Hari Jadi Landak
"Selamat hari jadi, Fang"
Fang terus hentikan video ibu bapanya pada suatu ketika dahulu. Dia mengesat air matanya sambil menatap wajah kedua ibu bapanya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Hari ini adalah hari jadi dia. Fang teringin untuk meraikan hari jadi dia bersama ibu bapa dia tetapi apa yang dia boleh buat. Ibu dan ayah dia sudah lama pergi meninggalkan dia dan abangnya. Video hari jadi itu membuatkan hati dia terasa rindu dengan mereka berdua. Fang menangis lagi kerana hanya video itu sahajalah sebagai pengganti untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada dirinya
"Ibu.. ayah.. adik dah besar" bisik Fang di dalam bilik gelapnya
Fang hanya duduk di atas katil dan laptopnya terbuka luas di atas ribanya. Di sebelah kiri dia, ada seekor kucing bernama Shadow sedang nyenyak tidur dengan aman. Fang tutup video tadi. Seterusnya, dia mainkan video ibu bapanya yang lain pula. Video kali ini semasa mereka berkelah di dalam sebuah taman. Dia tergelak melihat asyik dia sendiri di dalam video itu. Ibu dia sangat penyayang dan suara ayah dia pula, sangat tegas dan lembut. Fang peluk bantalnya dengan begitu erat. Seolah-olah bantal itu adalah ibu dan ayahnya. Dia bayangkan dia dapat sebuah pelukan dari mereka berdua
"Pang.."
Pintu bilik dia terbuka. Kaizo masuk ke dalam bilik adiknya untuk melihat apa yang adik dia sedang lakukan. Fang cepat-cepat mengesat air matanya dan tutup laptopnya
"Kau tak tidur lagi"
"Tak abang" balas Fang
"Kau tengok video hari jadi kau ke?" Kaizo berjalan menuju ke arah katil adiknya. Lalu dia duduk di atas katil itu "Hari ni hari jadi kau.. selamat hari jadi"
"Terima kasih abang" Fang tersenyum sedikit
"Kau nak apa-apa tak untuk hari jadi kau?"
"Adik cuma nak..." Fang terdiam sebentar. Dia mahukan sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi. Jadi dia terpaksa buangkan permintaan itu "Adik nak.. donut lobak merah aje"
"Itu aje?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah
"Ha ah, itu sahaja" balas Fang dengan nada yang perlahan "Itu sahaja adik nak" dia terdiam seketika. Jauh di hatinya, dia teringin untuk meraikan hari jadinya bersama ibu bapanya "Itu sahaja yang adik nak.." bisik dia dengan kepalanya tertunduk sedikit
"Pang.." Kaizo rapatkan diri dia kepada adiknya "Abang tahu apa yang kau mahukan. Kau mahu menyambut hari jadi kau bersama mereka tapi.. abang tiada kuasa untuk kembalikan mereka. Maafkan abang kerana abang tidak mampu untuk tunaikan permintaan itu"
"Takpe abang.. adik tahu permintaan itu memang sukar dan tak masuk akal" Fang mengesat air matanya "Adik sambut hari jadi adik dengan abang dan juga dengan kawan-kawan adik. Merekalah keluarga kita sekarang ini.. adik sayangkan mereka"
"Mereka pun sayangkan adik" Kaizo bangun dari katil itu "Sudah, kau masuklah tidur.. nanti aku akan belikan donut lobak merah untuk kau"
"Terima kasih abang"
"Sama-sama"
"Abang" panggil Fang
"Kenapa? Kau ada satu lagi permintaan ke?"
"Tak.. sebenarnya.." Fang melihat wajah abangnya "Tahun lepas.. ibu dan ayah ada muncul dalam mimpi adik. Mereka hadir dalam mimpi tu sebab nak sambut hari jadi adik. Mungkin kali ini mereka akan munculkan diri lagi"
"Hmm... kalau boleh, jangan terlalu berharap sangat. Abang takut kau akan kecewa nanti" kata Kaizo kepada adiknya "Aku takut kau tunggu kemunculan mereka setiap kali kau mahu tidur.. aku tak nak kau kecewa. Aku tak nak kau sedih kerana mereka tidak hadir di dalam mimpi kau nanti"
"Adik tahu.. adik tak nak berharap sangat"
"Jadi, jangan tunggu.. kalau mereka nak muncul, mereka akan datang" Kaizo berikan senyuman dia kepada adiknya "Kadang kala mereka juga muncul di dalam mimpi abang. Biarkanlah mereka muncul dengan sendirinya. Kau kena ingat, mimpi adalah tidak sama seperti realiti"
"Tapi.. kenapa masa dia orang ada dalam mimpi adik.. adik rasa macam betul aje. Adik dapat melihat wajah mereka dengan jelas"
"Abang pun begitu juga. Abang pun tidak faham kenapa tapi apa-apa pun, kau harus bersyukur mereka hadir di dalam mimpi kita untuk hilangkan rasa rindu kita kepada mereka" Kaizo belai rambut adiknya sedikit "Mari kita masuk tidur, Pang" Dia kucup sedikit dahi adiknya "Selamat malam, Pang"
"Selamat malam abang"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sarapan pagi sudah tersedia di atas meja dapur rumah Fang dan Kaizo. Makanan sarapan pagi itu telah disediakan oleh Lynna sendiri. Kaizo yang meminta pertolongan dari Lynna kerana dia tahu, diri dia tidak begitu mahir di dalam bahagian memasak. Apa sahaja yang dia masak, mesti makanan itu akan rasa terlampau masin. Lynna dengan baiknya, dia setuju untuk tolong Kaizo. Mereka berdua telah menyediakan beberapa kepingan sandwich teluar dan keju, pancake bersama dengan sirap madu, cekodok pisang dan juga jus lobak merah
"Semuanya sudah siap" kata Lynna dengan perasaan puas hati "Tapi... kenapa kau tak suruh Faye yang tolong kau?"
"IDOLI TAHU!" Si anak kucing alien sudah muncul di dalam dapur dengan pakaian baju tidurnya "Sebab abang Kaizo cari alasan untuk kak Lynna datang ke sini!"
Kaizo diam sahaja. Dahi dia berkerut-kerut pada ketika itu. Idoli sudah duduk di kerusi meja makan dengan tangan dia sudah mencapai sekeping pancake. Kaizo mahu menghalang Idoli supaya jangan sentuh makanan itu kerana semuanya untuk adik dia iaitu Fang tetapi dia tahu, nanti Idoli akan mengadu kepada abang dia, Laksamana Tarung. Dia tidak begitu takut dengan Laksamana Tarung tetapi dia tidak mahu bergaduh kerana itu. Mereka adalah pasukan ahli TAPOPS dan tidak enak sekali kalau bergaduh sesama sendiri
"Sedapnya pancake ni!" kata Idoli sambil kunyah pancake itu
"Hehehe.. makan elok-elok Idoli" Lynna tuangkan air susu kepada Idoli "Kunyah perlahan-lahan ok"
"Ok" balas Idoli "Abang Fang tak bangun lagi?"
