Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Masalah Faye

"Abang Kaizo, sanalah sikit!"

"Abang kesanalah, Rizu pergilah selesaikan orang jahat tu dulu"

"Tapi Pizu tak reti"

"Hmm.. yelah, yelah.. Rizu ke depan, biar abang uruskan orang jahat tu"

Kaizo dan Rizu sedang sibuk bermain video game di dalam bilik Fang dekat kapal angkasa. Fang masih lagi koma, kawan-kawan dia selalu datang untuk melawat dia dan juga ingin tahu perkembangan berita Fang tetapi sama sahaja. Setiap hari, mereka mesti pergi ke kapal angkasa bersama dengan Rizu. Hari ini Kaizo membawa video game milik Rizu untuk bermain bersama dengan Rizu

"ABANG KAIZO ABANG KAIZO! KITA SUDAH SAMPAI LEVEL YANG TERAKHIR!" Rizu dan Kaizo memberikan high five kepada masing-masing

"Pandai juga Rizu main video game" kata Kaizo "Sekarang, mari kita bertarung dengan raksasa kita yang terakhir! Aku akan pastikan kita akan mendapat markah yang tertinggi!"

"Yeahh!" Rizu rasa seronok main video game bersama Kaizo sampai mereka tidak sedar yang Fang sudah sedar dari koma. Fang hanya perhatikan sahaja mereka berdua, dia tidak berkata apa. Kepala dia rasa sakit dan mulut dia rasa kering sampai dia sendiri rasa lemah untuk bercakap. Dia hanya tersenyum lemah sahaja "Pizu akan serang dia dengan kuasa api!"

"Rizu jahanamkan kaki dia, biar abang serang dia dari bahagian atas" kata Kaizo. Mereka berdua belasah raksasa itu sehingga berjaya. Rizu begitu sekali, dia meloncat-loncat dan ternampak Fang sedang tersenyum melihat mereka

"Abang Fang! ABANG FANGGG!" Rizu berlari ke arah Fang. Kaizo pusing ke belakang dan nampak adik dia sudar sedar. Dia juga turut gembira dan lalu dia bangun untuk pergi periksa adiknya. Rizu memeluk tangan Fang seerat-eratnya seperti dia tidak mahu Fang pergi atau koma lagi

"Adik, adik ok?" Kaizo periksa degupan jantung Fang, periksa kepala dia, tangan dia, kaki dia, badan dia dan segala-galanya "Hmmm... adik boleh bangun tak?"

"Boleh" Fang bangun sedikit dan dia telah dibantu oleh Rizu "Berapa lama adik koma?" tanya Fang

"3 minggu" kata Kaizo

"3 MINGGU?! ingatkan setahun lah tadi"

"Hehehehe... tapi Pizu sentiasa melawat abang Fang. Kawan-kawan abang Fang pun setiap hari datang juga. Dia orang ada bawakan macam-macam untuk abang Fang tapi biskut Yaya, Lahap yang terpaksa makan" Fang tergelak sedikit. Kaizo rindu dengan gelakan adiknya. Rizu yang selalu menghiburkan hati dia semasa dia dalam kesunyiaan

"Kalau adik sudah ok, esok adik sudah boleh pergi ke sekolah atau adik nak duduk di rumah untuk berehat?"

"Adik nak pergi sekolah" kata Fang dengan nada yang agak lemah

"Tapi abang Fang tak kan nak pergi sekolah dah. Nanti abang Fang sakit lagi, macam mana?"

"Jangan risaulah Rizu, abang ok sahaja" Fang berikan senyumannya kepada Rizu "Masa abang koma, Rizu buat apa?" Lalu Kaizo tinggalkan mereka berdua dan dia pula, sambung main game. Kaizo mula terpengaruh main dengan video game. Sebelum ini dia pernah main, tapi disebabkan video game itu telah melalaikan dia, dia terus memberikan hukuman kepada adik dan juga rakan-rakan adik dia sekali dengan latihan tempur versi video game

"Pizu kadang-kadang duduk sebelah abang Fang. Pizu cerita apa yang berlaku, semalam kakak Lily siap buat party lagi sebab ketiadaan abang dekat bumi. Dia buat cake lobak merah, ada muka gambar abang Fang. Lepas tu dia tikam-tikam cake tu, lepas tu Pizu gigit tangan kakak Lily, lepas tu kakak Lily pujuk Pizu. Dia ajak Pizu jalan-jalan dekat bandar. Dia belikan buku lukisan dan pensil. Lepas tu, kita orang main lukis-lukis dekat kedai Tok Aba. Lepas tu Gopal kacau Pizu lukis, Pizu gigit tangan dia pula. Gopal jerit dan kena marah dengan Tok Aba. Abang Boboiboy pula, bagi kita orang makan ice cream chocolate chip cookies. SEDAP! Lepas tu kakak Yaya dan kakak Ying ajak kita orang main buih dekat taman permainan. Oh yea, nanti Pizu tunjukkan lukisan Pizu lukis semalam. Pizu lukis gambar abang Fang. Pizu masih ingat lagi masa kita main-main dekat tempat latihan tempur, lepas tu kita tengok bintang dekat angkasa lepas. Pizu rindu dekat abang Fang, setiap hari Pizu datang dan tunggu abang Fang bangun. Abang Kaizo pun rindukan abang Fang, dia selalu buat donut lobak merah sebab terlalu rindukan abang Fang" Fang hanya mendengar sahaja cerita Rizu sambil tersenyum

