Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Jalan-Jalan

"SELAMAT PAGI ABANG FANG!" Terkejut Fang sampai dia melambung buku latihan matematik dia "Maaf maaf! Pizu tak sengaja" Rizu mengutip buku latihan matematik Fang yang sudah jatuh di atas rumput sekolah dan dia berikan balik buku itu kepada Fang. Rizu hari ini sampai sekolah awal, dia ternampak Fang sedang membuat latihan matematik dia begitu tekun, sampai tidak sedar dengan persekitarannya

"Terima kasih Rizu" Fang berikan senyuman manis kepada Rizu

"Rajin abang Fang, awal-awal pagi lagi sudah buat latihan matematik"

"sebab matematik adalah mata pelajaran kegemaran abang. Rizu pula suka mata pelajaran apa?" Fang sambung balik latihan matematik dia tadi sambil berborak dengan Rizu. Mereka berdua makin lama makin akrab, seperti Kaizo dan Fang. Tidak pernah sekali pun mereka bergaduh, Fang memang layan Rizu seperti adik sendiri

"Pizu sebenarnya lebih suka melukis" kata Rizu dengan nada malunya " Tapi Pizu tak berapa pandai sangat macam abang Fang"

"Tak kisahlah Rizu pandai ke tak, abang tak kisah pun tentang itu tapi abang boleh tolong ajar Rizu" terus mata Rizu bulat besar kerana dia terlalu gembira sangat "Nanti lepas habis sekolah, kita pergi ulangkaji dekat kedai Tok Aba, nak tak?"

"NAK NAK!" Rizu peluk tangan Fang sekuat-kuatnya, dia langsung tidak melepaskan tangan Fang "Terima kasih abang Fang! Pizu sayang dekat abang Fang"

"Wah! pagi-pagi lagi korang sudah bermanja dekat sini" muncul pula Yaya "Selamat pagi Fang, selamat pagi Rizu"

"Rizu tak nak bermanja dengan abang Gopal ke?" kata Gopal yang baru sahaja sampai bersama Boboiboy dan Ying

"Tak nak! abang Gopal jahat!" Rizu menjeling lidahnya kepada Gopal, dia masih lagi tidak lepaskan tangan Fang "Lagipun abang Gopal suka sangat cari pasal dengan abang Fang"

"Dey! bukan abanglah! tapi abang kesayangan kau nie suka cari pasal dengan orang lain" Rizu menjeling lidahnya lagi dekat Gopal "Wei Fang, kau suruh adik kesayangan kau nie hormat aku sikit"

"Buat apa, kau aje yang tak puas hati dengan aku. Betul tak Rizu"

"Betul betul!" kata Rizu dengan gembiranya. Dia masih lagi tak nak lepaskan tangan Fang

"Cheh, mentang-mentang dia ada peminat setia, semua apa yang kau cakap, dia setuju sahajalah" Gopal buat muka masam dekat Fang dan Rizu "Kalau macam tue, baik aku pergi cari peminat setia aku" Gopal beredar dari situ dan mencari peminat-peminat setia dia. Boboiboy, Yaya dan Ying tergelak melihat Gopal bertanya dari satu pelajar ke satu pelajar, adakah mereka peminat setia dia?

"Abang Fang" Rizu lepaskan tangan Fang

"Rizu nak apa?"

"Esok.. boleh tak..." Rizu rasa malu untuk bertanya kepada Fang "Boleh tak.. ermm.. esok abang Fang bawa Pizu jalan-jalan"

"Jalan-jalan? dekat Pulau Rintis?"

"Ha ah!" terus Rizu senyum lebar dekat Fang "boleh lah boleh lah boleh lah"

"Bawa ajelah dia Fang, dia dah ajak kau tue" kata Boboiboy "Lagipun, kita orang mana ada rancangan apa-apa esok"

"Ha ah, bawa ajelah Rizu pergi jalan-jalan" kata Yaya sambil melihat Rizu yang masih lagi menunggu jawapan dari Fang. Rizu dari tadi asyik tersenyum lebar dekat Fang "Apa jawapan kau Fang?"

