Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Misi Ejen dan Superheroes

Gopal terduduk apabila dia melihat nombor kedudukan dia untuk latihan simulasi di akademi MATA. Mulut dia ternganga sedikit dan lalu dia sedar, diri dia bukanlah begitu hebat seperti kawan-kawan baru dia

"Gopal.." Lynna pegang bahu Gopal sedikit "Janganlah sedih. Kamu boleh berusaha lagi untuk tingkatkan prestasi kamu. Semuanya bermula dari bawah, dan kita tidak seharusnya berputus asa. Kita harus berusaha supaya prestasi kita sama hebat seperti yang lain"

"Hmm.. terima kasih kak Lynna tapi itulah, saya ni nama aje superhero tapi takdelah sehebat Boboiboy. Saya boleh dikatakan pengecut tapi sentiasa setia bersama dengan Boboiboy. Tak kisahlah diri dia atau saya dalam bahaya ke, saya tetap dengan dia!"

"Itu sifat yang bagus" puji Lynna "Jangan sesekali abaikan kawan kita apabila dia memerlukan kita dan jangan pula, bila dia senang, kita dekat dengan dia tapi bila dia dalam kesusahan, kita lari jauh-jauh. Itu bukan sahabat sejati namanya"

"Wah, bagus betul nasihat kak Lynna!" Moon kagum dengan sifat Lynna

"Janganlah risaulah Gopal. Aku pasti akan tolong sama luu"

"Terima kasih Ying tapi aku cemburu tengok kedudukan kau.. dalam top 5 gitu" menangis Gopal sambil terduduk di dalam bilik latihan simulasi "Tapi aku akan tetap berusaha untuk mencapai tahap yang aku mampu"

"Kita orang pun boleh bantu kau juga" kata Khai

"Tapi kan.." Gopal garu-garu kepala dia sambil tersenyum kelat "KENAPA PICU BOLEH DAPAT KEDUDUKAN NOMBOR SATU! PADAHAL DIA TU CUMA ALIEN COMEL SAHAJA!"

Rudy masih tidak berpuas hati dengan itu. Sepanjang latihan simulasi itu dijalankan, sedikit pun tidak berikan senyuman. Mata dia hanya melihat makhluk hijau itu dengan lidahnya terjulur keluar. Hati Rudy membara dengan api kemarahan. Dia mula terbayangkan dia sedang memijak alien hijau itu

"Hehehe.. Picu Picu.. boleh pulak dia sertai simulasi ini" Letak mengusap kepala Picu dengan ibu jarinya. Pada ketika itu Picu sedang berdiri di tapak tangan Iman "Tapi bagus juga dia join, bolehlah dia berikan semangat baru kepada kamu semua untuk berlatih dan berusaha! Walaupun badan dia kecil tetapi dia boleh mengambil intel tersebut di dalam masa yang singkat. Jangan sesekali memandang rendah dengan orang yang lebih kecil daripada kita kerana kita sendiri tidak tahu apakah kekuatan dia"

"Hmm.. dia pergi telan semua robot yang ada dekat situ" kata Gopal

"Syabas semua kerana dapat jalankan simulasi ini dengan baik" Mereka semua semua tersenyum bangga kecuali Rudy dan Gopal. Lalu Lynna berkata lagi "Mungkin ini kali terakhir saya dapat mengajar kamu semua. Jikalau saya diberikan peluang lagi, saya akan datang ke sini untuk mengajar kamu semua"

"Alaa.. kak Lynna jadilah ejen kami!"

"Tapi kak Lynna ada kerja lain. Dia juga ada misi berlainan daripada kita semua" jelas Iman kepada Moon "Saya gembira dapat berkenalan dengan kak Lynna. Kami harap, kami dapat berjumpa lagi di masa yang akan datang"

"Akak pun harap begitu juga" kata Lynna

"Macam tak best aje bila kak Lynna takde" Jet rasa sedih sedikit "Tapi apa-apa pun, terima kasih kerana mengajar kami di sini"

"Saya pun nak ucapkan terima kasih juga!" kata Moon dengan senyuman dia bagaikan bintang bercahaya "Nanti datang lagi yea, kak Lynna"

"Gopal pun datang lagi ke sini. Aku suka dengan kuasa kau. Boleh dapat makanan"

"Hahaha.. jangan risau, aku boleh datang ke sini lagi tapi.." Gopal tersengih sedikit "Kena minta izin dululah"

"Tapi korang semua kenalah datang ke Pulau Rintis maaa... boleh kita main dekat tepi pantai"

"Seronok juga tu" Roza tersenyum sambil bersilang tangan

Tiba-tiba pintu bilik simulasi itu terbuka. Geetha masuk ke dalam bilik tersebut

"Lynna, saya ada sesuatu ingin tunjukkan kepada awak"

"Baik" kata Lynna. Lalu dia memandang ke arah ejen-ejen muda dan juga dua orang superhero "Kamu semua boleh bersurai dan berehat. Akak ada hal dengan mentor kamu"

Satu per satu daripada mereka, berjalan keluar dari bilik itu. Geetha membawa Lynna ke bilik kawalan yang berbentuk bulat. Di dalam tempat itu, ada dua orang ketua teras tetapi wajah dan tubuh badan mereka tidak dapat dilihat. Jeneral Rama juga ada di situ. Cermin mata yang dibuka pada Rizu tadi, ada di tengah-tengah meja bulat

"Apa yang kamu jumpa?" soal Lynna

"Cermin mata ini mengandungi azurium tetapi dalam kadar yang sedikit. Walaupun sedikit tetapi ianya sangat kuat" jelas Geetha "Kuasa laser tadi boleh menghancurkan akademi ini tetapi ianya dapat dihalang oleh ejen-ejen muda kami. Kita kena halang mereka daripada musnahkan akademi ini dan lebih penting sekali, melindungi mainframe daripada musuh" jelas Geetha

"Ianya nampak macam cermin mata biasa, tetapi ianya agak berbahaya"

"Betul tu Lynna" kata Ejen Dayang "Azurium adalah sebuah kristal yang boleh memberikan tenaga kepada Cyberaya dan ianya juga boleh dijagakan sebagai senjata. Sebab itu kami sebagai ejen terpaksa melindungi azurium daripada dirampas oleh penjahat-penjahat yang cuba memusnahkan Cyberaya. Saya rasa kamu layak menjadi ejen kami tetapi itu semua keputusan dari tangan kamu sendiri. Sertai kami untuk melindungi Cyberaya"

"Ma-maaf" kata Lynna dengan lembutnya tetapi pada masa yang sama, dia rasa serba salah "Saya sangat menghargai tawaran itu tetapi saya ada komitmen tersendiri. Saya di sini hanya sekadar ingin menolong kamu semua"

"Tidak mengapa" kata Dayang. Dia sedikit pun tidak rasa kecewa "Kami juga hargai pertolongan dari kamu dan juga kawan kamu"

"Saya juga ingin ucapkan terima kasih kerana sanggup menghabiskan masa kamu untuk mengajar ejen-ejen muda kami"

"Terima kasih jeneral" ucap Lynna

"Ganz, kamu ada apa-apa untuk dikatakan kepada tetamu kita?" soal Dayang

"Aku ada satu sahaja.. jangan sesekali bocorkan rahsia tentang kami" kata Ganz dengan nada yang tegas "MATA adalah sebuah agensi rahsia. Sebelum ini, tiada orang luar tahu tentang kami sehinggalah kau dan rakan-rakan tahu tentang kewujudan kami"

"Ganz, saya rasa Lynna tidak akan bocorkan rahsia kami. Begitu juga dengan rakan-rakan dia sekali. Jadi, kita janganlah buruk sangka mereka"

"Tak, aku cuma bagi amaran sahaja dekat dia" balas Gaz kepada Lynna "Jadi ejen-ejen kita dan juga rakan kau sudah pergi ke markas musuh kita?"

