Misi Kaizo dan Lynna
Rizu sedang memerhatikan Emmy sedang betulkan robot tangan ciptaan Emmy. Dia rasa sangat teruja untuk melihat apa yang robot tangan itu boleh buat. Anak-anak kucing milik Rizu, iaitu Donut, Lobak dan Merah sedang bermain-main di sekitar halaman rumah Emmy. Mereka telah diberikan air minuman untuk bolehkan bercakap. Rizu dan Emmy tergelak melihat gelagat-gelagat anak-anak kucing itu
"Bestnya jadi anak kucing, tak perlu bimbang pasal hal-hal di sekeliling kita. Kalau Pizu jadi haiwan macam jadi anak beruang, mesti Pizu dapat bermain dengan dia orang sekali"
"Tapi Rizu nak ke jadi haiwan sekarang ni?" tanya Emmy sambil ketatkan skru di tangan robot itu
"Hmm... tak kot sebab nanti Pizu jadi haiwan sorang-sorang. Tak seronok. Macam hari tu, abang Fang, abang Paizo, abang Gopal, kakak Yaya, kakak Ying dan kakak Lily jadi haiwan, semuanya haiwan comel! Pizu suka tengok haiwan!" Lobak terus melompat ke atas kepala Rizu "Lobak nak apa?" tanya Rizu
"Nak tengok cik Emmy buat apa" kata Lobak sambil lompat turun dari kepala Rizu
"Emmy tengah betulkan robot tangan ni! dan IANYA SUDAH PUN SIAP!"
"YEAHHHHH!" Menjerit Rizu dan Lobak
"Robot tangan?" muncul Kaizo di kawasan halaman rumah Emmy. Dia mengusap-usap dagunya sambil melihat sebuah kotak besi dan atasnya ada sebuah robot tangan mirip seperti tangan betul manusia "Apa kegunaan robot tangan ini?"
"Ohhh! Macam-macam abang beruang" Berkerut-kerut dahi Kaizo apabila Emmy panggil dia abang beruang "Kalau abang beruang nak test pun boleh, kita arm wrestling dengan robot ni!"
"WOAHHHHH! Best tu! Abang Paizo buatlah!" Rizu bertepuk-tepuk tangan sambil melompat-lompat sebab terlampau teruja sangat. Donat, Lobak dan Merah berkumpul di tepi Rizu untuk menyaksikan Kaizo berlawan tangan dengan robot tangan itu "Abang Paizo, cepatlah!" Kaizo duduk bersila dan hulurkan tangannya kearah robot tangan itu
"Ini mesti menjadi perlawanan yang terhebat" kata Emmy. Robot tangan itu menggenggam tangan Kaizo seerat-eratnya dan mereka sudah bersiap bersedia untuk berlawan tangan "KITA MULAKAN SEKARANG!" Jerit Emmy dengan gembiranya tetapi tidak sampai 1 saat, Kaizo sudah pun kalahkan robot tangan itu. Habis hancur robot tangan itu sebab hentakkan dari Kaizo begitu kuat sekali. Mata Emmy, Rizu, Donut, Lobak dan Merah terkebil-kebil kerana terkejut dengan kekuatan Kaizo
"Hmm.. lemah, memang begitu lemah" kata Kaizo dengan nada serius dia "Robot tangan kamu ni memang lemah ke?"
"Hmmm.. mana ada abang beruang, selalunya dia angkat barang-barang berat, ok sahaja tapi mungkin abang beruang lebih kuat daripada robot tangan ni kot. Abang beruang kan selalu pergi latihan tempur"
"Hmm.. betul kata kau tapi lain kali, cipta sebuah robot yang sama kuat dengan aku. Bolehlah aku berlawan dengan robot itu nanti" kata Kaizo. Mata Emmy terus bersinar-sinar, dia bertambah semangat lagi untuk mencipta sebuah robot yang sama kuat dengan Kaizo
"Baiklah abang beruang!" Emmy tersenyum lebar kepada Kaizo dan dia ternampak seseorang di pintu pagar rumah dia "EH! PUTERI ANGSA DATANGLAH!"
"Puteri angsa?" Kaizo rasa pelik dan lalu dia menoleh kebelakang kerana Rizu dan Emmy berlari ke arah orang itu. Dia nampak Lynna sedang melambai-lambai ke arah dua budak bercermin mata itu "Lynna rupanya" Kaizo bangun dari tempat dia bersila tadi dan terus menuju ke arah Lynna
"Kakak Lynna baru sampai?" tanya Rizu
"Ha ah, akak ada bawa sesuatu untuk Rizu" Lalu Lynna keluarkan sebuah anak patung kucing berwarna putih "Nah, akak hari itu janji nak berikan kepada Rizu kan" Dia berikan anak patung itu Rizu dan terus Rizu mencapai anak patung itu dan lalu peluk
"Terima kasih kakak Lynna. Lembutlah bulu tiruan dia" Lynna tersenyum melihat gelagat comel Rizu "Apa Rizu buat dekat sini?"
"Tadi lepas habis sekolah, Emmy ajak Pizu pergi ke rumah dia sebab dia nak tunjukkan Pizu sesuatu. Rumah Pizu dekat dengan rumah rumah kakak Emmy, jadi Pizu bawaklah donut, lobak dan merah sekali datang ke sini. Kakak Emmy bagi dia orang minum untuk bolehkan dia orang bercakap. Sementara dia orang main-main, kakak Emmy betulkan robot tangan tadi tapi robot tangan tu dah musnah sebab abang Paizo lawan tangan dengan robot tu. Abang Paizo kata robot tangan tu lemah, tak kuat tapi kakak Emmy kata robot tangan tu kuat tapi mungkin abang Paizo ada kekuatan luar biasa macam kakak Lynna!" Lynna mengusap-usap kepala Rizu
"Akak mana ada kekuatan luar biasa"
"Tapi kakak Lynna kan pandai lawan-lawan macam abang Paizo. Kalau boleh, Pizu nak jadi kuat macam abang Paizo, kakak Lynna dan juga ABANG FANGGGG!" Rizu melompat-lompat kegembiraan
"Puteri angsa pun ada kekuatan luar biasa juga ke? Emmy ada lagi satu robot tangan, bolehlah puteri angsa arm wrestling dengan robot tu" Lynna tergelak sedikit apabila diri dia dipanggil Puteri Angsa. Emmy menarik tangan Lynna untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Kaizo, Rizu dan tiga anak kucing ikut mereka masuk ke dalam rumah. Emmy membawa mereka ke sebuah makmal yang begitu luas dan besar. Lynna sangat kagum dengan semua ciptaan Emmy
"Makin lama, makin banyak pulak ciptaan si Emmy ni" kata Kaizo yang kini berjalan di sebelah Lynna
"Mesti setiap hari dia dapat idea banyak dan terus dia cipta tapi aku sangat kagum dengan kebolehan dia. Umur dia masih muda tapi akal dia memang super genius. Agaknya, siapa ibubapa dia dulu. Macam mana dia orang boleh kehilangan mereka?"
