Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Perpustakaan

"Abang, bukan ke adik yang kena jaga abang? Kenapa pulak abang yang jaga adik? Abangkan baru keluar dari hospital"

"Tapi aku sudah sembuh. Kau tu.. 3 hari duduk dalam rumah perangkap tu sampai diri kau boleh jadi gila. Jadi aku kau nak rehat dan jangan nak stress sangat"

Kaizo suruh adiknya pergi baring di atas katil dan tidur sahaja. Fang ikut sahaja cakap abangnya. Dia baring dan perhatikan apa abang dia lakukan pada ketika itu. Kaizo mengangkat sebuah laptop dari meja belajar dan lalu dia berikan kepada adiknya. Selepas itu, dia keluar sebentar untuk membawa masuk satu dozen donut lobak merah yang tersusun cantik di dalam sebuah kotak putih

"Kau rehat puas-puas" kata Kaizo kepada adiknya "Makan donut tu.. aku suruh si Faye belikan untuk kau"

"Err.. terima kasih abang" Fang rasa serba salah sedikit "Abang.."

"Hmm.. kau nak apa?"

Fang bangunkan dirinya untuk ceritakan sesuatu kepada abangnya

"Abang tahukan dekat mana kita orang disorokkan tempoh hari?"

"Tahu" jawab Kaizo "Lynna ada cerita dekat abang. Kenapa? Kau pergi tengok rumah kita yang lama ke? Maafkan abang kerana tiada di sisi kau pada ketika itu"

"Takpe abang" Fang tersenyum lemah "Abang masa tu memang rasa sedih melihat rumah lama kita. Adik terus teringat balik kejadian dulu, semasa kita masuk ke dalam zaman silam kita"

"Apa yang kau rasa pada ketika itu?"

"Hati adik rasa sakit" balas Fang dengan nada yang perlahan "Adik seperti dapat melihat balik kejadian itu. Adik macam dengar suara ibu dekat situ.. lepas tu adik minta kak Lynna bawa adik ke kapal angkasa kerana adik tidak mahu melalui itu semua semula"

"Abang juga tidak lupakan saat-saat itu" kata Kaizo "Sudahlah, jangan ingatkan perkara yang sudah berlaku.. kau berehat sahaja. Malam ni, abang beli sahaja makanan. Kau tak perlu masak"

"Baik abang"

"Kalau kau nak jemput kawan-kawan kau datang, jemputlah" Kaizo cium dahi adiknya "Aku hanya mahu melihat kau gembira sahaja. Abang tak nak kau terseksa lagi"

Kaizo tinggalkan adiknya di dalam bilik itu. Fang membuka laptopnya untuk menonton sebuah movie sambil makan donut kegemaran dia. Sebelum Kaizo turun ke bawah, dia melihat adiknya seketika dan selepas itu, dia terus turun ke bawah. Lynna ada di ruang tamu sambil membelek-belek majalah fashion milik Faye. Dia ada di situ kerana Kaizo yang suruh dia datang. Kaizo turun ke bawah dan terus duduk di kerusi sofa ruang tamu

"Fang macam mana?" tanya Lynna sambil menutup majalah itu

"Dia nampak ok" kata Kaizo "Takde nampak sedih atau trauma ataupun sakit.. tapi aku biarkan dia berehat sahaja pada hari ini"

"Baguslah tu" kata Lynna sambil tersenyum sedikit "Kau pula, jangan nak buli dia"

"Itu... lain hari"

Lynna terus bersilang tangan dengan perasaan marah sedikit. Dia nak halang pun tak boleh

"Aku ada sesuatu nak beritahu kau"

"Beritahu aku apa, Kaizo?"

"Pasal Crystallo tu" kata Kaizo. Lalu dia berkata lagi "Kau tahu kenapa dia gunakan planet terbiar itu sebagai tempat dia merancangkan untuk tangkap aku dan Pang?" Lynna hanya gelengkan kepala sahaja "Aku sebenarnya ada baca tentang dia lagi. Sebenarnya taman tema di planet terbiar itu adalah hasil ciptaan dia tapi dalam file yang aku baca, tak tulis kenapa taman tema itu sudah tiada lagi pengunjung"

"Hmm.. sesuatu yang misteri" Lynna mengusap dagunya

"Aku malas nak siasat sebab apa. Biarkan sahajalah taman tema itu menjadi tempat terbiar" Kaizo sandar di kerusi sofa itu "Aku sebenarnya lupa nak ucapkan terima kasih kepada kau. Kerana kau dan ahli-ahli pasukan kau dapat menyelamatkan adik aku. Misi kau berjaya, Lynna"

"Terima kasih, Kaizo" Lynna rasa sedikit malu pada ketika itu "Jadi.. kau panggil aku ke sini sebab nak ucapkan terima kasih ke?"

"Ermm... bukan itu sahaja" Kaizo berpura-pura batuk sedikit "Aku sebenarnya.. nak..."

