Cerita Novel
Sepasang mata sedang memerhatikan seseorang mengangkat sebuah kotak besar keluar dari sebuah rumah. Dari tadi lagi budak lelaki itu sibuk mengangkat satu per satu dan letak di kawasan halaman rumahnya. Lelaki itu adalah Fang. Pada hari ini, dia begitu sibuk sekali mengemas rumahnya dan buang barang yang dia tidak guna lagi contohnya baju lama dia. Kaizo pula, dia kini berada di kapal angkasa untuk mengadakan sesi latihan tempur seorang diri. Fang tidak kisah jikalau tiada siapa yang mahu menolong dia kerana kesemuanya dia akan buat dengan sendirinya. Orang yang memerhatikan dia tadi keluar dari tempat persembunyiannya iaitu belakang tong sampah
"ABANG FANG!"
"ERK!" Fang terkejut dengan jeritan dari Rizu tadi. Kotak yang di pegang olehnya, terjatuh ke atas permukaan tanah "Rizu buat apa dekat sini?"
"Spy abang Fang buat apa tadi.. hehehee"
"Oh! Pandai spy orang yea! Abang sekeh kepala tu nanti"
"Sekehlah! Pizu suka!" Rizu tersenyum lebar sehingga nampak seluruh gigi dia tetapi Fang hanya selekahkan rambut Rizu sahaja "Hehehe.. abang Fang tengah buat apa?"
"Tengah kemas rumah. Faye dan abang Kaizo, langsung tak nak tolong!"
"Nak Pizu gigit dia orang sebab tinggalkan abang Fang buat kerja seorang diri?"
"Hehehe.. boleh juga tu" Fang terus tersenyum sinis "Gigit dia orang sampai lebam! MUAHAHAHAHAA!"
"Err.. Pizu tak pernah gigit orang sampai lebam"
"Ohhh... tapi takpe, abang bergurau sahaja tu" Fang mengangkat balik kotak yang dia jatuhkan tadi "Rizu nak tolong abang?"
"Boleh juga! Ini semua barang apa yang abang Fang tak nak dah?"
"Baju-baju abang, anak-anak patung landak yang terlampau banyak tu, buku-buku yang abang tak baca dah.. macam-macam lagilah" kata Fang. Dia berjalan ke tepi halaman rumah untuk letak kotak yang dia angkat "Pizu nak tak anak patung landak abang tu?"
"Nak! Tapi bukan semuanya.. nanti ibu Pizu marah pulak"
"Ok" Lalu Fang letak kotak tersebut bersebelah dengan kotak anak-anak patung "Rizu ambiklah mana yang Rizu suka"
Rizu dengan serta merta selongkar kotak itu. Dia mencari sebuah anak patung yang dia sangat suka tetapi anak patung itu tiada di dalam kotak tersebut. Dia tidak berpuas hati dan keluarkan satu per satu tetapi anak patung itu tiada. Dia dapat rasakan bahawa abang kesayangan dia simpan anak patung itu
"Rizu cari apa?" tanya Fang yang asyik perhatikan Rizu dari tadi lagi
"Pizu cari anak patung landak yang abang Paizo bagi dekat abang Fang. Anak patung pertama yang abang Paizo bagi tu"
"Oh, yang tu.. abang Fang simpan sebab itu adalah hadiah pertama sekali abang dapat semasa abang ada dekat sini. Abang patung tu ada kenangan tersendiri sebab itu abang simpan"
"Oh.. hehehe.. Pizu suka abang patung landak tu" Rizu simpan balik anak-anak patung yang dia keluarkan tadi "Baguslah abang Fang simpan lagi anak patung tu"
"Kenangan yang abang tak boleh lupakan" Fang menolong Rizu mengangkat anak-anak patung tersebut simpan di dalam kotak besar itu "Walaupun yang lain ada juga kenangannya tapi yang abang simpan tu adalah sebuah kenangan yang sedih, marah dan juga gembira"
"Kenangan apa tu abang Fang?"
"Hmmm.." Fang duduk bersila di situ. Rizu turut ikut duduk sekali di hadapan abang angkatnya "Masa tu abang belum kenal Rizu lagi. Waktu tu abang masih darjah 5 lagi dan pada umur itu jugalah, abang Kaizo tinggal bersama kerana dia tidak mahu abang diseksa lagi oleh mana-mana musuh dia"
"Abang Paizo tinggal dekat sini sebab Ratu Lily tu kan"
"Ha ah, sebab Ratu Lily.. tapi sebenarnya abang Kaizo nak bawa balik abang tapi.." Fang tersenyum sedikit dan lalu dia sambung "Tapi.. abang degil, abang tak nak ikut dia pulang sebab abang tak nak tinggalkan kawan-kawan abang. Lepas tu, abang Kaizo terus ikut abang tinggal dekat sini.. hehehe.. kalau dia tak ikut abang, tak tahulah apa yang abang Kaizo buat sekarang ni. Abang Kaizo pun banyak juga berubah semenjak tinggal di sini"
"Dia belajar banyak tentang kehidupan dekat sini"
"Betul tu Rizu. Sama juga seperti abang. Kalau abang ikut dia, mesti kepala kita orang asyik fikirkan tentang misi sahaja" Fang mendongak untuk melihat langit biru pada hari itu "Dan abang tidak akan mengenali Rizu di planet ini"
"Pizu bersyukur dapat berkenal dengan abang. Tanpa abang dan kawan-kawan abang, tak tahulah apa jadi dengan Pizu sekarang ni"
"Mungkin Rizu jadi kuat"
"Hmmm.. tak kot" Rizu tunduk sedikit "Tapi sebenarnya... ada yang gelakkan Pizu lagi sebab Pizu berkelakuan seperti budak-budak darjah 1. Diri ni dah besar, dah darjah 5, mesti dah matang sedikit tapi Pizu tak naklah berubah secara tiba-tiba. Pizu akan berubah sedikit demi sedikit tapi bila Pizu dengan abang Fang sahaja, Pizu akan jadi manja! Hehehehe.."
"Ala, abang pun kadang-kadang macam budak-budak"
"Sekali-sekala jadi budak-budak" Rizu bangun dari situ. Dia pergi melihat kotak yang seterusnya "Ini semua buku novel abang?"
"Ha ah, abang dah habis baca buku tu semua. Buku latihan pun abang dah habis buat.. abang ingat, abang nak derma dekat sesiapa atau dekat perpuskataan ke"
"Atau jual!" kata Rizu sambil mengangkat sebuah buku novel yang tebal "Abang Fang jual, lepas tu dapat duit and then abang boleh beli donut lobak merah banyak-banyak!"
"Ok juga idea tu" Fang bayangkan diri dia di hujani dengan donut kegemaran dia. Amat bahagia sekali hati Fang pada ketika itu "Donut lobak merah.." bisik Fang. Mata dia seperti nampak donut lobak merah dia sedang menari-nari di kawasan halaman rumah dia tetapi itu hanyalah bayangan dia sahaja
"Abang Fang ni.. berangan pulak" Rizu menepuk dahinya dengan novel yang dia pegang tadi "Abang Fang! Jomlah kita pergi kemaskan barang-barang abang Fang tu!"
"Ok ok!" Fang terus tersedar
Rizu letakkan balik buku itu tadi di dalam kotak tersebut tetapi dia tidak sedar buku itu terbuka dengan sendirinya. Ketika Fang dan Rizu masuk ke dalam rumah, ada mahkluk-mahkluk pelik keluar dari buku tersebut. Buku itu berasal dari perpustakaan istana Lynna dan ada orang lupa untuk kembalikan buku itu. Siapa lagi kalau bukan si Kapten Kaizo kerana dialah peminat cerita hantu dan misteri. Satu per satu makhluk itu keluar dari buku itu. Semuanya lari ataupun terbang ke tempat lain. Ada sebahagian daripada makhluk tersebut berjaya menakutkan mangsa mereka
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jauh dari planet bumi, sebuah kapal angkasa sedang berlegar-legar di luar kawasan bumi. Kapal angkasa itu adalah milik seorang kapten iaitu Kapten Kaizo. Kapal angkasa itu tidak sebesar mana tetapi ianya mampu membawa dia dan anak-anak kapal dia pergi kemana sahaja di serata galaxy. Pada ketika itu, Kaizo sudah pun habis menjalankan sesi latihan tempurnya. Muka dan badan dia sudah berpeluh-peluh dan dia sangat berpuas hati dengan latihannya pada hari ini kerana ianya sangat luas biasa. Dia tidak mengajak Lynna atau adiknya kali ini kerana selepas ini dia ada hal penting di TAPOPS nanti
"Lahap" Kaizo masuk ke dalam bilik kawalan sambil lap mukanya dengan sehelai tuala "Lahap" Panggil dia lagi tetapi Lahap masih senyap sahaja "Lahap! Kenapa kau tidak menjawab panggilan aku?"
"Maaf kapten" Lahap pusingkan kerusi yang telah diduduk olehnya "Mulai sekarang, saya tidak akan ikut semua arahan dari kapten"
"KENAPA DENGAN KAU? Kau cuba untuk mengingkari kata-kata aku?" Kaizo terus keluarkan pedang tenaganya dan halakan ke arah muka Lahap "Baik kau berikan alasan kau sebelum aku menghukum kau"
"Kerana saya sudah mempunyai kapten baru" Mata Lahap tiba-tiba berubah menjadi hitam sekejap "Kapten Kaizo bukan lagi kapten saya dan kapal angkasa ini bukan lagi milik Kapten Kaizo"
"APA YANG KAU KATAKAN INI?" Kaizo masih tidak berpuas hati dengan jawapan Lahap tadi
"Apa yang dia cuba katakan adalah kapal angkasa ini milik aku sekarang" Datang satu suara yang Kaizo pernah dengari sebelum ini. Suara itu adalah salah satu suara musuh dia "Bagaimana latihan tempur kau tadi? Sangat menakjubkan kerana aku telah berikan kau latihan tempur yang kau sendiri tidak pernah lalui"
"Itu.." Kaizo perhatikan sekeliling dia untuk mencari dimanakah suara itu berbunyi
"Hahaha.. kau masih ingat aku lagi? Si virus yang berjaya memukau kawan-kawan adik kau dan berjaya mengawal jam kuasa adik kau. Aku sudah kembali Kapten Kaizo dan kali ini, aku berjaya mengawal Leftenan Lahap dan juga kapal angkasa kau. Sekarang giliran kau pula tapi sebelum itu.." Tiba-tiba datang beberapa seutas wayar dan mengikat kaki dan tangan Kaizo. Pedang dia terlepas dari tangannya
"Apa yang kau cuba lakukan?" Kaizo cuba lepaskan dirinya tetapi badan dia diheret terus ke dinding bilik kawalan itu
"Sabar Kaizo, sabar.. aku cuma mahu kau bertenang sahaja" kata virus itu "Hehee.. sebelum aku dapat mengawal kau, kita pergi mengadakan sebuah lawatan yang kau tidak akan lupakan"
"Lawatan?" Kedua tangan Kaizo masih bergelut untuk melepaskan diri tetapi gagal "Kau nak bawa aku ke mana?"