"Belum" balas Kaizo "Entah pukul berapa budak tu nak bangun"
"Kejap lagi bangunlah dia tu.." kata Lynna "Idoli nak pancake lagi? Akak ada buat banyak tu"
"Errmmm... abang Kaizo buat yang mana satu?" Mata Idoli meniliti setiap makanan yang ada di atas meja makan itu
"Err.. dia buat pancake tu.. hehehee.. sebab tu nampak hangus sedikit"
"Ohh.. patutlah pancake tu ada kesan-kesan hitam" Idoli angguk kepala dia tanda faham "Kak Lynna pula buat yang mana satu?"
"Akak buat sandwich ni, jus lobak dan juga cekodok pisang"
"Kenapa kau tanya?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah
"Sebab Idoli nak tahu apa yang abang Kaizo masak.. nampaknya pancake tu tak masin! Hehehee.." Idoli tergelak sedikit "Nak Idoli kejutkan abang Fang ke?"
"Tak perlu.. abang dah bangun pun" Fang menguap besar sambil masuk ke dalam dapur. Dia gosok mata kirinya sedikit. Rambut dia berselerak sedikit "Abang masak apa untuk adik?" Dia menguap lagi
"Pergi basuh muka kau dulu.. baru boleh makan sarapan pagi kau. Jangan lupa gosok gigi tu sekali" kata Kaizo dengan nada serius
"Baik abang ku yang terlajak macho" Fang keluar dari dapur itu dengan tangan dia sudah garu-garu punggung
"Bangun bangun aje.. terus ke dapur budak tu. Bukannya nak basuh muka dan gosok gigi dulu" kata Kaizo sambil bersilang tangan
"Errr.. Idoli pergi gosok gigi dulu... hehee" Idoli berlari keluar dari dapur dengan senyuman tersengih dia
"Si anak kucing tu pun sama juga" bisik Kaizo "Sabar ajelah"
"Hehehe.. agaknya dia orang dapat bau makanan sedap yang ada dekat dapur, terus dia orang datang ke sini.. hehee.. kau pun, janganlah garang sangat dengan mereka" tegur Lynna
"Aku mana ada garang dengan dia orang" Kaizo duduk di kerusi meja makan dengan tangan dia mencapai sekeping sandwich telur "Aku harap dia akan suka dengan sarapan pagi hari jadi dia hari ini"
"Mesti dia akan suka punya tapi donut lobak merah tu, bila kau nak buat?" Lynna tuangkan air jus lobak merah di gelas Kaizo
"Aku beli aje" jawab Kaizo. Lalu dia gigit sedikit sandwich itu "Atau kau nak buatkan?"
"Tak kan aku sorang aje kena buat, kau kena bantu aku juga nanti"
"Kalau begitu, kita beli ajelah" balas Kaizo
"Kau sebenarnya malas nak buatkan"
Kaizo tidak menjawap pertanyaan Lynna tadi. Dia hanya minum air jus lobak itu secara senyap. Lynna berikan renungan tajam kepada Kaizo tetapi dia tetap diendahkan oleh si kapten itu. Lynna mengalah sahaja. Dia tidak mahu panjangkan cerita dengan Kaizo. Beberapa saat kemudian, Faye masuk ke dalam dapur dengan wajah cerianya
"HAPPY BIRTHDAY COUSIN KU!" Faye melihat kiri dan kanan dapur itu "Eh.. mana Fang?"
"Dia pergi cuci muka sekejap" jawab Lynna
"Lorr.. ingatkan dia ada dekat sini. Faye baru nak berikan hadiah hari jadi dia" Ada sekotak kecil pada tangan Faye. Kotak itu dibalut dengan kertas berwarna-warni "Hadiah ini adalah dari Faye, Bella dan juga Lily"
"Baiknya kamu bertiga berkongsi hadiah"
"Sebab tak cukup duit" balas Faye kepada Lynna "Terpaksalah kita orang kumpul duit dan belikan hadiah ini untuk Fang"
"Ala.. Idoli takde hadiah nak berikan kepada abang Fang" Idoli muncul kembali di dalam dapur itu. Muka dia sudah siap dicuci. Begitu juga dengan giginya "Kak Lynna nanti temankan Idoli pergi beli hadiah abang Fang"
"Ok" Lynna mengusap kepala Idoli
"Abang Kaizo bagi hadiah apa nanti?"
"Entahlah" jawab Kaizo "Abang pun tak tahu nak bagi dia apa.. mungkin hadiah kasih sayang aje kot. Kalau dia tak puas hati dengan hadiah itu, aku sekeh kepala dia dan juga dengan hukuman latihan tempur"
Idoli tepuk dahinya sendiri. Manakala Lynna dan Faye hanya gelengkan kepala sahaja. Fang sudah pun kembali di dalam dapur itu. Dia sudah tidak kelihatan mamai lagi. Rambut dia sudah terurus dan riak wajah dia kelihatan lebih ceria seperti biasa
"Hah, tadi aku dengar ada hadiah.. mana? mana?" Faye terus hulurkan hadiah dia kepada Fang "Hehehe.. hadiah dari kau.. terima kasih"
"Sama-sama" kata Faye dengan senyuman ikhlasnya "Bukalah"
"Nanti dulu.. aku nak makan makanan yang abang aku buat" Fang pandang abang dia lama-lama. Selepas itu dia alihkan pandang dia ke arah Lynna "Semua ni kak Lynna yang buatkan? Abang hanya suruh kak Lynna buat sarapan pagi ini untuk adik kan?"
"Hehehe.. betul tu tapi pancake tu, abang kamu yang buat" Lynna tersenyum sedikit
"Ohh.. patutlah hangus" jawab Fang. Dia duduk di sebelah abangnya "Terima kasih kerana buat pancake hangus"
"Ermm.. sama-sama" jawab Kaizo "Mari makan semua"
Lynna, Faye dan Idoli mengambil tempat duduk masing-masing. Faye mengambil beberapa keping sandwich dan letak di atas pinggannya. Idoli pula, dia sambung makan pancake hangus itu. Manakala Lynna pula, dia mengambil sebiji cekodok pisang. Fang merasai pancake yang abang dia buat. Tiada rasa masin tapi sedap, walaupun hangus. Mungkin acuan pancake itu dibuat oleh kak Lynna dan abang dia hanya masakkan sahaja, fikir Fang. Mungkin juga, fikir dia lagi
"Fang.."