"Sudah" balas Lynna "Apa yang saya risaukan, jikalau ada kejutan untuk mereka di sana nanti. Kita sudah lihat apa yang mereka sudah lakukan terhadap kawan kecil kami. Cermin mata yang dijelaskan oleh Ejen Geetha tadi, ianya jelas, mereka tidak akan berduduk diam"

"Benar kata kamu" Jeneral Rama bersilang dan lalu berkata lagi "Mereka ini sukar untuk dijangkakan tetapi kita perlu berjaga-jaga. Saya berharap, mereka tidak tahu kedudukan akademi ini di mana. Saya tidak mahu sejarah yang lama berulang lagi"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gopal dan Ying sedang bersuka ria bersama dengan rakan baru mereka di bahagian utama akademi MATA. Di hadapan mereka adalah sebuah pintu gerbang untuk keluar masuk ke dalam akademi tersebut. Mereka duduk di situ, bergelak ketawa sambil kongsikan cerita pengalaman masing-masing kecuali Zass, dia hanya dapat dengar sahaja sambil tersenyum. Ada kisah lucu, ada kisah sedih dan ada kisah yang sungguh mendebarkan. Bukan semua ejen muda yang ada di situ. Sebahagian daripada mereka sudah masuk ke dalam bilik masing-masing untuk berehat

"Kak Lynna tu.. bukan ke dia kena serang? Kenapa dia nampak ok aje semasa latihan simulasi" soal Moon sambil melihat Picu meloncat-loncat di tangga akademi tersebut

"Dia tu.. hmmm... kena serang macam mana pun, dia tetap ok lepas tu. Aku rasa itu sebab gabungan kuasa kristal di antara dia dan abang Kaizo. Sebab itu kot dia sembuh secara cepat" kata Gopal

"Wah! Naisu! Ada kuasa kristal!"

"Betul Khai, kuasa kristal itu mempunyai kuasa penyembuh" kata Ying

"Jadi, maksudnya dia orang tu sebenarnya.." Moon mula tersenyum lebar "Kekasihlah kan?"

"Moon!"

"Ala Iman, aku teka aje" kata Moon

"Malangnya, tekaan Moon memang betul" kata Ying "Dia orang dulu-dulu kawan, lepas tu jadi kawan baik.. lepas tu jadilah kekasih. Begitulah kisah mereka"

"Bak kata Emmy, putera galaxy dan puteri fantasi"

Moon, Iman, Zass dan Khai tergelak mendengar nama samaran Kaizo dan Lynna. Sedang mereka asyik berborak, Khai ternampak kelibat 3 orang sedang menuju ke pintu gerbang bangunan itu. Mereka adalah Ali, Alicia dan Bakar. Comot ada di kaki Ali. Mereka bertiga naik tangga itu untuk masuk ke dalam bangunan akademi

"Eh, Ali sudah sampai" Khai bangun dari tempat duduk dia "ALI! Sampai pun kau"

"Hehehe... maaf lambat sebab tadi aku kena denda" Ali mula tersengih

"Siapa suruh buat bising dalam kelas" marah Alicia "Kan dah kena denda dengan cikgu"

"Jangan salahkan aku! Si Comot ni"

Kali ini Comot pula buat muka marah kepada Ali. Tiba-tiba Picu naik terus ke atas badan Comot. Dia seperti menunggang kucing comel itu

"Jangan nak salahkan Comot pulak" Muka Alicia berubah menjadi garang "Bukan dia yang buat bising dekat kelas tadi. Kau yang bawa Comot masuk dalam kelas"

"Bila masa aku bawa dia masuk dalam kelas pulak. Dia yang masuk sendiri sebab nak makan. Tiba-tiba pulak dia pergi makan makanan orang. Manalah aku tak panik"

"Dia orang ni selalu bergaduh ke?" bisik Gopal kepada Khai

"Adalah juga dia orang bergaduh tapi dekat sekolah, aku tak tahu macam mana" balas Khai

Ali dan Alicia terus berpaling muka ke arah lain. Masing-masing sudah bermasam muka tetapi sebaik sahaja Ali nampak kawan ejen dia iaitu Khai, terus dia tersenyum

"Khai!" Ali lambai-lambai ke arah Khai "Kelas korang dah habis ke?"

"Sudah" jawab Khai "Tapi kenapa uncle kau senyap sahaja hari ni? Selalunya ada aje makanan dekat tangan dia tapi hari ni takde pula"

"Sebab uncle terlebih makan hari ni" Bakar yang menjawab bukan Ali "Mana mentor korang yang lain?"

"Dia orang ada misi" jawab Khai "Hari ini kelas pun, kak Lynna yang ajar kita orang"

"Ohh.. bagus bagus"

"Apa yang bagusnya uncle? Bukan ke sepatutnya uncle pun kena ada bersama mereka?"

"Err.. yea ke?" Bakar tersengih kepada anak buahnya "Lagipun uncle dekat sini bukan untuk lindungi korang tapi.."

Ali sudah mula rasa tidak senang melihat pak ciknya. Lalu dia berundur kebelakang. Alicia menggenggamkan gajet Balistik untuk bersiap sedia. Tiba-tiba Ejen Bakar mula berubah dari hujung kaki terus ke hujung kepala. Dia bukanlah Bakar yang sebenarnya tetapi dia adalah Trez. Semuanya terbangun dari tempat duduk masing-masing kerana terkejut. Comot sudah keluarkan bunyi garangnya. Manakala Picu pula, dia hanya menjilat bibirnya

"APA! SI BOTAK NI PERASAN NAK JADI UNCLE AKU! TAK GUNA!" Ali memutarkan Yoyonya dengan kelajuan tinggi "MANA UNCLE AKU?"

