Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pelajar Baru

"SELAMAT PAGI FANG!"

"AAAHHHH!" terkejut Fang, dia sedikit lagi hampir nak jatuh ke dalam longkang tepi luar kawasan sekolah "Wei! kalau korang tak boleh menjerit dekat aku pagi-pagi nie tak boleh ke?"

"Hehehehe... maaf Fang" kata Boboiboy yang hanya tersengih sahaja "Tapi apa-apa pun, kita orang gembira kau sudah kembali ke sekolah!"

"Kita orang rindu dekat kau, lebih-lebih lagi aku.. tiada siapa nak rebut donut lobak merah semasa ketiadaan kau" Gopal sudah mula beremosi di luar pintu pagar sekolah "Akhirnya, kau kembali juga, boleh lah kau belasah aku dengan harimau bayang kau"

"Aik, kau memang betul-betul nak kena belasah dengan Fang ka?" kata Ying

"Entahnya Gopal nie, nanti aku bagi kau harimau bayang aku betul-betul, baru kau tahu" Fang rasa lega apabila dia dapat kembali ke sekolah semula. Dia sebenarnya rasa agak gementar sedikit, kerana dia takut jika ada apa-apa yang buruk terjadi dekat diri dia. Dia cuba untuk sembunyikan perasaan itu dari kawan-kawannya tetapi Boboiboy boleh lihat perasaan gementar Fang. Boboiboy letakkan tangannya di atas bahu Fang untuk beritahu dia, semuanya akan berjalan lancar hari ini

"Kenapa kita semua masih ada dekat sini, jomlah kita pergi ke tempat biasa kita" kata Yaya. Mereka semua masuk ke dalam kawasan sekolah dan terus sahaja tempat bangku sekolah yang sudah menjadi tempat mereka berkumpul sebelum loceng sekolah berbunyi

"Wei Fang, aku nak beritahu nie"

"Beritahu aku apa?" tanya Fang kepada Gopal

"Kelas kau ada budak baru, tapi dia anak buah pengetua sekolah kita"

"Entah-entah dia alien baru yang cuba untuk membunuh abang aku! Lepas si gila tue, sekarang alien gila lain pula gantikan tempat dia"

"Isk kau nie Fang, tak baik tuduh orang yang bukan-bukan" kata Yaya "Kau pergilah cuba berkawan dengan budak tue, aku dengar budak tue agak popular juga dekat kelas kau"

"Ha ah, dia tue ada pengaruh yang besar tapi tak tahulah kalau dia nak jadi musuh kau juga macam si Robin gila tue atau macam Zakwan si pembuli tue" kata Ying pula "Aku juga dengar Zakwan agak sedih bila Robin itu sudah tidak sekolah dekat sini lagi, dia sekarang ini tiada kawan"

"Baguslah tue, buli aku lagi, sekarang rasakan bagaimana tiada kawan" Fang ketawa besar di situ "HAHAHAHA! ADOI!" Gopal siul sahaja, buat-buat tidak tahu "Woi! kau ketuk aku apasal!"

"Fang Fang.. tak baik kau ketawakan orang lain" kata Boboiboy "Apa nak jadi dengan kawan baik aku sorang nie, entah bila lah dia nak insaf" Boboiboy pun tidak tahu macam mana dia boleh tahan dengan perangai Fang, mungkin dia sudah terbiasa kot, fikir Boboiboy

"Yelah, aku tak kan ketawakan dia" kata Fang dengan nada bosan dia "Sebenarnya aku pun rasa kasihan dekat dia, Robin tue kan satu-satunya kawan baik dia. Mungkin dia boleh berkawan dengan budak baru tue, apa nama budak baru tue?"

