Musuh
"TIDAKKKKKKKKKKK!"
Kenapa, bagaimana, dimana, mengapa, why why why! jam kuasa dia boleh hilang. Fang mencari-cari jam kuasa dia yang hilang di sekitar rumah, dari bilik dia ke bilik abang dia sehinggalah ke basement rumah. Dia masih juga tidak jumpa jam kuasa dia. Fang menjadi cemas, dia takut abang dia tahu yang dia telah hilangkan jam kuasanya tetapi macam mana dia boleh hilangkan jam kuasa itu? fikir Fang. Dia mula fikirkan balik, apa yang dia buat semalam. Fang bermundar-mandir di ruang tamu rumahnya untuk berfikir kali terakhir dia buat semalam
"Semalam aku ingat, aku ada latihan tempur dengan abang aku. Lepas tue abang buli aku, dia suruh aku... ALAMAK!" Baru dia teringat, dia tertinggal jam kuasa dia dekat kapal angkasa tapi abang sudah terbang jauh dengan kapal angkasa dia. Kaizo telah mendapat berita kecemasan dan dia perlu pergi dengan segera, dia kata dia pergi tidak lama "Aduh, macam mana aku boleh lupa jam kuasa aku" Fang menepuk dahinya. Dia terpaksa pergi ke sekolah tanpa jam kuasanya dan berharap sangat tiada alien, musuh-musuh abang dia atau Adudu cuba menyerang dia atau kawan dia. Kalau ada musuh yang menyerang, apa yang boleh dia buat, baling batu? lari? sorokan diri? malas aku nak fikir, kata dihati Fang. Dia mengambil beg sekolahnya dan terus ke sekolah
Dia asyik fikirkan tentang jam kuasanya sampai dia tidak sedar bahawa ada lohong hitam di belakangnya. Fang terasa dirinya sedang terapung, dia menoleh kebelakang dan terkejut melihat lohong hitam yang begitu besar daripada sebelum ini. Fang cuba turunkan badannya untuk lari dari sini tetapi sedutan lohong hitam itu terlalu kuat. Siapa yang boleh dia panggil untuk menyelamatkan dirinya, jam kuasa pun sudah tiada. Baru dia teringat, kuasa penembus dia. Mungkin lohong hitam tidak dapat menyedut dia masuk, mungkin sahaja dia dapat tembuskan dirinya daripada lohong hitam tersebut. Fang cepat-cepat menekan logo F di cermin matanya sebelum dia tersedut masuk ke dalam lohong hitam tersebut tetapi dirinya tiba-tiba jatuh dan dia cepat-cepat matikan kuasa penembus dia sebelum dia tertembus ke dalam tanah. Fang terjatuh di atas jalan raya, dia nampak lohong hitam itu sudah hilang
"Pelik aku, kenapa tiba-tiba sahaja hilang?" Fang melihat sekelilingnya, dia takut jika lohong hitam itu muncul balik. Dia perlu lari dari tempat itu sebelum lohong hitam itu muncul balik. Secara tidak langsung, dia terdengar seseorang sedang menyanyikan lagu tidur dia. Fang menjadi panik, dia tidak sempat untuk lari dari tempat itu, dia terus tertidur di situ juga. Seorang lelaki yang sebaya dengan abangnya, tersenyum sinis melihat Fang sudah tertidur di atas jalan raya. Dia mengangkat Fang dan terus membawa dia ke kapal angkasanya
----------------------------------
Mata Fang terbuka secara pelahan-lahan. Dia nampak dirinya berada di dalam sebuah makmal. Makmal ini bukan makmal biasa yang ada di bumi tetapi ini adalah makmal mempunyai teknologi tinggi, ini makmal milik alien. Dia cuba bangunkan dirinya tetapi badannya sudah diikat di sebuah katil besi. Tangan dan kakinya juga turut diikat. Dia cuba lepaskan tangannya tetapi gagal kerana ikatan itu adalah ikatan besi "Siapa yang tangkap aku?" Fang melihat sekelilingnya, matanya agak silau kerana cahaya lampu yang begitu kuat memacar ke arahnya
"Selamat pagi Fang" Fang kenal suara itu dan lalu dia melihat ke tepi dan dia terkejut "KAU! kenapa kau tangkap aku!"
"Hehehehe... bukan aku yang tangkap kau tapi abang aku yang tangkap kau" Selama ini dia tidak sangka bahawa Robin adalah alien juga seperti dia "Kau ingat kau seorang sahaja alien dekat sekolah, aku juga alien, macam kau. Aku juga tahu kesemua rahsia pelajar-pelajar di sekolah kita, rahsia kau juga aku tahu. Berguna juga lagu tidur kau, begitu senang sekali abang aku tangkap kau" Fang terkejut, dia ingatkan tiada siapa tahu tentang rahsia lagu tidur dia, kecuali kawan baik dia
"Jadi! kaulah yang bocorkan rahsia Zakwan" kata Fang yang begitu marah sekali "kau sengaja buat begitu untuk buli aku lagi!"
"Betul tue Pang! abang kau selalu panggil kau Pang.. tak sangka abang aku dapat tangkap kau begitu mudah sekali, rahsia kau cukup berguna" Robin tergelak sinis
"APASAL ABANG KAU TANGKAP AKU PULA! KAU NAK BULI AKU LAGI KE?" Robin hanya tergelak sinis sahaja
"Buli kau lagi? buat apa" kata Robin "Kau berada di sini kerana abang kau. Abang kau adalah musuh ketat abang aku"
"Musuh ketat abang aku?"
