Pertarungan Terakhir
"Abang! Pang nak peluk abang!
"Abang, adik sayang abang!
"UWAAA! Abang.. kaki Pang sakit.."
"Abang, Pang nak susu!"
"Abang.. mana ibu dan ayah? Adik nak balik rumah"
"Abang.. jom kita main bola"
"Abang.. adik lapar"
"ABANGGGGG!"
Kaizo terjaga dari mimpi dia. Mimpi itu adalah mimpi memori dia bersama adiknya semasa mereka kecil sehinggalah sekarang. Tangan dia merayap ke arah tangan adiknya dan lalu dia menggenggam tangan itu seeratnya. Kini dia berada di hospital sambil menunggu adiknya sedarkan diri. Dia masih ingat lagi kejadian hari itu. Sewaktu Fang selamatkan abang dia, diri dia terus rebah dan sempat di sahut oleh Kaizo sendiri. Kaizo tidak pergi mengejar Lepus yang sudah melarikan diri. Dia hanya peluk adiknya dan paling penting sekali, adalah membawa adiknya terus ke hospital. Kaizo juga tidak lupakan ketika dia melihat adiknya diusung masuk ke dalam bilik pembedahan. Dia juga diberitahu oleh doktor bahawa Fang kehilangan banyak darah dan adiknya perlukan darah yang sesuai. Kaizo adalah satu-satunya mempunyai darah yang sesuai untuk Fang. Maka, dia bersetuju untuk menderma darahnya kepada adik dia
"Kaizo, kau ok?" tanya seseorang yang bersuara lembut
Kaizo hanya mengangguk kepalanya kepada Lynna. Sudah dua hari dia tidak keluar dari bilik adiknya dan dua hari jugalah, adiknya tidak sedarkan diri lagi. Lynna ada membawa makanan untuk Kaizo tetapi makanan itu tidak diusik. Kaizo tidak pergi mencari Lepus kerana dia perlukan berehat setelah dia habis dermakan darahnya. Kepala dia pening sedikit pada ketika itu. Pada hari ini, dia sudah kelihatan bersemangat balik tetapi hati dia sedih melihat adiknya terlantar di katil hospital
"Kaizo.. kalau kau nak pergi, kau pergi ajelah. Aku akan jaga adik kau"
"Yea.. aku memang nak pergi tapi.. aku tak naklah sewaktu ketiadaan aku nanti, sesuatu yang buruk terjadi dekat adik aku. Aku tak nak kehilangan dia"
"Tak, aku yakin kau tidak akan kehilangan dia. Aku pasti dia akan bangun selepas kau pulang nanti"
"Terima kasih" Kaizo bangun dari kerusinya "Kau jaga dia dengan baik dan kalau dia bangun, jangan bagi dia cari aku. Suruh dia berehat"
"Kalau dia degil juga?" tanya Lynna
"Kau bagilah dia ubat tidur ke.. apa-apa yang boleh buat dia tenang" Lynna terus bersilang tangan sambil berikan renungan tajam dia ke arah Kaizo "Kau sendiri tak nak tengok dia degil dan mengamuk tak tentu pasal"
"Yelah Kaizo"
"Tapi aku percaya, dia akan tenang dan sabar menunggu kepulangan aku" Kaizo mengusap-gusap rambut adiknya "Jangan risau, Pang. Abang akan kalahkan si Lepus tu. Kau tunggu sahaja. Abang akan datang balik dan bawakan berita gembira"
"Kaizo.. kau hati-hati tau"
"Yea.. aku akan berhati-hati dengan si Lepus tu" Kaizo cium dahi adiknya sebelum dia melangkah pergi "Tunggu abang pulang" bisik Kaizo
Pintu bilik itu tiba-tiba di ketuk oleh seseorang. Lynna pergi membuka pintu itu. Boboiboy dan rakan-rakan dia ada di hadapan bilik Fang. Mereka semua datang untuk melawat Fang. Satu per satu daripada mereka masuk ke dalam bilik tersebut. Kaizo terpandang sebuah kotak putih yang dibawa oleh Lily. Selepas itu, Rizu dan Idoli pula membawa masuk plushie-plushie di dalam pelukan mereka. Kaizo mula berkerut-kerut dahi
"Kenapa kamu berdua bawa anak patung pulak ni?" tanya Kaizo dengan nada yang tegas
"Sebab Pizu nak anak patung ni semua temankan abang Fang. Kasihan abang Fang takde teman nanti. Abang Paizo pun mesti nak pergi tangkap orang jahat tu dan abang Fang terpaksa tinggal dekat sini sorang-orang. Jadi Pizu dan Idoli bawalah semua anak patung ni. Anak patung landak pun ada juga" kata Rizu. Mata Rizu pada ketika itu, kelihatan sedih kerana abang kesayangan dia masih belum sedarkan diri lagi
"Hmm... tapi jangan letak banyak-banyak. Satu dua pun sudah cukup" kata Kaizo
"Baik abang Paizo!" balas Rizu
"Katak Pili boleh join sekali ke?" tanya Idoli
"Katak Pili? Kau ada bawa masuk seekor katak ke? atau maksud Idoli si katak Pili tu adalah si pelik tu"
"Bukan kakak Lily tapi anak patung katak yang kakak Lily buat. Nama anak patung tu ialah katak Pili"
"Hmmm... anak patung tu boleh join sekali" kata Kaizo "Dan si pelik ni.." Mata dia terus melirik ke arah Lily yang sudah terduduk di atas kerusi sofa bilik itu. Suara dia berubah menjadi garang "Kenapa kau bawa donut lobak merah? Kau tahukan si Pang masih belum sedarkan diri lagi. Kau nak sumbat dekat dalam mulut dia ke?"
"Err... Donut ni memang untuk landak pun tapi ok juga idea abang Kaizo tu. Sumbat dalam mulut dia banyak-banyak, mesti dia akan terus bangun! Tapi.. uwaaa! Kalau landak belum sedarkan diri lagi, terpaksalah Lily makan donut ni khas untuk dia. Adakah salah apa yang Lily hendak lakukan nanti?" Kaizo terus memicit dahinya kerana pening dengan sikap Lily "Abang Kaizo nak donut ke?"
