Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Superheroes

Pada pagi sabtu yang terang benderang, Fang menjemput kawan-kawannya datang ke rumah untuk menonton movie-movie kegemaran dia iaitu tentang superheroes. Mereka semua sangat teruja menonton movie tersebut, sampai ada yang terbayangkan diri mereka di dalam movie itu

"WOAHHH! Best juga latest movie Captain American ni" kata Boboiboy sambil usap-usap dagu dia "Aku boleh terbayangkan diri aku menjadi captain america.. kuat seperti dia"

"Dan aku mestilah kacak macam Tony Stark. Kaya dan pintar seperti dia" Fang mengangkat-angkat keningnya sambil melihat kawan-kawan dia "Kalau aku jadi Ironman pun best juga"

"Kau nak jadi Iron-Man?" Gopal ketawa sedikit. Fang bermasam muka dengan Gopal "Kau tu sepatutnya jadi The Hulk sebab suka mengamuk tak tentu pasal, kan sesuai tu" Aura-aura Fang mulai keluar "Tapi mesti kelakar tengok kau jadi warna hijau bukan ungu.. hahahahaaaa"

"Wei wei, kau nak bagi Fang mengamuk ke?"

"Bukanlah Boboiboy, aku cakap aje... dia nak jadi Ironman konon... baik jadi The Hulk terus.. hahahaaaa" Gopal tergelak-gelak di atas sofa. Yaya dan Ying sudah pun duduk jauh sedikit daripada Gopal. Fang bangun dari situ dan terus bertukar menjadi hantu bayang, dengan mata merah menyala

"KAU NAK KENA DENGAN AKU KE HAH?"

"HA-HA-HANTUUUU!" menggigil Gopal melihat hantu bayang Fang "Tapi.. tapi..." Gopal tidak sempat untuk menghabiskan ayatnya, dia terus lari keluar dari rumah tersebut. Fang hilangkan hantu bayangnya

"HAHAHAHAAAAAA! Baru dia takut, ejek aku lagi. Nahaslah dia"

"Hmmm... kau dan Gopal memang suka cari nahas yea tapi si Gopal tu, tak serik-serik lagi nak kena dari kau" kata Boboiboy dengan nada bosan dia

"Biarkan ajelah dia orang tu, lama-lama nanti mesti ada sesuatu yang buat dia orang berdua menyesal sebab asyik kenakan orang aje" kata Yaya

"Betul tu, tapi aku rasa tak mungkin si Fang ni akan menyesal sebab dia akan buat juga benda-benda kenakalan dia tu. Sudah besar pun, masih lagi nak nakal. Macam mana abang kau boleh tahan dengan perangai kau?"

"Mana aku tahu Ying. Kau tanyalah abang aku tu" Fang terus bangun dari sofa dan mengangkat beberapa mangkuk besar yang sudah habis dengan makanan "Korang nak apa-apa tak? Aku nak pergi ambil makanan lagi"

"LILY NAK KEREPEK PISANG!" Fang melirik matanya ke arah belakang sofa. Dahi dia berkerut-kerut melihat trio huru-hara ada di situ

"Macam mana korang boleh ada dekat sini"

"Senang sahaja landak. Mula-mula kita orang berada di rumah Bella. Kita orang bergossip sekejap, kutuk landak sekejap-" Berapi-api hati Fang "Lepas tu berborak pasal fashion, berborak pasal my sweet Boboiboy ku dan macam-macam lagi. Lepas tu kita orang bosan, pergi ke kedai Tok Aba sebab nak cari korang. Tengok-tengok korang takde pulak dekat situ. Lepas tu baru Faye teringat yang sebenarnya korang ada dekat sini si landak ajak tengok movie sama-sama. Sambil korang tengah syok menonton movie, kita orang pun joinlah sekali tengok.. lepas tu dah habis, landak nak jadi Ironman tapi Gopal kata landak tak sesuai jadi Ironman, sebab dia lebih sesuai jadi The Hulk kerana amukan landak yang begitu menyeramkan. Lepas tu landak pergi takutkan dengan hantu bayang. Lepas tu Gopal lari, lepas tu Yaya dan Ying cakap pasal menyesal tapi landak tak pernah tahu apa erti menyesal sebab dia suka sangat kenakan orang dengan kenakalan dia. Lepas tu landak nak ambik makanan lagi dekat dapur, lepas tu dia tanya.. Lily pun jawablah yang Lily nak kerepek pisang, lepas tu landak pun tanya macam mana kita orang boleh ada dekat sini. Jadi Lily ceritalah yang kita orang tadi-"

"WOI! Berapa banyak lepas tu lepas tu.. kau terkena penyakit lepas tu ke?"