"Hmm.. yelah yelah, esok abang bawa Rizu jalan-jalan dekat bandar"

"YEAHHHH!" Rizu, Boboiboy, Yaya dan Ying menjerit kegembiraan "Aik, apasal korang pun gembira sekali?" tanya Fang kepada kawan-kawan dia

"Kami gembira sebab kau bawa dia pergi jalan-jalan maaa.." kata Ying sambil membelai-belai rambut cacak Rizu "Budak nie comel sangat" Ying terlampau geram sangat dengan kecomelan Rizu, lalu dia cubit-cubit pipi Rizu

"Lagipun dia sendiri dah anggap kau sebagai abang sendiri kan, mestilah seorang adik nak pergi berjalan-jalan bersama dengan abang dia" Yaya ketawa kecil melihat Rizu mengangguk-angguk kepala dia tanda setuju dengan kata-kata Yaya "Tengok! Rizu pun setuju"

"Yelah, esok jumpa abang dekat kedai Tok Aba" kata Fang kepada Rizu

"YEAHHH! SAYANG ABANG FANG!" Rizu peluk Fang sekuat-kuatnya sampai Fang tidak boleh bernafas

"Janganlah.. peluk.. abang.. kuat sangat" Rizu buat-buat tidak dengar, dia peluk sahaja. Boboiboy, Yaya dan Ying ketawa kecil melihat kecomelan mereka berdua. Tiba-tiba muncul Gopal dengan seorang pelajar lelaki

"HAH! Aku dah jumpa pun peminat setia aku!"

"Eh! itu kawan Pizu" kata Rizu sambil melihat kawan baik dia iaitu Roy "Dia dulu peminat setia abang Boboiboy tapi lama-lama dia tukar, dia jadi peminat setia abang Gopal"

"APA! KAU RAMPAS PEMINAT SETIA AKU GOPAL!" marah Boboiboy kepada Gopal

"DEY! mana ada! dia yang tukar. Aku mana ada buat apa-apa pun" Gopal pegang bahu Roy kuat-kuat supaya Boboiboy tidak merampas peminat setia dia

"Saya jadi peminat abang Gopal sebab dia pun suka makan macam saya! Lagipun abang Boboiboy tidak pernah ambil kisah tentang saya macam abang Fang ambil kisah tentang Rizu" menangis Roy atau nama manja dia, Boy "Sebab itu saya tukar jadi peminat setia abang Gopal"

"Eh, mana ada.. abang Boboiboy cuma.. cuma sibuk sahaja!" Boboiboy cuba memujuk Roy yang sedang menangis itu "Janganlah merajuk, nanti abang belanja ice cream, nak tak?"

"TAK NAK!" Roy menjeling lidah dekat Boboiboy "Abang Gopal nanti belanja saya ice cream chocolate yea! kita makan sama-sama dekat taman permainan. Jangan ajak abang Boboiboy sebab dia jahat!"

"Aduh" Boboiboy menepuk dahinya "aku pula yang kena dipanggil jahat"

Mereka semua tergelak melihat Boboiboy yang masih lagi cuba memujuk peminat setia "Hehehe.. kasihan abang Boboiboy" kata Rizu sambil memberikan senyuman kepada Fang dan Fang turut membalas senyuman Rizu

---------------------------------------------

"Errr... apasal korang semua ada dekat sini?" tanya Fang sambil melihat kawan-kawan dia duduk tersengih dekat dia. Tepat pukul 10 pagi, Fang telah pun sampai di kedai Tok Aba dan dia dapati, kesemua kawan-kawan dia ada di situ juga. Gopal siap membawa camera dia lagi, begitu juga dengan Ying

"Kita orang ada dekat sini sebab nak tengok kau dengan Rizu lah" kata Boboiboy "Jadi, kau nak bawa dia pergi mana nanti?"

"Isk, sibuk aje korang nie" Fang duduk di atas bangku bersebelahan dengan Boboiboy "Ke mana aku nak bawa dia, itu adalah rahsia"

"Eleh, nak berahsia konon" kata Gopal "Abang kau tahu ke yang kau nak keluar jalan-jalan dengan Rizu?"

