Tetamu Istimewa Part I
"Hari ini, cikgu Papa mahu memperkenalkan dua orang alien datang melawat ke sekolah kita. Nama mereka adalah Sai dan Shielda"
Satu kelas berikan tepukan mereka kepada adik beradik kembar yang kini sedang berdiri di hadapan kelas Fang. Mereka semua tersenyum melihat adik beradik kembar itu. Cikgu Papa gelengkan kepalanya
"Isk isk.. tak payahlah kamu bertepuk tangan, ini bukannya pertandingan kelas mana dapat memiliki murid alien yang terbanyak"
"Hmm.. yelah cikgu" kata Boboiboy dengan nada bosannya
"Kamu Sai... boleh duduk di sebelah Boboiboy"
Di sebelah Boboiboy memang ada tempat kosong. Lalu dia pergi dan mengambil tempat duduknya. Shielda pula, dia duduk di sebelah seorang pelajar perempuan. Cikgu Papa Zola melihat anak-anak muridnya satu per satu. Dia mahu pastikan semua anak murid hadir pada hari itu. Gopal tersengih sedikit sambil curi-curi makan. Manakala Fang pula, dia hanya melihat pandangan luar tingkap sahaja. Sikap dia dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, tidak pernah berubah. Kadang kala, Cikgu Papa terfikir-fikir apa yang Fang selalu pandang itu. Ada wajah awek dia di luar tingkap ke? fikir Papa Zola sambil garu-garu kepalanya kerana kepelikan
"Baiklah.. cikgu ingin memberitahu bahawa Sai dan Shielda berada di dalam kelas kita hanya untuk beberapa hari sahaja. Dia ingin tahu bagaimana kehidupan manusia di planet yang indah. JADI CIKGU MAHU KAMU SEMUA BUAT PERKARA YANG BAIK! BERIKAN CONTOH YANG TERBAIK TERHADAP RAKAN ALIEN KAMU! Kecuali si Fang tu.. dia selalu bagi perangai nakal tapi bijak orangnya"
"Sabar ajelah aku dengan cikgu papa ni" bisik Fang
"Baiklah, kejap lagi cikgu sejarah kamu akan masuk ke kelas. Jadi.. KAMU SEMUA JANGAN BUAT BISING! KALAU TIDAK, Cikgu Papa juga yang kena"
"Baik cikgu" jawab sebahagian pelajar yang ada di dalam kelas itu
Cikgu Papa Zola keluar dari kelas tersebut dengan senyuman dia yang menawan. Para pelajar di dalam kelas itu mula membuat kerja masing-masing. Mereka tidak membuat bising di dalam kelas itu. Sai dan Shielda melihat pelajar lain sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang berborak sambil siapkan kerja sekolah mereka. Gopal sudah keluarkan makanan dia dan lalu dia makan dengan senang hati. Fang sibuk memerhatikan luar tingkap
"Begini ke keadaan apabila tiada cikgu di dalam kelas?"
"Ha ah Sai.. adakalanya, kita orang suka buat bising dan adakalanya, si Fang tu suka kenakan aku. Dia dan Gopal selalu rancangkan sesuatu untuk kenakan aku"
"Ohh.. kau tak balas dendam balik ke?"
"Eh.. takdelah Sai. Aku bukannya macam dia orang" kata Boboiboy sambil tersengih "Kejap lagi cikgu sejarah akan masuk. Dia tu tegas, garang, suka menghukum orang macam abang Kaizo"
"Ada juga manusia yang garang macam Kapten Kaizo"
"Ada ada" Gopal menyibuk di situ "Cikgu Aiman tu.. kalau kita orang tak boleh nak jawab soalan dia, memang kena denda terus. Kalau markah rendah pun, kena denda juga tapi aku masih lagi selamat sebab markah aku hampir-hampir nak gagal"
"Hmm... tak sabar aku nak melihat cikgu tu mengajar" kata Sai. Mata dia terus tertumpu dengan kembar dia iaitu Shielda
Shielda pula, dia telah dikelilingi dengan para pelajar perempuan. Ramai yang ingin berkenalan dengan dirinya. Shielda rasa malu pada ketika itu tetapi dia tetap menjawab setiap soalan mereka dengan penuh sopan tapi adakalanya, jawapan yang dia berikan, nada dia berubah menjadi serius
"Bukan ke kau cakap cikgu sejarah tu macam Kapten Kaizo... tapi kenapa cikgu tu ada rupa Kapten Kaizo"
Boboiboy terus melihat di hadapan kelas dia. Memang Kaizo yang ada di situ. Muka dia garang seperti biasa. Lalu dia menelan ludah kerana dia tahu bagaimana Kaizo mengajar, terlalu mengancam. Fang tergelak di tempat duduknya kerana dia tidak sangka abang dia menjadi cikgu ganti pada hari itu
"KENAPA KAU KETAWA HAH?" Jerit Kaizo sehingga kelas sebelah boleh dengar
"Adik gelak sebab abang jadi cikgu sejarah.. ABANG BUAT LAWAK! HAHAHAHAA!"
