Riang Ria
Yaya dan Ying terkejut dengan sebuah gambar terpapar di dalam kelas mereka. Gambar itu adalah gambar kawan mereka sendiri iaitu Fang. Wajah berlagak Fang terletak di bahagian atas papan putih
"Haiyaa... apasal ada gambar si rambut cacak dekat dalam kelas kita?"
"Tak tahulah, Ying. Ini mesti rancangan nakal dari si Fang tu. Nak kena budak ni"
"Bukanlah. Ini sebab cikgu Papa kita tu, terlalu kagum sangat dengan pelajar terbaik dia tu.. naik muntah aku dengar pelajar contoh dia tu" Bella jolok-jolok di mulut dia dan berpura-pura nak muntah di situ "Tak habis-habis nak puji si alien landak tu"
"Hmm.. kalau begitu, kita mesti dapatkan tahta pelajar contoh dia"
"Betul tu, Yaya! Kita tak kan benarkan dia dapat nombor 1 lagi lepas ni. Kita kena berusaha!"
"Errr... aku pergi duduk tempat aku dulu" Bella tersengih sambil pergi ke tempat biasa dia "Menakutkan betul si Yaya dan Ying ni.. naik seram aku. Selamatlah Harraz tak sama kelas dengan dia orang bertiga" bisik dia
"Wei Yaya, hari ini ada ujian matematik dari cikgu Papa kan?"
"Ha ahlah! Jadi aku akan gunakan peluang ini untuk dapat nombor 1" Tiba-tiba sahaja Ying terus berikan renungan tajamnya ke arah Yaya "Hehehe.. jangan risau Ying, aku akan pastikan kau dapat nombor 2"
"Mana boleh! Aku yang dapat nombor 1 nanti. Lu lah ambik nombor 2 tu nanti" Ying sudah bertentangan mata dengan Yaya "Nombor 1 akan menjadi milik aku"
"Kita akan tunggu keputusannya nanti" Yaya palingkan mukanya ke tempat lain. Lalu dia terus ke tempat duduk dia
"Hmmm... macam-macam betul dia orang ni" bisik Bella yang sudah sorokkan kepalanya di belakang buku "Agaknya, bagaimanalah kalau dia orang bertiga dapat markah kosong.. hehehee.. mesti hancur hati dia orang"
"Kau pun nak merasa dapat nombor satu juga ke?" Bella menoleh kebelakang sedikit demi sedikit. Lalu dia tersengih apabila dia nampak Fang berdiri di belakang dia "Itu pun kalau tahan dengan dia orang berdua tu.. Hehehehe.. aku dari dulu asyik dapat nombor 3 aje tapi sekarang ni, aku akan bangkit dan tidak akan tunduk kepada mereka lagi. AKU AKAN DAPAT NOMBOR SATU!" Tiba-tiba Yaya dan Ying palingkan muka mereka ke arah Fang. Mereka berikan renungan maut kepada Fang
"Menakutkan betul dia orang ni"
"Tahu takpe" Fang balas balik dengan berikan renungan maut dia kepada Yaya dan Ying. Dia pergi duduk di tempat asalnya iaitu di tepi tingkap, bahagian belakang sekali "Aku akan dapat nombor 1.. heheheheee" bisik Fang sambil tersenyum sinis
"Fang, aku dengar kau bawa balik Neko Neko. Betul ke?" Tiba-tiba Yaya bertanyakan soalan itu secara tidak langsung
"Ha ah, Neko Neko ada dekat rumah. Tengah berguling dengan Idoli kot tapi abang aku tak bagi bela dia. Esok abang aku nak kena hantar dia balik" Kepala Fang terus terbaring di atas meja "Sudahlah itik dah takde. Dengan siapa lagi aku nak buli lepas ni"
"Haiyaaa.. lu ni suka sangat buli haiwan. Tak baik buat macam tu maaa" Terus Fang angkat kepala dia sedikit untuk berikan renungan tajam dia lagi kepada Ying
"Wei! Bukan buli lah! Itu menunjukkan aku sayangkan haiwan-haiwan peliharaan aku! TERUTAMA SEKALI SHADOW DAN NEKO NEKO!"
"Baguslah tu Fang tapi kau jangan buli mereka pula" kata Yaya
"Mana adalah. Dia orang takde buat benda pelik dekat aku, aku takdelah buat benda nakal dekat dia orang tapi aku memang rindu dengan Lily si itik tu. Selalunya dialah paling bising sekali dekat rumah. Rasa macam nak pergi melawat dia dekat dunia sana"
"Hah! Kau bawalah kami ke sana sekali, Fang. Aku pun rindu dengan itik tu" kata Yaya lagi
"Aku pun sama maaaa... itik gebu tu suka sangat buat perangai sendiri tapi tak sangka pula dia sebenarnya kanak-kanak 6 tahun yang terkena sumpahan itik" Ying mula lukis gambar seekor itik di dalam buku latihan matematik dia "Wei Fang, abang kau bagi tak kita orang pergi melawat si anak itik tu dekat sana?"
"Entah" balas Fang "Nanti aku tanya dia tapi aku rasa, mesti abang aku akan bagi. Kalau dia tak bagi, kak Lynna akan pujuk dia... heheheee"
"Kau mempergunakan kak Lynna yea" Yaya gelak sedikit di situ "Tapi kalau bawa Neko Neko sekali pun seronok juga"
"Betul juga tu" Fang mula fikirkan bagaimana untuk pujuk abang dia supaya Neko Neko tidak pulang esok ke planet asal dia "Aku kena buat sesuatu ni. Kena gunakan teknik kelakuan baik di depan mata abang aku!" Yaya, Ying dan Bella hanya mampu gelengkan kepala tetapi di dalam hati mereka, berharap sangat Neko Neko tidak di hantar pulang esok
"Semoga berjaya" kata Ying
"Terima kasih tapi itu pun kalau aku berjayalah" Fang mengeluh kecil apabila dia terbayangkan rancangan teknik dia gagal. Selepas itu dia terbayangkan wajah garang abang dia "Kalau gagal, rasanya kalau guna teknik panggil kak Lynna.. berjaya ke nanti?"
"Kalau guna kak Lynna, mesti berjaya punya"
"Betul tu Bella! AKU TIDAK AKAN MENGALAH!"
"Hah! Begitulah anak murid cikgu. Tak kan mengalah walaupun gagal" Cikgu Papa Zola muncul di belakang Fang dan berikan tepukan di bahu anak muridnya "Tapi kamu tidak gagal dalam ujian matematik kamu tapi... kali ini markah paling tinggi sekali adalah YAYA DAN YING! Mereka telah mendapat 100 markah"
Cikgu Papa Zola terus pulangkan balik kertas ujian matematik mereka minggu lepas. Dia tersenyum di dalam kelas itu kerana anak-anak muridnya, tiada yang gagal. Dia rasa sangat bangga tetapi ada seseorang yang tidak boleh terima kenyataan
"TIDAKKKKKKKKK!" Fang terus melihat kertas ujian matematik dia sudah di letakkan di atas meja dia. Markah dia adalah 90% sahaja "KENAPA AKU TAK DAPAT 100?"
"Haiyaaa.. bersyukur ajelah kau tu lulus bukannya gagal"
"Betul tu Ying tapi tahniah Ying! SEBAB MARKAH KITA SAMA-SAMA TINGGI!"