"Maaf landak" Lily tersengih sambil garu-garu kepala dia. Fang terus beredar dari situ daripada melayan kepelikan Lily lagi "Bestnya korang tengok movie sama-sama, apasal tak ajak kita orang?" tanya Lily

"Hehehe.. ini pun sebab Fang yang ajak tapi maaf sebab dia tak ajak korang"

"Takpelah Boboiboy, dia sendiri pun tak bagitahu aku. Aku kan sepupu dia, tapi takpelah. Mungkin dia meluangkan masa dia dengan korang bertiga" kata Faye

"Agaknya lah.. lagipun kita orang dulu selalu lepak lima orang sahaja, sekarang ni sudah bertambah-tambah kawan kita semua" Yaya berikan senyuman dia kepada Bella, Faye dan Lily "Tapi baguslah kalau kita ada ramai kawan tapi yang tak bagusnya, kita perlu berhati-hati dalam memilih kawan. Aku yakin korang semua bukan kawan yang jenis tikam belakang"

"Hmm.. aku tak nak jadi macam tu. Kawan aku dulu jenis tikam belakang" kata Bella dengan nada sedih dia. Faye usap-usap lengan bahu Bella "Sebelum ni aku cuba nak menghubungi dia orang balik selepas aku sudah pindah ke sini tapi sorang pun tak nak jawab, sampailah si Fang cakap, lupakan ajelah dia orang sebab aku ada korang sebagai kawan"

"Betul tu! Lupakan sahaja dia orang maaa... kau memang bertuah sangat sebab dapat berkawan dengan kita orang"

"Terima kasih Ying" Bella mengelap sedikit air mata dia "Seronok pulak dapat berkawan dengan superhero macam korang"

"Seronok memang seronok tapi yang tak seronoknya, ada juga yang salah guna kuasa macam si Fang tu" Boboiboy nampak Fang sudah kembali dengan dua mangkuk besar yang penuh dengan kerepek pisang dan juga potato chips "Agaknya, macam mana kalau kita semua superhero macam dalam movie tu tadi. Mesti seronokkan" Lily terus bayangkan diri dia adalah Supergirl, dapat terbang ke sana ke sini bersama dengan Boboiboy

"Wuuu.. bestnya" kata Lily seorang diri

"Mula dah dia berangan" Fang letak dua mangkuk besar di atas meja ruang tamu. Dia ambil bantal dan terus baling ke muka Lily "Berangan aje kerja kau ni" Lily buat tidak kisah sahaja, dia teruskan berangan. Bella dan Faye tergelak melihat Lily

"Rizu takde ke hari ni?" tanya Bella. Terus Lily tersedar dari angan-angan dia

"Ha ah lah, mana si penguin comel ku? dan mana abang kau yang suka bagi hukuman tak tentu pasal tu? Rindu pula nak dengar dia cakap KEGILAAN APAKAH INI! Hahahaaaa... tapi kalau asyik ulang ayat tu aje, mesti sudah rasa bosankan" Lily angguk-angguk sendiri tanda setuju dengan kata-kata dia sendiri tadi

"Rizu ada dekat rumah Emmy. Hari ni nak bermain dekat sana pula dan abang aku... dia ada dekat belakang kau" Fang tunjuk di belakang Lily. Bella, Faye dan Lily menoleh kebelakang dan nampak Kaizo sedang berdiri sambil bersilang tangan dengan kening dia angkat sebelah

"Abang Kaizo apa khabar?" Lily tersengih

"Aku khabar baik. Kau rindu aku yea.. takpe, kejap lagi aku akan ubatkan kerinduan kau terhadap aku" Kaizo tersenyum sinis di situ

"Hehehee... habislah kita semua" bisik Bella "Aku tahu, bukan kau seorang sahaja yang kena tapi kita semua" Kali ini Bella tersengih kepada Kaizo

"Aku dengar yang kamu semua ni nak jadi superhero?" kata Kaizo dengan kening sebelah dia masih terangkat "Tapi bukan ke kamu berlima sudah pun menjadi superhero bumi. ITU PUN TAK CUKUP LAGI KE? KEGILAAN KUASA APA KAMU SEMUA NI?"

"Kita hanya berborak sahaja, abang Kaizo"

"Betul tu Boboiboy. Abang janganlah mengamuk dekat kita orang. Kita cuma berborak kosong sahaja, berborak biasa macam abang dan kak Lynna"

"Hmmm... tapi aku terfikirkan sesuatu" Kaizo pandang wajah-wajah kawan adiknya. Dia dapat rasakan idea dia pasti dapat berbuah hasilnya "Kamu semua, ikut aku ke medan perang. Maksud aku ke rumah Emmy"

"Rumah Ammy? Nak buat apa dekat situ? Abang Kaizo nak Lily berperang mulut dengan dia ke sebab tak reti sebut nama kita orang semua?" Mata Lily terus bersinar-sinar. Dia berharap begitu tetapi niat Kaizo adalah lain daripada Lily. Niat Kaizo memang jauh daripada Lily dan ianya bukan tentang nama

"Bukan" jawab Kaizo. Dia membuka pintu rumah dan suruh mereka keluar dan ikut dia ke rumah Emmy "Aku telah mendapat satu idea yang sangat bagus. Ianya dapat membantu kamu semua dalam segi berlawan dengan musuh. Aku nak kamu belajar dengan teknik-teknik baru nanti"

"Err.. maksud kamu semua tu, termasuk Faye, Bella dan Lily sekali ke?" tanya Faye

"Betul tu" Kaizo membuka pintu pagar rumah dan menyuruh mereka keluar dulu "Kerana, kalau ada musuh yang cuba hendak menculik kamu.. kamu sudah bersedia dengan latihan-latihan tempur yang aku sudah berikan. Pang, suruh kawan kamu si Gopal tunggu dekat rumah Emmy. Kita akan jumpa di sana"

"Baik abang" Fang menghantar mesej merapu meraban dekat Gopal, dia tersenyum sinis, tergelak sinis sambil menaip mesej kepada Gopal "Heheheeheee..."