"HAHAHA! Uncle kau si gemuk tu ada di tempat lain tapi jangan risau, dia selamat tapi tak tahu untuk beberapa jam, ataupun minit" Trez menumbuk-menumbuk tapak tangan sebelah dia sambil tersenyum sinis melihat ejen-ejen muda itu dan juga dua orang super hero

"Macam mana kau boleh menyamar jadi Ejen Bakar?" soal Alicia

"Mudah sahaja" Datang satu suara dari belakang Trez. Lalu wanita itu munculkan diri dan dia adalah Jenny "Saya telah ubahkan suit Trez untuk menyamar menjadi salah seorang ejen kamu. Ingat kamu sahaja yang boleh menyamar, kami pun boleh"

"Isk! Kau ni memang tak serik lagi!" Alicia menarik tali Balisttik dia "Kau memang tak serik-serik lagi. Sudahlah jadi pembelot kepada MATA! Aku tidak akan maafkan kau apa yang kau sudah lakukan kepada MATA!"

"Kami tidak akan mengalah selagi pejuangan Uno tidak dicapai" kata Jenny dengan nada tegas "Trez, pergi kalahkan mereka"

"Mari Jenny, kita kena mainframe" Dos muncul di sebelah kiri Trez "Aku akan lindungi kau sementara Trez dan yang lain halang mereka"

"Eleh, ingat kita orang ni senang sangat ke" kata Gopal dengan nada berlagak

"Hah, ada pun kau.. mari sini, aku tak sabar nak belasah kau sebab tukarkan gajet tangan sibernatik aku jadi makanan. Oh yea, makanan tu sedap.. aku habiskan semua"

"Cheh, sempat lagi kau" kata Dos

"Kalau nak lagi, saya boleh tukarkan lagi tangan sibernatik yang baru tu" Gopal berdiri seperti seseorang yang berlagak "Marilah, saya tak sabar nak tukarkan jadi makanan tu"

"Budak ni.. memang betul-betul mencabarkan aku!" Trez datang dekat dengan muka garang dia "Mari sini kau!"

"Gopal, buat dia marah lagi. Aku ada rancangan" kata Ying

Dos mengambil peluang itu untuk menyerang Ying sebelum gadis cina itu dapat guna kuasanya. Dia melemparkan Stox Stix ke arah Ying. Gajet itu terkena kaki Ying dan mengakibatkan gadis berbangsa cina itu menjerit kecil sehingga diri dia rebah di atas lantai

"YING!" jerit Moon "Kita kena lawan mereka!"

Iman berdiri di depan Moon sebagai pelindung. Dia memutarkan selendangnya untuk berlawan dengan musuh mereka iaitu Trez. Sementara itu, Dos dan Jenny sudah melesapkan diri mereka ke bahagian mainframe. Alicia terpaksa menghalang mereka berdua

"Ali, kau lawan mereka. Biar aku uruskan dia orang berdua" arah Alicia

"Err.. ok" Ali terus memandang Comot "Comot, kau pergi panggil ejen Geetha. Kita perlukan bantuan!"

"ALI! JAGA-JAGA!" jerit Khai

Ali terus menoleh kebelakang apabila sebiji bola sedang meluru ke arah dia dengan kelajuan yang pantas. Zass pencutkan larian dia untuk menolak Ali daripada terkena bola tersebut. Bola itu sedikit terkena badan Zass. Walaupun hentaman bola tadi agak kuat tetapi Zass tidak hilang imbangan dia. Zass masih lagi boleh berdiri tegak

"Zass.. kau tak apa-apa?"

Zass hanya menunjukkan signal ok sahaja kepada Ali. Comot menghalimunankan dirinya untuk beredar dari situ. Ali tergelak sedikit kerana ternampak Picu kelihatan seperti terapung di udara tetapi sebenarnya dia sedang menunggang Comot. Moon membawa Khai ke bahagian atas. Mereka berlari naik ke atas tangga. Khai tidak mempunyai kemahiran di dalam berlawan. Dia hanya tahu mengondam sahaja

"Khai, kau tunggu dekat sini. Biar aku tolong dia orang"

"Jangan risau, aku akan jaga dia" Roza sudah tiba dengan penembak snipernya "Moon, kau pergi tolong dia orang. Biar aku tembak mereka dari jarak jauh"

Seis menendang bolanya untuk dihantar kepada kembar dia iaitu Siete. Bola itu diterima oleh Siete, lalu dia berikan tendangan kuat dan sasaran dia adalah Ali. Sang ejen berbaju merah biru itu, tidak mengetahui tentang kehadiran bola tersebut. Dia sibuk cuba tumpaskan Trez. Dia bekerjasama dengan Iman untuk kalahkan Trez. Iris dia menerima maklumat baru bahawa ada sebiji bola meluru ke arah dia. Lalu Ali melompat dengan menggunakan aero boots nya

"Cis, tak kena pulak" kata Siete

Ali mendarat di hadapan Siete dengan yoyo dia masih berputar laju. Dia berikan hentaman yoyo di permukaan lantai bangunan itu dan terus Siete terpelanting kebelakang dengan gelombang tolakan dari yoyo itu. Sies tidak dapat menerima kembar dia diserang oleh Ali. Lalu dia berikan tendang yang kuat kepada Ali. Gopal nampak apa yang berlaku dan dia harus lakukan sesuatu

"TUKARAN CEKODOK CHOCOLATE TOK ABA!"

Bola itu bertukar menjadi cekodok chocolate. Sies dan Siete terkejut melihat bola mereka bertukar menjadi makanan. Cekodok chocolate itu jatuh ke atas lantai dan lalu bergolek

"WOI! Pulangkan balik bola kita orang!" marah Siete "Mari kita ajar budak gemuk ni!"

"ERK! Alamak! Tolong!"

Gopal lari dan terus menyorok di belakang Ali. Pada ketika itu, Ali memutarkan yoyonya. Dia melemparkan yoyonya untuk melilit tanan kanan Trez dan pada tanan kiri Trez pula, telah dililit oleh selendang Iman. Mereka tunggu tembakan dari Roza sementara mereka menahan kedua-dua tangan Trez. Moon mengeluarkan holografik dia untuk mengelirukan Sies dan Siete. Moon tidak mahu adik beradik kembar itu menganggu rancangan mereka. Zass menolong Moon untuk menewaskan adik beradik kembar itu

"Roza, cepatlah" kata Khai

"Sabar" Roza menumpukan titik sasaran dia iaitu badan Trez

Ketika Roza sibuk menumpukan perhatian dia. Datang seorang lelaki berbangsa cina. Dia adalah Aaron. Sebaik sahaja Roza ingin menembak Trez, Aaron menggunakan gajet helmet telekinesis untuk merampas sniper Roza. Gadis itu terkejut melihat sniper dia dirampas oleh seseorang

"Cari ni ke?" kata Aaron dengan nada sinisnya

"Baik kau bagi balik!" Roza amat marah ketika itu

"Cubalah, kalau nakkan penembak kamu balik" Aaron tergelak sinis sambil melihat Roza berlari ke arah dia "Kau tidak akan dapat gajet kau balik!" Dia mengangkat pula tubuh badan Roza ke udara

"Alamak!" Khai mula menjadi cemas

"Khai! Panggil yang lain! Kita perlukan bantuan!" kata Roza

Khai terima arahan itu. Dia dan robot kecilnya bergegas ke asrama ejen-ejen muda. Ali dan Iman tidak dapat menahan lagi kekuatan Trez. Lalu Trez menarik Yoyo dan juga selendang itu. Ianya membuatkan Ali dan Iman tertarik ke hadapan. Gopal menjadi lebih cemas dan ketakutan

"KUASA PERLAHANKAN MASA!"