"Betul tue Fang, aku juga seperti abang kau, pemburu sfera kuasa tapi kuasa-kuasa tersebut bukan untuk alien baik seperti kau tetapi kesemua kuasa itu adalah untuk diri aku dan juga adik aku" Fang terdengar suara seorang lelaki yang sedang masuk ke dalam makmal tersebut. Dia mengambil sebuah alat suntik dan isikan di dalamnya dengan cairan yang berwarna silver. Fang takut melihat alat suntikan itu "Kau takut dengan alat nie?" kata lelaki itu "Tak perlu takut, ini semuanya untuk kebaikan kau dan abang kau juga nanti"
"Apa kau nak buat dengan aku?" Fang bergelut untuk lepaskan dirinya. Dia juga tidak tahu apa cecair silver itu akan buat dekat dirinya nanti "Siapa kau hah?!"
"Nama aku Devon, aku dan adik aku berasal dari planet yang sama dengan kau. Aku ke sini untuk membalas dendam terhadap abang kau" kat Devon
"Jadi, kuasa lohong hitam tadi adalah kuasa kau!"
"Betul tue Fang, kuasa itu adalah kuasa aku. Aku yang telah hantar kau dan abang kau pergi melihat bagaimana ibu kau mati. Aku tidak sangka pula kau akan menjadi trauma, tapi aku benci dengan kawan abang kau tue. Dialah yang rosakan rancangan aku! Kau sepatutnya menderita dengan kematian ibu kau sebab aku ingin melihat abang kau musnah dan lemah! dan air yang aku hantar dekat abang kau, sepatutnya air adalah untuk dia tetapi kau dan kawan kau yang minum air itu" dia pegang tangan Fang dan basahkan sedikit di lengannya menggunakan kapas, lalu dia masukkan jarum
"APA KAU NAK BUAT NIE!"
"Disebabkan kau rosakan rancangan aku, dan ini adalah balasannya. Kau akan menjadi orang suruhan aku, kau akan buat apa sahaja yang aku suruh, iaitu membunuh abang kau sendiri" dia tersenyum sinis kepada Fang, Robin pula ketawa jahat melihat Fang sedang cuba untuk lepaskan tangannya "Ubat ini adalah rekaan khas dari aku, ubat ini dapat mengawal diri kau untuk membunuh abang kau sendiri" Fang bergelut lagi tetapi Devon sudah menekan alat suntik itu secara pelahan-lahan dan masukkan cecari silver itu ke dalam badan Fang "Jangan risau Fang, semuanya akan berakhir nanti"
--------------------------------------
Loceng waktu rehat sudah berbunyi, Boboiboy pergi ke kelas Fang untuk melihat samada kawan baik dia datang ke sekolah atau tidak. Pagi tadi Boboiboy tunggu kawannya di tempat biasa mereka berkumpul tapi Fang langsung tidak muncul. Dia mengintai sedikit dan nampak kerusi dan meja Fang kosong. Dia berasa pelik, selalunya Fang akan beritahu dia kenapa dia tidak hadir ke sekolah. Dia cuba menghubungi Fang menggunakan jam kuasanya tetapi gagal
"Tak kan abang dia pergi kurungkan dia lagi, tak mungkinlah" kata Boboiboy
"Isk, jangan cakap dia trauma lagi" muncul Gopal disebelah Boboiboy
"Tak, aku tak rasa dia trauma lagi. Ini mesti ada sesuatu yang terjadi dekat dia"
"Kau sudah cuba hubungi abang dia ke?" tanya Gopal. Mereka beredar dari situ untuk turun ke kantin
"Belum lagi Gopal" kata Boboiboy sambil menghantar mesej kepada Fang. Dia berharap sangat Fang akan baca mesej dia dan akan membalas mesej tersebut kerana hati dia rasa tidak senang. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk terjadi dekat kawan baik dia. Setelah sampai di kantin sekolah, Boboiboy tidak rasa begitu lapar sangat. Dia hanya pandang sahaja makanan yang tersedia di atas kaunter kantin, selera dia hilang kerana terlalu risau sangat. Dia hanya duduk diam sahaja di bangku kantin sekolah sambil berfikirkan tentang Fang, manakala Gopal pula, dia sudah pergi beratur untuk membeli makanan. Dia berfikir sehingga tidak sedar Yaya dan Ying duduk di hadapan dia dengan makanan mereka
"Kau ok ke Boboiboy?" tanya Yaya
"Aku tak ok Yaya" kata Boboiboy dengan nada yang lemah "Fang ada hubungi korang tak?" Yaya dan Ying cuma gelengkan sahaja kepala dia
"Takde pula Boboiboy. Kenapa?" tanya Yaya
"Dia sakit ke?" tanya Ying pula
"Entah, tiada khabar berita dari dia. Abang dia pun takde pula hubungi aku.. Alamak! aku baru teringat, aku kena hubungi abang Kaizo, nak tanya tentang Fang"
"Tak payah hubungi dia, Kapten Kaizo tengah datang dekat kita" Yaya menunjuk di belakang Boboiboy "Tapi Fang tiada pula dengan dia"
Boboiboy menoleh kebelakang dan nampak Kaizo sedang berjalan menuju ke arah mereka. Muka dia begitu serius dan marah, seperti ada sesuatu yang membuatkan dia marah. Fang buat abang dia marah ke? sampai tak datang sekolah, fikir Boboiboy. Kaizo berdiri di tepi meja dan dia mencari-cari sesuatu
"Mana adik aku?" tanya Kaizo
"Fang? aik, dia takde dekat rumah ke?" kata Boboiboy "Sebab tadi saya tengok, dia takde dekat kelas dia"
"Takde? ADIK AKU TIDAK DATANG KE SEKOLAH!" Semua pelajar yang ada di kantin sekolah, berhenti sekejap kerana semua terkejut dengan suara garang Kaizo. Mereka sudah tahu dengan Fang mempunyai seorang abang, dia ada juga datang jenguk-jenguk untuk melihat adiknya pada waktu rehat. Kadang-kadang untuk mengambil dia pulang dari sekolah. Mereka juga sudah terbiasa dengan suara garang Kaizo, jadi mereka tidak takut sangat tapi kadang-kadang suara garang Kaizo boleh membuatkan setengah pelajar menangis
"Ha ah, saya sudah cuba hubungi dia tapi gagal" kata Boboiboy
Kaizo mengeluarkan jam kuasa adiknya dari poket seluarnya "Itu sebab dia tertinggal jam kuasanya di kapal angkasa. Kalau jam kuasa ini jatuh kepada orang yang salah, aku akan hukum adik aku sendiri" kata Kaizo "Jadi, kamu semua tidak tahu ke mana dia pergi?"