"Hmm.. aku pun tak tahu" kata Kaizo
"Pizu pun tak tahu juga. Kakak Emmy tak pernah nak cerita dekat Pizu tapi Pizu selalu nampak kakak Emmy pegang anak patung arnab warna biru. Itu masa dia keseorangan, kalau masa Probe atau Pizu ada, arnab biru tu dia simpan elok-elok dekat dalam bilk dia" muncul Rizu di sebelah Lynna sebelah lagi
"Probe pun selalu datang ke sini jugak ke?" tanya Lynna kepada Rizu
"Ha ah" Rizu pegang tangan Lynna dan lalu menggenggamkannya "Kakak Emmy tu suka main dengan Probe"
"Entah-entah si robot badut tu nak ambil maklumat tentang ciptaan si Emmy"
"Kaizo, tak baik tuduh Probe begitu. Aku tahu dia bekerja dengan Adudu tapi mungkin niat dia lain. Mungkin dia hanya mahu bermain dengan Emmy sahaja"
"Hmm.. yelah, aku takkan tuduh si robot badut tu" Kaizo terus bermasam muka dengan Lynna. Emmy muncul balik dengan robot tangan yang baru. Dia letakkan robot tangan itu di atas meja dan menyuruh Lynna duduk di hadapan robot tangan itu "Kau boleh ke kalahkan robot tu?" tanya Kaizo
"Jangan pandang rendah dengan kekuatan aku" Lynna tersenyum sinis kepada Kaizo sambil menggenggam tangan robot itu
"KITA MULAKAN SEKARANG!" Kata Emmy dengan hati yang berdebar-debar tetapi keputusan dia, tetap sama dengan Kaizo tadi. Hancur robot tangan itu kerana dikalahkan oleh Lynna sendiri "WOAHHH! Puteri angsa hebat! kekuatan yang luar biasa seperti abang beruang" Emmy tepuk tangan dan Rizu angguk kepala
"CIK LYNNA HEBATT!" kata anak-anak kucing Rizu. Kaizo hanya mengangkat kening sebelah dan dia tersenyum sedikit sebab bangga dengan kekuatan luar biasa Lynna seperti diri dia juga
"Kakak Lynna dasyat!" Rizu peluk Lynna "Nanti kakak Lynna ajar Pizu jadi kuat macam kakak Lynna!"
"Ok Rizu tapi Rizu kena belajar bersungguh-sungguh tau! Jangan separuh hati aje belajar"
"Pizu akan dengar cakap kakak Lynna! Sayang kakak Lynna!" Rizu tidak mahu lepaskan pelukan dia. Dia hanya mahu bermanja dengan Lynna seperti abang kesayangan dia iaitu Fang. Lynna hanya tergelak sedikit
"Hmmm... virus adik aku sudah menular ke Rizu" kata Kaizo
"Takpelah, dia pun nak bermanja juga" Lynna belai kepala Rizu "Betul tak Rizu?"
"Betul tu!"
"Cemburunya Emmy tengok korang. Emmy sudah lama tidak bermanja dengan sesiapa" kata Emmy dengan perasaan sedih dia tetapi dia masih lagi tersenyum. Dia tidak mahu tunjukkan kelemahan dia atau air mata dia
"Emmy kalau ada masalah, ceritalah dekat kami" kata Lynna. Rizu lepaskan Lynna dan terus Lynna bangun. Dia pergi ke arah Emmy dan lalu peluk dan belai kepala Emmy "Emmy rindukan keluarga Emmy yea"
"Ha ah, Emmy selama ini hidup seorang sahaja. Yang menjadi peneman Emmy ialah anak patung arnab Emmy" Lynna boleh dengar tangisan Emmy. Kaizo rasa kasihan melihat Emmy, dia tahu perasaan itu. Semalam baru sahaja dia dan adik dia pergi menziarahi kubur ibubapa mereka yang ada di planet lain "Sebenarnya, Emmy datang ke sini untuk mencari seseorang"
"Siapa?" tanya Lynna. Lalu Emmy lepaskan pelukan Lynna dan dia membawa Lynna ke sesuatu tempat yang dia tidak pernah tunjuk kepada sesiapa, termasuklah Probe. Kaizo dan Rizu ikut mereka berdua. Emmy membawa mereka semua ke sebuah bilik yang dikawal rapat oleh teknologi tinggi yang dicipta khas oleh Emmy sendiri. Dia menekan beberapa butang yang ada di tepi pintu bilik itu dan lalu pintu itu terbuka. Mereka semua masuk ke dalam bilik rahsia itu. Di dalam tengah-tengah bilik itu terdapat satu serpihan batu permata kecil. Ia di lindungi oleh sebuah kotak kaca yang tidak boleh ditembus oleh musuh ataupun mana-mana senjata yang berteknologi tinggi
"Batu apakah itu?" tanya Kaizo. Mereka datang dekat dengan batu permata itu untuk melihat lebih jelas. Tiba-tiba sahaja batu itu bercahaya ungu
"Eh, kenapa batu itu bercahaya?" Emmy melihat serpihan batu permata itu dan lalu dia melihat Kaizo, Lynna dan Rizu "Tak mungkin... tak mungkin salah seorang daripada mereka adalah orang yang Emmy cari selama ini tapi siapa?" bisik Emmy. Lynna terdengar bisikan Emmy tadi
"Emmy.. kenapa Emmy perlu mencari orang itu?" tanya Lynna tetapi Emmy hanya berdiam diri sahaja kerana dia sedang berfikir. Siapakah orang itu, dia rasa bukan Rizu kerana Rizu tidak mempunyai kuasa. Mungkin salah satu daripada mereka berdua, iaitu abang beruang dan puteri angsa, kata dihati Emmy "Emmy?" Lynna memanggil dia. Lynna datang dekat kepada Emmy dan terus batu permata itu mengeluarkan cahaya ungu yang menyinari bilik rahsia itu begitu kuat sekali. Mereka semua terkejut dengan tindakan serpihan batu permata itu dan mata Emmy menjadi bulat besar apabila melihat Lynna
"Puteri angsa adalah puteri galaxy yang Emmy cari selama ini"
"Puteri galaxy? Apa Emmy katakan ini? Tak faham akak"
"Emmy, beritahu kami. Siapa diri kau sebenarnya?" tanya Kaizo dengan muka serius dia