Kepala Fang terbaring di atas meja itu sambil melihat markah kertas dia. Bella sorok markah kertas ujian dia kerana markah dia lebih tinggi daripada Fang iaitu 98 markah. Bella tidak rasa nak berlagak pula dengan Fang pada hari itu kerana dia baru baik dari luka hari itu. Dia tidak mahu bergaduh atau bermasam muka pada hari pertama dia. Jadi dia tergelak kecil melihat gelagat Fang sedang bersedihan itu. Di dalam hati Fang, asyik bertanya adakah dia bermain-main sahaja sebelum ini atau dia perlu bekerja keras untuk dapatkan markah tinggi. Lalu dia bangun dengan hati dia sudah berkobar-kobar untuk menuntut bela ke atas markah dia yang tidak tinggi itu
"Err.. kau kenapa Fang?" tanya Yaya
"Aku akan berusaha lagi selepas ini! HAHAHAHAAAAA!"
"Haiyaa.. dia bukannya gagal pun. Macam-macam betul si rambut cacak ni"
"Tahu takpe" kata Yaya sambil gelengkan kepala dia
-----------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, Kaizo duduk di dapur dengan tenangnya. Idoli sudah tidur bersama Neko Neko di ruang tamu. Rizu sedang buat kerja rumahnya bersendirian di ruang tamu juga. Mereka sudah penat bermain bersama Neko Neko. Kaizo minum teh hijaunya sambil bayangkan diri dia berada di tempat tenang. Dia seperti boleh rasa angin bersepoi-sepoi lalu di badan dia
"Akhirnya, bolehlah aku berehat. Kalau tidak, aku kena jaga budak dua orang tu dan satu harimau. Bertenang Kaizo. Esok harimau adik kau akan pulang ke planet dia" Kaizo hirup teh hijaunya sedikit
"Jadi si Fang dapat main dengan harimau dia hari ni ajelah?" Kaizo terlupa pula bahawa Lynna ada di rumah dia "Semalam Neko Neko sampai sini lewat malam. Dia dapat bermanja dengan harimau dia pun pagi tadi aje"
"Kenapa? Kau nak suruh si harimau tu duduk lama-lama dekat sini?"
"Takdelah, kau hantarlah Neko Neko tu hari Ahad nanti ke.. bolehlah Fang dapat main dengan dia hari Sabtu. Ini kau bagi sekejap aje. Kasihan si Fang tu nanti"
"Tengoklah dulu" Kaizo cubit sedikit kuih karipap kentang dan lalu makan "Kalau aku baik hati, aku akan benarkan. Kalau aku tak baik hati, aku terpaksa hantar Neko Neko tu pulang"
"Hmm.. begitu pulak"
"Apa boleh buat. Aku kan abang dia yang sentiasa tegas. Kalau aku tak tegas, nanti dia ikut kepala dia sahaja tapi aku pelik betul dengan adik aku tu. Suka sangat nak bela haiwan itu ini. Macam-macamlah dia nak bawa balik"
"Hehehehe.. tapi comel apa tengok dia bermain dan bermesra dengan haiwan"
"Mesra? Takde maknanya. Dengan itik hari tu pun, asyik dengan konspirasi itik aje. Aku ingatkan itik itu hanyalah itik biasa yang sudah dimasukkan cip di dalam otak dia. Rupanya itik itu adalah seorang kanak-kanak yang terkena sumpahan itik. Macam-macam betul adik aku tu. Perangai pun dah macam tak betul aje aku tengok dia tu"
"Tak betul pun tapi kau tetap sayangkan dia" Lynna tersenyum sedikit "Kau tegas dan garang macam mana pun, kau tetap sayangkan dia dan dia tetap sayangkan kau. Pelik macam mana pun perangai dia, janganlah marahkan dia kerana hal itu. Nanti hati dia akan rasa sedih dan dia akan rasa takut-takut untuk lakukan perkara yang dia suka"
"Takdelah, aku tak kan marah dia" Kaizo terus telan sebiji karipap yang dia cubit tadi "Dulu takde pula dia buat hal pelik-pelik tapi sekarang ni, aku baru mula sedar dengan perangai pelik dia tu"
"Abang Paizo cerita tentang abang Fang ke?" muncul Rizu di dalam dapur dengan buku latihan dia "Abang Paizo nak tahu tak. Pizu pun sayangkan abang Fang walaupun dia kadang-kadang ada juga buat perangai pelik. Bukan pelik sahaja, perangai nakal dan panas baran dia juga tapi Pizu tak suka sangat kalau abang Fang kenakan orang lain dengan kenakalan dia. Pizu suka bila abang Fang buat baik dengan orang lain macam dia nak buat sesuatu yang istimewa untuk abang Paizo. Abang Paizo tak nak buat apa-apa untuk abang Fang ke? Macam buat donut lobak merah untuk dia ke tapi mesti abang Paizo letak garam satu balang.. heheheee.. abang Paizo pun ada perangai pelik juga. Suka letak garam banyak-banyak. Abang Paizo tak rasa masin ke nanti? Tapi abang Fang akan makan sahaja apa yang abang Paizo masak tapi kalau abang Paizo nak pandai memasak, abang Paizo suruhlah kakak Lynna ajar memasak. Mesti abang Paizo akan menjadi handal seperti abang Fang.."
"Panjang betul budak ni berceloteh" bisik Kaizo sambil berkerut-kerut dahi dia
"Abang Paizo tak nak bagi Neko Neko tinggal di sini sahaja ke? Bolehlah Pizu bawa Neko Neko pergi sekolah nanti supaya semua kawan-kawan Pizu dapat main dengan Neko Neko juga. Pizu suka Neko Neko sebab dia adalah harimau yang sangat jinak dan suka bermanja-manja. Abang Paizo tak nak bawa Neko Neko pergi jumpa Lily si itik juga ke? Bolehlah Lily si itik main-main dengan Neko Neko juga.. hehehee.. mesti comelkan!"
"Yea Rizu, akak pun dapat bayangkan Neko Neko main dengan Rizu, Idoli, Fang dan juga Lily si itik. Mesti seronok tengok korang berempat main dekat dunia fantasy"
"Jadi kakak Lynna bagilah kita orang pergi sana bawa Neko Neko sekali?" Mata Rizu sudah bersinar-sinar sambil tersenyum lebar. Dia pandang Kaizo dengan harapan agar dapat membawa Neko Neko ke dunia fantasy nanti "Abang Paizo, kakak Lynna benarkan kita ke sana dan bawa Neko Neko sekali. Abang Paizo janganlah hampakan permintaan kita orang"
"Permintaan kita orang? Bukan ini permintaan dari Rizu ke?" Rizu tetap dengan senyuman lebar dia. Muka kecomelan Rizu membuatkan Kaizo tidak boleh katakan tidak. Jadi Kaizo menarik nafas dan terus berkata sesuatu "Baiklah, abang akan benarkan Neko Neko ke dunia sana"
"YEAHHHHH!" Tiba-tiba muncul Fang di dalam dapur itu juga. Dia baru sahaja sampai di rumah "ABANG BAGI NEKO NEKO TINGGAL DI SINI UNTUK BEBERAPA HARI DAN LEPAS TU BAWA DIA KE DUNIA FANTASY KAK LYNNA!"
"Yea Pang" balas Kaizo "Tapi ada syarat. Kalau kau buat nakal, kau tak boleh ikut. Biar kita orang sahaja yang pergi! Kau duduk dekat rumah dan jaga rumah ni"
"Baik abang ku! Adik akan menurut perintah!" Fang berikan tabik kepada abang dia. Rizu dan Lynna tergelak kecil melihat gelagat Fang "Jadi abang nak adik buat apa sekarang ni?"
"Pergi buat sup lobak merah untuk abang. Masak nasi. Buat juice lobak merah. Lynna, kau nak apa-apa?"
