Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Rahsia

"Abang, kita nak pergi ke mana nie?" Fang menguap sambil berjalan menuju ke bandar

"Ikut sahajalah, banyak bunyi pula kau nie"

"Yelah, tapi beritahulah adik kita nak pergi mana" Fang menguap lagi, dia masukkan kedua tangannya ke dalam jaket kerana sejuk sangat pada pagi itu. Awal-awal pagi lagi Kaizo sudah kejutkan adiknya bangun. Hari ini hari Sabtu, di bandar ada pasar tani, jadi Kaizo ingin memborong semua lobak merah yang ada di pasar nanti. Mata Fang separuh buka, separuh tutup kerana semalam dia terpaksa tidur lewat lagi kerana abang dia paksa dia kemaskan satu rumah

"Cubalah bangun awal-awal pagi macam abang, macam mana nak ada otak cergas kalau asyik tidur sahaja" Kaizo sudah mula dengan nada tegas dia

"Otak adik cergas apa, cuma abang sahaja yang suka sangat kacau adik. Macam mana adik nak tidur awal, bangun awal, kalau abang suka sangat suruh adik buat kerja. Penat! tahu tak"

"Abang pun penat juga! kau tue boleh sahaja balik awal kan semalam. Ini tidak, habis sekolah, pergi lepak dengan kawan"

"Ingat adik tak penat juga ke! abang tue penat sebab latihan tempur. Itu sahaja kerja abang tiap-tiap hari" Kaizo berhenti dan pusing kebelakang. Dia tunduk ke arah muka adiknya dan lalu jentik hidung Fang "Bukan itu sahaja kerj abang! abang penjaga galaxy! kenalah jaga galaxy daripada ancaman dari musuh-musuh abang" Kaizo sambung balik berjalan. Fang mengosok hidung dia yang kena jentik tadi

"Penjaga galaxy konon" bisik Fang sambil membuat muka masam

Dalam perjalanan ke pasar tani, mereka sempat lagi bergaduh. Mereka akan bergaduh tidak kira tempat, kedai Tok Aba ke, dekat rumah ke, dekat dalam restaurant ke, dekat taman permainan ke, mesti ada sahaja pergaduhan mereka, selepas itu, mereka akan berbaik semula. Setelah sampai di pasar tani, mata Fang terus segar kerana ini pertama kali dia pergi ke pasar tani, selalunya dia pergi pasar malam. Terdapat pelbagai jenis sayur segar yang jual, ada juga buah-buahan, daging-daging segar, kuih-muih untuk sarapan pagi dan pelbagai jenis makanan yang ada. Kaizo memberikan sedikit duit kepada adiknya

"Kau pergi beli makanan. Belilah apa yang kau nak tapi jangan terlampau tamak sangat! FAHAM!"

Fang mengambil duit itu di tangan abangnya "Faham abang!"

"Jumpa abang dekat depan mak cik jual pokok bunga tue" kata Kaizo sambil tunjuk ke arah seorang mak cik sedang sibuk menjual pokok-pokok bunganya. Bukan pokok bunga sahaja dia jual, ada juga jual pelbagai jenis benih sayur dan buah-buahan. Kaizo tertarik ingin membeli benih sayur ataupun benih buah-buahan, tapi sebelum itu, dia kena pergi beli lobak merah terlebih dahulu.

Fang pula sudah berjalan jauh ke dalam pasar tani, mata dia tidak berkelip-kelip kerana melihat ada pelbagai jenis makanan yang ada tetapi otak dia hanya ingatkan dia satu sahaja

"Donut lobak merah! donut lobak merah!" Fang bernyanyi-nyanyi di situ sambil mencari orang menjual donut kegemaran dia. Dia berjalan lagi sehinggalah ke hujung pasar tani dan akhirnya dia jumpa juga gerai yang jual donut lobak merah. Donut-donut tersebut masih lagi segar dan panas, Fang kelihatan begitu gembira. Mata dia bersinar-sinar melihat donut kegemaran dia. Dia mengambil bau dulu dan lalu tersenyum lebar di situ. Dia mahu membeli kesemua donut lobak merah tersebut tetapi dia teringat pesanan abang dia tadi, jangan tamak

"Bagi saya 4 donut lobak merah" kata Fang yang sudah kelaparan. Perut dia sudah berbunyi-bunyi. Nasib dia begitu baik kerana pasar tani itu agak riuh rendah, jadi tiada siapa yang mendengar bunyi perut dia

"Kau!" Fang terdengar suara yang dia tidak berapa suka sangat. Dia mengangkat kepala dia dan terkejut besar dia di situ

"KAU!" kata Fang

Zakwan, pembuli Fang berdiri di depan meja jualan makanan dia dengan mata dia bulat besar kerana terkejut melihat Fang ada di situ "Apa kau buat dekat sini?" kata Zakwan dengan nada yang marah

"Aku ada dekat sini sebab nak beli donut kegemaran aku lah "kata Fang "Kau pula, apa kau buat dekat sini?"