"Kau makan ajelah" balas Kaizo kepada Lily
"Aku nak satu boleh?" tanya Gopal
"Tak boleh! Sebab Lily sudah berjanji dengan donut ini, bahawa Lily akan makan donut-donut ini semua bagi pihak landak! Jangan risau landak, Lily akan habiskan semua 12 dozen donut lobak merah ni"
Terkejut kawan-kawan dia selepas mendengar 12 dozen donut lobak merah. Mereka semua pandang ke arah Lily yang sudah membuka kotak donut itu. Lily perasan diri dia sedang di lihat oleh kawan-kawannya. Lalu dia tersengih sambil mengambil salah satu donut lobak merah
"Hehehee.. jalan risau, lagi 11 dozen ada dekat rumah landak" kata Lily sambil tersengih lagi
"Apa-apa ajelah kau" Kaizo terus menjejak langkahnya keluar dari bilik itu "Lynna, kau jaga mereka semua. Terutama sekali adik aku"
"Kau pun, jaga diri kau" Kaizo berikan senyuman dia kepada Lynna "Janji dengan aku dan adik kau, yang kau akan kembali"
"Yea, aku janji.. jangan nak risau sangat"
"Abang Kaizo nak kami pergi sekali ke?" tanya Boboiboy "Kita orang boleh tolong abang Kaizo untuk kalahkan Lepus tu"
"Ha ah, kita orang tak naklah tengok abang Kaizo lawan dengan si Lepus tu seorang diri. Bagilah kami bantu sekali" pujuk Yaya "Kami semua kawan Fang. Kami semua ingin melihat Lepus kalah dan di bawa masuk ke dalam penjara TAPOPS"
"Maaf.. kamu semua tidak boleh ikut" Kaizo tidak berkata apa lagi. Dia terus keluar dari bilik itu "Maaf semua" bisik Kaizo
"Kenapa abang Kaizo tak nak bagi kita orang ikut sekali?"
"Entahlah Ying. Kalau kita senyap-senyap pergi.. dia marah ke tak nanti?" Boboiboy berdiri di sebelah katil Fang "Mungkin abang Kaizo akan marah atau abang Kaizo syukur dengan kehadiran kita"
"Abang Boboiboy nak pergi tolong abang Paizo juga ke?" tanya Rizu sambil susun semua plushie di hujung kaki. Salah satu plushie landak, dia letak di bawah tangan Fang "Hehehe... abang Fang nampak comel dengan plushie-plushie ni!"
"Tapi bila abang Fang nak bangun. Idoli rindukan abang Fang"
"Pizu pun rindukan abang Fang juga" Wajah ceria Rizu tadi berubah menjadi sedih. Air matanya mengalir keluar sedikit. Dia terus mengesat air mata tersebut "Abang Fang bangunlah, Pizu rasa tak best bila abang Fang takde"
"Rizu bercakaplah dengan dia. Mungkin dia boleh dengar suara dan mungkin dia akan bangun"
"Yolah, betul cakap kak Lynna tu. Rizu kan suka berceloteh. Rizu ceritalah macam-macam dekat abang kamu tu" Ying mengusap kepala Rizu "Kamu jangan sedih sangat maa.. lagi Rizu sedih, lagi itulah Fang tak sedarkan diri lagi"
"Ok kakak Ying.. Pizu akan menjadi lebih semangat tapi mesti abang Fang nak dengar suara abang Paizo. Dia nak abang dia bukan adik angkat dia"
"Rizu jangan kata begitu. Abang Fang mesti tahu yang abang Kaizo terpaksa pergi untuk kalahkan musuh kita. Jadi dia mesti tunggu Rizu untuk datang nak temankan dia buat sementara. Abang Fang sayang Rizu macam abang dia juga" Yaya angkat tangan kecil Rizu. Lalu dia letak di atas tangan Fang "Rizu sudah menjadi sebahagian adik beradik mereka"
"Terima kasih kakak Yaya" Rizu tersenyum kecil sambil melihat muka Fang. Tangan dia menggenggam sedikit tangan Fang "Abang Fang, Pizu ada dekat sini. Pizu akan jaga abang Fang"
"Idoli pun nak jaga abang Fang. Boleh ke kita duduk dekat sini?" tanya Idoli kepada Lynna
"Idoli dan Rizu kena balik rumah bila dah malam tapi kamu berdua jangan risau, akak ada dekat sini untuk temankan Fang. Nanti akak suruh Faye bawa kamu berdua pulang ke rumah"
"Terima kasih kak Lynna" kata Rizu "Pizu berharap, abang Paizo akan kembali dengan secepat mungkin dan pada masa yang sama, abang Fang akan bangun dan dia orang berdua dapat bersatu semula menjadi adik beradik yang hebat! Hehehee"
"Kita semua berharap begitu juga, Rizu" bisik Boboiboy
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebuah kapal angkasa besar sedang berlegar-legar di ruang angkasa. Kapal itu adalah sebuah stesen milik seorang alien durjana dan juga musuh kepada Kapten Kaizo. Dia adalah Lepus. Dia tidak sabar dengan kehadiran Kaizo di dalam kapal angkasanya nanti. Dia mempunyai satu rancangan khas untuk Kaizo dan juga penduduk-penduduk di Pulau Rintis. Dia sudah bersiap dengan askar-askar itiknya. Dia mahu hancurkan segala-galanya yang ada di Pulau Rintis, termasuklah merampas jam-jam kuasa dari para adiwira iaitu Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying
Lepus melihat skrin yang ada di hadapannya, sebuah kapal angkasa sedang menuju ke arah kapalnya. Dia tahu bahawa itu adalah kapal angkasa milik Kaizo. Dia tidak akan menyerang kapal angkasa tersebut. Dia biarkan kapal itu datang dan dia hanya perlu tunggu sahaja
Di dalam kapal angkasa Kaizo, Lahap rasa tidak begitu sedap hati melihat kaptennya pergi seorang diri untuk kalahkan musuh mereka. Dia menoleh sedikit untuk melihat kapten dia sedang duduk bersilang kaki. Muka Kaizo pada ketika itu, kelihatan marah sehingga membuatkan Lahap tidak berani menegur kaptennya
"Lahap, kau duduk sahaja di sini nanti"
"Tapi kapten.. tak kan saya nak biarkan kapten seorang diri dekat dalam kapal angkasa Lepus tu"
"Hmm.. baiklah tapi kau kena cari ahli-ahli TAPOPS yang dia sudah culik itu. Lepaskan mereka dan bawa mereka pulang ke stesen TAPOPS"
"Habis tu.. kapten pula?" Lahap pusing kebelakang untuk melihat kaptennya
"Jangan risau tentang aku. Yang penting adalah ahli TAPOPS. Aku mahu mereka pulang dengan selamat"
"Baiklah kapten" Lahap pusing ke depan balik untuk memandu kapal angkasa itu. Dia tahu bahawa kommander Kokoci tidak akan biarkan Kapten Kaizo keseorangan. Kapten dia akan dapat bantuan nanti
Semakin lama semakin dekat kapal angkasa mereka dengan stesen Lepus. Sebuah pintu besar yang boleh muatkan sebuah kapal angkasa, telah di buka di tepi dinding stesen itu, Lahap tidak teragak-agak memandu masuk ke dalam pintu itu tersebut. Kaizo sudah pun berdiri dari tempat duduknya
"Lahap, ikut dengan rancangan kita. Kau pergi selamatkan ahli pasukan TAPOPS dan aku pergi cari si Lepus tu"
"Kapten.."