"Yea kak Lynna" Fang pandang wajah Lynna yang sentiasa lembut itu "Kenapa akak?"
"Akak ada hadiah untuk Fang"
"HADIAH?! Hadiah apa yang akak nak berikan kepada adik? BASIKAL KE? Tak pun KERETA!" Mata Fang sudah bersinar-sinar sambil terbayangkan hadiah apa yang dia dapat nanti "Mesti sesuatu yang sangat istimewakan!"
"Yea Fang tapi.. hadiah ini boleh guna untuk hari ini sahaja"
"Hadiah apa tu? Kak Lynna bagi adik kupon ke?" Kaizo boleh nampak di mata adiknya ada rasa sedikit kecewa. Lalu dia tepuk kepala adiknya "ABANG!"
"Kalau dia bagi kupon, kau terima ajelah dengan seikhlas hati!" marah Kaizo
"Yelah, adik nak terima seikhlas hatilah ni.. abang janganlah nak tepuk kepala adik ni" Fang terus bersilang tangan dengan muka masamnya "Suka sangat nak kacau mood adik pagi-pagi"
"Sudah sudah.. jangan nak gaduh-gaduh" tegur Lynna "Hadiah ni bukan kupon tapi ianya sangat istimewa"
"Maksud kak Lynna, hadiah itu ada kuasa ke?" tanya Faye dengan mulut penuh dengan kunyahan sandwich. Lalu dia telan untuk kembali bercakap "Wah! mesti hadiah tu sangat bermaknakan"
"Sudah tentu" jawab Lynna
"Hadiah apa kak Lynna.. adik tak sabar nak melihatnya" Fang sudah kembali teruja dengan hadiah dari Lynna
Lynna bangun dari kerusinya. Lalu dia keluar dari dapur untuk pergi mengambil sesuatu dari beg sandang dia. Fang mengintai sedikit untuk melihat besar mana hadiah itu. Kaizo tepuk kepala adiknya lagi sekali
"ABANG!"
Kaizo tidak memarahi adik dia balik. Dia terus minum jus lobak merahnya dengan bahagia. Fang sudah mula berapi-api dengan sikap abangnya yang berpura-pura tidak tahu apa yang dia telah lakukan sebentar tadi. Fang kembali bermasam muka. Idoli ketawa secara perlahan kerana dia rasa lucu melihat adik-beradik itu. Faye malas hendak bersuara kerana dia sudah masak dengan perangai mereka berdua. Duduk di rumah Fang dan Kaizo, boleh jadi seperti mereka juga. Asyik dengan jeritan mereka sahaja, selepas itu bergaduh hanya perkara remeh temeh. Lynna sudah kembali di dalam dapur itu. Kali ini, dia membawa sebiji batu kecil yang sama besar dengan tapak tangan Idoli. Batu itu berbentuk seperti bintang
"Kak Lynna bagi adik batu ke?" tanya Fang
"Bagus hadiah tu Lynna.. sebab kepala adik aku ni keras macam batu! Keras kepala betul kau ni" Lagi sekali kepala Fang di tepuk oleh Kaizo
"ABANG!" Jerit Fang "Kenapa kak Lynna bagi adik batu?"
"Sebab batu ni.. bukan batu biasa" Lynna angkat tangan Fang sedikit. Dia letak batu itu di atas tapak tangan Fang "Batu ini mempunyai kuasa tersendiri"
"Kuasa apa tu kak Lynna?" tanya Fang sambil melihat batu kecil itu. Batu itu berwarna biru dan ianya berkilat "Batu ni boleh berikan adik kuasa ke?"
"Bukanlah" jawab Lynna dengan lembutnya "Ianya boleh tunaikan permintaan Fang untuk satu hari sahaja. Apabila sudah cukup satu hari, semua permintaan Fang akan hilang"
"Wuuu..bestnya!" Mata Idoli sudah bersinar-sinar "Abang Fang minta ikan banyak-banyak!"
"Err... abang nak minta benda yang lagi best daripada ikan.. hehehe" Lalu Fang tersenyum sinis "Kak Lynna, macam mana nak buat permintaan tu?"
"Pejamkan mata kamu dan katakan permintaan Fang tu" jelas Lynna "Pastikan niat kamu betul"
"Jangan kau minta benda yang merapu pulak" Kaizo terus berikan amaran kepada adiknya "Kalau tidak, hadiah aku untuk kau adalah latihan tempur nanti"
"Hmm.. yelah" Fang terus pejamkan mata dia sambil fikirkan permintaan apa yang dia mahukan "Hehehe... permintaan aku adalah untuk abang aku-" Kali ini, Kaizo ketuk kepala adiknya "ABANG!"
"Kau nak minta benda merepek ke"
Fang celikkan matanya dan lalu dia berikan renungan tajam ke arah abangnya. Kaizo buat benda yang sama kepada adiknya. Kedua mereka bertentangan mata di dalam dapur itu. Mata mereka tidak berkelip. Faye dan Idoli begitu seronok menonton kedua adik beradik bertentangan mata. Mereka menonton sambil makan di situ. Lynna mengeluh sedikit dengan kelakuan mereka berdua. Tiba-tiba Fang tersenyum sinis. Kaizo mula sedari dengan senyuman itu. Dia tahu dengan senyuman nakal adiknya. Dia harus berhati-hati dengan adiknya
"Permintaan adik kali ini adalah abang aku menjadi seorang bayi" kata Fang dengan lajunya. Dia genggam batu itu dan ianya terus menyala. Batu itu bertindak dan mula menggunakan kuasanya
Kaizo tidak sempat untuk menjerit nama adiknya, badan dia terus mengecil dan kembali menjadi seorang bayi. Mata Fang bersinar-sinar melihat kecomelan abangnya. Dia hulurkan tangannya untuk mengusap kepala bayi itu tetapi tangan dia terus di gigit oleh bayi comel itu
"ADOI!" Kaizo tidak lepaskan gigitan dia. Fang menjerit-jerit di situ kerana gigitan abangnya amat menyakitkan "ABANG! ABANG! LEPASKANLAH TANGAN ADIK!"
"Kaizo! Janganlah gigit dia"
Kaizo tetap dengan gigitan dia. Fang menjerit sekuat hati sehinggalah tangan dia akhirnya dilepaskan juga oleh Kaizo. Badan Kaizo diangkat oleh Lynna untuk jauhkan bayi itu dari Fang. Idoli bertepuk tangan kerana sangat suka dengan aksi Kaizo sebentar tadi. Faye pula, dia tidak tahu samada dia perlu gelak ataupun gelengkan kepala sahaja. Fang melihat tangan dia dan kesan gigitan dari abangnya tadi boleh dilihat oleh dirinya
"Nakalnya Kaizo ni" kata Lynna
"Dia saja nak kenakan adik.. kak Lynna, boleh ke batu ni pulihkan abang balik?"