"Mestilah dia tahu, aku sudah beritahu dia semalam lagi" Fang teringat lagi tentang semalam, dia bergaduh dengan abang dia sebab abangnya pun mahu ikut juga. Alasan dia, dia cakap kalau sudah menjadi seorang adik yang degil dan nakal, entah-entah jadi seorang abang pun macam itu juga. Dia ingat adiknya akan mengajar Rizu benda-benda yang tak betul juga. Mereka bergaduh sampai abang dia merajuk dengan Fang

"Lambat pula Rizu nak sampai" kata Fang sambil melihat jamnya

"Kejap lagi sampai lah dia tue" kata Boboiboy " Apa kata kau makan dulu sementara menunggu dia sampai" Lalu Fang memesan chocolate waffle dan hot chocolate untuk dirinya. Dia sebenarnya belum lagi sarapan pagi sebab awal-awal pagi lagi abang dia sudah menjerit dekat dia, suruh kemaskan rumah. Lepas itu bergaduh sebab abang dia malas nak kemaskan, padahal dia yang buat bersepah

"Fang, aku cadangkan kau bawa dia pergi ke pusat hiburan yang ada dekat bandar. Dekat situ ada pelbagai jenis mainan yang korang boleh main bersama" kata Yaya

"Ha ahlah, aku selalu pergi situ dengan appa aku masa aku kecik-kecik dulu"

"Pusat hiburan? ada apa dekat situ?" tanya Fang

"ada rumah hantu!" terus kepala Gopal kena ketuk dengan Ying "Apasal kau ketuk kepala aku?"

"Wei, Rizu tue budak kecik lagi.. yang kau nak suruh Fang bawa dia masuk rumah hantu buat apa"

"Entahnya si Gopal nie. Rizu tue takut hantu, tak kan aku nak pergi takutkan dia pula" Fang mengambil hot chocolate yang telah diberikan oleh Tok Aba "Kalau kau nak sangat masuk rumah hantu, kau ajaklah abang aku tue. Dia kan peminat hantu juga, macam kau"

"Jangan Fang, aku tak nak masuk rumah hantu dengan abang kau" terus Gopal mengigil apabila dia terbayangkan diri dia masuk rumah hantu dengan Kaizo "Tak tahulah apa yang lebih menakutkan, abang kau ke atau hantu"

"Selamat pagi semua!" Rizu datang dengan beg sandang belakang dia yang berbentuk penguin. Siap ada botol air di tepi beg tersebut. Rizu tersenyum lebar kerana tidak lagi sabar untuk pergi berjalan-jalan bersama Fang, mata dia pula bersinar-sinar kerana dia teruja melihat semua kawan-kawan Fang ada di situ "Pizu sudah bersiap sedia untuk keluar jalan-jalan bersama dengan abang Fang!"

"YEAHHHHH!" Mereka semua menjerit kegembiraan kecuali Fang. Dia hanya memandang mereka dengan muka bosan dia "Nah Fang, makan pancake ini dulu. Baru kau boleh keluar jalan-jalan dengan Rizu nanti" kata Tok Aba sambil meletakkan sebuah piring pancake di hadapan Fang "Terima kasih atuk"

"Rizu nak apa-apa tak sebelum pergi?" tanya Tok Aba

"Pizu tak nak apa-apa, tadi Pizu baru sahaja sarapan pagi dengan ibu" kata Rizu "Ibu Pizu ada sediakan makanan untuk Pizu nanti. Dia kata, dia suruh Pizu kongsi dengan abang Fang"

"Alahai, comelnya budak nie" Ochobot pula yang muncul. Dia mengusap-usap kepala Rizu "Nah Rizu, abang Ochobot bagi cekodok chocolate" Rizu ambik bekas plastik yang berisikan cekodok chocolate dan lalu simpan di dalam beg penguin dia

"Abang Ochobot?!" Boboiboy, Fang dan Gopal ketawa besar dekat situ sampai Fang tidak boleh makan dengan aman sebab tidak berhenti-henti gelak

"Dey! bila masa kau jadi abang? bukan kau robot ke?" ketawa Gopal sambil memeluk Boboiboy. Kedua mereka tergelak besar sampai buatkan Ochobot merajuk dengan Gopal dan Boboiboy

"Ala, tak boleh ke kalau aku bahasakan diri aku abang Ochobot" Ochobot terbang masuk ke dalam kedai Tok Aba sebab merajuk

"Isk korang nie, kan dah merajuk Ochobot. Tak baik tau ketawakan orang" kata Yaya

"Entahnya, kasihan si Ochobot. Dia pun nak juga rasa dirinya sebagai abang" kata Ying dengan nada marah nie

"Maaf Ochobot, aku tak sengaja" kata Boboiboy "Janganlah merajuk, nanti aku bawak kau pergi jalan-jalan esok, nak tak?" Ochobot buat tidak layan, dia hanya menolong Tok Aba buatkan waffle "Ochobot, janganlah macam tue" Kasihan Boboiboy, semalam kena pujuk kawan baik Rizu, hari ini dia kena pujuk Ochobot pula. Sedang mereka asyik melihat Boboiboy cuba untuk memujuk Ochobot, Rizu menarik-narik tangan Fang. Dia sudah tidak sabar lagi