---------------------------------

"WEEEE! BESTNYA!" Rizu pegang payung yang terbang sedikit dari halaman rumah Emmy "Kakak Emmy pandailah mencipta sesuatu benda tapi macam mana Pizu nak turun dari sini?"

"Rizu tekan aje butang tepi tu" kata Emmy sambil tunjuk yang butang itu berada di atas tangan Rizu

"Ohhh! butang ni" Rizu tekan butang tersebut dan lalu dia mendarat di atas halaman rumah secara selamat "Bestlah Pizu dapat terbang tapi Pizu tak nak terbang tinggi-tinggi macam kakak Yaya terbang. Pizu takut tinggi"

"Takpe.. payung ni tak terbang tinggi pun. Payung ni hanya terbang sedikit sahaja tapi kalau nak terbang tinggi sampai ke langit, akak kena buat yang baru"

"Pizu nak simpan yang ni boleh?" Rizu tutup payung berwarna kuning itu. Emmy mengusap-usap kepala Rizu

"Boleh! Tapi jangan salah guna tau"

"YEAHHH! Terima kasih kakak Emmy" Rizu peluk Emmy seerat-eratnya. Mata dia dari jauh lagi nampak dua abang kesayangan dia iaitu Kaizo dan Fang "EH! ABANG FANG! ABANG PAIZO!" Rizu lepaskan Emmy dan terus berlari keluar. Emmy pusing kebelakang dan dia rasa sangat seronok apabila melihat Rizu menjerit-jerit nama abang kesayangan dia dengan nada yang begitu ceria sekali

"ABANG FANG! ABANG PAIZO!" Rizu melambai-lambai ke arah mereka berdua

"Rizu!" panggil Fang sambil membalas lambaian Rizu

"Abang Fang buat apa dekat sini?" tanya Rizu sambil memegang erat tangan Fang. Dia membawa Fang masuk ke dalam halaman rumah Emmy "Abang Fang nak tahu tak, kakak Emmy cipta sesuatu benda yang sangat menarik! Payung ni nampak macam biasa tapi sebenarnya payung ni boleh terbangkan kita! Tadi Pizu cuba, memang seronok! Kakak Emmy pandai sangat!"

"Payung?" muncul Kaizo di sebelah adiknya

"Ha ah abang beruang" Berkerut-kerut dahi Kaizo "Emmy cipta ni sebab Emmy semalam tengok movie Mary Poppins. Abang beruang nak cuba?"

"Tak perlu" jawab Kaizo dengan nada serius "Aku kena sini sebab aku ada hal penting. Aku mahu kau hidupkan latihan tempur yang kau telah ciptakan dan jadikan mereka semua superhero"

"Tapi dia orang kan sudah menjadi superhero. Kenapa mereka perlu menjadi superhero lagi?" tanya Emmy

"Sebab aku nak mereka belajar menjadi superhero lain. Belajar menggunakan kuasa superhero lain, belajar dengan teknik-teknik baru dan belajar untuk hapuskan musuh mereka yang kita tidak tahu sekuat mana mereka. Dari situ, kita akan menjadi mahir dan menjangka teknik lawan musuh" balas Kaizo. Boboiboy, Fang, Gopal yang sudah ada di situ, Yaya, Ying, Rizu, Emmy, Bella, Faye dan Lily angguk kepala tanda faham

"Kalau macam tu, mari kita ke makmal Emmy!"

"YEAHHH! Kita ke makmal Ammy!" Berkerut-kerut dahi Emmy sambil menjemput mereka semua masuk ke dalam rumahnya

"EMMY LAH!"

"Emmy Ammy yummy yummy, gummy bear!" Lily bernyanyi di situ sampai kepala dia kena ketuk dengan Kaizo "Abang Kaizo ni, tak baik ketuk kepala Lily. Nanti bertambah pelik Lily nanti"

"Abang beruang.. mana puteri fantasy?"

"Hari ini dia tidak dapat datang ke sini" jawab Kaizo kepada Emmy "Kenapa? Kau perlukan bantuan daripada dia ke?"

"Takde, selalunya dia ada dekat sini dengan abang beruang. Abang beruang tak sunyi ke kalau dia takde dekat sini?"

"Tak" Kaizo hanya menjawab pendek sahaja. Fang tergelak sedikit sebab dia nampak abang dia sedang berkerut-kerut dahi dengan muka dia yang serius itu "Kau apasal tergelak?"

"Takde apa abang" Fang tersengih kepada abangnya. Emmy menekan satu butang, dan sebuah dinding bergerak-gerak dan terbelah kepada dua. Mata masing-masing rasa sangat teruja melihat pintu masuk ke dalam makmal itu. Emmy pelawa mereka masuk ke dalam makmal itu. Ada bermacam-macam ciptaan yang telah di cipta oleh Emmy, dari pin emosi ke pistol mimpi ke air untuk haiwan bercakap dan juga ada ciptaan yang pelik-pelik seperti mesin untuk menukar diri mereka menjadi kartun television. Lily cuba untuk menyentuh alat-alat yang ada di dalam makmal itu tetapi dengan renungan Kaizo yang sangat berbahaya, dia teruk masukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar

"Wei Fang, kau kata abang aku bertukar menjadi katak. Kau tipu aku yea"

"Hahahaaa! Percaya juga kau yea dengan mesej yang aku hantar tadi" Gopal pula mula berapi-api dengan Fang "Marah ke? Baru kau tahu bagaimana aku berapi-api dengan kau setiap hari.. HAHAHAAAA!"