"Baguslah Rizu temankan abang Kaizo, takdelah dia rasa sunyi sangat" kata Fang

"Tapi... dua hari lepas, nenek dan atuk abang Fang datang. Kakak Faye pun ada sekali. Dia orang marah abang Kaizo sebab tak beritahu yang abang Fang koma. Abang Kaizo jawab sudah terbiasa dengan kehidupan abang masa dulu-dulu. Lepas tu atuk marah abang Kaizo nak dekat hampir 2 jam. Pizu berborak dengan nenek abang dan kakak Faye. Nenek abang panggil Pizu penguin sebab Pizu comel macam penguin tapi kakak Faye panggil Pizu anak kucing. Masa Pizu berborak dengan nenek dan kakak Faye, Pizu terdengar atuk cakap dengan abang Kaizo. Dia cakap kalau abang Kaizo tak beritahu apa-apa yang terjadi dekat abang Fang, nanti dia orang akan bawa abang Fang jauh dari sini. Lepas dia orang dah balik, Pizu cakap dekat abang Kaizo. Jangan tak beritahu dia orang tapi abang Kaizo sebenarnya tak nak dia orang risau tapi Pizu tak nak abang Fang kena bawa balik dan duduk dekat sana, nanti Pizu takde abang lagi dah. Abang Fang sahaja yang layan Pizu macam adik sendiri"

"Panjang lagi ke si budak kecik ni nak bercerita" bisik Kaizo sambil main video game

"Kalau esok abang Fang pergi sekolah, abang Fang nak makan apa nanti? Pizu boleh ibu buatkan untuk abang Fang" Mata Rizu bersinar-sinar seperti mengharapkan sesuatu daripada Fang. Senyuman dia begitu lebar sekali, hati dia terlampau gembira. Dia seperti ingin ceritakan segala-galanya ketika ketiadaan Fang

"Hmmm.. donut lobak merah" kata Fang

"OK! nanti Pizu tolong ibu buatkan donut lobak merah! Abang Fang tunggu sini" Rizu berlari ke beg sekolahnya, dan terus keluarkan buku lukisan dia. Selepas itu dia datang balik dan terus dia baring sebelah Fang. Dia tunjuk semua lukisan dia semasa Fang dalam koma. Fang melihat satu per satu lukisan Rizu. Kebanyakkannya lukisan gambar dia dengan Rizu. Fang melihat wajah ceria Rizu

"Kenapa abang Fang?"

"Tiada apa" Mereka melihat lukisan Rizu bersama dan Rizu ceritakan setiap lukisan tersebut. Kaizo hanya mendengar sahaja, bibir dia tersenyum sedikit. Semuanya sudah kembali seperti, kata dihati Kaizo tetapi dia perlu mendapat markah tertinggi di dalam video game tersebut

"Tiada siapa boleh kalahkan markah aku!" kata Kaizo dengan muka sadis dia

--------------------------------

"Boboiboy, tolonglah ajarkan aku soalan ni. Aku tak faham" kata Gopal pada keesokan harinya. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berkumpul di tempat biasa setiap hari sebelum loceng sekolah berbunyi

"Kau ni Gopal. Dari dulu sampai sekarang, bila nak berubah?" kata Yaya dengan ketegasannya "Bukan kita orang sudah ajar kau ke soalan tu, macam mana kau boleh tak faham lagi. Kau ni, banyak sangat main"

"Ala Yaya, nanti-nanti aku pandai lah tapi soalan ini susah sangatlah. Korang dah ajar pun, aku tetap tak faham juga. Fang pun takde nak ajar aku, bila lah si panas baran tu nak bangun. Nak aje aku sepak bagi dia bangun dari koma dia tu" Tanpa disedari oleh Gopal, Fang muncul dibelakang dia dengan aura bayang-bayang dia "Dia tu kalau tak datang sekolah pun tapi otak masih pandai lagi. Tak payah sekolah pun takpe, si budak alien tu. Dia tu dah terlebih pandai. Pandai kenakan orang, pandai belasah orang, pandai jaga kebersihan, pandai marah orang tapi tak pandai main bola sepak, tak pandai nak cakap elok-elok.. apasal korang tunjuk aku dekat belakang?" Gopal rasa pelik melihat Boboiboy, Yaya dan Ying tersenyum semacam kepada diri dia. Gopal menoleh kebelakang dan terus dia terkejut melihat Fang

"Oh, kau kata aku yea!"

"Mana ada aku mengata kau pun. Aku cakap sahaja"

"Samalah tu kan, kau mengata aku kan!" Gopal tersengih sahaja

"Fang, kau dan ok? Bila kau bangun dari koma kau?" tanya Boboiboy. Mereka gembira melihat Fang sudah kembali ke sekolah

"Aku ok aje, semalam aku bangun... entah kenapa tiba-tiba abang aku bagi aku pergi sekolah hari ini. Selalunya dia suruh aku rehat satu hari, baru dia pergi buli aku balik. Semalam aku balik aje rumah, bersepah satu rumah. Apalah abang aku buat masa aku takde"

"Hehehe.. kasihan kau" kata Boboiboy

"Lepas tu, kau tak pergi bersihkan rumah kaa?" tanya Ying

"Abang aku tak bagi. Dia kata dia yang nak buat, dia suruh aku rehat. Hari ini mesti dia dah mula buli aku balik nanti" kata Fang sambil duduk di sebelah Boboiboy "Apa cerita korang semasa ketiadaan aku?"

