Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Makhluk Hitam

"Pada malam itu, pontianak itu datang ke rumah lelaki itu. Dia duduk di jendela bilik lelaki itu tanpa membuat sebarang bunyi. Dia perhatikan sahaja lelaki itu sedang tidur begitu nyenyak. Dia merangkak masuk dan secara pelahan-lahan dia merangkak ke katil lelaki itu. Dia naik..."

"ABANG FANG! PIZU TAK NAK DENGAR CERITA HANTU LAGI!" Rizu menutup mukanya dengan bantal. Dia bukanlah penggemar cerita hantu tetapi malam itu, Rizu memaksa Fang membaca salah satu novel Kaizo dan bacakan untuknya "Pizu takut"

"Tapi kenapa Rizu suruh abang bacakan?" Fang mengangkat bantal itu sedikit dan nampak wajah ketakutan Rizu. Dia memberikan sedikit senyuman kepada Rizu

"Sebab Pizu nak jadi berani macam abang Fang sebab itu Pizu suruh abang Fang bacakan cerita hantu untuk Pizu"

"Hmmm.. Rizu pun berani macam abang, Rizu tak perlu baca cerita hantu untuk beranikan diri" Fang letak buku novel hantu itu di tepi katilnya. Rizu hari ini bermalam di rumah Fang lagi. Ibu Rizu terpaksa pergi ke luar negara balik selepas sahaja dia mengambil cuti untuk menjaga Rizu yang baru sahaja keluar dari hospital. Ini sudah menjadi kebiasaan Rizu untuk bermalam di rumah Fang. Sebelum dia berkawan dengan Fang, kehidupan Rizu memang sunyi tetapi semuanya sudah berubah. Rizu bertambah lebih ceria, tiada lagi rasa sunyi dihatinya dan Rizu tidak lagi pemalu seperti dulu

"Lagipun, hantu bukannya betul pun"

"Tapi.. Ratu Lily tu hantu" kata Rizu

"Tu hantu tak betul, entah kenapa dia suka sangat dekat kawan abang" Fang nak rasa tergelak sedikit apabila terfikirkan tentang Ratu Lily dan juga Lily, dua-dua peminat Boboiboy tetapi Ratu Lily sudah kembali ke dunia hantu dia dan Lily juga sudah kembali ke tempat asal dia. Dia pun tidak tahu Lily asal dari mana. Suasana huru-hara tiada lagi akan kembali di Pulau Rintis tanpa Lily "Tapi abang Kaizo tu hantu juga"

"Abang Fang tak baik tau cakap abang sendiri hantu" Rizu tepuk-tepuk tangan Fang secara lembut dan Fang geletek Rizu "Hehehehe... tak naklah abang Fang"

"Mengaku cepat abang Kaizo tu memang hantu"

"KAU PANGGIL AKU HANTU!" Kaizo muncul di belakang adiknya dengan penyapu dan penyodok "Sebagai hukuman, kau pergi bersihkan tempat Pikachu dan Pang buat sepahkan dekat dapur!"

"Kenapa adik pula yang kena bersihkan?"

"Pertama! sebab kau pergi cerita kisah hantu dekat Rizu, kedua sebab kau panggil aku hantu dan ketiga, sebab abang suka buli kau" kata Kaizo dengan wajah sadis dia. Fang buat muka masam dan terus mengambil penyapu dan penyodok di tangan abangnya. Dia terus turun dari katilnya. Rizu juga turut turun dari katil Fang

"Pizu tolong abang Fang"

"Rizu tak perlu tolong si Pang. Biarkan dia buat kerja sendiri" Kaizo duduk di atas katil dan menyuruh Rizu duduk di sebelah dia "Rizu duduk sini, abang nak ceritakan kisah seorang budak degil yang bernama Pang, suka sangat kacau orang"

"Itu bukan abang Fang ke?"

"Bukan.. ini budak lain. Budak yang tak reti dengar nasihat dari orang lain" kata Kaizo. Dia ternampak adiknya masih lagi berdiri di pintu bilik "KENAPA KAU MASIH ADA LAGI DI SINI! PERGI BERSIHKAN CEPAT!" Terus Fang keluar dari bilik dia dengan perasaan merungut dia. Fang terdengar perbualan abang dia sebelum dia turun ke bawah "Pang masa kecik-kecik, memang suka tidak dengar cakap orang tapi dia kalau bermanja dia.. dia adalah no.1"

Fang tidak mahu mendengar lagi "Abang aku ni, suka sangat nak buli aku. Entah apa dia cerita dekat Rizu nanti" Dia menghentak-hentak kakinya turun ke bawah dan terus masuk ke dalam dapur. Habis lantai dapur penuh dengan makanan kucing. Shadow dan Pikachu entah lari ke mana. Fang hanya menghela nafas sahaja

