Kampung
Di suatu tempat yang terbentang luas yang tiada penghujungnya, sebuah kapal angkasa sedang terbang menuju ke destinasinya. Kapal angkasa itu telah dipandu oleh seorang remaja lelaki alien yang bernama Fang. Bergetar-getar tangan Fang mengendali kapal angkasa kerana dia kini sedang diawasi oleh abangnya sendiri. Kaizo selalu membuka mulutnya jikalau adiknya memandu kapal angkasa itu terlalu laju ataupun terlalu perlahan seperti siput
"Abang! Bagilah adik mengendali kapal angkasa ni secara aman!"
"Kalau aku tak bising dekat kau, nanti entah apa-apa akan terjadi dekat kapal angkasa aku ni! Kalau rosak macam mana? KAU JUGA YANG KENA BAIKI BALIK! Tapi kau tu mana ada duit nak baiki kapal angkasa ni! Aku juga yang kena pergi hantar dekat workshop, duit aku juga yang kena pakai! Sebab tu aku ajar kau memandu kapal angkasa ini secara selamat! Jangan terlampau laju sangat atau perlahan sangat! Kalau laju sangat, nanti kau terlanggar mana-mana batu astroid yang ada dekat luar tu.."
"ABANG! BINGIT TELINGA ADIK SEBAB DENGAR BEBALAN ABANG! BOLEH BERDARAH TELINGA ADIK NI!"
"Kalau aku tak membebel dekat kau, nanti kau juga yang menjadi-jadi! Kau nak ibu bapa kita kecewa dengan cara aku mengajar kau ke? Kau sendiri pun tak nak kan. Baik kau dengar semua arahan aku"
"Yelah abang ku sang panglima angkasa.. adik akan dengar segala arahan daripada abang" Fang mula merungut di dalam bisikan dia "Dia ingat, dia tu hebat sangat.. aku pun boleh jadi hebat. Entah-entah lagi hebat daripada abang"
"APA KAU CAKAP?"
"Takde apa" balas Fang dengan nada kemalasan dia
"Habis tu.. yang kau merungut tadi tu kenapa? Tak puas hati dengan cara ajaran aku?"
"TAK!"
Adik beradik alien itu mula bergaduh di dalam kapal angkasa itu. Lahap sudah duduk di sudut tepi bilik kawalan sambil menikmati biskut Yaya yang diberikan oleh Fang tadi. Sebelum Fang dan Kaizo bertolak pergi, kawan-kawan mereka datang ke rumah sekejap. Yaya berikan bekalan biskut kepada mereka berdua. Dia tidak mahu mereka kelihatan lapar semasa dalam perjalanan ke rumah atuk dan nenek mereka. Lidah Fang ketika dia menerima sebungkus biskut itu. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kapal angkasa, Fang terus berikan biskut itu kepada Lahap
"Apalah dia orang ni.. asyik nak bergaduh sahaja" Lahap gelengkan kepalanya sambil perhatikan adik beradik alien itu "Tengok diri aku, duduk diam-diam sambil makan biskut sedap ni. Aman hidup aku"
"ABANG FANG!"
Muncul sebuah skrin besar di hadapan Fang secara tiba-tiba. Muka Idoli kelihatan ceria. Fang dan Kaizo rasa curiga kenapa Idoli menghubungi mereka berdua
"Kenapa Idoli? Ada kecemasan ke?"
"Ada! Ada!" jawab Idoli kepada Fang "Picu nak cakap sesuatu dekat korang"
Idoli angkat tangan kanannya dan Picu muncul di skrin itu dengan mata bulat besarnya. Dia tidak bergerak. Hanya berdiri tegak sahaja. Mata dia hanya pejam kelip pejam kelip di hadapan skrin itu. Fang perhatikan sahaja Picu dan akhirnya mereka berdua bertentangan mata
"Abang Fang dengar tak Picu cakap tadi"
"DIA MANA ADA CAKAP APA-APA!" marah Fang
"Hmm.. buang masa aku sahaja" bisik Kaizo. Lalu dia tutup skrin itu tanpa rasa belas kasihan "Sudah! Mara ke depan! Jangan nak buat benda merepek lagi!"
"Bukan adiklah yang merepek! SI IDOLI TU YANG MEREPEK!"
Kaizo dan Fang kembali bergaduh semula di dalam kapal angkasa itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo dan Fang mengangkat beg masing-masing untuk menaiki tangga luar rumah. Mereka sudah pun tiba di rumah nenek dan atuk mereka. Inilah kampung mereka berdua. Kampung yang mereka jarang pulang. Kaizo mendongak sedikit untuk melihat kapal angkasanya sudah dibawa pergi oleh Lahap. Mereka akan hanya duduk di rumah atuk dan nenek mereka selama 2 hari sahaja. Jantung Fang berdebar-debar ketika itu. Dia tahu atuk dan nenek dia akan keluar dan menyambut cucu mereka dengan meriah sekali. Mereka jarang sekali pulang ke rumah atuk dan nenek mereka. Selalunya mereka akan datang ke sini hanya kerana ingin menziarahi kubur ibu bapa mereka
"Kau kenapa Pang? rasa macam takut aje nak jumpa atuk dan nenek"
"Abang tak tahu ke atuk dan nenek tu macam mana" kata Fang
Pintu rumah itu terbuka luas. Atuk Kenji dan Nenek Kirana bergegas keluar dari rumah itu dengan wajah cerianya kerana ingin menyambut kedua-dua cucu mereka. Nenek Kirana terus memeluk Fang dan cium kedua-dua belah pipi cucunya. Atuk Kenji pula, dia memeluk Kaizo seeratnya seperti orang sudah lama tidak berjumpa
"Cucu nenek sihat?" tanya nenek Kirana sambil lepaskan Fang "Kamu dekat sana macam mana? cukup makan tak? Semuanya ok tak?"