"Hmm.. boleh rasanya" jawab Lynna sambil mendukung bayi comel itu "Fang cubalah minta batu itu untuk pulihkan abang kamu"
"Hehee.. nantilah, biarkan dia jadi bayi" Fang tersenyum sinis sambil melihat bayi comel itu keluarkan buih-buih di mulutnya "Comel tapi nakal"
"Fang nak tunggu 24 jam baru abang kamu jadi dewasa balik?"
"Yea kot.." balas Fang. Lalu dia berkata lagi "Kak Lynna jangan risau, nanti bila adik sudah bosan, adik pulihkan dia balik"
"Lepas tu kenalah hadiah latihan tempur daripada abang Kaizo" bisik Faye sambil kunyah cekodok pisang pula kali ini "Fang, bukalah hadiah aku"
"Apa yang korang berikan kepada aku?" Tangan Fang terus mencapai sebuah kotak hadiah daripada Faye. Dia membuka pembalut hadiah itu secara ganas. Di sebalik pembalut hadiah, terdapat sebuah kotak lutsinar. Ianya boleh lihat apakah di dalam kotak tersebut "Korang berikan aku cawan"
Faye terus tersengih kepada Fang. Pada permukaan cawan itu terdapat ukiran nama Fang dan juga gambar berbentuk seekor landak. Fang berkerut dahi apabila dia melihat gambar landak ungu itu. Dia terfikir, ini mesti idea datang dari si Lily untuk letak gambar landak di situ
"Terima kasih Faye" kata Fang. Dia tidak kecewa dengan hadiah itu. Dia tetap menghargai hadiah tersebut "Kak Lynna.."
"Yea Fang"
"Akak boleh tak jaga abang dan Idoli nanti?"
"Boleh" balas Lynna kepada Fang "Tapi betul ke Fang tak pulihkan abang kamu?"
"Hehehe.. biarkan dia jadi bayi.. adik sudah dapat idea untuk permintaan adik yang seterusnya!" Fang tersenyum bangga di situ "Tapi kak Lynna jangan risau, ianya bukanlah sesuatu benda yang merapu"
"Abang Fang nak minta ikan banyak-banyak ke?"
"Bukanlah Idoli.." Fang mengangkat tangannya sambil menggenggam batu itu berkilat itu. Lalu dia menjerit "PERMINTAAN ABANG YANG SETERUSNYA ADALAH UNTUK MENJADI POPULAR!"
Batu itu menyala lagi sekali. Beberapa saat kemudian, mereka terdengar satu ketukan di pintu rumah. Mereka semua pandang satu sama lain. Fang dengan beraninya, dia keluar dari dapur untuk pergi membuka pintu rumahnya. Sedikit demi sedikit dia membuka pintu tersebut, sehinggalah dia nampak wajah Rizu terpacar di depan pintu rumahnya
"SELAMAT HARI JADI ABANG FANG!"
"RIZU! Terima kasih Rizu" Fang rasa terharu pada ketika itu. Dia terus perasan bahawa Rizu masih dengan pakaian sekolah dan juga memakai beg sekolah "Eh.. Rizu tak pergi sekolah ke?"
"Pizu memang dari sekolah tadi tapi tiba-tiba Pizu rasa nak datang ke sini sebab nak sambut hari jadi abang Fang" kata Rizu dengan senyuman comelnya "Kenapa? Abang Fang tak suka ke?"
"Abang suka tapi... cikgu tak marah ke kalau Pizu ponteng sekolah"
"Tak" balas Rizu dengan rasa tidak bersalah "Pizu cakap dekat cikgu.. Pizu nak sambut hari jadi abang Fang. Lepas tu cikgu bagi Pizu pergi"
"Pelik" bisik Fang sambil garu-garu kepala dia "Adakah ini adalah kesan dari permintaan aku tadi?"
"Yea Fang, ini adalah salah satu kesan daripada permintaan Fang tadi" muncul Lynna di belakang Fang. Dia masih lagi mendukung Kaizo "Hehehe... Fang nak jadi popular, maknanya guru kelas Rizu benarkan dia untuk pergi sambut hari jadi Fang. Popularity Fang amat dasyat sekali"
"BETUL KE NI?!"
"Betul abang Fang" balas Rizu
"Kalau begitu, abang tak sabar nak pergi sekolah untuk melihat apa yang berlaku nanti! Hehehee..." Fang sudah tersenyum sinis "Tapikan... kalau abang popular sekarang ini.. KENAPA TAKDE ORANG DEKAT DEPAN PINTU GATE RUMAH SEBAB NAK BAGI HADIAH! TIDAKKKK!"
Rizu tepuk-tepuk lengan abang kesayangan dia secara lembut. Faye yang berada di dalam dapur, dia terdengar jeritan Fang tadi, terus dia tepuk dahi dia sendiri. Baby Kaizo ketawa kecil dan bunyi yang dia keluar, sangat comel dan melucukan hati Lynna
"Bertabahlah abang Fang, nanti dekat sekolah, mesti ramai peminat abang Fang akan berikan hadiah.." kata Rizu sambil pujuk abang angkat dia
Fang mengeluh sedikit. Mungkin apa yang dikatakan Rizu tadi, mungkin adalah betul, fikir Fang. Semangat dia terus kembali. Dia tidak sabar apa yang akan terjadi nanti
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang perjalanan Fang ke sekolah, dia asyik mendapat ucapan hari jadi dari orang ramai. Ada yang dia kenal, ada yang dia tidak begitu kenali tetapi dia tidak terlalu kisah sangat kerana terlalu gembira pada hari itu. Rizu garu-garu kepala dia kerana ada benda yang sepatutnya dia harus lakukan
"Rizu ok ke?"
"Pizu macam lupakan sesuatu" kata Rizu
"Rizu lupa buat kerja sekolah?"
"Bukan"
"Rizu lupa nak gigit abang Kaizo?"
"Bukan.. tak baik tau gigit abang Paizo"
"Dia gigit abang, boleh pulak" Fang terus bersilang tangan "Jadi.. apa yang Rizu lupakan tu?"
"Jap.. bagi Pizu fikirkan" Rizu cuba sedaya upaya untuk mengingati balik apa yang dia harus lakukan. Dia cuba ulang balik apa yang dia buat pada hari ini "Masa Pizu keluar dari sekolah.. Pizu terus pergi ke rumah abang Fang.. lepas tu.. HAH! BARU PIZU INGAT!" Dia terus keluarkan sesuatu dari beg sekolahnya. Apa yang dia keluarkan adalah sebungkus biskut
"Biskut?"
