Sejarah
"BOBOIBOY! TOLONGG!"
"Ochobot! kenapa?" Boboiboy telah mendapat panggilan kecemasan daripada Ochobot, dia terus berlari ke kedai Tok Aba untuk melihat apa yang berlaku "Ochobot! Ochobot!" Panggilan dari Ochobot terus terputus
"Kita kena cepat! sebelum apa-apa terjadi dekat Ochobot!" kata Boboiboy yang masih lagi berlari. Fang, Gopal, Yaya dan Ying turut berlari dari rumah Fang ke kedai Tok Aba. Mereka tidak tahu apa yang terjadi. Mereka hanya mendengar Ochobot meminta tolong sahaja. Boboiboy takut jika Adudu atau musuh ketat Kapten Kaizo datang menyerang Ochobot dan Tok Aba
Sampai sahaja di kedai Tok Aba, mereka terkejut melihat Ochobot dan Tok Aba terperangkat di dalam sebuah bola lutsinar. Bola itu terapung apung di tepi kedai Kokotiam Tok Aba
"ATUKKKK!" Boboiboy memanggil atuknya yang sudah tidak sedarkan diri. Manakala Ochobot pula, dia mengetuk-getuk dinding bola lutsinar itu untuk selamatkan diri dia dan juga Tok Aba "OCHOBOOTT!"
"Biar aku selamatkan dia orang! TUKARAN CEKO-" Tiba-tiba sahaja ada satu tembakan terkena Gopal. Dia juga termasuk ke dalam bola terapung-apung itu "APA NIE! TOLONG AKU BOBOIBOY"
"Aiyaa.. kau gunakan lah kuasa kau" kata Ying sambil memandang ke arah Gopal yang sedang terapung itu
"Ha ahlah! TUKARAN CEKODOK PISANG!" Tetapi bebola terapung itu tidak bertukar menjadi cekodok pisang "kenapa kuasa aku tak berguna?"
"Sebab kuasa kau akan menjadi neutral jika kau menggunakannya" Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying pusing kebelakang dan nampak Robin sedang berdiri di sebelah abang dia, Devon. Di tangan Devon terdapat sebuah pistol yang boleh menghasil bola lutsinar tadi "Kau tak kan dapat lepaskan diri daripada bola itu" kata Devon lagi
"Berani kau! BAIK KAU LEPASKAN KAWAN-KAWAN AKU DAN ATUK AKU JUGA! BOBOIBOY HALILINTAR! GERAKAN KILAT!" Boboiboy Halilintar gerak begitu pantas seperti kilat, dia muncul di belakang Devon dan Robin untuk menyerang mereka berdua "TETAKAN HALILINTAR!" Robin hanya tersenyum sinis kepada Boboiboy Halilintar. Dia juga mempunyai kuasa
"KUASA MINDA!" Boboiboy Halilintar berhenti menyerang kerana kepala dia menjadi sakit, seperti ia mahu meletup. Dia terjatuh di atas rumput padang taman
"A-apa ka-kau buat ni-nie" Boboiboy Halilintar pegang kepala dia menggunakan kedua belah tangannya. Dia meronta-ronta di situ kerana tidak tahan kesakitan di kepalanya. Robin datang dekat kepada dia dengan tangan kanannya masih lagi menuju ke arah Boboiboy Halilintar
"HAHAHAHAHAHAH!" dia ketawa sahaja kepada Boboiboy Halilintar "Ini adalah kuasa aku, kuasa dari sphera kuasa. Aku dapat membaca minda seseorang dan juga aku dapat menyeksakan minda orang itu!"
"OH! SELAMA INI KAU LAH YANG MEMBACA MINDA KAMI SEMUA! SEBAB ITU KAU DAPAT TAHU RAHSIA KAMI SEMUA!" kata Fang dengan nada marah dia "Baik kau lepaskan kawan aku sebelum aku dan rakan-rakan aku menyerang kau!"
"Betul kata kau Fang" Robin pandang ke arah Fang, Yaya dan Ying "Seranglah aku kalau kau nak masuk ke dalam bola itu macam kawan kau Gopal"
"SERANG SAHAJA DIA" kata Ochobot "JANGAN MENGALAH!"
"Baik!" kata Fang, Yaya dan Ying serentak. Fang berlari ke arah Robin untuk berhentikan dia seksa Boboiboy Halilintar, Devon bersiap sedia untuk menembak Fang tetapi Yaya menggunakan kuasa gravity dia
"GRAVITY PEMBERAT!" Devon tidak dapat bergerak secara normal, badan dia menjadi berat, dia seperti terikat di tanah
"CEPAT FANG! SERANG SI TAK GUNA TUE!" kata Ying. Fang berlari sambil keluarkan kuasa bayang dia "PELAHAN KAN MASA!" Ying gunakan kuasa dia terhadap Robin tetapi Robin lepaskan Boboiboy Halilintar dan gunakan kuasa mindanya terhadap Ying. Dia terjatuh duduk kerana kepala dia pula rasa sakit
"YINGGG!" menjerit Yaya "FANG! HENTIKAN SI ROBIN!"
"PENGIKAT BAYANG!" Fang keluarkan pengikat bayangnya tetapi kuasa mindanya tidak juga hilang dari Ying "Tidak berhasil!"
"Takpe! biar aku uruskan dia! HALILINTAR SLASH!" Boboiboy Halilintar melompat dan serang Robin dengan pedang halilintarnya
"KAU INGAT AKU DAPAT GUNAKAN KUASA PADA DIA SEORANG SAHAJA!" Dia mempergunakan kuatkan kuasa mindanya walaupun dia kena ikat dengan bayang Fang, kuasa minda dia terkena kepada Boboiboy Halilintar, Fang dan juga Yaya. Kuasa Fang dan Yaya hilang dan Robin dapat lepaskan diri dia, begitu juga dengan Devon "Hahahaha! aku bukannya lemah seperti kamu semua" Dia melihat mereka semua sedang menjerit kesakitan di kepala. Gopal dan Ochobot hanya dapat melihat kawan-kawannya menderita dari bola lutsinar itu
"Aku kena panggil Kapten Kaizo" dia cuba untuk menghubungi Kaizo tetapi jam kuasa dia tidak dapat berfungsi "Jangan cakap jam kuasa aku rosak pula"
"Bukan rosak Gopal, cuma bola ini menghalang kita menghubungi sesiapa"
"Habis tue, tadi kau hubungi Boboiboy ok aje"
"Itu sebab aku belum kena tangkap lagi" kata Ochobot
"Sekarang macam mana? tak kan kita nak biarkan dia orang merana" Gopal melihat kawan-kawan dia lagi. Kuasa dia tidak boleh digunakan, hati dia tidak tenteram melihat Robin seksa mereka begitu. Dia tidak berhenti-henti mendoa agar Kapten Kaizo muncul dan selamatkan mereka semua
"RASAKAN LAGI!" Robin menyeksakan lagi mereka semua. Boboiboy sudah kembali normal, dia berguling-guling kerana kesakitan di kepalanya. Fang pula rasa mahu meletup kepalanya, dia sudah tidak tahan lagi dengan kesakitan itu. Yaya rasa seperti mahu sahaja pengsan tetapi dia kena kuatkan semangat dan Ying pula sudah meracau-racau dengan sakitan yang teramat. Mereka seperti rasa ada tangan memicit kepala mereka, ditambahkan lagi dengan rasa seperti ada orang tikam kepala mereka berulang-ulang kali
"BOBOIBOY! GUNAKAN KUASA TERKUAT KAU!" menjerit Ochobot kepada Boboiboy
"JANGAN HARAP!" Devon menembak Boboiboy dan dia juga termasuk ke dalam bola lutsinar tetapi kesakitan di kepalanya sudah hilang. Dia rasa kesakitan itu ada lagi di kepalanya. Penglihatannya menjadi samar-samar "Maafkan aku Ochobot, aku sudah tidak berdaya lagi" Boboiboy pengsan di dalam bola lutsinar itu
"BOBOIBOY!" Ochobot dan Gopal cuba bangunkan Boboiboy balik tetapi gagal