"Kau nak apa lagi?" tanya Kaizo
"Hati-hati.. dan jangan berdendam sangat kerana mengikut cerita kapten, si Pang tu hanya mahu melindungi diri kapten sahaja"
"Yea... aku tahu" kata Kaizo dengan nada yang agak perlahan "Tapi aku tidak ampunkan dia apa yang dia sudah buat terhadap kita semua selama ini. Aku tidak akan biarkan dia berjaya kali ini. Walaupun aku tidak dapat hapuskan dia pada kali pertama, tapi kali ini, aku yakin.. aku dapat hapuskan dia"
"Atau humbankan dia ke dalam penjara TAPOPS"
"Yea.. mungkin itu juga" Kaizo terus ke pintu bilik kawalan. Pintu itu di buka secara automatik "Ingat, jangan tunggu aku"
"Baik kapten" Lahap tahu apa yang dia lakukan akan buatkan kapten dia marah tetapi dia mahu seseorang yang boleh menolong kaptennya. Hanya seseorang sahaja yang terlintas di dalam pemikirannya iaitu Lynna "Kalau aku hubungi Lynna, mungkin aku sempat ke bumi dan mengambil Lynna untuk pergi membantu kapten. Aku harap, apa yang aku buat ini adalah betul"
Lahap mendaratkan kapal angkasa kaptennya di sebuah ruang yang lapang. Tempat itu adalah tempat khas untuk menyimpan kapal angkasa yang lain atau tempat mendarat bagi mana-mana kapal angkasa yang masuk ke dalam stesen kapal angkasa itu. Dia melihat di skrin besar untuk perhatikan suasana tempat itu. Hanya ada kapal angkasa tersusun di atas tempatnya tersendiri. Tiada orang yang lalu lalang atau menghalakan senjata mereka ke arah kapal angkasa Kaizo
"Semuanya selamat, kapten"
"Bagus.." Kaizo keluar dari bilik itu secara senyap. Bibir dia tertutup rapi. Diri dia sudah bersedia menghadapi apa jua yang bakal akan berlaku nanti "Mari kita pergi"
Dengan lantasnya, Lahap bangun dari kerusi itu untuk pergi ikut kaptennya. Dia tidak sempat untuk menghubungi Lynna. Dia berfikir, semasa dia sudah menghantar ahli-ahli pasukan TAPOPS ke stesen mereka, dia akan terus ke bumi untuk mendapatkan bantuan dari Lynna. Itu yang di fikirkan oleh Lahap. Dia dan Kaizo masuk ke dalam sebuah lif untuk turun ke bawah. Mereka tidak berkata apa di dalam lif itu. Hanya debaran di jantung Lahap sahaja sehingga Kaizo dapat mendengar degupan jantung itu
"Kau kenapa? Takut ke?"
"Mana adalah kapten" Lahap tersengih
"Habis tu? Kenapa aku boleh dengar debaran jantung kau tu"
"Errr... sebab saya.. saya.. hehee.." Lahap tidak tahu hendak menjawab apa. Jadi dia berikan senyuman dia yang nampakkan gigi kuningnya
"Apa-apa ajelah kau ni.. entah-entah, virus Lily sudah menular di dalam badan kau tu" Lahap terus tersengih lagi. Pintu Lif itu terbuka setelah mereka sampai di bahagian bawah "Kita berpisah dari sini. Kau cari mereka dan aku akan cari si Lepus tu"
"Baik kapten"
Kaizo keluarkan pedang tenaga dia. Lalu dia belok ke arah kirinya dan ternampak sebuah pintu besar yang sudah terbuka luas. Lahap perhatikan kaptennya sudah menuju ke arah pintu itu. Lalu dia ikut di belakang kaptennya. Mata dia perhatikan sekeliling tempat lapang itu supaya tiada apa yang cuba hendak menyerang mereka berdua. Semuanya sunyi dan ini membuatkan Kaizo dan Lahap rasa curiga
"Dia orang sorokkan diri ke, kapten?"
"Syhh..." Kaizo mengintai di luar bilik itu. Mata dia perhatikan apa yang ada di luar bilik itu. Kosong, itu yang dia nampak "Hmm.. adakah dia ingin memudahkan diri aku untuk mencari dia?"