Ying sudah bangkit dari serangan Dos tadi. Trez, Ali dan Iman bergerak secara perlahan. Gopal teruja apabila melihat Ying sudah kembali

"Zass! Selamatkan mereka berdua" arah Ying

Zass segera pergi selamatkan Ali dan Iman sebelum mereka terjatuh di atas lantai. Dia menolak dua orang rakan ejennya ke tempat yang selamat. Manakala Moon pula, dia tersungkur jatuh apabila salah satu kembar itu mula bermain ganas dengan bola cekodok chocolate mereka

"Walaupun ini bukan bola, tapi kita orang dapat kalahkan korang" kata Siete

"Jangan banyak cakap, kita kalahkan mereka semua" kata Sies

Ali dan Iman berjaya di selamatkan. Trez boleh bergerak semula secara biasa. Dia begitu geram, lalu dia menghentam lantai bangunan itu dengan begitu kuat sekali. Gegaran gelombang itu membuatkan semua ejen dan juga super hero terjatuh kebelakang. Cekodok chocolate tadi, tiba-tiba kembali menjadi sebiji bola balik

"Kita perlukan bantuan dengan segera" kata Ali secara lemah

"Hahahaha.. siapa nak lawan dengan kita orang lagi?" Trez menumbuk-numbuk tapak tangannya dengan senyuman sinis dia

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika Comot sedang mencari ejen Geetha, dia terserempak dengan seorang budak sedang duduk sambil memeluk lututnya. Budak itu adalah Idoli. Kepala dia tertunduk seperti dia sedang tidur

"Meow?"

"Eh.. COMOT!" Idoli sangat gembira dapat bertemu dengan Comot "Kenapa Comot? Eh, Picu pun ada" Dia tergelak sedikit melihat Picu menunggang Comot. Lalu dia mengusap kepala sang kucing itu. Lalu dia berkata lagi "Comot buat apa dekat sini?"

Lalu Comot bercerita dengan penuh emosi

"Meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow MEOW! Meow meow meow! Meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow meow MEOW MEOW MEOW MEOW! MEOW!"

Mata Picu hanya terkebil-kebil sambil mendengar bunyi suara kucing itu. Satu patah perkataan pun, dia tidak mengerti. Lain pula dengan Idoli. Dia faham apa yang diceritakan oleh Comot tadi. Lalu dia bingkas bangun kerana akademi MATA di dalam bahaya

"Kita kena bantu mereka!" kata Idoli "Kena beritahu abang Fang ni!"

"Meow meow meow"

"Ok Comot" kata Idoli "Comot pergi panggil kakak ejen Geetha dan kak Lynna. Idoli akan beritahu abang Fang"

"Meow meow!"

Comot kembali semula berlari untuk dapatkan ejen Geetha. Picu masih lagi menunggang Comot. Tidak mahu turun dari sang kucing itu. Idoli berlari masuk ke dalam bilik rawatan. Kepala Fang terbaring di tepi katil. Mata dia tertutup rapat. Dia kelihatan sedang tidur dengan begitu tenang

"ABANG FANG!"

"HAH? MANA DONUT LOBAK MERAH?!" Fang sebenarnya dia bermimpi makan donut lobak merah. Mata dia terus ternampak Idoli "Kenapa kejutkan abang?"

"Kawan-kawan abang dalam bahaya!"

"KITA KENA SERANG? SIAPA SERANG?!" Fang menggenggamkan kedua-dua tangannya "Orang tengah mimpi sedap-sedap, berani pulak dia orang buat kacau!"

"Abang Fang tak nak pergi tolong ke?"

"Mestilah! Idoli jaga Rizu dekat sini"

"Baik abang Fang!" Idoli berikan tabik hormat kepada Fang "Abang Fang hati-hati dekat luar sana. Apa yang Idoli dengar dari Comot, dia orang tu ganas!"

"Ok.." Fang bergegas keluar dari bilik itu "Kenapa aku rasa ada sesuatu yang tak kena?" bisik dia "Abang aku selamat ke dekat sana?"

Pemikiran Fang mula timbul pelbagai soalan. Dia mula risaukan tentang abang dia. Adakah abang dia dan yang lain selamat? Jikalau mereka dalam bahaya, dia harus fikirkan bagaimana hendak selamatkan mereka

"Tapi aku tidak boleh tinggalkan kawan-kawan aku di sini. Aku kena bantu mereka juga" Lalu dia terfikirkan tentang seseorang "Kak Lynna! Mungkin dia boleh paksa kak Lynna ke tempat abang pergi tapi kak Lynna berada di mana sekarang ini?"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alicia masih lagi mengejar Jenny dan Dos. Dia melepaskan beberapa bola lastikan dia ke arah mereka tetapi setiap bola yang dia hantar, dapat dihalang oleh Dos

"Jenny, kau pergi dulu. Biar aku halang dia" kata Dos

Jenny pergi meninggalkan Dos untuk berlawan dengan Alicia. Dia menggunakan kasut velocity untuk mempercepatkan larian dia. Dos menghalakan bilah plasma dia ke arah Alicia. Lalu Alicia mempertahankan bilah itu dengan batang balistik dia. Dia melompat kebelakang sambil melastikan sebiji bola ke arah Dos. Badan dia berputar dan kaki dia mencecah di permukaan dinding. Lalu dia berlari laju dan meloncat sambil melastik beberapa biji bola ke arah Dos. Bebola itu berjaya dibilah lagi oleh Dos. Dia meloncat ke atas untuk berikan tendangan kepada Alicia. Lalu sang ejen itu membalik kuang kebelakang. Apabila badan dia tunggang terbalik, Alicia mengambil kesempatan untuk melastik lagi ke arah Dos sebelum kaki dia mencecah permukaan lantai. Dos mengelakkan dirinya tetapi malangnya, salah satu bola itu terkena badan Dos. Bola itu meletup dan menyebabkan Dos terjatuh. Tiba-tiba datang satu tembakan ke arah Alicia. Sang ejen itu terpelanting dan terkena dinding akademi itu. Lalu dia jatuh dan mula tidak sedarkan diri

"Dulu kamu tumbuk aku, sekarang giliran kamu pula" Jenny masih menghalakan pistol kecilnya ke arah Alicia

"Sudah, jangan buang masa lagi" kata Dos yang cuba bangkitkan dirinya "Teruskan ke mainframe"

Jenny pusing kebelakang dan terkejut dengan kemunculan seorang gadis

"Isk, ada halangan lagi" Jenny sudah mula hilang sabar "Kamu jangan halang rancangan kami"