"Habislah kita semua" menangis Gopal. Dia tidak mahu mengalah tetapi dia tidak dapat selamatkan kawan-kawan dia "Maafkan aku kawan-kawan" bisik Gopal sambil mengalir air matanya
"A-aku.. kena... kuatkan... semangat" Fang mula berdiri secara pelahan-lahan, dia lawan balik kesakitan di kepalanya "Tolakan... BAYANG!" Devon dan Robin berjaya di tolak oleh kuasa bayang Fang. Mereka tercampak kebelakang dan pistol dari tangan Devon, terpelanting jauh daripada dia. Fang sudah rasa lega, dia dapat berfikir dengan selesa. Yaya dan Ying rasa sedikit kesakitan di kepala mereka
"Terima kasih Fang" kata Yaya dengan suara yang agak lemah. Dia seperti mahu sahaja pengsan di situ, tetapi dia kuatkan diri dia agar dia dapat membantu Fang dan Ying untuk melawan musuh mereka "Ying, kau ok tak?" Yaya melihat kawannya yang ada di sebelah dia
"Aku ok tapi aku rasa macam nak muntah pula. Kepala rasa pening" kata Ying yang sedang memegang kepalanya. Dia cuba mengurut dahinya tetapi peningnya tetap tidak hilang "Jangan risau tentang aku, aku boleh lawan dia orang"
"Jangan paksa diri kau Ying, nanti apa-apa yang terjadi dekat kau, kita orang juga yang susah"
"Ha ah, betul kata Yaya" kata Fang "Kau pergi hubungi abang aku, biar aku halang dia orang berapa lama yang boleh" Ying mengangguk sahaja, dia terus berlari kebelakang kaunter meja kedai Tok Aba tetapi dia juga telah di tembak oleh Devon
"YINGGG!" Yaya dan Fang melihat bola itu sudah terapung ke atas
"Tinggal dua" mereka menoleh kebelakang. Devon sempat mengambil pistolnya sebelum dia menembak Ying "Apa kata aku tunjukkan kepada kamu semua sesuatu yang menarik" Devon memetik jarinya dan muncul lagi dua bola lutsinar. Di dalam bola itu terdapat Rizu dan Lynna dalam keadaan tidak sedarkan diri
"KAU! KAU TANGKAP MEREKA JUGA!" Fang begitu marah sekali melihat Rizu turut menjadi mangsa mereka, dia hanyalah kanak-kanak kecil sahaja. Dia memang tidak maafkan terhadap Robin dan Devon "AKU AKAN HAPUSKAN KORANG BERDUA! TUSUKAN JARI BAYANG!" Devon melompat begitu tinggi untuk mengelakkan diri daripada terkena tusukan bayang itu. Robin melentingkan badannya kebelakang dan dia membuat somersalut untuk mengelakkan dirinya terkena serangan dari Fang tadi
"JAGA KAU!" Fang menyerang lagi "TUMBUKAN BAYANG!"
"TUMBUKAN PADU MAKSIMA!"
Fang dan Yaya bergading bahu untuk kalahkan Robin dan Devon, mereka berkombo kuasa untuk menumbuk Devon terlebih dahulu sebelum dia menembak mereka berdua. Tumbukan itu terkena tepat ke arah muka Devon tetapi Robin begitu marah kerana mereka berdua telah menyerang abangnya
"KUASA MI-"
"TOLAKAN TENAGA!" Kaizo telah muncul. Robin tercampak dan tersangkut di pokok. Manakala abang dia telah mendapat kecederaan teruk di muka. Pistolnya habis dihancur teruk oleh Fang dan Yaya, dan bola lutsinar tadi hilang. Kawan-kawan mereka terjatuh di atas rumput taman. Kaizo nampak darah mengalir di bahagian kiri kepala Devon tetapi dia masih lagi bangkit dan bergerak begitu pelahan. Dia tergelak sinis melihat Kaizo di situ
"Akhirnya, kau muncul juga Kapten Kaizo" kata Devon dengan nada sinis dia "Kita sudah lama tidak bertemu, Kaizo"
"Kenapa kau datang ke sini? Kau nak aku kalahkan kau lagi seperti tahun lepas"
"Kalahkan aku lagi?" Devon tergelak kecil "Kau tak kan dapat kalahkan aku kali ini. Aku dengan kuasa terbaru aku, aku dapat hapuskan kau dalam sekelip mata dan aku akan menjadi pemburu sphera kuasa yang terhebat di galaxy ini! Semuanya akan tunduk kepada aku kerana aku telah berjaya kalahkan Kapten Kaizo, pemberontak legenda, pahlawan terkuat di seluruh galaxy" dia ketawa besar sambil tunjuk jam kuasa dia kepada Kaizo
"Kau ingat aku takut dengan kuasa kau! GARI TENAGA!" Kaizo mengari Devon
"Garikan aku sahaja ia tidak bermakna kau akan menang" Devon ketawa besar dan lalu dia menggunakan kuasa lohong hitam dia. Terbentuk lah suatu lohong hitam yang besar di atas Kaizo. Badan dia mula terangkat sedikit demi sedikit kerana sedutan lohong hitam begitu kuat sekali "HAHAHAHAHAHA!"
"Abang!" Fang berlari ke arah abang dia "PENGIKAT BAYANG!" Dia mengikat abangnya tetapi dia terlupa dengan kawan-kawan dia turut terapung dan ada juga yang hampir termasuk ke dalam lohong hitam tersebut. Badan dia juga terangkat sedikit tetapi tangannya cuba untuk mencapai tangan abangnya "PANG! SELAMATKAN KAWAN-KAWAN KAU YANG LAIN!"
"tapi abang macam mana?"
"Jangan risau tentang abang, kau pergi selamatkan kawan-kawan kau!" Tetapi sedutan lohong hitam itu semakin kuat, ada yang pegang tiang kedai Tok Aba, Yaya menggunakan kuasa gravity dia untuk menahan mereka semua tetapi lohong hitam itu tidak akan hilang selagi mereka tidak di sedut ke dalam "Macam mana nie? lohong hitam itu tidak akan hilang" kata Ying. Dia menghalang muka dia dengan tangannya daripada terkena debu-debu tanah
"DINDING TENAGA!" Kaizo cuba untuk menghalang mereka semua termasuk ke dalam lohong hitam itu tetapi masih juga tidak berjaya, sedutan lohong hitam menjadi semakin kuat
Yaya sudah tidak dapat menahan lagi, lalu kuasa gravity dia hilang. Yaya menjadi orang pertama di tarik masuk ke dalam lohong hitam itu "YAYA!" Ying juga ditarik masuk bersama dengan Boboiboy yang masih lagi belum sedar. Mereka berdua termasuk ke dalam lohong hitam itu. Lalu, mereka semua termasuk ke dalam lohong hitam juga kecuali Kaizo kerana dia masih lagi di dalam ikatan adiknya
"PANGGG!" Kaizo tiada cara lain, dia melompat untuk pergi selamatkan semua orang tetapi dia juga di tarik masuk dan lalu lohong hitam itu hilang. Tiada siapa yang tertinggal, Devon dan Robin juga ditarik masuk, semuanya menjadi sunyi
-----------------------------------
Lohong hitam itu muncul di waktu masa silam dan mencampak keluar Boboiboy dan Rizu. Mereka berdua tercampak ke dalam kolam renang yang besar. Mereka terjaga dan Boboiboy ternampak Rizu tidak pandai berenang. Dia tenggelam timbul di dalam kolam itu, lalu Boboiboy berenang ke arah Rizu untuk selamatkan dia. Boboiboy juga terdengar suara budak kecil menjerit tetapi bukan suara Rizu, suara orang lain
"IBU! ADA HANTU JATUH DALAM KOLAM RENANG KITA!"