"Takde apa" balas Lynna
"Ok, itu sahaja" Kaizo terus arahkan adik dia pergi siapkan permintaan dia tadi. Lalu dia bangun dari kerusi dia "Bila dah siap, panggil abang"
"Baik abang ku!" Fang dengan gembiranya. Dia menjadi adik yang baik kepada abang kesayangan dia. Terus dia keluarkan bahan-bahan untuk buat sup lobak merah
"Abang Paizo, boleh Pizu tolong abang Fang?"
"Boleh" balas Kaizo sambil keluar dari dapur. Lynna mahu pergi tolong mereka tetapi dia sudah di heret keluar oleh Kaizo "Jom Lynna, kita pergi lawan main game. Sudah lama aku tak buat senaman jari"
"Jari kau gemuk ke?" Lynna rasa hendak tergelak melihat Kaizo ajak dia lawan main game di television "Tapi aku on aje. Game apa kau nak lawan?"
"Ikut ajelah game apa aku nak main. Aku pagi tadi asyik dengan latihan tempur. Idoli siap tidur lagi semasa aku tengah latihan tempur. Jadi sekarang ni aku nak rehat diri sebelum sambung balik latihan tempur esok" Kaizo terus pasang video game dia. Hari ini mood dia ingin cuba kalahkan markah tinggi adik dia di dalam game "Lynna, pergi periksa si Idoli. Dia tidur lagi ke?"
"Hmmm..." Lynna menjenguk masuk ke dalam bilik Idoli yang penuh dengan mainan. Idoli masih lagi tidur di atas katil. Neko Neko tidur di atas lantai. Sekeliling dia penuh dengan plushie milik Idoli "Dia orang masih tidur lagi. Comelnya mereka berdua" Lynna keluar dari bilik itu "Mana Faye yea. Si Fang dah sampai rumah. Faye belum lagi"
"Dia kata hari ni dia nak tidur rumah kawan baik dia tu si Bella" Kaizo sudah pasang game lawan-lawan. Lalu dia lemparkan controller ke arah Lynna dan Lynna sambut baik controller itu "Sudah, mari kita mulakan misi kalahkan markah adik aku"
"Hehehee.. semoga berjaya, Kaizo" Lynna duduk di atas sofa. Manakala Kaizo duduk di atas lantai sambil bersandar di kerusi sofa tersebut "Seperti biasa, mesti kau nak aku suruh watak aku lindungi watak kau"
"Betul tu! Kau jangan watak kau mati awal pula. Kita kena bekerjasama dan pastikan markah aku paling tinggi" Lynna hanya tersenyum sahaja melihat gelagat Kaizo yang sudah berkobar-kobar untuk bermain video game tersebut
Tanpa mereka sedari, mereka sedang diperhatikan oleh Rizu. Dia mengintai sedikit dari dapur dan lalu dia pergi menolong abang kesayangan dia
"Comellah abang Paizo dan kakak Lynna main game sama-sama"
"Hmm.. comel ke? Kalau kak Lynna adalah nampak comel tapi abang Kaizo tu? Tak nampak comel langsung! Asyik dengan muka serius sahaja" Kata Fang sambil cincang bawang di atas papan pemotong "Tapi kalau pasal siapa paling handsome, mestilah abang Fang paling handsome.. HAHAHAHAAA!"
"Tapi bagi Pizu, dua-dua nampak handsome! Abang Paizo lagi handsome kalau dia senyum. Boleh cair semua peminat dia.. hehehehee.. entah-entah kak Lynna pun cair tengok abang Paizo senyum"
"Entahlah tapi mungkin di mata kak Lynna, senyuman abang Kaizo nampak begitu mempesonakan" Terus Fang rasa geli "Tapi ok juga tu.. bakal kakak ipar ku! Hahahahahaaa!"
"Kalau tak bakal, abang Fang jangan kecewa pula nanti. Pizu tak naklah tengok abang Fang menangis seorang diri waktu malam-malam sebelum tidur, peluk plushie landak abang Fang sambil gigit bantal or selimut. Lepas tu bayangkan abang Paizo terbang pergi ke angkasa lepas kerana hatinya sudah kecewa. Kekasih hati dia sudah di ambil orang! Itulah abang Paizo, tak nak ambik kakak Lynna awal-awal. Nanti bila-" Fang terus sumbat karipap di dalam mulut Rizu sebelum dia berceloteh panjang lebar
"Heheheee... jom siapkan sup lobak merah sebelum abang Kaizo mengamuk sebab lapar" Rizu angguk kepada Fang sambil memotong lobak merah
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Sabtu sudah tiba. Kawan-kawan Fang sudah berkumpul di rumah dia dengan beg baju masing-masing. Kaizo melihat mereka dengan renungan tajam dia. Dahi dia sudah berkerut-kerut
"Kamu semua ingat kita nak pergi tidur sana ke?"
"Ala abang Kaizo, bukannya selalu kita dapat tidur di istana kak Lynna. Satu hari sahajakan" kata Boboiboy sambil tersengih kepada Kaizo
"Ha ah, betul tu! Kami tak puas lagi nak mengembara dekat sana" kata Yaya
"Adakah ini salah satu idea dari adik aku?" tanya Kaizo
"Errr.. sebenarnya, ini adalah idea dari kami semua. Abang Kaizo marah ke?" Boboiboy masih lagi tersengih di situ "Maaf yea abang Kaizo sebab tak beritahu abang Kaizo awal lagi"
"Hmmm... baiklah, aku benarkan tidur di sana tapi jangan nak buat hal pula" Kaizo terus beredar dari situ. Dia terpaksa pergi kemas beg dia kerana dia juga akan tidur di istana Lynna
Boboiboy, Gopal, Fang, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Harraz, Rizu dan Idoli sudah tidak sabar untuk pergi ke dunia fantasy. Lynna belum sampai lagi di rumah itu. Jadi mereka bermain dengan Neko Neko terlebih dahulu. Neko Neko rasa gembira apabila dia di belai manja oleh mereka semua. Fang peluk harimau kesayangan dia sambil belai kepala dia dan lalu dia garu-garu leher Neko Neko
"Abang kau tak bagi kau bela Neko Neko ke?" tanya Yaya
"Tak" balas Fang "Dia cakap, Neko Neko kena tinggal dekat planet dia. Jadi aku dapat jumpa Neko Neko sekali sekala ajelah"
"Hihi... tapi lu nampak comel bila lu manja-manja dengan Neko Neko"
"Terima kasih" Fang pergi baring di belakang Neko Neko dan lalu dia peluk "Oh Neko Neko ku, kejap lagi kita pergi mengembara. Lepas tu kau boleh kejar si anak itik tu.. hehehee"
"Tapi Lily si itik kan dah jadi manusia. Tak kan nak suruh Neko Neko kejar dia pula. Tak baik tau abang Fang ni"
"Abang bergurau ajelah, Idoli" Fang garu-garu lagi leher Neko Neko sehingga Neko Neko keluarkan bunyi manjanya di situ
Mata Lily sudah bersinar-sinar melihat harimau itu. Tiba-tiba mata Lily melirik ke arah Boboiboy. Dia teringat lagi semasa Boboiboy menjadi kucing oren dan dia dengan perasaan gembiranya, membawa kucing oren itu balik ke rumah sehinggalah Ochobot menghubungi dia. Jadi Lily terpaksa pulangkan kucing oren itu dengan rela hati bukan paksaan. Dia tahu, dia tidak boleh menyeksa orang yang dia sayangi tetapi pada hari itu, dia telah membawa sejenis formula yang telah dibuat oleh Emmy, untuk menukarkan Boboiboy menjadi seekor kucing lagi sekali. Aura-aura kenakalan dia mula timbul di sekeliling badannya. Boboiboy mula perasan dan terus dia sembunyikan diri di belakang Neko Neko
"Kau apasal?" tanya Fang
"Si Lily tu... menakutkan aje bila dia tengok aku"
"Ala, kau pergi ajelah layan si pelik tu. Aku nak manja-manja dengan Neko Neko aku ni"
"Pizu pun nak manja-manja dengan Neko Neko juga. Tengok apa yang Pizu bawakan untuk Neko Neko!" Rizu tunjuk plushie penguin dan landak di depan mata Neko Neko "Nanti bila Neko Neko kena balik sana, Neko Neko takdelah keseorangan sebab ada plushie penguin dan landak! Penguin ni Pizu dan landak ni pula, abang Fang tapi maaf sebab tiada plushie itik" Neko Neko mengaum di situ tanda suka dengan pemberian dari Rizu tadi
"Bukan sepatutnya bila dia nak kena balik dah, baru bagi ke?"