"Apa yang kau gelakkan tu?"

"Takde apa abang ku sayang" Fang terus berjalan di sebelah abangnya. Gopal sabar sahaja dengan kawan baik yang tak serupa macam kawan baik. Boboiboy, Yaya dan Ying gelengkan kepala sahaja "Kita nak ke mana Emmy? Macam jauh aje lagi"

"Hehee.. tempat latihan tempur tu, Emmy cipta dekat bawah tanah.. tempat yang luas!" Emmy berhenti di sebuah pintu besi. Dia menekan beberapa butang dan terus pintu itu terbuka dengan sendirinya. Terdapat sebuah tangga untuk menuju ke bawah. Lampu-lampu di tepi dinding terpasang dengan sendirinya. Mereka mengikut Emmy turun ke bawah. Boboiboy, Fang, Gopal, Bella dan Lily masih teringat lagi kejadian mereka di dalam rumah misteri tersebut. Lily terbayangkan bahawa Emmy adalah hantu yang bernama Melissa itu. Sampai sahaja di bahagian bawah, mereka semua teruja melihat medan latihan tempur. Tempat itu lebih luas daripada latihan tempur di kapal angkasa Kaizo. Siling bilik itu lebih tinggi dan dinding di situ semuanya diperbuat daripada besi

"WOAHHH! Besarnya tempat ni.. macam kita berada di dalam sebuah dewan yang luas ataupun berada di stadium" kata Boboiboy yang masih lagi memandang sekeliling dia. Emmy membawa Kaizo ke dalam sebuah bilik khas. Bilik itu dapat mengawal dan menukar mereka kepada superhero dalam pelbagai hero yang mereka mahukan. Kaizo akan melihat mereka berlatih dari bilik itu sahaja. Rizu ikut sekali, dia tidak mahu menjalani latihan tempur. Emmy menekan satu butang dan lalu bercakap. Suara di keluar di sebuah speaker di dalam bilik latihan tempur itu

"Semua sudah bersedia? Emmy akan menukarkan kamu kepada superhero yang kita semua sukakan!"

"Sekejap.. jam kuasa mereka perlu dibukakan dulu" kata Kaizo. Dia keluar dari bilik kawalan itu, dia meminta mereka serahkan jam kuasa mereka "Ini kerana aku tidak mahu kamu tiba-tiba sahaja gunakan kuasa kamu. Aku mahu kamu gunakan kuasa lain daripada yang lain. Berlatih dengan bersungguh dan jangan buat aku kecewa. Bolehlah aku setiap hari berlatih di sini" Kaizo tersenyum sinis. Fang pula fikirkan medan latihan tempur abangnya akan menjadi taman permainan untuk dia dan Rizu bermain di situ. Kaizo nampak adiknya sudah mula berangan dan lalu dia ketuk kepala adiknya. Seorang demi seorang serahkan jam kuasa mereka kepada Kaizo

"Aku akan pulangkan selepas sahaja kamu habis berlatih" Kaizo pegang kelima-lima jam kuasa itu dan terus masuk balik ke dalam bilik kawalan. Emmy melihat Kaizo, dia menunggu isyarat dari Kaizo "Mulakan latihan mereka" Emmy terus keluarkan sebuah keyboard yang penuh dengan butang-butang. Dia menekan-nekan dan satu skrin keluar di tepi mereka. Skrin computer itu menunjukkan setiap tubuh badan kawan-kawannya. Mereka telah ditukarkan kepada superhero yang lain. Rizu pandang di luar tingkap dan nampak pakaian Boboiboy berubah menjadi Captain America. Fang berubah menjadi The Hulk, badan dia menjadi warna hilau

"APASAL ADIK JADI THE HULK PULAKKK!" Kaizo menekan butang mikrofon dan terus menjerit di situ

"KAU INGAT KAU BOLEH JADI SUPERHERO KEGEMARAN KAU! JANGAN BANYAK BISING!, KARANG AKU SURUH EMMY TUKAR KAU JADI ARNAB! KAU NAK JADI ARNAB KE?"

"TAK NAK! TAPI-" Diri Fang sudah pun menjadi seekor arnab. Dia melihat badan dia penuh dengan bulu penuh, ekor kontot, telinga panjang dan muka dia sudah menjadi kemerah-merahan seperti buah tomato sebab terlampau geram sangat dengan abang dia "ABANGG!" Menjerit arnab itu. Kawan-kawan dia yang lain hanya ketawakan dia sahaja "SUKALAH KORANG TENGOK AKU JADI ARNAB!"