"Semuanya ok nek" jawab Fang "Saya sihat sahaja.. abang pun sihat. Makan semuanya cukup"
"Bagus, bagus"
"Kaizo, kau bagaimana? Semua ok?" soal pula atuk Kenji
"Mana Lynna? Kau tak bawa dia sekali ke?"
"Atuk, nenek... saya ok sahaja" jawab Kaizo dengan suara yang agak sopan "Lynna tak dapat nak datang sebab dia sibuk"
Sebenarnya Kaizo sendiri tidak mahu mengajak Lynna pulang ke kampung dia kerana Kaizo tahu, atuk dan nenek dia akan menyoal mereka dengan pelbagai soalan
"Faye mana?"
"Faye tak nak balik, nek" jawab Fang "Dia cakap, dia nak berhuru-hara dekat planet bumi" lalu dia tersengih
"Hmm... huru-harakan keadaan?" Atuk Kenji mengusap dagunya "Takpelah, nanti ibu bapa dia datang melawat dia dekat bumi tu"
"Jom masuk, nenek sudah sediakan macam-macam makanan untuk korang berdua. Makcik dan pakcik kamu ada juga ada dekat dalam tu" Nenek Kirana menjemput cucu-cucu dia masuk ke dalam rumah "Jangan malu-malu. Buatlah rumah ni macam rumah sendiri"
"Jangan nek, nanti si Pang ni lari-lari dalam rumah tak pakai baju dan seluar"
Terkejut Fang dengan guruan dari abang dia
"ABANG!"
"Kenapa? Salah ke aku cakap macam tu?" Kaizo tersenyum sinis kepada adiknya "Kau jangan nak buat hal pulak nanti. Kalau tidak, aku sekeh kepala kau nanti"
"Yea, adik tak kan buat hal tapi... ADIK MANA PERNAH LARI DALAM RUMAH TAK PAKAI BAJU DAN SELUAR!" Berapi-api hati Fang pada ketika itu
Atuk Kenji dan nenek Kirana hanya mampu gelengkan kepala mereka sahaja. Perangai adik beradik alien itu tidak berubah dari dulu sehingga sekarang. Ketika mereka melangkah masuk ke ruang tamu, mereka agak terkejut melihat sanak-saudara mereka yang terlampau ramai. Semuanya pergi memeluk Fang dan Kaizo kerana sudah lama tidak jumpa. Pipi Fang habis di cium oleh makcik-makcik dia. Meja makan di ruang tamu itu penuh dengan makanan. Mereka berdua tidak tahu berapa lama nenek mereka sediakan makanan tersebut ataupun mungkin makanan itu dibawa oleh saudara mereka sendiri
"Kaizo, ini baby baru aunty" datang seorang wanita muda dengan bayi comelnya. Kaizo tidak begitu kenal wanita itu tetapi dia pernah nampak sebelum ini "Memperkenalkan baby Kiki"
"Nama macam nama kucing" bisik Fang sambil ketawa sedikit
"Comel nama dia" kata Kaizo kepada makciknya
"Uncle Fang! Uncle Fang!" Seorang budak lelaki sedang menarik-narik baju Fang "Jomlah kita main dekat luar! Saya ada buat pedang! Bolehlah kita main lawan-lawan"
Fang telah diheret oleh budak lelaki itu. Dia tidak dapat pergi menjamu selera bersama abangnya. Kaizo sudah duduk di kerusi sofa ruang tamu. Ramai pakcik dan makcik dia tanya pelbagai soalan. Ada yang bertanya tentang Lynna dan ada juga tanya bila nak kahwin? Pening kepala Kaizo dengan pertanyaan mereka. Lalu dia menjawab soalan-soalan mereka secara sopan, sambil itu, dia menjamu selera. Semua makanan yang ada di atas meja adalah masakan dari nenek dia sendiri
"Nek, terima kasih dengan makanan ini semua tapi tak perlulah buat begini secara besar-besaran"
"Mestilah nenek kena buat" kata nenek Kirana "Kamu dan Fang adalah cucu nenek.. kamu berdua anak adalah anak kepada Keiko dan Kai. Dulu kami ingat, kami kehilangan kamu berdua juga tapi nenek bersyukur, yang kamu berdua selamat dan sihat sampai sekarang. Sebab itulah, setiap kali kamu datang ke sini, nenek akan masak sedap-sedap untuk kamu berdua"
"Tapi dengan Faye, tiada pula nenek buat begini"
"Dia tu setiap hari hubungi ibu bapa dia dan kita orang juga. Dia selalu cerita kepada nenek apa yang korang buat dekat bumi" kata nenek Kirana sambil tersenyum kepada cucunya "Kamu dan Fang tak nak pindah ke sini? Bolehlah nenek masak sedap-sedap untuk korang berdua setiap hari"
"Nanti gemuk pula cucu-cucu aku ni" Atuk Kenji menyampuk perbualan mereka berdua "Biarlah dia orang nak duduk mana pun, asalkan dia orang tak lupakan kami dekat sini"
"Ala, saya tanya aje" Nenek Kirana merajuk sedikit dengan suaminya. Lalu dia berkata lagi kepada cucunya "Kaizo, kamu dekat bumi tu, bahagia tak?"