"Abang Fang dah siap?" tanya Rizu dengan senyuman dia

"Sudah! jom kita pergi" Fang minum air hot chocolate nya sebelum dia turun dari kerusi bangkunya. Mereka senyap-senyap pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan mereka. Sudah jauh Fang dan Rizu berjalan, mereka masih lagi tidak sedar sehinggalah Kaizo muncul dengan teropongnya. Dia melihat adiknya menggunakan teropong tersebut

"Erk! Kapten Kaizo buat apa dekat sini?" tanya Yaya

"Aku tengah melihat adik aku" kata Kaizo yang masih lagi meneropong adiknya. Muka dia begitu serius, macam nak makan orang "Aku nak tahu mana dia nak bawa Rizu tue pergi" Baru mereka sedar yang Fang dan Rizu sudah pergi tanpa memberitahu mereka

"Ala, baru aje nak tangkap gambar dia orang" kata Gopal sambil pegang camera dia. Mereka nampak Kaizo senyap-senyap mengekori adiknya dari belakang. Tanpa membuang masa, mereka juga turut ikut Kaizo.

"Yang kamu semua ikut kenapa?" tanya Kaizo dengan begitu garang sekali

"Sebab kita orang pun nak tengok dia orang berdua" kata Boboiboy sambil tersengih

"hmm.. yelah, tapi kamu semua jangan nak buat bising"

"Baik Kapten Kaizo!" Maka, mereka berlima ikut sahaja kemana Fang dan Rizu pergi. Gopal pula tidak habis-habis mengambil gambar mereka berdua, dia terasa diri dia adalah seorang penyiasat peribadi. Yaya dan Ying pula rasa bersalah ikut mereka berdua tetapi mereka juga turut ingin tahu kemana Fang dan Rizu pergi. Boboiboy siap pinjam teropong Kaizo untuk melihat mereka berdua

-------------------------------------------

"WAHHH! mata Rizu bersinar-sinar apabila melihat sebuah pusat hiburan yang terkenal di Pulau Rintis. Di situ terdapat pelbagai permainan yang ada, ia seperti sebuah taman permainan indoor. Rizu berlari masuk ke dalam sambil pegang tangan Fang. Dia membawa Fang dari satu permainan ke satu permainan. Di dalam pusat hiburan itu, terdapat ramai kanak-kanak kecil bersama dengan ibubapa mereka, ada juga remaja-remaja pelbagai umur datang ke situ dengan kawan-kawan mereka. Memang luas juga tempat pusat hiburan itu, ini pertama kali Fang datang ke sini. Dia amat teruja sekali berada di situ, dia berfikir, mungkin dia akan datang ke sini lagi dengan kawan-kawan dia

Rizu siap tunjuk tempat orang bermain kasut roda. Dia berdiri di tepi dinding cermin dan melihat beberapa kanak-kanak dan remaja bermain dengan kasut roda. Dia juga ingin mencuba tetapi dia takut. Selepas itu dia berlari ke tempat permainan video game, ada pelbagai video game di situ. Fang tidak begitu minat sangat dengan video game tetapi Rizu mengajak Fang bermain bersama dengan dia. Gopal yang tidak berada jauh di situ, dia sangat teruja melihat game-game di situ. Dia tidak sangka ada video game baru di situ tetapi dia sudah di heret oleh Kaizo. Mereka datang ke sini bukan untuk berseronok, tapi untuk melihat Fang dan Rizu, itulah kata-kata Kaizo kepada Gopal. Menangis Gopal di situ

Selepas sahaja puas bermain game, Fang dan Rizu lalu di depan rumah hantu. Rizu tidak mahu masuk kerana takut. Jadi mereka pergi ke tempat lain. Kaizo pula mengajak mereka berempat masuk ke dalam rumah hantu tersebut tetapi Boboiboy, Yaya dan Ying menolak. Mereka lebih rela duduk di luar daripada ikut masuk ke dalam rumah hantu tersebut. 10 minit kemudian, Gopal rasa macam jantung nak tercabut, muka dia sudah menjadi pucat kerana sepanjang perjalanan dia di dalam rumah hantu itu, Kaizo tidak habis-habis menakutkan Gopal