"DIAM!" Bergema bilik itu dengan suara garang Kaizo. Badan Fang terus kembali kepada asal. Kaizo terpaksa ikut kehendak adiknya sebelum dia naik stress bergaduh dengan adiknya yang panas baran itu. Fang terus bertukar menjadi Ironman. Dia berada di dalam sebuah suit yang diperbuat daripada besi

"Terima kasih abang ku yang comel!" Fang kembali ceria. Dia melihat sebelah dan Gopal pula bertukar menjadi The Hulk. Badan dia bertukar menjadi warna hijau. Gopal bermasam muka kali ini tetapi dia tidak membantah sebab dia takut kalau bergaduh dengan Kaizo. Mesti dia akan dikenakan lebih teruk daripada itu. Jadi dia hanya senyap sahaja dan Fang ketawa terbahak-bahak di situ. Terus Fang berubah kembali menjadi seekor arnab. Kaizo biarkan sahaja dan melihat Yaya berubah menjadi Storm dari comic X-men. Tudung dia berubah menjadi berwarna putih. Ying pula berubah menjadi Kitty, juda dari watak X-men. Bella suka apabila melihat dirinya berubah menjadi Black Widow

"Tapi... saya mana reti main tembak-tembak orang. Pegang pistol pun takut"

"Kakak Nutella, pistol tu tak berbahaya.. dia cuma keluarkan peluru bebola sahaja" kata Emmy dengan begitu tenang sekali. Kaizo merampas mikrofon itu daripada Emmy

"KAU PUN NAK JADI MACAM ADIK AKU JUGA KE? KALAU TAK NAK GUNA, GUNAKAN KEBOLEHAN KAMU YANG KAMU ADA!" Menjerit Kaizo di mikrofonnya. Bella terus diamkan diri dan seterusnya, Faye berubah menjadi Hawkeye. Tangan dia mempunyai sebuah pepanah dan belakang dia ada beberapa anak panah

"Aik, apasal Faye jadi watak lelaki pulak?" Faye nampak muka Kaizo yang garang itu, terus dia tersengih "Hehehe.. tapi takpe, asalkan Faye dapat berlatih sekali"

"Bagus" jawab Kaizo. Lily adalah orang yang terakhir sekali dan dia berubah menjadi Scarlet Witch. Lily sangat teruja melihat pakaian costume dia yang serba cantik itu. Dia melompat-lompat kesukaan. Semuanya sudah berpuas hati dengan watak superhero yang mereka pegang kecuali Fang. Dia seorang sahaja seekor arnab

"ABANG! TUKARKANLAH ADIK BALIK!" Fang menarik telinga panjang dia sambil buat muka sedih tetapi Kaizo langsung tidak ambil pedulik

"Baiklah, Emmy akan membuat sesuatu situasi dan kamu semua perlu berlatih dan menentang musuh itu bersama. JANGAN NAK BAGI ALASAN!"

"Baik cikgu Kaizo!" kata mereka kecuali Fang yang masih lagi menangis itu

"Korang semua ada kuasa superhero yang korang mainkan. Jadi gunakan kuasa-kuasa korang dengan baik! SEMOGA BERJAYA!" kata Emmy di sebalik speaker itu. Rizu pula ingin mengatakan sesuatu

"KAKAK LYNNAA!" Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Rizu menoleh kebelakang "KAKAK LYNNAAAAAAA! JOM LAH JOIN KITA ORANG MAIN SUPERHERO!"

"Main superhero?" Lynna ketawa sedikit tapi dia suka melihat mereka berpakaian seperti superhero "Tapi kenapa ada arnab dekat sini?"

"ABANG JADIKAN ADIK ARNAB! UWAAAA!"

"Bila masa dia bahasakan diri dia adik dekat kak Lynna?" bisik Boboiboy sambil melihat arnab itu melompat-lompat dekat Lynna "Mulalah tu nak bermanja dengan kak Lynna"

"Tahu takpe.. biarkanlah si arnab tu" bisik balik Gopal

"Kasihan Fang" Lynna mengangkat arnab itu dan lalu membelai kepala Fang "Kaizo, tukarkanlah adik kau balik. Kasihan dia aku tengok, siap keluar air mata sekali" Fang buat muka comel dia dekat Lynna "Alahai, pandai pulak kamu buat muka comel yea" Fang angguk kepala "Sayang Fang" Lynna peluk arnab yang gebu itu. Bulu arnab putih itu sangat lembut dan Lynna rasa tidak mahu lepaskan arnab tersebut

"LYNNA! LETAK BALIK ADIK AKU TU! AKU NAK MULAKAN DAH SESI LATIHAN DIA ORANG NI!"

"Hmm... tapi kau kena tukarkan balik adik kau ni" Lynna letakkan balik Fang di atas lantai dan terus dia kembali menjadi Ironman. Lynna masuk ke dalam bilik kawalan tetapi sepanjang perjalanan dia ke bilik kawalan. Rizu main tekan-tekan butang dan pakaian Lynna asyik bertukar sahaja. Dari puteri salju, menjadi puteri Anna, lepas tu menjadi power rangers berwarna kuning dan terakhir sekali dia menjadi watak Eowyn dalam cerita Lord of The Rings. Masuk sahaja di dalam bilik kawalan, baru dia kembali menjadi diri dia balik

"Rizu, janganlah tekan-tekan lain kali"