"IDOLI DAH SIAPKAN KERJA SEKOLAH! YEAHHHHH!"

Kaizo terus tepuk dahinya sendiri. Idoli berlari di sekeliling ruang tamu itu sambil mengangkat buku kerja sekolahnya dengan menggunakan dua belah tangannya. Dia kelihatan teruja apabila dia dapat siapkan kerja sekolahnya tanpa meminta bantuan daripada sesiapa. Idoli terus duduk di sebelah Lynna sambil tunjukkan hasil kerja sekolahnya

"Kak Lynna, tengoklah kerja sekolah Idoli! Idoli buat sendiri! Idoli bangga dengan diri Idoli!"

"Wah! Bagus betul dia ni" Lynna belai kepala Idoli sedikit "Nak akak periksa kalau ada yang tersilap?"

"Boleh juga!"

Kaizo seperti mahu menghalau Idoli dari situ kerana si anak kucing itu telah merosakkan rancangan dia untuk membawa Lynna pergi bersiar-siar sebagai tanda terima kasih. Dia menarik nafas dan tenangkan diri. Lalu dia bangun dan terus ke dapur untuk membuat teh hijaunya sebagai ubat tenangkan hati

"Macam mana kak Lynna?"

"Hmmm..." Lynna meneliti setiap soalan dan jawapan Idoli. Lalu dia menutup buku latihan itu "Bagus Idoli. Semua jawapan Idoli tepat sekali"

"YEAH!" Idoli peluk berdirinya sendiri kerana terlalu bangga dengan pencapaian yang ada pada dirinya "IDOLI BOLEH PERGI MAIN!"

Lynna tergelak sedikit melihat gelagat si anak kecil itu berlari masuk ke dalam bilik untuk sepahkan biliknya dengan mainan-mainan yang ada di dalam bilik itu. Lynna melihat Kaizo sudah tiada di ruang tamu. Dia bangun dan pergi mencari Kaizo di dalam dapur. Kaizo sudah pun siapkan teh hijaunya

"Hah, tadi kau nak apa?"

"Aku..."

"ABANG!" Muncul Fang di dalam dapur. Di tangan kanannya ada sebiji donut lobak merah yang sudah digigit "Adik nak pergi kedai Tok Aba boleh? Kawan-kawan adik ajak adik pergi sana"

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Dia minum air hijau itu sebentar sebelum dia menjawab pertanyaan adiknya

"Ketenangan" bisik Kaizo. Selepas itu, mata dia terus alih ke arah adiknya "Kau nak keluar.. keluarlah tapi jangan nak pergi ke mana-mana. Pastikan diri kau ada di kedai Tok Aba. Kalau kau tiada di situ, malam ini juga aku suruh kau masak"

"Err.. ok" Fang garu-garu kepalanya sambil perhatikan abang dia "Abang ni bad mood ke?"

"Yea, abang tengah bad mood SEBAB ABANG NAK AJAK KAK LYNNA KELUAR PUN, MESTI ADA GANGGUAN!"

Tiba-tiba sebuah senyuman lebar terukir di wajah Fang. Wajah Lynna menjadi merah sedikit sebab malu

"Heheee... patutlah bad mood" kata Fang "Baiklah abang, sebagai adik yang baik. Adik akan sentiasa ada di kedai Tok Aba dan tidak akan lari ke mana-mana!"

"Bawa Idoli sekali"

"Baik abang ku yang terlajak hebat" Fang terus berikan tabik hormat kepada abangnya "Abang pergilah dating puas-puas yea. Nanti malam ni kita PARTY!"

"PARTY APA KEBENDANYA!" Kaizo tepuk kepala adiknya "Aku suruh kau ajak kawan-kawan untuk makan malam sahaja.. BUKANNYA UNTUK BERPESTA!"

"Kalau tak menjerit tak boleh ke?" Fang bersilang tangan sambil bermasam muka "Yelah yelah.. malam ni jamuan makan sahaja. Takde party party tapi kalau si katak pili tu tiba-tiba nyanyi karaoke, abang boleh halau dia keluar" Dia terus makan cebisan terakhir donut lobak merahnya

"Baiklah, abang akan halau dia kalau si pelik tu mula melalak dalam rumah ni"

"Tak baik halau dia macam tu. Lily tu kan kawan Fang" tegur Lynna "Jangan buat hati kawan sedih atau sakiti hati mereka. Hargailah mereka walaupun perangai dia lain daripada kita"

"Yelah yelah.. adik tak kan halau dia" Fang terpaksa senyum sedikit "Hehehe.. adik akan bagi dia UBAT TIDUR!"

Kaizo tepuk kepala adiknya lagi sekali. Lynna urut kepalanya sedikit. Fang tidak bermasam muka. Dia hanya melambai-lambai ke arah Kaizo dan Lynna. Sejurus itu, dia panggil Idoli untuk membawa si anak kecil itu pergi ke kedai Tok Aba

"PANG! TUNGGU! ABANG NAK KELUAR DAH NI!"