Emmy menghela nafas dan lalu berkata "Keluarga Emmy sebenarnya adalah merupakan generasi pemegang teknologi asing dari angkasa lepas. Ibubapa Emmy memang kaji tentang kehidupan dan juga teknologi makhluk asing yang ada di angkasa lepas. Mereka juga adalah seorang pencipta seperti diri Emmy juga tapi kami bukan alien. Kami hanya manusia biasa sahaja. Ibubapa Emmy juga pernah terbang ke angkasa lepas dan terjumpa serpihan batu permata itu dan mereka membawa pulang ke bumi untuk mengkaji batu permata itu tetapi malangnya, ada alien datang ke bumi untuk mendapatkan batu permata itu kerana batu permata itu dapat mengaktif sebuah senjata yang amat berbahaya. Ibubapa Emmy dan juga adik Emmy terkorban dalam melindungi batu permata itu. Sekarang Emmy tinggal seorang sahaja. Ayah Emmy ada tinggalkan sebuah diary untuk Emmy. Dalam buku tu, ada ceritakan tentang batu permata itu. Dia menyuruh Emmy berikan batu permata itu kepada seseorang yang layak melindungi batu permata itu dari dirampas oleh alien-alien lain. Jikalau batu permata itu bercahaya, maknanya orang itu ada di sini dan orang itu adalah kak Lynna. Puteri galaxy yang Emmy mencari selama ini. Kak Lynna adalah protector batu permata itu"
"Akak puteri galaxy? Melindungi batu permata ini" Emmy angguk
"Jadi, apa yang kau akan lakukan setelah kau jumpa kak Lynna?" tanya Kaizo
"Emmy nak puteri galaxy melindungi batu permata dengan baik" Emmy menekan satu butang untuk membuka kotak kaca itu
"Akhirnya, aku jumpa pun kau" Emmy terkejut dan terus pandang ke pintu bilik itu. Kaizo dan Lynna mengambil Rizu dan terus sorokkan Rizu di belakang mereka berdua. Emmy juga turut sorok di belakang mereka berdua. Dia menjadi takut tetapi dia percaya Kaizo dan Lynna dapatkan kalahkan alien yang bunuh ibubapa dia dan juga adik dia pada suatu ketika dahulu
"Siapa kamu?" tanya Kaizo
"Aku bukan musuh kau, Kaizo. Aku tahu kau tidak mengenali diri aku tetapi aku tahu tentang diri kau" Kaizo terkejut tapi dia tahu, diri dia memang amat terkenal di galaxy kerana dia adalah pahlawan yang terkuat di seluruh galaxy. Bukan sahaja kuat tapi sikap dia yang begitu garang, tegas, ganas dan juga sadis, turut membuatkan alien lain takut untuk berhadapan dengan dia "Aku sudah lama perhatikan kau tapi itu bukan maklamat aku. Maklamat aku untuk dapatkan budak kecik itu dan juga batu permata itu"
"Apa yang kau inginkan dari dia?" suara Lynna bertukar menjadi marah
"Dia mempunyai kebolehan untuk mencipta sesuatu alat yang lebih hebat daripada alien lain, termasuklah alien kepala kotak tu, si Adudu. Aku perlukan dia dan batu permata itu untuk mencipta sejenis senjata yang dapat musnahkan seluruh planet termasuklah planet bumi ini! Hahahahaa! Jika kamu mahu planet ini selamat, bagi kau serahkan dia" kata alien yang bernama Giga
"Aku tak kan serahkan dia kepada kau. Demi keselamatan planet ini dan juga planet lain, aku akan melindungi kesemuanya" Aura-aura berwarna ungu keluar dari tubuh badan Lynna. Kuasa api ungu Lynna keluar di kedua belah tangannya "Aku akan hapuskan kau"
"Patutlah batu permata itu memilih kau. Kau mempunyai kuasa rupanya" Giga tergelak sinis "Tapi jangan ingat kuasa kau dapat hapuskan aku" Giga angkat tangan robot kanannya. Tangan asal dia sudah terputus dari tubuh badan Giga dan dia telah di gantikan dengan tangan robot dan tangan robot itu mempunyai senjata pemusnah. Lalu Giga menembak mereka semua. Lynna dan Kaizo melompat dan mereka berdua sempat mengambil Emmy dan Rizu. Lynna mengambil Emmy dan Kaizo mengambil Rizu. Sebelum mereka dikena tembakan tadi, Emmy sempat mengambil batu permata itu dan secara senyap, dia masukkan ke dalam poket seluar Lynna
"KAU INGAT KAU DAPAT LARII!" Giga menembak lagi tetapi Lynna begitu pantas. Dia melemparkan bebola api dia kearah tembakan tersembut. Lalu dia pegang lengan Kaizo dan terus hilangkan diri dari bilik rahsia itu. Lynna munculkan diri bersama tiga orang lagi. Mereka muncul di ruang tamu rumah Emmy
"Kau pergi bawa mereka ke tempat yang selamat. Biar aku halang dia" kata Kaizo kepada Lynna
"Hati-hati Kaizo" kata Lynna. Terus dia mendukung Rizu dan pegang tangan Emmy. Lynna tahu Rizu tidak dapat berlari begitu laju kerana penyakit dia, jadi dia terpaksa mendukung Rizu. Dia dan Emmy terus keluar dari rumah itu. Lynna sempat menoleh kebelakang untuk melihat Kaizo yang sudah keluarkan pedang tenaga dia
"Puteri Galaxy, kita nak berlari ke mana?" tanya Emmy
"Akak tidak tahu tapi kita pergi jauh dari sini" Lynna hanya berlari sahaja tanpa arah tuju. Emmy ikut sahaja kemana Lynna lari. Tiba-tiba sahaja Lynna di kejar oleh sekumpulan robot. Lynna melihat ke kiri dan ke kanan dia, robot-robot itu cuba untuk mengepung dia "Emmy, pegang tangan akak kuat-kuat dan jangan lepaskan" Emmy terus menggenggam tangan Lynna dan Lynna menggunakan kuasa teleportasinya untuk menghilangkan diri. Lynna munculkan diri balik di sebuah lorong perumahan yang sangat sunyi. Lynna bersandar di tepi tembok sambil menarik nafas "Kamu semua ok?"