"Maaf kakak Emmy" Rizu tersenyum kambing kepada Emmy

"Sudah! Asyik nak membuang masa sahaja. MULAKAN DENGAN LATIHAN DIA ORANG!" Emmy dengan bangganya telah menekan satu butang dan terus dinding bilik latihan tempur itu berubah menjadi seperti mereka berada di tempat lain. Mereka kini berada di dalam sebuah bandar yang telah dimusnahkan oleh musuh-musuh mereka. Beberapa robot yang lebih tinggi daripada mereka keluar dari dinding besi bilik itu

"Errr... rasa takut pulak nak lawan dengan robot tu" kata Faye

"NAK TAKUT APANYA! LAWAN AJELAH! TENGOK MACAM KAWAN KAMU TU, SI PELIK!" menjerit Kaizo di mikrofonnya. Mereka semua pandang ke arah Lily yang sedang tergelak-gelak keseorangan sambil menggunakan kuasa Scralet Witch. Tangan dia mengeluarkan aura-aura merah. Dia mengapungkan robot yang ada di depannya dan terus dia membelah kepada dua, seperti Lily mengoyakkan buku. Habis hancur di musnahkan oleh Lily dan lalu dia melemparkannya jauh dari situ

"WEEEE! SERONOK PULAK ADA KUASA!" Lily meloncat-loncat kegembiraan. Bella takut hendak memegang pistol dia tetapi dia beranikan diri. Dia keluarkan kedua pistolnya dan lalu menembak ke arah robot yang lain. Faye dengan senang hati, dia memanah ke arah robot yang Bella sedang menyerang. Dia sebenarnya agak mahir dalam memanah, agaknya sebab itu Kaizo memilih Faye menjadi Hawkeye walaupun watak itu adalah watak lelaki

"Kalau macam tu, aku adalah Boboiboy, kuasa Captain America! Fang! Kau serang dari atas!" Fang angguk dan terus dia terbang. Suit Ironman dia keluarkan percikan api di bahagian bawah kaki besi suit itu. Boboiboy berlari dan mengambil sebuah perisai besi yang berbentuk bulat, terletak di belakang badannya dan lalu dia melempar ke arah robot-robot itu. Perisai itu terkena beberapa tangan robot-robot tersebut dan lalu ianya terpisah daripada badan robot-robot itu. Prisai bulat itu kembali ke tangan Boboiboy. Fang dengan suit robot dia, dia mula terbang dan bantu Boboiboy memusnahkan robot itu. Dia mengangkat kedua belah tangannya dan keluarkan tembakan ke arah robot tersebut

Yaya mengeluarkan kabus tebal supaya robot-robot yang lain tidak nampak dimana mereka berada. Ying yang menjadi watak Kitty, dia mempunyai kuasa seperti kuasa penembus Fang. Dia berlari dalam keadaan normal dan menembus beberapa kaki robot yang lain. Robot-robot yang sedang mengejar dia, tertembak di kaki robot yang lain. Kabus tebal telah mengelilingi bilik itu. Mereka semua berkumpul di satu tempat, robot-robot baru pula muncul. Gopal masih lagi tidak menggunakan kekuatan The Hulk

"Woi, apasal kau tak join lawan sekali?" tanya Fang

"Sebab aku tak reti nak mengamuk" jawab Gopal

"Senang aje. Kau fikirkan diri kau adalah seekor landak yang suka mengamuk tak tentu pasal. Fikirkan tentang landak yang selalu berikan harimau bayang dia dekat Gopal. Bagaimana dia selalu belasah Gopal tanpa belasah kasihan seperti abang dia yang suka mengamuk juga" Lily berdrama di situ "Fikirkan bagaimana badan Gopal selalu terkena cakaran harimau bayang si landak. Bagaimana kamu selalu dikenakan oleh landak sendiri, selalu takutkan Gopal dengan hantu bayang dia-"

"INI BUKAN MASANYA UNTUK BERDRAMA! INI MASA UNTUK BERLAWAN!" marah Kaizo disebalik speaker itu "TERUSKAN DENGAN LATIHAN KAMU!"

"Ba-baik!" Semuanya menyusul ke tempat lain. Fang terbang sambil ikut Boboiboy dari bawah. Yaya apungkan dirinyan, lalu dia mengeluarkan beberapa aliran petir dari kedua belah tangannya dan terus menyerang robot-robot terbang ke arah dia. Ying pegang kaki robot dan lalu tenggelamkan robot itu ke dalam lantai bersama dengan diri dia yang sedang menebuskan diri dia bersama robot itu. Separuh badan robot itu berada di bawah lantai. Robot itu bergerak-gerak dan ianya cuba untuk melepaskan diri. Sebelum robot itu dapat hancurkan lantai tersebut, Fang telah musnahkan kepala robot itu dengan tembakan dia

"Terima kasih Fang!" kata Ying

"Sama-sama" Fang terus terbangkan diri ke tempat lain. Dia dengan bantuan komputer yang ada di sistem suit itu, dia melihat keadaan di sekitarnya. Dia nampak Gopal cuba untuk mengamuk tetapi gagal "WOI! KAU NAK AKU MENGAMUK DEKAT KAU KE HAH!"

"Err.. hehehe.. boleh juga!" Gopal tersengih. Fang tidak teragak-agak, dia terus menyerang Gopal dengan suit pakaian Ironman dia. Gopal larikan diri daripada tembakan bertubi-tubi dari Fang "Dey! KAU NAK BAGI AKU MATI KE!"