"Mestilah bahagia"
"Sejuk hati nenek dengar tapi... berapa lama kamu akan tinggal di situ? Tak kan selamanya. Bukannya apa, kadang-kadang nenek risau juga kamu berdua duduk jauh daripada kami" Riak wajah nenek Kirana berubah menjadi risau "Faye ada juga cerita tentang pengembaraan korang semua dekat bumi. Macam-macam korang sudah tempuhi. Nenek rasa risau sangat jikalau ada apa-apa terjadi dekat cucu nenek. Ini pun amanah kami untuk menjaga kamu berdua"
"Nek jangan risau tentang kami" Kaizo pegang tangan neneknya sambil berikan senyuman dia "Saya akan pastikan Pang dan Faye akan sentiasa selamat. Jikalau kami perlukan bantuan, kami akan hubungi atuk dan nenek"
"Kalau ada apa-apa masalah, hubungi kami juga"
"Baik nek" kata Kaizo
"Kaizo makan banyak-banyak yea. Nenek kasihan tengok korang berdua ni, keding sangat" Nenek Kirana mengangkat sekeping pinggan besar dari meja ruang tamu "Ni nenek yang buah.. makanlah kuih apam ni"
Kuih apam itu ada di dalam pelbagai bentuk dan warna. Kaizo mengambil satu apam berbentuk bintang yang berwarna hijau. Lalu dia gigit sedikit apam itu untuk menjaga hati neneknya. Fang masih lagi berada di luar rumah. Perut dia sudah berbunyi-bunyi tetapi anak-anak saudara dia masih lagi ingin bermain. Mereka tidak begitu lapar kerana seronok sangat bermain di taman itu. Fang terbaring terlentang di tengah-tengah laman itu. Sekumpulan kanak-kanak kecil terus serbu Fang dan menyerang dia secara mengetuk-getuk dengan menggunakan pedang kotak
"Janganlah serang aku!" mengamuk Fang
Akhirnya mereka lari ke tempat lain untuk bermain lagi. Fang bangun dari situ dengan cepat. Dia masuk ke dalam rumah sementara budak-budak itu tadi sibuk bermain. Fang rasa lega kerana dia dapat pergi makan secara aman. Dia melihat satu per satu makanan yang ada di atas meja makan itu. Ada makanan yang dia tidak kenali dan ada juga yang seperti dia pernah nampak di bumi. Semuanya kelihatan sedap
"Ambik donut ni Fang, nenek kamu yang buat" kata atuk Kenji secara tiba-tiba "Dia tahu kamu suka makan donut lobak merah"
"Terima kasih atuk"
Fang mengambil seberapa banyak donut yang dia boleh isi di dalam pinggannya. Tiba-tiba atuk dia letak lagi donut di dalam pinggan itu. Fang tersenyum kambing kepada atuknya
"Pergi makan dekat abang kamu tu. Kalau dah habis, ambiklah lagi. Jangan malu-malu"
Fang angguk kepalanya tanpa berkata apa. Dia pergi duduk di sebelah abangnya. Mata dia terbeliak seketika apabila dia melihat meja di bahagian ruang tamu, penuh dengan makanan juga
"Biar betul nenek ni" bisik Fang "Semua makanan ni nenek yang buat ke?"
"Entahlah, kau makan ajelah" kata Kaizo yang ada di sebelahnya "Esok kita pergi jalan-jalan dekat bandar. Hari ini kita beramah-mesra dengan keluarga kita ni"
"Ok! Tapi ada yang adik tak berapa nak kenal sangat. Ada yang adik ingat tapi lupa nama"
"Takpelah Pang, aku pun sama macam kau" beritahu Kaizo kepada adiknya "Inilah masanya untuk kenal mereka semula"
"Hmm.. masa pertama kali jumpa mereka, masa tu adik rasa agak kelam-kabut sedikit sebab nenek dan atuk sibuk sangat cerita tentang pencarian abang dan adik. Lepas tu dia orang kenalkan seorang demi seorang. Berborak pun rasanya macam sekejap sahaja. Lepas tu nenek berikan semua barang-barang lama ibu dan ayah kepada kita.. hmmm... adik pun senyum sahaja masa tu"
"Tapi kau suka dapat jumpa mereka?"
"Suka tapi apasal makin ramai aje keluarga kita ni" kata Fang dengan penuh kepelikan. Dia gigit sedikit donut lobak merahnya dan lalu berkata lagi "Suka dan terharu kerana kita ada keluarga. Selalunya adik ingatkan kita berdua sahaja. Hati adik masa tu rasa macam kasih sayang ibu dan ayah ada di dalam rumah ini. Adik memang nak menangis tapi adik tahankan air mata adik sendiri. Adik tak nak bagi orang lain nampak yang adik menangis"
"Jadi, baru sekarang kau nak menangis"
Fang terus tersedar bahawa ketika itu, air mata dia sudah mengalir keluar. Dia cepat-cepat lap air matanya dengan baju lengannya
"Adik mana ada menangis. Ada habuk masuk dalam mata adik ni"
"Hmm.. cakap ajelah yang kau tu terharu"
"Bukanlah" kata Fang "Adik menangis sebab donut lobak merah ni terlampau sedap sangat!"