"Mungkin juga, kapten tapi.. jangan terperdaya dengan perangkap dia"
"Yea.." balas Kaizo "Lahap, kau ikut kiri dan aku terus ke depan. Cari mereka sampai dapat" Dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Lahap sudah pun mengambil laluan ke kiri
Mereka berpisah di situ. Kaizo tidak mahu berasa selesa dengan keadaan kapal angkasa Lepus yang agak sunyi itu. Dia tidak mahu termasuk ke dalam perangkap Lepus. Dia juga tahu Lepus sedang perhatikan dia dari sebuah bilik. Mungkin bilik itu adalah bilik kawalan, fikir Kaizo. Dia tidak teragak-agak lagi, dan terus mencari bilik kawalan. Kaizo berhenti apabila terdapat dua jalan untuk dia lalui. Satu ke arah kanan dan satu lagi ke arah kiri. Dia lihat di sebelah kiri dia, terdapat pintu-pintu besi tertutup rapat di situ dan di sebelah kanan dia pula, hanya dinding besi sahaja. Kaizo ikut kata hatinya, dia memilih laluan koridor kiri yang penuh dengan pintu-pintu besi. Dia membuka pintu yang pertama itu. Tiada apa di dalamnya, hanya sebuah katil kosong dan almari baju. Dia tutup pintu itu balik. Dia terus ke depan dan berhenti di pintu yang seterusnya. Dia menarik nafas dan terus membuka pintu itu
"Kaizo.." Mata Kaizo terkejut melihat kedua orang tuanya ada di depan matanya
"Ibu? Ayah? Apa semua ni.. bukan ke ibu dan ayah sudah lama tiada" Kaizo tidak percaya ibu dan ayahnya ada di situ. Adakah semua ini hanyalah mimpi sahaja? fikir Kaizo
"Takdelah.. mana kamu dapat cerita tu.." kata ibunya "Ibu dan ayah terselamat semasa serangan askar-askar Ratu Lily"
"Ini bukan ibu dan ayah aku.. kerana aku sendiri nampak mereka mati di depan mata aku!" Kedua ibu bapa Kaizo terus hilangkan diri mereka bagaikan asap. Kaizo pandang ke atas dan lalu menjerit "KAU CUBA MEMPERMAINKAN PERASAAN AKU?"
"Hahaha... nampak sangat aku tidak berjaya mempermainkan kau tapi takpe.. ada lagi permainan yang kawan-kawan adik kau akan hadapi nanti" Suara Lepus timbul di dalam bilik itu
"Apa maksud kau?" Kaizo pandang ke arah kiri dan kanannya. Tiada siapa di situ, hanya dia seorang sahaja "Aku akan hentikan permainan kau"
"Boleh ke? Kalau kau nak cuba.. marilah cari aku dan hentikan semua ini. Oh yea.. permainan yang aku maksudkan itu adalah permainan yang akan bakal tiba di Pulau Rintis nanti"
Kaizo terkejut. Dia berlari ke arah tingkap bilik itu. Kapal angkasa Lepus sudah semakin hampir dengan bumi. Kaizo tidak boleh melengahkan masa lagi. Dia perlu hentikan perbuatan Lepus sebelum semuanya terlambat. Dia berlari keluar dari tersebut. Dia tidak lagi memeriksa kesemua pintu di situ kerana dia sudah tiada masa. Pemikiran dia hanya fikirkan tentang keselamatan adiknya di bumi. Dia tidak askar-askar Lepus tiba di bumi dan lebih teruk lagi, tangkap adik dia yang masih tidak sedarkan diri. Dia tidak akan benarkan perkara itu berlaku
"Abang, hapuskan dia sebelum dia sampai ke bumi"
"Tak Pang. Abang tak kan benarkan dia sampai ke bumi dan serang tempat tinggal kita" Kaizo boleh dengar kata-kata adiknya di dalam hati dia. Suara adiknya itu memberikan dia semangat untuk berjuang "Abang akan kembali ke sisi kau Pang. Abang tidak akan tinggalkan kau seorang diri di bumi" bisik Kaizo
Dia terus berlari di koridor itu seorang diri. Dia tidak akan berputus asa. Ini semua demi adiknya yang tersayang
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang! Abang nak lolipop tak?"
"Hmm... abang tak nak. Nanti gigi abang rosak kalau abang makan gula-gula"
Fang duduk di atas riba abangnya sambil melihat gula-gula lolipop itu. Pada ketika itu, dia dan abangnya masih kecil. Abang dia nampak muda dan Fang pula, masih kanak-kanak lagi. Mereka berdua sedang duduk di bawah pokok sambil berkelah dengan ibu bapa mereka
"Abang.. adik comel tak?"
"Adik abang mestilah sentiasa comel"
"Abang.. adik ni nakal tak?" tanya Fang lagi
"Hehehe.. banyak betul pertanyaan kau"
"Pang nak tahu aje"
"Betul ke adik nak tahu?" Fang angguk kepalanya "Adik memang nakal pun, sama macam abang!"
"Abang nakal, Pang pun nakal" Fang terus berdiri apabila dia nampak kedua ibu bapanya sedang menuju ke arah mereka. Dia gembira melihat mereka berdua ada di situ "IBU DAN AYAH DAH SAMPAI! YEAHH!"
"Fang, bangun Fang"
"Hah? Kenapa ibu suruh adik bangun?" Fang garu-garu kepala dia kerana rasa pelik dengan ibunya "Adik bukannya tidur pun"
"Fang kena bangun.. Fang kena pergi tolong abang"
"Apa yang ayah katakan ni?" Fang menoleh kebelakang untuk melihat abangnya tetapi abang dia tiada di situ "Abang? Mana abang? Ibu ayah, mana abang?"
Keiko melutut di depan anaknya. Mata dia terkebil-kebil melihat ibunya. Tangan Keiko mengusap pipi anaknya. Muka dia kelihatan sedih dan Fang tidak tahu kenapa ibunya nampak sedih
"Ibu, kenapa ibu sedih?"
"Ibu cuma nak Fang bangun sahaja"
"Bangun?"
"Yea Fang. Fang kena bangun dari sini" kata ayahnya pula. Kai duduk di sebelah isterinya "Fang perlu sedarkan diri dan pergi tolong abang kamu"
"Kenapa dengan abang?"