"BAIK ABANG KU!"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suasana di kedai Kokotiam Tok Aba berubah menjadi ceria sedikit apabila Harraz tiba di situ dengan sebuah kenderaan kecil yang membawa perpustakaan di bahagian belakang kenderaan itu. Harraz telah diminta oleh Emmy untuk memandu kenderaan itu membawanya terus ke kedai Tok Aba. Perpustakaan itu agak kecil sizenya. Bentuknya seperti empat segi tepat. Rak-rak buku diletak pada bahagian tepi dinding, terdapat empat buah kerusi di bahagian tengah dan terdapat sebuah meja di hadapan kerusi tersebut

"Wah! Dasyatnya Emmy ni" Mata Boboiboy terkebil-kebil melihat perpustakaan itu

"Hehehe.. terima kasih" ucap Emmy dengan rasa malu sedikit "Emmy namakannya, PERPUSTAKAAN BERGERAK!"

"Bagus Emmy.. akak suka membaca" kata Yaya "Lagipun membaca itu adalah amalan yang baik"

"Betul betul! Akak pun suka membaca maa... tapi Emmy mahu bawa perpustakaan ini dimana?" tanya Ying sambil melihat Harraz keluar dari kenderaan itu

"Emmy ingat nak letak dekat bandar dan kawasan perumahan macam taman permainan. Sesiapa sahaja yang boleh masuk tanpa kira umur. Tiada bayaran tapi kalau boleh, jagalah kebersihan perpustakaan ini" jawab Emmy

"Abang rasa, kalau letak dekat kedai Tok Aba ni pun ok juga" kata Harraz sambil menuju ke arah mereka

Gopal seorang sahaja yang duduk di kedai Tok Aba sambil makan ice cream chocolatenya. Mata dia pula sedang menonton sebuah rancangan kartun yang bertemakan detektif. Kawan-kawan dia yang lain sibuk berborak tentang perpuskataan itu dengan rancaknya

"Haih Gopal, kau tak pergi tengok ke perpustakaan yang Emmy buatkan tu?" tanya Ochobot

"Kejap lagilah, aku nak tengok rancangan kegemaran aku ni" kata Gopal

"Hmmm.. itu alasan ke atau kau memang minat dengan rancangan ni?"

"Mana adalah Tok Aba" jawab Gopal lagi "Saya tak pernah nak berikan alasan. Lagipun saya minat baca buku tapi... jaranglah baca.. hehehee"

"Hmm.. patutlah" Tok Aba lap meja itu sedikit kerana ada kesan tumpahan air chocolate "Cuba-cubalah baca buku daripada asyik main game dan tengok tv sahaja"

"Tapi Tok Aba, saya ni.. bila baca dua atau tiga muka surat, terus saya tutup buku. Banyak sangat perkataan. Macam mana saya nak ubahkan sikap saya ni?"

"Kasihan kau ni tapi seharusnya kau sudah cuba" kata Tok Aba "Lepas ni berusaha lagi baca 10 muka surat"

"Terima kasih Tok Aba! Saya berusaha lagi selepas ini supaya minat saya terhadap buku akan sama level dengan video game dan menonton tv!"

"Hmm.. eloklah tu" Ochobot terus angkat pinggan-pinggan kosong dan letakkan di dalam sink

"AMMY! LILY DATANG BAWA 10 GUNI BUKU-BUKU YANG LILY TAK GUNA DAH!"

Boboiboy, Yaya, Ying, Emmy dan Harraz terkejut dengan kehadiran Lily bersama sebuah lori besar yang mengangkut 10 guni buku-buku tidak digunakan lagi oleh Lily. Mata Lily terus bersinar-sinar apabila dia nampak Boboiboy ada di situ. Dia mengharapkan Boboiboy akan memuji dirinya yang terlalu murah hati mendermakan sebuah buku-buku dia kepada perpustakaan itu

"BBB-CHAN!" Lily melambai-lambai ke arah Boboiboy dengan riangnya

"Hehehe.. sampai dah dia" Boboiboy tersengih di situ dengan kakinya melangkah kebelakang sedikit demi sedikit "Bagi aku satu alasan untuk larikan diri"

"Isk isk kau ni, dia kan kawan baik kau. Tak baik larikan diri daripada kawan baik kita tu. Nanti hancur hati dia. Bak kata si Momoki, tak baik buat hati seorang gadis menangis"

"Aik.." Boboiboy pusing kebelakang untuk melihat Fang yang baru tiba di situ "Bila masa kau sampai ke sini?"

"Itulah kau.. berborak rancak sangat dengan dia orang, sampai tak perasan aku ada dekat belakang kau"

"Hehe.. maaf Fang" Boboiboy garu-garu kepala dia sambil tersengih "Tapi.. apasal nasihat kau tadi macam bukan dari kau aje"

"Yolah.. kau sudah sudah berubah ke?"