"Takde benda yang menarik pun tapi hari itu Faye ada datang ke sekolah. Dia saja nak jenguk-jenguk kita orang, lepas tu dia pergi masuk kelas kau. Dia kata dia nak gantikan tempat kau sementara kau tiada. Jadi, kau ada kerja sekolah yang Faye ambik hari itu" Fang menepuk dahinya "Jangan risau, Faye yang buatkan kerja sekolah tapi aku dengar cerita, sepupu kau nak pindah ke sini? tak tahu lah betul ke tak"

"Rizu takde pulak cerita tentang tu"

"Dia lupa lah kot" kata Boboiboy. Mereka semua cerita dekat Fang apa-apa yang menarik terjadi dekat sekolah seperti Zakwan ada kawan baik baru, Bella kena denda bersihkan kawasan sekolah, Gopal kena puji dengan cikgu Papa Zola sebab tolong mak cik kantin jual makanan dekat sekolah sampai habis kesemua makanana, Boboiboy dilantik untuk mewakili pasukan bola sepak dan macam-macam lagi lah

"Selamat pagi semua!" muncul Rizu dengan Kaizo. Dia telah menyuruh Kaizo menolong dia angkat tiga kotak yang penuh dengan donut lobak merah "Pizu baru sahaja sampai! Pizu bawa donut lobak merah, khas untuk abang Fang!"

"BANYAKNYA RIZU BUATKAN?!" terkejut Fang. Kaizo berikan ketiga-tiga kotak tersebut kepada adiknya "Erkk.. tak kan adik kena bawa kotak ni masuk kelas pulak"

"Rizu yang buatkan untuk kau, jangan nak banyak bunyi pulak. Kalau kau tak nak, biar abang sahaja yang makan" Kaizo baru sahaja ingin merampas kotak tersebut dari tangan Fang tetapi Fang mengelak daripada diambil

"Abang tak boleh makan, ini semua adik yang punya! betul tak Rizu?"

"Tapi.. Pizu nak abang Fang kongsi dengan semua orang" Terus Fang buat muka sedih "Tak pun, dua kotak untuk abang Fang. Lagi satu kotak untuk dia orang" kata Rizu. Dia tidak mahu Fang kelihatan sedih atau mengamuk atau marah

"Ok" Fang menyuruh Boboiboy mengambil satu kotak daripada dia "Abang, adik nak tanya. Betul ke Faye nak pindah ke sini?"

"Mana abang tahu, abang sibuk kena marah dengan atuk hari itu" Ingatan dia masih segar lagi dengan bebelan atuknya yang hampir nak dekat 2 jam itu. Macam-macam perkataan yang keluar dari mulut atuknya sampai Kaizo rasa nak lari jauh daripada atuknya yang garang itu. Tapi ia memang salah Kaizo juga tidak beritahu mereka, kerana selama ini, dia hanya hidup bertiga sahaja. Dia, adik dia dan Lahap. Mereka tidak perlu risaukan tentang sesiapa atau beritahu sesiapa tentang kehidupan mereka atau terjadi apa-apa dekat salah satu daripada mereka. Sekarang, semuanya sudah berubah. Atuk dia tahu daripada Faye sendiri, itu pun sebab Faye kadang-kadang ada menghubungi Yaya dan Ying

"Rizu pun tak tahu ke tentang kakak Faye nak pindah ke sini?" tanya Fang kepada Rizu

"Pizu tahu sebenarnya tapi kakak Faye suruh Pizu diam. Itu pun sebab kakak Faye tak pasti lagi jadi ke tak, lagipun nanti kakak Faye nak duduk mana? tak kan dengan abang Fang dengan abang Kaizo pula. Pizu dengar kakak Faye tinggal dengan atuk dan nenek sebab ibubapa dia selalu sangat sibuk. Kakak Faye macam Pizu juga yea tapi kakak Faye tu suka cari masalah sendiri"

Loceng sekolah sudah pun berbunyi "Abang balik dulu. Nanti abang datang balik masa waktu rehat" Kaizo beredar situ dengan bunyi teriakan dari pelajar-pelajar perempuan kerana mereka sangat teruja melihat Kaizo ada di situ. Kelas Rizu di tingkat bawah dan di bahagian bangunan sekolah yang lain. Kelas dia jauh daripada mereka berlima. Rizu melambai-lambai kearah mereka

"Aku tak sabar nak masuk kelas aku!" kata Fang secara tiba-tiba. Dia dengan senyuman dia yang begitu berseri-seri sampai kawan-kawan dia ingatkan dia sudah tak betul "Apasal korang pandang aku semacam?"

"Dey! kau kan tak suka sangat dengan kelas kau. Apasal tiba-tiba sahaja kau rasa suka pula?"