Zakwan tidak menjawab soalan Fang tadi, dia cuma masukkan beberapa donut lobak merah di dalam plastik merah "Kau nak apa lagi?" tanya Zakwan tanpa melihat Fang. Dia seperti rasa bengang atau marah kerana dia tidak mahu sesiapa yang terjumpa dia ada di pasar

"Itu sahaja" kata Fang "Kenapa kau tak jawab soalan aku?"

"Buat apa aku nak jawab soalan kau" Zakwan berikan plastik merah itu kepada Fang dan Fang pula berikan duit kepada Zakwan "Terima kasih. Kau jangan beritahu sesiapa yang aku bantu mak aku jual dekat pasar tani"

Fang tidak menjawab, dia hanya mengangguk sahaja kepala. Dia terus beredar dari situ dan terdengar perbualan Zakwan dengan seorang wanita

"Siapa tue Zakwan? kawan kamu ke?"

"Bukan mak, budak sama kelas dengan Zakwan sahaja"

"Oh, ingatkan kawan kamu tadi. Jangan lupa jual kuih-kuih dekat belakang kamu nie. Mak buat terlebih pula pagi tadi" kata ibu Zakwan "Maaf sebab terpaksa menyuruh kamu menjual kuih. Kamu fahamkan sebab apa"

"Jangan risau mak, Zakwan faham"

Fang terus beredar sebelum Zakwan dapat tahu dia sedang mendengar perbualan mereka berdua. Dia tidak sangka pula dia akan terjumpa pembuli dia dekat pasar tani tetapi dia tidak tahu Zakwan bukanlah orang yang kaya yang dia selalu bayangkan. Fang selalu bayangkan budak-budak di kelas dia, semuanya orang kaya-kaya tetapi rupanya bukan. Dia tidak tahu sangat tentang kehidupan mereka semua yang sebenar. Dia berjalan balik ke tempat mak cik jual pokok bunga, entah kemana dia lalu sebab asyik fikirkan tentang perbualan tadi sehingga dia terlanggar dengan seseorang. Ada beberapa buah oren terjatuh dari plastik, Fang tunduk dan mengutip beberapa oren yang jatuh di atas jalan

"Maaf" kata Fang, dia berdiri dan nampak siapa yang dia terlanggar tadi

"Kau nie Fang, bukan nak tengok orang pun. Kan dah terlanggar aku tadi" kata Boboiboy. Fang tersengih kepada kawan baik dia

"Maaf, aku tak sengaja" Fang masukkan buah oren itu di dalam beg plastik Boboiboy "Kau tolong Tok Aba ke?"

"Ha ah, aku tengah cari sayur sawi untuk masak tengahari nanti. Kau datang ke sini dengan siapa?" Mereka berdua sambung berjalan sambil mencari sayur sawi

"Aku datang dengan abang akulah. Tak tahulah apa dia nak pergi beli" kata Fang "Boboiboy, aku nak tanya boleh?"

"Tanyalah"

"Zakwan tue, rumah dia dekat mana?" Boboiboy rasa pelik pula kerana tidak pernah pula Fang tanya tentang pembuli dia

"Aku tak tahu rumah dia dekat mana, aku rasa Gopal tahu kot dia duduk dekat mana. Kenapa Fang?"

Fang menghela nafas, dia tidak bercakap apa kerana dia bukan seorang yang suka bocorkan rahsia orang "Tiada apalah Boboiboy. Aku sahaja tanya. Jomlah cari sayur yang kau nak tue" Boboiboy biarkan sahaja, mungkin ada sesuatu yang dia ingin rahsiakan, fikir Boboiboy

"Fang, nanti kau datang kedai Tok Aba kan petang nanti?"