"Hehehee.. biarlah Pizu bagi dia awal-awal. Nanti Pizu terlupa pula nak bagi. Betul tak Neko Neko?" Harimau itu angguk kepalanya "Abang Fang tak nak tukarkan Neko Neko jadi baby tiger ke? Mesti lagi comel!"
"Semuanya comel! Baby itik, baby kucing, baby landak, baby apa lagi? Oh yea, baby penguin macam Rizu" Bella cubit pipi Rizu "Mana kak Lynna ni, aku tak sabar nak pergi menjelajahi dunia fantasy yang penuh dengan alam mistik"
"Aku pula tak sabar nak makan makanan istimewa dekat sana. Teringat pula ice cream bunga.. tiba-tiba tekak aku dapat merasai ice cream bunga perisa lavender" Gopal terbayangkan diri dia berada di dalam dapur istana dan diri dia di kelilingi dengan makanan-makanan yang sangat sedap "Oh makanan, aku akan datang sebentar lagi! Tunggulah kehadiran aku nanti" Air liur dia mula mengalir keluar
"Haiyaa.. makan aje kau tahu. Aku pula, aku mahu melihat tempat-tempat yang menarik dengan kawan baik aku" Ying terus peluk Yaya seerat-eratnya "Mesti seronokkan"
"Tapi kita tidur sana hanya satu malam sahaja. Rasa macam tak puas pula"
"Takpelah Faye, nanti time cuti sekolah.. kita berseronok dekat sana sepuas-puasnya! Aku dapat bayangkan setiap malam ada jamuan tari menari dengan putera-putera dari kerajaan lain. Oh! Sungguh menakjubkan sekali" Fang terus lempar sebuah bantal ke arah Bella "Aku tetap abaikan kau wahai si landak"
"Aku pula.. aku nak pergi perpuskataan dekat istana tu" kata Harraz secara tiba-tiba "Aku suka duduk dekat perpuskataan tu. Rasa tenang aje. Lepas tu buku-buku dekat situ, aku rasa macam nak aje baca semuanya!"
"Hehehee.. oklah tu Harraz tapi buku-buku latihan sekolah kau bawa ni, kau nak buat dekat perpuskataan sanalah?"
"Ha ah, aku kenalah belajar dan berusaha untuk masuk asrama nanti. Aku nak duduk jauh daripada family aku tapi aku mesti rindukan korang nanti" Harraz rasa bersalah pula apabila dia katakan tentang rancangan dia "Tapi kalau aku tak dapat masuk pun, aku masih ada korang lagi untuk hiburkan hati aku"
"Aku faham perasaan kau, Harraz tapi percayalah, satu hari nanti, mereka akan nampak kau dan akan rasa bangga dengan diri kau"
"Terima kasih Bella" Harraz tunduk sedikit kerana rasa malu "Oh yea, aku tumpang gembira kerana ibu bapa kau sudah berbaik dengan kau"
"Sama-sama!"
"Semoga berjaya tau Harraz tapi kalau kau dapat masuk asrama nanti, jangan lupakan kami dekat sini" Harraz terus berikan senyuman dia kepada Ying "Hehehee... tapi sekarang ni, kita enjoy dulu!"
"Betul tu!" Lynna sudah teleportasinya dari club house dia, terus ke rumah Fang dan Kaizo "Maaf semua sebab akak lambat. Tadi akak ada kerja sedikit nak siapkan. Semua sudah sedia? Mana Kaizo?"
"Abang Kaizo tengah packing baju" kata Idoli sambil makan roti keju campur dengan tuna dia "Kakak Lynna, nak Idoli panggil abang Kaizo?"
"Tak perlu sebab abang sudah siap packing baju" Kaizo sudah turun dari biliknya dengan beg baju dia "Kau tahu ke tentang rancangan dia orang ni?"
"Aku baru dapat tahu semalam tapi aku ingatkan kau dah tahu" Lynna tersengih di situ "Sudahlah, kita jangan gaduh-gaduh atau bermasam muka tentang itu. Mari kita pergi ke sana. Neko Neko sudah bersedia?" Dia mengusap kepala Neko Neko. Harimau itu mengaum kepada Lynna
"Dia cakap, dia sudah bersedia" kata Fang
Lynna melihat semuanya sudah angkat beg baju masing-masing. Rizu dengan dua plushie di dalam dakapan dia. Gopal dengan bekas mangkuk bertingkat-tingkat, dengan harapan dapat bawa balik makanan yang berlebihan nanti. Harraz dengan beg sekolah dia yang penuh dengan buku-buku latihan. Lily pula, sebiji botol kecil khas untuk Boboiboy tetapi hati dia tiba-tiba mengatakan jangan lakukan perkara nakal itu. Jadi dia berbelah bahagi kerana dia mahu melihat Boboiboy menjadi kucing oren yang gebu
"Kakak Lynna! Cepatlah! Pizu dan Idoli tak sabar nak jumpa Lily si itik balik. Jomlah jomlah!" Rizu tarik tangan Lynna sambil melompat-lompat untuk masuk ke dalam bilik Faye
"Sabar Rizu, kita akan ke sana juga" Lynna sudah berdiri di depan cermin berdiri. Tangan dia menyentuh cermin itu. Lalu cermin itu berubah menjadi seperti imej bergerak-gerak di dalam bentuk air "Rizu sudah boleh masuk tapi Rizu kena masuk dengan abang Fang"
"Tapi mesti abang Fang nak masuk dalam cermin tu dengan Neko Neko"
"Kalau begitu, Rizu masuk dengan abang" Kaizo pimpin tangan Rizu dengan tangan kanan dia. Tangan kiri dia pula sedang mengangkat dua beg baju iaitu beg dia dan Rizu "Mari kita pergi"
Lalu mereka berdua melangkah masuk ke dalam cermin itu. Satu per satu daripada mereka masuk ke dalam cermin itu. Paling akhir sekali adalah Fang dan Neko Neko. Fang masih lagi menunggang harimau kesayangan dia. Lynna tersenyum melihat Fang begitu manja sekali dengan harimau itu. Selepas itu, dia melangkah masuk ke dalam cermin itu. Mereka semua sudah pun masuk ke sebuah dunia yang penuh dengan fantasinya. Pertama sekali Lynna nampak adalah Fang, Faye dan kawan-kawan mereka sudah berkumpul di balkoni bilik dia untuk melihat keindahan dunia itu. Neko Neko juga ada bersama mereka. Ekor dia sedang mengibas-gibas di balkoni itu. Idoli dan Rizu baringkan diri mereka di atas katil kerana tilam itu rasa lembut dan bantal katil pula, rasa gebu. Kaizo hanya duduk di atas kerusi kayu sambil bersilang kaki. Beg-beg baju mereka sudah tersusun di tepi katil
"Haih, Rizu dan Idoli ni nak tidur ke atau nak pergi bermain dengan Lily si itik tu?"