"Selamatlah aku ni jenis suka bersihkan" kata Fang sambil menyapu "Apasal aku dapat abang perangai macam hantu gila. Kalau ibu masih hidup lagi, mesti abang kena marah.. hehehehe.. entah-entah, ibu piat telinga abang" Fang bayangkan abang dia kena piat telinga oleh ibu mereka. Sudah tentu ibu dia akan menghukum abangnya "Hehehehe..." sambil dia menyapu, sambil itu dia berangan abang dia kena hukuman berat dari ibu mereka

Fang tidak sedar, ada satu makhluk sedang perhatikan dia mengemaskan dapur. Makhluk itu bukanlah hantu tetapi makhluk yang terlepas keluar dari portal hari itu. Dia sudah lama mengekori Fang dan Kaizo balik ke rumah ini. Mereka memang tidak sedar dengan adanya makhluk tersebut di dalam rumah mereka kerana makhluk itu begitu licik, pantas dan dia suka dengan kegelapan. Dia boleh nampak aura kegelapan Fang. Makhluk itu mempunyai mata merah yang menyala, badan dia hitam kehitaman, lidah yang begitu panjang dan menakutkan dan kuku dia sangat berbisa. Hanya satu cakaran dia, boleh menyebabkan orang itu lumpuh dan koma. Penawar dia, mereka perlu mencari satu pokok khas yang sudah pun wujud di bumi. Dia perhatikan sahaja Fang dengan mata hitamnya. Air liur berdarah dia meleleh keluar dan menitik di atas lantai dapur. Fang berasa pelik melihat titikan-titikan hitam itu, lalu dia memandang ke siling dapur rumah

"Apa.. apa.. apa.. benda tu" Fang terkejut melihat makhluk itu. Makhluk hitam itu merangkak secara pelahan-lahan, dia turun ke bawah dan sudah bersedia untuk menyerang Fang "Baik kau keluar dari sini sebelum aku hapuskan kau" Fang begitu berani sekali, ketakutan dihatinya tidak timbul. Dia tahu dia dapat membunuh makhluk itu dengan menggunakan kuasa dia sendiri. Makhluk itu datang lebih dekat dengan Fang secara pelahan-lahan. Fang berundur sedikit, kedua belah tangannya sudah pun keluarkan aura bayang dia. Makhluk itu tiba-tiba sahaja tersenyum sadis kepada dia, dia melompat untuk menyerang Fang

"TOLAKAN BAYANG!" Fang menolak makhluk itu menggunakan kuasa bayangnya. Makhluk hitam itu ditolak dan terkena dinding dapur. Fang boleh nampak ada kesan retakan di dinding dapur rumahnya. Tolakan tadi memang begitu kuat. Makhluk itu tidak lari, dia menyerang lagi menggunakan lidah dia yang menggerunkan. Fang tunduk dan lalu golek ke bawah meja

"TUSUKAN JARI BAYANG!" Dia menyerang makhluk dia dari bawah meja. Makhluk itu terkena tusukan bayang itu dan lalu ia meletup di dalam dapur tersebut. Makhluk itu meninggalkan beberapa kesan cecair hitam melekit di sekitar dapur dan juga Fang. Badan Fang penuh dengan kesan letupan cecair melekit makhluk tadi. Kaizo dan Rizu muncul di muka pintu dapur. Mereka boleh mendengar letupan tadi dan jeritan dari Fang

"APA YANG SUDAH TERJADI? KENAPA BADAN KAU MELEKIT?" Fang keluar dari bawah meja tersebut dan lalu bau dirinya. Baunya amat busuk "Aku suruh kau bersihkan dapur bukannya suruh bersepahkan lagi"

"Bukan adiklah yang sepahkan, tadi ada makhluk hitam menyerang adik. Abang tak bangga ke adik dapat hapuskan makhluk itu tadi?" Fang memberikan senyuman lebar dia kepada abang dia. Kaizo hanya memandang Fang dengan muka serius dia

"Bangga? INI KAU KATAKAN BANGGA?! SAMPAI DAPUR BERSEPAH! SUDAH! BERSIHKAN DENGAN SEGERA!" kata Kaizo dengan nada garang dia. Hati Fang rasa sedikit kecewa dengan kata-kata abangnya tadi tetapi dia akan berusaha juga untuk membuat abangnya bangga dengan diri dia

"Abang Fang ok ke?" tanya Rizu yang sorok di belakang Kaizo kerana takut melihat dapur itu penuh dengan kesan-kesan cecair hitam melekit. Dia mengintai sedikit untuk melihat Fang

"Abang ok tapi abang kena mandi. Badan abang bau busuk, macam bau longkang"