"Ya, aku akan jadi cikgu sejarah tetapi pada hari ini sahaja. Cikgu sejarah kamu tidak sihat pada hari ini" kata Kaizo sambil perhatikan para pelajar di dalam kelas itu
"Tapi abang.." Fang masih tidak dapat menahan gelakan dia lagi "ABANG RETI KE AJAR ORANG SEJARAH.. MIAHAHAHAHAHA!"
Tidak sampai satu minit, Fang sudah pun dikenakan denda iaitu berlari sekeliling padang sebanyak 50 kali. Kaizo telah pindahkan kelas sejarah mereka di tepi padang supaya dia dapat memantau adiknya secara dekat. Sai dan Shielda sangat kagum dengan hukuman yang diberikan oleh Kaizo. Mereka semua duduk di tepi padang sambil menikmati keindahan langit pada waktu tengahari itu
"Baiklah.. aku akan panggil salah seorang daripada kamu, dan jawab soalan yang aku berikan. Kalau salah, kau boleh join si Pang tu"
Masing-masing sudah menelan ludah kecuali Sai dan Shielda. Adik beradik kembar itu tidak rasa gementar dengan suara garang Kaizo tetapi pada masa yang sama, mereka tahu yang diri mereka tidak akan disoal
"Wei Boboiboy.. aku takutlah kalau abang Kaizo panggil aku" bisik Gopal
"Ala, apa yang nak ditakutkan.. senang aje soalan sejarah tu"
"Aku tahu Boboiboy tapi... aku ni bukannya hafal sangat" Gopal terus makan keropok ikan dia kerana risau kalau diri dia dipanggil
Mata Kaizo terus memandang Gopal. Bagaikan hati Gopal ditusuk dengan sebilah pisau tajam. Dia terus berhenti makan dan lalu tersengih kepada Kaizo
"BUKAN KE MAKAN DI DALAM KELAS ADALAH SESUATU YANG TIDAK DIBENARKAN! CEPAT PERGI LARI SEKELILING PADANG 50 KALI!"
"ERK!" terkejut Gopal
Akhirnya, Gopal terpaksa terima hukuman itu. Dia lari sekeliling padang secara perlahan dan selalu juga dia di pintas oleh Fang. Pelajar lain hanya duduk diam sahaja. Mereka takut kalau diri mereka menjadi mangsa yang seterusnya. Kaizo perhatikan setiap pelajar kelas itu. Dia buka sebuah buku sejarah yang sudah tertera soalan dan jawapannya sekali. Lalu mata dia pandang mata Boboiboy
"Err..." Berpeluh muka Boboiboy pada ketika itu "Soalan apa abang Kaizo nak berikan kepada saya?"
"Abang Kaizo?.." Kaizo mengangkat kening sebelah sambil berikan renungan maut dia kepada Boboiboy "KAU SEPATUTNYA PANGGIL AKU CIKGU KAIZO!"
"ERKK! MA-MAAF CIKGU KAIZO! Saya tak sengaja"
"PERGI LARI SEKELILING PADANG 50 KALI!"