Sebenarnya hati dia kata lain. Dia menangis kerana dia masih lagi mempunyai keluarga, bukan hanya dia dan abang dia sahaja. Sebelum dia dapat bertemu dengan mereka, dia anggap kawan-kawan dia di bumi adalah keluarga dia sendiri. Sekarang ini, makin berkembang keluarga dia dan mungkin juga, suatu hari nanti dia dapat melihat abang dia membina keluarga dia yang tersendiri. Dia bayangkan diri dia bermain dengan anak abang dia
"Hehehe.. macam mana agaknya kalau abang aku menjadi seorang ayah" bisik Fang sambil ketawa bersendirian
Kaizo tidak dengar bisikan adiknya tadi. Dia cuma perhatikan adik dia ketawa seorang diri sambil menikmati donut lobak merahnya. Nenek Kirana datang dengan sebuah album gambar. Dia ingin tunjukkan sesuatu kepada adik beradik itu. Dia duduk di sebelah Fang sambil membuka album tersebut
"Fang, Kaizo.. meh tengok gambar ibu dan ayah korang masa sebelum kahwin"
Nenek Kirana tunjukkan gambar ibu bapa mereka sedang tersenyum manis sambil melihat sang penangkap gambar. Senyuman mereka sangat memukaukan sehingga membuatkan Fang tergelak gembira seketika. Dia sentuh gambar itu sedikit. Air mata dia menitis di atas gambar tersebut
"Ibu dan ayah nampak muda" kata Fang "Gambar ni waktu bila, nek?"
"Gambar ini semasa ayah kamu bawa ibu kamu pergi berjalan-jalan dekat bandar ni. Masa dia balik rumah tu, nenek dan atuk terkejut dengan berita yang ibu kamu dilamar oleh ayah kamu sendiri. Kami semua gembira kerana akhirnya, nenek dapat seorang menantu"
"Patutlah ibu dan ayah nampak happy aje dalam gambar ni" kata Fang "Nenek ada lagi gambar ibu dan ayah?"
"Mestilah ada" Nenek Kirana buka mukasurat yang seterusnya "Ini gambar pertama Kaizo semasa dia bayi lagi"
"Comel" kata Fang
Kaizo melihat gambar dia sendiri. Di dalam gambar itu, diri dia duduk di dalam sebuah kerusi bayi berwarna biru. Di sebelah kiri dan kanan dia, adalah ibu bapa dia. Mereka bertiga kelihatan sangat bahagia pada ketika itu. Fang pandang wajah abangnya. Kaizo rasa sebak di dada pada ketika itu. Mulut dia terbuka sedikit kerana tidak tahu hendak berkata apa
"Abang ok ke?"
"Aku ok" jawab Kaizo "Terima kasih nek kerana tunjukkan gambar ini kepada kami"
"Sama-sama.. kalau korang nak tengok lagi, tengoklah" Nenek Kirana serahkan album gambar itu kepada mereka berdua "Nenek nak pergi sana sekejap. Makcik kamu ajak berborak. Nanti nenek datang balik"
Kaizo dan Fang duduk dengan rapatnya untuk melihat gambar-gambar di dalam album itu. Kebanyakkan gambar di dalam album itu adalah gambar Kaizo semasa dia kecil. Gambar Fang hanya sedikit sahaja. Fang tidak rasa begitu sedih kerana dia tahu apa yang berlaku seterusnya. Dia hanya dapat berikan senyuman sahaja pada setiap gambar itu
"Kalau kau nak tahu, masa Lynna ada dekat sini, nenek kau tak habis-habis tunjuk gambar kami berdua. Abang rasa malu sangat pada ketika itu"
"Hehehe.. mesti kak Lynna ketawa sebab tengok gambar abang yang comel-comel ni"
"Adalah juga" jawab Kaizo "Masa tu nenek cuba buat dia ketawa supaya dia sihat semula"
"Ohhh... jadi dia nak kak Lynna cepat sembuhlah time tu"
"Yea Pang, dia nak Lynna cepat sembuh" Kaizo gigit sebiji apple merah
"Bagus abang bawa dia ke sini, terus sihat kak Lynna sebab nenek tunjuk gambar-gambar abang masa dulu.. hehehe.. mesti ada gambar yang memalukan"
Kaizo tidak berkata apa. Dia hanya kunyah apple yang dia gigit sebentar tadi. Fang sambung melihat gambar-gambar itu. Salah satu gambar itu membuatkan dia tersenyum kecil. Gambar dia semasa dia masih bayi lagi. Mulut dia comot kerana makan ice cream. Fang tidak berapa ingat sewaktu dia masih kecil lagi. Hanya gambar sahaja dapat memberikan gambaran bagaimana ketika dia masih kecil lagi. Di sebelah gambar itu pula, adalah gambar atuk dan nenek dia sedang mendukung diri dia. Sambil dia makan donut kegemarannya, sambil itulah dia melihat gambar-gambar itu bersama abangnya. Mereka gelak ketawa seperti mereka lupakan tentang orang lain. Mereka berdua di dalam dunia mereka sendiri. Pada ketika itu, tiada pergaduhan diantara adik dan abang. Hanya senyuman manis dan gelakan riang mereka sahaja
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Kaizo, Fang.. kamu tidur dekat bilik ibu kamu. Ini bilik dia dulu. Sekarang ni, dah jadi bilik kamu berdua"