Fang dan Rizu pula pergi membeli gula-gula kapas dan mereka berkongsi bersama. Selepas itu Rizu memujuk Fang supaya main dengan satu alat permainan ini, iaitu permainan memerlukan seseorang untuk menari

"errr.. abang mana reti menari" kata Fang

"Bolehlah abang Fang" Rizu pujuk Fang sehingga dia berjaya membuat Fang bermain dengan alat permainan itu

"Aduh, mesti aku kena gelak nie" Fang memilih lagu dan tarian yang mudah bagi dia. Dia tidak mahu kecewakan Rizu atau membuat dia sedih. Lagu di alat permainan itu sudah bermula, jadi Fang mula menari dan ikut rentak tarian seorang gadis yang muncul di skrin kecil

Kaizo yang berdiri tidak jauh dari mereka berdua, dia melihat sahaja adiknya sedang menari "Jenis tarian apakah itu! MEMALUKAN SUNGGUH!" Orang yang ada di tepi-tepi dia terkejut dengan suara garang Kaizo tetapi nasib dia begitu baik kerana adiknya sedang sibuk sangat menari sampai tidak sedar jeritan dari abangnya

Rizu yang berada di tepi, melihat sahaja Fang menari sambil makan gula-gula kapas. Dia sangat teruja melihat Fang menari. Gopal dan Ying, senyap-senyap mengambil gambar Fang sedang menari. Tarian Fang tidaklah begitu kemas tetapi masih lagi kelihatan hebat. Ramai juga kunjungan budak-budak perempuan berhenti dan melihat Fang menari di situ, dan ada yang sempat mengambil video dia sedang menari

Boboiboy pula, dia siap makan popcorn sambil melihat Fang menari, macam tengok wayang dekat cinema dan Yaya pula, dia tidak tahu pula Fang pandai menari. Setelah selesai lagu itu habis, Fang tercugap-cugap kerana kepenatan. Lagu itu tadi agak pantas dan tariannya juga agak pantas tapi tidaklah begitu susah buat Fang. Ramai budak-budak perempuan datang ke arah dia untuk mengambil gambar bersama tetapi Rizu menghalang mereka. Ada juga yang kena gigit dengan Rizu. Setelah mereka selesai merempuh budak-budak perempuan tadi, mereka pergi berehat sebentar di sebuah cafe yang ada di dalam pusat hiburan tersebut

"Hebatlah abang Fang tadi" Rizu berikan gula-gula kapas tadi itu kepada Fang

"Mana ada, abang tak reti sangat menari" Fang mencubit sedikit gula-gula kapas itu

"Tapi Pizu tengok, abang Fang reti aje menari tadi. Abang Fang pernah menari ke sebelum ini? tanya Rizu sambil mengeluarkan botol airnya dan berikan kepada Fang "Abang Fang minumlah, Pizu tahu abang Fang dahagakan"

"Abang Fang tak pernah pun menari, kalau ajak lawan tue adalah" kata Fang sambil terfikirkan tentang latihan tempur abang dia "Tapi air tue, Rizu yang punya. Abang boleh beli air lain nanti"

"Abang Fang minum ajelah" Fang tidak boleh menolak air tersebut dan minum air itu. Selepas itu, Rizu keluarkan dua bekas makanan yang ada di dalam beg penguin dia. Ibu Rizu telah sediakan beberapa sandwich tuna dan juga bihun goreng. Rizu berikan garpu kepada Fang "Abang Fang makanlah dulu, lepas nie kita pergi tempat lain pula"

"Takpe ke abang makan makanan ibu Rizu buatkan untuk Rizu?"

"Takpe, ibu suruh Pizu kongsi dengan abang Fang" Fang berikan senyuman kepada Rizu dan lalu dia makan bihun itu bersama Rizu. Mereka bergurau senda di situ, gelak ketawa dan berborak lagi. Fang sempat beli waffle dengan ice cream strawberry, merek berdua kongsi bersama kerana waffle itu terlalu besar untuk dimakan sorang. Kaizo yang tidak jauh dari situ, dia membuat keputusan, setakat ini sahaja mereka akan mengikut mereka berdua "Aik, kenapa pula abang Kaizo?" tanya Boboiboy

"Aku rasa, tak patut kita kacau mereka berdua" kata Kaizo

"Ala, baru sahaja nak ambil gambar dia orang lagi" Jadi Kaizo terpaksa pulang ke rumah, dia juga terpaksa mengheret Gopal dari situ kerana Gopal masih lagi mahu mengekori mereka berdua