Fang terus tepuk dahi dia sendiri kerana abang dia suka-suka bagi hukuman dengan alasan yang tidak munasabah. Sai dan Shielda mengangguk kepala mereka kerana kagum dengan sifat Kaizo yang garang dan tegas itu. Mereka sudah tidak sabar untuk melihat Kaizo sebagai seorang guru
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu rehat sudah pun tiba. Boboiboy, Fang dan Gopal kelihatan penat kerana dipaksa berlari sekeliling padang sebanyak 50 kali. Kepenatan mereka membuatkan ketiga-tiga remaja itu tidak berdaya untuk pergi beli makanan di kaunter makanan kantin sekolah. Fang baringkan kepalanya di atas meja kantin. Mata dia terpandang seseorang yang tidak berada jauh dari situ
"Apa kes abang aku ada dekat sini. Bukan ke cikgu ada tempat khas dia orang"
"Biarlah abang kau nak makan dekat sini" kata Yaya sambil letakkan sepiring pinggan nasi lemak di sebelah Fang "Abang kau mesti nak rehat dengan adik kesayangan dia"
"Adik kesayanglan sangat" bisik Fang sampai dia tidak sedar abang dia ada dibelakangnya
"Apa kau cakap, Pang?"
"Erk!" Terus Fang angkat kepalanya dari meja itu. Dia menoleh kebelakang sambil tersengih "Takde apa abang. Adik cuma cakap.. abang sentiasa sayangkan adik, tak kira masa atau dimana-mana pun"
"Boleh dipercayai ke dia ni?" kata Kaizo sambil angkat kening sebelah. Lalu dia pergi letakkan sebuah bekas makanan di hadapan adiknya "NAH! Ambik makanan ni.. abang yang bawakan dari rumah untuk kau"
Mata Fang terkebil-kebil melihat bekas makanan berbentuk empat segi itu. Di permukaan penutup bekas itu ada gambar seekor anak penguin sedang bermain bola. Dia tersenyum melihat kecomelan anak penguin itu. Lalu senyuman itu berubah menjadi masam sedikit
"Ala.. adik baru nak pergi beli donut lobak merah"
"Eh.. abang kau dah bawakan makanan untuk kau, janganlah nak merungut" tegur Yaya "Kau sepatutnya bersyukur tau"
"Ha ah, betul kata Yaya tu" kata Boboiboy
"Hmm.. yelah, yelah..." Fang terus buku bekas makanan itu. Terkejut dia melihat gumpalan telah dijadikan bentuk anak-anak penguin. Ianya tidaklah nampak secantik mana tetapi masih lagi kelihatan seperti anak penguin. Ada mata, mulut, hidung dan beberapa jenis makanan yang lain untuk dijadikan sebagai perhiasan "Err.. terima kasih abang"
"Sama-sama" Kaizo terus duduk di sebelah adiknya "Kau jangan nak buat muka sedih sebab tak dapat donut kau tu. Aku sudah bersusah payah bawakan makanan ini untuk kau"
"Hehehe.. tapi.. makanan ni bukan abang yang buatkan?"
"Kenapa kau nak tahu?"
"Saja" kata Fang dengan senyuman sinisnya "Abang mesti suruh kak Lynna yang buatkan"
"YANG KAU NAK TAHU SANGAT KENAPA!" Kaizo tepuk kepala adiknya "MAKAN AJELAH!"
Fang terus bermuka masam sambil angkat salah satu nasi berbentuk anak penguin. Dia gigit dibahagian kepala anak penguin tersebut. Gopal melihat kiri dan kanan dia. Lalu dia garu-garu kepalanya
"Kau kenapa? Ada kutu dekat kepala ke?"
