mengambil bau dari bekas makanan itu

"Aku masak biasa-biasa sahaja. Aku masak ikan masak merah.. makan tau! jangan lupa kongsi dengan abang kau" kata Yaya

"Terima kasih Yaya! esok aku bagi resepi biskut aku" Fang terus beredar dari situ bersama dengan abang dia

Malam itu, Fang makan bersama abangnya. Kaizo kata masakan itu sedap tapi muka dia tetap dengan muka serius. Hari ini dia berikan adiknya bermain video game selama 1 jam sahaja tapi Fang menolak. Dia ingin pergi berehat kerana terlampau penat sangat. Kaizo tidak membantah, dia berikan adiknya tidur begitu awal dan sementara dia pula, dia main video game sorang-sorang sampai pukul 12 malam

--------------------------------

-Khamis-

Hari ini Fang menolong kawan baik dia yang seterusnya iaitu Ying. Sementara Ying keluar pergi beli barang dapur, Fang berborak sebentar dengan nenek Ying dan seperti biasa, Kaizo ada di situ juga untuk memerhati adiknya. Selepas sahaja Ying pulang dari kedai, Fang menolong Ying memasak makanan kegemaran neneknya. Fang memotong beberapa bahan secara cepat dan dia juga terpaksa memotong daging. Dia telah di marahi oleh Ying beberapa kali kerana terlampau banyak sangat masukkan sayur, rasa tawar, masukkan lagi garam, jangan terlalu masin sangat dan macam-macam lagi. Fang mengawal kemarahan dia, dia tidak mahu menahan. Kalau dia tahan kemarahan dia, mesti dia akan menjadi tidak betul ataupun paling buruk sekali, bertukar menjadi hantu bayang

"Ying, betul ke rasa sup sayur ni?" Fang takut nanti rasa lain pula. Dia reti masak tapi cara masakan Ying lain daripada dia punya. Ying datang ke arah periuk besar itu dan lalu merasa sup itu

"Hmmm... tambah lagi sedikit gula" kata Ying. Fang ikut sahaja arahan dari Ying tanpa membantah

Kaizo di luar sibuk melayan nenek Ying. Mereka minum teh hijau bersama sambil berborak mesra sementara menunggu Fang dan Ying habis masak sup kegemaran nenek Ying. Setelah sahaja selesai, Ying menyuruh Fang membersihkan kawasan halaman rumah dia kerana terlampau banyak sangat daun-daun kering yang jatuh gugur dari pokok. Fang pergi tanpa merungut. Dia menyapu kawasan rumah tersebut sambil melihat abangnya minum air teh hijau dan juga makan pau kacang merah

"Fang! Jangan lupa bersihkan sekali dekat belakang rumah" kata Ying yang muncul di muka pintu rumahnya. Dia telah menyiapkan meja makan untuk mereka semua makan bersama. Selesai sahaja dia menyapu, Ying memanggil dia masuk untuk makan bersama dengan nenek dia

"Kapten Kaizo sekali, jemput makan. Ying hari ini ada masak sup tapi bukan sup lobak merah. Ini sup kegemaran nenek saya" Ying meletakkan sebuah mangkuk besar di tengah-tengah meja makan. Fang sudah pun masuk ke dalam rumah untuk makan. Mereka berempat duduk di kerusi makan dan terus menikmati sup sayur dan juga nasi yang telah dimasak oleh Ying. Fang merasa sedikit sup sayur itu dan rasa dia memang sedap

"Kapten Kaizo jangan malu-malu kalau mau tambah lagi" kata Ying lagi

"Hmm.. terima kasih" Kaizo masih lagi dengan muka serius. Tiada langsung senyuman daripada dia. Selepas sahaja habis makan, Fang dan Kaizo pulang ke rumah. Ying telah memberikan sebuah bekas makanan yang berisikan sup sayur. Sup itu memang sedap dan nenek Ying menjemput mereka untuk datang lagi ke rumah dia