"Maaf kapten Kaizo, kami tak tahu" kata Yaya. Mereka semua terduduk diam sambil fikirkan dimana Fang berada sekarang. Kaizo menjadi risau dengan adiknya. Dia tahu dengan perangai adiknya, dia bukannya sejenis yang suka ponteng sekolah. Lagipun, adiknya tidak mempunyai masalah apa-apa, kalau ada pun, dia akan senyap sahaja dan akan bersendirian. Ini mesti musuh baru dia menculik adiknya, fikir Kaizo
"Eh! itu Fang" Kaizo pusing kebelakang dan nampak adiknya yang begitu ceria sekali. Tiada kecederaan atau luka di mana-mana, dia nampak ceria dan mata dia bersinar-sinar melihat abangnya. Di sebelah tangan kanannya, dia sedang memegang sebuah plastik yang besar
"Pang! ke mana kau pergi tadi?" tanya Kaizo, suara dia agak garang tetapi adiknya nampak tenang sahaja seperti tiada apa yang berlaku terjadi ke atas dirinya kecuali dia nampak ceria sahaja. Kaizo berasa pelik dengan adiknya, selalunya adiknya tidaklah seceria begini
"Adik pergi kedai tadi" kata Fang "Adik pergi beli parang" Fang keluarkan sebilah parang yang tajam di dalam beg plastik tersebut. Parang itu agak besar dan tajam sekali. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terkejut melihat parang itu, dan mereka cepat-cepat jauhkan diri daripada Fang. Pelajar lain yang nampak Fang sedang memegang parang itu, mereka rasa takut jika Fang tiba-tiba sahaja akan mengamuk. Ada yang lari keluar dari kantin sekolah, ada yang sedikit lagi hendak menangis dan ada juga ingin melihat apa yang Fang ingin lakukan dengan parang tersebut
"Apa kau nak buat dengan parang tue Fang?" tanya Boboiboy. Kerisauan dia bertambah lagi, tidak pernah pula Fang pergi beli parang, fikir Boboiboy
"Fang! kau sudah gila ke bawa parang pergi ke sekolah! Kau nak aku laporkan kepada pengetua sekolah!" kata Yaya dengan nada tegas dia
"Kau nie kenapa? tiba-tiba sahaja bawa parang pergi ke sekolah" Kaizo ingin merampas parang itu dari tangan adiknya tetapi Fang sempat mengelak "PANGG! BAGI BALIK PARANG TUE SEBELUM ORANG LAIN TERCEDERA!"
"Tak nak, buat apa adik nak bagi parang nie dekat abang" Tiba-tiba sahaja suara Fang berubah, dari ceria terus ke suara yang serius "Walaupun adik tiada jam kuasa, adik dapat bunuh abang"
"Wei Fang, kau kenapa? kenapa tiba-tiba kau nak bunuh abang kau pula" Boboiboy bangun untuk menolong Kaizo, dia mesti dapatkan parang itu dari tangan kawan baik dia. Fang sedang mengacukan parang itu ke arah abang dia, dia datang semakin dekat kepada abangnya. Kaizo tidak berganjat dari situ, dia perlu membuat sesuatu walaupun dia terpaksa bertindak ganas dengan adiknya. Tangan kanannya sudah bersedia untuk keluarkan pedang tenaganya. Fang pula tersenyum sinis kepada abangnya. Fang menyerang abangnya, Kaizo keluarkan pedang tenaganya. Dia menahan parang tersebut dengan pedang tenaga dia. Tangan kiri Kaizo pegang parang tersebut, dia ingin menolak parang itu. Dia tidak kisah dengan darah yang sedang mengalir keluar dari tapak tangannya, dia hiraukan sahaja rasa kesakitan itu
"TOLAKAN TENAGA!" Fang tercampak bersama dengan parang tersebut. Parang itu sedikit lagi terkena kakinya tetapi Fang cepat berguling ke tepi
"Abang Kaizo! JANGAN! jangan gunakan kuasa abang Kaizo. Fang sedikit lagi nak kena parang tue"
"Aku tahu, tapi aku perlu bertindak ganas terhadap adik aku. Kalau aku lemah, dia mungkin dapat kalahkan aku"
"Tapi... nanti abang Kaizo akan kehilangan Fang" kata Boboiboy yang cuba memujuk Kaizo
Kaizo tahu, tindakan dia tadi itu memang merbahayakan nyawa adiknya tetapi dia tidak mahu berlembut sahaja dengan adiknya yang sedang mengganas itu. Fang bangkit balik dan mengambil parangnya. Fang berlari ke arah Kaizo untuk menyerang lagi. Boboiboy yang berdiri di sebelah Kaizo, dia akan cuba untuk berlawan dengan Fang