"Erk! Bukanlah abang Kaizo.. saya cuma rasa hairan... mana Sai dan Shielda? Dia orang tak rehat sekali ke?" Gopal tersengih sedikit
"Ha ah, mana dia orang yea" tanya Boboiboy sambil melihat sekeliling mereka
"Dia orang pergi beli makanan dengan Ying" jawab Yaya dengan sopannya "Lagipun Ying belanja dia orang hari ini sebab dia orang tu mana ada duit"
"Hah! Bolehlah aku join sekali!" kata Gopal
"Amboi, mengambil kesempatan nampak" marah Yaya kepada Gopal
"Adeh... tak boleh ke?" Gopal terus baringkan kepala dia di atas meja "Baru nak merasai orang belanja makan"
"Hmm.. kau ni, Ying belanja dia orang sahaja sebab dia orang tu bukannya ada duit untuk beli makanan dekat sini" kata Yaya
"Betul tu, Yaya.. dia orang tu datang sini untuk melawat sambil bercuti sahaja" kata Boboiboy "Kau jangan nak sedih sangat Gopal"
"Eloklah kamu semua berbuat baik kepada mereka. Jangan kamu buat perangai buruk dekat dia orang dan nanti takut dia orang tidak rasa senang dengan kamu semua" kata Kaizo "Tunjukkan perangai baik kau, terutama sekali adik aku dan si Gopal tu"
"ERK! Apa yang saya lakukan?" Gopal rasa cuak seketika
"Kau dan adik aku, suka sangat kenakan orang" kata Kaizo dengan nada garang sedikit
Gopal dan Fang terus tersengih kerana mereka berdua paling suka sekali kenakan kawan baik mereka iaitu Boboiboy
"Mana Faye dan kawan korang yang lain?" tanya Kaizo "Dia orang tak pergi berehat ke?"
"Faye rehat dekat tepi padang dengan Bella" Datang satu suara yang jarang mereka dengari. Mimiko muncul di situ dengan senyuman manisnya "Si Harraz pula.. tadi nampak dia dekat dalam perpuskataan"
"Eh.. apa kau buat dekat sini Mimiko?" tanya Boboiboy
"Hmm... aku datang sebab abang aku tu.. cikgu kaunselor sekolah panggil" balas Mimiko "Aku datang pun sebab nak hantar makanan dekat dia"
"Ehh... apa abang kau buat sampai kena panggil tu?"
"Terlampau banyak sangat berkasanova kot.. hehehe" kata Gopal kepada Boboiboy
"Bukanlah.. hari ini cikgu kaunselor mengadakan sesi kaunseling dengan budak-budak pagi.. budak-budak yang bermasalah, lepas tu cikgu panggillah abang aku tu sekali sebab dia tahu.. abang aku tu jenis suka bagi nasihat walaupun dia tu kasanova. Oklah, aku pergi dulu. Jumpa lagi semua"
Kaizo melihat Mimiko keluar dari kantin sekolah itu. Beberapa saat kemudian, adik beradik kembar yang lain pula muncul di situ bersama makanan mereka. Sai masih lagi perhatikan makanan dia dengan muka seriusnya. Shielda pula, dia membeli semangkuk bihun sup. Mereka berdua ingin mencuba makanan tersebut. Mereka duduk di hadapan Fang, Yaya dan Kaizo. Kepala Gopal terangkat sedikit kerana dia terhidu makanan yang ada di situ. Mata dia terpandang donut lobak merah yang ada di dalam pinggan Sai. Mata Fang asyik perhatikan donut lobak merah itu. Tekak dia seperti dapat merasai kesedapan donut tersebut. Sai tidak perasan dengan kelakuan mereka berdua. Dia hanya makan sahaja tanpa berkata apa. Shielda juga sama seperti Sai. Tiba-tiba Boboiboy ternampak seseorang yang datang dari jauh. Dia mula keluar dari bangku kantin sekolah itu, untuk larikan diri
"Aik, mana si Boboiboy pergi?" tanya Ying yang berada di sebelah Yaya
"Entah.. muka dia macam nampak hantu aje"
"Biarkanlah dia Yaya" kata Fang sambil kunyah makanan dia secara perlahan "Abang tak nak makan ke?"
"Hmm... kejap lagi abang makan" kata Kaizo
"BBB-CHAN! LILY DATANG BAWA MAKANAN UNTUK BBB-CHAN!"
Fang, Gopal, Yaya dan Ying sudah faham kenapa Boboiboy melarikan diri. Lily sudah datang ke sekolah dengan hati yang riang dan senyuman yang bagaikan bintang bersinaran di angkasa lepas. Kaizo pula, dia sudah bangunkan dirinya dan bersedia untuk keluarkan suara garangnya. Fang sudah bersedia bayangkan dirinya berada di dalam sebuah buih yang kedap udara
"Eh... mana BBB-CHAN? Bukan dia ada ke tadi?" Lily pandang kiri dan kanannya "BBB-CHAN HILANG KE?!"
