Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pelik

"KAKAK LYNNA! KAKAK LYNNA!"

Lynna dari jauh lagi boleh lihat seorang budak kecil sedang berlari ke arah dia. Muka budak itu nampak penat tetapi masih lagi bersemangat dan budak itu adalah Rizu. Dia kelihatan gembira seperti nampak sesuatu yang menarik. Setelah Rizu sampai di hadapan Lynna, dia mengambil nafas kerana penat sangat berlari tadi. Lynna kasihan melihat Rizu kepenatan tetapi kepenatan itu tidak menghalang budak kecil itu bergembira

"Kenapa Rizu lari tadi?"

"Maaf kakak Lynna.. tadi Pizu lari sebab Pizu gembira sangat bila nampak kakak Lynna ada dekat sini dan Pizu ada sesuatu yang menarik nak tunjuk dekat kakak Lynna. Mesti kakak Lynna akan tergelak nanti" Rizu menarik tangan Lynna "Jom kakak Lynna, kita ke kedai Tok Aba"

Mereka berdua terus berjalan di ke arah kedai Tok Aba. Mereka melalui sebuah jalan yang berdekatan dengan lorong kawasan perumahan Kaizo dan Fang. Rumah adik beradik alien itu tidak jauh dari kedai tersebut

"Hmm.. Rizu nak tunjuk apa dekat kak Lynna? Ada kena mengena dengan adik beradik alien tu ke? hehehe.."

"Ada ada! Tapi kalau Pizu beritahu, nanti tak seronoklah"

"Ok, akak akan tengok sendiri apa yang menarik sangat tu"

"Tapi ini bukan sahaja adik beradik alien tu, orang lain pun terlibat juga.. hehehee.. ini sebab kes cari pasal.. semuanya bermula dengan abang Fang dan abang Paizo"

"Hmm... apa dia orang buat kali ni?" kata Lynna dengan nada agak kecewa sedikit "Abang Kaizo buli adik dia lagi ke?"

"Hehehee.. buli manja-manja tapi kasihan kakak Lily, dia kena buli teruk dengan abang Paizo.. lepas tu abang Fang buat hal pulak. Dia dengan abang Gopal gunakan idea nakal untuk pergi kenakan abang Boboiboy. Lepas tu kakak Yaya nak ajar abang Fang sebab perangai lama dia datang balik"

"Aik, Yaya pun join sekali" Lynna gelengkan kepala dia. Sementara itu pula, Rizu angguk kepalanya pada masa yang sama "Haih, macam-macam betul dia orang ni"

"Kakak Ying aje yang ok tapi dia pun buat nakal juga sebab dia selesaikan masalah mereka dengan meminta pertolongan dari kakak Emmy"

"Pertolongan apa tu?" tanya Lynna sambil melihat Rizu tersengih seorang diri di situ "Hmm.. mesti pertolongan tu menjadikan keadaan bertambah buruk lagikan?"

"Betul tu! Pandai kakak Lynna teka!"

Mereka belok ke kiri dan terus ke arah taman bunga Pulau Rintis. Mata mereka boleh nampak kedai Kokotiam berada tidak jauh daripada mereka berada sekarang ini. Lynna boleh lihat sekumpulan para remaja di sana. Hati dia menyatakan bahawa remaja-remaja itu adalah Fang dan kawan-kawan dia tetapi dia tidak nampak pula seseorang yang suka membuat rambut bergaya ekor itik. Mungkin Kaizo berada di rumah atau di kapal angkasa dia, bisik di hati Lynna. Mereka teruskan berjalan sehingga mereka sampai di kedai Kokotiam Tok Aba. Lynna berasa pelik melihat kawan-kawan Fang berubah menjadi bukan diri mereka sendiri. Dia tergaman seketika

"Apa sudah jadi ni?" Lynna terkejut apa yang dilihat oleh mata dia sendiri

"Ini semua Pang punya pasal"

Lynna terkejut lagi kerana suara Yaya berubah menjadi seseorang yang dia begitu kenali. Mata Lynna terkebil-kebil melihat seorang gadis bertudung pink tetapi suara dia seperti seorang lelaki. Dia dan Rizu tergelak sedikit di situ

"Ingat ni lawak sangat ke" kata gadis itu lagi

"Maaf.. tapi ke-kenapa Kaizo dekat dalam badan Yaya?" Lynna tergelak lagi "Ma-maaf... aku tak berniat nak gelakkan kau tapi nampak lawaklah pulak"

Riak wajah Yaya berubah seakan-akan seperti Kaizo yang sentiasa berserius sahaja. Mata dia memberikan renungan tajam ke arah Lynna. Lalu Lynna berhenti gelak dan tersengih sedikit. Kaizo silangkan tangannya kerana tidak begitu berpuas hati dengan apa yang terjadi dengan diri dia sekarang ini. Hati dia masih lagi panas membara terhadap adiknya

"Kalau Kaizo di dalam badan Yaya.. Yaya pula, mesti dekat dalam badan Kaizo"

"Ha ah, betul tu kakak Lynna tapi malangnya diri abang Paizo sudah menjadi seekor anak itik.. hehehe.. comel pula anak itik tu" kata Rizu

"Tapi mana dia?" Lynna mencari-cari anak itik itu sehinggalah seorang gadis memakai topi oren tunjuk ke arah sebuah kotak sederhana besar yang berada di atas kaunter kedai Tok Aba

"Dia ada dekat dalam kotak ni kak Lynna" kata Ochobot secara tiba-tiba "Tapi Yaya tengah tidur pula.. sedap pula dia tidur dalam kotak ni"

Lynna menjenguk sedikit ke dalam kotak itu. Anak itik itu kelihatan tidur dan paling comel sekali, badan anak itik itu di bungkusnya di dalam sehelai selimut berwarna pink. Lynna tersenyum sedikit. Dia mengusap kepala anak itik itu dengan jari telunjuknya. Tiba-tiba, kaki dia di usik-usik oleh seseorang. Lynna memandang ke bawah untuk melihat siapa yang sedang mengusik kaki dia sebentar tadi

"Ini pula siapa?" Lynna terkejut melihat seorang bayi lelaki comel berdiri begitu sempurna sekali. Riak wajah bayi comel itu seperti Kaizo, serius dan masam sahaja

"Ini adiklah! Ini FANG!" kata bayi tersebut. Percakapan bayi itu cukup sempurna juga "Diri adik juga yang kena sekali sebab dia orang!"