"Mestilah, kan kita semua sudah janji nak ulangkaji sama-sama" kata Fang sambil tersenyum. Mereka berdua sempat lagi berhenti di sesetengah kedai untuk melihat makanan yang dijual. Fang ada belikan kuih untuk abang dia, dan Boboiboy pula belikan nasi lemak 2 bungkus untuk dia dan Tok Aba. Selepas itu, mereka pergi beli sayur sawi yang tidak jauh dengan gerai mak cik jual pokok bunga tadi. Fang nampak abang dia sedang mengangkat kotak besar yang penuh dengan lobak merah

"Pang! cepat sikit! abang nak balik dah!" menjerit abang dia dari jauh

"Kau pergilah dulu, kita jumpa petang nanti dekat kedai Tok Aba" kata Boboiboy sambil membayar sayur sawi itu tadi. Fang melambai kepada Boboiboy dan terus pergi ke abangnya. Mereka berdua tidak berhenti di mana-mana kedai, mereka hanya terus sahaja pulang ke rumah. Kaizo melihat muka adiknya yang dari tadi asyik fikirkan tentang sesuatu

"Apa yang kau sedang fikirkan?"

"Ermm.. takde apa abang" kata Fang

"Jangan nak sembunyikan daripada abang, baik kau cerita dekat abang"

Fang tahu dengan nada suara abang dia yang garang itu, kalau tidak cerita kepada dia, dia akan memaksa. Dia menghela nafas dan lalu bercerita kepada abang dia "Abang, abang pernah tak melihat seseorang dan apa yang kita fikirkan selama ini sebenarnya lain daripada kita bayangkan"

"Maksud adik?"

"Adik nampak Zakwan dekat pasar tadi. Masa itu adik nak beli donut lobak merah, adik tidak sangka dia yang jual. Selama ini adik fikirkan dia anak orang kaya tetapi rupanya bukan" Dalam hati Fang, dia tidak henti-henti cakap minta maaf kerana dia terpaksa cerita dekat abang dia "Abang jangan beritahu sesiapa"

"Hmmm... baiklah, abang tidak akan beritahu sesiapa tapi kenapa adik fikirkan tentang itu?"

"Sebab kenapa dia buli adik dan orang lain juga. Kenapa dia tidak mahu adik beritahu sesiapa tentang kehidupan sebenar dia"

Kaizo tersenyum kepada adiknya "Hmm.. mungkin dia ada sebabnya. Mungkin dia cemburu melihat adik lebih pandai daripada dia atau dia cemburu melihat adik begitu akrab dengan kawan-kawan adik. Tapi tentang kehidupan dia, cuba adik lihat kawan-kawan dia yang lain, bagaimana kehidupan mereka? adakah sama seperti Zakwan atau lain. Seperti adik juga dulu-dulu, abang suruh adik rahsiakan identiti adik yang sebenarnya daripada kawan-kawan adik. Mungkin itu sebab Zakwan rahsiakan identiti dia yang sebenarnya"

"Maksud abang, dia pun alien juga lah"

"BUKAN ITU MAKSUD ABANG! kau nie, nak kena beritahu terang-terang baru kau nak faham!" Kaizo nak sahaja ketuk kepala adik dia tetapi disebabkan dia sedang mengangkat kotak besar, nasib Fang begitu baik sekali "Maksud abang, kemungkinan kehidupan dia tidak begitu mewah seperti kawan-kawan dia yang lain. Mungkin sebab itu dia suruh kau jangan beritahu sesiapa. Dia seperti Rizu juga, mahu rahsiakan tentang penyakit dia daripada semua orang. Alasan dia, dia tidak mahu orang lain risaukan tentang diri dia. Setiap orang ada rahsia yang berbeza"

"Oh, baru adik faham. Terima kasih abang" Fang mengambil satu donut lobak merah dari plastik merah dan lalu makan sebab dia sudah terlalu lapar sangat "Tapi, kenapa dia nak rahsiakan identiti dia yang sebenarnya. Tak salahkan kalau kawan dia tahu tentang diri dia yang sebenar"

"Hmm.. pendapat abanglah kan. Mungkin dia malu dengan kawan-kawan dia, kerana kehidupan mereka berbeza dengan dia. Mungkin juga atau mungkin dia tidak mahu dirinya menjadi mangsa buli. Kita tidak tahu apa didalam hati mereka, kita cuma dapat meneka sahaja. Kau patut bersyukur kerana kawan-kawan kau masih lagi terima kau walaupun mereka tahu diri kau yang sebenarnya dan kau juga patut berhati-hati dalam memilih kawan. Abang cuma tak nak adik dibuli lagi"