"HILANG APA KEBENDANYA!" Lily terkejut dengan suara garang Kaizo "BUKAN KE AKU SURUH KAU JAGA IDOLI DEKAT RUMAH! YANG KAU DATANG KE SINI KENAPA? KAU TINGGALKAN IDOLI SORANG DIRI DEKAT RUMAH KE? KAU NAK KENA HUKUMAN DARI AKU KE?"
"Ma-mana ada!" Lily menggigil ketakutan di situ "Lily hantar dia dekat kedai Tok Aba.. dia suka aje bila Lily hantar dekat situ" Terus dia tersengih
"Ohh.. kau hantar dia dekat kedai Tok Aba" Lalu Kaizo mencekak pinggang "Baiklah... SEBAGAI HUKUMAN, AKU NAK KAU PERGI LARI SEKELILING PADANG SEBANYAK 50 KALI!"
Terus Lily larikan dirinya ke padang. Kaizo beredar dari situ kerana dia ingin melihat adakah Lily akan buat hukuman itu atau larikan diri ke tempat lain. Lily tahu, kalau dia sembunyi pun, kemungkinan besar dia akan dikenakan hukuman yang paling dasyat sekali. Sai dan Shielda masih lagi menikmati makanan mereka. Bagi mereka, makanan yang mereka belikan amat sedap tetapi mereka ingin mencuba makanan lain pula. Mungkin ada yang lebih sedap daripada donut lobak merah dan bihun sup itu
"Kasihan Lily.. tak pasal-pasal, kena denda dengan abang Kaizo"
"Biarkanlah dia, Yaya" kata Fang dengan nada bosannya "Biar dia kena denda daripada ganggu si Boboiboy tu atau ganggu aku.. muahahahaa!"
"Aiyoo.. lu ni, suka sangat tengok orang lain kena denda. Tiada rasa simpati langsung"
Fang hanya senyap sahaja. Dia habiskan makanan dia tanpa berkata apa. Dia sebenarnya rasa kasihan dengan nasib Lily tetapi apa boleh buat, abang dia memang garang dan suka menghukum orang sesuka hati dia sahaja. Fang terpaksa terima sahaja setiap hukuman yang abang dia berikan
"Lepas ni.. kita kena buat apa pula?" tanya Shielda
"Lepas ni.. kita orang masuk kelas balik" balas Yaya "Sesi persekolahan belum tamat lagi. Aku harap korang tak bosan dekat kelas nanti"
"Bosan?" Sai mengangkat kening sebelah "Aku tak rasa bosan pun. Jadi, lepas ni apa yang kita akan belajar?"
"Hehehe.. korang mesti suka punya sebab lepas sebelum sekolah tamat, kita orang ada PJ HARI INI!" Gopal sudah tidak sabar untuk bersukan pada hari itu "Mesti kau akan rasa seronok punya. Main lumba lari, main bola sepak, main bola keranjang, main badminton.. tak pun duduk tepi padang sambil bergossiping"
"PJ tu apa?"
"Pendidikan Jasmani" balas Fang kepada Sai "Hari ini ada perlawanan bola sepak diantara kelas.. aku rasa, aku pergi main bola keranjang ajelah"
"Kau tak nak join main bola sepak ke? Tunjukkanlah kehebatan kau dekat tetamu kita ni.. hehehe"
Fang mula berikan renungan maut dia kepada Gopal sehingga dia tidak sedar bahawa kuasa bayang-bayang dia timbul di tubuh badannya. Kaizo tepuk kepala adiknya
"ABANG!"