"Eh, salahkan kita orang pula" kata gadis bertopi oren "Kau dan Gopal yang mulakan diri, sampai semua terkena sekali"

"Betul tu LILY-CHAN! Landak ni suka salahkan kita orang padahal orang lain punya kesalahan.. heheheee.. tapi bila di fikirkan semula, memang salah kita orang pun, termasuklah kapten itik hot!" Lynna mengangkat kening sebelah sambil melihat seorang remaja lelaki yang berperangai seperti seseorang iaitu Lily "Tapi... memang tak patut Ying buat begini dekat kita semua.. uwaaaa!"

"Dey, jangan nak menangis dekat sini boleh tak. Korang semua nampak normal walaupun ada juga yang jadi itik tapi aku ni.." Lynna dapat agak siapakah yang sedang berkata-kata itu. Remaja lelaki itu adalah Gopal tetapi bentuk badan dia berubah seperti badan Adudu. Kepala dia kotak dan warna kulit dia menjadi hijau "Kenapalah aku jadi alien kepala kotak pulak... INI TIDAK ADIL!"

"Sudahlah Gopal, jangan nak sedih-sedih sangat. Ying buat kita begini sebab dia nak hentikan kenakalan kita semua tapi.. aku takde buat nakal pun" Gadis bertopi oren itu tersengih di situ "Hehehee... aku yang takde buat apa-apa, aku pun terkena juga"

"Korang jangan nak marah-marah Ying pula. Dia cuma tak nak melihat kawan-kawan dia menjadi nakal atau lebih teruk lagi, takut kalau ada yang tercedera atau tersinggung dan boleh menyebabkan persahabatan korang semua terputus sebab benda remeh-temeh begini. Atuk pun tak suka tengok kalau korang semua bergaduh sesama sendiri" Tok Aba letak sepiring cekodok chocolate di sebelah kotak yang ada seekor anak itik sedang tidur lena

"Betul kata Tok Aba tu tapi mana Ying? Korang marah dia sampai larikan diri ke?"

"Bukanlah kakak Lynna. Kakak Ying pergi temankan kakak Emmy dekat makmal dia sebab mesin yang kakak Ying gunakan tadi telah dihancurkan oleh kakak Yaya"

"Ehem" Rizu tersengih kecil kepada Kaizo yang ada di dalam badan Yaya

"Maksud Pizu, abang Paizo yang musnahkan mesin tu sebab tiba-tiba tukarkan dia orang semua. Abang Paizo pergi gunakan kuasa kakak Yaya semasa abang Paizo tengah mengamuk"

"Macam mana aku tak mengamuk. Dia pergi ubahkan diri aku dan kawan-kawan dia menjadi macam-macam. Adik aku si Pang jadi bayi tapi selamat pemikiran dia kekal seperti biasa. Si Boboiboy dan si pelik tu berubah personality, sampai pakaian dia orang pun berubah juga. Si Gopal ni sudah menjadi alien kepala kotak. Si Yaya ada dekat dalam badan aku tapi kenapa badan aku berubah menjadi seekor anak itik? dan aku pula... masuk ke dalam badan Yaya. Ini memang sangat memalukan!" Kaizo menumbuk tiang kedai Tok Aba sehingga menyebabkan kedai itu bergegar sedikit

"Kaizo, kawal sikit kemarahan kau tu. Selamat kedai atuk ni tak roboh" Tok Aba betulkan balik barang-barang yang terjatuh tadi. Pinggan dan cawan dia semuanya selamat tidak jatuh dan pecah "Lepas ni, bila semuanya sudah kembali normal.. jangan nak main kenakan orang pulak. Cubalah buat benda lain selain daripada itu seperti buat kerja sekolah sama-sama ke, tak pun bantu orang yang memerlukan bantuan ke.. atau tolong atuk jagakan kedai ni.. hehehee"

"Jangan risau atuk, BOBOIBOY THE AWESOME AKAN JAGA KEDAI ATUK! TIADA MAKHLUK LAIN AKAN SERANG KEDAI INI TERMASUKLAH ALIEN-ALIEN YANG ADA DI BUMI INI!" Boboiboy tergelak bangga di situ sambil mencekak pinggang "ADOI!"

"RASAKAN GIGITAN DARI AKU" Fang telah menggigit kaki Boboiboy dengan gigi dia empat batang itu

"UWAAA! JANGANLAH GIGIT KAKI BOBOIBOY!" Kaizo terpaksa mengheret adiknya jauh daripada kaki Boboiboy "Lepas ni lebam kaki Boboiboy.. sedih tak berlagu lepas ni.. MY LILY-CHAN! LANDAK NI KEJAM SANGAT!"

"Kau ni Fang, tak baik tau gigit orang sesuka hati"

"Grrrrrr!" Fang tunjuk muka bengis dia kepada Lily. Dia ingin lari ke arah kaki Lily pula tetapi diri dia sudah di dukung oleh Kaizo "Abang! Lepaskan adik.. adik nak gigit kaki si Boboiboy perangai macam si pelik tu!"

"Aloloooo.. comelnya baby ni" Tiba-tiba sahaja muka Boboiboy muncul di hadapan muka Fang. Mata dia bersinar-sinar melihat Fang "Baby landak memang comel tapi comel lagi kalau MY LILY-CHAN JADI BABY! Betul tak Lily?"