"Sebab aku tak sabar nak mula untuk belajar balik! aku bukannya macam kau, pemalas! Aduh, Mesti aku sudah ketinggalan jauh"

"Jangan risaulah Fang, aku pasti kau tak kan ketinggalan jauh. Lebih-lebih lagi mata pelajaran kegemaran kau tu, matematik" kata Boboiboy. Mereka naik di tangga sekolah untuk pergi ke kelas mereka

"Betul tu, kau tu kan suka belajar" kata Ying. Mereka berhenti di depan kelas 6 Jaya "Jumpa lagi masa rehat" Fang terus jejak kakinya ke kelas 6 Jaya. Dia sudah terbiasa dengan mata-mata yang suka perhatikan dia. Fang hanya hiraukan sahaja, dia terus ke tempat duduknya di tepi tingkap dan terus duduk termenung diluar tingkap. Dia sebenarnya sedang fikirkan tentang sepupu dia, betul ke Faye akan pindah ke sini? Tapi, kalau betul pun. Dia sendiri tak tahu samada dia gembira atau tidak. Takpelah, mungkin dengan adanya Faye di sini, mungkin suasana akan menjadi lebih meriah, fikir Fang

Cikgu kelas dia sudah mula masuk kelas dan waktu pertama pembelajaran sudah bermula. Fang tidak fikirkan lagi tentang sepupu dia, dia berikan tumpu perhatian dengan apa cikgu bahasa melayu dia mengajar kerana kertas ujian dia pada hari itu, tidak cukup memuaskan. Dia akan pastikan, diri dia akan mendapat no.1

-------------------------------------

"Eh, abang sudah lama ke ada dekat sini?" terkejut Fang melihat abangnya sedang duduk di kantin sekolah sambil menunggu dia dan agak jarang juga abang dia datang pada waktu rehat tetapi kali ini, dia rasa pelik pula dengan perangai abang dia

"Abang baru sahaja sampai" kata Kaizo. Fang meletakkan dua kotak yang penuh dengan donut lobak merah di atas meja kantin "Macam mana tadi? kepala kau ok ke? Ada rasa sakit tak?"

"Hmm.. tak pernah pula adik tengok abang risaukan adik sampai macam ni"

"Kenapa? tak boleh ke?"

"Boleh aje" Fang duduk di sebelah abang dia sambil membuka kotak donut lobak merah itu. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying baru sahaja sampai. Mereka tersenyum melihat Fang makan donut kegemaran dia bersama dengan abangnya

"Hmmm.. mulalah dia orang bermesra, lepas tu bergaduh balik" kata Gopal sambil berjalan kearah mereka berdua

"Hehehe.. biarkan ajelah mereka berdua" kata Boboiboy "Abang Kaizo buat apa dekat sini?" Boboiboy mengambil tempat duduk di hadapan Kaizo

"Yang kau nak sangat tahu kenapa? Aku datang ke sini sebab aku mahu melihat adik aku lah!" marah Kaizo. Mereka semua terus tak nak tanya lagi sebab tak nak bagi Kaizo mengamuk tak tentu pasal. Fang melihat abang dia yang begitu pelik hari ini

"Abang, ikut adik pergi padang sekolah sekejap" Fang berdiri dan menarik tangan abang dia keluar dari bangku kantin sekolah "Boboiboy, jaga donut aku. Jangan bagi Gopal makan"

"Kedekut betul kau ni" kata Gopal

"Wei, itu Rizu yang buatkan untuk aku. Lagipun aku dah bagi satu kotak donut dekat korang kan. Makanlah yang tu, jangan nak sibuk dengan donut aku pula" Fang terus membawa abang dia ke tepi padang sekolah. Kaizo tidak tahu kenapa adik dia bawa dia ke sini

"Kenapa kau bawa aku ke sini?"

"Abang" Fang menghela nafas "Abang sebenarnya risaukan tentang adik kan? Abang risau kalau adik jadi tak betul" Kali ini Kaizo pula menyuruh adiknya duduk di bawah sepohon pokok yang besar, lebat dengan daun-daun hijau dan mereka boleh terdengar bunyi burung sedang menyanyi. Angin bertiupan begitu mendayu-dayu dan membuat keadaan begitu tenang sekali

"Abang sebenarnya kesal dengan perbuatan abang pada hari itu" kata Kaizo. Mata dia tidak mengalih pandangan, dia asyik melihat wajah adiknya yang dalam kebingungan

"Kesal?"