"Yang kau tiba-tiba keluarkan kuasa kau kenapa? Habiskan makanan kau, lepas tu masuk ke kelas cepat!" arah Kaizo
Fang merungut sedikit di dalam hatinya. Dia bagaikan mahu tonyoh kepala Gopal pada ketika itu. Sebagai tuan rumah yang baik, dia akan tunjukkan teladan dia yang baik kepada tetamu dia iaitu Sai dan Shielda. Terpaksalah dia menyertai pasukan bola sepak kelas dia nanti. Mungkin dia sebagai pemain ganti sahaja dan memaksa Sai menyertai pasukan itu. Fang tergelak sedikit sambil makan gumpalan nasi berbentuk penguin itu
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, Fang sudah pun menyalin pakaian dia ke pakaian baju sukan. Dia melihat kelas lain turut ada di padang sekolah itu. Kelas dia berada di tepi padang sambil menunggu pelajar lain turun ke padang dengan pakaian sukan mereka. Fang berjalan ke arah kelas dia sedang berkumpul. Sai dan Shielda ada di situ. Ada pelajar lain dari kelas lain cuba berborak dengan adik beradik kembar itu. Ada juga setengah pelajar perempuan malu hendak menegur remaja lelaki alien yang bernama Sai itu kerana bagi mereka, Sai terlalu kacak
"Sampai pun kau" kata Boboiboy selepas Fang berada di tepinya "Ingatkan kau tak nak join tadi"
"Aku mestilah nak join tapi sebagai pemain ganti sahaja" Fang tersengih
"Eleh.. takut malulah tu"
"Wei, kau cakap elok-elok" marah Fang kepada Gopal "Aku akan join pasukan bola sepak kelas kita tapi BUKAN SEBAGAI PEMAIN DUDUK TEPI PADANG! HAHAHAHA! Walaupun aku tidak reti main bola sepak tetapi aku akan berusaha dan akan berkeyakinan yang aku akan berjaya! MUAHAHAHAHA!"
"Eloklah tu" Kaizo muncul di belakang adiknya "Aku nak tengok kau bermain bola sepak"
"Macam mana nak main bola sepak tu?" tanya Sai
"Senang sahaja" kata Gopal dengan bangganya "Kau sepak bola tu sampai masuk gol! Tapi bukan gol kita punya, gol pihak lawan kita"
"Ohh.. nampak macam senang sahaja"
"Hehehe... nampak senang tapi bila dah masuk padang.. hmmm... mesti kena belasah dengan pihak lawan"
"Kena belasah?" Sai memandang Boboiboy sambil mengangkat kening sebelah "Kena berlawan ke nanti?"
"Lawan rebut bola tapi kena guna kaki. Tak boleh tendang orang dan hanya tendang bola sahaja" jelas Gopal "Takpe, nanti kau dah lihat macam mana kita orang main, aku pasti kau akan faham nanti"
"Baiklah, aku akan cuba dalam permainan bola sepak ini"
"Semoga berjaya, Sai" kata Shielda kepada kembarnya "Budak perempuan buat apa?"
"Hari ini korang jadi tukang sorak sahaja" jawab Fang "Tengok kita orang lawan dengan kelas lain"
"Hehehe... Shielda-san jangan risau. Biar Lily mengajar Shielda menjadi ahli pasukan sorak!" Lily terus melompat-lompat dengan pom-pomnya "BBB-CHAN! BBB-CHAN! BBB-CHAN PALING HEBAT! LILY PASTI BBB-CHAN BOLEH REMBAT BOLA PASUKAN LAIN! BBB-CHAN! BBB-CHAN! BBB-CHAN!"
Kaizo tidak pasti samada dia mahu menghukum Lily kerana berada di situ lagi atau biarkan sahaja Lily menjadi penonton permainan bola sepak nanti. Pasukan bola sepak kelas mereka sudah berkumpul untuk menentukan siapa yang akan turun ke padang untuk main terlebih dahulu. Mereka semua setuju untuk pilih Sai sebagai salah satu ahli pasukan. Fang terpaksa menjadi defender walaupun dia memang tidak reti main bola sepak. Fang akan berusaha untuk tidak membiarkan pihak lawan masukkan bola ke dalam jaringan gol mereka. Gopal pula, dia selalu menjadi goalkeeper kerana dia memang mahir dalam menangkap bola dan menghalang bola masuk ke dalam jaringan gol. Boboiboy pula, dia telah dipilih menjadi striker. Beberapa minit kemudian, 11 ahli pasukan dari kelas masing-masing sudah bersedia di padang sekolah. Mereka sudah berada di kedudukan mereka yang telah ditetapkan. Sai rasa agak keliru sedikit tetapi dia tidak sabar untuk bermain
"Tak sabarnya nak lihat BBB-CHAN main bola sepak! Mesti best!"
"Kau memang minat dia ke?"