"Errr... hehehe.. betul kot" Lily garu-garu kepala dia sambil tersengih

"Ala, aku masa baby pun comel apa" kata Gopal dengan wajah comelnya "Appa aku kata, masa aku baby lagi aku kuat makan. Semua jenis makanan yang Amma aku masak, aku bedal semuanya"

"Patutlah badan besar semacam" bisik Fang

"Kau tu.. keding semacam, tak kuat makan macam abang" Fang tersengih kepada abang dia tapi dia rasa pelik pula melihat wajah Yaya serius semacam. Dia menahan gelakan dia "Kenapa dengan kau?"

"Takde apa abang.. hehehee" Fang baru sahaja nak tampar manja-manja pipi abang dia tetapi dia terus tersedar bahawa abang dia berada di dalam badan Yaya

Lynna dudukkan dirinya di atas bangku kedai Tok Aba sambil memicit dahinya. Tok Aba terus berikan segelas air kepada Lynna

"Kenapa kakak Lynna?" tanya Rizu

"Akak cuma pening melihat dia orang semua ni. Macam-macam ragam betul" kata Lynna. Tangan dia masih lagi picit dahinya "Terima kasih Tok Aba kerana berikan saya air" Dia mengambil gelas itu dan lalu menghirup air itu sedikit

"Kakak Lynna jangan pening pening. Kalau kakak Lynna pening, nanti Pizu suruh abang Paizo belikan ubat untuk kakak Lynna"

"Kenapa suruh abang pulak yang kena belikan?"

"Sebab abang Paizo ada kuasa kakak Yaya. Boleh terbang tinggi-tinggi, bawa abang Fang jalan-jalan dekat langit.. mesti best sangat-sangat"

Rizu terbayangkan Kaizo terbang di langit biru sambil dukung seorang bayi lelaki iaitu Fang. Mereka berdua bergelak ketawa di langit biru sambil bergurau senda. Air mata Rizu terkeluar sedikit kerana apa yang dia bayangkan tadi, cukup terharu buat diri dia. Fang rasa pelik melihat adik kesayangan dia menangis di situ sambil tersenyum seorang diri

"Rizu kenapa?"

"Takde apa-apa abang Fang. Pizu cuma dapat rasa kebahagian abang Fang dengan abang Paizo sebab korang adalah ADIK BERADIK ALIEN YANG TERHEBAT! PIZU PUN NAK JADI ADIK BERADIK ALIEN JUGA! PAIZO, PANG DAN PIZU SELAMANYA!"

Mereka tergelak melihat gelagat Rizu yang sentiasa ceria walaupun kadang-kadang hati dia dilukai oleh kanak-kanak lain tetapi dia abaikan kesakitan itu kerana dia tahu, daripada dia bersedihan selalu, dia tidak akan menikmati kegembiraan ini seperti sekarang. Dia akui yang dia sangat sayangkan mereka semua. Tanpa mereka, tak mungkin dia menjadi seceria begini pada hari ini dan tak mungkin juga dia akan dapat kata-kata semangat daripada mereka semua

"WUUUU! Kalau Rizu jadi alien.. nanti mesti rambut Rizu jadi macam dia orang juga. Rambut gaya ala-ala haiwan.. hehehee" Boboiboy tergelak kecil di situ "Landak macam landak, kapten hot macam itik.. hehehee"

Tanpa di sedari oleh Boboiboy, aura-aura hitam telah timbul keluar dari badan Yaya dan juga bayi Fang. Mata merah mereka merenung tajam ke arah Boboiboy. Lily pula, perhatikan perangai pelik Boboiboy dan baru dia faham sekarang ini kenapa Fang dan Kaizo sentiasa tidak puas hati dengan diri dia

"Begini ke perangai aku selalu buat dekat Fang dan abang Kaizo?" tanya Lily sambil mengusap dagu

"Dey, kau baru sedar ke?"

"Heheheee... maaf Gopal, aku baru sedar tapi memang menakjubkan sungguh perangai pelik aku" Tiba-tiba sahaja mata Lily bersinar-sinar "Patutlah ramai yang nak berkawan dengan aku sebab aku ni jenis happy-go-lucky!"

"Ah sudah, perangai asal kau sudah datang balik" Lalu Gopal lompat dan ketuk kepala Lily "Tapi... perangai kau macam Boboiboy, memang rasa peliklah pulak.. lepas tu kawan baik ku perangai macam kau, memang terlebih pelik daripada yang pelik. CEPATLAH SIAPKAN ALAT TU WAHAI EMMY! AKU MAHU KAWAN BAIK KU KEMBALI KE JALAN ASAL!"

Lynna dan Tok Aba hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Rizu sudah tergelak sakan melihat gelagat Gopal dan Lily. Manakala Boboiboy pula, dia sudah dikejar oleh Fang yang masih bayi lagi. Fang mahu mengigit kaki Boboiboy dengan gigi kapak dia. Kaizo biarkan sahaja adiknya mengejar Boboiboy. Kepala Lynna semakin pening sehinggalah dia sedar tiga kawan mereka yang lain tiada di situ iaitu Bella, Faye dan Harraz

"Rizu, mana kakak Bella, kakak Faye dan abang Harraz?"

"Kakak Faye temankan Idoli balik ke planet dia. Idoli rindu keluarga dia dekat sana. Kakak Bella ada latihan bola tampar dekat sekolah dan abang Harraz pula, dia tengah study dekat rumah. Abang Harraz tu suka betul study. 24 jam study tapi Pizu kagum dengan abang Harraz sebab tak pernah rasa jemu. Kakak Bella pun rajin berlatih dalam mana-mana sukan. Kakak Bella suka betul bersukan tapi bersukan tu bagus untuk kesihatan kita! Pizu pun nak bersukanlah juga tapi Pizu takut, nanti Pizu sakit pula tapi takpe, Pizu buat senaman yang ringan-ringan sahaja!"