"Hati-hati Boboiboy" kata Gopal yang begitu risau dengan situasi ini. Dia terdengar jeritan pelajar-pelajar lain, ada yang lari pergi dapatkan cikgu mereka. Keadaan di kantin sekolah menjadi huru-hara. Mereka menjerit-jerit meminta tolong, ada yang cuba memujuk Fang supaya jangan bertindak begitu terhadap abang dia
"Wei Gopal, tukarkan parang itu jadi makanan" bisik Ying
"Ha ahlah! TUKARAN ROTI PRANCIS!" Parang tersebut menjadi roti panjang, Fang terkejut melihat parangnya sudah bertukar menjadi makanan. Dia baling roti itu kerana dia marah, dia marah dengan kawan dia tetapi dia tiada masa untuk membalas dendam terhadap kawan dia. Dia hanya tertumpukan kepada abangnya sahaja. Mereka begitu selamat kerana jam kuasa Fang, abang dia masih lagi pegang
"Kau ingat kau boleh hentikan rancangan aku" Fang keluarkan sebilah pisau yang ada di dalam stokin sekolah dia "Hehehee..." Fang berlari lagi ke arah abangnya. Kaizo tiada pilihan lain, dia terus tangkap tangan adiknya dan merampas pisau itu. Boboiboy pula cuba memeluk badan Fang dari belakang tetapi Fang bergelut dengan mereka. Kekuatan Fang semakin kuat semenjak dia menjalani latihan tempur dengan abangnya tiap-tiap hari. Dia pijak kaki Boboiboy tetapi Boboiboy menahan Fang lagi. Fang dengan tangannya kena pegang, dia terpaksa tunduk dan terbalikkan Boboiboy yang ada dibelakangnya. Boboiboy terbalik dan jatuh di atas Kaizo. Tangan dia terlepas juga, dia mengambil pisaunya balik yang sudah jatuh di atas lantai kantin sekolah
"GRAVITY PEMBERAT!"
"AKAR BERDURI!"
Fang tidak dapat bergerak, dengan badannya yang terasa berat dan telah diikat dengan akar-akar berduri. Dia mungkin dapat lepaskan diri dari ikatan itu, jadi Gopal menukar akar-akar itu menjadi besi "LEPASKAN AKU! LEPASKAN AKU!" Yaya hilangkan kuasa gravity, Fang masih lagi tidak dapat lepaskan dirinya. Boboiboy bangunkan diri yang terjatuh di atas Kaizo. Belakang badannya rasa sakit, dia tidak sangka kawan baik dia boleh terbalikkan dirinya dengan begitu mudah sekali
"Aduh, sakitnya badan aku" kata Boboiboy. Kaizo juga bangun untuk membawa adiknya pulang ke rumah. Dia tidak boleh berlawan dengan adiknya di sini, kerana ia akan mengancam nyawa pelajar lain
"FANG! KAMU DATANG KE BILIK PENGETUA DENGAN SEGERA!" Cikgu disiplin memanggil Fang. Pelajar-pelajar lain berbisik-bisik sesama sendiri, mereka tidak tahu samada Fang akan dibuang sekolah atau gantung sekolah. Kaizo terpaksa mengheret adiknya ke bilik pengetua, Fang pula masih lagi cuba untuk melepaskan dirinya tetapi ikatan besi itu terlampau kuat. Dia menjerit-jerit suruh abangnya melepaskan dia agar dia dapat jalankan tugas dia iaitu membunuh abangnya. Sekali abang dia tidak mati, selagi itu dia akan cuba membunuh abang dia
-------------------------------------------
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menerima berita buruk dari Kaizo selepas sahaja mereka sudah habis sekolah. Mereka tidak sangka Fang sedikit lagi hendak dibuang sekolah tapi Kaizo membuat rayuan agar adiknya kekal lagi di sekolah ini. Jadi pengetua sekolah membuat keputusan, jikalau Fang membawa parang, pisau atau mana-mana senjata yang boleh membahayakan nyawa orang lain, Fang mungkin akan dibuang sekolah. Fang begitu nasib baik kerana dia dikenakan gantung sekolah selama seminggu. Dia masih lagi bergelut untuk melepaskan dirinya. Kaizo terpaksa membawa dia ke kapal angkasa dan kurung adiknya di dalam bilik tidurnya
"ABANG BOBOIBOY! ABANG BOBOIBOY!" Boboiboy menoleh kebelakang dan nampak Rizu sedang berlari menangis ke arah dia. Rizu peluk Boboiboy "Abang Boboiboy, abang Fang kena buang sekolah ke?"
"Tak, abang Fang tak dibuang sekolah" kata Boboiboy
"Jadi, abang Fang cuma dikenakan gantung sekolah sahajalah?"