"Abang hampir kehilangan adik. Kalau Professor Falcon tidak dapat membantu abang hari itu, mungkin abang akan kehilangan adik buat selama-lamanya"

"Tapi... cuma ingatan adik sahaja yang tak betul" Kaizo selak sedikit rambut adiknya

"Abang tahu tapi kalau adik bangun dari koma dan hanya teringat perempuan gila itu ibu adik, abang yang akan menjadi susah dan menyesal selama-lamanya. Abang yang buat adik pada hari itu, abang buat adik marah dan abang juga yang menghalau Rizu keluar dari rumah. Silap abang juga buat begitu dengan adik dan Rizu tapi Rizu sudah pun maafkan abang. Masa adik dalam koma, Rizu selalu datang. Abang nampak yang dia tahu abang dalam kesunyiaan, sebab itu dia selalu datang. Dia mengisikan masa-masa abang dengan main bersama, macam semalam"

"Baguslah abang tidak begitu sunyi" kata Fang. Dia duduk lagi rapat dengan abang dia "Abang tak perlu risau sangat, kalau adik ada apa-apa masalah. Adik akan beritahu abang dan adik sudah lama maafkan abang. Lagipun kita sendiri tidak boleh meneka apa yang akan berlaku seterus, seperti tiba-tiba sahaja Faye nak pindah ke sini" Mereka berdua tergelak. Fang suka dengar gelakan abangnya. Dia memang sudah lama tidak bermanja dengan abang dia tapi tak kan dia nak manja-manja dekat sekolah pula. Malu lah dia nanti, fikir Fang. Tapi bila di fikirkan balik, buat apa nak rasa malu, fikir Fang lagi dan terus dia tersenyum sambil fikirkan sesuatu untuk malukan abang dia dan diri dia dekat sekolah "Abang, abang ok ke kalau Faye betul-betul pindah ke sini?"

"Hmmm.. abang tak kisah sangat tapi yang pasti, abang tak nak berpisah dengan adik. Kemana sahaja kita pergi, abang akan pastikan adik mesti ada di sisi abang. Kau lah satu-satunya adik abang. Tiada siapa dapat pisahkan kita nanti. Tahun ni kau banyak terseksa dan abang sebenarnya, setiap hari risau dengan adik. Risau tentang keselamatan adik. Risau kalau satu hari nanti, abang bangun dan adik sudah tiada" Fang nampak air mata abangnya keluar. Dia mengelap air mata itu dengan ibu jarinya

"Abang tidak perlu risau. Abang tak kan kehilangan adik" Fang peluk abang dia dan dia terus cium-cium pipi abang dia sampai penuh dengan air liur Fang. Dia biarkan sahaja pelajar lain nampak, biarlah orang nak kata apa. Itu abang dia yang dia sayangi. Kaizo lap pipi dia sendiri dan buat muka serius dekat adik dia

"Kau ni, nak juga bermanja dengan abang depan orang ramai" Fang tersengih. Abang dia begitu geram dengan adik dia, lalu dia geletek adik dia. Mereka berdua ketawa di situ sampai pelajar lain rasa pelik melihat mereka berdua. Ada yang ketawakan mereka, ada yang rasa cemburu, ada yang rasa nak mempunyai abang atau adik yang begitu dan ada juga yang hiraukan sahaja tetapi Fang dan Kaizo tidak kisah dengan semua itu. Apa yang penting, mereka tetap ada sesama sendiri. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying datang kearah mereka dengan kotak donut lobak merah Fang

"Apa yang korang ketawakan sampai kita orang boleh dengar dekat kantin" tanya Boboiboy

"Takde apa-apalah Boboiboy. Kita orang berborak biasa sahaja" Muka Fang makin ceria. Fang mengambil kotak donut kegemaran dia dari tangan Boboiboy "Ter-"

"FANGGGGG! MY BELOVED COUSIN!" Faye muncul dibelakang Fang dan dia terus menepuk bahu Fang begitu kuat dan kotak yang Fang pegang tangan terjatuh di atas rumput. Setengah donut kegemaran dia terkeluar dari kotak tersebut "Hehehe... maaf Fang" Muka Fang terus berubah menjadi merah kerana donut kegemaran dia telah dijatuhkan dan lebih-lebih lagi donut itu dibuat oleh adik kesayangan dia. Kaizo malas nak melayan kemarahan adiknya, dia terus beredar dari situ dan pulang ke rumah

"Cheh, tak guna punya Kapten Kaizo" bisik Gopal

"Jangan marah Fang, nanti aku gantikan dengan donut baru. Kau nak donut apa? chocolate? vanilla? strawberry? oreo? matcha? oren?" Fang senyap sahaja dengan sepupu dia "Donut lobak merah? takpe takpe.. nanti aku buatkan yang baru untuk kau!"

"Faye, kau buat apa dekat sini? betul ke kau akan berpindah ke sini?" tanya Yaya

"Hmmm.. sebenarnya..." Faye buat muka sedih "Aku memang nak pun pindah dekat sini tapi parents aku tak bagi. Jadi, memang tiada harapanlah"

"Baguslah tu, kau duduk ajelah dekat rumah atuk dan nenek. Buat apa kau nak pindah ke sini pula, kau bukannya takde kawan pun dekat sana" kata Fang dengan nada tak puas hati

"Betul tu, aku bukannya takde kawan dekat sana tapi aku sudah bosan tiap-tiap hari asyik tengok muka yang sama sahaja. Kau tahulah kan sepupu kau jenis yang suka kan adventure! mencari masalah sendiri! kalau aku duduk dekat sini, macam-macam tempat aku boleh pergi! CONTOHNYA!" Faye menekan satu butang di jam tangan dia dan tiba-tiba sahaja mereka semua berada di tempat lain

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terkejut. Mereka bukan berada di Pulau Rintis sekarang ini tetapi mereka berada di tepi pantai Gold Coast, Melbourne. Langit di situ begitu biru, tiada satu awan pun yang terbentuk di langit dan pasir mereka sungguh putih dan halus sekali