Fang tersenyum kerana teringatkan kawan-kawan dia. Mereka semua terima dia walaupun dia hanyalah seorang alien berasal dari planet lain. Walaupun pada masa itu mereka cukup marah dengan dia kerana tidak memberitahu perkara yang sebenarnya tetapi mereka tetap anggap dia sebagai kawan baik. Dari saat mereka kenal sehinggalah sekarang, Fang memang menghargai mereka semua. Persahabatan yang dia tidak mahu terpisah, dia sayangkan setiap kawan dia. Dia teringat lagi saat Lahap dan abangnya mahu belasah mereka lagi, dia tidak sanggup melihat kawan-kawan dia terseksa lagi. Dia sanggup rampas jam kuasa mereka demi keselamatan kawan-kawan dia. Dia sebenarnya tidak sanggup untuk meninggalkan mereka tetapi disebabkan abang dia yang begitu garang sekali, dan dia memang setia kepada abang dia, dia terpaksa meninggalkan mereka semua. Fang ingat lagi pada ketika itu, dia dengan perasaan sedih dan itu mungkin kali terakhir dia dapat berkawan dengan mereka semua tetapi dia silap, kawan-kawan dia sanggup untuk dapatkan dia balik.

"Pang?" Kaizo melihat mata adiknya yang sudah berkaca mata itu "Kenapa tiba-tiba sahaja kau nak menangis?"

"Maaf abang. Adik teringat lagi tentang dulu" Fang mengelap air mata dia "Jangan risau abang, adik memang menghargai persahabatan mereka sebab itu adik tidak sanggup meninggal kawan-kawan adik"

Kaizo tersenyum "Baguslah tue adik"

"Tapi abang tak rasa sunyi ke? Adik tak pernah nampak abang cuba berkawan dengan sesiapa dekat sini"

Kaizo terasa sedikit. Dia memang tiada kawan rapat seperti adik dia tetapi dia tidak rasa dirinya sunyi "Abang ada kawan apa, Lynna tue kawan abang. Lahap tue kawan abang, kawan-kawan kau pun kawan-kawan abang juga"

"Yelah tue abang, cakap sahajalah abang tak suka berkawan" kata Fang dengan nada yang sinis

"APA KAU CAKAP PANG!" Terus Fang lari ke rumah dia yang tidak jauh dari situ "MARI SINI KAU PANGG!" Kaizo tidak dapat berlari begitu cepat kerana kotak besar yang dipegang olehnya

------------------------------------------------

Petang itu, Fang menunggu kawan-kawan dia sampai di kedai Tok Aba. Dia sampai di kedai Tok Aba tepat pada pukul 4 petang, tak pernah sampai lewat atau terlampau awal, mesti tepat. Fang sentiasa akan menepati masa, kalau pukul 5 suruh datang, tepat pukul 5 juga dia akan sampai "Mana dia orang atuk? tak tak dia orang lupa kot"

"Kejap lagi sampailah tue, baru 5 minit kau tunggu dah tak sabar kamu nie" Fang tersengih sahaja, dia membuka buku latihan matematik dia sambil menunggu kehadiran kawan-kawannya. Tok Aba pula sediakan Ice Blended Chocolate Special untuk Fang, dan dia juga ada buat sedikit cekodok chocolate "Makanlah cekodok nie Fang, atuk buat sedikit sahaja nie"

"Terima kasih atuk" Fang terus menjawab soalan-soalan matematik di situ tetapi dia tidak dapat fokuskan dirinya kerana asyik terfikirkan tentang kejadian pagi tadi. Dia masih lagi fikirkan tentang Zakwan dan di mana dia rumah dia. Dia seperti ingin melihat bagaimana kehidupan Zakwan. Fang meletakkan kepala dia di atas buku latihan matematiknya

"Kau kenapa Fang? tak sihat ke?" tanya Tok Aba

"Takde apalah atuk. Saya cuma tidak dapat fokus dengan soalan matematik nie"

"Banyak sangat berfikirlah tue" Tok Aba tersenyum sahaja melihat Fang masih lagi terbaring di atas buku latihannya "Apa yang kau fikirkan sangat sampai tak dapat nak fokus tue?"