Boboiboy hiraukan sahaja suara itu, dia perlu selamatkan Rizu sebelum dia lemas. Dia berenang begitu laju dan akhirnya dia dapat memeluk Rizu. Dia berenang ke tepi dengan Rizu yang sedang menangis kerana ketakutan. Dia sudah sampai di tepi kolam renang, dia mengangkat Rizu dan letakkan dia. Boboiboy mengangkat badannya untuk keluar dari kolam renang tersebut
"Rizu ok?" dia melihat Rizu sedang mengigil kesejukan, dia juga turut menangis kerana dia tidak tahu dia berada di mana sekarang ini
"Ki-ki-kita dekat ma-mana? Pi-Pizu ta-ta-takut" Boboiboy memeluk Rizu untuk tenangkan dia
"Siapa kamu berdua? dari mana kamu datang" Boboiboy mendongak ke atas dan nampak seorang wanita sedang berdiri di hadapannya. Di kaki wanita itu terdapat seorang budak kecil sedang memeluk kaki wanita itu. Boboiboy seperti kenal budak kecil itu
"Kenapa kamu berdua boleh berada di sini?" tanya seorang lelaki
"Ma-maafkan ka-ka-kami... ka-kami akan ber-edar da-dari si-ni" kata Boboiboy. Dia bangunkan diri dia dan juga Rizu untuk keluar dari halaman rumah itu
"Tunggu! kamu berdua dalam kesejukan" Boboiboy dan Rizu berhenti di depan wanita itu. Lelaki itu tadi berikan dua helai tuala besar kepada mereka "Ambil tuala itu, kamu berdua perlu keringkan baju dan badan kamu" Boboiboy mengambil tuala itu dan lapkan badan Rizu dan lalu balut badan Rizu supaya dia tidak lagi kesejukan, baru dia lap badan dia sendiri
"Ibu, siapa mereka?" tanya budak kecil itu. Boboiboy melihat wajah budak itu. Tak mungkin! itu Fang semasa waktu dia kecil lagi, jadi aku berada di zaman silam Fang, fikir Boboiboy
"Hmm.. ibu pun tak pasti tapi ibu tahu, mereka bukan orang jahat, Fang" Rizu terkejut, dia pandang ke arah budak lelaki itu
"Abang Boboiboy, kita berada di dalam memori abang Fang ke?" bisik Rizu
"Bukan, kita berada di zaman silam abang Fang tapi Rizu jangan beritahu tentang kematian ibubapa abang Fang kepada mereka semua. Rizu senyap sahaja" Rizu tidak faham apa yang dikatakan oleh Boboiboy tetapi dia ikut sahaja arahan dari Boboiboy. Jadi dia mengangguk kepalanya kepada Boboiboy. Mereka di jemput masuk ke dalam rumah wanita itu
"Duduklah" kata wanita itu. Boboiboy takut pula duduk di atas kerusi tersebut, takut basah "Takpe, duduk sahaja" kata wanita itu sambil memberikan senyuman manis kepada Boboiboy dan Rizu. Lalu mereka duduk. Wanita tersebut duduk di hadapan mereka dengan budak kecil yang bernama Fang
"Saya Kai, dan ini isteri saya, Keiko" kata lelaki itu, dia juga duduk di tepi Fang "Ini anak saya, paling kecil sekali. Nama dia Fang"
"Saya.." Perlu ke dia tipu nama dia? fikir Boboiboy "Saya Ammar, dan ini Iwan.." kata Boboiboy. Dia tidak tahu samada dia perlu tipu nama dia atau tidak "Kami sebenarnya datang dari masa depan"
"Masa depan?" kata Keiko
"Yea, kami telah diserang oleh orang jahat.. lepas itu kami dicampak ke sini. Jadi kami mahu mencari jalan pulang untuk kembali pada zaman saya" kata Boboiboy
"Maaf.. kami berdua tidak dapat menolong kamu" kata Keiko. Boboiboy rasa sedikit kecewa, sama juga Rizu "Mungkin kawan suami saya dapat membantu kamu berdua" Keiko cuba memberikan kelegaan kepada Boboiboy dan Rizu kerana dia nampak wajah kecewa mereka tadi "Jangan risau, kamu berdua boleh duduk di sini buat sementara"
"Ibu" panggil Fang kepada ibu dia "Pang nak main dengan dia boleh?" Fang tunjukkan kepada Rizu
"Boleh, bawalah dia pergi bermain di bilik kamu" Fang terus tersenyum. Dia bangun dan lalu mengambil tangan Rizu. Fang menarik Rizu untuk pergi ke bilik tidurnya
"Boleh saya bertanya?" kata Kai secara tiba-tiba "Kamu dari planet ini ke?"
"Bukan.. saya sebenarnya dari planet bumi"
"Jauh juga perjalanan kamu dari sana ke sini.. tapi kuasa musuh kamu agak kuat sampai boleh menghantar kamu ke zaman ini. Boleh beritahu kami apa yang terjadi sebenarnya?" tanya Kai
"Ermmm.. maaf, saya tidak boleh beritahu kesemuanya.. takut saya mengubah masa depan saya nanti"
"Takpe, uncle faham.. kawan uncle pernah beritahu uncle tentang time travel ini. Dia juga kawan uncle yang paling bijak yang uncle pernah jumpa, macam-macam ciptaan dia pernah ciptakan tetapi dia belum pernah cipta mesin time travel ini"
"boleh aunty bertanya?"
"Boleh aunty" kata Boboiboy. Hati dia takut kalau aunty bertanya tentang diri dia atau tentang anak dia tapi tak mungkin mereka tahu yang dia adalah kawan baik kepada Fang pada masa hapadan, fikir Boboiboy
"Hmm.. kamu kawan baik kepada anak aunty ke?" Boboiboy senyap sahaja, dia tunduk ke bawah kerana dia tidak mahu menjawab soalan tersebut "Kenapa?" tanya Keiko lagi
"Yea, saya memang kawan baik kepada anak aunty tapi kenapa aunty tanya begitu?"
"Sebab aunty tadi ternampak wajah kamu ketika kamu melihat anak aunty, kamu seperti kenal dia. Aunty dapat rasakan kamu adalah kawan baik Fang" Keiko tersenyum kepada Boboiboy "Maaf kalau aunty bertanya tapi aunty sangat bersyukurlah dia mempunyai kawan baik"
"Ibu! Kaizo pergi ambil barang sekejap, lepas itu Kaizo keluar balik dengan Devon" Boboiboy terkejut apabila dia terdengar mendengar nama Devon. Adakah itu Devon orang yang sama atau kebetulan sahaja? fikir Boboiboy. Dia ingin mengintai seorang budak lelaki yang berdiri di pintu rumah tetapi dia tidak dapat melihat begitu jelas pula
"Itu anak sulung aunty, nama dia Kaizo"
Mungkin Devon dan Kaizo dulu adalah kawan baik? kalau betul lah itu memang Devon, kenapa mereka menjadi musuh pula? Jangan jadi macam cerita Mikey dan Fang pula sudah, fikir Boboiboy
Di bilik Fang pula, Rizu duduk bersila sambil bermain dengan Fang. Rizu rasa agak janggal melihat Fang kelihatan begitu muda daripada dia "Boleh saya panggil awak abang Rizu?"
"err.. boleh" Fang tersenyum dan lalu dia berikan anak patung landak kepada Rizu
"Ini anak patung landak kegemaran Pang. Ibu yang berikan" kata Fang "Kalau Pang tak boleh tidur, Pang akan peluk anak patung ini sampai Pang tertidur. Abang Rizu nak jadi kawan Pang tak? sebab Pang jarang keluar rumah. Ibu dan ayah Pang tidak benarkan Pang keluar pergi bermain sorang-sorang tanpa abang"
"Apa nama abang awak?" Rizu sudah tahu apa nama abang Fang tapi dia sengaja buat-buat tidak tahu
"Nama abang Pang ialah Kaizo. Dia satu-satunya abang Pang tapi hari ini dia keluar main dengan kawan baik dia pula. Jadi Pang terpaksa main sorang-sorang dekat rumah" Fang buat muka sedih. Dia tidak suka apabila abang dia pergi keluar bermain tanpa mengajak dia. Kadang-kadang kawan Kaizo datang ke rumah untuk bermain bersama, Fang pula akan duduk seseorang dan akan bermain sorang-sorang "YEAHH! abang Rizu jadi kawan Pang!"