"Sebelum kau pergi mandi, kau kemaskan balik dapur ini. JANGAN ADA SATU PUN KESAN HITAM MELEKIT ITU! FAHAM!" Kaizo bawa Rizu ke ruang tamu untuk menonton television. Rizu ingin menolong Fang tetapi Kaizo tidak membenarkan. Dia hanya melihat Fang dengan muka kasihan dia. Fang menghela nafas dan terus mengambil baldi, sabun dan juga span untuk membersih dinding dan lantai dapur itu

"Abang Kaizo tak rasa kasihan ke dengan abang Fang?" tanya Rizu. Kaizo pandang ke arah Rizu

"Rasa kasihan? entahlah, abang sudah terbiasa buli dia semenjak kecil lagi tapi lama-lama dia yang terlebih rajin nak bersihkan satu rumah" Kaizo melayan Rizu begitu baik sekali. Fang rasa sedikit cemburu apabila dia nampak abang dia mengusap-usap kepala Rizu. Dia teruskan sahaja bersihkan dapur itu dengan perasaan sedih dan kecewa dihatinya. Rizu melihat sedikit apa Fang sedang lalukan, dia boleh nampak air muka Fang yang kelihatan sedih

"Abang Kaizo, boleh tak Pizu tolong abang Fang?" Rizu cuba memujuk Kaizo "Pizu rasa kasihan dengan abang Fang sebab kena buat kerja sorang-sorang"

"Hmmm.. yelah, pergilah tolong si Pang tu" Rizu terus tersenyum dia peluk badan Kaizo dan cium-cium pipi Kaizo buat kali pertamanya. Kaizo terasa sedikit malu, kerana selama ini, adik dia sendiri tidak pernah nak cium pipi dia

"Terima kasih abang Kaizo!" Rizu lepaskan badan Kaizo dan terus berlari ke dalam dapur dengan muka ceria dia "ABANG FANG!... eh" Rizu melihat ke kiri dan ke kanan dan dapati Fang tiada di dalam dapur "Mana abang Fang?" Dapur itu masih lagi kotor dan melekit. Rizu berundur dan takut kalau Fang kena culik "ABANG KAIZO! ABANG FANG TIADA DEKAT DAPUR!"

Kaizo terkejut dan terus masuk ke dalam dapur. Tak mungkin adik dia naik ke bilik dia kerana dia tidak nampak adiknya naik ke atas "PANG!" Kaizo memanggil nama adiknya. Dia pastikan Rizu ada di sisi dia "Rizu jangan hilangkan diri daripada abang" kata Kaizo

"Mana abang Fang?" tanya Rizu. Dia kelihatan cemas dan takut, dia takut Fang diculik oleh makhluk lain atau orang lain dan dia juga takut kalau dia terlampau risau sangat, dia takut jantung dia akan menyerang dia lagi "ABANG FANGGGG!" Rizu menjerit di luar dapur tetapi Fang tidak menyahut jeritan mereka. Kaizo keluarkan pedang tenaga dia, tangan kirinya pegang tangan Rizu. Mereka berdua pergi memeriksa kesemua bilik yang ada di dalam rumah tersebut

"Pang?" Kaizo membuka lampu di bilik tetamu tetapi kosong. Dia menutup balik lampu bilik itu tetapi selepas sahaja dia menekan suis itu, bekalan elektrik rumah itu terputus. Rizu menjerit sedikit "Rizu pegang tangan abang, jangan lepaskan" Kaizo memasang lampu di jam kuasanya. Dia menyuluh ke arah dapur untuk mencari lampu suluh

"Ini bukan kerja abang Fang kan?" tanya Rizu yang sedang ketakutan. Dia peluk tangan Kaizo dan pejam mata dia kerana dia takut dengan kegelapan

"Bukan, ini tidak mungkin kerja adik aku. Dia sendiri tahu yang kau takut dengan hantu, dia tidak akan buat begitu terhadap kau" Kaizo membuka laci di kaunter dapur dan akhirnya, dia jumpa lampu suluh. Dia memasang lampu tersebut dan menutup lampu di jam kuasanya. Kaizo menyuluh dan mencari jalan keluar dari dapur. Tiba-tiba Kaizo ternampak sesuatu bergerak begitu pantas di hadapan mereka

"Apa.. apa.. benda tadi tu" Pernafasan Rizu semakin cepat kerana terlampau takut "Abang Fang ke tu?"

"PANG!" Kaizo dengan beraninya, dia pergi ke ruang tamu bersama dengan Rizu "PANG! KAU JANGAN NAK MAIN-MAIN DENGAN ABANG! KAU NAK BAGI RIZU SAKIT KE?" Tetapi apa yang mereka dapat, hanyalah gelakan yang begitu menakutkan. Rizu peluk Kaizo dan tidak mahu mendengar gelakan mengilai itu. Dia mula menangis

"Pizu takut... Pizu takut..."