"Hehehehe... nama dia adalah-"

"ABANG FANG!" Boboiboy baru nak sebut nama budak itu, Rizu sudah menyibuk dekat situ

"Aduh! baru nak sebut, budak kecik nie sudah datang pulak" Boboiboy sabar sahaja

Rizu peluk-peluk Fang seperti memeluk teddy bear "Selamat pagi abang Fang! hari ini ibu ada buatkan pizza untuk Pizu. Dia ada buatkan untuk abang Fang juga" Rizu lepaskan pelukan dia dan lalu dia keluarkan sebuah kotak besar dari plastik beg. Rizu memberikan kotak pizza itu kepada Fang. Kotak satu lagi untuk diri dia, Rizu. Gopal terhidu bau pizza di dalam kotak tersebut, terus perut dia berbunyi. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying dan Rizu terus memandang ke arah Gopal

"Hehehe... aku sebenarnya lapar, belum sarapan pagi lagi" Gopal tersengih kepada mereka "Abang Gopal nak satu boleh?" tanya Gopal kepada Rizu

Rizu berfikir dahulu, dia nak bagi ke tak nak bagi. Agak lama dia berfikir sampai berpeluh Gopal dibuatnya "Boleh! tapi satu keping sahaja!" Rizu membuka kotak pizza dia dan Gopal nampak pizza itu masih lagi panas, dan bau dia menusuk kalbu ke dalam lubang hidung Gopal. Dia boleh nampak keju-keju cair di atas sos tomato dan pepperoni yang begitu banyak sekali. Rizu mengambil sekeping pizza dan lalu berikan kepada Gopal

"Terima kasih Rizu" Gopal menangis melihat pizza di tangannya. Dia mengambil bau terlebihi dahulu, sebelum dia makan pizza itu. Mereka ketawa sedikit melihat gelagat Gopal

"Nanti abang Fang kongsilah dengan kawan-kawan abang Fang. Pizu pun nak kongsi dengan kawan-kawan Pizu"

"Err.. Rizu"

"Kenapa abang Fang?" Rizu nampak wajah kerisauan di muka Fang "Abang Fang risaukan tentang Pizu ke?"

"Ha ah, Rizu kan baru keluar dari hospital. Kenapa tidak duduk sahaja di rumah?"

"Pizu ok sahaja, lagipun Pizu kan kuat macam abang Fang juga" kata Rizu dengan suara ceria dia "Kan Pizu sudah beritahu abang Fang, Pizu nak jadi kuat seperti abang Fang" Dia angkat tangannya untuk tunjukkan muscle walaupun sebenarnya tiada pun. Tangan dia kurus sahaja, boleh nampak tulang, badan dia pun kecil dan keding sahaja

"Ala, abang kesayangan kau nie bukannya kuat sangat pun, kena rasuk lah, asyik jadi jahat, jadi perempuan" kata Gopal dengan mulut penuh dia

"APA KAU CAKAP! BILA MASA AKU JADI PEREMPUAN! HARIMAU BAYANG! KEJAR DIA!" Harimau bayang itu mengejar Gopal, sambil dia kena kejar, sempat lagi dia makan pizza tersebut. Fang tidak tahu macam mana Gopal tahu dia mimpi jadi perempuan, pelik betul aku, fikir Fang "hah! apa nama budak tue tadi, Boboiboy"

"Nama budak tue -" Loceng sekolah berbunyi pula. Boboiboy redha sahaja, ini sudah kali ke dua dia di ganggu

"Pizu masuk kelas dulu!" dia melambai-lambai ke arah Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying. Mereka juga terpaksa naik ke kelas mereka, Boboiboy cuba hendak beritahu nama budak itu kepada Fang tetapi dia takut ada sahaja gangguan yang ada. Dia hanya senyap sahaja. Fang orang pertama sampai ke kelas dia. Dia melihat-lihat kelas dia, dia tidak nampak pelajar baru di kelas dia

"Dia datang lambat kot" kata Boboiboy

"Hmmm.. agaknya" Fang masuk ke dalam kelas 6 Jaya "Jumpa korang waktu rehat nanti"