"WOAHHHH! seronoknya!" kata Gopal

"FAYE! bawa kita orang pulang ke sekolah!" marah Yaya dengan nada tegas dia

"Ala, janganlah marah Yaya. Kita pergi ke tempat lain pula!" Faye menekan butang dan mereka kini berada di tengah-tengah bandar Tokyo, Jepun "FAYEEEEEEEE!" Menjerit Yaya sekuat hati. Faye terpaksa mengalah sebelum Yaya membebel dekat dia. Dia kembalikan mereka semua di Sekolah Rendah Pulau Rintis

"Apalah Yaya ni, tak seronoklah" kata Gopal

"Kau ni Gopal, kalau nak pergi melancong ke sana sini pun. Tunggulah habis sekolah, bukan sekarang. Bukan menjadi melancong nanti, itu sudah melencong ke tempat lain. Sekarangkan waktu sekolah" Gopal tersengih sahaja kepada Yaya "Tengok, loceng sekolah pun dah bunyi" kata Yaya lagi

"Jom kita masuk kelas!" Faye pula yang tidak sabar nak masuk kelas sepupu dia. Faye menyeluk tangannya di lengan Yaya dan Ying dan mengajak mereka masuk ke kelas

"Haiyaaa.. aku rasa pelik dengan sepupu kau. Dia suka sangat masuk kelas selepas sahaja habis waktu rehat" kata Ying. Faye tidak kisah pun apa yang Ying katakan tadi sebab dia terlampau seronok sangat berada di sini. Mereka semua menuju ke tangga sekolah tetapi Fang menarik tangan Faye. Ying dan Yaya terpaksa melepaskan tangan Faye, kalau tidak, sudah tentu mereka kena heret sekali

"Kenapa Fang?"

"Wei, kau tak boleh balik ke planet kau ke? Ibubapa kau tahu ke kau ada dekat sini? Aku tak nak lah kau cari masalah dengan dia orang pula"

"Heehehee.. dia orang tahu. Tadi tu pun, aku suruh Lahap ambik aku, hantar aku ke sini sekejap, and then hantar aku balik"

"Lahap bukannya taxi driver!" marah Fang

"Jangan marah Fang. Jomlah, nanti kita lewat pulak masuk ke kelas" Faye berlari ke tangga sekolah dengan perasaan suka dia. Fang sabar sahaja dengan perangai sepupu dia. Dia sendiri pun tidak boleh kawal sepupu dia

----------------------------------------------------

"Abang Fang, kenapa? Pening ke?" Rizu melihat Fang sedang mengurut-urut dahinya tetapi bukan sebab pening atau sakit kepala. Dia terlalu banyak sangat fikirkan tentang sepupu dia yang entah kemana dia pergi selepas sahaja habis sekolah. Fang terus pulang ke rumah bersama dengan Rizu "Abang Fang nak air tak? Pizu boleh ambikkan air untuk abang Fang"

"Boleh juga, Rizu ambik kan air kosong sahaja" Rizu terus bangun dari sofa "Terima kasih Rizu"

"Pang! kau sudah kenapa?" Abang dia pula datang. Kaizo baru sahaja siap mandi, dia tadi menjalani latihan tempur seorang diri di kapal angkasa dan dia mengelakkan dirinya untuk sepahkan rumah. Dia tahu adik dia perlukan masa lagi untuk berehat. Dia fikir, minggu depan sahajalah dia akan buli adik dia

"Adik ok sahaja" kata Fang

"Bagus, kau duduk dekat situ. Jangan bergerak, biar abang uruskan segala-galanya" Kaizo siap bagi bantal dekat adik dia. Fang menjadi gembira, dia rasa dia adalah putera di rumah ini. Semuanya mahu dia duduk berehat sahaja "Kau nak makan apa? biar abang yang masakkan" Rizu keluar dari dapur dengan dua gelas, satu air kosong dan satu lagi juice lobak merah

"Pizu bawakkan sekali air kegemaran abang"

"Terima kasih Pizu" Mata Rizu menjadi bulat besar, muka dia terus bersinar-sinar "Ke-kenapa Rizu?"

"ABANG FANG PANGGIL RIZU 'PIZU!'" Rizu nak peluk Fang tetapi tangan dia ada pegang gelas pula. Kaizo mengambil gelas itu dari tangan Rizu dan terus Rizu peluk Fang sekuat-kuatnya "Abang Fang panggil Pizu lagi! Boleh lah boleh lah boleh lah!" Kaizo gelengkan sahaja melihat Rizu meloncat-loncat di tepi Fang

"Abang pergi masak sekejap. Kalau Faye sudah balik, suruh dia ke dapur, abang nak cakap dengan dia"

"Baik abang!" kata mereka berdua. Rizu sambung balik meloncat-loncat di tepi Fang

"Yelah yelah, abang panggil lah Pizu bukan Rizu" Rizu tersenyum lebar "Sukalah tu orang panggil dia Pizu"