"Ke sebuah planet yang kau belum pernah kunjungi. Sebuah planet yang hampir musnah akibat teknologi. Lahap, bawak kami ke sana dengan segera"
"Baik kapten" balas Lahap. Dia dengan segeranya, memandu kapal angkasa itu dengan kelajuan yang tinggi
"Lahap! Aku kapten kau! Bukan si virus tu!"
"Maaf.. kau bukan lagi kapten aku" kata Lahap. Mata dia hanya tumpukan skrin di depannya. Dia tidak langsung menoleh kebelakang untuk melihat kapten dia sendiri "Kau juga akan menjadi pengikut setia dia juga. Kita sama-sama akan menjadi pengikut setia dia"
"Tak.. AKU TAK KAN MENJADI PENGIKUT DIA!"
"HAHAHAA! Kau boleh kata apa sahaja, Kaizo.. tapi kau tetap akan menjadi sebahagian daripada pengikut aku" Virus mula keluarkan sebuah skrin kecil di hadapan Kaizo. Lalu skrin itu mengeluarkan sepasang mata dan mulut "Kau tahu aku hanyalah virus bukanlah alien. Aku wujud kerana teknologi mula berluasa di galaxy ini. Aku lihat kebanyakkan teknologi disalah gunakan. Jadi aku mahu musnahkan satu per satu untuk selamatkan kita semua"
"Kau silap! Kau hanya pandang sebelah mata sahaja. Kau tidak nampak alien lain menggunakan teknologi untuk kebaikan. Mereka mencipta teknologi baru untuk memajukan sebuah planet dan juga untuk kemudahan semua orang"
"Oh tidak.. aku tidak pernah silap.. hehehee" Virus itu tersenyum sinis "Lihatlah diri kau dan pasukan TAPOPS kau.. gunakan teknologi-teknologi yang canggih untuk membanteras segala kejahatan. Yea, musuh kamu juga mempunyai teknologi yang canggih juga. Kedua-duanya berperang untuk merebutkan power sphera. Ada juga yang terkorban dan ada juga kawasan yang hampir dimusnahkan kerana peperangan kamu semua. Ini semuanya kerana power sphera itu.. kita mesti hapuskan satu per satu supaya tiada lagi peperangan atau perbalahan diantara kau dan musuh-musuh kau"
"Hahahaa... kalau kau berjaya mengawal aku pun, sudah tentu ada juga yang dapat menghalang rancangan kau dan aku juga. Aku yakin, orang itu akan bangkit untuk menentang kau"
"Aku tahu.. kerana orang itu ada dikalangan kamu semua dan salah satunya adalah seorang gadis yang mempunyai kebolehan tersendiri. Gadis yang aku maksudkan adalah Lynna"
"APA YANG KAU MAHU DARI DIA? Kau nak pukaukan dia ke hah?" Kaizo menggenggam kedua belah tapak tangannya "Aku tak kan benarkan perkara itu akan berlaku"
"Tidak Kaizo, tidak.. itu bukan rancangan aku... tapi sebelum itu.. kita saksikan sebuah planet yang hampir musnah disebabkan teknologi"
Skrin itu bertukar semula. Kali ini ianya tunjukkan sebuah planet yang penuh dengan teknologi canggih tetapi malangnya, sebahagian daripada planet itu hampir musnah. Alien-alien yang tinggal di planet itu, bergaduh dan berperang dengan menggunakan alat-alat canggih yang mereka cipta. Ada juga yang lari keluar dari planet itu kerana tidak tahan dengan peperangan yang terjadi di situ
"Ramai yang bijaksana lahir di planet itu. Mereka gunakan kebijaksaan mereka untuk membentukkan sebuah planet yang maju dan kaya raya dengan teknologi-teknologi yang mereka cipta tapi.. malangnya, peperangan berlaku kerana disebabkan kuasa. Mereka ingin menguasai sebuah kristal yang sangat berharga nilainya. Kristal itu adalah satu-satunya yang dapat menyalurkan tenaga kepada planet itu tetapi disebabkan kegilaan mereka, terjadilah kepada beberapa kumpulan yang inginkan kristal tersebut. Masing-masing berebut untuk mengawal kuasa kristal itu dan juga planet itu. Pelbagai teknologi canggih telah dicipta tetapi semuanya adalah untuk musnahkan pesaingan mereka. Aku ingin merampas kristal itu untuk musnahkan planet itu"
"Kau sudah gila ke? Kau berani hapuskan kesemua alien yang tinggal di situ"
"Aku tak gila tapi maklamat aku adalah untuk hentikan peperangan ini dan juga teknologi yang ada seluruh galaxy ini" Virus berkata lagi "Dengan adanya ahli-ahli pasukan seperti kau, aku pasti maklamat aku akan tercapai"
"Maklamat kau tidak akan tercapai" kata Kaizo dengan yakinnya "Aku tak kan benarkan kau berjaya. Aku memang seekor makhluk yang tiada perasaan"
"Yea, aku memang tiada perasaan.. begitu juga dengan mereka yang inginkan kuasa.. tapi aku bukan seperti mereka. Aku hanyalah sejenis virus bukan makhluk.. virus yang tidak mempunyai emosi. Aku mempunyai pengikut yang ramai, semuanya aku telah pukaukan mereka"
"Jadi.. kau gunakan mereka untuk kerja jahat kau" tanya Kaizo dengan nada marahnya
"Yea, betul tu.. aku cuba dekatkan diri kepada seorang remaja yang bernama Ignis tapi nampaknya aku gagal. Kau sudah lihat bagaimana kehidupan dia. Mereka telah disisihkan oleh masyarakat luar. Tiada siapa yang datang untuk membantu mereka kerana terlalu ghairah dengan kemajuan mereka iaitu teknologi-teknologi yang telah dibina di planet itu"
"Kalau kau kasihan dengan mereka, kenapa tidak pergi tolong mereka sahaja? Kenapa kau perlu buat kerja jahat begini?" tanya Kaizo lagi
"Kerana aku mahu mereka terima balasannya. Jam kuasa kau dan jam-jam kuasa yang lain, patut dihapuskan juga. Begitu juga dengan power sphera. Lihatlah berapa ramai yang terkorban akibat perebutan power sphera. Semuanya menjadi gila!"
"TAPOPS adalah sebuah pasukan untuk selamatkan power sphera, BUKAN UNTUK HAPUSKAN ALIEN-ALIEN JAHAT! Kami hanya melindungi power sphera sebelum di salah guna"
"Betul tapi berapa ramai yang terkorban hanya kerana power sphera itu" Skrin itu berubah menjadi sepasang mata dan sebuah mulut "Kalaulah power sphera tidak wujud, amanlah galaxy ini tanpa peperangan. Aku akan ajar mereka, aku akan tunjukkan kebenarannya"
"Kau nak tunjuk kebenaran kepada mereka tapi ini bukan caranya"
"Maaf Kaizo.. ini adalah cara aku" Virus itu mula pukau Kaizo di dalam bilik kawalan itu "Sudah tiba masanya untuk menarik kau menjadi pengikut aku. Sama-sama kita membanteras mereka yang menyalah guna teknologi. Kau akan menolong aku untuk jayakan rancangan aku. Jangan risau, planet bumi dan galaxy ini, aku akan menguasai kesemuanya nanti. Aku akan mengawal mereka seperti aku mengawal kau sekarang"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang sibuk mengeluarkan buku-buku sekolah yang dia tidak perlu gunakan lagi. Almari buku dia terus menjadi kosong sedikit kerana kebanyakkannya adalah buku latihan matematik. Ada setengah buku latihan tersebut, diambil oleh Rizu kerana dia juga ingin menjadi pandai seperti abang kesayangan dia. Rizu begitu teruja dengan buku-buku latihan yang dia dapat. Lalu dia memasang niat di hatinya untuk belajar supaya dia berjaya dan tidak akan mengecewakan ibunya. Dia tahu diri dia lemah dalam bidang akademi tapi pandai di dalam bidang seni terutama sekali dalam melukis
"Abang Fang, Pizu nak buku latihan ni sekali boleh?"
"Ambiklah Rizu" kata Fang sambil tersenyum "Rizu nak ambik semua pun boleh juga"
"Hehehe.. tapi Pizu tak nak ambik banyak, Pizu ambik sikit sahaja" kata Rizu sambil kumpulkan kesemua buku latihan yang dia ambil "Buku-buku latihan matematik tingkatan 5 pun, abang Fang ada juga. Dasyat abang Fang ni"
"Biasalah, matematik adalah kegemaran abang! Abang suka tengok nombor-nombor"
"Ohh.. kiranya, abang ni genius lah kan"
"Bolehlah" Fang tersenyum bangga kepada Rizu "Tapi buku latihan sekolah menengah ni, abang kenalah simpan. Buat bahan rujukan nanti... hehehee.. abang sudah lama tak beli buku latihan baru"
"Hah! Kejap lagi kita pergi beli buku latihan baru"
"Ok tapi kita siapkan semua ni dulu. Lepas tu, baru kita keluar pergi beli buku dan MAKAN!" Fang memang rasa lapar pada ketika itu. Dia lupa hendak bersarapan pagi kerana celik sahaja mata, terus dia terfikir untuk kemaskan biliknya "Rasa macam nak makan donut lobak merah pulak.. hehee"
"Abang Fang asyik dengan donut lobak merah aje"
"Ala, Rizu pun asyik dengan pizza dan chocolate aje"
"Hehehe.. kalau begitu, kita cuba makanan baru! Mesti best kan kan!" kata Rizu sambil fikirkan makanan apa yang mereka belum rasai lagi "Hmm... apa yea yang kita belum cuba lagi"
"Abang tahu!"
"Apa dia?" Rizu berkelip-kelip mata untuk mengetahui makanan itu
"KITA MAKAN NASI KERABU!"
"YEAHHHHH! Tapi Pizu pernah makan nasi kerabu. Abang Fang aje yang belum makan nasi tu lagi" Rizu tersenyum lebar di situ "Tapi takpe, Pizu akan makan bersama abang Fang nanti sebab Pizu suka makan nasi kerabu!"
"Eh.." Jam kuasa Fang mula berbunyi "Kejap yea, abang nak jawab panggilan ni" Fang keluar dari bilik dia dan terus menekan satu butang untuk menjawab panggilan itu. Hologram Boboiboy timbul di jam kuasanya "Apasal Boboiboy?"
"Wei, ada sesuatu yang berlaku dekat bandar kita"
"Serangan musuh?"
"Bukan" kata Boboiboy "Kau kena datang sini dengan segera sebab aku sendiri pun tak boleh nak beritahu macam mana sebab benda tu macam makhluk yang aku tak pernah nampak sebelum ini"
"Hah? Makhluk tu kacau orang ke?" tanya Fang lagi
"Hmm.. susah nak dikatakan" Tiba-tiba Boboiboy di tolak oleh seseorang dan muncul pula muka seseorang yang membuatkan Fang berkerut dahi
"LANDAK!"