"Tapi nanti abang Pizu akan pulang ke rumah abang Pizu balik"
"Pang tahu.. Pang paham apa ibu dan ayah katakan tadi.." Fang duduk di hadapan Rizu, air matanya mengalir keluar "Tapi Pang nak juga ada kawan macam abang.. Pang selalu kesunyian bila abang pergi bermain dengan kawan. Kawan baik abang tue bijak, dia selalu ciptakan sesuatu yang menabjukkan, dia selalu tunjukkan kepada abang"
"Kenapa ibu dan ayah tak bagi Fang keluar?"
"Ibu sibuk, ayah sibuk.. dia orang kadang-kadang tiada masa untuk bermain dengan Pang, walaupun dia orang sibuk, mereka tetap sayangkan Pang" Rizu lap air mata Fang "Abang Rizu duduk sahaja lah dekat sini, boleh jadi kawan baik Pang"
"Kalau abang Pizu duduk sini nanti kawan-kawan abang Pizu akan cari" kata Rizu, Fang mula hendak menangis lagi "Tapi Fang jangan sedih, nanti bila Fang sudah besar, Fang akan dapat berkawan dengan abang Rizu balik cuma Fang lebih tua daripada abang Pizu"
"Betul ke?"
"Betul, kita akan menjadi seperti adik beradik dan Fang adalah abang terbaik untuk abang Pizu" Fang bangun dan lalu peluk Rizu sekuat hati
"Pang tak kan lupakan tentang abang Rizu" Rizu secara automatik memeluk Fang balik, dia tidak sangka dia dapat berjumpa dengan Fang pada masa dia muda "Bila abang Rizu akan pulang?" Fang melepaskan pelukan dia
"Tak tahulah tapi abang Pizu risau tentang kawan-kawan abang Pizu yang lain"
"Kemana dia orang pergi?"
"Abang tak pasti.. tapi abang berharap mereka semuanya selamat" Fang nampak kerisauan timbul di muka Rizu. Dia mengambil sekotak pensil warna dan sehelai kertas dan lalu dia berikan kepada Rizu. Fang sebenarnya tidak mahu melihat wajah Rizu dalam kerisauan dan juga rasa sedih, jadi dia cuma ingin ceriakan hati Rizu walaupun sedikit sahaja. Dia mahu Rizu kembali tersenyum
"Abang Rizu lukislah gambar untuk Pang! kita lukis sama-sama"
---------------------------------------
Di sebuah taman Pulau Rintis, lohong hitam terbuka dan lalu mencampak keluar Kaizo dan Ying. Kaizo sempat pegang Ying supaya dia tidak jatuh begitu teruk. Kaizo mendarat di atas rumput dengan sempurna. Mereka melihat sekeliling, mereka nampak ada sedikit perubahan di taman itu. Kedai Kokotiam Tok Aba juga turut berubah. Kedai itu menjadi lebih besar daripada sebelum ini dan signboard Kokotiam juga turut berubah. Kali ini tiada lagi wajah Tok Aba ada di situ, cuma ada wajah Boboiboy dan Ochobot sahaja. Kaizo nampak seorang lelaki dewasa sedang mengelap cawan. Dia kenal siapa lelaki dewasa itu kerana topi orennya
"Abang Kaizo! YING!" lelaki itu nampak mereka dengan wajah ceria dia
"Eh, itu Boboiboy? tapi kenapa dia nampak lain?"
"Kita berada di masa hadapan kita semua..." kata Kaizo. Mereka berdua berjalan ke arah kedai itu
"Masa depan kita? wah! saya mesti nak tahu apa jadi dengan mereka semua!" Ying tidak sabar untuk mengetahui apa mereka semua sedang buat sekarang, adakah dia telah menjadi seorang wanita yang berjaya? atau dirinya sudah berkahwin atau dia berada di luar negara sekarang ini, macam-macam dia sedang fikirkan
"Hmmm..." Kaizo "Kau boleh tahu dengan masa depan kau, dan kau juga boleh mengubah masa hadapan kau juga"
"Jadi, kalau kehidupan saya tidak begitu menarik, saya boleh mengubahnya?" tanya Ying
"Terpulang kepada kau" Mereka berhenti di depan kedai tersebut. Boboiboy yang sudah kelihatan dewasa, topi orennya masih lagi dipakai oleh dia. Dia kelihatan gembira melihat kedatangan mereka berdua. Dia lalu berikan pelukan sekejap sahaja kepada Kaizo
"Sudah lama saya tidak nampak abang Kaizo" kata Boboiboy dengan suara ceria dia. Dia pelawa mereka masuk ke kedai dan duduk di bangku kerusi kedai. Boboiboy masuk balik ke dalam tempat dia menyediakan makanan. Ying melihat sekeliling kedai itu, banyak perubahan terutama sekali menu di kedai itu
"WAH! banyak betul perubahan dengan kedai Tok Aba.. tapi mana Tok Aba?" tanya Ying
"Tok Aba sudah tidak larat lagi menjaga kedai ini, jadi Boboiboy yang mengambil alih kedai dia. Ochobot ada dekat rumah, jaga Tok Aba" kata Boboiboy dengan nada sedih "Boboiboy lah yang buat kedai ini berkembang. Bulan depan, Boboiboy akan buka lagi satu kedai dekat Kuala Lumpur"
"WAH! aku teruja dengan bisnes kejayaan kamu. Semoga berjaya" Boboiboy tersenyum sedikit. Dia sediakan Ice Blended Chocolate Special kepada mereka berdua. Sebenarnya, dia sudah lama tidak membuat air itu kerana menu dia yang sudah bertukar tetapi dia masih ingat lagi Tok Aba mengajar bagaimana untuk membuat air tersebut "Boboiboy, mana yang lain?"
"Yang lain? maksud kau Yaya, Gopal dan Fang?"
"Yolah, apa yang mereka sedang buat sekarang ini" tanya Ying. Boboiboy baru sahaja hendak membuka mulutnya, dia sudah dipanggil oleh seseorang "ABANG BOBOIBOY!"
Kaizo dan Ying menoleh kebelakang dan mereka nampak Rizu yang kini sudah di alam remaja "Rizu!" panggil Boboiboy sambil melambai-lambai ke arah dia
"Eh! itu bukan abang Kaizo dan kakak Ying ke?" Dia berlari ke arah mereka kerana teruja melihat mereka berdua "ABANG KAIZO! KAKAK YING!"
"Rizu sudah besar, nampak handsome" kata Ying. Rizu tersipu malu dengan pujian dari Ying tadi. Dia tidak lagi memakai cermin mata ungu dia, dia hanya memakai contact lens sahaja "Kakak Ying jangan puji Pizu, malu saya"
"Masih lagi panggil diri kau Pizu?"
"Kenapa? tidak boleh ke?"
"Maaf, akak bergurau sahaja.. Pizu tetap Pizu yang dulu" bertambah malu lagi Rizu
"Kalau abang Kaizo ada dekat sini, mesti abang Fang ada juga kan.. mana dia? Pizu sudah lama tidak nampak dia"
"apa maksud kau?" tanya Kaizo secara tiba-tiba. Dia tadi hanya senyap sahaja dan mendengar sahaja perbualan mereka "Mana adik aku pada masa ini?"