"Macam-macam atuk"

"Cuba cerita sedikit dekat atuk, mungkin atuk boleh bantu kamu" kata Tok Aba sambil mengelap beberapa cawan yang sudah siap di basuh. Fang mengangkat kepala dia, hati dia tidak tahu mahu bercerita atau tidak kepada Tok Aba "Kalau tak cerita, takpe, atuk faham tapi ingat, jangan terlampau fikirkan sangat. Nanti tak boleh kamu nak belajar dengan aman" Fang senyap sahaja, dia cuma bermain-main dengan straw minuman dia

"Atuk, kalaulah saya hidup di bumi nie tanpa rumah, adakah Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying masih berkawan dengan saya" tanya Fang secara tiba-tiba "Atau kalau saya beritahu identiti saya yang sebenarnya masih awal-awal dulu sebelum kedatangan abang saya, adakah mereka masih berkawan dengan saya lagi?"

"Kenapa kamu tanya begitu Fang"

Fang menghela nafas "Saya cuma ingin tahu sahaja atuk" Tok Aba rasa pelik melihat Fang bertanya begitu

"Jangan fikir yang bukan-bukan, dia orang akan tetap menerima Fang"

"Betul tue! Kau jangan fikirkan sangatlah Fang. Kau ada rumah ke, takde rumah ke, kau boleh sahaja tinggal dengan aku" muncul Boboiboy di sebelah Fang "Tentang rahsia yang kau simpan sangat tue, aku memang marah tapi bila fikirkan balik, mungkin ada sebabnya kau rahsiakan identiti kau yang sebenarnya tapi lepas nie, kau jangan cuba nak rahsiakan daripada kita orang"

Hati Fang terharu sedikit, dia ketawa kecil melihat kawan dia yang ada disebelah dia "Terima kasih Boboiboy. Tapi kalau aku duduk rumah kau, mesti kita dua asyik bergaduh sahaja setiap hari. Macam aku dengan abang aku, setiap hari bergaduh"

"Gaduh gaduh pun, kamu berdua tetap kawan juga. Jangan gaduh besar sudah, gaduh kecil-kecil sahaja" kata Tok Aba

"Gaduh? siapa pula nak cari gaduh dengan kau Fang" muncul pula si Gopal "Kau nak gaduh dengan aku ke Fang?"

"Buang masa aku sahaja nak gaduh dengan kau" Fang menolak muka Gopal yang dari tadi makin lama makin dekat dengan muka dia "Lupa pula. Gopal, kau tahu tak Zakwan tinggal dekat mana?"

"Hmmm... setahu akulah kan, dia tinggal berdekatan dengan kawasan rumah Ying. Rumah paling kecil, ada signboard tulis 'Tempahan untuk Kuih-Muih Murah' kenapa? Jangan cakap kau nak pergi melawat dia pula"

"Mana adalah. Tak kan aku nak pergi melawat dia, buat apa. Kawan-kawan dia pula tinggal mana?"

"Kawan-kawan dia tinggal dekat kawasan perumahan rumah mewah tapi kawan baik Zakwan, si Robin tue. Aku tak pasti dia tinggal di mana"

"Oh begitu. Aku keluar kejap, nanti aku datang balik" Fang kemaskan buku-buku latihan dia dan tinggalkan di situ sahaja. Dia akan kembali ke kedai Tok Aba, dia cuma mahu melihat kehidupan sebenar Zakwan "Dey! kita orang baru aje sampai, kau nak pergi pula"

"Nanti aku datang balik lah! Tunggu ajelah dekat situ" kata Fang. Dia terus tinggalkan Boboiboy dan Gopal di situ, dan terus menuju ke kawasan perumahan Ying. Dia berharap dia tidak bertembung dengan Zakwan ataupun Ying. Dia tidak mahu Ying bertanya apa yang dia buat disitu. Fang mencari-cari rumah yang dikatakan Gopal tadi, dia berjalan di satu lorong, dia berjalan sehinggalah dia sampai pada sebuah rumah yang paling hujung sekali. Dia ternampak Zakwan sedang membantu seorang kanak-kanak perempuan. Dia berjalan sedikit dan juga berhati-hati supaya Zakwan tidak perasan yang dia sedang memerhatikan dia. Fang duduk dibelakang sebuah tong sampah yang besar, dia terdengar perbualan Zakwan dengan adiknya

"Abang ajarlah adik. Adik tak faham dengan soalan ini"

"Soalan mana?"