"Ha ah, untuk abang Fang" Rizu dengan baiknya, dia membuka bungkusan biskut itu sedikit "Ambiklah satu"
"Terima kasih" Fang mengambil satu biskut di dalam bungkusan plastik itu "Rizu buat ke atau Rizu yang beli?" Dia masukkan ke dalam mulutnya
"Kakak Yaya yang bagi.." Muka Fang menjadi hijau sebaik sahaja dia dengar nama Yaya dari mulut Rizu "Dia cakap.. dia buatkan khas untuk hari jadi abang Fang. Nanti dia bagi lagi dekat sekolah"
Fang pada ketika itu, dia seperti hendak muntah di atas jalan itu tetapi dia terus berlari seperti lipas kudung. Rizu rasa pelik, kenapa abang angkat dia tiba-tiba lari sahaja? Ada sesuatu yang tidak kena ke? fikir Rizu. Dia tidak berfikir banyak, Rizu berjalan menuju ke sekolah menengah. Setelah dia tiba di hadapan pintu pagar sekolah, Rizu boleh lihat abang kesayangan dia sedang menuju ke pintu pagar sekolah. Muka dia kelihatan pucat sedikit akibat makan biskut Yaya tadi. Rizu melambai-lambai ke arah Fang tetapi sekumpulan pelajar perempuan datang meluru ke arah Fang. Mereka semua ingin mengucapkan hari jadi dan berikan hadiah kepada sang superhero alien itu. Fang tersenyum kambing apabila melihat diri dia di kelilingi para gadis sekolah
"Wah, makin popular si Fang" muncul Boboiboy di sebelah Rizu
"Impian abang Fang adalah untuk menjadi popular! Hehehee..." Rizu tersenyum sedikit
"Ala, dia tu mana boleh kalahkan popularity Boboiboy" muncul pula Gopal kali ini "Entah-entah popular sekejap aje tu"
"Abang Gopal cemburu sebab abang Fang lebih popular daripada dia"
"ERK! Ma-mana ada dey! Abang ni popular jugalah.. mungkin sama popular macam Boboiboy"
"Hehehe.. yelah tu Gopal" Boboiboy tergelak sedikit "Ala, bukannya penting sangat popular ni"
"Tapi abang Fang tu.. popular tu penting, sama seperti kebersihan dan belajar juga. Bagi dia, ketiga-tiga tu penting" jelas Rizu sambil melihat abang angkat dia berjalan menuju ke arah mereka. Di tangan Fang penuh dengan hadiah yang dia dapat "Hehehe.. kasihan abang Fang. Banyak sangat hadiah dia kena angkat"
"Rizu pergilah tolong"
"Ok!" kata Rizu kepada Boboiboy "ABANG FANG! ABANG.." Mata Rizu membulat besar apabila sebiji bola sedang menuru ke arah Fang "ABANG FANG! TUNDUK!"
"Hah?" Fang tidak sempat untuk mengelak, kepala dia terus terkena lontaran bola itu tadi. Lalu dia terjatuh di atas kawasan sekolah dan terus pengsan
Boboiboy, Gopal dan Rizu berlari ke arah Fang. Hadiah-hadiah yang dipegang oleh Fang tadi, habis berterabur di sekitar Fang. Sekotak chocolate sudah terbuka luas. Chocolate-chocolate di dalam kotak itu, berterabur di situ. Rizu goyang-goyangkan abang angkat dia
"Abang Fang bangun.. bangun"
"Rizu.." panggil Boboiboy "Macam dia pengsan aje"
"Nasib malang betul si Fang ni.. dah popular, tiba-tiba pengsan pulak" Gopal gelengkan kepalanya sambil bersilang tangan "Siapa yang baling bola tadi tu?"
"Aku yang baling tadi" Suara yang agak dingin muncul di situ. Boboiboy, Gopal dan Rizu pandang kebelakang "Tak sangka pula pukulan bola aku tadi buat si Pang ni pengsan"
"Kau ni Bella, kau nak saja nak kenakan dia"
"Takdelah Boboiboy.. aku mana nak kenakan dia. Aku tengah berlatih tadi tapi pukulan bola aku kuat sangat sampai terkena kepala si landak goreng ni" Bella angkat bola dia yang ada di tepi kepala Fang
"Jadi kakak Bella tak sengajalah tadi"
"Tak Rizu" balas Bella "Gerakanlah si mambang tu cepat sebab kejap lagi ada majlis sambutan hari jadi dia dekat dewan"
"WAH! ADA BIRTHDAY PARTY!" Rizu dengan pantasnya, dia goyang-goyangkan badan Fang lagi "ABANG FANG BANGUN! ABANG FANG BANGUN!"
"Dia tak nak bangun pulak" kata Boboiboy "Macam mana ni?"
"Err.. Pizu cuba tutup hidung dia" Rizu picit hidung Fang "Tengok dia bangun ke tak"
Mata Fang terus terbuka luas. Rizu berjaya bangunkan Fang yang pengsan itu. Wajah dia berubah menjadi ceria tetap dia lupa hendak lepaskan hidung abang angkat dia
"RIZU! KENAPA TUTUP HIDUNG ABANG?"
"Eh.. maaf abang Fang" Rizu tersengih sambil lepaskan hidung abang kesayangan dia "Abang ingat tak apa yang berlaku tadi?"
"Ada bola terkena kepala abang" Fang mengusap kepala dia yang terkena bola sebentar tadi. Mata dia tertumpu kepada seorang gadis iaitu Bella "Kau saja nak kenakan aku. Saja nak buat aku malu depan peminat aku"
"Buat apa aku nak malukan kau.. aku tak sengaja pun tadi" kata Bella sambil bermasam muka
"Yelah tu tak sengaja" bisik Fang sambil bangun dari situ. Rizu sudah pun kutip hadiah-hadiah dari peminat abang kesayang dia "Terima kasih Rizu... Rizu juga yang baik. Lagi baik dari si minah ni"
"Wei, kau ingat aku ni jahat sangat ke" marah Bella
"Entah" balas Fang dengan nada malas
"Aduh, jangan nak gaduh-gaduhlah.. jom kita ke dewan"
"Ada apa dekat dewan?" tanya Fang kepada Boboiboy
"Ada majlis hari jadi kaulah" balas Boboiboy
Mata Fang terus bersinar-sinar seperti bintang sedang berkelipan di angkasa. Bibir dia terus mengukirkan sebuah senyuman seperti seekor kucing. Fang dengan gembiranya, dia terus ke dewan sambil menjerit perkataan popular
"Hmm... bahagialah dia tu" kata Boboiboy "Jomlah semua"
Boboiboy, Gopal, Rizu dan Bella terus ke dewan yang sudah dihiasi dengan belon-belon berwarna ungu. Sesudah sahaja sampai di dewan, mereka terkejut dengan banner yang digantung pada pentas dewan. Fang berdiri di tengah-tengah dewan dengan matanya terkebil-kebil melihat banner itu. Ianya terdapat sebuah tulisan Happy Birthday Boboiboy tetapi nama Boboiboy itu dipangkah dan digantikan dengan perkataan landak
"KE-KENAPA TAK BUAT BARU?!" marah Fang pada ketika itu
"Hehehee.. maaf landak, Lily terlupa nak buat banner baru. Jadi Lily gantikan dengan BBB-CHAN punya.. ok kan?" muncul Lily di sebelah Fang
"Jangan marah Fang, kami sudah rancang semua ini untuk kau. Kami ingin membuatkan impian Fang tercapai" kata Yaya sambil mendarat di hadapan Fang. Dia baru sahaja habis mengikat belon-belon ungu di tepi pintu-pintu dewan "Kau suka tak dengan semua ini?"