"Ok!" kata Yaya dan Ying

Fang melangkah pelahan-pelahan ke tempat duduk biasa dia. Dia tahu ada sesetengah pelajar sedang pandang ke arah dia, dengan mata-mata yang tidak alihkan pandang mereka. Ada juga bisikan-bisikan tentang diri, Fang menghiraukan sahaja. Dia nampak ada sebuah beg lain yang ada di kerusi dia, Fang mengambil beg itu dan melemparkan di tempat lain. Apa dia kisah dengan beg itu, siapa suruh mengambil tempat duduk dia, fikir Fang. Mungkin itu beg sekolah budak baru yang dikatakan oleh Gopal tadi. Bila fikir tentang Gopal, dia melihat di luar tingkap. Gopal masih lagi dikejar oleh harimau bayangnya. Dia menghilangkan harimau bayang itu, kasihan Gopal sudah tercugap-cugap dan lalu dia terbaring di atas padang sekolah

"Kenapa kau mengambil tempat aku?" Fang menoleh sedikit nampak seorang pelajar perempuan dia tidak pernah nampak sebelum ini

"Ini tempat akulah, pergilah cari tempat lain" kata Fang dengan nada marah dia "sibuk aje" bisik dia. Perempuan itu tidak berkata apa, dia terus duduk di tempat asal Robin. Pelajar perempuan itu, suara dia agak garang. Itulah agaknya pelajar baru kelas dia, fikir Fang. Dia hanya termenung sahaja di luar sehingga cikgu kelasnya masuk

------------------------------------------------

"Apasal kau tak beritahu aku pelajar baru tue perempuan, aku ingatkan lelaki"

"Kita orang tak cakap pun budak baru tue lelaki" kata Boboiboy kepada Fang. Mereka sekarang berehat di tepi padang sekolah sambil menikmati pizza yang diberikan oleh Rizu pagi tadi. Walaupun pizza itu sudah sejuk tetapi rasanya masih lagi sedap "Kau dah tegur dia ke, Fang?"

"Dia tegur adalah sebab dia ingat aku ambil tempat dia" Fang makan pizza tersebut sambil memikirkan budak itu tadi tetapi dia tidak tahu pula nama pelajar baru itu. Cikgu kelas dia pun tidak panggil dia ke depan untuk jawab soalan yang diberikan dekat papan putih. Pelik betul aku, fikir Fang

"Aku lupa pula nak tanya, masa kita termasuk dalam lohong hitam hari itu, korang tercampak pada masa silam yang mana?" tanya Boboiboy

"Aku tak pergi ke masa silam maaa.. lohong hitam itu hantar aku pergi ke masa hadapan tapi..." Ying berubah menjadi sedih sedikit "kita semua terpisah.. lebih-lebih lagi si Fang nie"

"Aku pula, apa aku buat?"

"Yang kau pergi ikut abang kau sampai tak balik 3 tahun kenapa.. kasihan Boboiboy dan Rizu asyik tunggu kau pulang" marah Ying kepada Fang "Yaya pula lari pergi belajar dekat luar negara, lepas itu berahsia pula dengan si Rizu"

"Aku ikut abang aku?"

"Aku dapat belajar dekat luar negara! BESTNYA!" Mata Yaya bersinar-sinar, dia tidak sangka pelajar pintar seperti dia yang duduk di Pulau Rintis ini dapat belajar dekat luar negara. Dia bayangkan diri dia di luar negara, dapat belajar segala-galanya di situ "Tapi kenapa aku berahsia dengan Rizu pula?"