"Yea Rizu" Yaya berikan senyuman kepada Rizu supaya dia jangan risau sangat tentang Fang "Tapi buat masa sekarang, Rizu tidak boleh berjumpa abang Fang dulu"
"Kenapa?" Rizu mula rasa risau "Abang Fang sakit ke? ada orang jahat buat dia lagi ke?" Dia pandang wajah-wajah mereka semua. Rizu kenal dengan muka-muka itu, semuanya rasa simpati dengan Rizu. Mereka cuba sembunyikan perkara yang sebenar kepada Rizu
"Bukan Rizu, tapi Rizu memang tak boleh jumpa abang Fang" kata Ying "Nanti dia sudah sembuh, baru boleh jumpa dia" Rizu lepaskan pelukan dia, wajah dia menjadi lebih sedih. Dia tidak tahu apa yang berlaku tadi semasa waktu rehat, ramai yang tidak mahu bercerita dekat dia sebab mereka tahu Rizu rapat dengan Fang. Kalau sesuatu yang buruk terjadi dekat Rizu, takut Rizu akan sedih. Ini semua sebab kawan baik dia, Roy tidak membenarkan sesiapa beritahu Rizu kerana dia takut Rizu akan susah hati dan mungkin dia boleh jatuh sakit kerana penyakit dia
"Rizu jangan sedih" Yaya cuba memujuk Rizu "Mari akak hantar Rizu balik rumah, nak tak?" Rizu mengelap air matanya dan pegang tangan Yaya
"Akak pun temankan Rizu sekali. Nanti esok esok kamu boleh jumpa abang Fang balik"
Boboiboy dan Gopal rasa lega apabila Yaya dan Ying berjaya memujuk Rizu. Mereka lihat sahaja Rizu berjalan sambil pegang tangan Yaya, dia masih lagi nampak sedih "Jangan risau Rizu, kami akan selamatkan abang kesayangan kau tue" kata Boboiboy
"Bagaimana kita nak selamatkan dia? Dia sendiri sudah jadi tak betul"
"Mesti ada cara untuk selamatkan dia" kata Boboiboy dengan penuh yakin "Aku yakin, ini mesti kerja Adudu!" Boboiboy berlari ke pintu pagar sekolah, Gopal juga turut ikut Boboiboy. Mereka berlari ke rumah Fang. Sampai sahaja di rumah Fang, mereka mengetuk pintu rumah tersebut. Kaizo membuka pintu dan lalu mereka masuk ke dalam. Boboiboy dan Gopal nampak tapak tangan kiri Kaizo sudah dibalut
"Fang sudah ok ke?" tanya Boboiboy
"Belum, Ochobot ada dekat dalam bilik dia. Adik aku tengah tidur, aku terpaksa nyanyikan lagu tidur dia tue untuk membawa dia balik ke sini" kata Kaizo "Tadi aku kurung dia dekat kapal angkasa, dia cuba untuk melepaskan diri, sampai habis pintu bilik dia, dia pergi rosakkan" Boboiboy dan Gopal tidak sangka kawan baik mereka akan bertindak ganas, sampai sanggup pintu bilik dia dekat kapal angkasa, semata-mata untuk pergi bunuh abang dia. Boboiboy dapat rasakan ada orang telah berjaya menghasut Fang. Mereka bertiga naik ke atas dan terus ke bilik Fang. Mereka nampak Ochobot sedang scan seluruh badan Fang
"Hmmmm..." Ochobot cuba mengumpul data yang dia dapat
"Kenapa Ochobot? ada sesuatu yang tidak kena dengan Fang ke?" tanya Boboiboy
"Mengikut data yang aku terima, ada sesuatu yang berada di pengaliran darah dia. Benda itu yang membuat Fang bertindak ganas terhadap Kapten Kaizo" Ochobot cuba untuk scan Fang lagi "Bukan dekat darah dia sahaja, dekat otak dia pun ada juga. Makin parah nie"
"Kapten Kaizo nak pergi mana?" tanya Boboiboy yang nampak Kaizo keluar dari bilik adiknya
"Aku nak pergi belasah Adudu, dan paksa dia pulihkan adik aku" Boboiboy boleh dengar nada kemarahan Kaizo, dia juga nampak Kaizo sedang mengenggam tangannya "Kau jaga adik aku, aku akan kembali"
"Hmmm... kasihan Kapten Kaizo"
"Kenapa kau pula kena kasihan dekat abang Kaizo, Ochobot?"
"Aku kasihan sebab adik dia asyik jadi mangsa sahaja, Boboiboy" Ochobot melihat Fang yang sedang tidur nyenyak "Ini sudah kali ke berapa Fang terkena perbuatan jahat. Aku takut Kapten Kaizo yang jadi stress nanti"
"Agaknya, bagaimana kalau Kapten Kaizo jadi stress.." Gopal cuba bayangkan, adakah dia akan menjadi lebih gila? atau dia pergi betapa di kapal angkasanya "hmmm... susah nak dibayangkan"
"Kau nie Gopal, fikir macam itu pula" kata Boboiboy "Aku tak rasa abang Kaizo akan menjadi stress"
"Kau pasti ke Boboiboy" kata Gopal sambil keluarkan donut lobak merah yang ada di dalam poket seluar sekolahnya "Manalah tahu, dia sebenarnya memang sudah stress pun. Baik dia pergi jalankan misi dia daripada duduk dekat bumi nie. Asyik kena jaga adik dia sahaja. Tengoklah tahun nie pun sudah berapa kali Fang ditimpa nasib malang, hari itu dia dah trauma, dia jadi jahat, kena rasuk.. lepas nie apa pula" Gopal makan donut lobak merah dia
"Tak baik kau nie Gopal"
"Ala, aku cakap aje Boboiboy"
"Sudahlah korang berdua. Jangan nak bergaduh sangat, sekarang kita kena tumpukan bagaimana nak selamatkan Fang daripada bunuh abang dia" kata Ochobot
"Ala, mesti Adudu punya kerja. Dia ajelah orang jahat yang ada dekat Pulau Rintis nie"
"Kau pasti Boboiboy" muncul Kaizo di muka pintu bilik adiknya dan di sebelah dia ada Adudu. Kolar baju dia kena pegang dengan Kaizo. Mereka masuk ke dalam bilik Fang
"Apa Adudu buat dekat sini?"