"Suka tu suka tapi aku tak puas hati dengan banner tu"
"Haiyaaa... terima sahajalah. Kami semua sudah penat-penat buat ini semua" kata Ying "Mr Popular tak boleh bermasam muka maaa"
"Hmm.. yelah yelah" Fang terus kembali tersenyum seperti paksa. Dia terpaksa redha dan terima sahaja dengan banner itu
Di hadapan pentas dewan itu terdapat beberapa meja yang tersusun panjang. Di atasnya sudah tersedianya beberapa makanana kegemaran Fang. Ada satu lagi meja yang tersedia khas untuk hadiah-hadiah hari jadi Fang. Semakin lama semakin lebar senyuman Fang. Dia tidak sangka, perkara semua ini berlaku kerana permintaan dia yang ingin menjadi popular. Dia akan pastikan popularity dia akan kekal selama-lamanya
"HAHAHAHAAA! AKU POPULAR! AKU POPULAR!" Fang menjerit sambil melompat-lompat di dalam dewan itu "AKU POPULAR! AKU POPULAR!"
Boboiboy tepuk dahinya sendiri
Semuanya sudah pun siap. Faye dan Harraz sudah letak sebuah kerusi khas untuk Fang duduk di tengah-tengah pentas. Mereka juga akan meminta Fang untuk nyanyikan beberapa buah lagu nanti. Pelajar-pelajar sekolah itu, cikgu-cikgu sekolah dan orang luar yang datang ke sekolah itu, sudah pun masuk ke dalam dewan tersebut. Yaya meletakkan sebuah kek lobak merah di sebuah meja bulat. Mata Fang bersinar-sinar melihat kek itu kerana ada wajahnya yang bergaya dengan berlagak
"Baiklah semua! KITA NYANYIKAN LAGU HAPPY BIRTHDAY UNTUK LANDAK!" Jerit Lily. Satu dewan boleh dengar jeritan Lily "HAPPY BIRTHDAY TO LANDAK! HAPPY BIRTHDAY TO LANDAK!"
Fang rasa terharu pada ketika itu. Air mata dia mengalir sedikit kerana terlalu gembira. Dia memotong kek itu separuh setelah mereka selesai nyanyikan hari jadi kepada dirinya. Selepas itu dia letakkan pisau plastik itu di tepi kek tersebut. Dia sudah tidak sabar untuk merasai kek lobak merah itu tetapi malang tidak berbau, badan dia dilanggar oleh seseorang dari belakang. Kepala dia terjatuh di atas kek tersebut. Muka Fang penuh dengan icing kek itu dan amat memalukan sekali kerana pada ketika itu, ramai yang merakamkan saat-saat kejadian itu tadi. Muka Fang naik merah kerana malu. Mata dia terkebil-kebil melihat segelintir daripada mereka tergelak sedikit. Lalu dia menjerit sekuat hati
"TIDAKKKKKKKKKKK!"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Adik sudah balik"
Fang masuk ke dalam rumah dengan perasaan sedih. Baju sekolah dia kotor, rambut dia ada lagi kesan-kesan icing tadi dan hadiah dia semuanya tiada kerana semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah pada petang itu, tiba-tiba ada satu kereta laju lalu di tepinya. Ianya membuatkan Fang terkejut dan hilang imbangan dia. Lalu dia terjatuh ke dalam longkang, berserta dengan hadiah-hadiah dia sekali
"Fang, kenapa ni?" tanya Lynna
"Adik.. jatuh.. tadi" Fang rasa sedikit kecewa pada ketika itu "Adik nak jadi popular tapi jadi benda lain pula"
"Kasihan dia.. mari akak bersihkan diri tu, lepas tu akak sediakan makanan kegemaran untuk Fang" Dengan hanya hayunkan tangan sahaja, kesan-kesan kotor pada diri Fang, terus hilang. Semuanya menjadi bersih. Lynna telah menggunakan kuasanya untuk kurangkan kesengsaraan pada diri Fang
"Terima kak Lynna" Fang tersenyum sedikit "Mana Abang- ARGHHHH! SAKIT SAKIT!"
Kaki kanan Fang di gigit oleh seseorang iaitu Kaizo. Bayi itu sebentar tadi berada di dalam bilik Idoli untuk bermain tetapi sebaik sahaja dia terdengar suara Fang. Dia berlari keluar dan terus gigit kaki Fang
"Abang ni kenapa! Suka sangat gigit adik!" marah Fang. Lalu Kaizo gigit lagi kaki adiknya "SAKIT! SAKIT! SAKIT! KAK LYNNA!"
Lynna terpaksa jauhkan diri Kaizo daripada Fang. Dia dukung bayi itu yang masih lagi ingin gigit Fang. Tangan Kaizo terkapai-kapai untuk pergi ke arah Fang
"Tadi elok aje, takde pulak dia gigit orang" kata Lynna "Tapi Fang ada, terus dia nak gigit"
"Agaknya dia tahu adik buat dia jadi bayi, sebab tu kot dia nak balas dendam balik"
"Hehehe.. mungkin tapi tak kan sampai begitu sekali" Lynna mengusap kepala bayi itu "Fang jangan marah sangat dekat abang kamu ok.. dia bergurau aje ni"
"Hmm... bergurau dengan cara gigit orang. Bergurau apa benda tu" Nada Fang pada ketika itu sedikit marah. Lalu dia berkata lagi "Kak Lynna, batu yang kak Lynna bagi tu.. macam ada kesan sampingan aje.. adik nak jadi popular tapi jadi benda lain pula"
"Yer ke.. tadi dekat sekolah apa yang terjadi?" tanya Lynna
Fang berjalan ke ruang tamu dan terus duduk di atas kerusi sofa. Dia ceritakan segala-galanya kepada Lynna apa yang terjadi di sekolah. Keceriaan Fang terus hilang apabila dia mengingati balik peristimewa tadi. Dia sedih kerana hari jadi dia berubah menjadi hari jadi malang buat diri dia. Tahun lepas, semuanya berjalan lancar walaupun tulis Lily membuatkan dia rasa nak sekeh kepala si gadis pelik itu
"Fang tak nak buat permintaan lagi?"