"Mana aku tahu maaa... Rizu sendiri tak nak beritahu aku" kata Ying

"Tapi aku masih tak percaya aku tinggalkan korang.. kenapa aku buat begitu" Fang cuba mencari alasan kenapa dia tinggalkan kawan-kawan dia di bumi tetapi satu alasan pun tiada yang timbul di kepalanya

"Kau tak perlulah fikirkan sangat, Fang" kata Boboiboy "Itu semuanya masa depan kita sahaja, aku pasti kita akan dapat mengubah masa depan kita semua kepada yang terbaik daripada Ying nampak sebelum ini"

"Terima kasih Boboiboy" Fang tersenyum sedikit. Dia tidak lagi memikirkan tentang itu

"Dey! aku jadi apa? apasal tak cerita tentang diri aku" Gopal tidak puas hati kerana Ying tidak beritahu apa yang dia buat pada masa depan dia

"Kau belajar nak jadi seorang chef maa tapi aku pelik, mana kau pergi semasa kita orang sudah kembali ke sini?" Gopal tersengih kepada mereka dan lalu bercerita kepada mereka apa yang berlaku dekat diri dia ketika itu

Lohong hitam terbuka di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, ramai yang terkejut melihat lohong hitam itu dan lagi mengejutkan tercampak seorang budak lelaki india yang bernama Gopal. Dia terjatuh di tepi jalan raya. Orang yang lalu lalang di situ terkejut melihat Gopal, mereka cuba untuk bertanya kepada dia, dari mana dia datang, kamu alien ke? adakah kamu datang dari masa depan mereka? macam-macam lah mereka bertanya sehingga membuat Gopal lari dari situ. Dia terus sorokkan diri di sebalik belakang kereta mewah

"Fuh! selamat dia orang tak ikut aku" kata Gopal. Dia bangun dan melihat keadaan di Kuala Lumpur, semuanya seperti sama sahaja, tiada perubahan. Dia mengambil kesempatan ini untuk bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Gopal lalu di tepi bangunan-bangunan hotel mewah, dia ada juga nampak restaurant-restaurant yang ada di situ. Perut dia sudah berbunyi, dia sudah mula lapar

"Mana aku nak cari makanan yang murah? Duit aku sedikit sahaja" Gopal keluarkan dompet dia dan lalu membukanya. Apa yang dia nampak hanyalah RM 2 sahaja. Gopal menghela nafas dan teruskan berjalan. Makanan dekat Kuala Lumpur ini mahal-mahal, macam mana dia nak makan sedap-sedap. Terus dia mendapat satu idea yang tak betul dia

"hehehe..." Gopal mencari suatu tempat yang sesuai untuk menarik perhatian orang ramai dan dia mendapat satu idea di mana. Dia terus sahaja ke taman KLCC dan di situ dia akan membuat satu pertunjukkan magic kepada orang ramai dengan menggunakan kuasa dia "Selamatlah Kapten Kaizo tiada dengan aku"

Setelah sampai di taman KLCC, dia letakkan sapu tangan kecil milik dia, terus dia menjerit untuk menarik perhatian orang yang lalu lalang di situ "SIAPA MAHU MELIHAT PETUNJUKKAN MAGIC! LIHAT SAYA TUKARKAN DAUN INI KEPADA KERTAS!" Ramai yang hiraukan dia sahaja, ada juga yang melihat dia, mereka fikirkan adakah ini pertunjukkan lawak atau pertunjukkan magic yang sebenar?

"TUKARAN KERTAS!" Daun tersebut terus menjadi kertas. Ramai yang tidak percaya dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Mereka terus pergi ke Gopal untuk melihat pertunjukkan magic itu lagi "Kali ini saya akan tukarkan kayu ini menjadi makanan pula" Gopal angkat ranting kayu itu untuk tunjuk kepada orang ramai "TUKARAN ICE CREAM!" terus ranting kayu itu menjadi ice cream

"Siapa nak ice cream ini?" dia berikan kepada sesiapa sahaja yang nak ice cream itu. Seorang budak kecil perempuan mengambil ice cream itu dan lalu menjilat ice cream vanilla itu "SEDAP!" kata budak kecil perempuan itu. Semua yang berhenti untuk menonton pertunjukkan Gopal, mereka bertepuk tangan dan sangat kagum dengan kebolehan Gopal. Ada yang letakkan duit di atas sapu tangan dia