"Wei! Apasal kau tiba-tiba ada dekat situ?" marah Fang. Tiba-tiba dia tersenyum sinis pula "Hah! Kau berdating dengan Boboiboy yea"
"MA-MANA ADA!" Lily pula marah kali ini "Lily tak dating dengan BBB-CHAN lah! Lily keluar jalan-jalan dengan Faye dan Bella hari ni. Kebetulan kita orang terserempak dengan Boboiboy dan sang robot kuningnya, bulat seperti bola.. hehehee... lepas tu kita orang pergi makan dekat kedai, lepas tu Lily ajak BBB-CHAN pergi main game dekat taman hiburan. Best tengok BBB-CHAN menarik, memang comel sangat!"
"Wei, kau nak cerita apa yang korang buat tadi ke atau nak beritahu aku tentang makhluk serba pelik macam diri kau tu. Entah-entah makhluk tu adalah KAU SENDIRI! Sebab tu Boboiboy hubungi aku untuk menghalau kau keluar dari pulau ini! HAHAHAHAHA!" Fang tergelak besar di depan pintu biliknya. Rizu rasa pelik melihat gelagat abang kesayangan dia ketawa seperti orang gila
"MA-MANA ADA!" Lily terus hilang dari hologram itu dan muncul pula Bella kali ini
"Wei, kau nak sepak dengan aku ke?" Suara Bella pada ketika itu agak dingin "Baik kau pergi pujuk balik kawan baik aku tu, sebelum aku serang kau dengan bola tampar aku"
"Suruhlah si BBB-CHAN dia tu pujuk. Aku nak pujuk si pelik tu, memang jangan haraplah"
"Oh, takpe takpe... nahaslah kau nanti"
"Wei wei, janganlah bergaduh. Suruhlah si Fang tu datang ke sini secepat mungkin" Suara Boboiboy timbul di sebalik hologram itu "Aku takut makhluk tu tiba-tiba serang bandar ni pulak nanti"
"Hmmm.. yelah" kata Bella "Kau dengar apa si Boboiboy katakan tadi?"
"Dengar.. aku akan ke sana. Jumpa lagi" Fang terus tutup hologram itu. Lalu dia palingkan mukanya ke dalam bilik "Rizu, nampaknya kita tak dapat nak makan bersama nanti. Abang ada sesuatu nak kena buat"
"Takpe.. tapi boleh tak Pizu nak ikut?"
"Boleh kot tapi abang takut kalau Rizu tercedera nanti"
"Ok" kata Rizu dengan nada yang agak perlahan "Kalau macam tu, Pizu tunggu abang Fang dekat sini, sementara abang Fang pergi selesaikan masalah dekat bandar"
Fang boleh nampak air muka Rizu berubah sedikit. Hati Rizu pada ketika itu, agak kecewa sedikit tetapi dia tidak mahu tunjukkan perasaan itu. Dia hanya tersenyum lemah kepada Fang. Dia tidak mahu menjadi seseorang yang pentingkan diri sahaja. Dia tahu abang angkat dia adalah seorang adiwira di Pulau Rintis. Dia bangga kerana mempunyai seorang abang angkat yang berani, kuat, bersemangat dan juga bijak. Jauh di dalam hatinya, dia tidak mahu kehilangan Fang tetapi kalau abang kesayangannya terpaksa meninggalkan planet bumi, Rizu terpaksa redha dan terima sahaja. Dia juga akan kata kepada dirinya yang dia bersyukur kerana dapat berkenalan dan berkawan dengan idolanya
"Abang Fang hati-hati ok"
"Ok"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
20 minit kemudian, Fang sudah pun tiba di bandar Pulau Rintis. Dia kelihatan letih sedih tetapi selepas itu, mulut dia ternganga luas dan mata dia terkebil-kebil melihat keadaan di bandar itu. Bandar itu dipenuhi dengan kerangka tulang manusia berkeliaran di situ. Kerangka-kerangka tulang itu berjalan begitu perlahan tetapi mereka tidak menyerang para penduduk di situ. Mereka hanya bergerak tidak tentu hala sahaja. Ada yang berjalan sambil memegang kepala tengkorak sendiri. Di sebalik kerangka-kerangka hidup itu, ada juga beberapa makhluk lain seperti seekor makhluk berwarna merah. Badan dia seperti seekor burung merak dan ianya mengeluarkan beberapa bola api dari paruhnya
"HA-HANTU BAYANG!" Fang terdengar suara Gopal yang tidak jauh dari situ
Fang terus mencari suara itu dan lalu dia ternampak beberapa bayang sedang berlegar-legar di kawasan bandar itu. Orang ramai yang berada di bandar itu sudah melarikan diri kerana takut kalau mereka diserang oleh makhluk itu dan ada juga yang berselfie dengan makhluk-makhluk tersebut. Mereka tidak kelihatan begitu takut. Mereka sangat teruja dan sudah terbiasa dengan kejadian pelik yang selalu berlaku di bandar itu. Mereka juga terlalu yakin kerana makhluk-makhluk tersebut akan dihapuskan oleh para adiwira yang tinggal di pulau itu
"FANG!"
Fang menoleh kebelakang. Boboiboy berlari sambil melambai-lambai ke arah kawan baiknya. Gopal, Ochobot, Bella, Faye dan Lily ada di belakang Boboiboy. Mereka juga turut berlari ke arah Fang
"Dari mana dia orang ni datang?" tanya Fang kepada Boboiboy
"Itu aku tak tahu" jawab Boboiboy "Kalau kita tanya kak Lynna, mungkin dia tahu"
"Mungkin tapi... kenapa dia orang tak serang yea?"
"Tak tahulah Ochobot. Itu yang aku rasa pelik. Macam ada sesuatu yang tak kena" Boboiboy mengusap dagunya sambil melihat kerangka hidup berjalan di hadapan mereka "Menakutkan betul"
"Mungkin dia orang bukan orang jahat kot" kata Lily "Mungkin mereka hanyalah imaginasi seseorang!"
"Dan adakah seseorang itu adalah si pelik.." Mata Fang melirik ke arah Lily "Kau mesti ada buat sesuatukan?"
"Mana ada! Pepandai aje nak tuduh Lily yang bukan-bukan. Kalau Lily nak berimaginasi pun, Lily akan bayangkan diri Lily terperangkap di dalam sebuah istana dan seorang putera jejaka akan datang menyelamatkan diri Lily! Putera jejaka itu adalah Putera Boboiboy!" Lily memeluk dirinya sendiri "Oh MY BBB-CHAN! I will wait for you forever and ever! Heheee.."
"Takde benda lain ke kau nak berangan?" Fang terus bersilang tangan sambil berikan renungan tajamnya kepada Lily
"Ada!" kata Lily "Di sebuah kapal- ADOI!" Dia terus mengusap-usap dahinya sendiri
"Hehee.. maaf, ada nyamuk dekat dahi tu" kata Ochobot. Sebenarnya dia hanya mahu hentikan angan-angan Lily sahaja "Hmm.. korang semua pasti ke ini bukan si virus tu lakukan?"
"Aku pasti" jawab Boboiboy "Lagipun si virus tu hanya gunakan robot atau komputer sahaja. Kalau benda-benda begini, mestilah dari dunia kak Lynna"
"Kak Lynna takde dengan abang Kaizo kan?"
"Takde Gopal. Hari ni abang Kaizo pergi ke kapal angkasa dia bersendirian sahaja" kata Faye "Pelik juga, selalunya abang Kaizo akan ajak kak Lynna pergi ke kapal angkasa untuk jalankan latihan tempur tapi hari ni takde pulak"
"Mungkin kak Lynna sibuk kot" Bella mendongak ke langit "Ataupun dia orang berdua sebenarnya bergaduh!"
"Wei, mana ada dia orang bergaduh" Fang sudah mula hilang sabar dengan mereka "Sudahlah, kita kena siasat daripada berdiri dekat sini sahaja. Aku pergi hubungi kak Lynna, korang pergi siasat dari mana mereka semua ni datang"
"Wuuu... tengok tu!" Lily tunjuk sebuah kapal lanun sedang berlayar di atas udara "ADA LANUN LAH!"
"Erk! Kegilaan apakah ini?" Boboiboy garu-garu kepala dia "Aduh, makin lama makin pelik keadaan ni"
"Jadi jangan lengahkan masa. Mari kita bertindak" kata Bella "Lily, Faye.. korang ikut aku. Kita pergi siasat atau soal mereka semua"
"DEY! Kau nak soal makhluk ini semua? Karang dia orang serang tiba-tiba macam mana"
"Jangan risaulah Gopal, aku yakin mereka semua ni baik, bukan jahat" Faye berikan senyuman dia kepada Gopal "Good luck korang!" Lalu dia beredar dari situ bersama Bella dan Lily. Mereka bertiga ikut ke arah mana kapal lanun itu pergi
Boboiboy, Gopal dan Ochobot terus ke taman Pulau Rintis untuk mencari petunjuk-petunjuk dari mana mereka datang. Fang tidak berganjat dari situ. Dia terus menghubungi Lynna tetapi gagal. Lynna tidak menjawab panggilan Fang
"Mungkin dia sibuk kot" bisik Fang. Lalu dia teringatkan tentang seseorang "Aku kena pergi periksa Rizu" dia beredar dari situ tanpa menoleh kebelakang. Dia perlu cepat dan pastikan Rizu dalam keadaan selamat. Dia tidak boleh terlalu yakin sangat semua makhluk ini adalah baik. Bila-bila masa sahaja mereka boleh berubah. Tanpa melengahkan masa, dia berlari untuk pulang ke rumah
Jauh dari situ, di tengah-tengah bandar, Bella, Faye dan Lily masih lagi mengejar sebuah kapal lanun berlagar di udara. Mereka ikut kapal itu kerana ingin tahu dari mana ianya datang. Mungkin mereka akan dapat petunjuk. Mereka bertiga terpaksa berjalan bersama dengan kerangka-kerangka hidup di situ. Bella tidak begitu takut. Dia jauh lebih berani daripada sahabat baiknya iaitu Faye dan Lily. Mereka berdua bukanlah penakut tetapi keberanian mereka bukanlah setinggi Bella. Tahap keberanian Faye adalah sederhana. Dia teruja melihat kerangka-kerangka hidup itu dan cuba beranikan diri untuk mengambil gambar bersama. Lily pula, setengah takut, setengah ketawakan kerangka hidup itu. Dia buat begitu kerana untuk meredakan ketakutan di dalam hatinya
"Bella, kau tak rasa ke kalau lanun tu sebenarnya yang jahat dan bukan makhluk yang ada dekat sini?" tanya Faye
"Aku pun ada rasa begitu tapi aku tak naklah bersangka buruk hanya kerana mereka adalah lanun" Bella berhenti di tepi stesen bus dan melihat kapal itu berhenti di atas sebuah bangunan "Apasal dia orang berhenti yea"
"Tak tahu, mungkin dia orang tahu kita mengekori mereka" kata Faye sambil menangkap gambar beberapa kerangka hidup di sekeliling mereka
"Atau mungkin dia orang nak turun ke bawah dan merompak segala harta-benda yang berada di bandar ini" kata Lily dengan penuh semangat "Tak pun sebenarnya dia orang nampak sesuatu yang membuatkan mereka berhenti.. hmmm... mungkin harta-karun! Kita boleh dapatkan harta karun itu dan kita akan menjadi kaya! Heheheee..."