"Tak nak" kata Fang kepada Lynna "Adik nak lupakan hari jadi tahun ini.. semuanya hancur. Bila dapat satu gembiraan, lepas tu terus jadi benda lain"
"Betul ni?" tanya Lynna lagi
"Sebenarnya.." Lynna duduk di sebelah Fang untuk dengar permintaan terakhir itu "Adik ada satu lagi permintaan tapi... adik takut kalau permintaan adik tu tidak dapat ditunaikan"
"Kak Lynna tahu apa permintaan terakhir itu. Abang kamu sendiri ada cerita dekat akak" Lynna mengusap kepala Kaizo sedikit. Bayi itu cuba hendak gigit Fang lagi sekali tetapi Lynna jauhkan diri Kaizo daripada adik dia "Fang nak meraikan hari jadi ini dengan ibu bapa kamu kan"
"Ha ah.. tapi boleh ke batu ni buat begitu? Adik ingat lagi, semasa kita berada di planet Metallum. Batu yang Neko Neko bagi.. adik buat permintaan dekat batu tu tapi.. tak jadi apa-apa pun" Fang rasa sedikit kecewa pada ketika itu
"Hmmm... Fang.." Fang terus pandang Lynna "Fang tahukan akak boleh bawa roh ibu bapa kamu ke dunia ini hanya sekali sahaja tapi batu ini.. ianya mempunyai kuasa luar biasa. Kuasa dia lebih dasyat daripada batu yang Neko Neko bagi tu. Batu ni memang agak sukar untuk jumpai. Kawan akak sangat bertuah dapat menjumpai batu istimewa ini dan dialah yang menjaga dengan baik supaya tidak jatuh kepada orang jahat"
"Jadi.. maksud akak.. adik boleh cuba untuk buat permintaan itu?"
"Boleh, tak salah kalau Fang nak cuba tapi kamu kena ingat, tak semua yang kita impikan, kita akan dapat" jelas Lynna dengan senyuman kecil dia "Apa-apa pun, Fang harus cuba.. mungkin batu itu dapat tunaikan permintaan Fang dan mungkin juga, ianya dapat gantikan memori tadi dengan memori yang lebih indah lagi. Jangan berputus asa Fang.. kak Lynna tak nak tengok Fang sedih sebab kejadian tadi. Kak Lynna lebih suka melihat Fang yang ceria. Kalau ianya tidak dapat tunaikan impian Fang, kamu masih ada lagi abang kamu di sini. Kita boleh meraikan hari jadi Fang bersama.. ajak kawan-kawan sekali ke sini pun takpe, asalkan senyuman Fang dapat kembali semula"
"Terima kasih kak Lynna.. sudah lama adik tak dengar nasihat daripada akak"
"Sama-sama Fang"
Fang seluk tangannya ke dalam poket seluarnya. Dia genggam batu berbentuk bintang itu sambil pejamkan mata. Hati dia meminta agar ibu bapa dia muncul pada hari jadinya. Dia tidak tahu samada batu itu akan tunaikan permintaan dia ataupun tidak. Batu bintang itu terus menyala. Fang dapat merasai angin bertiupan di dalam rumahnya. Lalu dia celikkan matanya sedikit
"Fang.." Kepala Fang terus menoleh kebelakang. Suara itu adalah suara yang dia jarang dengar "Fang..."
"IBU! AYAH!" Fang bangun dan lari ke arah mereka
Fang peluk ibu dan ayah di situ. Keiko dan Kai berdua tersenyum melihat anak mereka. Fang menangis kerana gembira. Dia tidak sangka permintaan dia tertunai pada hari itu. Dia peluk mereka selagi boleh. Dia dapat merasai kepala dia dibelai dengan lembut oleh mereka
"Selamat hari jadi, anakku" kata Keiko
"Terima kasih ibu" Fang lepaskan ibunya "Ibu.. ayah.. adik rindukan ibu dan ayah"
"Kami pun rindukan kamu juga" kata Kai kepada anaknya "Anak ayah sudah besar"
"Hehehe.. anak ayah memang dah besar pun dan juga semakin handsome" kata Fang dengan bangganya
"Amboi.. terus ke situ pula" Keiko mengusap kepala anaknya "Fang panggil kami ke sini sebab nak sambut hari jadi bersama ke?"
"Ha ah ibu... adik teringin nak sambut hari jadi bersama ibu dan ayah. Sebelum ini, adik cuma dapat lihat hari jadi adik yang dulu-dulu tu"
"Kali ini kita akan meraikan hari jadi kamu bersama tapi.. mana abang kamu?" tanya Kai kepada anaknya
Fang terus tuding jarinya ke arah seorang bayi comel yang sedang menghisap ibu jarinya sendiri. Bayi itu masih lagi didukung oleh Lynna
"Fang, apa kamu sudah lakukan kepada abang kamu?" Keiko terus mencekak pinggang sambil berikan renungan tajam ke arah anaknya
"Errr.. adik cuma jadikan dia menjadi baby aje" Fang tersengih sedikit "Tapi... DIA SUKA SANGAT GIGIT ADIK!"
"Nakal betul Kaizo ni" Keiko berjalan menuju Lynna. Bayi itu diberikan kepada ibunya. Lynna terus ke dapur untuk mengambil sesuatu "Kaizo, tak baik gigit adik tau.. Fang, pulihkan abang kamu. Lepas tu bolehlah kita sambut hari jadi anak ibu bersama"
"Baik ibu" Fang mengeluh sedikit kerana terpaksa ikut cakap ibunya
Keiko letakkan Kaizo di atas lantai. Secara pantasnya, Kaizo berlari ke arah Fang untuk menggigit adiknya lagi sekali. Fang cepat-cepat meminta permintaan dia yang seterusnya sebelum kaki dia digigit oleh abangnya. Bayi itu sudah pegang kaki Fang dan dia sempat gigit sebelum dia berubah menjadi dewasa. Kaizo sudah pulih sepenuhnya tetapi dia masih lagi gigit kaki adiknya
"ABANGGGGG!" Jerit Fang sekuat hati
"SIAP SURUH TUKARKAN ABANG JADI BAYI! RASAKAN GIGITAN DARI AKU!"