Malam itu, Kaizo melihat adiknya sudah tidur nyenyak di atas katil bersama dengan Shadow. Dia masuk ke dalam bilik dan nampak sebuah almari baru kecil di sebelah almari pakaian. Di situ, Fang telah menyusun semua anak patung landak dan itik yang dia telah terima daripada kawan-kawan dia. Anak patung landak yang abang dia berikan pada tahun lepas, dia letak di atas katilnya bersama dengan teddy bear yang diberikan oleh Rizu. Kaizo menyelimutkan adiknya dan cium pipi adiknya

"Selamat malam, Pang"

---------------------------------

-Jumaat-

Rizu telah mengajak dia datang ke rumah selepas sahaja habis sesi persekolahan. Rizu meminta Fang untuk menolong dia menyusun balik patung-patung anime yang dia telah susun di dalam almari kaca dan juga menolong dia mengemas bilik dia yang penuh dengan barang-barang lama

"Abang Fang, lepas ni abang Fang alihkan katil Pizu pula ok!" kata Rizu

"Katil berat tu?" Fang tunjuk katil Rizu yang bersize queen itu. Rizu mengangguk kepalanya kepada Fang "Tapi katil tu berat, abang mana larat nak angkat sorang-sorang"

"Abang Fang gunakanlah kuasa abang Fang"

"Tak perlu" Kaizo muncul di muka pintu Rizu "Biar aku dan Pang tolong angkatkan katil itu" Kaizo sempat lagi membawa makanan untuk mereka berdua iaitu roti chocolate. Fang rasa lega kerana bukan sandwich atau mana-mana masakan abang dia yang masin itu. Kalau tidak, boleh pengsan dia. Fang dan Rizu sibuk mengemas bilik Rizu. Fang terpaksa keluarkan semua buku Rizu yang tidak digunakan lagi dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak besar. Ada beberapa barang yang tidak pakai oleh Rizu terpaksa di masukkan ke dalam kotak juga

Semua buku dan barang-barang tidak dipakai, akan didermakan kepada orang yang memerlukan. Semasa mereka mengemas dan membersihkan bilik Rizu, mereka jumpa beberapa kenangan Rizu semasa tahun lepas. Fang terjumpa satu lukis gambar dia sendiri yang dilukis oleh Rizu pada tahun lepas

"Ini masa pertama kali Pizu nampak idola Pizu" kata Rizu "Kalau abang Fang nak simpan, simpanlah"

"Hmmm... apa kata Rizu simpan sahaja. Simpan dalam file lukisan Rizu. Inikan lukisan kenangan Rizu"

"Tapi..."

"Takde tapi tapi.. Rizu simpan sahaja lukisan ini" Rizu tersenyum sedih. Dia tidak sedih, dia cuma kecewa sedikit kerana Fang tidak mahu menyimpan lukisan itu. Kaizo nampak kekecewaan di muka Rizu. Lalu dia mengambil lukisan tersebut

"Biar abang yang simpankan kalau si Pang tidak mahu" kata Kaizo "Nanti abang akan letak lukisan ini di dalam bingkai" terus Rizu tersenyum lebar

"Wah! Terima kasih abang Kaizo!" Rizu peluk kaki Kaizo dan Fang rasa sedikit cemburu

"Kalau macam tu, abang Fang simpan dalam bilik abang Fang"

"Buat apa simpan dalam bilik kau. Kau sendiri yang tak nak, biar aku sahaja yang simpan" Fang bermasam muka dengan abangnya. Dia malas nak bergaduh balik. Dia teruskan sahaja mengemas barang-barang Rizu yang begitu banyak sangat di dalam biliknya. Setelah selesai mengemas, bilik Rizu kelihatan bersih dan teratur. Tiada lagi barang-barang lama yang tidak digunakan dan tiada lagi sampah-sampah yang ada terselit di mana-mana tempat. Rizu berikan sebuah potret lukisan gambar Fang sendiri kepada Fang

"Lukisan ini, Pizu buat semalam. Abang terima ok" kata Rizu dengan mata bersinar-sinar dia

"Ok" Fang sangat menghargai lukisan tersebut

Malam itu, Fang cuba untuk melukis gambar dia dan Rizu duduk melihat bintang-bintang di angkasa lepas. Walaupun sudah beberapa kali dia cuba dan padam, dia tidak akan berputus asa sampai lukisan itu kelihatan sempurna bagi dia. Kaizo melihat adiknya begitu tekun sekali melukis, dia tersenyum sedikit melihat kesungguhan adiknya yang tidak mahu berputus asa