"Bolehlah kita beli sebuah rumah untuk clubhouse Trio Huru-Hara! Best tu!" Faye mula berangan bersama dengan Lily
"Isk korang ni, tak mungkin ada harta karun di sini.. kalau dia orang turun dari kapal tu, kita kena sorokkan diri dan jangan bagi dia orang nampak" kata Bella kepada dua rakan dia "Habis kita nanti kalau kena tangkap"
"Baik Bella!" Faye dan Lily berikan tabik hormat kepada Bella
Lily cuba diamkan dirinya dan tidak terlalu gelak sangat tetapi akhirnya dia tewas kerana dia ternampak sebuah kerangka, kepala tengkoraknya terjatuh dan bergolek di atas jalan raya. Kerangka itu cuba mencari tengkoraknya balik. Tiba-tiba mata dia terpandang seseorang yang dia sangat kenali. Orang itu sedang berdiri di dalam puluhan kerangka hidup dan juga bayang-bayang yang berkeliaran di bandar itu
"Itu..." Lily tidak percaya apa yang dilihatnya "Apakah ini benar?"
"Kenapa Lily?" tanya Faye
"Aku nampak.. RATU LILY!"
"HAH?" Terkejut Faye dan Bella
"Itu itu! Dia ada dekat depan kedai ice cream tu!" Lily berlari ke arah Ratu Lily "MY BEST FRENEMY IS HERE!"
Bella dan Faye pandang satu sama lain dan terus mereka mengejar Lily. Di dalam hati mereka mengatakan itu bukanlah Ratu Lily dan mungkin itu adalah perangkap. Mereka juga nampak Ratu Lily tetapi ianya tidak bergerak atau tersenyum melihat Lily. Dia hanya berdiri tegak sahaja seperti tiang lampu. Lily hanya mahu memeluk kawannya yang dia sudah lama rindui
"RATU LILY!" Lily melambai-lambai ke arah Ratu Lily
"LILY! JANGAN!"
Mereka cuba hentikan kawan baik mereka memeluk Ratu Lily. Akhirnya Lily dapat memeluk Ratu Lily. Lalu dia lepaskan pelukannya. Senyuman Lily terus berubah apabila wajah Ratu Lily itu berubah menjadi seekor makhluk yang menggerunkan. Sepasang sayap keluar dari belakang makhluk itu. Lily menjerit ketakutan. Bella dan Faye cuba selamatkan Lily tetapi semuanya sudah terlambat. Makhluk itu mencengkam kedua bahu Lily dengan kuku taringnya seperti burung helang. Dia terbang dari situ membawa Lily sekali. Tangan Lily terkapai-kapai untuk meminta pertolongan dari kawan dia tetapi semuanya sudah terlewat
"LILY!" Bella dan Faye cuba mengejar tetapi makhluk itu sudah terbang tinggi dan akhirnya hilang dari penglihatan mereka
"BELLA! FAYE! APA YANG TERJADI?" Boboiboy tiba di situ bersama Gopal dan Ochobot
"Lily.." Bella terduduk di tepi jalan "Dia dibawa lari.." Air matanya menitis di atas jalan "Kita harus selamatkan Lily. Aku tak nak makhluk itu cederakan kawan baik aku"
"Tapi.. kita tak tahu dekat mana dia bawa Lily" kata Faye "Aku juga mahu selamatkan Lily tapi aku takut kalau kita juga menjadi mangsa dia"
"Jangan risau Faye. Aku dan Gopal akan pastikan kita semua selamat" kata Boboiboy "Aku harap Fang sudah dapat menghubungi kak Lynna. Kita perlukan bantuan dari dia sekarang ni"
"Sekarang apa yang kita perlu lakukan?" tanya Gopal
"Hmm.. kita cari Lily" kata Boboiboy "Aku rasa kita tak perlu risaukan tentang kerangka ini semua. Mereka tidak menyerang sesiapa lagi tapi sebagai langkah keselamatan, kita minta bantuan daripada Emmy"
"Tidak perlu" Seorang jejaka tampan mendarat di hadapan Boboiboy dan rakan-rakannya. Lelaki itu mempunyai jambang yang nipis, bersubang sebelah telinga kanannya, matanya berwarna biru kehijauan dan wajahnya kelihatan ceria. Mata Bella sudah bersinar-sinar melihat lelaki tampan itu. Terus dia bangun dari situ "Aku tahu makhluk itu kerana dia juga pernah membawa lari salah satu anak kapal aku" kata lelaki tampan itu
"Jadi.. kau adalah lanun baik ke?" tanya Faye
"Yea, aku adalah kapten Navis" Jejaka terus berikan senyuman dia kepada Faye "Aku tidak pernah mengembara di dunia. Semuanya sangat pelik sekali"
"Errr... jadi kapten ni bukan alien ke?" tanya Boboiboy
"Alien? Apa itu?" Navis berasa pelik dengan perkataan alien itu "Aku adalah lanun yang suka mengembara merata-rata tempat. Aku kini sedang menjejaki makhluk itu untuk dapatkan balik anak kapal aku"
"Kenapa dia nampak terlampau handsome sangat" bisik Bella. Mata dia tidak alih ke tempat lain. Dia asyik memerhatikan kapten itu dengan hatinya yang berbunga-bunga "Kami pun tengah cari makhluk itu juga tapi.. kalau makhluk itu nak tangkap saya... saya rela diselamatkan oleh jejaka tampan ini"
"Aduh.. pantang nampak lelaki tampan" Boboiboy menepuk dahinya sendiri "Wei, sekarang bukan masanya untuk menjadi angau"
"Ha ah, betul tu! Tapi nampaknya si Bella ni sudah melupai Fang"
"Eh! Mana ada.." kata Bella kepada Gopal "Aku tak lupa si budak Pang tu.. hehehee! Aku akan lenyek dia dan jadikan dia seperti lempeng! MUAHAHAHAA!"
"Hmm.. kawan aku dah jadi gila pulak"
"Tahu takpe, Faye" Boboiboy mengeluh sedikit "Kapten.. kenapa makhluk itu menyerang kawan saya? Kenapa bukan dengan kita orang sekali?"
"Sebenarnya.." Kapten Navis mendongak ke langit "Makhluk itu pandai membaca hati kita. Dia tahu siapakah orang yang kita sangat rindui. Nampaknya kawan kau merindui seseorang sehingga makhluk itu menyamar kepada orang yang kawan kau rindui"
"Jadi.. selama ini Lily rindukan si Ratu Lily tu"
"Ha ah Boboiboy" kata Ochobot "Lily dan Ratu Lily suka berebutkan kau tapi sekarang.. Lily sudah kehilangan seseorang yang suka cari gaduh tapi gaduh macam mana pun, mereka tetap kawan dan menghormati satu sama lain. Agaknya rindu Lily kepada pesaingan dia amat mendalam sekali sehingga dia menjadi mangsa kepada makhluk itu"
"Eh.. kejap" Boboiboy terfikirkan tentang seseorang "ALAMAK! FANG!"
"Kenapa dengan dia pula?"
"Faye.. kau kan sepupu dia" Boboiboy menarik nafas dan lalu berkata lagi "Fang kan selalu merindui ibu bapa dia. Mungkin.. mungkin sekarang ni Fang dalam bahaya.. kita kena selamatkan Fang sebelum dia menjadi mangsa yang seterusnya!"
Boboiboy tidak berkata apa, dia harus menghubungi Fang dengan secepat mungkin. Dia berharap, semuanya tidak terlewat. Pada masa yang sama, dia dan kawan-kawannya perlu mencari Fang memberikan amaran tentang makhluk itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jauh dari Pulau Rintis, Lynna sedang sibuk menyiapkan kerja kolejnya di sebuah rumah yang digelar sebagai clubhouse. Dia terlampau sibuk sehingga tidak dengar panggilan dari Fang. Dia keseorangan di situ kerana kawan-kawan dia mempunyai kerja yang lain untuk diuruskan. Lynna menyemak balik apa yang dia tulis di dalam laptop itu. Buku-buku rujukan dia berselerak di atas meja ruang tamu. Secawan milo panas ada di tepi laptopnya sebagai alas perut. Dia mahukan semua kerja siap pada hari itu juga. Kalau dia sempat siapkan awal, mungkin dia akan ke Pulau Rintis untuk melihat Kaizo dan mengetahui perkembangan di sana
"Apalah si Kapten garang tu buat pada ketika ini?" bisik Lynna sambil tersenyum sedikit "Mesti dia tengah sibukkan diri dekat kapal angkasa dia tu"
Lynna tidak mahu berangan lebih, dia terus menyelak beberapa mukasurat di sebuah buku yang berhampiran dengannya. Kerja yang dia perlu siapkan adalah sebuah assignment tentang seni-seni bina pada zaman Renaissance. Muka dia terangkat sedikit apabila pintu rumah clubhouse dia diketuk oleh seseorang. Rumah dia tidak pernah didatangi oleh sesiapa kecuali Kaizo dan Fang. Mereka ke sini pun agak jarang sekali. Lynna bangun dari tempat duduknya dan terus ke pintu rumah. Sebaik sahaja dia membuka pintu itu, dia terkejut melihat Kaizo ada di hadapan pintu rumahnya
"Kaizo? Apa kau buat dekat sini?"
Kaizo tidak menjawab. Lynna melihat mata Kaizo dan dia dapati ada sesuatu yang tidak kena. Mata Kaizo hitam dan tidak kelihatan merah seperti biasa. Lynna berundur sedikit sambil menutup pintu itu sedikit demi sedikit
"TOLAKAN TENAGA!" Lynna tercampak kebelakang dan jatuh di atas lantai rumah
"Kaizo.. kenapa dengan kau?" Lynna cuba bangunkan diri dia tetapi Kaizo sempat gari dan kaki Lynna "Kaizo?" Dia rasa takut melihat Kaizo mengganas seperti orang diluar kawalan "Kaizo.. aku tahu ini bukan diri kau. Aku tahu diri kau yang sebenrnya masih ada lagi di dalam diri kau. Aku nak kau kuatkan semangat dan lawan apa yang sedang merasuk diri kau sekarang ini"
"Aku masih lagi Kaizo tapi..." Kaizo mengeluarkan pedang tenaganya dan lalu dia halakan pedang itu ke arah Lynna "Aku patut hapuskan kau dulu sebelum aku mulakan misi aku"
"Misi apa yang kau katakan?"