"Abang kamu sekarang ini sedang dalam bahaya. Fang kena bangun"
"Abang dalam bahaya?" Fang pusing kebelakang "Kalau macam tu, Pang kena cari abang.. ABANG!" Dia perhatikan sekeliling dia untuk mencari abangnya. Lalu dia terkejut kerana kedua ibu bapanya juga turut hilang dari situ "Ibu ayah? IBU! AYAH! ABANG! JANGAN TINGGALKAN ADIK!"
"Abang Fang!" Satu suara kecil memanggil namanya. Fang mencari-cari dimanakah suara itu datang "Abang Fang" Tangan Fang di sentuh oleh seseorang. Dia meliha ke arah kirinya
"Siapa kau?" tanya Fang
"Ini Pizu.. abang Fang tak kenal ke?"
"Pizu?" Budak lelaki itu peluk Fang sepuas hati "Kenapa kau peluk aku?"
"Abang Fang tak ingatlah tu tapi takpe.. Pizu akan ingatkan abang Fang balik! Pizu ni adik kesayangan abang Fang!"
"Adik? Aku ada seorang adik ke?" bisik Fang sambil memicit kepala dia "Ibu dan ayah ada tiga orang anak ke?"
"Bukanlah abang Fang.. Pizu ni adik angkat sahaja.. hehee.. tapi nama Pizu ialah Rizu.. dan Pizu selalu panggil abang Kaizo, abang Paizo.. cuma abang Fang aje Pizu tak panggil abang Pang sebab nama Pang tu hanya untuk abang Paizo sahaja. Abang Paizo sayangkan abang Fang. Pizu pun sayangkan abang Fang juga"
Tangan Fang mula membalas balik pelukan Rizu tadi. Air matanya mengalir keluar sedikit. Dia tidak tahu kenapa dia menangis di situ. Dia seperti dapat rasakan diri dia dan budak kecil itu mempunyai hubungan yang rapat. Walapun Rizu bukanlah adik kandung dia, Fang rasa bahagia kerana dapat membalas pelukan Rizu tadi. Fang pejamkan matanya untuk abadikan detik-detik itu
"Pang" Fang membuka matanya. Pelukan tadi bukan lagi sebuah pelukan dari sekecil tadi tetapi dari seseorang yang dia sangat rindui "Pang.."
"ABANG!" Fang mengeratkan lagi pelukannya "Abang pergi mana? Kenapa abang hilangkan diri tadi?" Mereka lepaskan pelukan itu untuk melihat satu sama lain
"Mana ada abang hilangkan diri. Abangkan sentiasa ada bersama adik" Kaizo letak tapak tangannya di jantung adiknya "Dimana-mana pun abang berada, abang akan sentiasa di ada hati abang dan juga di hati adik" Lalu Fang letak tapak tangannya di jantung abangnya. Dia ikut apa yang abang dia buat tadi
"Hehehe.. adik boleh rasa degupan jantung abang"
"Betul tu adik tapi lebih indah lagi kalau adik bangun"
"Bangun? Kenapa semua orang suruh adik bangun ni.. bukan ke adik sudah bangun" Fang berundur sedikit demi sedikit. Dia mula jauhkan dirinya daripada abang dia "Abang.. apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa ibu dan ayah cakap abang dalam bahaya?"
Kaizo tidak berkata apa. Dia hanya mengangkat tangannya untuk menyambut tangan adiknya tetapi apa yang berlaku seterusnya, Kaizo hilang dari situ bagaikan asap. Dia pusingkan badannya untuk mencari abangnya. Lalu dia pusing balik. Hanya tinggal dia seorang sahaja di dalam sebuah taman
"ABANGGG!"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Badan Fang bergerak-gerak di atas katil hospital. Dahi dia berkerut-kerut. Mata dia masih lagi pejam. Dia seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi tiada satu patah perkataan yang keluar dari mulutnya
"Abang Fang?" Rizu orang pertama yang nampak perubahan Fang. Dia menggenggam tangan Fang seeratnya "Abang Fang! Abang Fang ok ke?"
Fang tidak membuka matanya lagi. Badan dia hanya bergerak-gerak sahaja. Wajah dia berubah menjadi pucat sedikit dan air peluh dari dahinya keluar sedikit. Fang mula meronta-ronta di atas
"Kak Lynna, kenapa dengan Fang?" tanya Boboiboy
"Akak pun tak tahu kenapa. Kamu pergi panggil doktor cepat" kata Lynna. Dia mengusap rambut Fang untuk tenangkan diri Fang "Fang, akak ada dekat sini"
"Kami pun ada dekat sini juga. Ying, Gopal, Bella, Faye, Idoli, Harraz, Rizu dan si pelik tu" kata Yaya dengan nada yang lembut
"Ha ah ha ah, si pelik pun ada dekat sini. Landak bangunlah.. kalau tidak, Lily akan habiskan donut lobak merah ni" Lily terus gigit donut itu dan dia kunyah sedikit demi sedikit "Betul ke landak tak nak bangun? Tak nak bangun sudah, Lily habiskan donut ni nanti"
"Dey, bagilah aku donut yang terakhir tu. Kau dah makan banyak"
"Tak boleh" balas Lily dengan mulutnya penuh dengan makanan
"Haiyaa.. makan aje kau tau. Kalau lapar pun, pergilah ke kantin. Aku boleh temankan kau maaa"
"Hehehe.. sebenarnya Ying, aku takde duit" Gopal tersengih di situ
"Isk korang ni.. boleh lagi buat lawak dekat sini. Si Fang tu macam terkena mimpi buruk aje" Bella mula risau dengan Fang yang beronta-ronta di atas katil
Mulut Fang terbuka sedikit dan satu suara kecil keluar dari mulutnya. Mata dia masih lagi belum dibuka
"A.. a... abang" kata Fang. Suara dia pada ketika itu agak lemah
"Fang.. kenapa dengan abang kamu?" tanya Lynna
"Abang... abang..."