"Bagus Rizu, bagus.. jangan nak duduk goyang kaki sahaja" kata Kaizo dengan nada serius dia "Kalau si Emmy tu tak siapkan lagi alat dia tu, sampai esoklah aku masih begini lagi"

"Jangan risaulah abang Kaizo, Emmy sudah selesaikan pun!" muncul Ying dengan sebuah alat berbentuk empat segi yang ada antena di hujung alat itu "Emmy kata, saya cuma perlu tekan butang hijau ini sahaja dan semuanya akan kembali seperti biasa. Butang merah ini pula untuk ubahkan balik tapi tak tahulah apa yang akan terjadi nanti.. hehee.. sebelum itu, saya ingin minta maaf sebab pergi ubahkan kamu semua termasuklah abang Kaizo sekali"

"Takpe, aku akan maafkan tapi lepas ni, jangan nak buat lagi. FAHAM!"

"Fa-Faham abang Kaizo" Ying siap bagi tabik lagi sambil mengigil tangan dia "Saya be-betulkan keadaan"

Ying menarik nafas terlebih dahulu sebelum menekan butang hijau itu. Dia berharap semuanya berjalan dengan lancar dan tiada pula yang bertukar menjadi benda lain seperti seekor gajah. Rizu cepat-cepat keluarkan anak itik dari kotak dan letakkan di atas rumput hijau. Yaya sudah pun bangun dari tidurnya. Kaizo berdiri di sebelah anak itik itu dan berhati-hati supaya tidak terpijak anak itik comel itu

"Yaya, kamu sudah bersedia?"

"SUDAH!" kata Yaya sambil mengangkat kepak sebelah dia

"Haiyaa.. si Fang masih lagi kejar Boboiboy tapi takpelah.." Ying tekan butang hijau itu. Anak itik itu menjadi besar dan badannya sedikit demi sedikit berubah menjadi Kaizo "Selamat kembali abang Kaizo!" kata Ying sambil tersenyum lebar

"Akhirnya, aku sudah kembali ke diri aku sendiri" Yaya peluk dirinya sendiri "Terima kasih Ying dan juga kepada Emmy tapi mana dia?"

"Emmy tak dapat nak datang maa... sebab robot dia buat hal dekat makmal. Jadi aku sendiri terpaksa betulkan keadaan korang semua.. tapi..." Ying melihat Fang masih lagi mengejar Boboiboy kerana mereka tidak sedar dengan diri mereka sudah kembali kepada yang asal "Haiyaa... masih kejar mengejar lagi. Apa nak jadi dengan dia orang ni"

"Senang aje tu.. MY BBB-CHAN!" Kali ini Lily pula pergi mengejar Boboiboy "KITA SAMA BAJULAH! KITA DUA-DUA PAKAI PAKAIAN YANG SAMA! DUA-DUA WARNA OREN!"

"ERK! TIDAKKKKKK!" Boboiboy berubah menjadi Boboiboy Taufan supaya dia dapat terbangkan diri dia jauh daripada Lily dan juga Fang "Maaf semua" bisik Boboiboy sambil tersengih

"WEI! KAU INGAT KAU BOLEH LARI DARI AKU!" Kuasa bayang-bayang Fang mula timbul di sekeliling badannya "Aku akan kejar kau, Boboiboy!"

"Sampai hati Boboiboy larikan diri dan tinggalkan Lily.." Lily terduduk di situ dan mula berpura-pura menangis sambil melihat Boboiboy Taufan sudah terbang jauh daripada situ "Oh MY BBB-CHAN, apakah kesalahan ku"

"Kesalahan kau adalah tiba-tiba si Boboiboy tu jadi pelik macam kau! Sepatutnya aku kejar kau!"

"Erk!" Lily mendongak ke atas dan takut melihat wajah Fang yang agak menakutkan. Lalu dia tersengih sedikit "Err... hehehee.. LILY LARI DULU!"

Lily mengambil langkah seribu kerana dia tidak mahu menjadi mangsa keamukan Fang. Dia berharap semoga Boboiboy selamatkan diri dia daripada Fang. Kaizo biarkan sahaja kerana dia ingin menikmati teh hijau di kedai Tok Aba. Alat tadi, Ying sudah serahkan kepada Kaizo kerana bagi Kaizo, alat itu perlu di simpan di kapal angkasa dia kerana takut ada orang cuba mengambil kesempatan untuk menyerang mereka di bumi

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Kaizo sudah selesai mengemas dapur, tetapi dia tahu adik dia akan mengemas balik dapur ini kerana tidak menepati kebersihan adiknya. Kaizo hanya mengemas ala kadar sahaja. Bagi dia, asalkan bersih dan kemas dapur itu, ianya sudah cukup buat diri dia. Fang sudah lama pergi ke sekolah bersama Faye. Sekarang ini hanya tinggal dia dengan dua orang budak kecil iaitu Idoli dan Lily si anak kecil. Lily selalu juga datang ke sini untuk bermain bersama Idoli dan juga Rizu. Ibu bapa dia tidak begitu kisah sangat kalau anak mereka mahu ke sini untuk bermain bersama kawan-kawan dia. Mereka mahu melihat wajah anaknya yang sentiasa gembira. Tidak pernah mereka mengambil Lily di sini untuk di bawa pulang dalam keadaan sedih. Kaizo tidak begitu kisah kalau Lily mahu datang ke rumah dia, asalkan jangan buat kepala dia serabut ataupun mengamuk tak tentu pasal

"Masa untuk rehat" bisik Kaizo sambil keluar dari dapur

Setelah kaki dia sudah keluar dari dapur rumahnya, mata Kaizo membulat besar kerana terkejut melihat dua kucing peliharaannya telah di warnakan pada bulu-bulu mereka. Shadow dan Pikachu kelihatan seperti kucing mempunyai bulu dalam pelbagai warna. Mata dia melirik ke arah dua budak kecil yang sedang berseronok melukis sesuatu di atas kertas. Tangan mereka penuh dengan warna-warna cat air. Kaizo cuba hendak mengamuk tetapi dia menarik nafas dan tenangkan diri dia sebentar. Lalu dia pergi ke ruang tamu untuk menyoal Idoli dan Lily si anak kecil

"Kenapa kucing-kucing abang ni berwarna-warni?"