"Terima kasih nek" kata mereka berdua
Nenek Kirana tinggalkan mereka berdua di dalam sebuah bilik yang luas. Hanya ada satu katil besar sahaja yang ada di dalam bilik itu. Lalu nenek Kirana tutup pintu itu secara perlahan. Fang melihat gambar-gambar ibunya yang tersusun di atas rak buku. Dari gambar semasa ibunya kecil sehinggalah gambar sebuah keluarga yang dia bina. Jari-jemari Fang menyentuh buku-buku novel kepunyaan bukunya. Ibu dia memang suka membaca buku. Semua buku itu dijaga dengan rapi, tiada cacat celanya
"Pang"
"Yea abang" Fang terus pusing kebelakang
"Pang, aku nak pergi mandi. Lepas tu aku nak tidur"
"Ok" Fang buka bajunya "Adik nak tidur lambat"
"Hmm... terpulang kepada kaulah nak tidur lambat ke cepat ke, tak nak tidur langsung pun boleh tapi esok kita akan berjalan-jalan dekat bandar. Kau bangun lambat esok, aku tinggalkan kau"
"Baik abang ku" kata Fang sambil keluarkan baju tidurnya "Adik nak baca buku-buku ibu tu.. nak tahu juga, ibu suka baca buku novel apa"
Kaizo angguk kepalanya sahaja sambil meletakkan tuala pada bahu kanannya. Dia masuk ke dalam bilik air yang ada di dalam bilik itu. Beberapa minit kemudian, bunyi shower boleh didengari dari luar bilik. Fang duduk di atas katil dan terus baring di atas katil sambil peluk baju tidurnya. Mata dia perhatikan siling rumah yang berwarna kuning itu. Inilah bilik ibu dia masa ketika dahulu, bisik di hati Fang. Inilah katil yang dia baring dulu, bisik di hati Fang lagi
"Katil ibu sangat lembut" bisik Fang "Kalau ibu dan ayah ada sekarang ini, mesti dia orang akan masuk ke dalam bilik aku untuk lihat apa yang aku sedang buat sekarang. Lepas tu, ibu dan ayah ucapkan selamat malam. Ibu mesti pesan kepada aku jangan tidur lewat tapi aku tidur lewat juga.. hehehe.. sebab seronok baca buku ataupun sibuk sangat buat kerja sekolah. Kalau main game pun, mesti ayah cakap pergi main bola dekat luar. Ibu dan ayah tak suka kita duduk dalam bilik, menghadap komputer ataupun game dekat phone. Dia pun nak kita aktif... hmm.. seronoknya kalau dapat macam tu"
Fang mengesat airnya mata
"Ibu.. ayah... adik dan abang sudah pulang.. tapi kami tak lama. Nanti sebelum kita pulang ke bumi, kami akan menziarahi ibu dan ayah. Tunggu kami yea"
Tidak sampai beberapa saat kemudian, mata dia sudah terlelap tidur. Fang terus bermimpi diri dia semasa kecil sedang beramah-mesra dengan ibu bapanya. Dia tersenyum di dalam tidurnya. Tidak lama selepas itu, Kaizo sudah pun siap mandi. Dia keluar dan melihat adiknya sudah tertidur di atas katil. Lalu dia tersenyum bersendirian di dalam bilik itu
"Kata nak tidur lambat tapi kau juga yang tidur awal" bisik Kaizo
Dia ambil baju tidur itu dari pegangan adiknya. Lalu dia simpan balik ke dalam beg baju adiknya. Kaizo dengan baiknya, dia selimutkan adiknya sebelum dia memakai baju. Pada malam itu, dia yang tidur lewat kerana sibuk membaca novel ibunya
Awal pagi lagi Kaizo dan Fang sudah pun keluar dari rumah. Mereka sempat bersarapan pagi bersama atuk dan nenek mereka. Sebelum mereka berdua pergi, nenek Kirana ada sediakan sedikit bekalan kepada mereka berdua. Atuk Kenji sudah keluarkan dua basikal untuk cucunya. Salah satu basikal itu adalah milik ibu Kaizo dan Fang. Salah satu lagi adalah milik Faye
"Abang naiklah Faye punya basikal" kata Fang sambil melihat basikal Faye yang mempunyai 3 warna iaitu Pink, Purple dan Peach
"Basikal dia kecik.. aku lebih sesuai naik basikal ibu"
"Hmm.. yelah, yelah" Fang terus menunggang basikal Faye "Adeh.. terpaksa aku tahan malu"
Kaizo dan Fang terus kayuh basikal mereka untuk pergi ke bandar yang berdekatan dengan kawasan perumahan itu. Bandar di situ lebih besar daripada bandar Pulau Rintis tetapi ianya tiada bangunan tinggi seperti di bandar Pulau Rintis. Bandar itu seperti bandar-bandar eropah. Kedai-kedai mereka semuanya dalam pelbagai warna. Bermacam-macam jenis aneka yang jual di dalam bandar itu
"Pang!"
"Yea abang" sahut Fang sambil melihat abangnya yang ada di depan "Abang nak apa?"
"Hari ini, kita jangan gunakan kuasa kerana aku nak meluangkan masa dengan kau"
Fang terus kayuh basikal dengan laju untuk pergi ke sebelah abangnya
"Betul ke abang?"