Lynna dapat rasakan sesuatu yang buruk akan terjadi. Dia kena pergi menolong Kaizo. Dia tidak boleh berdiam diri sahaja dan melihat Fang memanggil-manggil abangnya. Lalu Lynna membuat keputusan untuk pergi ke stesen Lepus. Dia tidak kisah kalau Kaizo memarahi diri dia. Apa yang penting, adalah Kaizo dan Fang dapat kembali bersama seperti dulu. Dia tidak mahu salah satu daripada mereka bersedihan. Dia perlu bertindak segera. Lynna pergi ke pintu bilik
"Kak Lynna nak pergi mana?" tanya Yaya
"Maaf semua.. akak kena pergi tolong Kaizo" kata Lynna "Tolong jagakan Fang sementara akak dan abang Kaizo tiada"
"Kak Lynna, hati-hati tau"
"Baik Faye.."
Lynna terus keluar dari bilik itu. Dia mula menangis. Dia tidak tahu kenapa dia menangis. Adakah ada sesuatu yang akan berlaku nanti? Dia buang perasaan itu yang berlegar-legar di hatinya. Dia harus kuatkan diri dan mentalnya, agar dia tidak terlalu emosi
"Aku datang Kaizo.. aku mahu melihat kembali senyuman dari kau dan adik kau" bisik Lynna
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo masih lagi mencari bilik kawalan stesen itu. Dia tidak tahu samada dia sudah sesat atau dia semakin dekat dengan bilik itu. Kadang-kadang suara Lepus timbul di dalam peti suara yang ada di dalam stesen tersebut. Gelakan Lepus membuatkan hati Kaizo membara. Dia tidak dapat lupakan saat-saat adiknya cuba melindungi dirinya daripada terkena tikaman Lepus. Dia menggenggamkan tangannya dan terus menumbuk dinding stesen itu
"Dimana si tak guna tu" bisik Kaizo "Aku akan cari kau sampai dapat"
"Kapten!" Timbul hologram Lahap di jam kuasanya
"Kenapa?"
"Saya sudah selamatkan mangsa-mangsa culik. Kami dalam perjalanan ke kapal angkasa sekarang ini"
"Bagus" balas Kaizo "Bawa mereka pulang ke stesen TAPOPS. Jangan tunggu aku"
"Baik kapten" Lahap mulai perasan dengan wajah dan nada suara kaptennya yang agak marah pada ketika itu. Lalu dia bertanya "Kapten ok ke?"
"Hmm.. aku ok sahaja di sini"
"Kapten masih mencari lagi si Lepus tu?"
"Yea.. sudah, jangan nak banyak tanya lagi. Pergi cepat sebelum dia lepaskan askar itik dia tu"
"Baik kapten"
Hologram Lahap hilang dari jam kuasa Kaizo. Pada ketika itu, Kaizo melihat luar tingkap stesen tersebut. Planet bumi sudah semakin hampir. Dia boleh nampak stesen kapal angkasa itu sedang menuju ke arah Pulau Rintis. Dia tidak berfikir apa, dia teruskan pencariannya. Dia melalui sebuah laluan untuk pergi ke sebuah jambatan. Di bawah jambatan itu terdapat ruang-ruang kosong untuk orang lalu lalang. Dia terus naik ke atas jambatan itu dan terus ke depan. Di hujung jambatan tersebut, terdapat sebuah lif untuk naik ke atas. Hati Kaizo mengatakan bahawa bilik kawalan stesen kapal angkasa itu berada di atas. Dia berlari terus ke lif stesen itu
"Kau sudah semakin hampir, Kaizo.. HAHAHAAA!" Gelakan Lepus bergema di dalam stesen kapal angkasa itu
Kaizo hanya abaikan sahaja. Dia sudah masuk ke dalam lif berbentuk bulat itu. Lif itu terus bergerak ke atas. Mata Kaizo hanya tumpukan pintu lif itu sahaja. Dia tidak tahu apa yang bakal berlaku setelah pintu itu terbuka. Dia perlu bersiap sedia sahaja. Lif itu sudah berhenti. Pintu lif terbuka luas. Kaki Kaizo melangkah keluar dari lif itu. Dia kini sudah pun berada di bilik kawalan yang dia cari-carikan sebentar tadi. Lepus tidak kelihatan di situ. Di depan matanya ada sebuah tingkap yang luas. Dia boleh nampak planet bumi di luar tingkap itu. Dia terbayangkan wajah adiknya yang masih terlantar di hospital. Wajah Fang begitu tenang sekali dan dia dapat bayangkan adiknya sedang mimpi indah di dalam alam bawah sedar itu
"Kau suka melihat planet biru itu?" Lepus keluar dari belakang sebuah mesin besar yang mempunyai pelbagai butang "Planet biru yang mempunyai pelbagai kehidupan. Manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Apa yang akan terjadi kalau planet itu musnah? Dan kau sendiri tak dapat selamatkan kesemuanya termasuklah adik kau sekali"
"Aku tak kan benarkan kau musnahkan planet itu. Aku tak kan benarkan kau terlepas kali ini" kata Kaizo dengan nada garangnya "Apa yang kau sudah buat selama ini, aku akan balas balik dan kesemuanya akan berakhir di sini"
"Hahahaa.. boleh ke kau kalahkan aku?" Lepus keluarkan pedang katananya "Marilah, kita lihat siapa yang akan menang kali ini dan siapa akan kalah kali ini? Aku akan pastikan lagenda kau berakhir di sini sahaja" Dia melibaskan pedangnya untuk keluarkan kuasa angin dari pedang itu. Kuasa angin itu berbentuk seperti sebilah pisau tajam
Kuasa angin itu terus menuju ke arah Kaizo tetapi Kaizo membalas balik dengan melibaskan pedang tenaganya. Kuasa angin itu terpelanting balik ke arah Lepus. Dia sempat mengelakkan diri daripada kuasa anginnya sendiri. Kuasa itu terkena mesin di belakang Lepus. Ianya menyebabkan sebuah satu letupan berlaku di dalam bilik kawalan tersebut. Lepus terus memberikan serangan dia yang seterusnya. Dia melompat ke atas tetapi Kaizo tahu serangan itu. Lepus menyerang lagi dengan kuasa anginnya dari pedang katana itu. Kaizo melibas-libas kuasa angin itu untuk mengelakkan diri. Dari satu letupan ke letupan berlaku di dalam bilik kawalan itu. Kali ini Kaizo pula menyerang balas. Dia berlari ke arah Lepus
"TOLAKAN TENAGA!"