"Takdelah Ying" balas Fang "Aku sebenarnya ingat kata-kata kak Lynna dekat rumah tadi. Dia cakap, tak baik halau kawan sendiri. Lebih-lebih kawan itu adalah kawan baik kita dan kita tidak boleh sakiti hati mereka!"

"Hah! Betul kata kak Lynna tu" Yaya angguk kepalanya "Lagipun si Lily ni selalu ceriakan keadaan. Tak kiralah time kita tengah sedih ataupun gembira. Dia akan sentiasa ada dengan kita untuk berikan keceriaan walaupun sedikit"

Lily terdengar kata-kata mereka tadi. Mata dia sudah berkaca kerana dia terharu dengan kata-kata Yaya dan Fang tadi. Diri dia bagaikan ingin memeluk mereka berdua. Fang berundur dari situ supaya Lily tidak datang dekat kepada dirinya

"Wah! Kakak Milly pemurah hati betul. Terima kasih kakak Milly"

"Hehehe.. sama-sama" Lily terus tunjukkan tanda peace kepada Emmy "Cukup ke dengan buku-buku yang kakak Lily dermakan ni? Ammy nak lagi ke?"

"Err.. cukup kot" Emmy tersengih sedikit

"Kalau tak cukup lagi, aku boleh aje dermakan buku-buku abang aku tu tapi semuanya cerita seram dan misteri"

"Boleh aje abang Fely" kata Emmy

"Apa kata setiap minggu kita tukarkan buku-buku dekat perpuskataan tu"

"Idea yang bagus" kata Yaya kepada Harraz "Aku setuju dengan idea Harraz tu. Setiap minggu kita tukar buku baru. Takdelah sepanjang masa, asyik buku yang sama aje"

"Tapi dia orang pinjam ke nanti?"

"Boleh kot, Boboiboy" Harraz mengusap dagunya "Aku tak naklah buku yang mereka pinjam tu, tiba-tiba hilang pula dan paling tak best, mesti ada kesan koyak atau terkena tumpahan air ke, terkena ice cream ke atau terjatuh dalam longkang" Dia terkenang balik buku yang dia pinjam dari perpuskataan, terjatuh ke dalam kolam, sehingga dia takut hendak pulangkannya

"Nanti kita buat peraturannya sama-sama. Kita tunggu Bella dan Faye sampai dulu" Boboiboy melihat kiri dan kanannya "Dia orang lama lagi ke nak sampai?"

"Entah, dia orang tak call Lily pun" Lily mengeluh kecewa sedikit "Adakah kawan-kawan ku sudah melupakan kawan mu yang bernama Lily ni? OH TIDAK! TIDAKKKKKK!"

"Adeh.. dia dah buat bising. Aku nak pergi tengok Idoli sekejap"

Fang beredar dari situ kerana malas hendak mendengar drama si Lily. Dia ingin pergi melihat apa yang Idoli buat di kedai Tok Aba. Idoli pada ketika itu sedang menolong Tok Aba membuat hot chocolate untuk seorang pelanggan yang baru tiba di situ. Dia begitu seronok sekali sehingga dia berbual mesra dengan pelanggan itu. Kecomelan Idoli membuatkan hati pelanggan wanita itu cair

"Aunty nak dengar saya menyanyi?"

"Eh, takpelah.. aunty nak kena cepat ni, lain kali ok" kata pelanggan wanita itu dengan sopannya

"Ok!" Idoli tidak begitu kisah sangat. Asalkan dia dapat ceriakan setiap pelanggan Tok Aba yang mengunjungi kedai itu "Hot chocolate aunty sudah siap!"

"Terima kasih! Jumpa lagi anak comel"

"Hehehe..." Idoli tersipu malu di situ sambil melambai-lambai ke arah wanita yang sudah beredar dari kedai itu "Abang Fang nak makan apa?"

"Abang tak nak makan apa. Abang cuma nak tengok Idoli buat apa dekat sini"

"Dia tolong Tok Aba buatkan air untuk pelanggan Tok Aba. Rajin betul si comel ni" Tok Aba belai kepala Idoli sedikit "Hah Fang, betul kau tak nak apa-apa?"

"Takpelah Tok" jawab Fang secara ikhlas

"Kalau kau tak nak, apa kata kau belanja aku makan waffle chocolate!" Mata Fang terus melirik ke arah Gopal "Hehehee... aku bergurau aje. Jangan marah yea"

Fang terus duduk sambil abaikan Gopal yang ada di sebelah dia. Mata dia terus pandang skrin television itu. Pada ketika itu, Bella dan Faye baru tiba di situ dengan sebuah kotak di tangan masing-masing. Di dalam kotak itu terdapat buku-buku yang mereka ingin dermakan kepada perpustakaan bergerak itu. Semakin suka si Harraz dan si Emmy kerana dapat banyak buku yang mereka perolehi untuk perpustakaan mereka. Lily pula, dia mengarah pecahan Boboiboy untuk bawa turun kesemua sepuluh guni yang ada di belakang lori tersebut. Yaya dan Ying sibuk membelek buku-buku yang sesuai untuk diletakkan pada perpustakaan mereka. Kebanyakkan buku yang dibawa oleh Lily adalah buku bertemakan pengembaraan. Buku romantik agak sedikit jumlahnya tetapi mereka tidak terlalu kisah sangat