"Ini bukan urusan kau. Ini adalah misi aku dan dia sahaja.. misi ini adalah untuk jayakan matlamat dia"
"Siapa dia tu, Kaizo?" Lynna cuba lengahkan masa Kaizo dengan menanyakan beberapa soalan "Kaizo, siapa dia tu?"
"Maaf, aku tidak akan menjawab soalan kau"
"Kaizo, beritahu aku siapakah orang itu?"
"Baik kau diam! Aku datang ke sini adalah untuk hapuskan kau! Bukan untuk menjawap soalan kau!" Kaizo mengangkat pedangnya untuk menyerang Lynna "Selamat tinggal Lynna"
"JANGAN KAIZO!" Lynna pejamkan matanya sebaik sahaja Kaizo cuba melibas pedang itu tetapi tiada apa yang berlaku. Dia membuka matanya sedikit demi sedikit. Pedang tenaga itu hampir terkena Lynna tetapi Kaizo hanya terkaku sahaja seperti patung
"Lynna.. kau ok tak" Muncul Fairuz di belakang Kaizo. Dia telah menggunakan kuasanya untuk hentikan pergerakan Kaizo
"Aku ok. Mujur kau datang tepat pada masanya" kata Lynna "Tapi macam mana aku nak lepaskan tangan kaki aku ni.. hah! Kau bukakan jam kuasa dia"
"Kau nak aku buka jam kuasa dia?" tanya Fairuz sambil mengangkat kening sebelah
"Yes Fai. Cara itu sahaja aku dapat lepaskan diri. Kuasa itu tidak akan berkesan kalau kau buka jam kuasa dia"
"Ok"
Fairuz membuka jam kuasa Kaizo. Tangan dan kaki Lynna terus terlepas dari ikatan Kaizo tadi. Pedang tenaga Kaizo juga sudah hilang kuasanya. Fairuz serahkan jam kuasa itu kepada Lynna
"Kau nak aku lepaskan dia ke?"
"Tak perlu, Fai" balas Lynna "Aku perlu tahu kenapa dia buat begini dekat aku. Ini mesti kerja si virus tu. Sebelum ini, adik dia, Yaya dan juga Ying terkena pukauan dari virus tu. Sekarang Kaizo pula. Memang tidak boleh dimaafkan langsung"
"Jadi.. kau nak balas dendam ke?"
"Hmm.. aku tak naklah berdendam sangat tapi aku dan dia harus hapuskan si virus itu" Lynna mengeluh sedikit "Cuma sekarang ini, kita orang tak tahu dimana si virus tu menyorokkan diri"
"Lynna.. kau pasti ke si virus tu buat macam ni dekat dia?"
"Aku pasti.. tekaan aku pasti tepat" kata Lynna sambil mengangguk kepalanya
Lynna terus menyentuh sedikit kepala Kaizo. Sebuah image bergerak terpacar di dalam kepala Lynna. Dia boleh lihat tangan dan kaki Kaizo telah diikat oleh wayar. Sebuah skrin komputer sedang sibuk bercakap dengan Kaizo. Selepas itu skrin itu berubah dan tunjukkan sebuah planet yang hampir musnah. Seterusnya skrin komputer itu berubah lagi dan kali ini ianya cuba memukau Kaizo. Lynna terus tersedar dari image bergerak itu. Dia sudah dapat melihat segala-galanya. Tekaan dia memang tepat
"Apa yang kau nampak?"
"Aku nampak si virus tu" kata Lynna "Aku kena pulihkan dia. Aku tidak boleh biarkan dia begini. Fairuz, kau lepaskan dia"
"Erk?! Betul ke kau nak aku lepaskan dia?"
"Betul" jawab Lynna sambil menatap wajah Kaizo "Aku tahu apa yang aku perlu lakukan" Jari telunjuk dia sudah sentuh di tengah dahi Kaizo
"Baiklah" Dengan sekadar menghayunkan tangan, Fairuz berjaya membuat Kaizo bergerak semula "Lynna, cepat pulihkan dia!"
Lynna tumpukan perhatian kuasa dia untuk pulihkan minda Kaizo. Dia tidak mahu Kaizo dikawal oleh si virus itu. Kaizo pada ketika itu terus sedar bahawa jam kuasanya tiada di tangannya. Lalu dia cuba mencekik Lynna tetapi kepala dia terasa amat sakit sekali. Dia meronta-ronta di situ kerana tidak tahan dengan kesakitan itu. Dia terduduk sambil pegang kepalanya. Lynna tidak jauhkan jari telunjuknya, dia tetap mahu pulihkan Kaizo walaupun diri dia terseksa kerana melihat Kaizo menjerit seperti orang hilang arah. Air matanya mengalir keluar. Di dalam hatinya tidak henti-henti mengucapkan maaf. Akhirnya Kaizo berhenti menjerit. Mata dia tertutup rapat sehingga dia nampak wajah kedua ibu bapanya. Lalu dia membuka matanya sedikit demi sedikit. Dia ternampak sebuah senyuman dan sebutir air mata dari seorang gadis iaitu Lynna. Lalu dia bangun dari situ walaupun badan dia terasa lemah sedikit
"Lynna.."
"Kaizo! Kau sudah ok"
"Apa yang terjadi?" Kaizo sentuh sedikit kepala dia "Aku ada buat apa-apa dekat kau ke?"
"Kau cuba menyerang dia tadi" balas kawan baik Lynna "Tapi aku berjaya hentikan perbuatan kau tadi"
"Terima kasih" balas Kaizo "Maaf kerana menyerang kau tadi. Ini semua si virus tu punya pasal. Sekarang ni, kapal angkasa aku dan juga Lahap, telah dikawal oleh dia"
"Jadi, apa rancangan kau seterusnya?" tanya Lynna
"Dapatkan balik Lahap dan juga kapal angkasa aku" balas Kaizo "Aku perlu minta bantuan daripada TAPOPS"
"Aku akan bantu kau juga"
"Kalau nak minta bantuan dari aku, panggil sahaja aku" kata Fairuz "Aku akan bantu korang! Hehe.."
"Baiklah Fairuz" Lynna mula perasan dengan sebuah panggilan dari jam tangan Kaizo. Dia serahkan jam kuasa itu kepada Kaizo "Adik kau mesti cuba hubungi kau"
"Hmm.. apa yang si Pang tu nak. Kau nak ikut aku pulang ke Pulau Rintis?" tanya Kaizo
"Err.." Mata Lynna terus pandang kerja-kerja yang dia perlu siapkan "Aku..."
"Just go.." kata Fairuz sambil tersenyum gembira "Lagipun assignment kau kena hantar next week kan"
"I know.. tapi aku tak naklah tangguhkan sangat"
"Takpe kalau kau tak nak ikut aku pulang" kata Kaizo "Aku tahu kau sibuk dengan kerja kau. Aku tak nak ganggu kau. Kita ada masa lain lagi"
"Hmm.." Lynna merapatkan bibirnya dan lalu dia berkata sesuatu "Ok, aku akan ikut kau tapi hanya kerana untuk aku rehatkan diri sahaja. Nanti bila aku dah siap assignment aku, kita bincangkan tentang si virus tu"
"Aku rasa.. ikut kau tidak perlu ikut. Aku tidak mahu kau menjadi mangsa dia yang seterusnya" Kaizo belai sedikit rambut Lynna "Biar aku selesaikan masalah ini"
"Ok tapi kalau kau perlukan bantuan, aku akan datang untuk menolong kau"
Kaizo tidak berkata apa. Dia cuma balas dengan sebuah senyuman. Fairuz sudah rasa meluat dengan mereka berdua tetapi dia rasa bahagia dengan kawan baik dia kerana menjumpai seseorang yang memahami diri Lynna. Selama mereka bersama, belum lagi timbul drama di antara mereka berdua. Fairuz berharap mereka akan kekal selama-lamanya
"Fairuz, aku pergi dulu and please tolong kemaskan tempat aku"
"Ok.. Have fun" Fairuz melambai-lambai ke arah mereka berdua
Lalu Lynna dan Kaizo terus hilangkan diri dengan menggunakan kuasa teleportasi dari Lynna
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pintu rumah Fang dan Kaizo terus musnah apabila diri Fang diserang oleh makhluk bersayap. Fang terpelanting keluar sehingga membuatkan pintu pagar rumahnya tercabut. Fang bangunkan dirinya tetapi kaki dia terasa sakit. Dia melihat ada besi menusuk kaki kanannya. Dia mengesot dirinya untuk larikan diri daripada situ. Sebentar tadi dia telah pulang ke rumah untuk melihat keadaan Rizu tetapi apa yang dia dapati adalah tingkap biliknya pecah dan Rizu sudah tiada di situ. Selepas itu dia terdengar suara seorang wanita. Dia mencari suara itu dan terkejut melihat ibunya ada di ruang tamu. Dia tidak tahu samada itu adalah permainan mata dia sahaja atau ibu dia betul-betul ada di situ. Dia turun ke bawah untuk pastikan apa yang dia nampak adalah ibu dia dan bukan khayalan dia sahaja
Sebaik sahaja dia sampai di ruang tamu. Ibu dia masih ada lagi di situ. Fang tersenyum melihat wajah ibunya tetapi semuanya berubah apabila Fang semakin hampir dengan ibunya. Wajah ibu dia bertukar menjadi seekor makhluk yang amat menggerunkan. Fang terkejut dan dengan pantasnya, dia menyerang makhluk itu. Dia rasa sangat marah kerana makhluk itu bermain dengan dia dan menyamar sebagai ibu dia. Selagi makhluk itu tidak dapat menangkap Fang, selagi itulah makhluk itu akan menyerang. Fang cuba larikan diri daripada makhluk itu tetapi dia telah diserang. Fang dia terpelanting keluar dari rumah dia sendiri
"Aku tak kan biarkan dia menangkap aku" bisik Fang sambil mengesot badannya lagi "Berani dia menyamar sebagai ibu aku. Memang tidak boleh dimaafkan"
"Apa yang tidak boleh dimaafkan?"
Fang mendongak sedikit dan mata dia terkebil-kebil apabila mata dia melihat ibu dan ayah dia ada di hadapannya. Dia tahu ini adalah salah satu perangkap daripada makhluk itu tetapi dia tidak berani menyerang ibu bapa dia sendiri
"Tapi mereka bukan ibu bapa aku yang betul" bisik Fang lagi
"Kenapa Fang kata begitu?" tanya ibu dia dengan sedikit kecewa "Fang tak sayangkan kami ke?"
"Diam! Kau bukan ibu aku! Ibu dan ayah aku sudah lama tiada! Kau hanya seekor makhluk yang menyamar menjadi ibu bapa aku sahaja!"
"Fang tak sayangkan kami?" tanya ayah dia
"DIAM AKU KATA!"
"Fang.. marilah, kami ibu bapa kau" Ibu dia mengangkat kedua belah tangannya "Ibu sayangkan Fang. Begitu juga dengan ayah kamu"
"DIAM! SERANGAN BAYANG!"