"Errmmm..." wajah Boboiboy berubah menjadi sedih "Fang sebenarnya dia telah pergi ikut abang Kaizo. Sudah 3 tahun dia pergi, saya langsung tidak dapat berita apa-apa dari dia. Kami kawan baik, kenapa dia tinggalkan kami semua di bumi tanpa khabar berita" Kaizo senyap seketika, dia tidak sangka adik dia sanggup tinggalkan kawan-kawan dia dekat bumi tanpa kirimkan khabar dia tapi kenapa dia buat begitu? Sebelum ini adik dia selalu cakap dia tidak mahu tinggalkan kawan-kawan dia di bumi dan dia mahu tinggal di sini selama-lamanya, fikir Kaizo. Mungkin dia dapat mengubah masa depan adiknya, fikir Kaizo lagi
"Selepas sahaja tamat tingkatan 5, dia terus pergi" kata Boboiboy lagi
"Fang tinggalkan kami semua" kata Ying yang agak terkejut mendapat berita itu "Kenapa dia tidak kembali ke sini" Boboiboy hanya mengelengkan kepala
"Pizu setiap hari tunggu abang Fang pulang dari angkasa lepas" Kedai Tok Aba menjadi sunyi seketika sehinggalah Ying berkata sesuatu
"Bagaimana Gopal dan Yaya pula?"
"Yaya sedih sebab Fang tinggalkan kami semua, dia dapat terima tawaran untuk belajar di luar negara. Dia sekarang belajar di London dan kau pula Ying, selepas sahaja tamat sekolah, kau berpindah ke Sarawak, ikut ibubapa kau. Gopal ikuti kelas memasak, dia ingin menjadi seorang chef. Sekarang hanya tinggal aku, Rizu dan Gopal sahaja di sini"
"Nampaknya ada juga di antara kita terpisah" Perasaan Ying menjadi sedih apabila melihat mereka semua terpisah "Tapi aku ada hubungi korang juga kan?"
"Ada tapi jarang.. kau sibuk sangat dengan kawan-kawan kau dekat Sarawak sampai terlupa tentang kami di sini. Yaya ada juga hubungi aku, dia selalu bertanya khabar aku, Gopal, kau dan juga Fang tapi dia paling banyak kali hubungi Rizu"
"Rizu?"
"Kakak Yaya selalu tanya khabar Pizu dekat sini. Dia ada juga cerita tentang rahsia dia dekat Pizu"
"Rahsia? apa rahsia dia? boleh akak tahu?" Ying ingin juga tahu rahsia Yaya pada masa ini. Adakah rahsia terbesar atau rahsia kecil sahaja
"Mana boleh, Pizu sudah berjanji tidak akan cerita dekat sesiapa pun"
"Tapi kenapa Yaya selalu hubungi kamu?"
"KAU NIE! BANYAK SANGAT TANYA KENAPA!" Suara garang Kaizo bergema di taman itu, sehingga membuat burung-burung yang berada di atas pokok, terbang lari dari situ "Kalau nak tahu sangat, pergi lah hubungi dia sendiri!"
"Hehehe.. jangan marah Kapten Kaizo, saya ingin mahu tahu sahaja" tersengih Ying
"Ala, takpe.. Pizu tak kisah sangat tapi maaf kakak Ying, Pizu tak boleh beritahu kenapa kakak Yaya selalu hubungi Pizu"
"Dekat aku pun dia tak nak cerita juga, Ying. Entah apa rahsia yang dia orang cuba sembunyikan" Boboiboy masih lagi tidak puas hati dengan Rizu dan Yaya kerana simpan rahsia daripada dia. Dia rasa diri dia tersisih daripada mereka berdua. Boboiboy meletakkan sebuah piring kecil dan di dalam piring itu terdapat biskut chocolate, dia sendiri yang buat
"Makanlah, ini aku yang buat. Tok Aba yang ajar" kata Boboiboy. Kaizo merasa biskut itu dan lalu dia teringatkan tentang adik dia. Apa terjadi dengan adik dia dan kawan-kawan adik dia yang lain? Adakah mereka berada di sini juga atau mereka telah dicampak pada masa yang berbeza-beza. Kaizo tidak boleh duduk di sini lama, dia perlu mencari lohong hitam tersebut dan kembali ke masa asal dia
"Kejap, jadi kau tahulah bagaimana untuk kalahkan Devon dan Robin itu?" tanya Ying
"Ha ah, kita orang tahu cara.. eh! LOHONG HITAM TUE DATANG BALIK!" Kaizo, Rizu dan Ying menoleh kebelakang, ini adalah peluang untuk Kaizo dan Ying masuk balik ke dalam lohong hitam itu. Kaizo pegang tangan Ying dan membawa dia masuk balik ke dalam lohong hitam tersebut
"Kapten Kaizo?"
"Kita jangan lengahkan masa, kita perlu kembali pada masa asal kita" mereka berdua masuk ke dalam lohong hitam itu dan terus hilang dari pandangan Boboiboy dan Rizu
"Semoga berjaya" bisik Boboiboy "Semoga kamu dapat mengubah masa depan kami semua" Boboiboy berharap Ying dapat menghalang Fang daripada ikut abang dia terbang ke angkasa lepas
---------------------------------------
"ADOI!" Ochobot terjatuh di atas kepala Fang
"Maaf Fang, saya tidak sengaja"
"Takpe Ochobot. Bukan salah kau tapi salah lohong hitam tue" Fang mengosok-gosok kepala dia yang sakit itu. Dia melihat sekeliling dia, dia seperti kenal tempat ini. Fang pegang Ochobot dan lalu peluk dia "Kita kena lari dari sini"
"Kenapa? kita berada di mana?" tanya Ochobot. Dia juga melihat sekeliling dia. Mereka kini berada di planet lain, bukan planet asal Fang dan Kaizo. Planet di mana Fang pernah berada ketika dia ikut misi abang dia. Fang ternampak kapal angkasa abangnya sedang mendarat yang tidak jauh daripada dia. Fang berlari dari situ sambil memeluk Ochobot
"Abang aku baru sampai dekat sini, kita kena sorok daripada dia" kata Fang. Dia masuk ke dalam sebuah hutan yang terletak tidak jauh dari tempat dia terjatuh tadi. Dia menyorok di sebalik pokok-pokok tebal dan perhatikan kapal angkasa abangnya. Abangnya sudah mendarat di planet itu, dia bersama dengan Lahap. Seterusnya Fang nampak diri dia juga mendarat di situ
"Kecil betul kau pada masa ini"
"Diamlah, kita tidak boleh buat bising nanti abang aku dengar pula. Kau tahu ajelah abang aku tue, dia tue akan belasah apa sahaja yang nampak mencurigakan" Fang perhatikan lagi mereka bertiga. Mereka sedang menuju ke sebuah bandar yang tidak jauh dari situ "Abang aku pada masa ini, dia dapat kesan sphera kuasa dekat bandar tue"
"Hmm.. sphera kuasa apa yang abang kau dapat?"
"Aku tidak pasti tapi yang aku tahu, ketika ini Devon sudah berada di sini"
"Jadi dia orang pernah bertarung dekat sini lah? tapi macam mana kau boleh tak tahu Robin tue adik kepada Devon?"
Fang menghela nafas "Sebenarnya abang aku tahu Devon ada seorang adik tetapi dia tidak pernah melihat adiknya, aku juga tidak pernah melihat adiknya rupa bagaimana. Sebab itu dekat sekolah aku tidak kenal dia sangat sehinggalah hari yang dia tangkap aku, baru aku tahu identiti dia yang sebenar" kata Fang. Dia nampak diri dia, abang dia dan juga Lahap sudah pergi jauh, dia keluar dari hutan tersebut secara pelahan-lahan. Dia lalu di hadapan kapal angkasa abangnya
"Tak boleh ke kita masuk dalam kapal angkasa abang kau?"
"Boleh, kita cuma hanya berdiri di bawah benda itu" Fang tunjukkan sebuah silinder kecil yang dapat menaikkan mereka ke dalam kapal angkasa tersebut "Tapi enjin kapal angkasa ini sudah dimatikan, jadi kita tidak boleh naik ke atas"
"Sekarang macam mana? tak kan kita nak duduk di sini sahaja" Ochobot cuba untuk memikirkan sesuatu. Dia perlu cari jalan untuk membuka balik lohong hitam tersebut tetapi bagaimana? Beritahu Kapten Kaizo tentang mereka berdua? tapi dia takut mereka akan mengubah sejarah mereka nanti, fikir Ochobot "HAH! kita pergi sahaja ke bandar dan ikut mereka semua"
"Woi! kalau dia orang nampak kita macam mana?"