"Yea, betul.." jawab Kaizo tanpa melihat adiknya. Mata dia hanya pandang ke hadapan sahaja "Aku sudah lama tidak meluangkan masa dengan kau. Jadi aku ingin mengambil masa yang ada ini. Nanti lepas kita pulang, mesti kau akan sibuk dengan hal-hal kau dan aku sibuk dengan hal-hal aku"
"Adik sesibuk mana pun, adik tidak pernah lupakan abang"
"Yea, abang pun sama juga" Kaizo alihkan pandangan dia untuk melihat adiknya "Sebab itulah aku nak luangkan masa kita yang ada ni. Bukan selalu kita dapat macam ni. Kalau ada pun, aku akan ajak kau pergi menjalankan latihan tempur sahaja. Kau mesti rasa tak seronok"
"Takdelah abang.. adik ok aje. Janji adik jadi kuat dan hebat macam abang! Hahahaa.. lebih hebat daripada si Boboiboy tu!"
"Tak habis-habis kau ni" Kaizo gelengkan kepala dia "Mari lumba dengan abang. Siapa sampai dulu, dia yang kena belanja makan"
"ERK! Macam tu pula!" Lalu Fang kayuh secara perlahan "Kalau macam tu, adik lambat-lambatlah macam ni"
"Abang pun ikut lambat-lambat jugalah"
"Sampai bila tak kan sampai macam ni" Fang terus mengayuh basikalnya dengan lajunya "HAHAHA! SAMPAI AWAL PUN, ADIK TAKDE DUIT NAK BELANJA ABANG MAKAN! ABANG YANG KENA BAYARKAN NANTI!"
"Cheh! Tak guna punya adik" bisik Kaizo "SIAP KAU PANG!"
"HAHAHAHAHAA!"
Kaizo tidak kejar adiknya. Dia biarkan adiknya menang. Cuaca pagi itu memang sangat indah. Senyuman dan gelakan dari mereka berdua, membuatkan suasana menjadi tambah ceria. Tiada cerita sedih ataupun cerita yang membuatkan mereka berdua marah. Apa yang mereka mahukan adalah kesempurnaan pada hari itu. Kaizo dan Fang kayuh basikal mereka di tepi tasik yang terbentang luas. Beberapa sekumpulan angsa sedang sibuk mencari makanan di dalam tasik itu. Dari seberang tasik itu, mereka boleh lihat bandar yang berwarna-warni itu. Fang lajukan kayuhannya untuk sampai ke bandar itu. Kaizo hanya perhatikan adik dia sahaja. Dia mahu adiknya rasa gembira tanpa timbul perasaan risau. Dia akan pastikan, hari ini adalah milik mereka berdua. Dia akan pastikan adik dia akan gembira. Jikalau adik dia menangis, dia akan pastikan tangisan itu adalah tangisan kegembiraan, bukan kesedihan
"Macam bukan diri aku sahaja" bisik Kaizo "Tapi apa-apa pun, aku mahu buktikan aku bukan hanya sekadar kapten kepada dia tetapi juga abang terbaik bagi diri dia"
"Abang memang abang terbaik pun"
"Eh..." Kaizo terkejut sedikit "Kau dengar bisikan aku tadi"
"Mestilah.. adik tengok abang macam mengelamun. Jadi adik perlahankan kayuhan adik tadi" kata Fang. Lalu dia berkata lagi "Abang dari dulu sampai sekarang, abang memang seorang abang yang baik. Tak kiralah abang ni kapten ke, laksamana ke, kommander ke, adik tetap pandang tinggi terhadap abang tapi... adik kadang-kadang marahlah juga sebab abang suka buli adik tapi adik faham... abang buli adik sebab abang sayangkan adik"
"Faham pun kau" Kaizo berikan senyuman dia kepada adiknya "Tapi abang rasa, tak semua adik beradik suka buli adik atau abang atau kakak dia sendiri. Setiap orang, lain caranya tunjukkan kasih sayang mereka seperti kawan kau.. si Bella dan abang dia, si Yaya dan adik dia"
"Yea abang" kata Fang "Adik takdelah cemburu sangat melihat dia orang sebab adakalanya kita pun boleh bermesra.. tapi adakalanya, abang suka sangat cari gaduh dengan adik"
"Gaduh macam mana pun, kita tetap bersama. Hari ni nak gaduh pun, biarlah gaduh manja-manja"
"Baik abang!"
Kaizo dan Fang sudah memasuki kawasan bandar itu. Nama bandar tersebut adalah bandar Warnaful. Mereka berdua perlahan kayuhan basikal untuk melihat-lihat kedai yang ada di dalam bandar itu. Banyak kedai-kedai sudah dibuka pada waktu pagi itu. Keadaan tidaklah sesibuk mana kerana masih awal lagi. Ada juga beberapa orang sudah bersiar-siar di dalam bandar itu. Fang ternampak sebuah kedai yang menjual anak-anak patung seperti plushie. Mata dia terus membulat besar kerana dia ternampak anak patung Boboiboy di tingkap kedai itu
"Ke-kenapa plushie Boboiboy boleh ada dekat sini?" Fang tidak begitu puas hati
Dia turun dari basikalnya dan sandarkan basikal itu di tepi pintu kedai tersebut. Dia ingin pergi melihat anak patung yang dia lihat tadi. Kaizo hanya tunggu di luar kedai sahaja. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan adik yang tidak puas hati dengan populariti Boboiboy
"KE-KENAPA PLUSHIE DIA SAHAJA YANG ADA! Macam mana populariti dia boleh sampai ke planet ini?!"
Fang masih lagi tidak puas hati kerana tuan kedai tersebut beritahu bahawa Boboiboy paling popular dan tidak begitu kenali kawan-kawan Boboiboy yang lain. Lalu Fang ucapkan terima kasih kepada tuan kedai itu. Dia keluar dari kedai itu dengan penuh hemah. Sebaik sahaja dia sudah berada di luar kedai, lalu dia mengamuk tanpa pedulikkan orang lain
"SIAP KAU BOBOIBOY! Suatu hari nanti aku dapat rampas populariti kau!"