"Dia nak periksa kawan kamulah" muncul pula Probe "Encik bos kata tadi, ini bukan kerja jahat dia. Dia cakap lagi, ada musuh lain yang ada dekat sini"
"Senyaplah kau" Adudu ketuk kepala besi Probe dengan beg peralatan dia
"Aduh! janganlah ketuk saya encik bos" Adud hiraukan sahaja kata-kata Probe, dia ketuk kepala besi Probe dan ketuk lagi dan ketuk lagi sampailah Kaizo menjerit dekat Adudu
"SUDAHHH! INI BUKAN MASANYA UNTUK MAIN KETUK-KETUK! CEPAT PERIKSA ADIK AKU!" Adudu terus berhenti ketuk kepala besi Probe
"err... baiklah Kapten Kaizo" dia buka beg peralatan dia dan keluarkan satu mesin untuk scan badan Fang
"Tapi aku sudah scan badan dia" kata Ochobot "Tapi aku tak pasti apa benda dalam badan dia tue"
"Hmmm..." Adudu melihat data yang dia terima di mesin tersebut "Hmmmm..."
"Kenapa kamu senyap sahaja?"
"Maaf Kapten Kaizo" kata Adudu "Adik Kapten Kaizo terkena sejenis ubatan nano, ada orang yang suntik ke dalam badan dia. Ubat ini dapat mengawal seseorang dan dia akan buat apa sahaja sehingga dia berjaya" Adudu membaca lagi data tersebut "Kalau Kapten Kaizo nak saya buatkan ubat yang dapat lawan nano ini, mungkin dalam satu atau dua hari akan siap"
"Kalau macam itu, kau jangan buang masa. Cepat ubat tersebut sebelum adik aku bertindak ganas lagi terhadap aku"
"Baiklah Kapten Kaizo" Adudu menyimpan balik mesin scan dia ke dalam beg hitam dia "Dalam masa sehari dua, ubat itu akan siap. Tapi Kapten Kaizo kena hati-hati, dia tidak akan berhenti selagi matlamat dia tidak tercapai" Kaizo tidak berkata apa, dia hanya memerhatikan adiknya yang terbaring di atas katil. Dia sedang berfikir, siapa yang masukan ubat nano itu di dalam badan adiknya. Musuh baru? tapi siapa? Kaizo mempunyai ramai musuh, ramai yang cuba untuk menjatuhkan Kaizo tetapi setiap serangan daripada mereka, Kaizo berjaya mengelak dan dia berjaya kalahkan musuh-musuh dia
"Abang Kaizo, takpe ke tinggalkan Fang dekat sini? Saya takut nanti dia bangun, dia akan bertindak lagi"
"Takpe, biar aku sahaja uruskan dia" kata Kaizo dengan nada serius "Kamu jangan risau, dia hanya mahu aku sahaja. Jadi kamu bertiga boleh pulang ke rumah, aku tidak mahu sesiapa yang tercedera nanti"
"Baik abang Kaizo" Boboiboy keluar dari bilik Fang bersama dengan Gopal dan Ochobot. Adudu dan Probe sudah lama keluar dari bilik tersebut "Hati-hati abang Kaizo" bisik Boboiboy
----------------------------------------
Kaizo tertidur di sebelah adiknya, dia dari tadi lagi, langsung tidak keluar dari bilik adiknya. Dia ingin menjaga adiknya walaupun dia tahu nyawa dia di dalam bahaya sekarang. Dia akan buat apa sahaja untuk selamatkan adiknya dari membunuh dirinya. Dia tidak mahu kalah dengan musuh terbaru dia, dia akan buktikan dia bukanlah kapten yang lemah. Dia adalah Kapten Kaizo, pemberontak lagenda, pemburu sphera kuasa dan juga seorang abang yang suka membuli adiknya sendiri
Kaizo terbangun dan terkejut adiknya hilang dari katil dia "Pang!" dia memanggil nama adiknya "Pang! mana kau?" Kaizo keluar dari bilik adiknya. Dia pergi mencari adiknya di sekitar rumahnya tetapi Fang tiada di dalam rumah tersebut. Dia periksa poket seluarnya, jam kuasa Fang masih lagi bersama dengan dia. Dia periksa jam kuasanya pula, jam kuasa dia selamat
"Abang! abang cari adik ke?" Kaizo pusing kebelakang dan nampak adiknya sedang pegang segelas air "Abang minumlah"
"Pang, kau bubuh racun ke dalam air itu?"
"Macam mana abang tahu adik bubuh racun dalam air nie" kata Fang dengan suara dia yang begitu ceria "Adik buatkan air ini, khas untuk abang. Minumlah air ini abang"
"Kau nak aku minum air tue" Kaizo datang dekat kepada adiknya dan lalu dia tersenyum sinis "Baiklah, abang akan minum" Mata Fang bersinar-sinar apabila melihat abangnya mengambil gelas itu. Dia kelihatan begitu gembira sekali
"GARI TENAGA!" Kaizo mengari adiknya
"Apa abang buat nie! lepaskan adik! lepaskan adik!"