Fang menyerang mereka dengan kuasa bayangnya. Ibu bapa Fang terus berubah menjadi makhluk bersayap. Fang tidak dapat melarikan diri kerana salah satu daripada makhluk itu sudah terbang dan mencengkam bahu Fang
"FANG!" Yaya terbang secara pantas untuk selamatkan Fang dari makhluk tersebut "TUMBUKAN PADU!"
"KUASA SLOW-MO!" Ying cuba perlahankan pergerakan makhluk itu supaya Yaya dapat selamatkan Fang "CEPAT YAYA!"
Yaya tumbuk makhluk itu sekuat-kuatnya. Fang terlepas dari cengkaman makhluk tersebut tetapi sebelum dia sempat jatuh di atas jalan raya, tubuh badan dia dicengkam semula oleh makhluk bersayap yang lain pula. Yaya tidak dapat mengejar makhluk tersebut kerana dia dan Ying di serang oleh dua lagi makhluk itu. Fang menjerit untuk meminta tolong. Boboiboy lewat tiba di situ dan Fang sudah berada jauh dari situ
"BERANI KORANG SERANG KAWAN-KAWAN AKU!" Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Blaze "SERANGAN BEBOLA API!" Makhluk-makluk itu musnah akibat terkena bebola api Boboiboy "Fang mana?" tanya dia sambil bertukar menjadi Boboiboy biasa
"Dia sudah kena tangkap" jawab Ying
"Bukan dia sahaja.. Rizu pun kena tangkap juga"
"HAH! Rizu pun kena juga" terkejut Faye "Rizu rindukan siapa selama ini?"
"Ibu dia?"
"Tak mungkinlah Boboiboy. Aku rasa dia rindukan ayah dia" kata Bella "Yea, mungkin ayah dia yang dia rindui. Sekarang macam mana, tiga rakan kita sudah dibawa lari oleh mereka. Dekat mana dia orang sorok, kita sendiri tak tahu"
"Jangan risau! Kapten Navis akan membantu kamu semua!" Muncul Kapten Navis di situ bergaya tampan dan segak sekali "Aku adalah ketua lanun yang tidak pernah mengalah! Aku akan bantu kamu semua untuk mencari mereka dan juga menewaskan makhluk-makhluk tak guna tu!"
"Hmm.. dia ni boleh pakai ke?" bisik Gopal kepada Boboiboy
"Entahlah, aku pun tak pasti" bisik Boboiboy balik "Aku rasa lebih elok kita hubungi abang Kaizo dan kak Lynna"
"Siapa mereka?" tanya Kapten Navis "Kakak dan abang kamu semua ke? Atau mereka adalah putera dan puteri di pulau ini? Atau mereka adalah raja dan permaisuri yang memerintah pulau pelik ini!"
"Errr... bukan-" Gopal terus tekup mulut Boboiboy
"Ha ah kapten! Dia orang adalah raja dan permaisuri di pulau ini! Kami adalah kawan kepada adik si raja tu.. hehehee..." Gopal tersengih
"Wei, yang kau pergi tipu dia apasal?" Mulut Boboiboy sudah dilepaskan oleh Gopal "Kau nak cari pasal dengan dia ke?"
"Ikut ajelah Boboiboy" kata Gopal "Karang si kapten ni banyak sangat soalan pulak"
"Hmm.. yelah yelah" Boboiboy menarik nafas sedikit "Betul kata kawan saya tadi tu.. jadi bagaimana hendak mencari mereka?"
"Adakah mereka akan selamat nanti?" Hati Faye mula menjadi risau. Dia terbayangkan kawan-kawan dia kena makan dengan makhluk itu. Dia cuba buangkan bayangan itu tetapi ianya tetap kembali di dalam kepalanya "Aku takut..."
"Aku pun juga" Bella sentuh bahu Faye sedikit "Kalau kita biarkan ketakutan menguasai diri kita, nanti macam mana kita nak selesaikan masalah ini. Keberanian kenalah ada untuk menentang sesuatu yang agak musytahil tapi kita jangan mengalah begitu sahaja! Aku yakin, kalau kita tewas pun, mesti ada yang datang menolong kita nanti"
"Betul kata Bella. Kapten Navis.. kapten tahu ke dekat mana mereka bawa kawan kami?" tanya Boboiboy
"Aku tahu mereka dimana kerana makhluk itu mempunyai sebuah sarang yang besar. Di dalam sarang itu terdapat seekor permaisuri. Kita kena hapuskan permaisuri itu dan segala-galanya akan musnah. Semuanya akan selamat. Ayuh kita pergi ke sarang makhluk itu!" Kapten Navis keluarkan pedang dia dan tujukan ke arah langit sebagai tanda semangat "Kita ke sana dengan kapal layar aku! Ayuh anak-anak muda, kita bergerak sekarang!"
"Aku tak beberapa yakin dengan dia ni" bisik Gopal
"Samalah tapi apa pilihan yang kita ada sekarang ini. Kita ikut sahaja dia" kata Boboiboy
"Kalau apa-apa terjadi, kita guna ajelah kuasa kita" kata Ying sambil angguk kepalanya "Marilah kita bertolak sekarang sebelum terjadi apa-apa dekat kawan-kawan kita tu"
"Mari! Kita naik kapal!" Kapten Navis terlebih bersemangat di situ
Mata Bella bersinar-sinar melihat Kapten Navis yang begitu tampan dan bergaya. Lebih bergaya daripada Fang. Kaki Gopal sudah terasa gatal untuk tendang kaki Bella tetapi dia menahan dirinya sebelum dia kena marah dengan Yaya atau kena balasannya nanti daripada Bella. Dia agak takut sedikit kalau cari gaduh dengan Bella. Walaupun Bella adalah seorang gadis tetapi dia mempunyai suara yang lantang dan keberanian yang tinggi, sehingga ada orang lain takut untuk mendekati diri dia
Sebuah tangga tali telah diturunkan dari kapal itu. Kapten Navis menjadi orang pertama memanjat tangga tersebut. Boboiboy ikut sahaja kapten itu dan seterusnya, kawan-kawan dia yang lain turut ikut sekali. Seorang demi seorang panjat tangga itu. Gopal orang terakhir sekali memanjat tangga bertali itu. Dia tidak mahu pandang ke bawah kerana makin lama makin tinggi dia naik. Yaya dan Ochobot dengan mudah sekali, dia hanya perlu terbangkan dirinya untuk masuk ke dalam kapal itu. Gopal rasa cemburu sedikit dengan kuasa yang ada pada diri Yaya. Setengah Gopal sampai di dalam kapal itu, dia terkejut sedikit kerana kapal itu sangat mewah dan bendera yang dikibarkan pada tiang kapal itu mempunyai sebuah bentuk tengkorak keemas-emasan. Beberapa anak-anak kapal sedang sibuk bekerja di atas kapal itu
"Selamat datang wahai para tetamu. Inilah kapal layar ku yang diberikan nama Skeleton Gold" kata Kapten Navis sambil mendongok sedikit kepada mereka sebagai tanda hormat "Aku akan bawa kamu semua ke sarang makhluk itu dan kita akan serang permaisuri itu bersama! Anak-anak kapal, bersedia untuk belayar!"
"ARGGG!" Jerit anak-anak kapal itu bersama
Kapal itu mula bergerak dan maju ke depan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo dan Lynna sudah tiba di Pulau Rintis. Mereka tidak tahu apa yang terjadi di kawasan bandar pulau itu. Mereka hanya tiba di hadapan rumah Kaizo sahaja. Mereka terkejut melihat pintu pagar rumah itu habis dimusnahkan. Ada juga beberapa titisan darah di atas jalan raya itu. Kaizo menjadi lebih cemas apabila dia lihat pintu dan tingkap rumahnya habis dimusnahkan. Tingkap bilik adiknya pecah. Serpihan kaca berterabur di kawasan halaman rumahnya
"Apa yang terjadi tadi?" bisik Kaizo
"Adik kau kena serang ke? Tadi jam kuasa kau berbunyi tapi kau jawab panggilan itu"
"Aku tahu.. ini semua salah aku!" Kaizo menggenggam kedua belah tapak tangannya "Kenapa aku tidak menjawab panggilan tadi! Kalaulah kita tiba di sini lebih awal, adik aku akan selamat"
"Kaizo, bertenang Kaizo.. aku tahu kau buat silap tadi. Aku pun buat silap juga kerana tidak menjawab panggilan dia tadi. Aku terlalu leka sangat tadi, sibuk dengan kerja-kerja aku" Lynna sentuh sedikit lengan Kaizo "Kita semua buat silap... kita tidak boleh lari dari kesilapan kita tapi jangan sesekali salahkan orang lain pula. Kita tahu kita buat silap dan kita akan betulkan kesilapan itu. Kita sama-sama cari dia dan selamatkan dia"
"Yea, kita akan selamatkan dia tapi... hmmm... aku tak pasti kalau ini adalah kerja si kepala kotak tu" Kaizo melihat kotak-kotak di luar rumahnya "Si Pang nak pindah rumah ke?"
"Aku tak rasa begitu.. ini semua barang lama dia" Lynna berjalan sedikit dan lalu dia mengangkat sebuah buku novel yang terbuka luas. Lalu dia tutup untuk melihat judul novel tersebut "Eh.. ini buku dari perpuskataan istana aku"
"Kenapa?" tanya Kaizo dengan nada serius
"Aku tahu siapa yang menyerang Fang" Lynna membelek-belek mukasurat buku novel itu "Buku novel ni kau yang pinjamkan?"
"Yea" balas Kaizo "Tapi aku tak habis baca sebab terlampau sibuk sangat"
"Hmm.. novel ini tentang lanun dan juga makhluk bersayap. Aku dapat rasakan adik kau kena tangkap dengan makhluk bersayap"
"Jadi?"
"Jadi kena cari dia dengan cepat sebab orang-orang yang makhluk ini tangkap akan menjadi.." Lynna berhenti bercakap seketika. Dia merapatkan bibirnya kerana takut untuk beritahu apa yang makhluk itu akan buat
"Akan menjadi apa? Kau jangan senyap sahaja, Lynna"
"Akan menjadi makanan kepada permaisuri mereka. Makhluk itu akan simpan mereka bertahun-tahun sehinggalah tiba masanya, permaisuri itu akan makan tapi ada benda lain juga kau perlu risaukan"
"Apa lagi yang aku perlu risaukan?"