Lepus terpelanting ke belakang dan terjatuh di atas serpihan mesin yang sudah musnah sebentar tadi. Dia cuba bangunkan diri sambil memberikan satu gelakan kepada Kaizo
"Kau jangan cuba nak larikan diri.. PEDANG TENAGA!" Pedang tenaga itu dapat di halang oleh pedang katana Lepus. Mereka berdua bertolakan pedang di situ. Kaizo menggunakan segala kekuatan dia untuk menolak pedangnya ke arah Lepus
"Hahahahaaa... kalau aku kalah pun, aku akan pastikan kau turut kalah juga"
"Apa maksud kau?" kata Kaizo
Kaizo tidak sedar bahawa Lepus tendang kaki kanannya. Kaizo melambung kebelakang dan jatuh di celah-celah api sedang membara. Lalu dia bangun untuk berdepan dengan Lepus. Mata dia terpandang tingkap yang berada di belakang Lepus. Stesen kapal angkasa itu sudah semakin menghampiri Pulau Rintis. Dia perlu hentikan kapal angkasa ini sebelum Lepus buat sesuatu di Pulau Rintis
"Kau nak tahu apa rancangan aku yang kedua?" Lepus berlari ke arah Kaizo. Begitu juga dengan Kaizo "Aku.." Lepus melibas pedangnya ke arah Kaizo "Akan.. musnahkan kapal angkasa ini! Biar kau dan aku kalah dalam pertarungan ini!"
"Kau sudah gila ke?" Mereka beradu pedang di situ "Kau sanggup buat apa sahaja untuk kalahkan aku walaupun ianya akan korbankan diri kau juga" Pedang Kaizo menghalang kedudukan pedang Lepus yang berada di bahagian dadanya
"Yea Kaizo.. aku sanggup buat apa sahaja. Aku sanggup buat adik kau sedih dengan kehilangan abang dia ataupun, kau dan adik kau boleh bersama dengan ibu bapa korang di alam lain"
"KAU MEMANG TAK GUNA! GARI TENAGA!"
Kedua tangan dan kaki Lepus di gari oleh kuasa tenaga Kaizo. Pedang katana Lepus jatuh di atas lantai. Mata Lepus hanya perhatikan Kaizo mendekati diri dia di dalam bilik kawalan yang sudah separuh musnah
"Hahahaaa... kau ingat, kau boleh menang dengan cara garikan aku? Kau salah.. kau akan kalah juga" Kaizo ternampak di tangan kiri Lepus ada sebuah butang kecil. Butang itu adalah butang untuk musnahkan stesen kapal angkasa tersebut "Selamat tinggal, Kaizo"
"JANGAN! TETAKAN TENAGA!"
Butang itu sudah di tekan oleh Lepus. Kaizo tidak sempat untuk hentikan Lepus kerana satu letupan besar telah pun berlaku. Dia terpelanting jauh dari situ. Gari tenaga dia hilang dari tangan dan kaki Lepus. Kepala Kaizo terkena dinding stesen kapal angkasa tersebut. Lalu dia terjatuh di tepi dinding itu. Ianya menyebabkan Kaizo mula tidak sedarkan diri. Kali terakhir mata dia nampak adalah wajah Lynna yang sedang menjerit namanya. Selepas itu, semuanya menjadi gelap
------------------------------------------------------------------------------------------------------
"ABANGGGG!"
Boboiboy, Gopal dan Harraz terkejut dengan jeritan Fang tadi. Diri Fang terduduk di atas katil itu dengan matanya terbuka luas. Kawan-kawan perempuan mereka sudah pulang ke rumah dan mereka bawa Idoli dan Rizu sekali. Keadaan di luar tingkap bilik sudah menjadi gelap. Boboiboy cepat-cepat pergi ke sisi katil Fang
"Fang! Kau sudah bangun"
"Abang aku mana?" Fang mahu turun dari katil itu tetapi Boboiboy halang dia "Wei, bagi aku cari abang aku"
"Tak boleh Fang. Abang kau pergi bertarung dengan Lepus"
"Abang aku pergi seorang sahaja ke?" tanya Fang "Kak Lynna mana?"
"Ha ah, abang kau pergi seorang diri tapi kak Lynna rasa ada sesuatu yang tak kena semasa kau panggil abang kau siang tadi. Jadi dia pergi ke kapal angkasa Lepus untuk bantu abang kau"
"Boboiboy, bagi aku keluar dari sini.. aku kena tolong abang aku"
"Tapi kau nak pergi macam mana? Kapal angkasa abang kau mesti sudah jauh dari sini"
"Aku tahu Gopal.. mungkin aku dapat menghubungi mereka" Fang mula cabutkan wayar di tangan dia. Jarum di tangannya, dia cabutkan juga walaupun dia terpaksa menahan sakit sedikit "Aku tak nak duduk di sini dan tunggu abang aku pulang"
"Tapi Fang.. kau baru sedarkan diri. Kau perlu rehatkan diri" pujuk Boboiboy
"Ha ah, luka dekat badan kau belum lagi sembuh. Nanti jahitan tu akan koyak.. kau rehat sahajalah" kata Harraz pula kali ini "Kami semua ada dekat sini. Mungkin Boboiboy atau pun Gopal, boleh pergi menghubungi abang kau"
"Tak.. aku tetap mahu keluar dari sini. Korang jangan halang aku" Fang tetap dengan kedegilannya. Kaki dia sudah mencecah lantai bilik itu. Lantai itu rasa sejuk tetapi ianya bukanlah penghalang buat Fang "Aku perlu tahu kalau abang aku selamat ke tak"
"Pang!" Lahap muncul di muka pintu "Kau sudah sedarkan diri"
"Lahap, mana kapten kau?" tanya Fang
"Kapten ada dekat stesen kapal angkasa Lepus. Aku ke sini sebab nak bawa Lynna ke sana supaya dia dapat membantu kapten tapi mana dia?"