"Rizu jangan risau, abang akan melindungi Rizu" dia menyuluh di sekeliling rumah dan dia terkejut dengan satu makhluk hitam muncul di hadapan matanya "Rizu jangan lepaskan pelukan kau dan pejamkan mata kau" Kaizo menyuluh ke arah makhluk yang begitu hodoh, ia seperti ada sejenis cecair sedang mengalir di sekitar badannya "Mana adik aku? tanya Kaizo kepada makhluk hitam itu. Makhluk itu hanya tersenyum sinis

"Adik kau? buat apa aku pulangkan adik kau. Kau sendiri yang suka seksa dia, jadi aku selamatkan diri dia daripada kau" kata makhluk hitam itu. Kaizo boleh nampak gigi putih dia dan makhluk itu seperti tiada mata "Yea, aku telah mengekori kamu berdua dan menyaksikan sendiri bagaimana kau seksa adik kau. Walaupun aku makhluk yang kejam, tetapi aku masih lagi ada hati. Bukan macam kau, hati kau begitu keras dan penuh dengan kesadisan kau. Aku nampak aura adik kau, aura kegelapan dia, aku tahu kau takut dia berubah menjadi jahat"

"Apa yang kau cuba cakapkan! BAIK KAU PULANGKAN ADIK AKU! SEBELUM AKU HAPUSKAN KAU!" Kaizo mengacukan pedang tenaga dia ke arah makhluk hitam itu

"Hapuskanlah aku tetapi kau tidak akan dapat jumpa balik adik kau selama-lamanya" Makhluk itu ketawa seperti pontianak mengilai. Badan Rizu mengeletar kerana takut dengan jeritan mengilai itu

"Pizu takut.. abang Kaizo, Pizu takut" dia masih lagi pejamkan matanya. Dia tidak mahu melihat makhluk yang bersuara tadi tapi pada masa yang sama, dia risaukan tentang Fang

"Jangan risau Rizu, abang kau selamat. Aku cuma jauhkan dia daripada abang dia yang tiada simpati terhadap adiknya sendiri dan aku akan menjaga dan membimbing dia kearah kejahatan.. HEHEHEHAHAHAHAHAHA" Makhluk itu mengilai lagi

"KAU! JANGAN KAU UBAHKAN ADIK AKU KEARAH KEJAHATAN!" Kaizo mengangkat pedang tenaga dia dan lalu dia baling ke arah makhluk hitam itu. Pedang itu terkena mukanya dan lalu menusuk kepala makhluk itu. Ia meletup dan lampu-lampu di rumah sudah kembali "Rizu boleh buka mata, abang sudah hapuskan makhluk itu" kata Kaizo sambil melihat kesan letupan tadi. Rizu melepaskan pelukan dia

"Tapi.. abang Fang mana?" Kaizo hanya mengelengkan sahaja kepala. Dia pergi ke arah pedang dia dan lalu mengangkat dan simpan pedang tenaga dia "Abang Kaizo, kita kena cari abang Fang"

"Tapi abang sendiri tidak tahu mana makhluk itu sembunyikan dia"

"Kita cari dia bersama. Pizu akan tolong abang Kaizo" Kaizo melutut di depan Rizu

"Tapi abang tak nak lah makhluk itu tiba-tiba datang balik dan serang Rizu. Esok abang akan hantar kamu ke rumah Boboiboy, biar abang sendiri mencari Pang. Rizu pergi tidur, biar abang jaga supaya makhluk itu tidak kembali lagi" Kaizo mengusap-usap kepala Rizu

"Tak nak, Pizu tetap nak ikut abang Kaizo cari abang Fang esok!" Kaizo tersenyum sedikit kerana kedegilan Rizu, sama sahaja dengan adiknya, Fang "Abang Kaizo senyum manis" Rizu pegang mulut Kaizo yang tersenyum itu. Mereka berdua tergelak sedikit

"Hmmm.. baiklah, Rizu boleh ikut esok tapi Rizu kena ikut semua arahan abang, faham?"

"Faham abang Kaizo!" Kaizo bangun dan lalu dia mendukung Rizu

Manalah kau di sembunyikan, Pang, kata dihati Kaizo yang sungguh risaukan tentang keselamatan adiknya

-------------------------------------------

Keesokannya, Kaizo dan Rizu terus mencari Fang. Mereka sudah mencari Fang di dalam rumah, dari bilik basement sehingga ke bilik Fang sendiri. Semuanya tiada tetapi mereka tidak mahu berputus asa. Mereka teruskan pencarian mereka di luar rumah dan dapati, adiknya tiada di situ juga. Kaizo membawa Rizu pergi mencari di tempat lain, di kawasan-kawasan yang berdekatan

"Tak mungkin makhluk itu boleh membawa Pang ke tempat yang jauh" bisik Kaizo dengan muka serius dia

"Abang?" Rizu perhatikan sahaja muka Kaizo "Abang ok ke?"