"ala, kau pandai-pandailah menyamar jadi orang lain. Jom pergi" Fang melepaskan Ochobot dan lalu mereka berdua terus menuju ke bandar. Di sepanjang perjalanan mereka ke bandar itu, Fang ternampak sebuah rumah yang ada pakaian tersidai di luar rumah. Dia senyap-senyap mengambil pakaian tersebut dan lalu memakainya. Ochobot sempat mengambil sebuah topi dan letak di atas kepala Fang. Ochobot melihat Fang kelihatan seperti orang lain, dengan baju dia yang begitu besar, seluar pendek dan topi terbalik seperti Boboiboy
"Hehehe.. comel pula kau"
"Diamlah!" Ochobot tidak berhenti ketawa, Fang hanya hiraukan sahaja gelakan dari Ochobot. Mereka teruskan perjalanan mereka ke bandar. Di bandar, terdapat pelbagai jenis alien yang ada, ada yang seperti manusia, ada juga terdapat kepala kotak dan bermacam-macam lagi. Fang dan Ochobot teruskan mencari, sambil itu, mata dia asyik melihat makanan yang jual di planet itu. Dia masih lagi ingat, ketika itu, dia meminta abang dia tolong belikan kerana dia sudah lapar tetapi abang dia kata
"TAK BOLEH! KITA KE SINI UNTUK MISI BUKAN UNTUK MAKAN!" itulah kata-kata abang dia ketika itu. Fang terdengar jeritan abang dia yang tidak jauh dari situ. Dia nampak abang dia sedang memarahi diri dia yang kecil itu. Fang pada ketika itu sedikit lagi hendak menangis tetapi dia menahan air matanya, dia takut abang dia akan memarahi dia lagi
"Pang, kau duduk dekat sini. Jangan nak pergi mana-mana! Kalau ada orang cuba untuk kacau kau, gunakan kuasa penembus kau" Fang yang sudah besar nampak diri dia duduk di sebuah bangku dengan muka sedih dia. Abang dia tidak membenarkan dia ikut, jadi dia terpaksa duduk di situ keseorangan sambil melihat orang ramai yang sedang lalu lalang di situ. Fang masih ingat lagi, ada seorang budak lelaki memberikan dia sedikit makanan, kerana dia tahu dia sedang kelaparan. Fang tunggu dan melihat diri dia duduk di situ, dia tunggu budak lelaki
"Fang, kenapa kita duduk di sini sahaja? bukan ke kita sepatutnya ikut abang kau"
"Nantilah Ochobot, aku nak tengok budak lelaki mana yang bagi aku makanan pada waktu itu"
"Tapi.. abang kau macam mana?" tanya Ochobot. Fang hanya senyap sahaja, dia tidak alihkan pandangan dia dari diri dia yang kecil itu tetapi bila difikirkan balik, budak lelaki yang berikan dia makanan, budak lelaki itu seperti dia. Tanpa membuang masa, dia secara senyap-senyap mengambil makanan itu yang terdapat di gerai kecil itu, dia menyuruh Ochobot tunggu di situ sementara dia berikan makanan itu kepada diri dia
"Nah, adik ambil lah makanan ini" kata Fang kepada diri yang sedang kelaparan itu
"Tapi, itu makanan abang" Fang mengambil tangan dirinya yang kecil dan letakkan makanan berbentuk seperti buah oren itu ke atas tapak tangan dirinya "Makananlah, abang tahu adik sedang kelaparan" Fang yang kecil menangis, dia mencubit sedikit makanan itu dan lalu masuk ke dalam mulutnya. Fang yang sudah besar, dia masih ingat lagi bagaimana rasa makanan tersebut "Sedap?"
"Sedap! Terima kasih abang" kata dia
"Adik makan elok-elok" kata Fang kepada diri dia. Fang terus kembali ke gerai tersebut dan peluk Ochobot. Dia terus bergerak untuk mencari abang dia. Mereka mencari dari satu kedai ke satu kedai, tetapi gagal. Mereka duduk di tepi sebuah kedai makanan kerana sudah penat mencari abang dia
"Itulah kau, sekarang kita sudah tidak tahu mana abang kau pergi"
"Ala, nanti kita terserempak dia dengan balik. Bukannya besar pun bandar nie" kata Fang yang duduk bersandar di tepi dinding kedai
"MANA KAU DEVON!" Fang terkejut dengan jeritan abang dia. Dia mencari-cari suara garang itu tetapi orang-orang di bandar itu begitu ramai, sampai dia tidak dapat mencari suara abang dia datang dari arah mana
"LAHAP! DEVON SUDAH MENGAMBIL SHPERA KUASA ITU! KITA KENA MENJEJAKI DIA!" Fang masih lagi mencari-cari suara abang dia tetapi dia hanya nampak Devon sedang cuba lari daripada abang dia. Dia sedang memeluk sebuah sphera kuasa. Fang mengambil Ochobot dan peluk dia. Dia perlu mengejar Devon untuk selamatkan sphera kuasa itu
"FANG! kenapa kau perlu kejar dia pula? nanti kau akan mengubah sejarah kita semua" kata Ochobot
"Aku tahu.. tetapi aku tidak benarkan dia lari daripada abang aku" kata Fang "LARIAN BAYANG!" dia memecut sepintas kilat untuk menangkap Devon, dia sudah hampir berada di belakang Devon dan lalu dia melompat ke atas Devon. Mereka terjatuh di atas jalan, dan Sphera kuasa tersebut terlepas dari tangan Devon, begitu juga dengan Ochobot
"ITU DIA KAPTEN!" Fang terdengar suara Lahap, dia cepat-cepat bangun dari situ dan pergi mengambil Ochobot. Mereka pergi sorok di belakang sebuah gerai kecil dan melihat Lahap sedang pegang kedua belah tangan Devon "SINI KAPTEN!" Kaizo muncul dengan pedang tenaga dia tetapi, keadaan menjadi huru hara kerana kedatang lohong hitam
"CEPAT FANG! KITA KENA MASUK BALIK KE DALAM LOHONG HITAM ITU" Fang tanpa berkata apa, dia peluk Ochobot dan lompat masuk ke dalam lohong hitam itu. Lohong hitam itu terus lesap. Devon pula berjaya melepaskan diri daripada Lahap dan Kaizo
---------------------------------------------------
"Akak Lynna, bangun!"
"Lynna.. Lynna.. bangun!"
"Hmmm..." Lynna membuka matanya secara pelahan-lahan "Aku berada di mana?"
"Tak tahulah akak Lynna tapi kita bukan berada di planet bumi lagi" kata Yaya. Lynna terduduk bangun dan nampak dia berada di kawasan bandar yang sunyi, dia melihat sekeliling dia. Tiada orang, tiada lampu yang terpasang di kedai-kedai, hanya sunyi sahaja. Tok Aba dan Yaya berasa lega melihat Lynna sudah bangun
"Syukur kamu sudah sedarkan diri, risau atuk melihat kamu tadi"
"Maaf atok sebab saya buat atok risau" kata Lynna. Mereka bertiga bangun dan memeriksa bandar tersebut. Lynna cuba untuk melihat di dalam kedai-kedai tersebut tetapi semuanya kosong, seperti bandar itu menjadi bandar terbiar. Tiada apa pun yang tertinggal di bandar itu, mereka berjalan lagi sehinggalah Lynna terdengar beberapa tapak kaki sedang menuju ke arah mereka. Lynna menyuruh Tok Aba dan Yaya sorok di tepi kedai, manakala dia pergi mengintai siapa yang sedang berjalan itu
"Huh! Kaizo?" bisik Lynna. Kaizo sedang berjalan dengan Lahap, dia lalu di tepi tempat persembunyian Lynna, Tok Aba dan Yaya. Kaizo tidak sedar dengan kehadiran mereka bertiga, dia hanya terus sahaja berjalan. Lynna suruh mereka tunggu di situ dan dia pergi menyiasat
"Yaya, jika ada serangan terhadap kamu, selamatkan diri kamu dan juga Tok Aba. Akak nak pergi siasat sekejap, nanti akak akan datang balik"
"Hati-hati kak Lynna" Lynna hanya berikan senyuman sahaja kepada Yaya. Dia terus keluar dari tepi lorong kedai itu, dia pelahan-pelahan berjalan di tepi kedai-kedai tersebut. Setiap kali Kaizo pandang kebelakang, dia cepat-cepat sembunyikan diri di sebalik tepi kedai. Kedai-kedai di situ semuanya berada jarak yang agak sempit tetapi muat untuk sembunyikan diri
Lynna melihat Kaizo berhenti bersama Lahap, dia juga nampak Devon berada di hadapan Kaizo
"Kaizo, aku sudah jumpa sphera kuasa yang terbaru"
"Dekat mana Devon?"