"AKU NAK BAGI KAU MENGAMUKLAH! DASAR BUDAK GENDUT YANG TAK RETI NAK BAYAR HUTANG KEDAI TOK ABA!"

"APA KAU CAKAP!" Gopal terus bertukar menjadi besar. Tubuh badan dia berubah, Gopal menyerang Fang dengan tindakan ganas dia. Fang terbangkan diri untuk selamatkan diri

"WOI! SERANG ROBOT TU LAH! BUKAN AKU!" Gopal meraung di situ. Dia berlari dengan menggunakan kaki dan tangannya seperti gorilla. Dia mengangkat satu robot besar dan lalu dia menghempuk-hempuk robot itu diatas lantai. Hancur robot tersebut. Lily siap berikan tepukan gemuruh sekali sebab dia sangat teruja

"WUUUU! Raksasa hijau mengganas! Lagi ganas daripada landak yang tak serba ganas tu"

Lynna tergelak melihat gelagat Lily "Dasyat juga mereka ni semua. Pandai berlawan" kata Lynna

"Hmmm... tengoklah siapa yang ajar mereka dalam hukuman latihan tempur dia orang. Mestilah aku" kata Kaizo dengan perasaan bangganya. Rizu dan Emmy duduk di atas kerusi sambil menikmati popcorn mereka. Lynna suka pula melihat mereka berdua duduk diam seperti menonton sebuah tayangan movie di skrin besar. Lalu Lynna turut sertai mereka berdua

"Nah! Popcorn caramel untuk kakak Lynna" kata Rizu

"Terima kasih Rizu" Lynna mengusap kepala Rizu dan selepas itu, dia mengambil sebijik popcorn. Kaizo hanya bersandar di tepi dinding sambil melihat anak-anak muridnya tekun menghapuskan robot-robot itu. Setiap kali robot itu dihapuskan, datang robot lain pula. Emmy mempunyai satu alat untuk membuat clone yang begitu banyak. Dia menggunakan alat itu untuk membantu mereka dalam sesi latihan tempur

Boboiboy yang mempunyai kekuatan seperti Captain America, dia mengangkat robot itu dan terus hempaskannya di atas lantai. Dia pijak muka robot itu sehingga hancur. Lily tergaman seketika, selepas itu dia terus berlari ke arah Boboiboy "BOBOIBOY KU! BOBOIBOY SANGAT HANDAL! LEBIH HANDAL DARIPADA SI LANDAK! DIA MANA KEKUATAN LUAR BIASA MACAM BOBOIBOY KU!" Fang berapi-api dengan Lily. Dia ingin sahaja menyerang Lily tetapi sebuah robot sedang terbang ke arah dia. Dia berikan tembakan bertubi-tubi tetapi robot itu masih lagi hidup. Yaya datang dan mengaburi pandang robot itu dengan kabus tebalnya. Fang berikan tembakan laser dan Yaya berikan tembakan aliran petir dia. Faye menyerang dengan anak panahnya tepat ke arah jantung besi robot itu dan lalu meletup dengan begitu kuat sekali

"Wah! Dasyatnya!" kata Faye yang asyik memanah robot-robot yang lain. Dia tak payah pandang pun, sasaran dia tepat terkena robot itu dan lalu robot itu meletup. Bella malas nak guna pistol sebab dia selalu sangat tersilap sasaran. Lalu Emmy menghasilkan sebuah bola yang khas untuk Bella. Dia suka main baling bola, lebih-lebih lagi baling tepat terkena muka Fang. Itulah kegemaran dia, buat muka Fang jadi merah

Kaizo kagum dengan pertarungan mereka. Lalu dia menyuruh Emmy keluarkan robot terakhir dari dia. Emmy dengan bangganya, tekan satu butang dan terkeluarlah sebuah robot gergasi yang berupakan Adudu "Kenapa kau hasil robot alien kepala kotak?"

"Hehehee.. sebab Probe yang suruh" kata Emmy sambil sambung balik makan popcorn. Rizu dari tadi lagi duduk diam sambil bersandar. Mulut dia tidak habis-habis lagi kunyah popcorn dia

"Wah! Ini mesti scene terakhir movie kan" kata Rizu yang sudah tidak sabar melihat pertarungan terakhir superhero "KALAHKAN ALIEN ROBOT TU!" Jerit Rizu dengan suara comelnya

Kembali ke medan latihan tempur. Mereka semua berkumpul di depan gergasi robot Adudu itu "Nampaknya, kita perlu kalahkan robot Adudu ni. Baiklah, sasaran kita adalah jantung besi dia tu, nyawa dia" Boboiboy tunjuk ke arah jantung bernyala kekuningan yang ada di tengah-tengah badan besi Adudu "Faye, kau boleh letupkan jantung tu?"

"Boleh tapi..." Mereka semua berlari ke sana sini kerana robot Adudu keluarkan laser di matanya. Gopal yang masih lagi menjadi The Hulk, melindungi Bella dan Faye dengan mengangkat sebuah kepingan besi. Dia menahan kepingan besi itu supaya mereka tidak terjatuh kebelakang

"Kita kena tolong dia orang!" kata Yaya. Dia terus apungkan dirinya. Ying menembuskan dirinya di kaki robot Adudu. Dia pegang kaki itu dan cuba untuk tenggelamkan robot Adudu

"Terlalu besar, aku tak berjaya menggengelamkan robot kepala kotak ni"

"Hmm..." Boboiboy cuba fikirkan cara lain untuk kalahkan robot itu. Dia ternampak Lily sedang mengeluarkan aura-aura merahnya di tangan dan terus dia mengawal tangan robot Adudu "PUSINGKAN TANGAN DIA!"