Habis sahaja Fang dan Rizu makan, mereka keluar dari pusat hiburan dan berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis sambil melihat kedai-kedai menarik yang ada di situ. Rizu tunjukkan kedai yang dia selalu datang. Kedai itu menjual pelbagai patung-patung katun anime seperti Pokemon, Dragon Ball, Sailormoon, Cardcapture Sakura, One Piece dan macam-macam lagilah. Rizu memang peminat anime. Dia selalu ke situ bersama dengan kawan baik dia. Di situ juga ada jual buku manga yang menarik. Fang membelek-belek buku manga tersebut tetapi tiada satu pun yang menarik perhatian dia. Selepas itu mereka ke sebuah kedai roti yang terkenal di Pulau Rintis

Fang sempat membeli beberapa roti untuk diri dia dan juga untuk abang dia. Rizu pun ada beli roti untuk ibu dia. Fang membawa Rizu ke kedai buku, kedai kegemaran Fang

"Abang Fang janji nak ajar Pizu kan, apa kata abang Fang belikan buku latihan darjah 3 untuk Pizu?"

"Hmm... boleh juga. Biar abang yang pilihkan" Fang sibuk memilih kesemua buku-buku latihan darjah 3 khas untuk Rizu. Rizu pula rasa bersalah kerana buku-buku itu semua dibayarkan oleh Fang. Rizu mahu membayar balik tetapi Fang menolak

"Betul ke?"

"Betul, ini semua untuk Rizu belajar nanti"

"Terima kasih abang Fang" Rizu pegang tangan Fang dan lalu keluar dari kedai tersebut. Sedang mereka berjalan-jalan, Fang ternampak sebuah topi berbentuk penguin yang ada di pamerkan di tingkap kedai. Kedai itu adalah kedai topi yang menjual pelbagai jenis topi. Fang rasa topi itu amat bersesuai untuk Rizu, lagipun Rizu sedang memakai beg penguin. Jadi dia pergi belikan topi itu untuk Rizu dan pakaikan di atas kepala Rizu

"Wahh! comelnya topi nie!" Rizu suka dengan topi tersebut tetapi dia rasa bersalah lagi kerana dia tidak belikan apa-apa untuk Fang. Dia memaksa Fang belikan satu lagi topi penguin untuk Fang tapi Fang menolak, dia tidak gemar sangat pakai topi sebab dia kata nanti rosak rambut cacak dia. Lalu Rizu membawa Fang ke sebuah kedai permainan, dia ingin belikan anak patung landak khas untuk Fang

Fang menolak tetapi Rizu memaksa dia juga. Kasihan Fang kerana sekarang dia ada dua anak patung landak dekat rumah. Anak patung landak yang Rizu bagi adalah kecil, tidak sebesar abang dia bagi tahun lepas. Fang terpaksa senyum paksa kepada Rizu, hati dia tidak begitu gemar sangat dengan anak patung landak tetapi dia tetap menerima pemberian Rizu itu dengan ikhlas. Mereka teruskan berjalan sehinggalah ke pantai Pulau Rintis

Mereka berdua duduk di atas pasir pantai dan melihat keindahan laut "Abang Fang, Rizu nak tanya boleh?"

"Tanya apa?"

"Ermm..." Rizu rasa agak malu untuk bertanya, dia takut hati Fang tersinggung nanti "Betul ke abang Fang nie alien? sebab Pizu selalu dengar dekat sekolah abang Fang nie adalah seorang alien. Pizu takut abang Zakwan buat cerita sahaja masa dia buli abang Fang"

"Ha ah, abang adalah seorang alien dari planet lain. Kalau abang alien pun, Rizu nak ke berkawan dengan abang?"

"Mestilah nak, Pizu tidak memilih kawan. Tapi Ibu kata, kalau nak berkawan, jangan pandang harta atau rupa dia, pandang hati budi dia sebab bila kita susah, nanti mereka lari daripada kita, dan yang tinggal hanyalah sahabat sejati kita. Abang Fang baik sebab itu Pizu rasa seronok sangat berkawan dengan abang Fang" Fang rasa sangat terharu, dia peluk Rizu

"Terima kasih Rizu" Fang lepaskan pelukannya "Macam kawan-kawan abang juga, dia orang mana ada lari apabila abang ada masalah"