"Mestilah suka! kalau Pizu panggil abang Pang macam mana? mesti best kan kan kan.. abang Pang dan adik Pizu! macam drama television sahaja tajuk dia. Kalau dia buatkan jadi cerita, mesti ramai yang suka! PANG DAN PIZU! adik beradik paling disukai ramai! tapi kalau abang Kaizo, kita panggil dia abang Paizo! Paizo, Pang dan Pizu!" Fang ketawa dengan nama abang dia jadi Paizo

Kaizo yang ada dekat dapur, terdengar perbualan mereka berdua. Dia rasa geram pula dengan budak kecil itu "Nama aku elok-elok Kaizo, jadi Paizo pulak. Ada juga nak kena latihan tempur dengan aku nanti" Kaizo potong ubi kentang itu dari kemas terus kepada tak kemas sebab geram sangat. Lalu dia terdengar lagi perbualan mereka di luar

"Adik beradik P, macam cerita dekat TV. Cerita Charmed! nama dia orang pun start daripada P juga tapi ibu tak bagi Pizu tengok sangat cerita tu. Banyak juga cerita ibu tak bagi Pizu tengok. Kadang-kadang Pizu tengok dekat rumah kawan Pizu, dapatlah tengok sikit-sikit macam kartun anime. Hari itu kawan baik Pizu, si Roy ajak Pizu datang rumah. Kita orang tengok anime Pokemon sama-sama tapi cuma sempat 4 episode sahaja. Pernah sekali Pizu dapat tengok anime Sailor moon, tahun lepas pula Pizu tengok cerita anime Dragon Ball tapi separuh sahaja dapat tengok. Pizu jarang juga kalau nak pergi menonton movie dekat panggung wayang. Nanti abang Pang bawa Pizu pergi tengok wayang ok! bolehlah abang Pang"

"Hmmm.. yelah. Pizu ni memang suka sangat bercerita yea" Rizu angguk sahaja dengan senyuman lebar dia

"I'M HOMEEEEEE!" Faye muncul di muka pintu rumah dengan cermin mata hitam dia yang penuh bergaya. Pakaian dia serba mewah, seperti orang baru sahaja balik dari membeli belah. Tangan dia penuh dengan beg-beg shopping dia "FANG! RIZU! ABANG KAIZO! tengoklah apa Faye belikan untuk korang" kata Faye sambil letakkan semua beg-beg tersebut di atas sofa

"Kau pergi mana tadi?" tanya Fang

"Aku pergi jalan-jalan dekat kota London" Faye keluarkan anak patung landak dari sebuah beg kertas "Ini untuk kau, aku ada juga belikan t-shirt untuk kau sekali. Lepas tu aku ada beli anak patung my little pony untuk Gopal. Aku tak pasti, watak mana dia suka. Jadi aku belikan semua watak untuk dia. Rizu ambik mainan Shopkins" Dia berikan mainan yang berbentuk kecil kepada Rizu "Lepas tu, akak ada belikan dvd anime jepun untuk Rizu" dia keluarkan dvd Pokemon yang dia beli tadi dekat Tokyo, Jepun "Ada dua dvd anime untuk Rizu. Satu Pokemon, satu lagi doremon"

"Banyaknya kau beli. Kau ni suka sangat belikan macam-macam untuk kawan" kata Fang. Dia melihat semua barang-barang yang ada di dalam shopping beg tersebut "Baju itik ni untuk siapa?"

"Oh, pakaian itik ini untuk abang Kaizo. Aku tak jumpa pula pakaian kucing untuk dia, kalau tidak, memang korang bertiga ada pakaian kucing. Kalau pakai pakaian yang sama, mesti nampak comel. Tiga ekor kucing yang comel tapi satu tu muka asyik nak serius sahaja" Faye mula bayangkan Kaizo pakai costume kucing, mesti comel! "Dua teddy bear ini untuk Yaya dan Ying dan kasut mahal ini untuk abang Kaizo. Mana abang kau?"

"Dia ada dekat dapur dan dia nak bercakap dengan kau"

"Ok" Faye letakkan kotak kasut itu di atas meja dan terus sahaja ke dapur. Dia melihat Kaizo sedang masukkan segenggam garam di dalam sup yang dia sedang buat "Abang Kaizo nak cakap sesuatu dengan Faye?"

"Hmm... duduk dekat situ" kata Kaizo tanpa melihat Faye. Mata dia sibuk melihat diri dia kacau sup tersebut. Dia merasa sedikit sup itu dan rasa terlampau masin sangat "Boleh lah tu" kata Kaizo. Dia pelahankan sedikit api dan terus dia duduk di hadapan Faye

"Kenapa abang Kaizo?"

"Ibubapa kau menyuruh aku siasat tentang masalah diri kau. Mereka ada hubungi abang tadi. Kenapa kau suka sangat lari ke sini? Dekat sana kau sudah bosan ke duduk dengan atuk dan nenek?" Faye hanya terdiam sahaja "Atuk dan nenek selalu kurung kau dekat rumah ke?"

"Bukanlah, mereka tak kisah kalau Faye keluar dengan kawan-kawan"

"Habis tu, kenapa Faye sekarang ni selalu sangat datang sini? Faye ada masalah ke?" Faye hanya bermain-main dengan tangan dia. Dia tidak langsung melihat Kaizo "Faye?"