"Baik Boboiboy ku!" Lily dengan senang hati, dia pusingkan sedikit demi sedikit tangan robot itu. Fang membantu Lily dengan tembakan laser dia. Dia memotong bahu robot itu dan terus terputus. Lily lepaskan tangan robot itu. Tangan besi itu jatuh ke atas lantai. Robot Adudu mengamuk dan dia terus menyerang Lily dan Fang

"Yaya! Kaburkan pandangan dia!" jerit Boboiboy. Yaya menerima arahan tersebut, dia keluarkan kabus yang tebal. Robot itu tidak nampak di mananya Lily dan Fang. Dia mencari-cari sehingga dia tidak sedar dengan kehadiran prisai dari Boboiboy. Prisai besi itu terkenal mata sebelah robot Adudu dan satu lagi hantaran bola dari Bella. Robot itu mengamuk lagi kerana menghancurkan mata sebelah dia. Faye sudah pun bersiap sedia untuk menghantar anak panah dia ke arah jantung besi itu

"Macam mana? Kau nampak tak?" tanya Ying yang ada di sisi Faye

"Sikit lagi tapi dia tengah gerak-gerak, sasaran aku perlu tepat ke arah jantung dia. Itu adalah nyawa dia"

"Kita kena buat dia jangan bergerak sangat"

"Tak perlu, aku sudah dapat sasaran aku" Faye melepaskan anak panahnya dan terus ianya terbang ke arah jantung robot itu. Anak panah itu melekat di jantung itu dan terus meletup. Mereka tidak biarkan begitu sahaja, Fang lepaskan tembakan dia bertubi-tubi, Gopal menumbuk kaki robot itu sehingga hancur, Yaya berikan aliran petir yang terakhir ke arah jantung dia dan akhirnya Lily menghancurkan jantung itu dengan membelahnya kepada dua. Robot Adudu akhirnya berjaya di hancurkan sepenuhnya. Mereka berkumpul balik dan terus senyuman terukir di wajah mereka

"Syabas aku ucapkan. Lain kali, kita akan berlatih lagi tapi menggunakan kuasa lain pulak. Kamu berlima boleh ambik jam kuasa kamu" kata Kaizo di mikrofon. Badan mereka semua kembali normal dan medan latihan tempur itu, kembali menjadi tempat yang kosong. Dinding-dinding di bilik itu kembali menjadi dinding besi. Beberapa robot keluar untuk membersihkan tempat itu yang penuh dengan robot yang sudah dimusnahkan

"ABANG FANG BERJAYA!" Rizu keluar dari bilik kawalan "Nanti kita main superhero lagi tapi Pizu jadi tukang tengok aje"

"Ala, tak seronoklah macam tu" Rizu hanya tersengih sahaja

"Lily awesome tak tadi?" tanya Lily kepada Boboiboy "Boboiboy ku memang awesome! Tanpa kuasa pun, dia tetap terbaik daripada yang terbaik!"

"Seronoknya kamu semua, jom Emmy belanja kamu semua ice cream"

"HOOORAYY!" Mereka menjerit kegembiraan. Kaizo dan Lynna hanya melihat sahaja mereka bercakap begitu riuh rendah sekali. Masing-masing mahu bercerita tentang aksi mereka tadi. Mereka sudah tidak sabar lagi untuk menjalani latihan tempur yang begitu menarik dan unik sekali. Mereka berharap, mereka akan dapat menjadi watak-watak yang berlainan pula pada latihan tempur yang seterusnya dan juga berharap Kaizo dan Lynna akan menyertai latihan tempur mereka bersama

-------------------------------

"Wei Fang, mana abang kau? Dia langsung tak sertai kita orang makan ice cream"

"Hmmm... entahlah" jawab Fang kepada Gopal. Mereka abaikan sahaja dan terus menikmati ice cream mereka yang dalam pelbagai perisa. Kedai ice cream itu menjadi riuh rendah dengan kisah-kisah mereka tadi yang menakjubkan. Masing-masing tak nak mengalah. Fang kongsi ice cream sundae dia bersama dengan Rizu. Boboiboy asyik tersengih sahaja sebab Lily nak suapkan dia ice cream yang penuh dengan gummy worm. Emmy hanya duduk diam sambil menikmati ice cream vanilla dia. Bella, Faye, Yaya dan Ying sibuk dengan cerita mereka.

Kemana Kaizo dan Lynna, mereka berdua berada di medan latihan tempur tapi bukan untuk berlatih. Kaizo telah menukar dinding besi itu kepada suasana di tepi pantai. Kaizo dan Lynna duduk di atas kerusi malas mereka masing-masing sambil tenangkan diri dengan bunyian-bunyian ombak. Lynna membaca buku novelnya sambil baring di atas kerusi malas, manakala Kaizo pula, dia rasa diri dia sangat tenang pada saat itu

"Ketenangan" kata Kaizo sambil menikmati air teh hijaunya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com