"MESTILAH NAK MAIN, KAK LYNNA!" Rizu dan Idoli melompat keluar dari katil. Mereka berdua dengan gelagat comelnya, terus peluk kaki Lynna "Cepatlah kak Lynna! Kami tak sabar nak jumpa Lily si itik!" kata mereka secara serentak
"Tak sabar betul dia orang ni.. hehehee" Boboiboy kembali ke bilik Lynna "Kak Lynna, jauh ke rumah Semiley dan Blueish tu?"
"Tak jauh pun sebenarnya tapi rumah dia agak tersembunyi dari orang ramai. Jom, kita pergi ke rumah mereka" Lynna terus ke pintu bilik dia. Kaizo sudah bangun dari kerusi yang dia duduk tadi
"Kak Lynna..." Lynna menoleh kebelakang kerana Harraz memanggil dia
"Kenapa Harraz?"
"Boleh tak kalau saya nak guna perpuskataan istana ni?"
"Jadi kau tak nak join mereka pergi jumpa si itik tu?" tanya Kaizo dengan nada serius dia
"Nak juga jumpa tapi.. saya suka pula suasana perpuskataan dekat sini. Sunyi dan nyaman walaupun tiada aircond.. kalau tak boleh, takpelah. Saya ikut kamu semua"
"Takpe, Harraz boleh guna perpuskataan itu untuk belajar. Pergilah" Harraz terus tersenyum lebar kerana dia sudah mendapat kebenaran dari Lynna "Yang lain, ada nak pergi buat benda lain ke?" Lalu Yaya dan Ying angkat tangan mereka
"Kami mahu ikut Harraz juga" kata Ying
"Ha ah, kami dengar perpuskataan dekat sini luas dan luar biasa. Jadi kami pun nak juga pergi tengok"
"Ok. Kalau macam tu, kita pergi ke perpuskataan dulu sebelum kita pergi ke rumah Semiley dan Blueish" Lynna keluar dari bilik itu dengan kedua belah tangannya memimpin tangan Rizu dan Idoli "Kamu berdua harap bersabar ok"
"Kami akan tetap bersabar!" kata mereka secara serentak
Mereka semua terus ikut Lynna untuk pergi ke perpuskataan istana. Fang hanya menunggang Neko Neko dia kerana dia malas hendak berjalan. Budak-budak perempuan tidak sabar untuk melihat perpuskataan yang pernah di ceritakan oleh kawan-kawan lelaki mereka. Hati mereka sudah berdebar-debar kerana tidak sabar untuk melihat perpuskataan itu tetapi hanya seorang sahaja pemikiran dia ke tempat lain iaitu Gopal. Dari tempat mereka sedang lalu, mereka boleh terbau-bauan sedap yang datang dari dapur. Perut Gopal mula mengulas. Bau sedap itu semakin lama semakin hilang kerana mereka sudah berjalan jauh sedikit dari dapur itu. Mereka sudah pun sampai di depan pintu gerbang masuk ke dalam sebuah perpuskataan yang luar biasa. Lynna membawa mereka masuk ke dalam. Mata mereka sangat teruja melihat beberapa buku berterbangan dengan bersendirinya di sana sini. Mereka terpegun seketika
"Hari tu kita orang datang takde pula buku terbang" Mata Boboiboy tidak berkelip-kelip melihat kejadian indah itu
"Entah-entah ada hantu yang pegang buku-buku tu semua" Gopal menggigil ketakutan. Dia takut jiakalau ada hantu istana muncul di depan mata dia "Kau tak rasa takut ke Boboiboy?"
"Tak, aku rasa biasa aje" Tetapi hati dia terasa ingin pula melihat hantu istana. Jadi dia senyap dan senyum sahaja di situ
"Mana ada hantu istana, Gopal. Dunia ni kan penuh dengan keajaibannya. Buku-buku ini semuanya sedang menyusun dirinya di tempat yang sepatutnya. Mereka kembali di kedudukan asal mereka. Ada kalanya ada ulat kelip-kelip akan berterbangan di sini dengan beberapa pari-pari. Memang indah sangat melihat lampu-lampu kecil berterbangan di sana sini tapi mereka akan muncul pada waktu malam sahaja"
"Wuuuuu! Kalau begitu, Lily akan duduk di dalam perpuskataan ini sehingga esok kerana Lily ingin melihat pari-pari dan kelip-kelip itu!"
"Tapi.. bukan ke kau nak pergi jumpa Lily si itik tu"
"Betul juga tu Faye. Tapi takpe.. malam ni juga kita akan datang ke sini! YOSH!" Lily sudah bersemangat untuk datang ke perpuskataan itu nanti pada waktu malam
"Harraz, Yaya, Ying... enjoy yourself ok. Kalau perlukan bantuan, panggil sahaja pengawal istana atau kawan kak Lynna. Mereka akan bantu kamu"
"Baik kak Lynna!"
Mereka bertiga terus pergi melihat buku-buku yang ada di situ. Harraz sudah memilih tempat untuk dia belajar tetapi sebelum itu, dia pergi mencari buku-buku yang dia ingin baca nanti. Lynna membawa yang lain ke rumah Semiley dan Blueish. Mereka tidak perlu menunggang kuda untuk ke sana. Mereka hanya berjalan kaki sahaja
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih kurang 30 minit, mereka sudah pun sampai di sebuah rumah cottage kecil yang di kelilingi dengan bunga-bungaan dalam pelbagai warna. Beberapa ekor arnab sedang bermain-main di taman bunga itu. Kupu-kupu berterbangan dengan beberapa ekor serangga. Dua ekor kancil sedang menikmati rumput-rumput hijau. Neko Neko berlari untuk bermain dengan kancil itu tetapi kancil tersebut sudah lari kerana ketakutan
"Kasihan Neko Neko" Fang mengusap kepala Neko Neko. Dia masih lagi menunggang Neko Neko "Takpelah Neko Neko.. Neko Neko main dengan si itik tu ajelah. Si anak itik muka comel tapi suka buli diri aku!"
"Tak habis-habis dengan kes buli kau ni. Dia bukannya buli kasar pun, buli manja-manja sahaja" Fang terus berikan renungan dia kepada abangnya tetapi Kaizo balas balik dengan renungan dia
"Dua-dua ni memang tak nak mengalah" bisik Lynna sambil gelengkan kepala dia
"Biarkan ajelah kak Lynna. Dia orangkan adik beradik yang tidak suka dengan kekalahan"
"Betul kata Boboiboy! Lily sokong sahaja" Lily terus hayun-hayunkan sebiji botol kecil di depan mata Boboiboy "BBB-CHAN nak tak jadi kucing gebu balik?"
"Errr.. takpelah Lily. Lain kali ajelah" Boboiboy tersengih di situ. Lalu dia pergi berdiri di sebelah Gopal
Pintu rumah itu terbuka luasnya, seorang kanak-kanak lelaki berlari keluar dari rumah itu dan menjerit dengan gembiranya
"IDOLI! ABANG RIZU!"
"LILY!" Rizu dan Idoli gembira melihat kawan mereka. Setelah Lily si anak kecil sampai, diri dia terus dipeluk oleh Rizu dan Idoli "KAMI RINDUKAN LILY!"