-----------------------------------

-Sabtu-

Fang disuruh datang ke kedai Tok Aba kerana Lily berada di situ dengan rakan-rakan dia yang lain "Hah! Hari ini kau kena teman aku pergi shopping! Tolong aku pilih baju yang sesuai untuk dinner date aku bersama Boboiboy"

"Bukan ke sepupu aku bagi kau alat untuk menukar pakaian" kata Fang dengan nada bosan dia

"Heeheee.. aku terlupa nak bawak" Tanpa membuang masa lagi, Lily mengheret Fang ke bandar Pulau Rintis untuk membeli beberapa pakaian dan juga makanan. Fang terpaksa duduk di luar ruangan salin pakaian sementara Lily mencuba semua pakaian yang dia ambil. Fang sudah rasa bosan tetapi dia menahan kesabaran dia

"Fang! Ok tak baju ni?" Lily berpusing begitu pelahan sambil menunjuk skirt labuh dia yang ada corak-corak bunga. Pakaian itu sungguh elegant sekali dan Fang rasa agak sesuai untuk Lily

"Hmmm.. ok, kau nampak cantik sekali pakai pakaian tu" Lily rasa malu sedikit kerana dikatakan cantik oleh Fang

"Hehehe.. betul ke?" dia tergelak malu tetapi hati dia tetap milik Boboiboy bukan si landak, kata dihati Lily dengan penuh keyakinan "Kalau cantik, aku pakai teruslah baju ni!" Dia terus bayar baju tersebut dan tanggalkan harganya yang ada di baju itu. Selepas itu, dia mengheret Fang ke sebuah kedai pastry. Mereka membeli sebuah cake besar dan Fang tak rasa Lily dapat menghabiskan cake itu bersama dengan Boboiboy

Setelah selesai membeli cake, mereka pergi ke kedai roti untuk membeli beberapa roti "Wei, ini bukan dinner date untuk kau dengan Boboiboy ke? Apasal kau beli banyak-banyak pula? Kau nak suruh dia makan semua ke?"

"Mana ada, aku nak beli untuk orang lain makan sekali" kata Lily sambil memilih roti yang mana dia patut beli

"Orang lain?" Fang rasa pelik. Dia melihat muka Lily lama-lama tapi dia hiraukan sahaja pandangan yang dia dapat dari Fang sampailah Fang mengalah kerana Lily tidak mahu memberitahu apa-apa. Kedai yang terakhir mereka pergi sebelum pulang ke rumah, adalah kedai ice cream. Lily membeli dua tube besar dengan perisa yang berbeza iaitu World Class Chocolate dan satu lagi ialah Chocolate Chip ice cream. Fang makin lama makin pelik dengan Lily. Dia nak bagi Boboiboy gemuk ke? fikir Fang. Mereka terus pulang ke rumah

Sampai sahaja di halaman kawasan rumah Fang, Lily suruh Fang menghubungi Lahap untuk mengambil mereka berdua. Fang tidak berkata apa, dia terus menghubungi Lahap. Tidak sampai 5 minit, Lahap sudah pun tiba dengan bumi dan terus mengambil mereka dan kini mereka berada di dalam kapal angkasa "Wei, bukan ke sebelum ni kau pernah dinner date dekat kapal angkasa abang aku? Apasal kau ulang lagi sekali?"

"Kau ikut ajelah aku. Lagipun aku tak cakap pun semua ini untuk dinner date aku dengan Boboiboy kecuali baju aku ni aje" kata Lily. Fang malas nak bertanya lagi, dia ikut sahaja Lily turun ke medan latihan tempur. Fang terkejut melihat kawan-kawan dia, semuanya ada di situ, termasuklah Rizu. Mereka duduk bersila di atas tikar yang telah lama dibentangkan. Di atas tikar itu terdapat pelbagai jenis makanan. Lily terus sertai mereka semua. Fang pula berdiri tergaman melihat kawan-kawan dia. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Rizu memanggil-manggil nama Fang untuk sertai mereka semua

"Apa semua ni?" tanya Fang sambil melihat kawan-kawan dia tersenyum kepada dia

"Ini adalah ganjaran untuk kau sebab berkelakuan baik pada minggu ini" muncul Kaizo disebelah adiknya

"Semua ini untuk adik?"