"Kami ok, kakak Lynna" kata Rizu yang sedang memeluk leher Lynna "Tapi kakak Lynna..." Rizu mendongkak ke atas "Robot tadi datang balik" Lynna terus mencapai tangan Emmy. Dia menghilangkan diri lagi sekali dan muncul di tengah-tengah taman permainan. Lynna melihat sekeliling mereka, dia ingin pastikan mereka selamat dari ancaman robot-robot tadi
"Puteri galaxy, gunakan lah kuasa puteri galaxy"
"Nampaknya begitu Emmy tapi kamu berdua duduk dekat dengan akak sahaja. Jangan lari ke mana-mana, terutama sekali kamu, Emmy"
"KAKAK LYNNAA! ROBOT-ROBOT TU DATANG BALIK!" jerit Rizu "Macam mana robot-robot tu tahu kita ada dekat sini?" tanya Rizu
"Akak tak tahu Rizu" Lynna turunkan Rizu dan keluarkan kuasa api ungu dia, dia melempar beberapa bebola api ke arah robot-robot itu. Robot-robot itu bertindak balas menyerang Lynna dengan beberapa tembak. Lynna tidak dapat menghalang tembakan robot-robot itu yang begitu banyak. Satu demi satu tembakan datang ke arah Lynna dan ada juga yang hampir terkena mereka tetapi dia sempat meletupkan tembakan itu. Rizu dan Emmy nampak Lynna sudah kelihatan penat tetapi Lynna tidak mahu berputus asa. Lynna terpaksa melindungi mereka semua menggunakan kuasa dia yang lain
"SHIELD!" sebuah kubah berwarna ungu terbentuk. Lynna teruk memeluk Emmy dan Rizu supaya mereka tidak rasa begitu takut "Akak akan melindungi kamu berdua" Di dalam hati dia, memanggil nama Kaizo, datang dan menolong dia. Dia tahu kubah pelindung dia akan hancur tidak lama lagi dan robot-robot itu tidak henti-henti menyerang mereka. Dia perlu bersiap sedia. Lynna memandang sedikit dan nampak retakan sedikit pada dinding pelindung dia
"Kakak Lynna, Pizu takut"
"Jangan risau Rizu, akak ada dekat sini. Akak akan melindungi Rizu dan juga Emmy" Air mata Lynna mengalir keluar, dia takut kalau Kaizo tidak sempat menyelamatkan mereka semua. Dia menjadi risau, retakan itu menjadi semakin besar "Kamu berdua, duduk di sini" Lalu Lynna bangun. Dia menunggu dinding pelindung dia pecah, dia akan hapuskan kesemua robot-robot itu sekali gus. Dia tidak mahu lari ke sana sini seperti pengecut. Dia bukan pengecut, dia seorang yang berani dan kuat. Mata dia melihat kesemua robot-robot itu mengelilingi diri dia dan juga Emmy dan Rizu. Lynna pejamkan mata dan dinding pelindung itu pecah
"YAHHHHHHHHH!" Sebuah lingkaran api keluar dari Lynna dan lingkaran api itu terkena robot-robot berkenaan. Kesemua robot-robot itu musnah dan meletup. Serpihan-serpihan robot-robot itu terjatuh di sekitar taman permainan. Asap-asap hitam berterbangan di sana sini, angin di situ membawa sedikit demi sedikit asap hitam itu pergi tetapi tanpa di sedari oleh Lynna. Giga datang dan menembak Lynna. Tembakan itu terkena bahagian tepi perut Lynna. Lalu dia rebah ke tanah dan mulut dia seperti sedang memanggil seseorang
"KAKAK LYNNAAAA!" Menjerit Rizu sekuat hati. Dia dan Emmy berlari ke arah Lynna "Kakak Lynnaa!" Rizu mengoncang-goncang badan Lynna tetapi Lynna tidak juga bangun. Darah merah mengalir keluar dari tubuh badan Lynna dan baju dia penuh dengan darah
"Akhirnya, aku dapat juga kau" Giga muncul di belakang Emmy "Sekarang, kau akan buat apa sahaja yang aku suruh" Emmy dan Rizu tidak larikan diri dari situ sebab mereka tidak mahu tinggalkan Lynna keseorangan. Tangan Giga mencapai tangan Emmy dan lalu dia mengheret Emmy pergi dari situ. Rizu bertindak begitu pantas, dia menggigit tangan Giga "KURANG AJAR! KAU GIGIT TANGAN AKU!" Giga melempar Rizu sekuat hati
"RIZUUUUUU!" Emmy menjerit melihat Rizu terjatuh di tepi buaian. Badan budak kecil itu tidak bergerak-gerak "Rizu.. " Giga mengheret Emmy dan terus mereka berdua masuk ke dalam kapal angkasa milik Giga. Suasana di taman permainan itu menjadi sepi. Makin lama makin berkurangan asap hitam di situ dan muncul Kaizo untuk mencari Lynna, Rizu dan Emmy
"LYNNAAA!" Kaizo mencari dan nampak Lynna berlumuran darah. Dia bergegas lari ke arah Lynna "Lynna? Kenapa ni?" Kaizo pegang kesan luka Lynna dan dia perlu bawa pergi Lynna dari situ. Dia mengangkat Lynna dan lalu dia terdengar suara yang agak lemah
"Abang Paizo"
"RIZUUUUU!" Kaizo berlari ke arah Rizu sambil mengangkat Lynna
"Abang Paizo.. selamatkan kakak Lynna dan kakak Emmy" Rizu menangis dalam keadaan diri dia yang lemah "Abang Paizo jangan bagi kakak Lynna dan kakak Emmy mati. Pizu sayangkan dia orang"
"Tak, abang akan selamatkan dia orang tapi abang perlu cepat. Rizu ok ke? Rizu mahu ikut abang ke kapal angkasa?" Rizu hanya gelengkan kepala. Lalu dia bangun dan Kaizo melutut di tepi Rizu
"Kakak Lynna nanti selamat ke?" Rizu menatap wajah Lynna yang sudah pun lemah. Dia menangis di sisi Kaizo. Tangan dia sedikit demi sedikit memeluk Kaizo "Abang Paizo janji tau, kakak Lynna akan selamat" Kaizo tidak berkata apa, dia tidak tahu samada dia boleh simpan janji itu ataupun tidak
-----------------------------------------------------------
"Aduh, cikgu Aiman ni kan. Aku macam sekeh kepala dia tu" marah Fang sebaik sahaja waktu kelas sejarah mereka selesai "Semalam dah bagi kerja sekolah, hari ni nak bagi lagi. Berapa banyak kerja sekolah dia nak bagi"
"Baguslah dia bagi kerja sekolah. Bolehlah aku ulangkaji apa yang dia ajar tadi, yang kau tiba-tiba sahaja nak merungut kenapa? Bukan ke kau suka belajar" kata Yaya
"Aku memang suka belajar pun tapi ini setiap minggu, setiap kali masa sejarah.. ada sahaja kerja sekolah dari dia"
"Lu ni, itu pun nak bising kaa.. dia bagi kerja sekolah untuk kita jadi pandai maa"
"Aku tahulah, Ying" Fang mengemas buku-buku sejarah dia dan terus masuk ke dalam beg sekolah dia "Tapi.. lepas ni kelas matematik. KELAS KEGEMARAN AKU!"