"Terima kasih! terima kasih!" kata Gopal yang tersengih besar itu "Sekarang saya akan menukarkan air kolam itu menjadi air chocolate!" Ramai yang tidak percaya dia dapat menukarkan air kolam itu. Gopal dengan keyakinan tinggi dia, dia pasti dapat menukarkan air kolam itu

"TUKARAN AIR CHOCOLATE!" air kolam itu menjadi air chocolate, sekali gus dengan air pancut itu bertukar menjadi air pancut chocolate. Ada yang terlalu gembira melihat air kolam itu menjadi air chocolate, ada juga ingin pergi minum air chocolate tersebut. Ada yang siap mengambil air chocolate itu dengan botol. Mereka memberikan duit lagi kepada Gopal kerana telah berikan pertunjukkan yang bagus sekali. Gopal duduk dan kutip hasil dari pertunjukkan dia tadi

"Banyak juga aku dapat!" dia mengumpul kesemua wang yang ada di situ "ADA JUGA YANG BAGI AKU RM100!" Gopal terlampau gembira sangat, dia tidak sabar untuk membeli kesemua makanan yang ada di shopping mall KLCC. Selepas habis sahaja dia mengumpul kesemua duit itu, dia terus masuk ke dalam shopping mall KLCC. Mata dia sudah menjadi mata rambang kerana dia tidak tahu makanan apa yang dia ingin cuba dulu. Dia mula dari tingkat bawah dahulu sampai ke tingkat atas. Dia pergi beli popcorn di kedai Garrett's, dia beli tin yang paling besar sekali. Selepas itu dia naik ke food court tetapi dia mahu merasa makanan lain. Dia terus ke tingkat atas sekali, di situ terdapat banyak restaurant

"Mana aku nak cuba dulu" Gopal terus masuk ke dalam restaurant masakan Thai. Dia tidak memesan begitu banyak kerana dia ingin merasa makanan lain nanti. Gopal tidak sedar bahawa lohong hitam sudah dibuka balik, lohong hitam itu ada di depan restaurant Thai. Ramai yang menjerit kerana muncul lohong hitam itu, ada yang lari daripada situ tetapi Gopal hiraukan sahaja tentang lohong hitam itu. Dia terlalu menikmati makanan dia sampai lohong hitam itu tertutup, dia pula, teruskan sahaja makan

Habis sahaja makan di restaurant Thai, dia terus ke tempat lain. Dia melihat-lihat terlebih dahulu makanan apa yang sedap, ada ice cream mahal, ada chocolate Godiva yang mahal, ada juga kedai roti yang jual pelbagai jenis roti yang sedap-sedap. Rambang mata Gopal melihat roti-roti tersebut. Dia membeli setiap satu roti itu, selepas sahaja dia habis bayar roti-roti itu, dia terus ke taman KLCC balik untuk menikmati roti itu sorang-sorang

"Inilah dia nikmat dunia" Gopal sudah jatuh cinta dengan roti yang dia sedang makan. Dalam roti itu terdapat isi berintikan kacang merah, dia makan sedikit demi sedikit untuk menikmati rasa kesedapan roti itu. Habis sahaja makan roti itu, dia mengambil roti lain pula, roti keju. Dia mengambil bau terlebih dahulu "Sedapnya bau roti nie" Gopal makan dengan penuh makna, sampai orang lain tengok Gopal seperti orang tidak makan 10 tahun. Ada yang gelengkan mereka kepala dengan gelagat Gopal

"SINI RUPANYA KAU! ORANG TENGAH BERLAWAN, KAU DEKAT SINI TENGAH MAKAN!"