"Lily besar tak rindu ke?" tanya Lily dengan muka comel dia
"Tak" Jawab mereka bertiga tanpa mengalihkan pandangan mereka dari situ
"Jom kita main dekat tasik itik. Lily ada bela beberapa ekor anak itik. Lepas tu Lily namakan mereka Kaizo, Fang, Idoli, Rizu, Boboiboy, Paizo, Pizu dan juga Pang! Comel tak nama dia orang?"
"COMEL COMEL!" kata Idoli dan Rizu secara serentak cuma Kaizo sahaja yang tidak begitu puas hati. Dahi dia sudah berkerut-kerut dengan nama yang diberikan oleh Lily si anak kecil itu. Lily si anak kecil menarik kedua tangan Idoli dan Rizu. Dia membawa mereka kebelakang rumah untuk pergi ke tasik itik
"Puteri Lynna! Kapten Kaizo! Selamat datang ke rumah saya" Blueish muncul di muka pintu rumah dia. Muka dia berseri-seri dengan kehadiran mereka semua "Marilah masuk. Saya ada sediakan makanan untuk kami semua makan bersama nanti"
"Makanan!" Gopal sudah mengharapkan makanan yang sedap-sedap "Saya suka makan!"
"Makan aje kerja kau" kata Fang. Dia turun dari harimau dia "Neko Neko nak makan apa? Neko Neko nak tak makan daging Gopal tu? Daging dia Gebu dan tak tahulah sedap ke tak.. hehehe" Kaizo tepuk kepala adiknya
"Yang kau nak suruh kawan kau kena makan dengan harimau kenapa? Kau tak sayang kawan kau sendiri ke?"
"Adik bergurau sahaja, abang" Fang tersengih di situ
Fang ajak harimaunya kebelakang rumah. Kaizo dan Lynna masuk ke dalam rumah bersama Blueish. Boboiboy, Gopal, Bella, Faye dan Lily ingin melihat tasik itik itu. Jadi mereka pergi kebelakang rumah. Mereka terpegun melihat taman bunga itu penuh dengan pelbagai bunga. Ianya lebih banyak bunga berbanding di depan rumah tadi. Di tengah taman itu terdapat sebuah tasik kecil. Beberapa anak itik sedang berenang-berenang di situ. Ada kerusi dan meja besi di dalam taman itu juga. Semiley ada di situ. Dia sedang menanam sebuah anak pokok. Dia dan Blueish yang berusaha untuk jadikan taman ini sebuah taman bahagia dan untuk anak mereka bermain-main dengan haiwan peliharaan dia iaitu anak-anak itik
"Wah! Cantik betul taman ni" kata Faye. Tangan dia sudah bawa keluar kamera ungunya dari beg kecil dia "Rugi betul Harraz, Yaya dan Ying tak datang"
"Nanti-nanti dia orang datanglah sini bila ada peluang lagi. Sekarang ni kita berseronok!" Bella mengambil kamera dari tangan Faye dan lalu dia menangkap gambar Faye dan Lily bersama "Hehehee... cuba korang tengok tu! Si Fang berguling-guling dengan harimau dia.. comel sangatlah tu" Dia terus tangkap gambar Fang dan Neko Neko
"Kau tak join sekali ke?" tanya Boboiboy
"Join tangkap gambar? Boleh juga"
"Bukanlah Bella. Maksud aku join berguling dengan si Fang tu.. heheheee"
"Ermm... takpelah.. baik aku berseronok dengan kawan baik aku ni. Jom korang, kita bergambar dalam taman bunga ni" Bella heret dua kawan baik dia ke sebuah gazebo bunga yang berjuntai-juntai. Gazebo itu penuh dengan bunga warna ungu dan putih "Rasa macam berada di taman istana pula! BEST BEST!"
"Abang Boboiboy! Jom kita pergi main dengan anak-anak itik" Idoli tarik-tarik tangan Boboiboy "Nak ajak abang Fang tapi dia sibuk dengan Neko Neko dia. Jadi Idoli ajaklah abang Boboiboy"
"Abang Gopal tak nak ajak?" Gopal senyum paksa di situ
"Tak nak sebab abang Gopal datang sini sebab nak makan sahaja" Boboiboy tergelak dengan jawapan Idoli tadi
"Cheh, tak guna punya anak kucing" Gopal silangkan tangan dia "Pergilah main dengan abang Boboiboy korang tu. Abang Gopal tunggu makanan sampai ajelah"
"Ok!" Idoli tarik tangan Boboiboy ke tepi sungai. Sebenarnya Gopal berharap sangat kalau Idoli akan pujuk dia tetapi rupanya bukan. Kecewa hati Gopal "Abang Boboiboy, jom kita tolak abang Fang jauh-jauh dari harimau dia"
"Kenapa pula?"
"Sebab nak kenakan abang Fang.. heheheee... MARI KITA SERANG ABANG FANG!"
Idoli berlari ke arah Fang. Rizu dan Lily si anak kecil pun ikut sekali. Terkejut Fang dengan kehadiran tiga budak kecil itu. Neko Neko cuba lindungi Fang tetapi malangnya Fang sudah ditolak oleh ketiga-tiga kanak-kanak itu
"Apa korang nak buat dengan abang?" tanya Fang yang sedang diguling-gulingkan oleh Idoli, Rizu dan Lily si anak kecil
"Nak masukkan abang Fang dalam tasiklah" balas Rizu dengan senyum nakal dia "Hehehee... asyik abang Fang sahaja buat nakal, jadi kami pun nak juga buat nakal dekat abang Fang sekali sekala.. heheee.. tolak dia!"
"Rizu!" Fang cuba bangunkan diri tetapi kali ini, Neko Neko pula menyertai tiga anak-anak kecil itu untuk menolak Fang masuk ke dalam tasik itik itu "TIDAKKKKK!" Akhirnya Fang masuk ke dalam tasik itu
Tasik itik itu tidaklah begitu dalam tetapi tasik itu bukanlah tasik biasa. Tasik itu dapat menukarkans seseorang menjadi seekor haiwan iaitu itik. Boboiboy, Gopal, Bella, Faye, Lily, Rizu, Idoli dan Lily si anak kecil ketawa di situ apabila melihat diri Fang berubah menjadi seekor anak itik
"Sukalah korang tengok aku jatuh dalam tasikkan!" Fang masih tidak sedar lagi dengan diri dia
"Dey! Kau tak perasan ke dengan diri kau tu?" Gopal tutup mulut dia dan ketawa lagi
"Kenapa dengan diri aku?" Fang melihat imej diri dia di permukaan air itu. Lalu dia mengamuk dengan cara mengibas-gibas kedua belah kepak kontot dia "APASAL TIBA-TIBA DIRI AKU JADI ITIK PULAK NI?"
"Apa yang terjadi ni?" Kaizo keluar dari pintu rumah belakang dengan dua orang wanita, seorang Lynna dan seorang lagi Blueish
"Abang Paizo! Abang Fang jadi anak itik" Rizu tunjuk ke arah seekor anak itik sedang mengamuk seorang diri di tasik itik itu "Hehehee... abang Fang jadi anak itik memang comel sangat. Lebih-lebih lagi kalau dia tengah mengamuk"
"Hmm.. macam-macam betul korang ni" kata Kaizo
"Lily! Panggil kawan-kawan kamu makan. Ibu ada sediakan makanan sedap-sedap untuk mereka"
"BAIK MAMA!" Lily si anak kecil berlari-lari anak ke arah ibu dia "Lily nak tolong mama boleh?"
"Boleh" kata Blueish sambil mengangkat dulang makanan "Mama ada buat makanan kegemaran Lily juga"
"DONUT LOBAK MERAH?"