"Mengikut alat yang aku cipta nie, sphera kuasa itu berada di dalam kedai ini. Kau nak masuk dulu atau aku?" kata Devon. Lynna berasa hairan, adakah dulu Kaizo dan Devon adalah kawan baik? tetapi bagaimana mereka boleh menjadi musuh?
"Biar aku yang masuk dulu, kau tunggu di luar" kata Kaizo. Lynna tidak dapat melihat kerana dia tidak mahu mereka mengetahui yang dia ada di situ, kalau tidak, mesti dia kena berlawan dengan Kaizo atau sejarah mereka mungkin juga akan berubah. Jadi dia hanya dapat mendengar perbualan mereka sahaja
"KAU SUDAH JUMPA SPHERA KUASA ITU?" Lynna terdengar jeritan dari Devon
"LAHAP! TOLONG AKU!" kata Kaizo yang sedang menjerit itu
"SPHERA KUASA INI AGAK DEGIL!" Lynna terdengar lagi jeritan dari Kaizo "LAHAP! HALANG DIA! DIA CUBA MELEPASKAN DIRI!"
"JANGAN! JANGAN TANGKAP AKU!" kata sebuah suara robot yang merayu-rayu supaya diri dia tidak di tangkap oleh mereka
"Jangan risau, kami hanya datang ke sini untuk selamatkan kau" kata Lahap
"Selamatkan aku? dari siapa?"
"Dari orang-orang jahat, percayalah kata-kata aku" kata Lahap lagi
"Korang nie siapa sebenarnya?" tanya suara robot itu
"Aku adalah Kapten Kaizo, dan ini Leftenan Lahap dan ini pula kawan baik aku, dia lah yang dapat mengesan kesemua sphera kuasa yang ada di galaxy ini. Kami cuma untuk pastikan sphera kuasa tidak jatuh ke atas tangan yang salah. Kuasa-kuasa aku akan bagikan kepada kawan-kawan aku, dengan kuasa yang kau ada, kami dapat mengalahkan Borara"
"Kalahkan Borara? bukan ke misi kita untuk memiliki kesemua sphera kuasa yang ada di galaxy ini"
"Kenapa kau fikirkan begitu pula, aku sudah beberapa kali beritahu kau, kuasa-kuasa kita semua ini untuk kalahkan Borara dan geng tengkotak dia!"
"Aku fikir begitu kerana aku juga ingin memiliki kuasa seperti kau. Aku ingatkan dengan kuasa-kuasa ini semua, kita dapat menakluki seluruh galaxy!"
"Kau silap Devon, itu bukan misi aku yang sebenarnya, aku hanya ingin melindungi sphera kuasa sahaja"
"Maaf Kaizo, nampaknya kita mempunyai misi yang berlainan.. aku dari dahulu lagi hanya menjadi orang suruhan kau sahaja, aku hanya duduk di tepi dan melihat kau pergi menyelamatkan sphera kuasa, aku tunggu kau berikan kuasa kepada aku tetapi satu kuasa pun aku tidak dapat. AKU KAWAN BAIK KAU! KENAPA KAU BUAT AKU BEGINI!"
"Sebab kau mempunyai kepandaian yang terlampau, kau boleh cipta apa sahaja yang kau mahu! sebab itu aku tidak berikan jam kuasa kepada kau"
"Kau silap Kaizo, aku juga ingin menjadi kuasa seperti, aku juga menjadi kapten seperti kau! Kau sudah lupa, aku yang jumpa kau ketika kau dalam kesusahan dan aku tolong kau! aku yang temukan kau dengan Lahap! Ini balasan yang aku dapat!"
"Tak, aku tak kan lupakan itu semua Devon tapi itu yang kau inginkan, maafkan aku Devon. Kau dan aku mempunyai misi yang berlainan, kalau kau nak sangat kuasa, kau cari sahaja sphera kuasa yang lain tetapi ingat, aku boleh sahaja halang kau" Lynna boleh terdengar sedikit kekecewaan di nada suara Kaizo
"Baiklah Kaizo, sampai di sini sahaja persahabatan kita Kaizo" kata Devon "Tapi kau jangan ingat kau dapat kalahkan aku, aku akan menjadi lebih kuat daripada kau! Kau tunggu dan lihat sahaja nanti!" Bandar itu menjadi sunyi balik, Lynna hanya duduk diam sahaja
"Kau tetap kawan baik aku Devon" itu yang Lynna dengar sebelum Yaya datang memanggil dia
"KAK LYNNA!"
"Kenapa?"
"Lohong hitam itu datang balik! CEPAT!" Lynna terpaksa tinggalkan tempat itu. Dia nampak Kaizo dan Lahap tersedar dengan kehadiran mereka. Lynna berlari dengan cepat, dia sempat keluarkan api ungunya dan lontarkan di atas jalan untuk menghalang Kaizo dan Lahap mengejar mereka. Lynna dan Yaya nampak lohong hitam itu berada tidak jauh dari mereka
"CEPAT YAYA! CEPAT LYNNA! CEPAT! SEBELUM IA HILANG BALIK!" kata Tok Aba
"ATUK MASUK DULU! CEPAT!" Menjerit Lynna
"TAPI KAMU BERDUA?" Lynna dan Yaya terpaksa melompat dan menolak Tok Aba ke dalam lohong tersebut. Mereka juga masuk ke dalam lohong hitam itu. Kaizo dan Lahap tidak sempat untuk menangkap Lynna dan Yaya kerana lohong hitam itu sudah hilang dari pandangan mereka berdua
"Siapa perempuan tadi itu?" tanya Kaizo
--------------------------------------
"AAAAAA!" Fang menjerit kerana dia tercampak keluar bersama dengan Ochobot dan lagi sekali Ochobot terjatuh di atas kepala Fang "Adoi! sakit kepala aku!"
"Maaf Fang, aku tidak sengaja" Ochobot tergelak sedikit
"Eh, kita sudah kembali ke waktu asal kita" Fang bangun dari tempat dia terjatuh tadi. Dia mencari kawan-kawan dia dan juga abang dia. Mereka semua tiada di situ
"Syabas, kamu menjadi orang pertama untuk kembali ke sini" Fang menoleh kebelakang dan nampak Devon berdiri bersama dengan adiknya, Robin. Dia memberikan senyuman sinis kepada Fang
"KAU!" Fang begitu marah kepada mereka berdua "MANA ABANG AKU! MANA KAWAN-KAWAN AKU!"
"Jangan risau Fang, tentu mereka semua selamat" kata Robin "Apa kata kita bermain dulu sebelum mereka semua sampai! KUASA MINDA!" Terus kepala Fang menjadi berat dan sakit, dia menjerit kesakitan "HAHAHA! TIADA SIAPA DAPAT SELAMATKAN KAU! AKU AKAN HAPUSKAN KAU! DAN JAM KUASA KAU AKAN MENJADI MILIK AKU!"