"ALAMAK!" Gopal menoleh kebelakang dan nampak muka garang Kapten Kaizo. Dia berdiri di belakang Gopal dengan penuh kemarahan "Maaf Kapten Kaizo, saya lapar sebenarnya"

"ALASAN SAHAJA!" Kaizo mengheret Gopal dan terus mereka berdua masuk ke dalam lohong hitam

"Begitulah cerita aku sebenarnya" kata Gopal. Dia kecewa sedikit kerana kebahagian dia telah dihancurkan oleh Kapten Kaizo

"Patutlah abang aku balik rumah marah-marah. Sampai aku sendiri kena marah dengan dia, rupanya kau lah punya pasal!" kata Fang dengan nada tidak puas hati dia

"Tapi aku tak sangka pula abang kau dengan Devon tue kawan baik dulu, tak kan kau tak tahu Fang" kata Yaya

"Aku sebenarnya memang tidak tahu mereka berdua adalah kawan baik. Abang aku dulu-dulu suka tinggalkan aku sekejap dan dia pula, pergi dengan misi dia bersama dengan Lahap. Misi pertama aku adalah semasa aku diturunkan di bumi"

"Jadi, abang kau banyak rahsia dia cuba sembunyikan daripada kau lah" kata Boboiboy

"Mungkin.. seperti kematian ibubapa aku, itu pun Ratu Lily yang beritahu aku sendiri bukan dari abang aku" Fang duduk diam sahaja sambil fikirkan tentang abang dia. Mereka semua rasa kasihan dengan Fang kerana abang dia cuba sembunyikan perkara yang sebenarnya daripada dia

"Fang, janganlah sedih" kata Boboiboy lagi "Mungkin abang kau rahsiakan kepada kau untuk kebaikan kau juga, dia kan sayang kau"

"Aku tahu dia sayangkan aku tetapi tak perlulah nak berahsia sangat" Fang mengenggamkan tangan kiri dia. Dia tenangkan diri dia sebentar dan lalu dia sambung balik berborak dengan kawan-kawan dia "Wei Boboiboy, kau masuk masa silam yang mana?"

"Ermmm... aku sebenarnya dapat melihat ibu dan ayah kau. Rizu ada juga dengan aku pada masa itu"

"Ibu dan ayah aku?" Fang tergaman sebentar "Bagaimana dia orang pada masa itu? mesti kau nampak aku semasa aku kecil lagi" Fang ingatkan balik wajah ibubapa dia, dia teringat lagi senyuman ibu dia, suara lembut dia, pelukan dia, dia tiba-tiba rasa rindu dengan ibu dan ayah dia "Mesti dia orang layan kau dengan baik" kata Fang secara pelahan-lahan

"Dia orang memang ibubapa yang terbaik untuk kau dan abang kau Fang"

"Terima kasih Boboiboy" Mereka mengambil lagi pizza yang masih ada lagi di dalam kotak itu, mereka menikmati pizza itu sambil gelak ketawa

"ADOI!" sebuah bola terkena di kepala Fang. Bola itu tergolek di tepi Yaya. Mereka mencari-cari siapa yang baling bola itu tadi

"Maaf, aku tidak sengaja baling bola itu dekat kau" Fang nampak pelajar perempuan baru di kelas dia. Dia tidak sangka pula perempuan itu yang menendang bola itu ke arah dia. Perempuan itu mengambil bola tersebut dan terus sambung bermain dengan kawan-kawan dia. Fang juga nampak ada budak-budak lelaki yang tergila-gilakan dekat perempuan itu

"Apa nama budak tue?" tanya Fang

"Nama dia Bella" kata Yaya "Dia tue gila popular macam kau dulu"

"Yolah, dia pun ada sedikit perangai macam kau juga"

"Ha ah, dia tue belagak, sombong, bergaya, pandai macam kau juga.. semuanya macam kau jugalah" kata Gopal "Cuma dia tak panas baran macam kau sahaja"

"ABANG FANG MANA ADA BELAGAK DAN SOMBONG!" muncul Rizu di hadapan Gopal "Pizu gigit nanti tangan abang Gopal"