"Kau suka pula cikgu Papa Zola yang ajar yea.. entah-entah dia bagi ujian lagi hari ini" muncul pula Bella
"Takpe, aku suka dengan ujian sebab aku akan pastikan AKU DAPAT NOMBOR SATU!" Yaya dan Ying merenung tajam ke arah Fang tetapi Fang merenung balik ke arah mereka "Jangan harap korang dapat kalahkan aku. Aku bukan lagi Fang yang dulu, aku Fang yang baru!"
"Fang yang baru konon. Kalau Fang yang baru, sudah tentu tak mengamuk tak tentu pasal kan" kata Bella dengan nada sindiran dia
"Diamlah kau" Fang buat muka masam dia
"Pengumuman buat Fang. Sila datang ke bilik guru dengan segera kerana adik kamu sedang menangis terhenti-henti di sini. Tak tahu pulak, kamu ada adik"
"Eh, Rizu?" bisik Fang. Muka masam dia terus berubah menjadi risau
"Apa dia buat dekat sini?" tanya Ying
"Aku tak tahu tapi aku perlu pergi" Fang keluar dari kelas dia dan bergegas ke bilik guru untuk melihat Rizu. Dia tidak tahu apa yang terjadi dan kenapa Rizu datang ke sini dan kenapa dia tidak pergi mencari Kaizo? semuanya pertanyaan ada di dalam pemikiran Fang. Sampai sahaja di bilik guru, dia terkejut melihat Boboiboy ada di situ bersama Rizu
"Boboiboy, kenapa dengan Rizu?" tanya Fang
"Aku tak tahu tapi dari tadi lagi dia tidak berhenti menangis"
"Bagi aku cuba" Fang menarik Rizu untuk duduk di atas kerusi yang ada di dalam bilik guru tersebut. Dia duduk disebelah Rizu "Kenapa Rizu menangis?"
"Pizu.. kakak Lynna... abang Paizo... kakak Emmy..." Rizu tidak dapat menahan tangisan dia
"Kenapa dengan mereka, Rizu?" tanya Boboiboy
"Kakak Emmy.. kena.. tangkap.. dengan orang jahat" Fang dan Boboiboy memandang satu sama lain "Kakak Lynna... cuba selamatkan.. kita orang tadi.. dia terkena tembakan..." Muka Fang dan Boboiboy berubah menjadi terkejut "Abang Paizo.. bawak.. kakak Lynna.. pergi ke.. kapal angkasa.. dia cakap, dia nak pergi dapatkan balik... kakak Emmy"
"Kak Lynna pulak?" tanya Fang
"Pizu tak tahu.. apa abang Paizo nak buat" terus Rizu menangis di pangkuan Fang "Abang Paizo tadi.. tanya.. nak ikut dia atau tidak.. Pizu jawab tak. Pizu terus datang ke sini"
"Sekarang macam mana Fang? Tak kan kita nak keluar dari sekolah dan pergi kejar abang kau pulak. Kita mana ada kapal angkasa pun"
"Aku tak tahulah Boboiboy tapi aku akan menghubungi abang aku. Aku akan tanya dia keadaan kak Lynna"
"Ok tapi Rizu macam mana? Tak kan kau nak tinggalkan dia seorang sahaja"
"Hmmm... nampaknya, aku terpaksa balik awal untuk menjaga Rizu" Fang membelai rambut Rizu yang masih lagi menangis "Kau bagitahu yang lain nanti dan bawa pulang beg sekolah aku nanti"
"Ok. Kalau ada apa-apa hal, bagitahu aku dengan segera"
-----------------------------------------
"MANA BATU PERMATA ITU!" Kapten Giga melempang Emmy sekuat-kuatnya dan terus membuat Emmy menangis di situ "Di mana kau sorokkan batu permata itu?"
"Emmy.. tak kan beritahu" kata Emmy dengan begitu beraninya
"Oh, kau tak nak beritahu yea. Takpe, kau akan duduk di dalam penjara ini selama-lamanya selagi kau tidak beritahu di mana batu permata itu"
"Emmy tak kisah! Janji batu itu tak kan jatuh ke atas tangan kamu yang kotor tu!"
"Hmmm... kotor yea. Takpe takpe.. kau akan menjadi orang suruhan aku nanti. Aku akan suruh kau bina sebuah senjata untuk aku nanti dan pada masa yang sama, aku akan cari batu permata itu. Mesti ada dekat perempuan tu. Kau bagi kepada dia ke?" Giga tersenyum sinis kepada Emmy tetapi Emmy hanya merenung tajam wajah Giga dengan perasaan marah dia "Kau tak nak bagitau. Takpe, dia sudah pun menjadi lemah dan aku pasti dapat merampas batu permata itu daripada dia"
"Kamu jangan begitu yakin! Emmy pasti abang beruang dapat hapuskan kau! Dia akan membalas dendam apa yang kamu buat dekat puteri galaxy!"
"Abang beruang? Puteri galaxy? kau ingat mereka tu badut ke apa. Kapten Kaizo tak kan dapat kalahkan aku. Kalau dia berjaya masuk ke dalam kapal angkasa aku, ada sesuatu yang menarik menanti dia" Giga tergelak sinis di situ "Kau berehat sahaja di situ" Lalu dia keluar dari bilik penjara itu terus menutup dan kunci pintu penjara itu "Sehingga kita berjumpa lagi"
"Sehingga kamu dihapuskan oleh kapten beruang sendiri" bisik Emmy dengan geramnya "Puteri Galaxy jangan risau sebab batu permata itu akan selamatkan puteri galaxy sebab Emmy tahu batu permata itu ada kuasa" Bukan itu sahaja, Emmy tahu apa kuasa sebenar batu permata itu kerana diary ayahnya sudah memberitahu anaknya sendiri
--------------------------------------------------------------------
Lahap hanya memandu kapal angkasa kaptennya dalam keadaan senyap. Kaptennya tidak bercakap langsung selepas sahaja dia balik dari bilik dia tadi. Lynna ada di dalam bilik Kaizo, alat sistem pernafasan sudah di pasangkan kepada Lynna. Luka di badan Lynna, Lahap sudah pun menjahit semula tetapi Lynna perlu hantar ke hospital dengan segera. Lahap tidak tahu kenapa kaptennya tidak buat begitu. Dia tidak tahu juga kenapa kaptennya bawa Lynna ke kapal angkasa. Mungkin kapten dia tahu sesuatu, fikir Lahap. Dia tidak pasti apa yang berlaku tapi apa yang dia pasti, dia perlu mengejar kapal angkasa milik Kapten Giga. Emmy sekarang ini di dalam tahanan Kapten Giga. Kaizo perlu pergi selamatkan Emmy dan dia akan membawa pulang Emmy dalam keadaan selamat
"Kapten"
"Kau nak apa?" tanya Kaizo dengan nada yang serius
"Boleh saya bertanya?"