"KAU INGAT AKU AKAN MINUM AIR INI!" kata Kaizo dengan suara garang dia "Apa kata abang tuang air ini di dalam mulut kau, bagaimana rasanya apabila kau minum air ini" Kaizo membuka mulut adiknya tetapi Fang bergelut untuk menutup mulutnya itu "Baru kau takut! CEPAT BUKA MULUT TUE!" Fang hanya gelengkan kepalanya sahaja, dia takut melihat abangnya sendiri ingin membunuh dia
"Kalau kau tak nak, takpe" Kaizo letak gelas itu di tepi television "Kau nak sangat bunuh abang kau sendiri. Baiklah, aku akan berlawan dengan kau di kapal angkasa tapi tanpa menggunakan kuasa. Jika kau kalah, aku akan kurung kau di kapal angkasa sehingga si kepala kotak tue sudah siapkan ubat untuk kau" kata Kaizo dengan nada serius dia
"Tapi kalau adik menang, adik sendiri akan hapuskan abang" kedua-dua mereka memberikan senyuman sinis. Kaizo melepaskan adiknya dan mereka terus ke medan latihan tempur di kapal angkasa
Kedua-dua mereka berdiri dan pandang ke arah masing-masing. Fang dengan muka ceria dia, dia terlalu yakin dapat kalahkan abangnya dan sekali gus, dapat hapuskan abangnya sendiri. Manakala Kaizo pula, dia dengan muka serius dia. Dia seperti orang yang tiada perasaan kerana muka dia sentiasa serius. Lahap duduk di tepi sambil makan biskut Yaya. Dia takut kalau Kaptennya kalah dengan Fang tetapi dia tahu kaptennya tidak akan mudah mengalah dan akan tetap bangkit
"Bila nak mula nie" kata Lahap. Dia sudah penat untuk melihat siapa yang akan menyerang dulu. Kaizo atau Fang? Kapten Kaizo atau Prebet Pang? Fang yang mulakan dulu, dia berlari ke arah abangnya dan lompat untuk memberikan tendang pertama dia tetapi Kaizo melompat kebelakang dan dapat mengelak daripada terkena tendangan tersebut. Kaizo melompat ke arah belakang Fang dan memberikan super flying kick kepada adiknya. Fang yang tidak sedar dengan tendangan tersebut, dia terjatuh dan lalu bangkit balik untuk berlawan dengan abangnya. Dia cuba untuk menumbuk abangnya tetapi Kaizo pegang tumbukan adiknya dan lalu dia pusingkan tangannya sehingga membuatkan Fang menjerit
"Kau tak kan dapat kalahkan aku, Pang" kata Kaizo. Fang cuba untuk memijak kaki abangnya tetapi Kaizo tahu dengan cara lawan adiknya, dia lepaskan tangan adik dan terus somersault ke belakang. Fang mengejar abangnya lagi, tetapi abangnya begitu pantas dan dapat mengelak semua serangan Fang. Dia berikan tendangan terakhirnya sebelum abangnya lompat dan berikan tumbukan begitu kuat ke arah dada adiknya. Fang pegang dadanya kerana terlalu sakit, Kaizo datang dekat kepada adiknya
"Kau sudah kalah, Pang"
"Belum, adik tak kan kalah dengan abang" dia mengenggam tangannya untuk menumbuk abangnya tetapi Kaizo berpusing dan berdiri di belakang adiknya. Dia pegang tangan Fang dan pusingkan tangannya dan letak di belakang badan Fang "Sakit sakit sakit!"
"Baik kau mengaku kalah, Pang. Sebelum abang belasah kau secukup-cukupnya"
"Tak nak, adik tak kan mengalah. Adik akan dapat apa yang adik mahu, adik akan bunuh abang juga" Kaizo begitu geram dengan adiknya, dia menolak adiknya dengan menggunakan kaki
"TOLAKAN TENAGA!" Fang tercampak dan terkena dinding kapal angkasa "GARI TENAGA!" Fang yang sudah pengsan akibat terkena dinding kapal angkasa, dia terpaksa mengarikan adiknya sendiri
"Kapten, apa kapten nak buat dengan adik kapten?"
"Lahap, aku mahu kau jaga dia dan jangan bagi dia terlepas keluar dari bilik dia" kata Kaizo "Lepas tue aku mahu kau mencari siapakah musuh terbaru kita"
"Baik kapten!" Lahap dan Kaizo menolak Fang yang sudah digari ke bilik tidurnya. Kaizo baringkan Fang di atas katilnya. Dia keluarkan semua barang-barang yang dapat lepaskan diri dia dari bilik tersebut seperti meja, kerusi, almari, rak buku. Dia cuma tinggalkan beberapa buku latihan dia dan juga sebatang pensil. Kaizo mengunci pintu bilik itu
"Jika dia cuba untuk larikan diri, pasang alat ini dekat pintu" Kaizo memberikan sebuat alat kepada Lahap. Alat itu dapat mengeluarkan tenaga elektrik, sesiapa yang mengusik pintu itu, dia akan terkena kejutan elektrik
"Erkk! tak kan kapten nak buat begitu dekat adik kapten"
"Aku terpaksa Lahap, ini satu-satu caranya untuk dia tidak lepaskan diri daripada bilik itu. Aku perlu mencari dalang, siapa yang mempergunakan adik aku!" Lahap takut melihat wajah kaptennya yang begitu menakutkan. Dia sudah kenal sangat dengan perangai kaptennya, kalau sesiapa yang buli atau mempergunakan adik dia, dia akan belasah orang itu sepuas-puasnya. Dia tahu hanya Kapten Kaizo seorang sahaja yang boleh buli adiknya sendiri
"Apa kamu berdiri di situ lagi! PERGI CARI SIAPA PUNYA KERJA NIE!" Lahap terus ke bilik kawalan untuk siasat siapa musuh mereka. Kaizo masih lagi berdiri di depan pintu bilik adiknya, dia terdengar adiknya cuba untuk lepaskan diri. Dia menendang-nendang pintu tersebut. Dia tiada pilihan lain dan lalu dia pasangkan alat tadi