"Ini senang sahaja" Dia melihat Zakwan sedang menulis sesuatu di buku adiknya, dia begitu tekun sekali mengajar adiknya. Datang pula seorang wanita dengan sebuah bakul besar. Dia berikan kepada Zakwan dan adiknya "Mak nak kami jual dekat mana hari ini?"

"Dekat mana-mana sahaja. Dekat depan stesen keretapi pun boleh. Jual elok-elok"

"Baik mak!" Mereka berdua simpan buku masing-masing dan mengambil bakul itu dan terus keluar dari rumah untuk menjual kuih-muih yang dibuat oleh ibu mereka. Setelah mereka sudah berjalan jauh sedikit, Fang keluar dari belakang tong sampah untuk beredar dari situ tetapi ibu Zakwan ternampak dia

"Kamu yang datang beli donut lobak merah pagi tadi kan" Fang terkejut dan pandang ke arah wanita itu "Marilah masuk ke dalam" Ibu Zakwan memang sangat peramah dan juga lemah lembut. Fang tanpa rasa segan, dia masuk ke dalam rumah Zakwan. Rumah itu tidaklah begitu besar, terdapat pelbagai jenis size kotak yang ada di tepi pintu rumah Zakwan. Di dalam rumah tersebut, ada beberapa perabut yang sudah lama digunakan tapi masih lagi elok. Ada beberapa bekas makanan yang ada di atas meja makan, semuanya digunakan untuk menjual kuih-muih. Rumah itu tidaklah terlalu sempit di dalam tapi masih lagi selesa untuk di duduki. "Apa nama kamu?" tanya ibu Zakwan sambil berikan donut lobak merah, lebihan jualan pagi tadi

"Nama saya Fang, saya sama kelas dengan Zakwan"

"Makanlah donut tue" kata ibu Zakwan sambil memperlawa Fang makan donut tersebut "Maaflah kerana rumah terlalu bersepah. Mak cik memang tak sempat nak kemas sebab mak cik sibuk sangat di dapur. Mak cik hanya jual kuih sahaja, kalau ada tempahan, mak cik akan buat juga. Itu sahaja pekerjaan mak cik untuk tanggung persekolahan Zakwan dan adiknya" Fang hanya senyap sahaja sambil makan donut lobak merah itu "Mak cik tahu sebenarnya Zakwan rahsiakan kehidupan dia daripada kawan-kawan dia, kalau boleh, kamu rahsiakan juga. Mak cik tak nak Zakwan berasa susah hati"

"Tapi..."

"Tapi kenapa dia buli orang lain? Mak cik tahu tentang itu, mak cik pernah nasihatkan dia jangan buli orang dekat sekolah tapi dia tetap degil. Mungkin mak cik terlalu lembut sangat dengan dia" kata ibu Zakwan, dia bersambung lagi "Dia buli orang sebab dia tak nak diri dia kena buli. Dia tak nak orang lain di mana dia tinggal, sebab itu dia buli orang, dia nak pelajar lain takut dengan dia. Tapi dia juga ada kebaikannya, dia setiap petang begini, dia selalu tolong mak cik jual kuih-muih yang mak cik selalu buat, tanpa rasa merungut. Dia juga abang yang penyayang, dia sayangkan adiknya tapi mak cik sedikit kecewa apabila dapat tahu dia buli orang dekat sekolah. Maafkan anak mak cik kalau dia ada buli kamu juga"

"Mak cik tak perlu risau, saya maafkan dia tapi mak cik, berapa lama mak cik nak biarkan dia buli orang lain"

"Mak cik pun tak tahu, tapi mak cik biarkan ajelah dia. Mak cik cuma nak anak mak cik gembira tapi bukan dengan cara buli orang dan mak cik juga mahu anak-anak mak cik hidup dengan senang"

Mereka berbual sebentar sebelum Fang meminta diri dia untuk pulang ke kedai Tok Aba "Saya kena pergi dulu, kawan-kawan saya tengah menunggu saya di kedai Tok Aba, maaf yea mak cik kerana menganggu"

"Tak perlu minta maaf, mak cik suka dengan kedatangan kamu" kata ibu Zakwan "Terima kasih kerana datang ke sini, mak cik akan bekalkan kamu sedikit kuih yang mak cik buat tadi. Bolehlah kamu berkongsi dengan rakan-rakan kamu atau keluarga kamu"