"Sebab abang Fang bertuah sangat dapat kawan seperti itu" kata Rizu. Dia mengambil beg penguinnya dan lalu keluarkan sebuah kotak kecil "Abang Fang ambil lah, Rizu yang suruh ibu belikan khas untuk abang Fang"

"Apa nie?" Fang rasa curiga dengan kotak tersebut, lalu dia membuka kotak itu. Hati Fang tersentuh sedikit kerana apa di dalam kotak itu, terdapat teddy bear kecil berbentuk dia, dari rambut cacak dia, cermin mata ungu dia, jaket ungu, sarung tangan ungu, siap ada pakai jam kuasa palsu sekali. Fang rasa nak menangis melihat anak patung beruang itu "Mesti mahal nie tapi Rizu lah yang simpan teddy bear nie"

"Tak nak, Pizu nak abang Fang yang simpan. Pizu sangat menghargai persahabatan abang Fang dengan Pizu" kata Rizu. Air mata dia mengalir keluar "Terima kasih abang Fang kerana selalu ceriakan kehidupan Pizu, terima kasih kerana tidak putus-putus melayan karenah Pizu yang manja nie. Terima kasih abang Fang" Rizu mengelap air matanya di lengan baju dia "Pizu selalu anggap abang Fang adalah abang terbaik untuk Pizu dan abang Fang melayan Pizu seperti biasa walaupun abang Fang tahu Pizu nie ada penyakit"

"Rizu jangan menangis, nanti abang juga rasa nak menangis" Rizu tergelak sedikit "Abang pun turut gembira dapat berkawan dan berkenalan dengan Rizu"

"Pizu nak tanya lagi boleh?" tanya Rizu sambil bermain-main dengan pasir pantai

"Tanya apa?" Fang memandang ke arah Rizu yang serba malu untuk bertanya

"Hari itu abang Fang menjerit-jerit dekat padang sekolah kenapa? Pizu menangis sebab melihat abang Fang begitu. Pizu risau kalau abang sakit atau ada hantu yang rasuk abang. Kalau abang Fang tak cerita, takpe. Pizu faham"

Fang menghela nafas dan lalu dia membuka mulut dia "Sebenarnya ceritanya begini" Lalu dia ceritakan kisah sedih dia semasa dia berada di masa silam, dia ceritakan tentang kisah ibubapa dia mati di bunuh oleh Ratu Lily. Dia juga ceritakan tentang kisah tahun lepas semasa dia diculik oleh Ratu Lily untuk membalas dendam terhadap abang dia. Rizu rasa takut apabila dia mendengar cerita itu tetapi dia tidak suruh Fang berhenti bercerita, dia hanya peluk tangan Fang. Dia begitu tekun mendengar cerita Fang dan akhir sekali dia menangis kerana dia rasa kasihan dengan nasib Fang dan Kaizo

"Rizu tak perlu kasihan dengan abang, abang masih lagi ada keluarga"

"Tapi abang sudah kehilangan ibubapa" kata Rizu dengan perasaan sedih dia

"Yea, abang sudah kehilangan mereka tapi abang masih lagi ada seorang abang dan juga keluarga yang lain. Abang pun sudah anggap Rizu sebagai adik sendiri. Seronok pula mempunyai adik yang comel macam Rizu"

"Pizu memang comel pun!" Pizu tersenyum lebih sambil membuat muka comel dia. Lalu dia bangun dan tarik tangan Fang. Mereka berdua lari ke arah laut dan main di tepi laut, mereka main percik-percik air ke arah masing-masing. Kebetulan Boboiboy dan Ochobot lalu di situ, dia nampak Fang dan Rizu sedang kejar mengejar di tepi laut "Mesra betul dia orang berdua" kata Boboiboy

"Ha ah, dah nampak macam adik beradik. Boboiboy rasa, Kaizo cemburu tak lihat mereka berdua?"