"Kau nak tanya apa? AKU SURUH KAU FOKUSKAN MENGEJAR KAPAL ANGKASA TU! BUKAN UNTUK BERTANYA!" Bergema bilik kawalan itu dengan suara Kaizo yang begitu marah
"Maaf Kapten.. saya akan tumpukan kepada kapal angkasa itu" Lahap menghela nafas dan periksa di lokasi kapal angkasa Kapten Giga "Kita sudah menghampiri kapal angkasa itu, Kapten"
"Bagus, teruskan memandu" kata Kaizo yang sedang duduk di atas kerusi dia yang berada di tengah bilik kawalan itu "Kau buat sahaja apa yang aku suruh dan jangan banyak soal"
"Baik Kapten" jawab Lahap. Dia tidak tahu apa yang kapten dia sedang fikirkan sekarang ini. Apa yang buatkan dia begitu marah? "Jangan fikir yang bukan-bukanlah" bisik Lahap
"Aku pergi periksa keadaan Lynna. Kau hubungi aku kalau ada apa-apa" Kaizo turun dari kerusinya dan terus keluar dari bilik kawalan. Tiba-tiba jam kuasanya berbunyi dan Kaizo menekan satu butang. Lalu hologram adiknya muncul "Kenapa Pang?"
"Abang, abang dekat mana? Kak Lynna ok ke? Rizu sudah pun cerita dekat adik tadi"
"Abang tengah mengejar kapal angkasa Kapten Giga tu" jawab Kaizo "Mungkin abang balik lewat sedikit hari ini tapi kau jaga diri kau baik-baik"
"Kak Lynna pulak?"
"Dia ada dekat dalam kapal angkasa ni. Abang baru hendak periksa keadaan dia tapi kau sudah menghubungi abang. Adik dekat sekolah ke?"
"Tak, adik terpaksa balik rumah sebab tadi Rizu datang ke sekolah. Dia menangis tak henti-henti, jadi adik terpaksa bawak dia balik rumah kita. Adik sudah bagitahu adik, abang jangan risau. Adik cuma risaukan Rizu, dia dari tadi langsung tak boleh duduk dengan tenang tapi sekarang dia sudah pun tidur. Abang marah ke adik balik awal?"
"Tak" jawab abangnya "Kau jaga Rizu dengan baik. Biar abang uruskan dekat sini"
"Baiklah abang. Jaga kak Lynna dengan baik"
"Hmmm..." Kaizo terus menutup hologram adiknya. Dia melihat diluar tingkap, dia sudah berada jauh daripada bumi. Bintang-bintang di luar, tidak membuatkan dia rasa tenang. Dia risaukan tentang Lynna dan Emmy. Dia juga tidak tahu siapa yang sudah mengambil batu permata tadi. Semasa dia berlawan dengan Kapten Giga, dia mulai perasan batu permata itu hilang. Dia mula terfikir, mungkin musuh Emmy telah mengambil batu permata itu. Dia takut Kapten Giga itu akan menyuruh Emmy membina sebuah senjata berbahaya
"Tak.. aku akan halang dia dan selamatkan Emmy" bisik Kaizo sambil menggenggamkan tangannya. Dia menghempas genggaman tangannya ke atas tingkap dengan perasaan marah. Kaizo terus beredar dari situ. Dia berjalan begitu perlahan kerana dia takut untuk melihat keadaan Lynna tapi dia perlu berani dan tabahkan hatinya. Kaizo membuka pintu bilik itu dan nampak cahaya ungu sedang menyinari dari poket seluar Lynna. Kaizo cepat-cepat pergi ke arah Lynna dan lalu keluarkan object itu dari poket seluar Lynna. Dia tidak sangka, batu permata itu ada dengan Lynna tapi bagaimana?
"Siapa yang letak?" tanya Kaizo sambil melihat batu permata itu "Emmy ke?" Tiba-tiba batu permata itu terlepas dari tangan Kaizo dan terus terapung di udara. Dia berpusing-pusing begitu laju sekali. Kaizo berundur dari situ dan melihat batu permata itu keluarkan pacaran cahaya dan terus ke badan Lynna. Kuasa batu permata itu hilang kerana ianya sudah berada di dalam badan Lynna sendiri. Kaizo tidak tahu bahawa batu itu mempunyai kuasa healer dan kuasa itu dengan serta merta menyembuh Lynna. Lynna terbangun dan terus dia dapat melihat masa silam tentang Emmy dan keluarga dia pada suatu ketika dahulu. Lynna menyaksikan bagaimana ibubapa dan adik Emmy di bunuh sendiri oleh Kapten Giga. Dia dapat rasakan bagaimana Kapten Giga menusuk ke jantung bapa Emmy. Kuasa premonition dia terhenti di situ sahaja dan Lynna menjerit
"ARGHHHHHHHH!" Lynna terbangun terduduk sambil menangis mengenang nasib malang Emmy
"Lynna, kenapa?" Kaizo cuba tenangkan Lynna dan tanggalkan alat pernafasan dari mulut dan hidung Lynna "Lynna?"
"Aku ternampak masa silam Emmy. Kisah dia dan kau sama sahaja" Lynna mengesat air matanya "Aku dapat rasa kesedihan Emmy tadi tapi bagaimana aku boleh sembuh?"
"Batu permata tadi tu.. aku tak pasti apa kuasa batu itu sebenarnya tapi batu itu yang menyembuh kau tadi"
"Jadi, mana batu permata itu tadi?" tanya Lynna
"Dalam badan kau. Kalau dia tahu, kau juga akan menjadi mangsa dia. Aku tidak mahu dia mengambil kau dan gunakan kau untuk kepentingan diri dia tapi kau jangan beritahu dia dimana batu itu berada"
"Jangan risau, aku tak kan beritahu perkara yang sebenarnya kepada musuh kita" Lynna tersenyum kepada Kaizo yang bermuka serius itu "Kau sudah dapat lokasi di mana Emmy berada sekarang?"