"Aku rasa, baik kita patut pergi sekarang dan aku akan cerita dekat kau" kata Lynna
"Baiklah, mari kita pergi. Kau jangan nak senyap sahaja. Beritahu aku segala-galanya" Lynna angguk kepalanya kepada Kaizo "Maaf, kalau aku bercakap kasar dengan kau tadi"
"Takpe, aku tahu kau risaukan tentang adik kau. Mari kita pergi dan aku akan cerita segala-galanya"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kapal layar milik Kapten Navis tiba di sebuah tempat yang dinamakan sebagai markas kotak. Markas itu adalah kepunyaan seekor alien dan juga sebuah robot ungu. Mereka adalah Adudu dan Probe. Tetapi, setelah mereka hadir di tempat itu, markas kotak bukan lagi seperti sebuah tempat lapang yang penuh dengan barangan lama. Ianya menjadi sebuah sarang kepada makhluk-makhluk bersayap. Sarang itu tinggi, berbentuk sebuah kubah, dindingnya melekit dan warna hitam kehijauan. Semuanya sunyi sahaja. Tiada yang menyerang kapal layar itu. Boboiboy begitu gerun sekali melihat sarang itu. Gopal sudah menutup sedikit mukanya
"Ini ke sarang makhluk itu?"
"Yea" kata Kapten Navis kepada Boboiboy "Inilah sarang dia. Untuk masuk ke dalam sarang itu, kita perlu musnahkan dinding dia"
"Err... boleh ke kalau aku tukarkan sahaja sarang ni jadi makanan?"
"Boleh kot Gopal. Kau pergilah cuba" kata Boboiboy
"Tapi jangan jadikan makanan yang keras-keras pula. Lebih-lebih lagi kalau kau tukarkan jadi biskut Yaya" Ying rasa lega sedikit kerana Yaya tidak dengar percakapan dia tadi. Yaya terlalu sibuk melihat sarang melekit itu
"Ok.. aku akan cuba.. hmmm... makanan apa yea" Gopal mengusap dagunya
"Adoi.. tukarkan ajelah jadi jelly"
"Ok juga tu Ochobot!" Gopal dengan semangatnya, dia terus tumpukan kepada sarang itu "TUKARAN JELLY!" Tetapi tiada apa yang berlaku. Ianya tetap melekit seperti biasa "ERK! Takde jadi apa pun"
"Mungkin dia dah bertukar jadi jelly hitam kot" kata Faye sambil tersengih
"Takpe kalau kau tak boleh gunakan kuasa kau. Kita gunakan cara biasa yang aku selalu gunakan iaitu dengan menggunakan PEDANG!" Kapten Navis terjun dari situ dan mendarat di hadapan sarang tersebut "Mari ikut aku semua! Anak-anak kapal, jaga kapal ini!"
Boboiboy dan Gopal pandang satu sama lain. Mereka tidak terjun tetapi mereka turun ikut tangga bertali. Mereka rasa takut kalau terjun nanti tercedera pula. Ying, Bella dan Faye ikut mereka berdua. Manakala Yaya dan Ochobot, mereka terbang ke bawah dengan senang sekali. Setelah mereka sampai sahaja di bawah, Kapten Navis keluarkan pedang dia dan menghalakan ke arah dinding hitam itu. Lalu dia mencantas-cantas dinding itu supaya ianya terbelah tetapi tiada apa yang berlaku
"Errr... sesiapa ada idea lain?" kata Kapten Navis sambil tersengih
"Hmm..." Boboiboy begitu teliti sekali melihat dinding sarang itu "Hmmm..."
"Dey, kau cubalah guna kuasa api ke, tumbuk ke dan paling penting, jangan guna pedang Halilintar kau! Karang tak pasal-pasal, habis satu sarang ni kena sambar petir kau"
"Eh, ok juga tu Gopal, selesai masalah kita semua"
"Lepas tu, kau nak kawan-kawan kita kena sambar petir juga?" Bella sudah mencekak pinggang bersama Yaya, Ying dan Faye. Muka mereka kelihatan marah sedikit
"Hehehehe.. aku lupa pulak pasal mereka" Terus Ochobot tepuk kepala Boboiboy "Maaf maaf.. janganlah tepuk aku Ochobot"
"Aku tepuk kepala kau supaya diri kau jangan jadi pelupa" kata Ochobot
"Sudah sudah, jangan nak mulakan pergaduhan. Biar aku cuba dulu" Yaya menggenggamkan tangan kanannya untuk bersiap menumbuk dinding sarang itu "TUMBUKAN PADU!"
Dinding itu masih kukuh seperti biasa. Tangan Yaya terkena kesan pepejal melekit sedikit. Kali ini percubaan dari Ying pula. Dia menggunakan teknik tendangan lajunya tetapi hasilnya tetap sama sahaja. Giliran Boboiboy pula. Dia keluarkan bebola api yang kecil. Dia takut kalau sarang ini terbakar kalau dia keluarkan bebola api yang besar. Tiba-tiba sahaja dinding itu membuka secara tidak langsung. Sarang itu sebenarnya takut dengan api
"Wah! Tahniah Boboiboy, kau berjaya membuka laluan masuk ke dalam sarang ini tanpa membuat apa!" kata Gopal
"Err.. hehehee.." Boboiboy tersengih sambil garu-garu kepalanya "Kapten Navis masuklah dulu, kami ikut dari belakang"
"Baiklah! Bersiap sedia wahai anak-anak muda. Ikut aku dan jangan buat apa-apa sehingga aku berikan arahan"
"Baik kapten" kata mereka yang sedikit ragu-ragu dengan Kapten Navis
Kapten Navis melangkah masuk ke dalam sarang itu. Pedang dia sebagai perlindungan diri dia. Mereka melihat makhluk-makhluk bersayap sedang tidur nyenyak di tepi-tepi dinding sarang itu. Cara mereka tidur seperti seekor kelawar. Di bahagian atas pula, terdapat seekor makhluk berwarna merah kehitaman. Dia adalah permaisuri di dalam sarang itu. Pada bahagian tepi kanan sarang itu, terdapat Fang, Rizu, Lily dan Emmy sekali di dalam sebuah kurungan sangkar. Mereka terkejut sedikit kerana Emmy juga dapat ditangkap oleh makhluk itu. Keempat-empat remaja itu kelihatan sedang tidur di dalam sangkar itu. Di sebelah kanan pula, Adudu dan Probe ada di dalam sangkar mereka
"Eh, Adudu dan Probe pun ada sekali. Pelik betul" kata Boboiboy
"Mereka juga kawan kamu semua ke?"
"Bukan Kapten Navis. Dia orang tu musuh kita orang tapi adalah juga kadang-kadang buat baik dengan kita orang" jelas Yaya
"Ohh.. jadi kita tak perlu selamatkan mereka berdua" Kapten Navis mengusap dagunya sambil angguk kepala
"Eh, mana boleh. Kita harus selamatkan mereka juga. Tak kisahlah musuh ataupun kawan, mereka tetap akan diselamatkan" kata Yaya dengan nada tegasnya "Kita tidak boleh biarkan mereka di sini kerana mereka juga adalah mangsa si makhluk tu"
"Baiklah.. baiklah.. sekarang mari ikut aku" Kapten Navis berjalan secara perlahan
Mereka terus ke arah sangkar kawan-kawan mereka. Kapten Navis perhatikan sekeliling mereka untuk pastikan makhluk-makhluk itu tidak terjaga dari tidurnya. Sampai sahaja di sangkar itu, Boboiboy keluarkan kuasa apinya untuk musnahkan sangkar itu tetapi mereka diserang oleh makhluk itu secara mengejut. Tangan Boboiboy ada sedikit cakaran dari makhluk bersayap itu. Kapten Navis melibas-libas pedangnya untuk menghalau makhluk-makhluk tersebut
"KUASA SLOW-MO!"
Makhluk-makhluk itu bergerak secara perlahan. Yaya menggunakan kuasanya untuk mengumpul mereka semua
"MAMPATAN GRAVITY!"
"HEMPUSAN API!" Boboiboy menyembur kuasa apinya dari mulut dia. Makhluk-makhluk itu menjerit dan terus menjadi abu "Hahaha... mampus pun dia orang"
"Jangan gembira sangat sebab ada ramai lagi dia orang ni" Ochobot tunjuk ke arah atas
Makhluk-makhluk itu berterbangan di dalam sarang itu. Mereka semua sudah bersiap sedia untuk menyerang Boboiboy dan rakan-rakannya. Gopal menelan ludah apabila ternampak kuku tajam mereka yang serupa seperti kuku burung helang. Mereka sudah terperangkap kerana makhluk-makhluk itu mengepung para adiwira itu. Ying terpaksa gunakan kuasa dia balik sebaik sahaja mereka terbang terus ke arah mereka
"KUASA SLOW MO!"
"BOBOIBOY KUASA TIGA!" Boboiboy berpecah kepada tiga iaitu Taufan, Thorn dan Halilintar
"PUSARAN TAUFAN!"
"GERAKAN KILAT!" Halilintar bergerak seperti kilat "TETAKAN HALILINTAR!" Dia menyerang mereka dari bawah ke atas ke kiri dan juga ke kanan
"Go Boboiboy! Go Boboiboy!" sorak Probe di dalam sangkar dia "ADOI! Apa ni encik bos, janganlah ketuk kepala saya pula"
"Yang kau pergi sorak dekat si Boboiboy tu kenapa?"
"Ala, dia kan datang nak selamatkan kita semua. Kenalah bagi semangat" kata Probe
"Betul tu!" muncul Yaya di depan sangkar mereka "Mari aku keluarkan kamu berdua"
"Baiknya Yaya ni.. hehehe"
"Baik apa kebendanya! Asyik kena serang aje, setiap kali aku ada rancangan jahat!"
"Siapa suruh jadi jahat, kan dah kena dengan aku" kata Yaya kepada Probe "TUMBUKAN PADU!" Hancur sangkar itu "Ok, korang boleh lari dari sini sekarang tapi jangan buat jahat lagi"
"Itu pun kalau aku tak lupalah" bisik Adudu sambil bermuka masam. Dia dan Probe lari keluar dari sarang itu "SELAMAT BERJAYA!" kata dia sebelum melangkah keluar dari situ
"Sempat pulak si kepala kotak tu!" kata Ying "ALAMAK! KUASA SLO-ADOI!" Tangan dia terkena cakaran makhluk itu "Sakitnya.. macam mana ni?"
"Apa yang kita perlu lakukan Kapten?" tanya Bella. Diri dia semakin lama semakin berundur pada dinding sarang itu "Macam mana nak hapuskan mereka semua? Makhluk ni makin banyak, bukannya makin sikit"
"Hapuskan permaisuri mereka kerana dialah yang akan menjana lebih banyak lagi askar-askar makhluk ini semua. Keluarkan jantung kristal dia dari dada dia sendiri" kata Kapten Navis
"Jantung kristal?" terkejut Faye
"Yea, permaisuri itu mempunyai jantung kristal.. memang sangat bernilai harganya"
"Tapi macam mana nak serang permaisuri tu. Mereka semua sedang melindungi permaisuri itu" kata Yaya
"Kita tangkap seekor-seekor" kata Taufan "Tengok aku perangkap mereka di dalam kuasa taufan aku! PERANGKAP TAUFAN!"