---------------------------------------------------

Fang berjalan pulang ke kedai Tok Aba dengan sebuah bekas yang penuh dengan kuih-muih. Dia tidak sangka Zakwan si pembuli, sebenarnya hidup susah tapi kenapa ibu dia tidak memarahi atau halang anak dia? Tapi apa yang dia nampak, ibu Zakwan bukan sejenis yang garang atau tegas macam abang dia. Dia sendiri tidak tahu apa jawapannya. Mungkin ada sebab lain atau mungkin Zakwan adalah seorang yang degil, tak boleh terima nasihat dari orang lain. Macam-macamlah perangai manusia nie, serabut kepala aku, fikir Fang

"Pang? kenapa kau tidak berada di kedai Tok Aba" muncul Kaizo disebelah adiknya. Fang terkejut dengan kehadiran abangnya. Kaizo baru sahaja habis berjogging di sekitar taman, dia terserempak dengan adiknya semasa dalam perjalanan ke kedai Tok Aba

"Adik ada benda kena buat tadi"

"Oh, siapa yang berikan bekas tue?" tanya abang dia sambil melihat bekas biru itu. Fang membuka sedikit dan tunjukkan isi dalamnya kepada abang dia "Kuih? siapa yang buat?"

"Rahsia!" kata Fang sambil menutup balik bekas itu. Dia tersenyum di situ

"Itu pun kau nak berahsia dengan abang! siapa yang bagi, beritahu abang cepat!" kata Kaizo dengan nada yang garang. Fang hanya bersiul sahaja sambil belok ke kanan memasuki taman yang menuju ke kedai Tok Aba "PANGGG!"

"Kalau abang berahsia dengan adik, boleh pula. Kalau adik berahsia dengan abang tak boleh pula. Tak adil lah kalau macam tue" Kaizo menepuk kepala adiknya

"Itu sebab kau suka sangat simpan masalah kau. Ini mesti teman istimewa kau yang bagi" Fang pandang tepat ke arah mata abangnya

"Bila masa adik ada teman istimewa! ADIK KECIK LAGI LAH! Abang jangan nak buat cerita!"

"Habis tue, kalau bukan teman istimewa. Siapa yang bagi?" Kaizo masih lagi tidak puas hati dengan adiknya selagi dia tidak mendapat jawapan yang tepat

"RAHSIA!" kata Fang dengan nada yang tinggi

"kau nampak pedang tenaga abang"

"Tak" Terus Fang berlari ke arah kedai Tok Aba sambil menjerit "RAHSIA TETAP RAHSIA!"

"Cheh, tak guna punya adik. MARI SINI KAU!" Kaizo mengejar adiknya dengan pedang tenaga. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying yang ada di kedai Tok Aba melihat sahaja Fang kena belasah dengan abangnya tetapi Fang tetap menutup mulutnya. Dia tidak akan beritahu sesiapa ke mana dia pergi tadi

Walaupun dia dan Zakwan adalah musuh, Fang akan tetap menyimpan rahsia Zakwan. Biarlah Zakwan sendiri yang beritahu tentang diri dia yang sebenarnya dan dia juga tidak mahu menjadi pembuli seperti Zakwan. Dia tahu siapa diri dia yang sebenarnya. Dia adalah Fang, seorang yang suka belajar, pentingkan kebersihan tetapi suka sangat marah orang, tidak reti sabar dan juga seseorang yang agak nakal. Dia juga adalah salah satu superhero di bumi bersama dengan rakan-rakan baik dia. Oh yea, tidak lupa juga abang dia Kaizo, seorang yang garang dan penuh dengan kesadisan dia

"APA KAU CAKAP PANG!"

"Betullah kan, abang kalau belasah orang, memang sadis habis. Tiada belas kasihan langung! Tapi, sadis macam mana pun abang, abang tetap sayangkan adik kan kan kan" Fang peluk abang dia kuat-kuat supaya abang dia tidak dapat belasah dia lagi. Ada bau peluh abang, fikir Fang. Apa dia kisah, itu abang dia

"Yelah, abang memang sayangkan kau pun. Manja sangat kau nie" Kaizo menyimpan pedang tenaganya

Fang hanya tersenyum sahaja sambil memeluk abang dia "Dialah abang aku yang aku paling cintai" bisik Fang

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com