"LEPASKAN FANG!" Robin nampak Lynna muncul di bebola api dia. Lynna baling bebola api itu ke arah Robin
Robin cuba untuk sakitkan kepala Lynna tetapi dia dihalang oleh Ying "PELAHANKAN MASA!" Robin tidak dapat bergerak dengan normal, dia menjadi pelahan, Devon begitu marah dengan mereka "NAMPAKNYA KAMU SEMUA TIDAK SERIK LAGI! AKU AKAN BAWA RATU LILY DAN ASKAR-ASKAR DIA KE SINI!" Devon menggunakan kuasanya
"TOLAKAN TENAGA!" Devon dan juga Robin terpelanting dan terkena di atas bumbung kedai Tok Aba. Kaizo melompat dan dia menyerang mereka berdua dengan pedang tenaga dia. Manakala Fang pula merampas jam kuasa mereka dengan kuasa bayang dia
"JARI JEMARI BAYANG!"
"Jam kuasa aku!" Robin cuba mencapai jam kuasa dia tetapi dia terlewat, Kaizo melibas pedang tenaga dia dan terkena bahagian dada Robin. Devon sempat mengelak dan jatuh di tepi kedai tersebut "ADIKKKK!" Devon tidak nampak adiknya kerana dia masih lagi berada di atas bumbung bersama dengan Kaizo
"APA KAU SUDAH BUAT DEKAT ADIK AKU!"
Kaizo hanya senyap sahaja, dia simpan pedang tenaga dia dan mengangkat Robin yang masih lagi bernafas. Kesan luka di dadanya amat parah. Dia melompat dan mendarat di hadapan Devon "Baik kau berhenti sahaja dengan misi gila kau" kata Kaizo
"Tak, aku tak berhenti selagi misi aku tidak tercapai" Dia keluarkan sebuah pistol dari poket seluarnya dan lalu mengacu ke arah Fang yang tiada lagi kesakitan di kepalanya "Baik kau serah sahaja jam kuasa kau sebelum aku tembak adik kau"
"Kau sudah gila Devon! Adik kau sedang cedera parah, kau masih fikirkan tentang misi kau!"
"Kau ingat aku tak boleh selamatkan adik aku, aku adalah alien paling genius di galaxy ini! aku boleh sahaja hidupkan adik aku balik walaupun dia sudah mati" Devon tergelak besar di situ. Kaizo tidak sangka kawan baik dia sudah menjadi gila selepas sahaja mereka memutuskan persahabatan mereka berdua "Selamat tinggal Fang" Devon tekan pistol itu ke arah Fang
"TOLAKAN TENAGA! GARI TENAGA!"
Peluru itu begitu cepat sekali sehingga tidak dapat dihalang oleh Kaizo. Semuanya berlaku begitu pantas, Kaizo berjaya mengarikan Devon, dan peluru itu hampir terkena Fang tetapi Rizu tercampak dari lohong hitam dan dia terjatuh ke atas Fang. Peluru itu terkena di bahagian tepi Rizu
"RIZUUUUUU!" Yaya, Ying, Lynna dan juga Tok Aba berlari ke arah Fang dan Rizu. Boboiboy orang terakhir muncul di situ tapi mana Gopal? "Rizu! bangun! jangan tinggalkan kami" Yaya dan Ying menangis melihat Rizu yang terkena tembakan tadi
Kaizo terpaksa uruskan Devon dan Robin seorang diri "Kau! apa kau sudah buat! Kalau budak itu mati, aku tidak akan maafkan kau!"
"Jangan nak salahkan aku, kau begitu degil tidak mendengar kata-kata aku. Jikalau kau serah sahaja jam kuasa kau, sudah tentu tiada siapa yang tercedera" Devon tergelak sinis
"Tapi adik kau juga yang cedera" Kaizo tunjuk adiknya yang semakin lemah itu "Ini semua sebab kerja gila kau! Aku akan lepaskan kau untuk selamatkan adik kau tetapi kalau kau lari, aku akan mencari kau sampai jumpa" Kaizo hilangkan gari tenaga itu. Devon berlari ke arah adik dia
"Jangan risau adik, abang akan tamatkan kesemua ini" kata Devon, dia ada satu lagi senjata untuk bunuh Kaizo. Dia keluarkan pedang yang dia cipta sendiri, dia bangun dan lalu dia menyerang Kaizo
"KAPTEN KAIZO!" Kaizo terdengar jeritan dari Boboiboy "HATI-HATI!" Kaizo menoleh kebelakang dan nampak Devon sedang menyerang dia, Kaizo mengeluarkan pedang tenaga dia dan menghalang pedang Devon terkena diri dia. Kaizo menolak pedang Devon dengan segala kekuatan dia yang ada, dia menghayun pedang tenaga dia tetapi Devon sempat melompat begitu tinggi. Kaizo juga melompat untuk menyerang dia dari atas, dia mengangkat pedang tenaga dia dan lalu dia berikan tetakan kepada Devon tetapi Devon menghalang serangan Kaizo
"KAU AKAN KALAH KAIZO!" Devon melompat dan mendarat di atas bumbung kedai Tok Aba
"AKU BUKAN MUDAH UNTUK DIKALAHKAN!" Kaizo menyerang dari bahagian atas dan terus ke arah Devon yang masih lagi di atas bumbung kedai. Dia melibas pedang tenaga dia dan terkena di bahu Devon
Devon terjatuh sedikit tetapi dia bangkit dan mengacukan pedang dia kearah Kaizo tetapi Kaizo sedang mengelak. Kaizo melompat dan mendarat di atas rumput taman, Devon juga melompat dan menyerang Kaizo dari atas. Kaizo mengacu pedang tenaga dia ke arah dada Devon dan teruk menusuk masuk ke dalam dada dia. Kaizo berjaya membunuh Devon. Hati dia terasa sedih kerana dia terpaksa membunuh kawan baik dia sendiri. Devon mati di situ juga, Kaizo terduduk di sebelah kawan baik dia "Maafkan aku Devon, aku terpaksa bunuh kau. Kalaulah aku dapat mengubah masa silam kita, aku akan mengubah persahabatan kita, aku akan selamatkan diri kau daripada kegilaan kau, Devon" Kaizo menahan air matanya, dia tidak mahu menangis di depan kawan baik dia. Kaizo melihat kebelakang, mereka semua masih lagi berkumpul di depan Rizu
"Rizu" Fang menangis di dada Rizu "Rizu, jangan tinggalkan abang Fang.. jangan tinggalkan kami semua!" Fang tidak mahu melepaskan Rizu, dia memeluk Rizu "Abang mengaku Rizu lebih matang daripada abang. Rizu mengajar abang segala-galanya tentang kehidupan ini"
"Tapi... " Ying teringat lagi tentang dia dan Kaizo berada di masa hadapan mereka. Dia nampak Rizu masih lagi hidup tetapi kenapa sekarang terbalik pula? Dia melihat semua kawan-kawan dia, mereka semua sedang menangis. Eh kejap, mana Gopal? fikir Ying
"Rizu, terima kasih kerana hadir di dalam hidup kami semua" Fang mengelap air matanya
"Abang Fang" Fang terkejut tetapi pada masa yang sama, dia gembira kerana Rizu masih hidup lagi "Abang Fang jangan sedih, Pizu masih ada lagi di sini" suara Rizu agak lemah, dia perlukan rawatan dengan segera. Jadi mereka semue pergi hantar Rizu ke hospital, manakala Robin pula, dihantar ke hospital yang ada di planet lain tetapi dia akan di masukkan ke dalam rumah sakit alien gila. Dia turut sedih dengan kematian abang dia tetapi hati dia masih lagi dendam dengan Kaizo dan Fang
"Aku akan balas dendam demi abang aku"
-----------------------------------------------
Eh kejap, apa jadi dengan Gopal? Ceritanya begini. Gopal telah dihantar ke masa depan, dia tercampak di Kuala Lumpur. Dia dengan mata bersinarnya, dia nampak kesemua makanan yang sedap, dan terus dia makan dan hiraukan tentang lohong hitam tersebut sehinggalah Kaizo terpaksa pergi mengambil dia. Gopal kena heret dengan Kaizo untuk pulang ke masa asal mereka. Begitulah cerita Gopal
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com