"Abang ok, Rizu jangan risau" kata Kaizo sambil melihat-lihat rumah di sekitar kawasan perumahan "Sini ada rumah terbiar juga ke selain daripada rumah abang yang dulu?"

"Hmm.. Pizu tak tahu sangat tentang rumah hantu dekat sini tapi abang kena tanya abang Gopal, dia lebih mahir dalam bab-bab rumah hantu"

"Kalau begitu, kita ke kedai Tok Aba, mesti mereka semua ada di situ" Mereka berpusing balik dan terus ke kedai Tok Aba. Rizu asyik pandang ke kiri dan ke kanan kerana dia seperti nampak sesuatu sedang mengekori mereka berdua. Tangan dia automatik pegang tangan Kaizo, dia tidak mahu terpisah dengan Kaizo "Kenapa Rizu?"

"Ada sesuatu mengekori kita" kata Rizu dengan suara ketakutan dia. Kaizo berhenti sekejap, dia melihat-lihat di atas bumbung rumah "Benda itu macam sorok"

"Hmm.. kalau macam tu, kita perlu cepat sebelum dia bertindak" Kaizo mengangkat Rizu dan lalu mendukung dia "Pegang abang kuat-kuat" Rizu peluk leher Kaizo dan Kaizo terus berlari ke kedai Tok Aba. Dia nampak makhluk itu muncul balik dan mengekori mereka dengan pantasnya. Rizu pejamkan mata dia kerana tidak mahu bersemuka dengan makhluk hitam itu

Setelah mereka sampai di kedai Tok Aba, Kaizo rasa sangat gembira melihat kawan-kawan adiknya ada di situ. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sedang sibuk berborak sambil menikmati roti chocolate mereka

"Abang Gopal!" panggil Rizu sambil Kaizo turunkan dia

"Rizu panggil abang? RIZU DAH TAK SUKA DEKAT SI RAMBUT CACAK TU?! BESTNYAAA!" Gopal pula terasa gembira sedikit, dia bangun dan terus berlari ke arah Rizu untuk peluk dia tetapi apa yang dia dapat, satu gigitan di tangannya "ADOI! dey! apasal gigit tangan abang"

"Abang Gopal nak pergi peluk Pizu kenapa? Pizu perlukan pertolongan dari abang Gopal"

"Pertolongan? pertolongan abang Rizu? mana abang kesayangan kamu?" muncul Boboiboy di sebelah Gopal

"Pang dalam bahaya, dia telah di culik oleh makhluk hitam dan sekarang ini, kami perlu mencari dia" kata Kaizo sambil melihat kawan-kawan adiknya

"Dalam bahaya?! culik?! MAKHLUK HITAM?! hantu ke?" terus Gopal menggigil kerana takut pula dirinya di culik oleh hantu

"Bukan hantu lah, abang Gopal" kata Rizu "Abang Gopal tahu tak rumah hantu lain yang ada dekat Pulau Rintis?"

"Hmmmm... rumah hantu yang abang kamu duduk tu aje yang abang tahu tapi rumah hantu lain abang tak tahu" kata Gopal sambil berfikir

"Aik, kau yang minat dengan hantu, tak kan tak tahu kot tentang satu bangunan kosong yang dekat dengan kilang koko. Orang kata bangunan tu berhantu" muncul pula Yaya bersama dengan Ying "Mungkin makhluk itu sorokkan Fang dekat situ tapi Kapten Kaizo pasti ke Fang dilarikan ke situ?"

"Hmmm.. itu cuma tekaan aku sahaja tapi apa-apa pun, kita perlu siasat tempat itu" kata Kaizo "Kamu jaga Rizu, biar aku sahaja yang pergi" Kaizo pusing kebelakang dan Rizu menarik narik baju Kaizo

"Pizu nak ikut"

"Tak boleh, aku tidak benarkan kau ikut"

"Tapi semalam abang Kaizo bagi Pizu ikut" Mata Rizu sudah berkaca "Abang Kaizo tipu Pizu, abang Kaizo tipu Pizu! ABANG KAIZO JAHAT!" Kaizo terasa seperti ada benda tajam sedang tikam hati dia. Rizu terus peluk Yaya sambil menangis "Abang Kaizo semalam cakap nak bawa Pizu sekali cari abang Fang tapi abang Kaizo tipu, abang Kaizo jahat" Kaizo pegang bahu Rizu

"Rizu, kalau terjadi apa-apa dekat Rizu. Nanti ibu kamu marahkan abang pula dan kamu nanti tidak dibenarkan lagi datang ke rumah abang"