"Yea Lily" Mata Lily si anak kecil sudah bersinar-sinar. Fang sudah keluar dari tasik itu tetapi diri dia masih lagi dalam bentuk anak itik. Dia juga terdengar makanan kegemaran dia tadi. Lalu dia berlari-lari dalam badan kecilnya itu "Alahai, comelnya anak itik ni"
"Donut lobak merah kegemaran saya juga" Mata Fang bersinar-sinar juga. Dia tunjuk wajah comelnya kepada Blueish "Terima kasih aunty kerana buatkan donut kegemaran saya. Saya rasa sangat terharu"
"Budak ni, aku tepuk juga kepala berbulu dia tu" Kaizo angkat anak itik itu "Lynna, macam mana nak tukarkan adik aku balik? Tak kan dia terkena sumpahan anak itik pula"
"Jangan risau, Kaizo. Bila dia dah bulu-bulu dia dah kering. Dia akan kembali menjadi seperti biasa" kata Semiley dengan cangkulnya ada di tangan kanan dia "Hari ini sangat indah sekali untuk aku jalankan kerja-kerja menanam pokok-pokok bunga baru. Semenjak aku duduk di sini, aku dan Blueish yang jaga taman ini dengan baik" Semiley pandang ke arah isteri dia yang sedang hidangkan makanan dan minuman di atas meja besi "Dia yang ajar aku tentang menanam ini semua"
"Baguslah tu tapi bagaimana dengan keluarga dia?" tanya Kaizo sambil mengusap kepala bulu adik dia
"Keluarga dia ada datang ke sini selepas sahaja mereka di selamatkan dari penjara itu. Blueish takut kalau dia di halau lagi tetapi aku dan dia tidak sangka pula, mereka datang ke sini untuk minta maaf kepada Blueish dan aku. Blueish seperti ragu-ragu dengan mereka tetapi aku pujuk dia supaya terima kemaafan mereka. Semuanya sudah berlalu, buat apa kita kenangkan balik. Mulakan kehidupan baru tanpa perasaan dendam atau marah. Mereka juga terima aku sebahagian daripada keluarga Blueish"
"Nampaknya, keluarga dia sudah menerima kamu" kata Lynna "Blueish sudah memanggil kita. Mari kita pergi"
Kaizo letak adiknya di atas rumput kerana bulu-bulu adiknya sudah pun kering. Dalam sekelip mata, Fang berubah menjadi manusia alien. Dia memeluk dirinya sendiri kerana dia sudah kembali menjadi diri dia sendiri. Kaizo dan Fang terus pergi sertai kawan-kawan mereka di tempat mereka untuk menjamu selera. Blueish menuang air lemonade di dalam gelas mereka. Gopal mengambil bau terlebih dahulu sebelum dia ambil makanan yang sudah tersedia di atas meja besi. Fang dan Lily si anak kecil sudah mencapai donut kegemaran mereka. Fang rasa hairan, bagaimana Lily si itik itu boleh suka dengan donut kegemaran dia? Adakah selama ini, donut lobak merah dia selalu hilang disebabkan oleh itik itu yang makan? Mata Fang membulat besar apabila dia fikirkan tentang itu
"Kenapa dengan kau, Fang?" tanya Boboiboy
"Takde apa" balas Fang. Lalu dia makan donut lobak merah sambil perhatikan Lily si anak kecil itu "Konspirasi itik betul dia ni" bisik Fang
"Papa, harimau tu nak makan apa?" tanya Lily si anak kecil tetapi Lily pula yang menjawab soalan itu
"Harimau tu makan daging landak aje.. hehehee... tapi kakak Lily bergurau sahaja. Dia makan daging tapi tak kisahlah daging apa"
"Ohh... jadi nanti dia makan anak-anak itik Lily?" Lily si anak kecil pusing kebelakang untuk melihat anak-anak itik dia. Terus dia berasa lega kerana anak-anak itik dia sedang bermain-main dengan Neko Neko "Hehehee.. jangan dia telan sudah"
"Mana adalah Lily. Neko Neko tu baik. Dia tak kan makan anak-anak itik tu" kata Rizu "Kalau Lily nak tahu, Neko Neko tu suka makan buah juga macam Picu. Oh yea, mana Picu, kakak Lynna?"
"Ada dekat kebun buah istana. Dia suka sangat kebun tu.. hehehee.. kak Lynna tinggalkan dia dekat situ tapi kadang-kadang tu, kak Lynna ada bawa dia balik. Tak baik tinggalkan dia seorang diri dekat sini" Lynna cuit hidung Rizu "Mari makan. Ada buah salad lagi"
"Lepas ni kita humban abang Fang dalam tasik lagi boleh?"
"Itu kakak Bella setuju aje!" Bella tergelak sinis di situ sambil perhatikan Fang "Hehehee... tengok dia jadi itik comel lagi sekali! Hati ku berbunga-bunga!"
"Ada juga nak kena belasah dengan aku ni" Fang kunyah donut lobak merah dengan aura-aura bayang dia sudah mula timbul di sekeliling badannya "Nahaslah kau nanti, Bella"
Mereka menjamu selera di dalam taman itu sambil dengar bunyi-bunyian comel dari anak-anak itik. Beberapa bunga ajaib di situ, menghasilkan sebuah melody yang sangat mengasyikkan mereka semua. Mereka rasa sangat bahagia pada tengahari itu. Tiada perasaan risau atau fikirkan tentang masalah mereka semua. Hanya gelak ketawa dan riang ria sahaja yang mereka mahukan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada malam itu, selepas sahaja habis makan malam bersama di balkoni sebuah dewan istana. Di situ, mereka dapat melihat bintang-bintang dan juga bima sakti yang ada di langit gelap. Suasana pada malam itu agak sejuk tetapi mereka tidak hirau dengan kesejukan itu. Mereka tidak mahu lupakan saat itu kerana semuanya amat mempersonakan. Habis sahaja makan malam, Lynna membawa mereka ke perpuskataan istana. Siang tadi, mereka dengar cerita dari Yaya, Ying dan Harraz yang mereka menjumpai sebuah buku yang keluarkan awan-awan dari buku itu. Mereka bertiga dapat baring dan duduk di atas awan tersebut sambil membuat kerja sedikit. Kawan-kawan mereka rasa cemburu sedikit tetapi mereka akan merasai pengalaman itu nanti. Idoli dan Rizu tidak ikut pergi ke perpuskataan itu kerana mereka sudah kelihatan penat dan mahu pergi masuk tidur sahaja. Jadi Kaizo temankan mereka tidur di dalam sebuah bilik besar yang khas untuk Kaizo seorang sahaja tetapi malam itu, Rizu dan Idoli tidur di bilik dia. Neko Neko pun ada di dalam bilik dia juga
"Kak Lynna, boleh ke adik dan kawan-kawan adik tidur dekat library tu?"
"Fang berani ke? Manalah tahu tiba-tiba hantu datang dan takutkan korang" Mereka tahu Lynna hanya bergurau sahaja "Nanti ada orang akan hantar minuman dan ice cream kepada kamu semua tapi jangan terkena buku. Kalau tidak, ada yang marah nanti"
"Hantu marah?" tanya Gopal sambil tersengih
"Tak tahulah" Lynna berikan senyuman dia kepada Gopal "Kalau korang dah rasa penat dan mahu balik ke bilik, pengawal istana ini akan hantar kamu. Enjoy! Akak tak join kamu semua. Akak nak masuk tidur dah"
"Or akak nak jumpa abang sebenarnya" Fang tersenyum lebar di situ sehingga nampak kesemua gigi dia. Boboiboy gelengkan kepala dia
"Mana adalah.. ada-ada aje si Fang" Lynna cubit pipi Fang "Akak mengantuk sebenarnya. Maaf yea semua tapi akak ada satu sahaja pesanan. Kalau kamu semua main dengan awan tu nanti, kamu boleh terbang di dalam istana ni sahaja. Jangan main dekat luar istana pula. Ingat tau pesanan akak"
"Baik kak Lynna! Kami tidak akan lupa pesanan itu" kata Boboiboy
"Kalau begitu, akak pergi dulu!" Lynna terus berpatah balik untuk kembali ke bilik dia.