"Biar aku sahaja yang selesaikan dia" kata Dos sambil mengaktifkan kasut velocitynya

Dos melonjak ke depan untuk berlawan dengan Lynna. Dia melurukan bilah plasmanya ke arah muka Lynna. Lalu sang gadis itu mengelak dengan tundukkan dirinya. Dia pusingkan dirinya untuk berada di belakang Dos. Tiba-tiba Dos berputar dan berikan tendangan dia ke arah Lynna

"Hmm.. lemah" kata Dos sambil melihat Lynna terjatuh di atas lantai

"Lemah?" Lalu Lynna bangkit bangun dan terus berdiri. Dia sudah bersedia untuk berlawan lagi "Lemah macam mana pun, aku akan tetap halang kau"

Dos memecutkan larian dia dengan kuasa kasut velocitynya. Lynna ketepi sedikit dan lalu dia pegang tangan kanan Dos. Dia mengangkat dirinya sedikit dan kaki dia memanjat dinding bangunan itu. Kaki dia meluru ke arah belakang Dos dan berikan tendangan dia. Tendangan itu membuatkan Dos tercampak kebelakang sedikit

"Sakit?"

"Cis" Dos mengesat bibirnya sedikit

Dos mulakan pecutkan larian dia. Mereka mula berlawan tangan. Dos menggunakan bilah plasma dia sebagai senjata utama. Lynna tidak menggunakan kuasanya lagi. Dia dapat mengawal pergerakan perlawanan mereka. Setiap kali bilah plasma hampir terkena tubuh badan Lynna, sang gadis itu berjaya mengelakkannya. Dia pegang bahu Dos dan lalu meloncat ke atas, badan dia berpusing di udara dan mendarat di belakang Dos. Dia ingin menyerang Dos dengan berikan satu tolakan tetapi Dos pusingkan dirinya. Lalu Dos menghalakan bilah plasma dia ke arah muka Lynna. Tangan Dos dipegang oleh Lynna. Lalu Dos pegang pergelangan tangan Lynna dan dia putarkan tangan sang gadis itu sedikit. Ianya membuatkan Lynna kesakitan sedikit. Dos menendang lutut Lynna. Sang puteri itu menolak kaki Dos dengan tapak tangannya. Dos hilang imbangan dia. Dos cepat-cepat meloncat kebelakang

"Susah juga nak kalahkan dia ni" bisik Dos

Dos maju kebelakang lagi untuk teruskan serangan dia yang seterusnya. Lynna hanya berdiri di situ sahaja. Lalu dia mengeluarkan api berwarna ungunya di tapak tangan kanannya. Dos tidak begitu teruja dengan helah itu. Dia tetap akan terus menyerang Lynna. Dia meloncat ke atas. Lynna terus melepaskan dirinya. Dos terkejut dan mencari dimana gadis itu pergi. Lalu Lynna muncul di belakang Dos. Dia berikan tolakan tekanan di bahagian belakang Dos. Lynna mendarat di hadapan Dos yang sudah terjatuh itu

"Baik kau bawa rakan-rakan kau, keluar dari situ.. sebelum- ARGHH!"

Lynna terkena renjatan elektrik. Dia rebah pengsan di situ. Rupanya Jenny ada di belakang sang puter itu. Jenny telah menggunakan pennya untuk kalahkan Lynna secara mengejut

"Selamat kau datang" kata Dos "Sudah masuk ke dalam mainframe mereka?"

"Belum" kata Jenny

Tiba-tiba alat telah pengera dibunyikan. Lampu putih yang terang di situ bertukar menjadi merah. Jenny dan Dos pandang satu sama lain. Mereka terus bergegas ke bilik mainframe

"Jenny!" panggil satu panggilan suara yang sangat sedih nadanya

Jenny rasa begitu menjengkelkan kerana apa yang ada di depan bilik mainframe itu adalah seseorang yang dia tidak ingin berjumpa. Orang itu adalah Bakar

"Jenny, pulanglah ke MATA" pujuk Bakar "Saya boleh betulkan diri awak yang tak berapa nak betul tu"

"Isk, si gemuk ni lagi... macam mana dia boleh ada dekat sini?"

"Senang sahaja tu.." Lalu Bakar mula bercerita

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Flashback..

Bakar melihat telefonnya untuk melihat koordinat yang telah dihantar oleh seseorang. Tempat yang berada sekarang, adalah tempat yang betul. Ianya adalah tempat persembunyian musuh dia. Sebelum dia datang ke situ bersendirian, dia telah menerima satu panggilan dari salah satu ejen. Dia telah diberitahu tempat persembunyian itu kerana mentor-mentor akademi ada di sana untuk selamatkan yang lain dan dia juga diberikan amaran, jangan bawa Ali atau Alicia ke tempat itu. Bakar memang rasa ragu-ragu dengan panggilan itu. Lalu dia menghubunngi akademi, adakah ianya adalah betul ataupun palsu sahaja. Geetha menjawab panggilan itu dan ceritakan kepada Bakar apa yang telah berlaku sepanjang ketiadaan Bakar di akademi

"Betullah tempat ni" kata Bakar

Mata dia memandang sebuah gua yang diselindungi oleh hutan-hutan liar. Lalu dia berjalan masuk ke dalam gua itu. Mata dia tidak henti-henti melihat kiri dan kanan dia. Bakar mahu berjaga-jaga jikalau ada sesuatu yang mengejutkan untuk menyerang dia

"Apasal sunyi aje?" bisik Bakar

Tempat persembunyian itu memang sunyi. Tiada bunyi dari musuh dia, apatah lagi bunyi dari haiwan ataupun serangga. Bakar tidak sedar, pintu gua itu ditutup secara perlahan-lahan dengan pintu besi. Dia hanya terus ke depan sambil melalui sebuah lorong yang agak sempit. Tiada lorong lain yang dia jumpai. Dia hanya mara ke depan sehinggalah dia terjumpa sebuah bilik yang mempunyai sebuah mesin besar di tengah-tengah bilik itu. Di tepi mesin itu terdapat sebuah silinder berkaca yang mempunyai 3 jam kuasa milik Boboiboy, Fang dan Yaya

"Bakar?"

Bakar gembira melihat Rizwan ada di situ bersama dengan ejen lain dan juga yang lain. Mereka baru sahaja selamatkan Yaya, Faye dan Emmy dari situ. Sekarang ini mereka fikirkan cara untuk keluarkan jam-jam kuasa itu dari silinder berkaca itu

"Kita tidak boleh musnahkan mesin itu kerana apabila kita berjaya keluarkan jam-jam kuasa itu, bom akan mula aktif" Nada Rizwan berubah menjadi serius

"ADA BOM DEKAT DALAM NI?"