"Lahap sedang mengejar kapal angkasa Kapten Giga itu tapi aku perlukan pertolongan kau untuk selamatkan Emmy"
"Jangan risau, aku sentiasa menolong kau. Kita sudah menjadi satu pasukan" Kaizo menghulurkan tangannya dan lalu Lynna pegang tangan itu. Dia menarik Lynna keluar dari katil
"KAPTENNN!" muncul Lahap di pintu bilik
"Kenapa Lahap?"
"Kita sudah sampai ke kapal angkasa Kapten Giga tapi dia ada hantar mesej kepada Kapten. Dia menjemput Kapten naik ke kapal angkasa dia. Ini mungkin perangkap untuk Kapten"
"Takpe.. bukan aku sahaja yang akan pergi. Lynna akan temankan aku sekali. Lahap hantar kami ke kapal angkasa dia"
"Baik kapten!" Mereka bertiga keluar dari bilik itu "Kapten sudah bersedia?"
"Sudah" Dia memandang Lynna "Kau sudah bersedia"
"Sedia" kata Lynna dengan tenang. Lahap menekan beberapa butang di tempat mesin kawalan dan terus menghantar mereka berdua ke dalam kapal angkasa Kapten Giga. Sampai sahaja di sana, Giga sudah pun menunggu tetamu dia dan dia tidak sangka Lynna ada di situ juga
"Kau pun ada sekali. Aku ingat aku sudah hapuskan kau. Memang patut batu permata itu memilih kau sebagai pelindung"
"Mana Emmy?" tanya Kaizo secara tiba-tiba
"Dia ada tapi sebelum itu.. mana batu permata aku?" tanya Giga dengan nada serius dia. Mata dia melihat Kaizo sedang memegang erat tangan Lynna
"Aku tak bagitau dimana batu permata itu"
"Hmmm..." Lalu Giga tersenyum sinis kepada Kaizo "Tapi aku tahu dimana batu itu berada sekarang" Terus mata dia memandang ke arah Lynna "Didalam diri kau. Si budak kecik itu ingat aku tak tahu apa kuasa batu permata itu. Batu itu dapat musnahkan atau menyembuhkan alien, manusia, planet atau pelbagai object yang ada di seluruh galaxy ini! JADI BATU ITU TELAH MENGGUNAKAN KUASANYA UNTUK MENYEMBUH KAU!" Kaizo berdiri di hadapan Lynna untuk melindungi kawan baik dia
"Aku tak kan serahkan batu itu ataupun Lynna kepada kau! PEDANG TENAGA!" Tetapi pedang dia tidak mengeluarkan kuasa "Apa telah terjadi dengan kuasa aku?" Lynna cuba keluarkan kuasa api dia tetapi tidak berjaya juga
"HAHAHAHAAAA! Kapal angkasa aku menghalang kesemua kuasa yang ada di jam kuasa kau atau kuasa di dalam badan diri kau"
"Tanpa kuasa pun kami boleh kalahkan kau!" jawab Lynna
"Marilah, aku ingin melihat bagaimana kamu berdua kalahkan aku dan robot-robot kesayangan aku" Giga memetik jarinya dan terus beberapa robot mengepung Kaizo dan Lynna "Selamat maju jaya aku ucapkan" Giga meninggalkan mereka berdua dengan robot-robot itu. Dia tergelak sinis sehingga gelakan dia tidak didengari lagi oleh Kaizo dan Lynna. Robot-robot itu sudah mengeluarkan pistol mereka dan menghalakan kepada mereka berdua
"Satu pasukan?" tanya Lynna
"Sudah tentu" jawab Kaizo dengan nada sinis dia. Robot-robot itu menembak dan mereka berdua tunduk ke bawah. Tembakan itu terkena robot-robot lain. Mereka berdua bangun dan lalu Kaizo memengang kedua belah tangan Lynna dan memusingkan Lynna untuk memudahkan Lynna menendang robot-robot lain yang ada di sekeliling mereka. Robot-robot itu hancur tapi ada yang masih lagi bergerak. Kaizo telah pun menurunkan Lynna dan terus Kaizo menendang kepala robot yang sedang bergerak itu. Kaizo dan Lynna mengambil dua pistol robot itu dan terus beredar
"Kita ke mana sekarang ini?" tanya Lynna
"Cari Emmy dan terus pulang ke kapal angkasa kita"
"Berpecah?" tanya Lynna
"Tak, aku tidak mahu berpecah dengan kau. Aku tidak mahu dia menangkap kau juga. Nampaknya dia sudah tahu dimana batu permata itu berada sekarang. Kau kena hati-hati selepas ini" kata Kaizo sambil memerhati sebuah robot sedang berjalan ke arah mereka. Kaizo suruh Lynna duduk diam di situ, biar dia sahaja yang uruskan robot itu. Dia keluar dari lorong itu dan terus menembak robot itu sehingga hancur tetapi sebuah robot lain pula datang dari arah belakang Lynna
"Lynna! belakang kau!" Lynna pusing kebelakang dan menembak robot itu bersama dengan Kaizo "Lynna, cepat ikut aku!" Dia menembak lagi kerana ada beberapa robot lain datang ke arah mereka. Lynna bangun sambil menembak ke arah robot-robot itu. Mereka berlari ke tempat lain, tempat yang tiada robot. Kaizo menarik tangan Lynna untuk masuk ke salah satu bilik. Lampu bilik itu terbuka secara tiba-tiba dan sebuah peta galaxy tertera di sebuah meja besar. Ada beberapa planet yang tunjuk di dalam peta itu. Semuanya tertulis untuk dimusnahkan, termasuklah planet bumi sekali tapi apa yang buat Kaizo geram, planet yang ada perkuburan ibu dan ayahnya akan menjadi mangsa Kapten Giga juga
"Dia memang betul-betul jahanam" kata Kaizo dengan perasaan marah dia
"Kita perlu halang dia bersama, kau dan aku" kata Lynna "Dia memang tidak boleh dimaafkan" Perasaan Lynna begitu marah sekali. Dia tidak sanggup melihat planet dia sendiri termusnah akibat kerasukan kuasa. Dia pejamkan matanya dan menahan air mata mengalir keluar "Aku mahu keluar dari sini, aku tidak mahu melihat apa rancangan dia lagi" Lynna keluar dari bilik itu dan tiba-tiba sahaja ada tembakan laser hampir terkena Lynna. Kaizo menarik Lynna masuk balik ke dalam bilik itu
"Terlampau banyak sangat robot di luar itu. Kita kena cari jalan lain"
"Kita ikut laluan atas" kata Lynna sambil tunjuk sebuah laluan untuk udara. Kaizo mengambil sebuah kerusi dan menyuruh Lynna naik ke atas dulu. Lynna naik ke atas dan masuk ke dalam laluan udara yang sangat sempit tapi muat untuk dia bergerak secara merangkak. Selepas itu, dia menolong Kaizo untuk masuk ke dalam laluan udara itu
"Ke arah mana Kaizo?" tanya Lynna
"Hmmm.. aku tidak pasti tapi ikut sahaja aku" mereka teruskan merangkak dan melihat bilik lain dari atas tetapi mereka tidak jumpai Emmy sehinggalah mereka sampai di sebuah bilik. Di situ mereka ternampak Emmy sedang terbaring tidur di dalam penjara kecil "Biar aku mengambil dia, dan bawa dia ke atas. Aku tidak mahu mereka tahu kita sudah mengambil Emmy"
"Ok, tapi hati-hati Kaizo" kata Lynna. Kaizo turun dari laluan itu secara perlahan-lahan. Sampai sahaja di lantai kapal angkasa itu, dia membuka pintu penjara itu dengan begitu mudah sekali
"Emmy, bangun.." Emmy membuka matanya dan dia terus menjadi gembira apabila melihat Kaizo. Dia memeluk Kaizo "Emmy, kita perlu keluar dari sini"
"Abang beruang sahaja ke dekat sini?"