"Oh takpe.. adik gigit abang pulak nanti"
Fang dan Kaizo bertentangan mata lagi. Kali ini kedua-dua mereka tidak begitu puas hati. Keiko terpaksa leraikan mereka berdua. Dia tidak suka melihat anak-anaknya bergaduh hanya kerana perkara remeh temeh
"Kamu berdua ni, berhentilah bergaduh" tegur Keiko kepada anak-anak dia "Ibu tak suka dengan abang dan adik bergaduh"
"Tapi kita orang bergaduh manja aje.. ala, saja-saja bergurau dengan abang" Fang tersengih kepada ibunya
"Gaduh manja ke, gaduh bergurau ke.. kadang-kadang tu ianya boleh menjadi salah faham. Ayah tak nak kamu berdua putus hubungan sebagai adik beradik kerana kamu hanya ada satu sama lain. Ibu dan ayah sudah lama tiada. Jadi, jagalah hubungan kamu dengan baik"
"Baik ayah" kata Fang dan Kaizo secara serentak
"Hah, kalau dua-dua sudah berhenti bergaduh.. mari semua, kita sambut hari jadi Fang" Lynna sebentar tadi keluarkan sebuah kek lobak merah yang dia buat sambil menjaga Kaizo dan Idoli di rumah
Lynna kembali ke ruang tamu dengan sebuah kek hari jadi khas untuk Fang. Dia letakkan kek itu di atas meja ruang tamu. Tiba-tiba pintu rumah itu diketuk oleh seseorang. Fang pergi membuka pintu rumahnya untuk melihat siapakah yang datang. Dia terkejut melihat kawan-kawan dia dan juga sepupu dia ada di hadapan pintu rumahnya setelah dia membuka pintu itu. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Harraz, Emmy dan juga Rizu, semuanya ada di situ. Boboiboy pada ketika itu, sedang pegang sebuah kek kecil yang tertulis Happy Birthday Fang. Manakala Yaya dan Ying pula, membawa beberapa belon berwarna ungu
"HAPPY BIRTHDAY FANG!" jerit mereka semua
"Eh, korang ada dekat sini"
"Yelah, kita orang nak buatkan kau ceria balik. Tadi dekat sekolah, ada sahaja benda yang membuatkan kau marah dan juga sedih. Jadi kami di sini nak ceriakan kau balik" kata Boboiboy "Kau tak marahkan kita orang datang?"
"Tak" balas Fang dengan sebuah senyuman "Masuklah" Dia menjemput mereka semua masuk ke dalam rumah
"Tengok! Pili Pili buat banner baru!" kata Lily sambil tunjuk banner itu kepada Fang
"Terima kasih katak Pili"
"Hehehe.. sama-sama" Lily tersengih sedikit
"Haih, mengaku pulak kau tu katak"
"Hahaha.. katak tu comel! Macam Lily!" kata Lily kepada Fang "Jom kita celebrate birthday landak!"
"Eh.. aunty Keiko dan uncle Kai" Faye meluru masuk ke dalam rumah dan terus ke arah pak cik dan mak ciknya "Tapi.. bagaimana aunty dan uncle boleh ada dekat sini?"
"Sebab ini adalah permintaan Fang tapi kami di sini hanya sekejap sahaja" kata Keiko "Faye apa khabar?"
"Saya khabar baik aunty.. tak sangka aunty dan uncle ada dekat sini" Faye terus peluk mak ciknya. Lalu dia lepaskan mak ciknya untuk berkata lagi "Kalau saya cerita dekat mummy dan daddy, dia orang mesti tak percaya. Yelah, kehidupan dia orang mana ada benda-benda fantasy ni. Bila Faye tinggal di sini, baru Faye tahu kewujudan magik ni"
"Hehehe.. aunty dan uncle dapat tahu pun sebab Lynna" balas Keiko "Kerana dia jugalah yang kami dapat bertemu dengan anak-anak aunty.. dan dia jugalah yang sentiasa menjaga mereka berdua dengan baik"
"Itu sudah tentu! Aunty dan uncle tak tahu ke yang abang Kaizo dan kak Lynna.. hehehee..."
"KAHWIN?" jerit Kai. Selepas orang lain tidak dengar jeritan dia tadi
"Err.. bukan uncle" Faye tersengih "Abang Kaizo dan kak Lynna ada hubungan istimewa.. jadi faham fahamlah apa maksud saya tadi tu"
"Ohh.. aunty faham" Keiko terus tersenyum sedikit "Takpe, nanti aunty akan terjah dia.. hehehe.. mari kita pergi sambut hari jadi Fang"
Fang sudah pun berdiri di hadapan dua biji kek hari jadinya. Satu dari kawan-kawan dia dan satu lagi dari Lynna. Dia rasa bahagia pada ketika itu kerana dia dapat sambut hari jadinya dengan orang-orang yang dia sayangi. Idoli muncul di sebelah Fang kerana dia baru bangun tidur. Pada ketika itu, Idoli rasa sedikit mamai dan tidak tahu apa yang berlaku sewaktu dia tidur tadi
"Fang.. apa-apa terjadi pun, kau tetap popular di hati kami" kata Boboiboy
"Terima kasih Boboiboy" Fang tersenyum kecil sambil melihat kawan-kawan dan keluarga dia "Aku tidak akan lupakan saat-saat indah ini.. semuanya terlalu manis pada diri aku.. hari jadi aku kali ini ada bermacam-macam emosi aku rasai tetapi pada saat ini, aku rasa sangat gembira dan terharu. Terima kasih semua"
Mereka berkumpul secara beramai-ramai dan berdiri di sebelah kiri dan kanan Fang untuk mengambil gambar bersama. Faye sudah pun memasang tripod di hadapan mereka. Gambar kali ini amat bermakna buat Fang kerana dia dapat rasa semuanya lengkap kerana ibu bapa dia ada di dalam gambar tersebut. Kaizo gembira apabila melihat adik dia gembira tetapi dia tetap dengan hadiah latihan tempur untuk adiknya. Keiko dan Kai rasa seronok dapat berkenalan dan berborak sedikit dengan kawan-kawan anak mereka. Kaizo rasa gelisah sedikit apabila Lynna di soal oleh ibu bapanya dengan pelbagai soalan. Semuanya berjalan lancar kali ini. Tiada perkara buruk yang berlaku pada diri Fang. Sambutan kali ini adalah sambutan amat bermakna sekali buat Fang dan dia tidak akan melupai kenangan ini buat selama-lamanya
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Happy Birthday Fang! :3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com