"Si Pang tu takde bawa buku dia ke?" tanya Bella sambil perhatikan Fang sibuk menonton sebuah rancangan TV

"Kita orang tak suruh dia bawa pun" jawab Yaya "Lagipun dia baru nak beransur pulih sebab hari tu. Biarlah dia berehat dulu"

"Yolah yolah, kita orang tak nak dia stress sangat maa"

"Ala Ying, bukannya stress sangat pun nak dermakan buku matematik dia yang terlampau banyak tu" Bella duduk di hadapan sebuah guni untuk melihat buku apa yang ada di dalam guni itu "Hmmm... Lily ni ada perpuskataan tersendiri ke dekat rumah?"

"Entahlah" jawab Faye

"Wah, buku Faye ada yang bagus-bagus maa" Ying mengangkat sebuah buku yang sesuai untuk sesiapa yang ingin belajar menjahit "Ini boleh kita letak dekat perpustakaan tu"

"Ha ah, bolehlah dia orang buat baju sendiri! Hehehe.. aku ada derma majalah lama aku? Ok tak?"

"Ok kot" jawab Yaya sambil membelek-belek majalah Faye di dalam kotak itu "Mungkin tak semua kita letak. Hanya dua tiga kot" Dia mengangkat keluar sebuah majalah tentang artis-artis jepun "Hehehe... majalah ni pun kau ada sekali?"

"Sebab dia orang semua handsome-handsome" Faye tutup muka dia kerana malu "Kalau aku dapat jumpa dia orang, mesti aku akan pengsan dekat situ juga.. hehehe"

Harraz tidak banyak berborak dengan mereka kerana dia begitu teruja melihat buku-buku yang banyak itu. Setiap buku dia akan angkat dan baca sinopsis yang ada pada belakang kulit buku tersebut. Dia seperti ingin baca kesemua buku tersebut, tidak kira samada buku itu menarik ataupun tidak. Kalau boleh, dia ingin duduk di dalam perpustakaan bergerak itu dan baca kesemua buku tanpa gangguan. Lily pula, dia melambai-lambai sambil ucapkan terima kasih kepada abang pemandu lori itu. Selepas itu, dia melihat kesemua pecahan Boboiboy

"Terima kasih Gempa-chan, Taufan-Chan, Halilintar-Chan, Blaze-Chan, Ice-Chan, Thorn-Chan dan juga Solar-Chan"

"Sama-sama" balas mereka bertujuh secara serentak

"Lily ada satu permintaan" kata Lily tersipu malu

"Apa dia Lily?" Gempa garu-garu pipi dia "Lily nak kita orang belanja makan ke?"

"Bukan tapi..." Lily menutup mulutnya dan lalu dia menjerit sekuat hati "LILY NAK DATING DENGAN GEMPA-CHAN!"

"ERK?!" Mata Gempa terkebil-kebil melihat Lily. Dia terkedu di situ

"Good luck, Gempa" Halilintar tepuk bahu Gempa sedikit dan terus beredar dari situ

"Hehehee.. semoga berbahagia! Aku sokong dengan hubungan korang" kata Taufan sambil tersenyum kambing

"Aku pun sokong juga! Kalau nak bunga api khas untuk teman wanita kau, aku akan tunaikan" kata Blaze dengan penuh semangat

"Tapi kita semua ni, muda lagi.. perlu ke ada teman wanita?"

"Jangan risaulah Thorn, ni hubungan mereka ni sementara sahaja. Jom kita pergi makan" kata Ice dengan matanya sudah melihat menu-menu di kedai Tok Aba "Rasa lapar pulak"

"Yo Gempa, jangan lupa jemput kita orang masa wedding kau" Solar turut menyetujui hubungan Gempa dan Lily "Nanti jangan lupakan kita orang masa kau pergi dating nanti"

"Terima kasih semua. Lily tidak akan lupakan kata-kata semangat korang berikan untuk Gempa" Mata Lily sudah berkaca. Dia terasa dirinya berada di syurga dunia "Oh.. teramat indah sekali ketika ini" bisik Lily sambil melihat langit biru pada ketika itu

Gempa mula cantumkan semula dirinya untuk menjadi Boboiboy yang asal. Boboiboy pura-pura sibuk di situ ketika Lily sedang mengelamun bersendirian di situ. Boboiboy menolong Bella mengumpul kesemua buku bertemakan misteri dan masukkan ke dalam satu kotak. Yaya dan Ying pula, sibuk memilih buku mana yang mereka harus letakkan di dalam perpustakaan bergerak itu. Harraz sudah jauh masuk ke dalam dunia dia iaitu membaca sebuah novel tentang pengembaraan di dunia mistik. Emmy dan Faye mengumpul bahan bacaan untuk kanak-kanak. Mereka tidak mahu di campur aduk dengan bacaan buku orang dewasa

"Eh.." Mata Lily terkebil-kebil. Dia melihat kiri dan kanannya "MANA GEMPA-CHAN?"