"Aik, kak Lynna takde dengan Lahap? Tadi dia sendiri yang pergi untuk tolong abang Kaizo" kata Boboiboy "Habis tu, macam mana dia pergi ke kapal angkasa Lepus kalau Lahap sendiri tak hantar dia ke sana?"
"Soalan yang bagus tu, Boboiboy" Gopal mengusap dagunya "Mungkin kak Lynna ada kapal angkasa tersendiri atau dia pergi minta bantuan dari si Adudu tu"
"Korang fikirkanlah macam mana kak Lynna pergi ke kapal angkasa Lepus. Aku mahu keluar dari sini dan Lahap, hantar aku ke sana"
"Kau jangan degil.. kau tu tengah sakit" Lahap menghalang Fang keluar dari bilik itu "Kau tunggu sahaja sampai kapten kembali ke bumi"
"Baik kau ketepi Lahap" Fang berikan renungan tajam ke arah Lahap "Kalau tidak, aku sendiri akan gunakan kuasa aku dekat kau"
"Jangan macam tu Fang" tegur Boboiboy "Biar aku sendiri yang pergi, kau berehat sahaja"
"Takde takde.. biar aku yang pergi. Kalau Lahap tak nak bawa aku ke sana, biar aku pandu kapal angkasa abang aku ke tempat Lepus"
Tiba-tiba jam kuasa Boboiboy, Fang dan Gopal berbunyi. Mereka bertiga menjawab panggilan itu. Hologram Yaya dan Ying muncul di jam kuasa mereka. Muka mereka nampak cemas seperti menyaksikan sesuatu yang berlaku di Pulau Rintis
"Kenapa korang?" tanya Boboiboy
"Fang, kau sudah bangun!" kata Yaya "Fang.. abang kau ada dekat kedai Tok Aba dengan kak Lynna tapi.."
"Tapi apa?" Fang tidak sabar untuk menunggu jawapan dari Yaya "Tapi apa? Kau jangan cakap abang aku sudah tinggalkan aku"
"Mana adalah..." balas Ying "Abang kau.."
"SUDAH! BIAR AKU SENDIRI KE SANA!"
Fang tutup hologram Yaya dan Ying. Dia tolak Lahap ke tepi untuk keluar dari bilik itu. Fang tidak menoleh kebelakang, dia hanya larikan diri dari kawan-kawan dia dan juga Lahap. Doktor dan nurse yang ada di situ, terkejut melihat pesakit mereka sudah lari keluar dari hospital. Mereka tidak sempat untuk menangkap Fang kerana dia sudah pun terbang pergi dengan menunggang helang bayangnya
"Aku datang abang.. abang jangan tinggalkan adik" kata Fang. Dia dapat rasa kesakitan di tepi badannya. Dia mula menahan kesakitan itu dengan pegang kesan jahitan itu
Boboiboy dan kawan-kawan dia yang lain, terus pergi ke kedai Tok Aba. Lahap turut bersama mereka untuk mengejar Fang
Fang masih lagi menunggang helang bayang dia tetapi kesakitan itu semakin bertambah. Dia tidak larat menahan kesakitan itu. Sedikit lagi dia akan sampai di kedai Tok Aba tetapi Fang mendarat helang bayangnya jauh sedikit dari kedai itu. Sampai sahaja di bawah, helang bayangnya hilang. Fang terjatuh di atas rumput hijau itu dengan matanya terpandang dua orang berada tidak jauh dari diri dia. Kaizo dan Lynna tidak jauh daripada situ. Fang rasa sedih melihat abang dia terbaring di hadapan kedai Tok Aba. Fang bangunkan diri dia walaupun kesakitan dia mula menjadi perit. Dia berjalan ke depan dan hanya dua tiga langkah sahaja, dia sudah terjatuh semula
"A... abang" Fang begitu lemah sekali untuk menjerit nama abangnya
"Fang!" Yaya dan Ying muncul di sisi Fang
"Abang aku.. dia ok ke?" Fang cuba bangunkan diri dia semula tetapi dia sudah tidak mempunyai tenaga
"Abang kau.. dia tidak sedarkan diri. Kak Lynna yang bawa dia ke sini" balas Ying
"Bagaimana kak Lynna dan abang aku sampai ke sini?" tanya Fang lagi
"Dengan bantuan Emmy.." Emmy ada di situ bersama mereka bertiga "Emmy yang tolong kakak angsa pergi ke kapal angkasa Lepus"
"Tolong aku ke arah mereka. Aku ingin melihat abang aku" Fang mengangkat kaki dia sedikit tetapi kesakitan dia semakin perit. Dia sudah tidak larat lagi "Abang... abang bangunlah" bisik Fang
Jauh dari situ, Lynna menatap wajah Kaizo yang masih belum sedarkan diri. Ada kesan luka sedikit di muka, kaki dan tangan Kaizo. Lynna goyang-goyangkan tangan Kaizo sedikit
"Kaizo.. bangun Kaizo. Kau selamat sekarang ni. Aku yang bawa kau pulang ke bumi"
Kaizo tidak bergerak. Hanya pernafasan dia sahaja yang boleh di dengari oleh Lynna
"Kaizo, bangunlah.. bangunlah Kaizo" Lynna tidak mahu berputus asa. Air mata dia sudah mengalir keluar. Ianya menitis di atas baju lengan Kaizo "Kaizo... bangun. Adik kau ada dekat sini. Dia seperti biasa, tetap dengan kedegilannya" Dia tergelak sedikit di dalam tangisannya
Tetapi Kaizo tetap tidak sedarkan diri
"Kaizo.. aku... aku.. aku... aku tak nak kehilangan kau" Lynna merapatkan bibir dia. Lalu dia katakan sesuatu yang akan mengubah segala-galanya selepas ini
"Aku cintakan kau"
TAMAT
Jumpa lagi di musim ke 4
https://youtu.be/MwSL-57pNqM
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com