"Yea" kata Karya pula "Malangnya, semua ini adalah perangkap"

"Perangkap?!" Bakar terkejut lagi "Jadi.. orang yang hubungi aku tadi yang mengatakan korang ada dekat sini, adalah perangkap juga ke? Patutlah orang tu cakap jangan bawa Ali dan Alicia sekali"

"Malangnya, kamu juga sudah termasuk ke dalam perangkap ini" kata Karya "Mereka telah mempergunakan Emmy dengan mencuci otak dia seperti apa yang sudah terjadi kepada Rizu"

Bakar mula perasan, tangan Emmy digari dengan sesuatu. Gari itu seperti bercahaya. Kaizo telah menggunakan gari tenaganya untuk mengari tangan Emmy. Senyuman Emmy pada ketika itu agak menakutkan. Badan dia amat kecil tetapi riak wajah dia pada ketika itu, seperti ada rahsia di sebalik senyuman sinis itu

"Hehehe.. kamu semua tidak boleh keluar dari sini" kata Emmy secara tidak langsung "Kakak Jenny telah mengajar Emmy tentang kumpulan Numeros sebaik sahaja abang topi oren berjaya lepaskan diri dari sini. Semuanya masuk akal dan Emmy akan tolong kakak Jenny untuk musnahkan MATA"

"Emmy! Bangun Emmy.. Dia hanya brainwash Emmy sahaja" pujuk Boboiboy "Jangan terpedaya dengan kata-kata dia"

"Ha ah Emmy, kakak Jenny tu hanya mahu gunakan Emmy untuk musnahkan kami semua. Bangunlah Emmy.. kami semua baik-baik dan hanya mahu melindungi semua orang yang kita sayangi"

"DIAM!" jerit Emmy kepada Yaya. Hati Yaya terguris sedikit "Tak kisah apa kamu semua cakap.. Emmy tetap akan berjuang untuk kakak Jenny. Ini semua rancangan dari dia.. dia hanya mahukan jam-jam kuasa itu untuk alihkan perhatian kamu semua supaya kumpulan Numeros dapat hancurkan ejen-ejen muda secara mudah! Dia hanya sebarkan khabar angin tentang meniru kuasa jam-jam itu supaya kamu semua rasa cemas! HAHAHAHAHA"

"Kecil tapi menakutkan betul budak ni" kata Bakar

"Yaya, kita sudah cuba.. kita suruh kak Lynna sahaja yang sembuhkan dia" kata Faye sambil memicit sedikit bahu Yaya "Sekarang ni, kita perlu keluar dari sini secara selamat"

"Boboiboy, kamu bawa aje keluar jam-jam kuasa kamu" kata Kaizo

"Eh.. tapi abang Kaizo?"

"Buat sahaja!" tegas Kaizo kepada Boboiboy "Aku akan lindungi kamu semua"

"Kamu yakin?" Leon agak ragu-ragu dengan kebolehan Kaizo tetapi dia harus berikan kepercayaan dia kepada kapten itu

"Yea, aku yakin"

"Baiklah!" Boboiboy melihat Yaya dan Faye. Lalu dia angguk kepala sedikit

Mereka masuk ke dalam bilik itu. Boboiboy menarik nafas dan tangan dia bergetar-getar sedikit

"Boboiboy, ketepi sedikit.. biar uncle pecahkan kaca ni. Lepas tu, kamu boleh ambil jam-jam kuasa tu"

"Kamu semua memang nak menempah maut.. hahahaha!" Emmy tergelak jahat. Dia bukan seperti Emmy yang dulu "Emmy yakin, kakak Jenny dan yang lain akan berjaya menumpaskan MATA" kata-kata Emmy tadi membuatkan Bakar berkedu seketika

"Kaizo, kau tutup mulut dia" kata Laksamana Tarung

"Baik Laksamana" Kaizo terus tutup mulut Emmy dengan menggunakan kuasa tenagannya "Baiklah, kau boleh teruskan kerja kau"

Mata masing-masing tertumpu kepada Bakar. Sang ejen berbadan besar itu menggenggamkan tangan kanan dia untuk mengumpul kekuatan dia. Lalu dia tumbuk untuk pecahkan kaca silinder itu. Bom itu masih belum diaktifkan lagi. Kini giliran Boboiboy pula. Dia sudah menelan ludah sambil memanjangkan tangan dia untuk masuk ke dalam silinder berkaca itu. Pergerakan tangan dia agak perlahan kerana dia takut. Perlahan-lahan dia turunkan tangan dia sehingga salah satu jari dia sentuh jam kuasa dia sendiri. Boboiboy menoleh kebelakang sambil menelan ludah

"Ambil sahaja jam-jam kuasa tu" kata Kaizo

"Kau boleh lakukan, Boboiboy" kata Yaya dengan penuh semangat

Boboiboy pejamkan matanya dan terus dia mengambil ketiga-tiga jam kuasa itu secara pantas. Skrin di hadapan dinding mereka muncul. Bom itu telah diaktifkan dan mereka diberikan 1 minit untuk keluar dari situ. Masa yang diberikan, tertera pada skrin tersebut. Bom-bom azurium mula bernyala di merata tempat

"Alamak! Kita kena cari jalan keluar!" Bakar mula rasa cemas

"Kita terus ke pintu utama gua ini" kata Leon "Ayuh, bergerak semua"

Mereka lari keluar dari bilik itu. Laksamana terpaksa angkat Emmy seperti dia mengangkat segulung tikar. Boboiboy memakai jam kuasanya dan bersedia untuk berpecah kepada tiga. Bakar membawa mereka ke pintu gua untuk keluar dari situ. Saat mereka sampai di pintu masuk gua itu, ianya sudah tertutup rapat. Hanya tinggal beberapa saat sahaja lagi

"Boboiboy.. gunakan kuasa kau" kata Kaizo

"Baik! BOBOIBOY GEMPA!"

"Semua! Kebelakang sedikit" arah Laksamana

Gempa menarik nafas dan terus menumbuk permukaan lantai besi itu untuk mengeluarkan sebuah tangan tanah dari situ. Lalu ianya menumbuk pintu gua itu. Pintu tersebut tidak hancur

"Boboiboy! Bagi jam kuasa aku" kata Yaya. Gempa melemparkan jam kuasa berwarna merah jambu kepada Yaya. Lalu sang gadis itu menangkap jam kuasanya. Dia terus memakai jam kuasa itu "Kita gabungkan kuasa kita!"

"Cepat! Kita sudah tiada masa lagi!" arah Leon

Bakar mengeluarkan plasma prisai dia di kedua-dua belah tangannya. Karya melihat jamnya untuk melihat tinggal beberapa saat lagi tetapi ianya sudah terlambat. Bom azurium itu meletup di dalam gua tersebut

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jadi, bagaimana kamu boleh selamat? Atau kamu seorang sahaja yang masih hidup?"

"Bukan Jenny ku.. kami semua masih hidup lagi" kata Bakar dengan satu senyuman manis "Lagipun sayakan kuat, mestilah saya terselamat"

"Sudah! Jangan banyak cerita lagi!" Dos mengeluarkan Shox Stix dari ikatan sanggul rambutnya

"Eh, nanti dulu cik. Saya belum habis cerita lagi ni.. tak kan cik tak nak tahu bagaimana kita orang terselamat?"