"Sudah sudahlah tu Lily, mari tolong kita orang"

"Ok Yaya!" kata Lily dengan penuh semangat

Fang hanya perhatikan mereka sahaja. Dia juga ingin dermakan buku-buku yang dia tidak gunakan lagi. Mungkin buku novel abang dia sekali. Dia tahu di dalam bilik abang dia penuh dengan koleksi novel cerita seram. Dia rasa pelik seketika, apa yang membuatkan abang dia minat sangat terhadap cerita seram? Adakah cerita seram itu sama seram seperti abangnya?

"Mungkin juga" bisik Fang

"Apa yang mungkin?"

"Takde apalah Gopal"

Fang turun dari kerusi bangkunya untuk pergi menolong kawan-kawan dia yang sibuk uruskan buku-buku itu semua. Dia dapat merasakan seperti mereka perlukan ramai orang lagi kerana terlampau banyak sangat buku yang ada di dalam taman itu. Lebih-lebih lagi Lily membawa 10 guni yang penuh dengan buku. Lalu dia berikan cadangan kepada mereka

"Wei, apa kata kalau kita suruh si Boboiboy berpecah kepada tujuh"

"Betul juga cakap abang Fely tu" Emmy terus pandang Boboiboy "Abang topi oren, maaf yea.. kita orang perlukan pertolongan lagi"

"Takpe" kata Boboiboy

Mata Lily sudah bersinar-sinar kerana Gempa akan muncul semula di situ. Hati dia sudah tidak sabar untuk melihat wajah Gempa yang serba comel itu. Boboiboy tersengih sedikit apabila diri dia asyik diperhatikan oleh Lily

"BOBOIBOY KUASA TUJUH!"

"YEAH! GEMPA-CHAN!"

Awal-awal lagi Lily sudah rapatkan dirinya di sebelah Gempa

"Wei Lily, kau jangan nak lambatkan kerja kita orang semua" marah Fang "Buku banyak-banyak ni, kau yang bawa. Jadi jangan nak sibukkan diri dekat si Gempa tu"

"Baiklah landak. Lily akan tolong Gempa!" Lily berikan tabik hormat kepada Fang "Hehehe... pecahan Boboiboy yang lain boleh pergi tolong yang lain. Biar Lily yang tolong Gempa-chan! YAHOOO!"

"Adeh.. apalah nasib aku ni" mengeluh Gempa "Oh yea.. mana Rizu?"

"Hmm.. Rizu demam. Jadi aku suruh dia berehat dekat rumah aje" balas Fang "Dia kecewa sedikit sebab tak dapat nak menyertai kita semua"

"Kasihan Rizu. Aku harap dia cepat sembuh" kata Yaya "Marilah kita cepat siapkan semua ni sebelum hari mula gelap"

"Oh yea.. sebelum aku terlupa, malam ni abang aku ajak korang semua untuk jamuan makan-makan dekat rumah aku. Jadi korang datanglah yea"

"JAMUAN MAKAN?!" Lily keluarkan handphone dia untuk hubungi seseorang "Lily akan order kerepek pisang untuk korang semua! Dan juga menu pisang yang lain.. hehehee.. Gempa-chan kena datang tau. Kalau tidak, Lily akan rasa sedih dan sunyi dan rindu dan.."

"Jangan risaulah, aku akan datang nanti" Gempa tersengih sambil garu-garu kepalanya "Lily tolong kemaskan buku ni dalam kotak tu ok"

Hati rasa cair melihat Gempa menegur dia secara sopan. Lalu dia menolong Gempa dengan begitu tekun sekali. Emmy dapat merasakan projek perpustakaan bergerak mereka akan berjaya. Apabila semakin ramai yang mengunjungi perpustakaan itu nanti, Emmy mungkin akan memperluaskan lagi ruang perpustakaan itu. Dia juga akan pastikan perpustakaan ini sama hebat seperti perpustakaan yang ada di Pulau Rintis ini

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari sudah larut malam. Fang kelihatan penat sedikit tetapi semangat dia masih lagi belum pudar di dalam dirinya. Dia dan idoli dalam perjalanan pulang ke rumah. Di tangan Idoli ada sebuah bekas kotak kecil yang mengandungi waffle-waffle vanilla. Dia yang buat waffle itu di kedai Tok Aba. Dia katakan, dia ingin menikmati waffle itu di rumah sambil menonton television

"Abang Fang.."

"Yea Idoli?"