"Tapi Pizu nak ikut juga"

"Abang Kaizo, biarkan dia ikut sekali. Kami juga mahu menolong abang Kaizo dan kami akan jaga Rizu sekali"

"Yelah yelah.. tapi jangan ada sesiapa yang terpisah. Aku tidak mahu kamu hilang juga macam adik aku" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying gembira dapat ikut Kaizo. Rizu pula, dia sudah berhenti menangis dan dia cepat-cepat pegang tangan Kaizo

"Pizu janji, Pizu akan dengar cakap abang Kaizo"

"Ini ke bangunan terbiar tu?" tanya Kaizo. Mereka kini sedang berdiri di sebuah bangunan terbiar yang dulunya adalah sebuah syarikat. Akibat mereka mengalami kerugiaan yang teruk, mereka semua terpaksa menutup syarikat itu dan sehingga kini, tiada siapa yang ingin membeli bangunan itu. Kaizo nampak tingkap-tingkap semunya sudah di pecah, pintu masuk ke dalam bangunan itu terbuka luas. Ada beberapa botol kaca bersepah di tepi dinding bangunan. Mereka berjalan ke pintu masuk bangunan itu. Rizu memegang erat tangan Kaizo. Mata dia terbuka luas melihat bangunan terbiar itu

"Takutnya" bisik Rizu

"Jangan takut Rizu, kami semua ada dekat sini" kata Yaya yang terdengar bisikan Rizu tadi. Rizu terus senyum kepada Yaya. Mereka sudah pun berada di dalam bangunan tersebut. Bangunan itu tidaklah setinggi mana, cuma ada 4 tingkat sahaja. Kaizo belok ke kanan untuk periksa semua bilik-bilik yang ada di situ. Pintu-pintu di situ, semuanya sudah terbuka luas. Kaizo nampak banyak kertas-kertas lama berselerak di atas lantai dan alat-alat perabut semuanya sudah jahanam. Kaizo cuba membuka suis lampu di situ tetapi tidak berjaya. Jadi mereka teruskan lagi pencarian mereka. Kaizo mencari tangga untuk naik ke tingkat atas

"Kapten Kaizo, sini ada pintu kecemasan" Ying menolak sedikit pintu dan terus dia menjerit kerana makhluk hitam itu muncul di sebalik pintu

"YING! KENAPA?" tanya Boboiboy. Ying cuma menunjukkan pintu kecemasan itu yang sudah tertutup. Gopal berundur kebelakang kerana tidak mahu melihat makhluk itu. Kaizo menghalang Boboiboy membuka pintu itu. Dia serahkan Rizu kepada Boboiboy

"Biar aku yang buka pintu ini" Kaizo pelahan-lahan membuka pintu itu dan dapati tiada mahkluk hitam itu "Dia sudah hilang" Kaizo masuk dan nampak tangga untuk naik ke tingkat atas "Mari kita naik" Mereka semua terus naik ke tingkat atas. Gopal adalah orang paling belakang sekali. Dia asyik pandang kebelakang, takut tiba-tiba mahkluk itu ikut mereka atau tiba-tiba sahaja muncul belakang dia

"Gopal, cepatlah sikit naik" kata Boboiboy yang masih lagi pegang tangan Rizu

"Syhhh!" Tiba-tiba sahaja Kaizo suruh mereka senyap. Dia telah nampak sesuatu di tingkat satu. Kaizo mengintai-intai di sebalik pintu kecemasan itu. Dia nampak makhluk itu sedang merangkak di dinding sambil menunggu mereka di pintu itu. Kaizo menutup balik pintu itu dan mengajak mereka naik ke tingkat atas. Dia tidak rasa adiknya berada di tingkat satu, mungkin di tingkat dua ataupun tiga atau empat? Kaizo menyuruh mereka naik dulu, biar dia menjaga pintu itu buat sementara. Mereka naik ke atas secara senyap, dan mereka menunggu Kaizo di pintu tingkat dua. Kaizo naik ke atas

Sampai sahaja di tingkat dua, Kaizo membuka pintu itu sedikit dan mengintai-intai kawasan pejabat itu "Ok, kamu semua masuk ke dalam dulu" Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Rizu masuk ke dalam pejabat kosong itu. Tiba-tiba sahaja Kaizo ternampak makhluk itu sedang menuju ke arah Kaizo

"CEPAT! LARI DARI SINI!" Kaizo menutup pintu tersebut supaya makhluk itu tidak dapat mengejar mereka "KAU TAK KAN DAPAT MEREKA!" Kaizo keluarkan pedang tenaga dia