"Eh, Rizu buat apa dekat sini?" tanya Fang. Rizu duduk di sebelah Fang dan peluk tangan Fang "Rizu nie semenjak keluar hospital, asyik nak peluk abang Fang sahaja" Rizu tersengih besar dekat Fang

"Ha ahlah, aku baru sahaja perasan, makin lama makin manja pula dengan kau. Kenapa yea?" tanya Yaya yang rasa pelik dengan perangai Rizu sekarang ini

"Sebab masa Pizu masuk ke dalam masa silam abang Fang, Rizu nampak abang Fang masa dia kecil-kecil" dia lepaskan tangan Fang dan berasa malu untuk bercerita tetapi dia paksakan dirinya untuk bercerita juga "Lepas tue abang Fang ajak Rizu pergi bermain, abang Fang itu tak henti-henti bercerita tentang diri dia, abang dia, ibu dan ayah dia, macam-macamlah dia bercerita tapi abang Fang mesti sudah lupakan tentang Pizu ketika itu"

"Maaf, abang tidak ingat sahaja sebenarnya. Lagipun masa itu abang kecil lagi" Rizu hanya gelengkan sahaja kepala dia

"Takpe, Pizu faham tapi Pizu sangat-sangat gembira dapat jumpa abang Fang masa dia kecil-kecil. ABANG FANG COMEL SANGAT MACAM TEDDY BEAR!" Rizu menjerit sekuat-kuatnya sehingga pelajar-pelajar lain tergelak bila terdengar Fang comel macam teddy bear. Bella, budak perempuan tadi itu ketawa besar dekat Fang dan ianya membuat Fang marah dan sakit hati. Fang bangun dan lalu beredar dari situ dengan muka masam dia

"Abang Fang nak pergi mana? Pizu ada tersalah cakap ke tadi?" Hati Rizu terguris sedikit dengan tindakan Fang tadi

"Jangan risau maa.. nanti abang kau ok balik. Dia tak marah dekat Rizu, dia marah dekat orang lain" kata Ying yang ingin cuba ceriakan hati Rizu balik tetapi Rizu tetap dengan kesedihan dia. Dia takut Fang marah dekat dia, selama ini Fang tidak marah kepada diri dia

"Rizu jangan sedihlah, seperti kakak Ying kata tadi, abang Fang akan ok balik"

"Betul ke abang Boboiboy?"

"Betul" Rizu tersenyum sedikit "Nanti minta maaf balik dekat abang Fang"

"BAIK!" mereka berempat tergelak melihat kecomelan Rizu

--------------------------------------------

Sesi waktu persekolahan sudah tamat, Rizu tunggu sahaja Fang turun dari tangga sekolah. Dia juga nampak Kaizo sedang berdiri di luar pintu pagar sekolah sambil menunggu adiknya, Fang. Rizu tidak pergi ke Kazio dahulu, dia ingin berjumpa dengan Fang terlebih dahulu kerana dia ingin meminta maaf tentang kejadian waktu rehat tadi

"Kamu Rizu kan?" muncul satu suara budak perempuan. Rizu pandang ke arah pelajar perempuan yang lebih tua daripada dia "Nama kakak ialah Bella. Kamu sedang menunggu abang Fang ke?"

"Ha ah, kenapa?"

"Oh, abang Fang ada hal sekejap. Jadi dia tidak dapat temankan kamu pulang ke rumah" kata Bella "Jadi, biar akak sahaja yang temankan adik Rizu. Boleh kan?"