"Maaf abang Kaizo.. kita orang warnakan Pikachu dan Shadow sebab kucing-kucing abang Kaizo pun nak berlawa juga. Jadi kami pergilah cat bulu dia orang cantik-cantik" kata Idoli tanpa rasa bersalah. Dia hanya tersenyum sahaja "Lily pun suka dengan cadangan Idoli tadi. Pikachu dan Shadow pun takde bising-bising"

"Ha ah, betul betul.. dia orang suka aje kita orang cat bulu dia orang" kata pula Lily si anak kecil

"Abang Kaizo jangan risau, nanti kita orang mandikan dia orang"

"Ha ah, nanti Lily mandikan dia orang sebelum Lily pulang ke rumah. Hari tu Lily warna bulu itik dekat sana, terus papa Lily pergi gelakan Lily. Dia kata itik mana sesuai warna biru tapi Lily cakap, abang Kaizo tu sesuai apa warna biru. Lepas tu papa tanya, apa kena-mengena abang Kaizo dengan itik?" Berkerut-kerut dahi Kaizo mendengar cerita Lily si anak kecil. Tangan Lily si anak kecil masih lagi mewarna di atas kertas putih itu "Lepas tu Lily jawab, sebab abang Kaizo tu jelmaan itik juga. Itik warna biru. Lepas tu papa gelak lagi.. Lily pun tak faham kenapa"

"Ohh.. agaknya itu sebab kot kakak Lily panggil abang Kaizo itik. Kakak Lily selalu cerita kisah sumpahan rambut gaya itik" Dahi Kaizo berkerut lagi "Idoli selalu dengar kisah pelik-pelik dari kakak Lily. Hari tu cerita kisah landak dibawa lari oleh sang itik"

"Wah! Macam menarik aje cerita tu" Lily si anak kecil letakkan pencil warna dia untuk mendengar kisah itu dari Idoli

"Cerita tu memang menarik tapi kalau Idoli yang cerita, nanti jadi tak best"

"Idoli cerita ajelah"

"Ok!"

Kaizo sabar sahaja dengan telatah dengan dua budak kecil itu tetapi kesabaran dia untuk mengamuk dekat Lily si pelik, mula membara di hatinya. Lalu Kaizo keluar sekejap dari rumah untuk pergi mengambil udara segar. Setelah dia keluar, Kaizo pejamkan mata sekejap dan lalu menarik nafas yang panjang. Selepas itu dia terus menggenggamkan kedua belah tangannya kerana teringat tentang Lily si pelik. Gelak ketawa dia termain-main di kepala Kaizo

"Ada juga nak kena dengan aku ni. Latihan tempur aku akan berikan kepada si pelik tu atau aku gunakan alat semalam tu. Bagi dia berubah menjadi benda lain... menarik juga tapi kalau tiba-tiba perangai dia berubah menjadi seperti aku, susah juga nanti. Aku kena fikir elok-elok tapi budak dua orang tu.. habis jahanam kucing-kucing aku. Apa nak jadi dengan dia orang ni, kucing aku juga yang jadi mangsa. Kalau bagi hukuman, nanti aku juga yang kena. Aku tidak boleh bagi hukuman sesuka hati sebab apa-apa yang terjadi dekat mereka di sini, aku yang kena bertanggungjawab tapi kalau si pelik tu, dia tu memang setiap hari nak kena dengan aku.."

"Haih, cakap seorang diri ke"

Hati Kaizo terus terkejut dengan datangnya satu suara lembut dari sebelah kanan dia. Mata Kaizo terus melirik ke sebelah kanan untuk melihat siapakah yang menganggu dia sebentar tadi. Kawan baik dia baru tiba di kawasan halaman rumahnya dengan senyuman manis mengukir di bibirnya. Kaizo masih lagi dengan muka serius dia walaupun Lynna berikan senyuman kepada dia

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Kaizo

"Lupalah tu.." Lynna terus bersilang tangan "Semalam kau juga yang suruh aku datang ke sini untuk bawa budak-budak tu pergi berjalan-jalan ke bandar"

"Aku lupa pula... maaf sebab tadi aku asyik fikirkan nak pergi berehat aje. Aku lupa tentang yang lain"

"Tadi kau cakap kau nak bagi hukuman dekat dia orang?" tanya Lynna dengan nada serius "Dia orang kecik jadi, Kaizo. Jangan nak hukum dia orang pulak"

"Aku tahu tapi bukan itu sahaja, aku tak naklah kena marah dengan ibu bapa mereka sebab hukum anak dia orang tapi aku ingatkan, nak guna alat semalam tu" Kaizo boleh namapak wajah Lynna berubah menjadi marah dengan tangan dia masih bersilang lagi "Tapi aku hanya fikirkan sahaja, bukan buat jadi betul-betul pun. Jangan nak risau sangat"

"Hmmm.. yelah Kaizo" kata Lynna sambil berjalan ke depan "Selamatlah aku sampai awal. Kalau tidak, tak tahulah apa yang kau akan lakukan nanti" Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Lynna melihat Idoli mengejar seekor kucing berbulu warna warni di sekeliling rumah "Kenapa ni?"