"HAHAHA! seberapa banyak kali kau cuba hapuskan aku tapi aku tetap hidup balik" Makhluk hitam itu menyerang Kaizo dengan lidah dia yang panjang itu. Kaizo melompat dan memotong lidah makhluk itu. Lidah dia terbelah dua, makhluk itu meronta-ronta kesakitan. Kaizo cepat-cepat membuka pintu kecemasan itu dan terus masuk ke dalam pejabat. Dia menutup pintu kecemasan itu supaya makhluk itu tidak dapat mengikut dia

"Abang Kaizo ok ke?" muncul Boboiboy dengan muka cemas dia

"Aku ok. Mana yang lain?" Boboiboy tidak menjawab pertanyaan Kaizo tadi, dia cuma pegang tangan Kaizo dan membawa dia ke sebuah bilik yang luas. Kaizo ternampak adiknya sedang digantung dengan cecair hitam melekit. Tiada kesan luka terhadap adiknya tetapi Fang kelihatan sedang tidur

"PANGG!" Kaizo cuba mendekati adiknya tetapi cecair hitam itu mengelilingi badan Fang dengan begitu banyak

"Jangan Kapten Kaizo, kalau kita datang dekat, makin banyak benda hitam tu" kata Yaya

"Habis itu, macam mana aku mahu selamatkan adik aku?"

"ARGHHHHHHHH!" Mereka terdengar jeritan dari Gopal, Ying dan Rizu. Mereka bertiga bergegas keluar dari bilik itu "ABANG KAIZOOOO!" Kaizo lari dan mencari jeritan Rizu

"RIZUUU!" Yaya terkejut melihat Rizu telah diikat dengan cecair hitam melekit itu. Ying dan Gopal juga turut diikat

"GOPAL! YING!"

Tiba-tiba sahaja Yaya ditembak oleh cecair hitam itu dan terus dia melekat di tepi tingkap pejabat "YAYA!" menjerit Boboiboy melihat kawan-kawan dia semuanya diikat. Makhluk itu muncul di depan mereka berempat

"Hahahahaha... kau tak kan dapat kalahkan aku" kata makhluk hitam itu dengan senyum sinis dia "Aku akan mempergunakan mereka untuk menyerang korang dan adik kesayangan kau" Makhluk itu terus pandang ke arah Kaizo "Aku akan bawa dia jauh dari sini, jangan risau.. aku akan jaga dia dengan baik"

"BERANI KAU! BOBOIBOY HALILINTAR!"

"Jangan!" Kaizo menghalang Halilintar menyerang makhluk hitam itu "Aku sudah cuba untuk menghapuskan dia tetapi dia tetap hidup semula" Makhluk itu memancut cecair hitam dia dan mereka berdua mengelakkan diri. Halilintar terus menyerang dia dari tepi

"TETAKAN HALILINTAR!"

"TETAKAN TENAGA!"

Makhluk itu terus cairkan diri, mereka berdua hampir hendak terkena sesama sendiri. Kaizo sempat tunduk dan bergolek ke tepi "Hehehehe.. kau tak kan dapat kalahkan aku. Saksikanlah, bagaimana aku mempergunakan kawan-kawan kau" Halilintar dan Kaizo melihat cecari hitam itu mula bergerak dan mengelilingi badan kawan-kawan merek. Gopal, Yaya, Ying dan Rizu bergelut untuk melepaskan diri tetapi mereka sudah terlewat. Cecair hitam mula masuk ke dalam mulut mereka dan mula mengawal diri mereka

"Rasakan bagaimana kawan kamu sendiri menyerang kamu"

Mata mereka berubah menjadi hitam, mereka telah pun dilepaskan "Serang mereka, serang kawan kamu" Gopal, Yaya, Ying dan Rizu mengikut peringkat makhluk hitam itu

"Macam mana ni abang Kaizo?"

"DINDING TENAGA!" Kaizo memerangkap mereka berempat di dalam dinding tenaga dia "Kau pergi cuba hapuskan makhluk hitam itu, biar aku uruskan mereka"

"TUMBUKAN PADU!" Yaya cuba untuk pecahkan dinding tenaga Kaizo tetapi tidak berjaya

"PERGI CEPAT!" Halilintar tinggalkan Kaizo di situ, dia terus mencari makhluk hitam itu. Dia pergi periksa Fang dan kawan baik dia masih belum berjaga lagi. Dia melihat sekitar bilik itu

"Hehehehe.. kau tak kan dapat kalahkan aku" Halilintar pandang ke atas dan dia sempat mengelakkan diri daripada terkena pancutan cecair hitam itu. Makhluk itu merangkak ke tepi dinding "Kau begitu kuat sekali, tapi mampu ke kau dapat hapuskan aku"

"Kau jangan terlalu angkuh sangat! aku pasti, aku akan dapat selamatkan kawan-kawan aku. APA YANG KAU NAK DENGAN KAWAN AKU!"