Boboiboy dan yang lain-lain meluru masuk ke dalam perpuskataan itu. Keadaan sunyi sahaja tetapi perpuskataan itu di sinari oleh api-api yang sudah menyala di tepi-tepi dinding
"Mana buku tentang awan tu?" tanya Lily yang sudah tidak sabar "Bolehlah Lily tidur dengan nyenyaknya di atas apungan awan. Mungkin tidur sambil peluk kucing gebu... heheheee" Boboiboy terus sorok di belakang rak buku
"Hehehee.. terus hilang si kekasih kau tu" kata Fang dengan sifat angkuhnya "Tengok macam aku, takdenya nak lari dari si Bella kalau dia cuba nak menggoda aku dengan ayat-ayat atau kebaikan dia.. hehehehee" Bella tepuk kepala Fang "WOI!"
"Jangan nak gaduh-gaduh pula. Kita ke sini sebab korang nak merasa naik awankan" Yaya sudah pun keluarkan buku tentang awan yang dia baca siang tadi "Korang sudah bersedia ke?"
"SUDAH!" Gopal menjerit sambil angkat bekas makanan dia "Aku sudah bersedia dengan makanan aku sekali! Hehehee..."
"Aku pun!" Faye dengan bakul makanan dia dan juga kamera ungunya "Hehehee.. kalau kawan-kawan sekelas kita ni nampak, mesti dia orang akan cemburu tak tentu pasal"
"Sukalah korang yea" Harraz buka buku latihan matematik dia "Tapi kalau nak lebih indah lagi. Tadi aku ada jumpa satu buku ni. Buku itu tentang cahaya"
"Tentang cahaya sahaja ke, Harraz?"
"Cahaya istimewa, Boboiboy. Cahaya itu akan keluar dari buku tetapi dalam pelbagai bentuk" Harraz pergi ambil buku itu tadi. Dia ingat dimana dia simpan buku tentang cahaya itu
"Memang banyak seronok maaa tapi masa kita orang tengah baring atas awan, si Picu muncul pula. Dia pun nak main-main dengan kita orang. Jadi dia pun naik atas awan kecil.. hehehe... memang sangat comel si Picu tu" kata Ying sambil tergelak kecil "Picu tu mana yea. Dari tadi aku tak nampak dia selepas sahaja kita keluar dari perpuskataan"
"Mesti dia ada dekat kebun tu" jawab Fang sambil menyelak beberapa muka surat di sebuah buku tentang angkasa. Tiba-tiba sebuah imej bima sakti keluar dari buku itu. Ianya seperti hologram tetapi bukan "Lawanya"
"Wuuuu... Lily rasa macam nak pegang sahaja" Jari Lily sudah sedikit lagi untuk menyentuh imej bima sakti itu tetapi Fang dengan pantasnya, dia tutup buku tersebut "Cheh, landak tak guna!"
"Dia memang tak guna pun" kata Bella "Yaya, cepatlah keluarkan awan-awan terbang tu. Aku tak sabar nak jadi superhero awan! HAHAHAAA!"
"Superhero awan konon" bisik Fang sambil peluk buku itu tadi di dada dia
Yaya membuka buku tentang awan itu. Beberapa kepulan keluar dari buku tersebut. Makin lama makin besar awan-awan itu. Boboiboy naik ke atas awan itu dan dia rasa sangat selesa duduk di atas awannya. Kawan-kawan dia yang lain sudah pun naik di atas awan mereka. Ada yang sudah membawa buku masing-masing. Tiba-tiba api-api di situ terus menjadi malap kerana Harraz sudah keluarkan cahaya-cahaya dari buku yang dia ambil tadi. Pelbagai bentuk cahaya putih yang ada di udara perpuskataan itu. Yaya menadah tangannya dan sebuah cahaya di dalam bentuk hati mendarat di atas tapak tangannya. Secara tidak langsung, cahaya putih itu bertukar menjadi warna merah jambu
"Lawa cahaya tu" kata Bella
"Terima kasih" balas Yaya "Hehehe.. rasa macam tak balik ke dunia asal kita sahaja"
"Samalah dengan aku. Sini rasa tenang dan lagi best dari dunia sana sebab pemikiran aku takdelah serabut sangat"
"Betul tu Bella tapi kalau kita dekat sini lama-lama, nanti ada juga yang merindui kita nanti" kata Faye secara tiba-tiba "Bila cuti panjang nanti, kita akan kembali di sini. Bolehlah duduk lama sedikit" Dia menguap di situ
"Kau nak tidur dah ke?" tanya Gopal
"Ha ah, penat sangat. Tidur atas awan ni pun ok aje" Faye pejamkan matanya seketika "Kalau korang lapar, makan ajelah makanan yang aku bawa tu"
Faye sudah tertidur di atas awan dia. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying dan Bella sudah mengantuk juga. Mereka menahan mata kerana mahu melihat ulat kelip-kelip itu nanti tetapi mata mereka makin lama makin berat. Dalam beberapa minit kemudian, mereka sudah pun tertidur kecuali Gopal, Harraz dan Lily
"Tinggal kita sahajalah yang belum tidur lagi. Si Gopal tengah berkelah dekat atas awan dia" Harraz melihat Gopal sedang menikmati makanan dia
"Hehehee... kau nak rasa ke kuih koci ni?" Gopal hulurkan kuih koci ke arah Harraz "Kalau tak nak, takpe. Biar aku makan. Nanti kejap lagi ice cream sampai, biar aku sahaja yang habiskan"
"Tinggalkan untuk Lily juga"
"Ingatkan kau dah tidur" kata Gopal
Lily tersengih sambil tunjukkan sebuah buku yang dia sedang baca. Buku tentang makhluk asing yang datang dari planet lain. Cahaya-cahaya putih menyinari di sekeliling dia supaya mudah bagi dia untuk baca buku dia. Pada ketika itu, seorang gadis masuk ke dalam perpuskataan itu dengan sebuah dulang emas. Di atas dulang itu terdapat beberapa mangkuk kecil dan juga gelas-gelas kosong. Jug susu dan tube ice cream ada di atas dulang itu. Gadis itu tinggalkan dulang itu di atas meja dan terus dia keluar dari perpuskataan itu. Mereka bertiga menikmati malam itu dengan rasa bahagianya. Tiada apa yang dapat menganggu atau mengacau mereka semua untuk beristirehat. Kaizo pula, dia tidak boleh tidur pada waktu itu. Lalu dia pergi ke balkoni bilik dia sambil perhatikan sebuah bintang yang sedang menyinari di langit. Pada masa yang sama, Lynna juga sedang melihat bintang itu juga. Kaizo tidak lupakan tentang cabaran dari adiknya tetapi mungkin adik dia sudah lupakan tentang cabaran berdating itu. Mungkin dia rasa selamat pada kali ini tetapi dia tidak mahu mungkir janji adiknya. Dia akan hadapi cabaran itu nanti tetapi bagaimana dia ingin mengajak seseorang keluar berdating?
"Takpelah, nanti aku akan fikirkan" bisik Kaizo
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com