"Abang Fang.. rasanya abang Rizu dah baik dari demam ke?" tanya Idoli dengan nada comelnya

"Dia masih belum baik dari demam lagi. Esok esok Idoli pergilah melawat dia dekat rumah"

"Ok.. nanti Idoli bawakan makanan untuk dia" Idoli goncang-goncangkan bekas waffle itu "Hehehe... kalau Idoli rajin, Idoli buatkan waffle untuk abang Rizu!"

Fang hanya tersenyum kecil sahaja sambil melihat Idoli berjalan dengan riang rianya. Beberapa minit kemudian, mereka sudah pun tiba di rumah. Dari luar pintu pagar rumah, Fang boleh lihat abang dia dan juga Lynna sedang menyusun makanan-makanan di atas meja plastik. Beberapa kerusi sudah tersedia di halaman rumah dia. Tempat memasak daging BBQ juga ada di situ. Fang rasa teruja melihat semangat yang ada di dalam diri abangnya. Dia membuka pintu pagar itu dan lalu masuk ke dalam bersama Idoli

"Abang.."

"Kau sudah pulang" kata Kaizo "Kawan-kawan kau mana?"

"Nanti dia orang datang" balas Fang "Dia orang nak balik rumah dulu sebelum datang sini" Dia berjalan menuju ke meja plastik itu. Bermacam-macam makanan yang ada di atas meja itu "Adik ingatkan abang nak buat jamuan makan yang biasa-biasa aje tapi... ini macam nak buat party aje"

"Sebab aku tak melihat kau dalam keadaan tertekan selepas apa yang berlaku ke atas diri kau"

"Terima kasih abang tapi.." Fang menarik nafas sebentar "Abang tak perlulah buat jamuan untuk gembirakan adik.. adik rasa gembira apabila adik dapat tahu abang masih hidup lagi. Adik juga gembira kerana kita dapat bersama lagi"

Hati Lynna tersentuh melihat mereka berdua. Kaizo tersenyum sempoi di sebelah Lynna. Dia sambung balik susun bekas-bekas makanan di atas meja. Fang mahu menolong mereka berdua tetapi Kaizo tidak benarkan. Dia hanya mahu adiknya pergi duduk dan menikmati makanan yang sudah disediakan. Fang tidak mahu bergaduh dengan abangnya, dia ikut sahaja apa abang dia suruh lakukan. Semasa dia sedang duduk di atas kerusi, mata dia terpandang seutas rantai di leher Lynna

"Eh.. rantai baru ke kak Lynna?"

"Errr..." Lynna malu hendak menjawab pertanyaan Fang tadi

"Hmm.. korang berdua pergi mana tadi?"

"Apasal kau nak tahu?" tanya Kaizo dengan nada serius

"Ala, tak kan adik tak boleh tahu" Fang terus bersilang tangan "Ini mesti abang berikan hadiah rantai tu dekat kak Lynna. Betul tak?"

"Sibuk kau ni" Kaizo hulurkan sepiring pinggan kertas kepada adiknya "Kau pergi makan, jangan banyak soal"

"Adik nak tahu aje, tak boleh. Adik tanya aje, tak boleh. Apa yang boleh... duduk diam, layan kebahagian abang untuk membuli adik" merungut Fang dengan tangannya mengambil satu senduk mee goreng "Abang ni, kalau nak berahsia.. memanjang nak berahsia dengan adik. Kalau adik berahsia dengan abang, mesti abang nak tahu juga apa rahsia adik"

"Kau tak habis lagi ke nak merungut?"

"Belum lagi abang" Fang sambung lagi merungut. Kali ini dia merungut sambil bubuh kuah kari di atas mee goreng itu "Abang kalau buat baik dengan adik, mesti time adik tengah susah ke, baru lepas kena seksa ataupun lepas adik kena culik dengan orang jahat. Barulah abang suruh adik rehat. Kalau tidak, adik juga yang kena jadi orang gaji dekat rumah. Abang duduk goyang kaki, tak pun dekat kapal angkasa tengah berlatih latihan tempur dia tu"

Kaizo biarkan adik dia merungut. Dia sebenarnya memang ada niat untuk tepuk kepala adiknya tetap dia menahan dirinya. Kaizo pergi membakar beberapa burger dan sausage di atas pembakar BBQ. Semua makanan yang ada di situ, telah dibeli oleh Lynna sendiri. Dia yang beli roti jala dengan kuah karinya. Selain itu, terdapat mee goreng, pizza pepperoni, buah tembikai yang sudah siap dipotong dan juga kek brownies nutella. Idoli sedih melihat brownies itu kerana diri dia tidak boleh makan chocolate

"LANDAK! KITA ORANG DAH SAMPAI! LILY BAWA KEREPEK PISANG, PISANG GORENG, BUBUR PISANG, LEPAT PISANG AND BANANA NUTELLA SANDWICH!"