"KAK LYNNA! ABANG KAIZO!" Idoli menjerit sambil mengejar kucing yang bernama Pikachu "Idoli tengah kejar Pikachu sebab nak mandikan dia"

"Lily si itik tu mana?" tanya Kaizo

"Dia tengah nak mandikan Shadow" jawab Idoli yang tidak putus semangat untuk menangkap Pikachu "Kita orang nak mandikan kucing-kucing abang Kaizo"

"Lynna, kau tolong si Idoli tu. Aku pergi tengok si itik tu sekejap"

Kaizo terus ke bilik Idoli yang penuh dengan mainan itu. Dia gelengkan kepalanya kerana setiap sudut bilik itu penuh dengan mainan tetapi mata dia terpandang luar pintu bilik air. Dia ingin menjerit tetapi dia menahan mulut dia yang tertutup rapat itu. Air-air sabun dari bilik air, mengalir keluar sehingga terkena karpet bilik itu. Habis basah di depan pintu bilik air itu. Lily si anak kecil begitu seronok sekali mandikan Shadow sehingga baju dia habis basah kuyup. Ibu dia ada masukkan baju lebih di dalam beg kecil anaknya. Jadi dia tidak perlu meminjam pakaian Idoli

"Lily! Apa kau sedang lakukan tu?"

"Mandikan Shadow!" Lily si anak kecil sental-sental badan Shadow supaya warna-warna cat itu "Lily nak hilangkan warna warna dekat bulu dia tapi seekor lagi tu lari pulak. Dia tak nak mandi pulak tapi abang Kaizo jangan risau. Idoli tengah kejar dia sampai tangkap!" Dia siram air di badan Shadow. Air itu tidak terlalu sejuk atau terlalu panas, hanya suam suam sahaja

"Hmmm... jangan sampai air terkeluar sangat, habis basah lantai bilik ni"

"Ok! Tapi kalau basah pun.. abang Kaizo akan suruh abang Fang bersihkan nanti"

"Betul jugak tu" kata Kaizo sambil mengusap dagunya "Tapi dia balik lambat lagi.. jangan nak basahkan lantai bilik ni nanti"

Sudah puas dia melihat Lily si anak kecil mandikan Shadow, lalu dia keluar dari bilik itu. Idoli masih lagi mengejar Shadow sehingga mereka hampir terlanggar kaki Kaizo. Lynna cuba hendak tangkap Shadow tetapi kucing itu sangat pantas sekali. Kaki Kaizo terangkat sedikit apabila Shadow lalu di depan dia lagi sekali. Idoli terlanggar kaki Kaizo dan menyebabkan sebuah alat yang diberikan Ying semalam terlepas keluar dari poket seluarnya. Dia terlupa hendak hantar alat itu ke kapal angkasanya kerana terlalu sibuk di bumi. Alat itu terjatuh di atas lantai rumah dan tanpa disedari oleh mereka semua, Idoli terpijak butang merah. Kaizo mula merasai badan dia mula berubah dan object-object di sekeliling dia mula menjadi besar. Diri dia semakin lama semakin mengecil

"APA SUDAH JADI NI?"

"Kaizo!"

Hati Kaizo terkejut dengan panggilan seekor kucing putih. Suara kucing itu dia kenal. Lalu dia melihat kakinya yang berbulu putih oren itu. Dia angkat kaki kanannya, dan terus meraba-raba mukanya dengan tangan berbulu dia yang comel itu. Mata dia terus membulat besar

"KEGILAAN APAKAH INI?!"

"Heheheee... kegilaan kau menjadi seekor anak kucing" jawab kucing putih itu "Dan aku pun jadi anak kucing juga"

"Tapi bagaimana kita boleh jadi kucing ni, Lynna?"

"Hmmm..." Lynna melihat sekeliling. Lalu mata dia terpandang sebuah alat yang agak besar ada di belakang Kaizo "Aku rasa Idoli atau Pikachu terpijak alat ni tadi"

Kaizo pusingkan badan dia. Baru dia sedar bahawa tadi dia terasa sesuatu terkeluar dari poket seluarnya. Dia cuma dapat bayangkan diri dia sedang menepuk dahinya sendiri kerana lupa hendak menyimpan alat itu di kapal angkasanya. Tiba-tiba mata dia ternampak satu makhluk hijau di belakang Lynna. Makhluk itu adalah Picu. Mata dia bersinar-sinar melihat Kaizo dan Lynna menjadi seekor anak kucing. Lidah dia terjulur keluar. Ianya seperti mahu menjilat mereka berdua

"WAH! Abang Kaizo dan kak Lynna jadi kucinglah! Idoli pun jadi kucing juga tapi masalahnya, Idoli tak dapat nak jadi manusia balik.. tak tahu kenapa" Muka Idoli menjadi sedih tetapi hanya sekejap sahaja kerana dia teruja melihat dua anak kucing di depan matanya "Hehehee.. bolehlah Idoli main dengan kak Lynna dan abang Kaizo nanti"

"Eh, bukan ke kalau Idoli jadi kucing, Idoli tidak boleh bercakap.. hanya suara kucing sahaja yang keluar" kata Lynna dengan badan berbulu dia gesel oleh Picu "Macam mana Idoli boleh bercakap?"

"Tak tahu.." balas Idoli

"Mungkin sebab alat itu tadi yang membolehkan Idoli bercakap. Alat itu sendiri dapat mengubah kita dalam pelbagai bentuk, termasuklah perangai kita. Selamatlah diri aku masih aku lagi"

"Tuan Kaizo ni kelakarlah" Mata Kaizo mendongak ke atas. Seorang budak perempuan datang ke arah dia. Kedua belah tangan dia terus angkat badan berbulu Kaizo "Tuan Kaizo kenal tak saya?"

"Siapa?" tanya Kaizo sambil perhatikan wajah muka budak perempuan itu

"Itu Pikachu lah, abang Kaizo" jawab Idoli "Pikachu jadi manusia! Hehehee... best best!"