"Si Fang ni? Aku cuma ingin menjaga dia sahaja. Kau tak rasa kasihan ke setiap hari melihat dia dibuli oleh abang dia sendiri. Dia cuma mahukan hidup aman dan bahagia tanpa dibuli atau diseksa oleh abang dia. Abang dia begitu kejam, tiada rasa belas kasihan. Jadi aku mengambil dia dan akan menjaga dia. Aku akan pastikan kegelapan akan menjadi sebahagian kehidupan dia.. hehehehehe"

"Kau silap! Abang Kaizo terlalu sayangkan Fang! Aku tahu dia selalu buli Fang tetapi itulah dia menunjukkan kasih sayang dia terhadap Fang! setiap orang berbeza untuk tunjukkan kasihan sayang mereka. Dia orang selalu bergaduh tetapi pergaduhan mereka mempunyai mereka menjadi lebih akrab. Walaupun mereka pernah bergaduh besar, tetapi mereka akan tetapi mencari satu sama lain, itu menunjukkan mereka tidak mahu berpisah dan aku bangga Fang mempunyai abang seperti walaupun dia seorang yang garang, tegas dan ganas"

"Kau ni banyak bunyi pula!" Makhluk itu menyerang Boboiboy. Dia mengelakkan diri dia dengan pedang halilintar dia

"Api.. gunakan kuasa api" Halilintar ternampak Fang membuka mata dia sedikit "Api.."

"Api?" Halilintar melompat "BOBOIBOY BLAZE!" Terus dia bertukar menjadi Boboiboy Blaze. Makhluk itu begitu geram dengan Fang, dia memancut cecair hitam ke arah mulut Fang supaya dia tidak dapat berkata-kata lagi

"AKU AKAN HAPUSKAN KAU! PENGIKAT API!" Sebuah tali api muncul dan mengikat makhluk itu, cecair hitam di badan dia mula menggelegak. Blaze terus tersenyum "Terima kasih Fang" bisik Fang "API MAKSIKMA!" Dia kuatkan lagi api tersebut. Makhluk hitam itu mengilai kerana kesakitan yang dia dapat, makin lama makin dia mencair dan terus dia hilang dari bumi. Semua cair hitam di tubuh badan Fang juga turut hilang dan terus dia terjatuh di atas lantai bangunan itu. Gopal, Yaya, Ying dan Rizu terus kembali normal. Cecair hitam itu keluar daripada badan mereka dan terus hilang

"Kita sudah kembali normal!" kata Yaya dengan gembiranya. Kaizo hilangkan dinding tenaga dia yang sudah retak itu. Dia tersenyum sedikit dan melihat lari ke arah dia. Rizu peluk badan Kaizo

"Abang Kaizo, Rizu selamat"

"Jom, kita pergi tengok Fang" Rizu lepaskan pelukan dia dan mereka terus mencari Fang. Boboiboy sedang menolong angkat Fang yang dalam keadaan lemah "Pang!" Fang nampak abang dia dan Rizu, terus dia tersenyum lemah

"Abang, Rizu" kata Fang. Kaizo berlari ke arah adiknya untuk menolong dia

"Macam mana kau tahu nak hapuskan benda itu menggunakan api?" tanya Boboiboy

"Aku sebenarnya teringat buku yang aku pernah baca semasa aku di rumah Lynna. Aku tidak sangka makhluk itu betul-betul wujud tapi semasa aku berlawan dengan dia semalam, aku tidak terfikir langsung sehinggalah dia menangkap aku dan bawa aku ke sini, dari situ aku teringat tentang makhluk yang aku baca dari buku Lynna"

"Hmmm.. ada guna juga kau ni" kata Kaizo. Dia pegang Fang untuk menolong adiknya berjalan "Mari kita balik dan kau perlu mandi sebab bau kau terlalu busuk! macam bau air longkang"

"Ala, adik bau longkang pun. Abang tetap nak tolong adik jugakan" Kaizo dan Fang berjalan ke arah pintu kecemasan

"Habis tu, nak abang biarkan kau jalan bersendiri. Kau tu patut bersyukur kerana abang tetap sayangkan kau"

"Adik memang bersyukur pun"

"Yang kau merungut tadi kenapa?"

"Bila masa adik merungut! ABANG JANGAN NAK BUAT CERITA!"

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Rizu melihat mereka berdua bergaduh lagi sambil turun dari tangga "Hmm.. dia orang asyik bergaduh sahaja" kata Rizu

"Itu sudah menjadi kebiasaan mereka. Gaduh-gaduh pun, hati mereka tetap sayang satu sama lain. Jomlah kita balik" Boboiboy pegang tangan Rizu dan mereka semua turun dari tangga kecemasan sambil mendengar pergaduhan di antara abang dan adik

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com