"Entahlah Ochobot, aku pun tak boleh nak meneka" Mereka teruskan berjalan ke bandar untuk membeli barang-barang di pasaraya. Kaizo pula tidak begitu cemburu sangat, dia tahu adik dia akan selalu menyayangi diri dia

Fang telah menerima mesej dari abangnya. Dia mengajak Rizu makan malam di rumah mereka, jadi mereka terus pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, makan malam masih belum lagi siap, Fang dan Rizu duduk di ruang tamu sambil menonton katun di television dan akhirnya mereka berdua tertidur di atas sofa. Kaizo keluar dari dapur dan tersenyum melihat mereka berdua tidur kerana kepenatan

-------------------------------------------

"Macam mana semalam? seronok tak keluar jalan-jalan dengan Rizu?" tanya Gopal yang ingin tahu cerita Fang dan Rizu semalam. Fang buat-buat tidak tahu sahaja, dia hanya menghirup air chocolate milk shake dia

"Kau nie Gopal, tak payahlah nak tahu sangat" marah Boboiboy

"Ala, tak boleh ke kalau aku nak tahu"

"TAK BOLEH!" tiba-tiba sahaja Fang menjerit dekat Gopal "Ingat aku tak tahu ke semalam yang korang ikut aku. Aku tahu abang aku pun ada dekat situ juga. Baik korang mengaku cepat!"

"Err.. heheheh... maaf Fang. Kita orang sahaja nak tahu korang pergi mana semalam" Boboiboy tersengih kepada Fang

"Nak tahu sangat buat apa, aku bukannya keluar dengan budak perempuan pun" kata Fang dengan nada marah dia. Dia bermain-main dengan air chocolate milk shake dia sehingga keluarkan buih-buih di dalam air tersebut. Boboiboy dan Gopal duduk rapat-rapat dengan Fang

"Kalau kau keluar dengan budak perempuan, mestilah kita orang akan ikut kau juga.. hehehehe" kata Boboiboy. Sifat nakal dia terkeluar sedikit "Mesti lagi romantik kan kan Gopal"

"Betul cakap Boboiboy, dan aku mestilah kena tangkap gambar mereka berdua.. hehehe"

Tahap kesabaran Fang memang agak terhad, dia rasa rimas dengan mereka berdua yang duduk semakin dekat dengan dia "PENGIKAT BAYANG!" Dia mengikat Boboiboy dan Gopal di pokok "DUDUKLAH KORANG DEKAT SITU! JANGAN HARAP AKU AKAN TURUNKAN KORANG!"

"ala Fang, aku bergurau sahaja. Turunkan lah aku" merayu Boboiboy

"Dey! lepaskanlah aku!"

"Bolehlah Fang! turunkanlah kami berdua. Kita orang belanja kau donut lobak merah, macam mana? ok tak?" kata Boboiboy yang cuba memujuk Fang untuk menurunkan dia dan Gopal tetapi Fang buat-buat tidak dengar. Dia hanya kembali ke tempat duduk dia dan makan cekodok chocolate dia sambil menunggu kedatangan seseorang

"FANGGG! TURUNKANLAH KITA ORANG!" Boboiboy dan Gopal masih lagi menjerit-jerit di pokok

"Tak baik kamu buat begitu dekat dia orang Fang, turunkan ajelah dia orang" kata Tok Aba sambil melihat mereka berdua merayu-rayu Fang turunkan mereka

"Biarkan ajelah atuk, dia orang tue saja nak sakitkan hati saya" kata Fang "Nanti saya turunkan dia orang, esok ke, malam esok ke, hari isnin nanti ke, sebulan selepas itu ke"

"Buat lawak pula kau nie. Dah dah, pergi turunkan dia orang"

"Yelah atuk" Fang petik jari dia, terus pengikat bayang dia hilang. Gopal dan Boboiboy jatuh ke atas rumput hijau "Selamatlah korang! itu pun sebab Tok Aba yang pujuk aku"

"ABANG FANG!" muncul Rizu dengan beg penguin dia "Jomlah! kata nak pergi kedai sama-sama dengan Pizu" Rizu menarik-narik tangan Fang

"EH, korang pergi berjalan lagi ke hari ini?" tanya Boboiboy

"Takdelah, hari ini kita orang nak pergi kedai jual alat melukis sebab Pizu suka melukis" kata Rizu "Jomlah! jomlah!" Rizu meloncat-loncat sambil berjalan bersama dengan Fang "Nanti Pizu nak lukis gambar abang Fang, abang Kaizo dan Pizu! Lepas itu, Pizu nak lukis gambar..." Sambil mereka berjalan, sambil itu mereka berborak mesra. Boboiboy tersenyum sahaja melihat mereka "Ochobot! jom pergi jalan-jalan!"

"Aku nak ikut!" kata Gopal sambil mengangkat tangan

"TAK BOLEH!" kata Ochobot dan Boboiboy. Gopal menangis di situ kerana tiada siapa nak ajak dia pergi berjalan-jalan, jadi dia duduk di situ temankan Tok Aba sahajalah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com