"Tapi..." Bella terus memotong percakapan Rizu

"Jangan risau, abang Fang akan faham punya. Lagipun abang dia kan ada dekat sini, biar sahajalah dia balik dengan abang dia, mesti abang dia akan cemburu melihat adik dia balik dengan orang lain"

"Tapi..." Bella memotong lagi percakapan Rizu. Dia mengambil tangan Rizu dan lalu dia beredar bersama dengan Rizu

"Jom, akak belanja kamu makan ice cream" Rizu terpaksa ikut Bella. Dia pandang sahaja kebelakang dan dia nampak Fang sudah turun dari tangga bersama dengan Boboiboy, Gopal, Yaya dan juga Ying. Rizu ingin sahaja mahu lepaskan tangan dia dari pegangan Bella tetapi dia tidak mahu berkelakuan tidak sopan dengan Bella. Jadi, dia terpaksa ikut Bella. Kaizo yang ada di situ, nampak muka Rizu yang tidak begitu ceria, dia seperti di heret oleh Bella

Fang dari jauh lagi sudah nampak Rizu sedang berjalan bersama dengan Bella "Kenapa Rizu dengan budak perempuan tue?"

"Siapa?" tanya Gopal

"Bella lah, siapa lagi"

"Kau cemburu yea tengok Rizu berjalan dengan orang lain" Fang hanya senyap sahaja dengan kata-kata dari Gopal tadi "Buat apa kau nak cemburu, abang kau ada dekat situ" Fang baru sahaja sedar yang abang dia sedang menunggu dia di pintu pagar sekolah. Dia berlari ke arah abangnya

"ABANG! abang sudah makan? abang nak makan apa hari ini?" Terus kepala dia kena tepuk dengan Kaizo' "Kenapa abang pukul kepala adik!"

"Apasal kamu biarkan Rizu tunggu kamu lama dekat situ tadi, sekarang dia kena heret dengan budak perempuan yang abang tidak kenal. Kenapa muka dia tidak begitu ceria?" kata Kaizo dengan nada garang dia. Fang berapi-api dengan si Bella kerana mengheret adik kesayangan dia, dia begitu geram sekali sampai dia mengenggam kedua-dua tangannya

"Sabar Fang sabar" kata Boboiboy

"Aku rasa dia cuba untuk naik kan kemarahan kau atau dia nak culik Rizu daripada kau!" Gopal dengan drama terlebih dia. Fang rasa macam nak cekik-cekik Gopal tetapi disebabkan Gopal itu kawan baik dia juga, dia tidak jadi untuk mencekik Gopal

"Entah-entah dia tue alien gila macam Robin!" kata Fang lagi "ABANG! KITA KENA SIASAT BUDAK PEREMPUAN ITU! JANGAN BAGI DIA AMBIL RIZU DARIPADA KITA!" Fang terus berjalan secara hentak-hentak kaki dia. Dia tidak benarkan sesiapa yang cuba mengambil Rizu daripada dia atau kawan-kawan dia juga. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Kaizo nampak aura-aura bayang Fang keluar, Kaizo tidak berkata apa kerana dia sendiri tidak tahu apa sudah jadi dengan adik dia tiba-tiba sahaja cemburu bila orang lain mengambil Rizu daripada dia

"Apa kes dengan kawan baik kau, dia sudah gila kaa?" tanya Ying kepada Boboiboy

"Entahlah, tak faham aku" kata Boboiboy "Makin lama makin pelik aku tengok si Fang nie, kejap ok kejap tak ok, kejap ok, kejap tak ok"

"Hmmm... biarkanlah dia, lama-lama nanti dia akan sedar, Rizu tue akan sentiasa sayang dekat Fang, dia tidak akan pergi cari orang lain, selain daripada Fang" kata Yaya

"Apa-apa jelah si Fang tue, jangan kena rasuk lagi sudah, tak pun jadi jahat balik ke, trauma ke, gila ke..." macam-macam lagi lah yang Gopal katakan sampai Kaizo ketuk kepala dia

Fang pula masih lagi tidak puas hati dengan Bella "Kau nak jadi popular, takpe, aku tak kisah sangat tapi jangan ambil adik kesayangan aku" marah betul si Fang nie

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com