"Sebenarnya, Faye suka sangat datang sini sebab Faye lebih suka berkawan dengan kawan-kawan Fang daripada kawan Faye sendiri. Dia orang bukanlah kawan sebenar Faye. Dia orang suka sangat suruh Faye belanja dia orang macam-macam, sampai Faye sendiri tidak beritahu parents Faye. Hari itu Faye ada masalah dekat sekolah, sorang pun tak nak bantu Faye dalam kesusahan. Semenjak itu, Faye terus sedar. Dia orang datang ke Faye hanya kerana kekayaan Faye sahaja bukan sebab persahabatan" Faye menangis sedikit "Selama ini, Faye tiada kawan yang sebenar. Semuanya palsu. Sebab itu Faye kerap datang ke sini. Kawan-kawan Fang semuanya baik-baik, dia orang menerima ikhlas Faye sebagai kawan dia orang"

"Beritahulah ibubapa Faye tentang masalah Faye dekat sekolah dan berhentikan terus dengan perangai buruk kau. Abang nampak barang-barang yang kau pergi beli tadi dan itu bukan caranya untuk memulakan sesuatu persahabatan. Si Pang sendiri pun dulu tak tahu nak berkawan tapi lama-lama, dia tahu juga. Tapi kalau kau betul-betul nak pindah ke sini, ceritakan tentang masalah kau dekat sekolah kepada ibubapa kau. Jangan nak sembunyikan masalah kau dan lari ke sini, lama kelamaan, mereka akan tahu juga tapi mungkin kau akan kena lebih teruk dari mereka. Dengar nasihat aku, dan jangan mengegada nak jadi budak degil macam si Pang tu. Kalau boleh, Faye carilah kawan baru dekat sana dulu sebelum Faye fikir untuk pindah ke sini. Mungkin ada yang sudi untuk berkawan dengan Faye bukan hanya kerana kekayaan Faye tapi kekayaan itu semua datang dari ibubapa Faye bukan dari Faye sendiri""

"Baik abang Kaizo. Faye akan beritahu dia orang perkara yang sebenar" Faye lap air mata dia "Tapi abang Kaizo jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini"

"Abang janji, abang akan simpan rahsia kau. Kalau boleh, kau sendiri yang ceritakan" Faye tersenyum sedikit dan terus dia peluk Kaizo

"Terima kasih abang Kaizo"

"Sama-sama" Faye terus lepaskan pelukan dia. Kaizo sambung balik masak sup dia yang sudah tidak menjadi dan Faye terus keluar dari dapur. Dia nampak Fang dan Rizu sedang menonton dvd pokemon yang dia belikan untuk Rizu. Selamatlah ada sarikata dekat dvd itu

"Fang" panggil Faye "Nampaknya, aku kena balik dulu. Nanti kau berikan semua barang ni dekat kawan-kawan kau yea. Oh yea, berikan anak patung dinasour ni kepada Boboiboy dan anak patung bentuk Boboiboy tu, bagi dekat Lily. Itu pun kalau dia ada datang ke sinilah"

"Abang aku tadi cakap apa dengan kau?"

"Takde apa-apa" Faye hanya tersenyum lemah "Nanti kita akan jumpa lagi" Faye cium pipi Rizu tetapi Rizu lap-lap pipi dia sambil menonton Pokemon. Mata dia tidak mengalih ke tempat lain "Jaga diri elok-elok yea, Rizu dan kau juga Fang, jangan asyik terseksa sahaja"

"Hmm.. yelah, itu pun kalau aku dapat menggelakkan diri" Faye keluar dari rumah dan terus menghubungi Lahap untuk menghantar dia pulang ke planet dia. Kaizo keluar dari dapur dengan semangkuk sup kentang. Lobak merah sudah habis, jadi dia buat sup kentang sahajalah "Faye sudah balik?" tanya Kaizo

"Sudah tapi kenapa dia nampak sedih?"

"Hmm.. itu kau tak perlu tahu. Kau makan apa yang abang buatkan" Fang merasa sup itu dan terus dia sembur sup tersebut sebab terlampau masin "Kenapa? masin sangat ke abang buat?"

"Masin sangat" Fang menolak ketepi mangkuk itu "Abang ni! nak bagi adik pengsan ke.. biarlah adik sendiri yang masakkan. Kalau nak harapkan abang, entah apa-apa yang abang akan masuk dalam sup tu"

"Yelah, semuanya salah abang. Adik sendirilah pergi masak. Biar abang yang duduk dekat sini layan cerita kartun Rizu ni" Kaizo terus duduk sebelah Rizu tetapi Fang tidak pula berganjat dari tempat duduk dia "Kata nak pergi masak?"

"Malas, adik nak berehat sahaja hari ini"

"Yelah, hari ini kita tak payah makan"

"Habis tu, abang nak berlapar sahajalah hari ini?"

"Ha ah, kau yang tak masak. Abang terpaksalah tahan kelaparan abang"

Dua bergaduh-gaduh tetapi Rizu dengan senang hati, dia suka dengan pergaduhan comel mereka. Dia biarkan mereka bergaduh dan dia pula, menonton sahaja siri kartun anime Pokemon sambil peluk anak patung landak yang baru dibeli oleh Faye.

"Hehehe.. kan best kalau ada drama adik beradik Pang, Pizu dan Paizo" bisik Rizu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com