"PIKACHU?!" Terkejut Kaizo lagi "Turunkan aku sekarang juga! Aku nak pulihkan kita semua"

"Tak nak" Pikachu goyang-goyangkan badan Kaizo "Saya nak main dengan tuan Kaizo!"

"Heheheee... alahai, comelnya tengok Pikachu.. eh eh eh.. siapa angkat aku ni?" Kali ini Lynna terkejut kerana diri dia telah di angkat oleh seseorang. Badan berbulu dia telah di pusingkan dan apa yang Lynna nampak, seorang budak lelaki sedang memegang erat diri dia "Ini siapa pulak?"

"Ini Shadow" kata budak lelaki itu "Pikachu, kita main dengan dia orang nak tak?"

"NAK NAK!" kata Pikachu sambil meloncat-loncat di situ. Kaizo masih lagi berada di dalam pegangan Pikachu. Kepala dia rasa sedikit pening kerana Pikachu "Tengok, Picu pun setuju dengan kita! YEAHHH!"

"Tak boleh!" kata Kaizo dengan tegasnya "Turunkan aku sekarang juga!"

"Tak nak, kami nak main dengan tuan Kaizo dan puteri Lynna. Idoli dan Lily pun boleh sertai kita juga" jawab Pikachu

"Err.. mana Lily?" tanya Lynna

"Lily ada dekat sini! LILY JADI ANAK KUCING! LILY SUKA! LILY SUKA!" Lily berlari-lari di sekeliling kaki Shadow sambil menjerit "LILY SUKA! LILY SUKA! LILY SUKA! DULU LILY JADI ITIK! SEKARANG LILY JADI KUCING PULAK!"

Muka Kaizo bertukar menjadi masam. Hati dia panas kerana tidak dapat melakukan apa-apa. Dia terpaksa terima apa sahaja yang Pikachu dan Shadow akan lakukan ke atas diri dia. Pada masa yang sama, dia berharap sangat Lily si pelik tidak datang ke rumah kerana dia tidak mahu melihat diri dia menjadi mangsa dari Lily si pelik

"Shadow tahu! Kita main tea party! Idoli ada banyak mainan dekat dalam bilik dia"

"WAH! IDOLI SUKA!" Idoli melompat-lompat di situ tanda suka "Jom kita main! Seronoknya bila Pikachu dan Shadow jadi manusia"

"Aku juga yang rasa tak seronok" bisik Kaizo

Diri Kaizo sudah dipeluk oleh Pikachu. Kepala berbulu dia dibelai manja oleh Pikachu juga. Hati Kaizo rasa seronok pula tetapi dia kena kawal diri dia. Kaizo terpaksa cari jalan untuk kembalikan badan dia dan juga orang lain kepada yang asal. Dia melihat diri Lynna di peluk oleh Shadow. Lynna begitu mesra sekali dengan Shadow. Mereka semua melangkah masuk ke dalam bilik Idoli. Picu melompat-lompat masuk ke dalam bilik itu sekali. Pikachu letakkan Kaizo di atas katil

"Tuan Kaizo jangan lari ok" Pikachu tepuk-tepuk manja kepala Kaizo "Kita main tea party sama-sama ok. Saya nak sediakan kerusi dan meja mainan untuk orang-orang yang hadir nanti"

"Puteri Lynna pun jangan lari" Lynna telah di letakkan bersebelahan dengan Kaizo

Mereka berdua duduk di atas katil itu sambil melihat kesungguhan dua anak-anak kecil itu menyusun meja dan kerusi di tengah-tengah bilik. Makanan mainan telah di susun dengan begitu cantik sekali di atas meja mainan itu. Picu duduk di atas salah satu kerusi mainan. Pikachu tersenyum melihat Picu. Lalu dia pergi letakkan sebuah ribbon biru di atas kepala Picu. Idoli dan Lily tidak sabar untuk bermain sekali. Mereka tidak berdiam diri di situ. Mereka berdua asyik ikut kaki Shadow dan Pikachu sahaja. Lynna tergelak kecil melihat gelagat dua anak kucing itu

"Shadow! Kita pakaikan mereka pakaian pun ok juga!"

"ERK?!" Kaizo cuba hendak larikan diri tetapi Pikachu begitu pantas sekali mengangkat dirinya "Apa kau hendak lakukan terhadap aku?"

"Hehehee..." Pikachu terus pakaikan sebuah topi bulat yang mempunyai bunga-bunga palsu di sekeliling topi itu. Lalu leher Kaizo telah diikatkan dengan ribbon pink "WAH! COMELNYA TUAN KAIZO!"

"AKU TAK COMELLAH!" jerit Kaizo dengan begitu geram sekali

"Tuan Kaizo kalau marah pun, tetap comel" Pikachu peluk Kaizo di dadanya "Gebu betul kucing ni"

"Hehehee... janganlah marah sangat Kaizo. Kita mainlah dengan dia orang sampai dia orang penat" Lynna kenyitkan mata sebelah dia kepada Kaizo. Lalu Kaizo dapat mengagak apa yang Lynna cuba sampaikan "Mari kita bergembira!"

"Yeahh! Puteri Lynna memang baik orangnya" Shadow ikat ribbon pink di ekor Lynna "Puteri Lynna tak garang macam Tuan Kaizo. Tuan Kaizo suka sangat panggil Shadow dengan panggilan Pang. Tuan Kaizo suka buli tuan Fang tapi kadang-kadang tu, dia orang nampak sweet sangat! Kemesraan dia orang buat Shadow rasa bahagian dan sangat bertuah dapat menjadi kucing peliharaan mereka"

"Puteri Lynna! Ok tak tuan Kaizo?" Pikachu tunjuk kucing bermuka masam di hadapan mata Lynna. Kaizo tidak begitu puas hati kerana diri dia telah dipakaikan dengan gaun berwarna biru "Lawa tak?"