Dos hiraukan sahaja kata-kata Bakar tadi. Dia terus menyerang Bakar dengan melemparkan Shox Stixnya. Bakar mengelak dan teruskan bercerita. Dos dan Jenny makin geram melihat Bakar. Dos melompat, berpusing sambil berikan tendangan bertubi-tubi ke arah Bakar tetapi sang ejen itu mempertahankan dirinya dengan plasma prisainya

"Cik, jangan macam ni cik.. saya ikhlas nak bercerita ni"

"Aku bukan minat sangat dengan cerita kau" kata Dos sambil mengeluarkan bilah plasmanya

"Ala cik ni.. dengar sahaja ok, sambil tu kita berlawan"

"Boleh pulak macam tu" muncul Ali di situ sambil menepuk dahinya sendiri "Uncle, lawan sahaja.. tak perlu cerita dekat dia orang"

"Mana boleh Ali, dia orang mesti nak tahu macam mana uncle terselamat dalam letupan tu" Bakar mula tidak perasan dengan serangan Dos yang seterusnya. Shox Stix Dos terkena leher Bakar "Arrghhh!"

Bakar pengsan di situ

"UNCLE!"

"Ketepi Ali.. biar aku selesaikan dia"

Rizwan kini berdepan dengan musuh dia iaitu Dos. Mereka berdua selalu pertarung apabila bertembung satu sama lain. Rizwan membuat posisi kekuda dan kedua jarinya sudah bersiap sedia untuk memberikan titik tekanan kepada musuhnya. Ali ternampak Jenny sedang masuk ke dalam bilik mainframe. Sebuah hologram berbentuk bulat muncul di dalam bilik itu. Ali menyerang Jenny dengan memberikan hentaman Yoyo. Jenny tercampak jatuh. Tablet dan pen dia terpisah dari tangannya

"Jangan cuba untuk musnahkan MATA! PEMBELOT!"

Jenny berikan satu tembakan dengan pistol kecilnya. Sedikit lagi ianya hendak terkena Ali tetapi tembakan laser itu berjaya dihalang oleh seseorang

"PELINDUNG TANAH!" Gempa muncul pada saat itu. Muka dia kelihatan marah sedikit "Kau ok?"

"Aku ok. Terima kasih kerana selamatkan aku"

"Hehehe.. sama-sama" Gempa tersenyum sedikit "Mari kita kalahkan mereka!"

Jenny bangun dan terus mengambil tablet dan pennya. Dia sembunyi di belakang hologram tersebut. Tangan kanan dia bersedia untuk memetik pucuk pistol kecilnya. Gempa berubah menjadi Taufan. Lalu dia terbang ke atas dengan hoverboardnya untuk mengalihkan perhatian Jenny. Taufan berikan serangan bertubi-tubi dia ke arah Jenny. Ali menerima analisis dari IRISnya. Lalu dia melompat dengan menggunakan aero bootsnya. Lompatan dia menjadikan loncatan dia lebih tinggi. Dia loncat ke atas hologram tersebut. Lalu dia memutarkan yoyonya dan bersedia untuk menyerang Jenny. Dia melontarkan Yoyonya ke arah Jenny. Sang gadis itu tercampak dan badan dia terkena dinding bilik itu. Lalu dia pengsan di situ. Dos berjaya melarikan diri daripada Rizwan. Dia kalah didalam pertarungan tadi. Sewaktu dia melarikan diri dari situ, dia tidak sedar bahawa Alicia sedang berpura-pura pengsan. Lalu dia melastikkan sebiji bola ke arah dinding. Bola itu meletup dan pancaran cahaya hijau terkeluar dari bola tersebut. Bola itu menarik Dos untuk melekat pada permukaan dinding

"Nampaknya, kau dan pasukan sudah kalah" kata Rizwan sambil berjalan menuju Dos "Jangan risau, penjara MATA sedang menunggu kau dan rakan-rakan kau sekali"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo rasa lega apabila semua sudah selesai. Dia terduduk di tangga MATA sambil pulangkan jam kuasa kepada adiknya, Fang. Trez, Aaron, Sies dan Siete berjaya dikalahkan oleh mentor-mentor MATA dengan bantuan daripada Kapten Kaizo, Laksamana Tarung dan juga Boboiboy. Pasukan orang jahat itu telah diberikan semburan ubat tidur yang dihasilkan oleh robot Stylobot. Droid-droid dan robot-robot MATA membawa semua ahli kumpulan Numeros masuk ke dalam pesawat untuk dihantar ke penjara MATA

"Abang"

"Hmm.. kau nak apa?" Kaizo melihat adiknya yang kelihatan ceria sedikit

"Tangan abang tu.. cedera sedikit" Fang mengangkat tangan kanan abangnya yang tercedera sedikit "Macam mana boleh cedera?"

"Sebab masa tu.. abang cuba mempertahankan kita semua dari letupan bom sementara kawan kau Boboiboy dan Yaya cuba musnahkan pintu keluar. Tangan abang terkena sedikit serpihan dinding besi gua tu" jelas Kaizo "Lepas tu, tiba-tiba si Boboiboy teringat sesuatu. Dia ada gajet untuk kemana sahaja. Terus dia gunakan gajet tu untuk kembali ke sini"

"Cheh, macam mana si Boboiboy tu boleh lupa" Hati Fang rasa geram sahaja

"Ala Fang, aku lupa masa tu" muncul Boboiboy di belakang Fang dengan senyuman tersengih dia "Aku tak fikir apa dah masa tu, sehingga terlupa tentang gajet Faye tu tapi... si Faye pun terlupa juga"

"Hmm.. yelah" kata Fang "Asalkan korang semua sudah berada di sini dalam keadaan selamat"

"Jadi, tadi kau tolong kawan kau mempertahankan tempat ni?" soal Kaizo

"Ha ah abang. Walaupun adik tiada kuasa, tapi adik boleh gunakan kebolehan adik yang lain iaitu ninja! Hahahahaha.. memang nahaslah dia orang" Fang tersenyum bangga dengan diri dia "Oh yea, Emmy macam mana?"

"Dia ada dekat bilik rawatan. Kak Lynna tengah uruskan dia.. nanti Emmy sembuhlah tu macam Rizu" Kepala Kaizo mendongak sedikit untuk melihat langit biru "Lepas ni, kita boleh pulang ke rumah"

"Ala, janganlah pulang dulu.. marilah tinggal di sini dan jadi mentor kita orang"

"Kamu ni Moon. Mereka kan ada kehidupan mereka tersendiri. Janganlah paksa mereka"

"Betul tu Iman" muncul Geetha bersama dengan mentor yang lain "Kami di sini ingin mengucapkan terima kasih kerana membantu kami menangkap ahli kumpulan Numeros"

"Jasa kamu semua, kami sangat hargai dan jikalau kamu perlukan bantuan daripada kami, kita akan datang dengan segera" kata Leon dengan penuh tegas "Kami berharap kamu semua dapat menyimpan rahsia tentang agensi MATA"

"Jangan risau, kami akan jaga rahsia kamu dengan baik" kata Kaizo "Saya rasa, sudah tiba masa untuk kami beredar. Tiada apa lagi yang kami boleh lakukan di sini kecuali jikalau ada kecemasan"

"Tapi sebelum tu.." Gopal mengeluarkan sesuatu dari poket jaket hijaunya "KITA AMBIL GAMBAR BERAMAI-RAMAI!"