"Puteri Galaxy kau ada dekat sini juga tapi kita kena cepat" Kaizo mendukung Emmy dan memberikan Emmy kepada Lynna yang ada di atas tetapi pintu bilik itu dibuka dan Giga masuk dengan robot-robot suruhan dia
"Mana kau nak lari?" kata Giga
"Lynna, ambik Emmy!" Lynna menarik Emmy masuk ke dalam laluan itu
"Akak kena tolong Kaizo, akak tidak mahu dia keseorangan"
"Puteri Galaxy pergilah selamatkan dia" kata Emmy dengan nada lembut dia "Dia sahabat baik akak"
"Dia memang sahabat baik akak" jawab Lynna "Maafkan aku, Kaizo tapi aku tak tinggalkan sahabat baik aku sendiri" Lynna turun dari situ dan lalu dia berlawan sekali dengan Kaizo. Dia mengambil kayu besi yang ada di dalam bilik itu dan terus melibas beberapa robot yang di situ
"Kenapa kau ada dekat sini? Mana Emmy?"
"Emmy ada dekat sini" muncul Emmy di belakang Lynna
"Emmy! tempat ini berbahaya!" kata Lynna sambil menusuk robot itu dan lalu dia tarik balik kayu besi itu. Dia pusing-pusingkan kayu besinya dan terus menghentam beberapa robot yang lain. Giga sangat kagum dengan kekuatan Kaizo dan Lynna tapi dia mahu mereka berdua mati di dalam tangan dia. Dia mengangkat tangan kanannya untuk menembak ke arah mereka berdua yang sedang sibuk berlawan dengan robot-robot kesayangan dia
"Selamat tinggal, Kaizo dan-" Mulut dia tiba-tiba sahaja memercikkan darah. Badan dia menjadi sejuk dan dia melihat badan dia telah ditikam dengan sebilah pedang dan lalu dia rebah jatuh di muka pintu itu. Robot-robot dia juga berhenti berlawan dan terus tidak berfungsi kerana robot itu dikawal dari otak Kapten Giga
"Lahap?"
"Maaf kapten, dia cuba untuk membunuh kapten dan Lynna. Jadi saya tikam dia dari belakang. Selamatlah saya ada simpan pedang ni" kata Lahap
"Terima kasih Lahap kerana menyelamatkan kami" kata Lynna. Emmy berasa sangat gembira, dia berlari dan terus memeluk Lahap
"Adeh, comel pulak budak ni" kata Lahap sambil tergelak sedikit
"Abang maskot sangat comel!"
"Dia ni tiru Rizu ke? Panggil aku abang maskot pulak" Lynna dan Kaizo tergelak sedikit "Kapten pun gelakan aku" terus Kaizo buat muka serius
"Mari kita pulang. Misi kita sudah pun selesai" kata Kaizo dengan suara serius dia. Lahap mendukung Emmy dan Lynna berjalan bersama Kaizo. Lahap dan Emmy melihat dua sahabat baik itu berjalan bersama. Setelah sampai di kapal angkasa Kaizo, Lynna menggunakan kuasa yang dia ada untuk keluarkan balik batu permata itu yang tersimpan di dalam badan dia
"Akak nak simpan dekat mana batu permata itu?" tanya Emmy
"Di dunia fantasy akak. Penjaga istana akak akan menjaga batu ini dengan baik"
"Ohhhh! Jadi akak ni Puteri Fantasy dan abang beruang ialah Putera galaxy lah yea.. ohhhhhhhhh!"
"ERKKKK!" terkejut Kaizo dan Lynna
"Jangan risaulah, kamu berdua sahabat baik sahaja. Betul tak?" Emmy tersengih kepada mereka berdua dan lalu dia tergelak bersama Lynna. Kaizo hanya masuk ke dalam bilik kawalan untuk melihat destinasi mereka iaitu planet bumi, dimana rumah mereka berada sekarang ini
------------------------------------------------------------------------------------
"Adik.. bangun" Fang membuka matanya dan terus memeluk abangnya yang sudah pulang dari misi dia "Kau risau ke?"
"Tak, adik tahu abang akan selamat. Kak Lynna mana?" tanya Fang sambil melepaskan abangnya
"Kak Lynna pergi temankan Emmy pulang ke rumah, lepas itu, baru dia pulang ke KL" jawab Kaizo. Dia melihat Rizu ada di atas katil adiknya, lalu dia mengusap-usap kepala Rizu "Rizu bagaimana?"
"Dia ok tapi masih lagi risaukan tentang abang, kak Lynna dan Emmy"
"Esok nanti dia akan ok. Adik pergi sambung tidur. Abang mahu pergi berehat" Kaizo bangun dari katil adiknya "Selamat malam, Pang" Fang baringkan dirinya dan tiba-tiba sahaja dia teringatkan sesuatu
"Eh kejap... macam mana kak Lynna kembali pulih?" Fang terduduk lagi
"Abang akan cerita kepada kamu esok" Fang tersenyum sahaja dan terus dia kembali baring di atas bantal dia. Mata dia pejam dan dia lepaskan senyuman dia kerana semuanya selamat. Dia tidak sabar untuk mendengar cerita pengembaraan abang dia bersama kak Lynna, fikir Fang "Mesti seronok" kata Fang di dalam tidurnya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com