"Heheheee... sangat lawa" kata Lynna sambil ketawa kecil

"Ada juga nak kena ni" bisik Kaizo

Diri Kaizo telah didudukkan di atas kerusi mainan. Dia mahu lari dari situ tetapi boleh ke dia berlari di dalam gaun biru ini. Jadi dia terpaksa bersabar dan lakukan sangat rancangan Lynna tadi. Di sebelah kiri dia pula adalah Lynna dan sebelah kanan dia adalah Idoli. Manakala di hadapan dia adalah Lily si anak kecil dan Picu dengan matanya sebeleh kecil, sebelah besar. Kaizo melihat apa yang ada di atas meja. Pinggan dan cawan-cawan mainan telah di susun dengan baik di situ. Makanan mainan pun telah disediakan juga. Shadow dan Pikachu begitu seronok sekali melihat anak-anak kucing dan Picu duduk dengan baiknya di atas kerusi mainan. Mereka tidak sabar untuk bermain bersama dengan anak-anak kucing tersebut dan juga Picu

"Heheheee... hari ini adalah tea party kepunyaan tuan Kaizo atau kita panggil dia PERMAISURI KAIZO!" Pikachu pura-pura tuang tea di dalam cawan Kaizo "Permaisuri Kaizo telah menjemput puteri Lynna dan kedua adik comelnya iaitu putera Idoli dan putera Lily!"

Kuku tajam Kaizo sudah terkeluar sedikit kerana dia terasa diri dia telah dipermainkan dan imej dia sebagai seorang kapten telah dicalarkan oleh kedua-dua mereka. Lynna usik-usik tangan Kaizo sedikit supaya kawal kemarahan dia dan teruskan sahaja bermain bersama mereka sehingga mereka tertidur kerana terlalu penat. Kaizo terpaksa bersabar dan ikut sahaja dengan permainan dari Pikachu dan Shadow

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hampir 3 jam mereka bermain di dalam bilik Idoli. Akhirnya Picu, Pikachu, Shadow, Idoli dan Lily si anak kecil tertidur di atas katil. Kaizo dan Lynna berpura-pura tidur. Selama 3 jam itulah, Kaizo terpaksa bersabar dan bersabar supaya tidak mengamuk. Kaizo dan Lynna mengintai sedikit dan dapati kedua anak kecil itu sudah tertidur dengan nyenyaknya. Mereka berdua berjalan keluar dari bilik itu secara senyap. Alat tadi masih lagi ada di atas lantai. Tidak diusik oleh sesiapa pun. Kaizo rasa sangat lega kerana tidak lama lagi, dia dapat kembali kepada yang asal

"Cepatlah tekan butang hijau tu, Kaizo"

"Yea, aku nak cepatlah ni.. tak tahan aku dikerjakan oleh dia orang tu" Kaki dia menekan butang hijau itu

"Badan kita mula berubah!" Lynna melihat diri dia semakin lama semakin membesar dan dia sudah menjadi diri dia yang sebenarnya. Shadow dan Pikachu sudah kembali menjadi kucing. Manakala Idol "Seronok juga jadi kucing tadi.. tapi..." Dia merapatkan kedua bibirnya supaya tidak gelak di hadapan Kaizo

"Kenapa? Tapi apa?" tanya Kaizo

Lynna tunjuk ke arah cermin yang gantung di dinding rumah, supaya Kaizo dapat melihatnya sendiri. Kaizo dengan perasaan curiga, dia terus melihat dirinya di cermin. Mukanya menjadi merah kerana terlampau marah tetapi ada perasaan malu juga. Topi yang dia pakai tadi masih lagi ada di kepalanya. Begitu juga dengan pakaian gaun biru dia. Tiba-tiba pintu rumah dibuka luas

"ABANG! ADIK SUDAH PULANG!" Fang tidak terkejut dengan adanya Lynna di dalam rumah itu tetapi dia terkejut melihat abangnya "HAHAHAHAHAHAHAAA! ABANG BUAT APA TADI SAMPAI PAKAI PAKAIAN MACAM SEORANG PUTERI? ABANG PERGI MENYAMAR KE ATAU BERLAKON DALAM CERITA DRAMA? HAHAHAHAHAHAHAAAA!"

"APA KAU CAKAP PANG?"

"Hahahaaa! Abang ni.. buat lawaklah... siap pakai topi bunga-bunga lagi" Fang tidak dapat menahan gelakan dia "Abang nak adik panggil abang, kakak Kelly ke? atau kakak Kimberly? Heheeheee..."

Kaizo terus koyakkan gaun biru itu dengan begitu marah sekali. Selamat baju asal dia ada di sebalik pakaian gaun biru itu tadi. Fang sudah menggigil kerana abang dia sudah pun keluarkan pedang tenaganya. Dia berundur sedikit dem sedikit sambil tersengih di situ

"A-a-a-a-a-adik LARI DULU! ADIK PERGI TIDUR RUMAH BOBOIBOY!"

"SIAP KAU PANG! PEDANG TENAGA!"

Lynna gelengkan kepala sambil melihat Kaizo mengejar adiknya. Dia angkat alat itu tadi dan mungkin dia sendiri yang akan pergi simpan alat itu di dunia fantasinya. Kedengaran Fang menjerit sekuat hati, boleh didengari oleh Lynna dari dalam rumah. Dia terpaksa pergi selamatkan Fang sebelum Kaizo bertindak ganas seperti biasa tetapi dia tidak boleh tinggalkan Idoli dan Lily seorang diri di rumah

"Takpelah, aku tunggu sampai Faye pulang ke rumah.. maaf Fang, akak tak dapat nak selamatkan Fang dengan segera" Lynna tersengih bersendirian di situ

-----------------------------------------------------

Entah kenapa akak suka tengok cartoon ni xD rasa seronok pula

https://youtu.be/_Rp0OqEA0sA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com