Fang terus tepuk dahinya sendiri kerana dia tidak sangka Lily boleh bawa makanan pisang sebanyak itu. Kaizo sudah berkerut dahi kerana dia takut semua makanan itu akan menjadi satu pembaziran. Lalu dia terfikir, mungkin dia boleh derma makanan-makanan yang lebih kepada orang yang lebih memerlukannya. Lily dan para pecahan Boboiboy, masing-masing mengangkat satu bekas makanan dan lalu letak di atas meja. Ochobot ada bersama mereka sekali

"Banyak betul Lily bawak makanan"

"Hehehe.. maaf kak Lynna" Lily garu-garu kepalanya sambil tersengih "Lily ni pantang dengar perkataan jamuan makan.. mesti Lily akan bawa makanan yang banyak, lepas tu boleh enjoy dengan kawan-kawan!"

"Enjoy tu boleh tapi jangan membazir" tegur Lynna secara sopan "Kalau makanan tak habis, kita berikan kepada orang-orang yang tak dapat menikmati makanan yang sedap-sedap"

"Aku pun terfikir begitu juga, Lynna" kata Kaizo

"Baguslah begitu, Kaizo" Lynna tersenyum sedikit "Siang tadi.. apa korang buat dekat kedai Tok Aba?"

"Kita orang kemaskan buku-buku untuk perpustakaan bergerak" jawab Gempa

"Perpustakaan bergerak?"

"Ha ah kak Lynna. Emmy telah mencipta sebuah kenderaan yang belakang dia ada sebuah perpustakaan" kata pula Taufan

"Dan ianya akan bergerak ke mana sahaja di pulau ini" sambung pula dari Halilintar "Tapi si Emmy suruh robot dia yang pandu kenderaan tu nanti, bukan lagi Harraz"

"Kita orang bekerjasama tadi untuk bahagi-bahagikan buku mana yang sesuai untuk masuk letak dalam perpuskataan itu" jelas Blaze "Saya suka baca buku tentang pengembaraan! Tak kisahlah dekat mana pengembaraan itu, janji enjoy!"

"Selain itu, kita orang ada juga tempat khas untuk kanak-kanak comel macam Idoli" ujar Solar. Lalu dia tolak bahu Ice untuk katakan sesuatu "Wei, jangan nak tengok makanan aje"

"Errr... aku lapar sebenarnya" Ice tersengih dengan tangannya mencapai sekeping sandwich "Maaf kak Lynna.. saya minat buku tapi paling utama sekali adalah MAKANAN!"

"Kau nak gemuk balik ke?" tanya Ochobot

"Err.. sekali-sekala takpe kan" Ice tersengih

"Eh, Ice dulu pernah gemuk ke?"

"Pernah" jawab Fang kepada Thorn

"Ohhh.. tak tahu pula.. hehehe.. mesti comelkan masa Ice nampak gemuk" Thorn terbayangkan wajah Ice yang tembam dan badan dia gempal seperti belon

"Entahlah" balas Ice sambil kunyah sandwich nutella itu "Mana yang lain?"

"Yang lain belum sampai" kata Fang "Korang makanlah dulu sementara tunggu yang lain sampai"

Lily sudah bubuhkan segala jenis makanan di dalam pinggan Gempa. Dia mahu Gempa makan secukup-cukupnya. Halilintar hanya menunggu burger yang sedang dibakar oleh Kaizo. Taufan, Blaze dan Thorn pula, masing-masing sudah dapatkan makanan yang mereka mahukan. Mereka bertiga duduk bersila sambil berbual rancak. Ice seperti biasa, dia akan makan sorang-sorang sambil menikmati makanan yang ada di dalam pinggannya. Solar pula, masih lagi memilih makanan apa yang dia mahu. Selang beberapa minit begitu, kawan-kawan mereka yang lain sudah pun tiba. Faye tiba bersama Bella, Yaya dan Ying. Gopal pula, dia bersama dengan Harraz dan Emmy. Fang rasa sedih kerana Rizu tidak dapat menghadiri jamuan makan itu

"Wei korang" panggil Bella dengan penuh semangat "Aku ada idea best untuk korang semua!"

"Idea apa? Idea nak kenakan aku?"

"Idea untuk kenakan kau?" Bella terus tersenyum sinis kepada Fang "Hehehe... idea tu, kemudian hari tapi idea ni, aku terfikir masa kita orang tengah kemas buku dekat taman tadi"

"Idea apa Bella?" tanya Yaya

"Adalah! Tapi sebelum tu.. KITA ENJOY DULU!"

"OK!" Jerit mereka semua kecuali Lynna dan Kaizo "TAPI JANGAN LUPA BERITAHU KITA ORANG IDEA APA YANG MENARIK SANGAT TU!"

Bella terus tersengih tetapi dia yakin, dia tidak akan lupa dengan idea dia sendiri. Mesti ramai yang akan suka nanti

-------------------------------------------------------

Maaf semua kalau chapter ni agak bosan dan simple

Sebenarnya, akaj tengah tak sihat.. jadi akak buat yang simple sahaja

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com