"Maafkan abang, ini semua untuk kebaikan Pang" dia boleh dengar jeritan adiknya akibat terkena elektrik
"LEPASKAN ADIK! LEPASKAN ADIK! ABANG! LAHAP! LEPASKAN KAN FANG!" Kaizo terpaksa beredar dari situ, dia tidak sanggup mendengar adiknya menjerit
-----------------------------------
Keesokannya, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying datang ke rumah bersama dengan Adudu. Ubat itu sudah siap, Adudu berikan ubat itu kepada Kaizo
"Terima kasih" kata Kaizo
"Tapi ia akan memakan masa yang lama untuk hapuskan ubat nano itu. Harap Kapten Kaizo bersabar"
"Takpe, asalkan adik aku kembali kepada biasa" Dia suruh Adudu pulang ke markas kotak dia, dia tidak membenarkan Adudu ikut dia atau Boboiboy dan kawan-kawannya naik ke kapal angkasa. Dia tidak begitu percaya sangat dengan Adudu, takut nanti dia akan mengetahui rahsia-rahsia dia yang tersimpan di dalam kapal angkasa tersebut. Kaizo membawa kawan-kawan adiknya naik ke kapal angkasa
"Kapten Kaizo, macam mana keadaan Fang?" tanya Yaya
"Hmmm.. pagi tadi aku periksa, keadaan dia agak teruk. Apa yang aku nampak, hati dia tidak begitu tenteram" kata Kaizo "Habis katil dia pergi musnahkan. Buku-buku latihan dia juga dia pergi koyakkan" Mereka sudah sampai di hadapan pintu bilik Fang. Tiada bunyi mengamuk di dalam bilik tersebut, Kaizo tutup alat elektrik tersebut dan buka pintu itu. Dia ternampak adiknya terbaring di atas lantai sambil memeluk kakinya sendiri
"Pang?" Fang nampak abangnya sudah datang, dia bangun dan dia ingin cuba menyerang abang dia lagi "GARI TENAGA!" Fang digari lagi. Lahap datang ke bilik dengan segera, dia berikan alat suntikan kepada Kaizo
"Apa abang nak buat dengan adik! lepaskan adik! lepaskan adik!" Fang meronta-ronta di situ. Yaya dan Ying terpaksa keluar dari bilik tersebut, dia tidak mahu melihat Fang menjerit atau mengamuk di situ. Gopal menutup matanya dengan tangan dia, dia tidak sanggup tengok. Boboiboy pula cuba tenangkan kawan baik dia
"Sabar Fang, sabar! abang kau nak kau sembuh sahaja!" Kaizo masukkan ubat dari Adudu tadi ke dalam alat suntikan itu
"TAK! AKU TAK NAK SEMBUH! AKU NAK ABANG AKU MATI SAHAJA! LEPASKAN AKU!" Kaizo pegang lengan adiknya yang masih lagi menjerit-jerit, dia cucuk lengan adiknya dan lalu masukan pelahan-lahan ubat itu ke dalam badan Fang "Apa abang buat?!"
"Abang cuma masukkan ubat di dalam badan kau sahaja. Ada orang mempergunakan kau adik, beritahu abang siapa orang itu!"
"Adik tak ingat" kata Fang "lepaskan adik! lepaskan adik!" dia masih lagi cuba untuk lepaskan diri. Fang mengamuk-gamuk di situ, Kaizo terpaksa nyanyikan lagu tidur dia, agar adiknya akan tidur. Dia berharap selepas sahaja adiknya bangun, dia akan kembali normal. Fang tertidur di situ, Kaizo lepaskan Fang dan biarkan dia tidur sahaja. Mereka semua keluar dari bilik tersebut
"Lahap, kau tadi kata ada hal penting nak cakap, apa dia?"
"Aku sudah dapat matlumat siapa musuh kita" kata Lahap "tapi kapten tak kan suka apa yang aku akan beritahu"
"Siapa?"
"Musuh ketat kapten iaitu Devon dan adiknya, Robin" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tidak sangka Robin adalah musuh mereka selama ini "Devon telah hantar adiknya ke sini untuk memerhatikan Pang"
"Hmmm... dia dapat tahu adik aku ada di sini"
"Yea kapten.. dan kamu semua perlu berhati-hati, Robin tue tahu segala rahsia korang semua"
"Rahsia kami semua?" Boboiboy terkejut sedikit tetapi setahu dia, dia tiada simpan rahsia daripada sesiapa "Masa Fang yang tidak hadir ke sekolah, aku perasan si Robin pun tiada juga"
"Ha ahlah, aku pun perasan juga, aku ingatkan dia sakit ke apa" kata Gopal
"Kalau dia tahu rahsia kami pun, apa dia boleh buat" kata Ying. Dia juga tiada rahsia yang tersembunyi seperti Boboiboy
"Kau ingat dia tidak boleh gunakan rahsia kamu untuk melemahkan diri kau, dia akan gunakan apa sahaja untuk menjatuhkan kapten aku termasuklah Pang sendiri"
"Betul kata Lahap" Kaizo mengintai bilik adiknya, Fang masih lagi tertidur "Sekarang kita perlu berhati-hati dan aku pasti, kuasa lohong hitam hari itu adalah kuasa dia juga dan jangan mengegada untuk berlawan dia seorang diri, hubungi kawan-kawan kamu atau hubungi aku sahaja"
"Baik Kapten Kaizo!"
------------------------------------
"Nampaknya rancangan kita gagal"
"Yea adik, rancangan kita sudah gagal tapi..." dia membuka sebuah pintu bilik "tapi aku akan tangkap semua rakan-rakan kesayangan dia! AKU AKAN SEKSA MEREKA SEMUA! AKU TIDAK AKAN BERHENTI SELAGI AKU BELUM KALAH!" Devon ketawa besar di dalam bilik makmal tersebut
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com