Makhluk-makhluk itu disedut masuk ke dalam perangkap milik Taufan. Mereka berputar-putar, berpusing-pusing di dalam perangkap tersebut tetapi permaisuri itu menghasilkan lebih banyak askar dia lagi untuk menyerang Taufan. Seekor demi seekor keluar dari dinding sarang yang melekit itu. Muka mereka amat menggerunkan dan kali ini mereka mempunyai gigi taring yang tajam. Gopal menggigil ketakutan sehingga dia sorokkan dirinya di belakang Bella dan Faye
"KUASA APUNGAN GRAVITY!" Yaya cuba melindungi Taufan dengan menggunakan kuasa dia
Kesemua makhluk itu terperangkap di dalam kuasa pink milik Yaya. Mereka terapung-terapung di sekitar sarang itu. Mereka cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Kali ini permaisuri itu betul-betul bengang dengan para adiwira. Dia keluarkan lagi askar-askar dia yang seterusnya. Thorn pula datang untuk mengikat askar-askar yang baru di lahirkan itu
"BUATLAH SESUATU! SEBELUM SI PERMAISURI TU KELUARKAN ASKAR DIA LAGI!" Taufan sudah tidak dapat tahankan dirinya kerana satu per satu makhluk itu cuba untuk mencakar diri dia
"Jangan risau, biar aku serang dia" Secara pantasnya, Halilintar bergerak dari bawah terus ke tepi dinding dan terus ke permaisuri itu "TUSUKAN HALILINTAR!"
Pedang Halilintar menusuk badan permaisuri itu dan akhirnya dia dapat hapuskan juga. Halilintar boleh nampak sebutir kristal berwarna hijau berada di dalam dada makhluk itu. Lalu dia keluarkan kristal itu dari situ dan mencampakkan kristal itu terus ke tangan Kapten Navis. Segala makhluk di situ berhenti berlawan. Boboiboy bercantum semula menjadi satu. Mereka sudah selamat tetapi Fang, Rizu, Lily dan Emmy masih lagi di dalam sangkar mereka
"Woi, keluarkan kita oranglah"
"Eh, kau sudah bangun Fang" kata Faye "Gopal, tukarkan sangkar ni jadi biskut atau apa-apa sahaja yang boleh kita hancurkan"
"Itu aku boleh buat! TUKARAN MAKANAN!" Sangkar itu bertukar menjadi biskut "Masa untuk hancurkan biskut ni!" Gopal patah-patahkan sangkar itu untuk mengeluarkan rakan-rakan dia yang terperangkap di dalam itu
"Terima kasih semua kerana selamatkan kami" kata Emmy
"BBB-CHAN!" Mata Lily terus bersinar-sinar melihat Boboiboy ada di situ "MY PRINCE CHARMING!"
"Ah sudah.. angau dia sudah kembali" Boboiboy menepuk dahi dia sendiri "Kapten Navis, sekarang semuanya sudah selesai tapi mana anak-anak kapal kapten yang kena tangkap tu?"
"Hehehe.. itu hanyalah tipu helah dari aku sahaja" Nada Kapten Navis terus bertukar menjadi serius "Terima kasih kerana menolong aku hapuskan permaisuri itu. Kau tahu kenapa aku nak kan kristal ini?" Dia tunjukkan kristal itu kepada mereka
"Ala, kau tu kan lanun.. mesti kau nak jual dan dapatkan duit. Betul tak?" kata Gopal dengan penuh keyakinan
"SALAH! Hahahaa.. aku mahukan kristal ini kerana AKU DAPAT MENGAWAL KESEMUA MAKHLUK INI! Sekarang sudah tiba masanya untuk aku hapuskan kamu semua!" Kapten Navis tersenyum sinis kepada mereka "Bangkitlah wahai makhluk ku, serang mereka dan jangan bagi mereka keluar dari sini.. selamat tinggal wahai anak-anak muda!"
"BERANI KAU MEMPERGUNAKAN KAMI! MEMANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN!" Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Blaze "RASAKAN BEBOLA- ARGHHHHH!" Tangan dan muka Boboiboy Blaze diserang oleh makhluk itu
"Tak boleh jadi ni, kita kena dapatkan balik kristal tu" kata Bella "Tapi kita sudah terperangkap dekat dalam ni..." Dia tundukkan dirinya apabila ada seekor makhluk cuba untuk mencakar Bella
"PELINDUNG BAYANG!"
Fang melindungi mereka semua dengan kuasa bayangnya. Walaupun dia tidak dapat berdiri tetapi dia dapat menggunakan kuasanya untuk melindungi mereka semua. Dia tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan kerana dinding bayang itu dicakar oleh makhluk-makhluk itu. Boboiboy sudah kembali menjadi biasa. Dia perlu mencari jalan untuk lepaskan diri dan dapatkan balik kristal itu dari Kapten Navis
"Tak sangka si lanun tak guna tu ialah orang jahat! MENYESAL AKU ADA HATI DEKAT LANUN TU!"
"Senyaplah kau, Bella!" kata Fang "Sekarang fikirkan macam mana nak selamatkan diri. Aku sendiri pun tak dapat nak tahan lama. Sedikit lagi dia orang boleh hancurkan dinding pelindung ni"
"Ala, BBB-CHAN AKAN SELAMATKAN KITA SEMUA DENGAN MENGGUNAKAN BOBOIBOY KUASA TUJUH! Boleh jumpa Gempa-chan kalau begini" Lily berkelip-kelip matanya kepada Boboiboy
"SIAPA KAU?"
Mereka terdengar satu jeritan dari luar dinding pelindung itu. Fang tidak berani untuk hilangkan dinding bayang itu kerana dia tidak mahu mereka di serang oleh makhluk-makhluk itu. Rizu memeluk tubuh badan abang angkat dia kerana ketakutan
"Aku adalah Kapten Kaizo!"
"ABANG!" Jerit Fang disebalik dinding pelindung dia "ABANG DATANG AKHIRNYA!"
"Abang Paizo akan selamatkan kita semua" bisik Rizu. Dia tersenyum disebalik tangisannya "Abang Paizo... kalahkan lanun tu" bisik dia lagi
"Jadi kaulah Raja Kaizo yang memerintah pulau ini!" kata Kapten Navis
"Raja Kaizo?" Lynna menahan gelakan dia "Bila masa si kapten garang ni jadi raja... hehehee"
"Dan kau pula mesti permaisuri Lynna"
"ERK?!" Terkejut Lynna "Bila masa saya jadi permaisuri pulak ni"
"Takpe takpe.. aku akan hapuskan kamu berdua, supaya aku dapat memerintah pulau ini! HAHAHAHAA! SERANG MEREKA WAHAI MAKHLUK KU!" Makhluk-makhluk itu beralih arah dan mula menyerang Kaizo dan Lynna "HAHAHAHA! Segala-galanya mudah bagi ku!"
"Kau ingat mudah untuk kalahkan aku?" Kaizo tersenyum sinis kepada Kapten Navis. Dia terus mulakan serangan dia terhadap kapten lanun itu "TOLAKAN TENAGA!"
Kapten Navis tercampak ke belakang dan lalu terjatuh bergolek di atas lantai sarang melekit itu. Kristal itu masih lagi selamat berada di dalam tangan dia. Dinding pelindung Fang sudah pudar dan mereka tidak lagi diserang oleh makhluk-makhluk itu. Kapten Navis melihat diri mereka selamat dan lalu dia menggunakan kuasa kristal itu untuk menangkap mereka. Seorang demi seorang ditarik oleh sesuatu dari dinding sarang itu dan terus melekat di situ. Kaizo dan Lynna masih lagi bertarung dengan makhluk-makhluk itu. Kaizo mencantas mereka, melibas-libas pedang tenaganya dan juga potong sayap mereka. Lynna gunakan kuasa api ungunya untuk menghapuskan makhluk itu
"Lynna, bagaimana kita hentikan kegilaan ini?"
"Mungkin cerita si lanun ni, kita kena pecahkan kristal itu. Dia tidak akan dapat mengawal makhluk ini lagi sekiranya kristal itu pecah"
"Kalau begitu, aku akan cuba serang si kapten tu dan pecahkan kristal itu"
"Hati-hati Kaizo" kata Lynna
Kaizo hanya mengangguk sahaja. Hati dia marah apabila dia ternampak adik dia melekat pada permukaan dinding itu. Dia menggenggam erat pedang tenaganya. Lalu dia melompat dan mencantas beberapa makhluk yang cuba mencakar dia. Kaizo terus mendarat di hadapan Kapten Navis. Mata dia tertumpu kepada kristal hijau itu. Dia tahu apa yang dia perlu lakukan
"Kau tidak akan berjaya" kata Kapten Navis "Pulau ini akan menjadi milik aku! HAHAHAA!"
"Gelaklah kau tapi... hehee.. kau tidak akan berjaya.. GARI TENAGA!" Kedua tangan dan kaki Kapten Navis telah di garikan oleh kuasa Kaizo. Kristal itu terlepas dari tangan kapten itu. Kaizo mengangkat kristal hijau itu "Kau nak gelak lagi ke sebelum aku hancurkan kristal ini"
"INI BUKAN KALI TERAKHIR KAU AKAN-"
Sebelum sempat Kapten Navis habiskan ayat dia, Kaizo sudah hancurkan kristal itu. Dia pecahkan kristal itu dan segala-galanya berakhir di situ. Kapten Navis, makhluk bersayap dan sarang melekit itu hilang dari situ. Semuanya sudah kembali ke dalam novel berjudul The Green Crystal
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada malam itu, Kaizo menjenguk masuk ke dalam bilik adiknya. Dia hanya mahu periksa keadaan adiknya. Kaki adiknya sudah dibalut dengan simen dan mungkin dalam beberapa hari atau minggu, dia terpaksa gunakan tongkat untuk berjalan
"Pang, kau tidak tidur lagi?"
"Belum abang" Fang bangunkan diri dia sedikit "Adik sebenarnya terfikir tentang sesuatu.."
"Apa yang kau fikirkan?"
"Makhluk tadi tu akan menangkap sesiapa yang mempunyai perasaan rindu terhadap seseorang yang amat dalam. Contohnya si pelik tu rindukan pesaingan dia iaitu Ratu Lily"
"Jadi, apa masalahnya?" tanya Kaizo
"Kenapa mereka tidak tangkap abang sekali semasa abang berada di sini? Adakah abang tidak merindui ibu bapa kita!"
"Siapa kata abang tidak merindui mereka. Setiap hari abang rindukan mereka! Abang pun seperti adik juga, rindukan mereka setiap masa" Kaizo duduk di tepi katil adiknya "Abang tidak pernah lupakan mereka, begitu juga dengan adik.. tapi soalan kau tu memang membuatkan abang terfikir juga"
"Hmmm... mungkin ada sesuatu yang melindungi diri abang"
"Mungkin juga tapi tak perlulah kita fikirkan benda itu lagi. Semuanya sudah berakhir. Kau masuk tidur" Kaizo cium dahi adiknya "Selamat malam, Pang"
"Selamat malam, abang"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com