"Kau sudah selesai dengan urusan populariti kau?" tanya Kaizo
"Sudah tapi hati ni rasa macam nak cekik-cekik si Boboiboy tu" Fang terus menunggang basikal dia semula "Hehehe.. takpe, takpe... biar dia seorang sahaja tak dapat cendermata daripada adik.. MUAHAHAHA!"
"Suka hati kaulah"
"Abang tak nak belikan apa-apa untuk kak Lynna?"
"Hmm..." Kaizo sambung semula kayuh basikalnya. Fang ikut abang dia di sebelah. Lalu Kaizo berkata "Entahlah.. tak tahulah abang nak beli untuk dia ataupun tak nak"
"Sebab abang hari tu ada belikan dia rantai kan kan kan"
"Senyaplah kau"
"TAK NAK SENYAP! MUAHAHAHAHAA!" Fang terus mara ke depan "Lepas ni abang bagi cincin pula! YAHOOO!"
Berkerut dahi Kaizo. Dalam hati dia ingin belasah adiknya tetapi dia abaikan sahaja kata-kata hatinya. Dia biarkan adik dia bersuka riang pada hari itu. Tiba-tiba adiknya hentikan basikalnya di hadapan sebuah kedai
"Kenapa kau berhenti?"
"Abang..." Jari Fang tunjuk ke arah kedai berwarna hitam "Cuba tengok apa dia jual"
"Dia jual anak patung Boboiboy lagi ke?"
"Bukanlah!" marah Fang "Cuba abang tengok!"
Kaizo terus melihat apa yang adik dia cuba tunjukkan. Lalu dia tersenyum sedikit sambil melihat kedai itu. Sebuah kedai yang menjual makanan berbentuk Picu. Makanan itu berwarna hijau dan ianya memang seakan-akan seperti alien peliharaan mereka iaitu Picu. Penjual itu sedang membakar beberapa batang satay alien Picu tetapi itu bukanlah spesis alien Picu yang sebenarnya. Ianya cuma berbentuk Picu sahaja
"Hehehe.. kena tangkap gambar ni" Fang keluarkan sebuah kamera ungu dari poket seluarnya
"Kau bawa kamera"
"Ha ah abang, adik pinjam dari Faye" Dengan senyuman dia, lalu dia menangkap gambar kedai itu "Adik nak tunjuk dekat kawan adik, macam mana kampung adik dekat sini"
Kaizo biarkan adik dia pergi menangkap gambar segala-galanya tentang kedai itu. Dari makanan ke penjual makanan tersebut, sehinggalah keseluruhan kedai itu. Selepas itu, mereka sambung bersiar-siar bandar itu dengan basikal mereka. Adakalanya, mereka akan berhenti untuk masuk ke beberapa kedai yang mereka tertarik. Kaizo membelek-belek buku kisah seram di angkasa. Manakala Fang pula, melihat buku-buku tentang bagaimana untuk menjadi popular. Kaizo terpaksa heret dia keluar dari kedai buku itu
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, sebelum mereka pulang ke rumah, Kaizo dan Fang duduk di tepi tasik sambil menikmati makanan yang mereka beli tadi. Fang ada belikan barang-barang untuk kawannya seperti baju untuk kawan-kawan lelaki dia dan gelang murah untuk kawan-kawan perempuanya. Dia ada belikan sesuatu yang istimewa kepada adik angkatnya iaitu Rizu. Dia ingin menghadiahkan sebuah bingkai gambar kepada Rizu. Ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi dia patut ucapkan terima kasih kepada Rizu kerana dari awal sehingga sekarang, Rizu mengajar dia tentang kehidupan. Adakalanya, dia yang mengajar Rizu tetapi sebaiknya, mereka berdua perlukan satu sama lain
"Macam mana rasa bebola itik tu?"
"Sedap" kata Fang. Kaki dia menendang-nendang air tasik itu. Tangan kiri dia memegang kotak bebola itik dan tangan kanan dia pula, ada sebiji bebola itik yang sudah separuh gigit
"Hehehe... agaknya, macam ni kot rasa si itik Lily tu tapi malangnya, si itik tu rupanya manusia yang terkena sumpahan" kata Fang sambil tergelak sedikit
"Jadi, selama ini kau memang nak panggang si itik tu lah"
"Takdelah.. adik cuma ugut si itik tu aje" Fang terus tersengih. Lalu dia gigit bebola itik. Dia mengambil lagi bebola itik itu di dalam bekasnya "Esok kita nak balik dah.. rasa sekejap sangat"
"Takpe, kita boleh datang ke sini lagi bila kau cuti"
"Ajak kawan-kawan adik sekali, boleh?"
"Boleh" jawab Kaizo "Kau nak ajak semua kawan kau pun boleh"
"YES! Tapi abang pun jangan lupa ajak kak Lynna sekali"
"Err.. itu bagi abang fikir" Kaizo terus makan bebola itik dia "Bukannya apa, abang sebenarnya tak suka bila atuk dan nenek atau saudara-mara kita tanyakan bermacam-macam dekat Lynna"
"Sebab apa?"