"Betul tu!" Lily datang balik sebab nak ambik ice cream dekat tangan Fang "Kita orang yang rancang semua ini untuk kau!" Fang rasa nak menangis tapi dia menahan air mata dia keluar

"Sahabat sejati ku" Fang tersenyum sedikit "Terima kasih kawan-kawan dan maafkan aku kerana suka sangat sakitkan hati korang semua"

"Jadi, aku pun sahabat sejati kau juga lah?!" Lily melompat-lompat kegembiraan kerana dia di anggap sahabat sejati oleh Fang

"Kau... ermmm.. kau no komen" Terus Lily berhenti melompat

"Ala, mengaku ajelah aku pun sahabat sejati kau"

"Yelah! Tapi kau kawan baik in progress.. puas hati?" Lily menggangguk tanda puas hati. Dia terus beredar untuk menyertai kawan-kawan Fang yang lain. Fang terdengar satu gelakan yang dia sudah lama tidak dengar. Dia melihat ketepi dan nampak Lynna dengan sebuah set buku cerita "KAK LYNNAA!" Fang terus tersenyum lebar "Apa kak Lynna buat dekat sini?"

"Akak ada dekat sini sebab nak bagi Fang hadiah yang akak belikan semasa akak pergi bercuti. Lagipun abang kamu ada yang cerita dekat akak tentang hukuman kamu" Lalu Lynna berikan satu set buku cerita Harry Potter kepada Fang "Maaf kalau bukan cerita detektif"

"Takpe kak Lynna.. Fang tetap menghargainya" Air mata Fang mengalir keluar kerana terlampau sangat gembira

"Pang suka dengan semua ini?" tanya Kaizo kepada adiknya. Fang angguk kepala sampai tidak berkata apa

"Itu sebab semuanya sayangkan Fang termasuklah si Lily tu sekali" kata Lynna "Kalau Fang suka sangat cari pasal atau kenakan orang dengan gurau senda Fang yang melampau itu, mereka sudah tentu sakit hati, kecewa, marah dan geram kepada Fang. Lama-lama nanti, mereka sendiri akan jauhkan diri daripada Fang tapi mereka tetap sabar dengan perangai Fang yang nakal itu. Kalau Fang nakal pun, janganlah tahap melampau yang boleh sakitkan hati orang lain. Gurau senda dengan cara yang baik, tentu mereka akan ketawa sekali bersama dengan Fang. Cuba Fang tengok dalam masa seminggu ni, Fang menolong kawan-kawan Fang semuanya dan mereka tidak rasa marah ataupun sakit hati. Semuanya gembira kerana Fang membantu mereka tanpa rasa merungut. Jadi inilah ganjaran Fang kerana membantu mereka dan Fang ada juga belajar beberapa perkara dalam masa seminggu ni kan?"

"Ada! Macam-macam Fang belajar!" Lynna tersenyum melihat Fang

"Bagus, itu yang abang mahukan. Abang nak kau jadi budak yang berguna bukan budak nakal yang tidak berguna. Otak aje pandai tapi suka sangat cari pasal" Fang tersengih. Mereka bertiga terus ke tengah-tengah medan latihan tempur untuk menikmati perkelahan mereka di angkasa lepas. Lahap siap mainkan muzik untuk mereka semua. Sambil mereka menikmati makan yang telah disediakan oleh mereka semua, mereka juga setia mendengar cerita dari Lynna tentang kisah-kisah pengembaraan dia menentang musuh-musuh dia yang terkuat. Macam-macam kisah yang mereka dengar dari dunia asal mereka ke dunia lain yang mereka pernah masuk sekali (kecuali Lily), Kaizo juga turut setia mendengar. Dia melihat adiknya, dia tersenyum sedikit

"Pang, semoga kau jangan nakal lagi selepas ini" bisik Kaizo

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com