"Kamu ingat, kamu boleh tangkap gambar kami di sini sesuka hati!" marah Leon

"Erk! Ok tak, saya tak kan ambil gambar" Gopal terus tersengih

"Tetapi jikalau sebagai kenangan, sudah tentu boleh" Karya muncul di situ dengan nada suara dia yang sangat tenang "Cuma jangan sampai orang lain tahu tentang kami. Simpan dengan baik gambar itu nanti"

"Saya janji! Saya tidak akan benarkan sesiapa melihat gambar ini kecuali kita orang yang ada di sini"

"YEAH! TANGKAP GAMBAR! Aku pergi panggil yang lain" Moon berlari masuk untuk memanggil rakan-rakan ejennya yang lain

Beberapa minit kemudian, semuanya sudah tersusun di bahagian tangga utama akademi. Rizu dan Emmy turut berada di situ setelah pemikiran mereka telah kembali pulihkan oleh Lynna. Kesemua mentor, Laksamana Tarung, Kapten Kaizo dan juga Lynna, berdiri di atas tangga pada bahagian belakang. Di hadapan mereka pula ialah ejen-ejen muda bersama dengan superhero Pulau Rintis. Idoli, Faye, Emmy dan Rizu duduk bersila di bahagian depan. Comot dipeluk oleh Ali. Picu tiada di situ. Entah kemana dia pergi. Stylobot menjadi tukang ambil gambar mereka

"Ok.. 1 2 3!"

Stylobot menekan butang kamera itu dan pada masa yang sama, Picu melompat tinggi di bahagian depan lensa kamera tersebut

"PICU!" jerit ejen-ejen muda dan juga superhero Pulau Rintis

"Adeh.. terpaksa ambil lagi sekali" kata Stylobot

Kali ini, gambar yang Stylobot ambil, amat sempurna sekali

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum para superhero meninggalkan akademi MATA itu, Rizu pusing kebelakang untuk melihat ejen Rizwan buat kali terakhir. Dia teringin menjadi seorang ejen yang hebat seperti ejen Rizwan

"Rizu, jom balik" panggil Fang

"Ok" Rizu bergegas ke abang angkat dia untuk jalan bersama "Kita lepas ni tak jumpa dia orang dah?"

"Entahlah Rizu.. abang pun tak tahu"

"Ok" Hati dia terasa sedih sedikit "Pizu harap, kita dapat bertemu dengan mereka balik. Lebih-lebih lagi abang ejen Rizwan"

"Rizu nak jadi seperti dia ke?" soal Yaya

"Ha ah! Pizu nak jadi hebat macam abang ejen Rizwan! Tapi abang Fang jangan cemburu tau!"

"Tak" Jawab Fang dengan satu senyuman paksaan dia. Di dalam hati dia memang rasa cemburu "Rizu jangan sedih ok! Abang boleh ajar Rizu untuk menjadi hebat seperti abang!"

"Dan hebat macam abang ejen Rizwan juga!"

"Hmm.. yelah, macam dia juga" kata Fang dengan nada yang membosankan

Boboiboy sudah bersiap sedia untuk membawa mereka pulang ke Pulau Rintis dengan menggunakan gajet kemana-mana sahaja. Koordinat sudah dimasukkan. Sekarang mereka hanya menunggu arahan dari Laksamana Tarung sahaja. Laksamana pada masa itu sedang bermanja-manja dengan adik kesayangan dia iaitu Idoli. Sedang mereka menunggu Laksamana habis bermanja dengan adiknya, tiba-tiba ada seseorang sedang memanggil nama Rizu. Sang kecil itu menoleh kebelakang. Wajah Rizu berubah menjadi ceria. Dia berlari ke arah ejen Rizwan

"Abang ejen Rizwan!"

"Rizu" Lalu Rizwan melutut satu kaki di depan Rizu "Saya difahamkan bahawa kamu sangat menyanjungi diri saya"

"Betul tu! Walaupun Pizu sayangkan abang Fang tapi.. Pizu sangat sangat sangat sukakan abang ejen Rizwan. Tak tahulah kenapa tapi Pizu betul-betul nak sangat jadi seorang ejen seperti abang ejen Rizwan"

"Hmm.. terima kasih Rizu tetapi maafkan saya.. apa yang saya lihat, kamu ada kehidupan kamu tersendiri di sana bersama dengan abang angkat kamu dan rakan-rakan kamu. Jika kamu ke sini untuk menjadi seorang ejen, adakah kamu sanggup tinggalkan mereka semua?"

"Pizu.." Rizu menoleh kebelakang "Pizu sebenarnya sayangkan mereka tapi.. mereka tak sanggup tinggalkan mereka. Pizu sudah anggap mereka sebagai keluarga Pizu sendiri. Lebih-lebih lagi abang Fang dan abang Paizo. Mereka seperti abang kandung Pizu sendiri. Kalau Pizu duduk di sini dan berlatih menjadi seorang ejen, mungkin Pizu tidak dapat bersama dengan mereka setiap hari"

"Mereka juga sayangkan Rizu dan sudah tentu mereka akan hormat keputusan Rizu" Rizwan mengusap kepala Rizu yang sudah menangis kecil itu "Kamu ada kebolehan kamu sendiri. Mungkin kebolehan kamu tiada di dalam MATA. Jadi, saya mahu kamu asahkan lagi kebolehan kamu itu sehingga kamu menjadi seseorang yang berjaya. Tentang menjadi seorang ejen yang hebat tu, kamu boleh belajar dengan mereka.. saya yakin, mereka tidak akan menolak"

"Betul tu! Abang Fang ada cakap dengan Pizu tadi. Dia boleh ajar Pizu menjadi seorang yang hebat macam abang ejen Rizwan"

"Belajarlah dengan dia. Semoga kita dapat berjumpa lagi, si kecil Rizdwan"

Rizwan bangun dan terus masuk ke dalam kawasan akademi MATA. Rizu melambai ejen Rizwan secara perlahan. Air mata dia tidak henti-henti mengalir keluar

"Rizu" panggil Fang

Lalu Rizu pusing kebelakang dengan sebuah satu senyuman. Walaupun dia kelihatan sedih tetapi dia masih lagi boleh tersenyum ceria

"JOM KITA MAKAN PIZZA!"

Mereka tergelak melihat gelagat Rizu yang comel itu

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hehehe... harap semua berpuas hati dengan chapter ini :3 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com