"Sebab.." Kaizo tidak menjawab. Dia tidak tahu macam mana hendak menjawab pertanyaan itu kepada adiknya
"Sebab abang nak tinggalkan bumi dan sambung balik mengembara di angkasa"
Kaizo tidak terkejut. Dia kelihatan tenang sahaja. Pemikiran dia seperti sudah jauh ke hadapan. Dia seperti sudah terbayangkan masa hadapan dia
"Yea, itu salah satu sebabnya tapi.. kalau kau tak benarkan, aku tidak akan pergi"
"Kenapa pula?"
"Ingat tak dulu, abang pernah cakap.. ke mana sahaja adik nak pergi, abang akan ikut sahaja. Jikalau adik tak nak ikut abang, abang juga tidak akan pergi. Abang tak nak kau keseorangan lagi"
"Tapi.." Fang menghela nafas seketika "Kalau hati abang nak pergi juga, abang pergilah.. adik ikut sahaja"
"Kawan-kawan kau macam mana?"
"Mereka akan faham nanti" jawab Fang secara perlahan
Kaizo melihat wajah adik seketika. Ada perasaan sedih di mata adiknya. Lalu Kaizo berkata sesuatu kepada adiknya
"Abang tahu kau sayangkan kawan-kawan kau. Abang tahu kau tak nak tinggalkan kawan-kawan kau tapi abang tak nak paksa kau tinggalkan mereka di bumi. Abang tak kisah kalau kau masih lagi mahu tinggal di bumi"
"Dan adik tak kisah kalau abang tak nak tinggal di bumi dah. Semuanya sudah berubah abang... adik tahu abang akan sentiasa hubungi adik lagi. Abang bukan lagi seperti dulu"
"Betul tu. Aku tahu kau tidak keseorangan nanti. Faye ada dengan kau. Apa-apa yang berlaku, boleh hubungi atuk dan nenek" kata Kaizo "Tapi belum tiba masanya untuk aku tinggalkan bumi"
"Jadi.. kalau betul-betul abang pergi, kak Lynna macam mana?"
Kaizo hanya gelengkan kepala sahaja
"Abang tak nak beritahu dia ke?"
Kaizo tetap gelengkan kepala dia. Hati dia terasa perit apabila teringatkan Lynna. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Lynna tentang perkara ini. Dia juga tidak mahu melihat wajah kekecewaan Lynna. Dia tidak sanggup kecewakan hati Lynna dan sakitkan hati dia
"Abang.."
"Hmm.. kau nak apa, Pang?"
"Kalau abang pergi, abang kena hubungi adik selalu. Adik akan tunggu abang dekat bumi supaya abang tahu adik selamat di situ bersama kawan-kawan adik dan juga Faye"
"Baiklah Pang, abang akan selalu hubungi kau" Kaizo tolak bahu adiknya dengan bahu dia sedikit "Dengan Lynna tu.." Dia mendongak sedikit "Biarlah abang uruskan. Abang bukan lari dari dia tapi... abang rindu sangat dengan tugas abang sebagai kapten. Abang rindu dengan kehidupan abang yang dulu"
"Kehidupan abang penuh dengan misi.. hehehe.. tapi abang janji tau!"
"Yea, aku janji, aku akan hubungi kau tapi kalau abang tak hubungi tu, maknanya abang sibuk dengan misi abang. Aku harap kau faham"
Fang angguk kepalanya sebagai tanda faham. Dia faham dengan tugas-tugas abangnya. Dia faham dengan misi abangnya yang selalu mendatangkan bahaya. Setiap hari, setiap waktu, setiap saat, dia selalu berdoa agar abang dia dalam keadaan selamat
"Kau betul tak nak ikut?"
"Tak nak" Fang tersenyum sedikit sambil melihat abangnya "Adik akan tunggu abang pulang ke bumi. Adik akan tunggu..."
"Aku juga akan sentiasa hubungi kau"
"Jangan lupa hubungi kak Lynna sekali"
"Hmm..." Kaizo tidak mahu fikirkan tentang Lynna "Bila tiba masanya nanti, aku akan beritahu dia. Aku harap, dia akan terima"
"Bayangkan kalau kak Lynna mengamuk sebab abang nak pergi.. hehee.. mesti kak Lynna karate abang!"
"Kau ni.. nak tengok sangat ke abang kena belasah dengan dia?"
Fang terus tersenyum lebar sambil angguk kepalanya. Dia bayangkan abang dia sendiri kena tampar dengan seorang gadis yang bernama Lynna. Tiba-tiba dia rasa macam cerita drama dekat television
"Suka yea kau tengok abang kena belasah dengan perempuan"
"Err.. entah" Fang tersengih sedikit "Tapi adik tak nak fikirkan tentang itu sekarang. Adik cuma nak menikmati waktu sekarang ini bersama abang!"
Kaizo dan Fang terus sambung makan bebola itik mereka. Di samping itu, ada juga makanan lain yang mereka beli seperti burger daging ayam tapi burger tu di dalam bentuk empat segi
"Abang"
"Kau nak apa lagi?"
"Esok sebelum kita menziarahi kubur ibu dan ayah, adik nak belikan bunga untuk mereka"
"Boleh" kata Kaizo "Kita belikan bunga kegemaran mereka.. bunga matahari"
Fang angguk sahaja sambil kunyah bebola itiknya. Mereka berdua sambung kembali gelak ketawa bersama. Apa-apa pun terjadi, bersama ataupun tidak, mereka pasti akan bersatu semula
Abang dan adik selamanya, bisik di hati Fang
---------------------------------------------------------------
Maaf sebab chapter kali ini short & sweet sahaja :3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com