"Ha ah Shielda-san.. hanya dia sahaja di hati ku!" kata Lily dengan hatinya berbunga-bunga "BBB-CHAN sentiasa membuat diri Lily tersenyum"
"Baguslah tu" kata Shielda bersilang tangan
Perlawanan bola sepak sudah pun bermula. Sai terkial-kial berlari di tengah padang itu kerana semuanya sangat laju. Para pelajar lelaki begitu pantas sekali memberikan sepakan bola mereka. Dari satu pemain ke satu pemain yang lain. Sai terpaksa mengejar bola itu sehinggalah salah seorang ahli pasukan dia menghantar bola ke arah dia. Bola itu berjaya di sambut oleh Sai dengan menggunakan kakinya. Boboiboy menunjuk arah gol mereka. Sai angguk dan lalu dia bergerak. Dia berlari sambil sepak bolanya dengan kelajuan luar biasa. Pihak lawan dia tidak dapat menandangi kelajuan Sai. Mereka cuba merembat bola itu dari Sai tetapi dia sangat bijak, dia sepak bola itu begitu jauh dan mengejar bolanya. Pihak lawan dia juga mengejar bola itu juga tetapi larian dia lebih laju sehingga dapat bersatu balik dengan bola itu. Dia tidak menghantar bola itu kepada ahli pasukan dia yang lain. Sai hanya tumpukan kepada jaringan gol yang tidak jauh daripadanya. Semakin lama dia semakin hampir dengan jaringan gol itu
"SEPAK SAI! SEPAK BOLA TU!" Jerit Boboiboy sambil berlari di belakang Sai
Sai tidak sia-siakan peluang dia. Lalu dia menyepak bola itu dengan kelajuan yang agak pantas sehingga penjaga gol tidak dapat selamatkan bola itu
"GOALLLLLL!"
Sai berjaya menjaringkan gol pertama dia. Apa yang dia rasakan pada ketika itu, adalah rasa gembira dan sangat berpuas hati. Pertama kali dia tersenyum lebar seperti dia memenangi sesuatu. Shielda bertepuk tangan sambil tersenyum bangga dengan kembarnya. Para pelajar perempuan yang lain, sangat kagum dan membuatkan hati mereka cair dengan kepantasan, kecekapan dan kekacakan dia
"Hmm... budak-budak ni memang pantang nampak lelaki kacak" bisik Shielda sambil bersilang tangan
"Begitulah kehidupan kami sebagai budak-budak sekolah" Lily tersenyum lebar sambil melihat Boboiboy bermain bola di padang sekolah "Pantang nampak lelaki hensem! Tapi tak semua perempuan begitu. Ada setengah tu hanya berseronok dengan kawan-kawan mereka sambil belajar untuk dapatkan keputusan yang terbaik! Mereka tidak akan fikirkan tentang lelaki yang super hot macam abang Kaizo tu. Budak-budak lelaki pun ada juga macam perempuan.. hehehee... tapi ini semuanya hanyalah cinta monyet sahaja. Bila dah masuk university, cerita lain pula.. hehehe"
"Macam-macam betul korang semua"
"Kita memang bermacam-macam pun" kata Lily kepada Shielda "Tapi.. kadang-kadang tak semesti kita sudah jumpa seseorang dekat sekolah, kita akan kekal. Mesti akan terpisah juga tapi ada juga yang kekal. Setiap seorang, mesti ada cerita cinta yang luar biasa atau cerita biasa-biasa sahaja..hehehe"
"Baguslah tu"
"Terima kasih.. hehehe.. tapi setiap manusia di planet bumi ini, ada cerita mereka tapi jalan ceritanya, kita yang membuatnya. Apa keputusan kita, apa yang kita akan lakukan seterusnya.. ada yang buat keputusan dengan tidak begitu baik, ada yang baik dan ada juga yang bernasib baik"
"Kiranya, kau ni bernasib baik?"
"Betul tu Shielda.. hehehee... Lily ni bernasib baik kerana dapat berkawan dengan BBB-CHAN! Tapi yang malangnya, terpaksa tabahkan hati kerana adik beradik alien yang suka mengamuk tu"
"Mengumpat ke?" Suara Kaizo muncul secara tiba-tiba
"Err.." Lily menoleh ke sebelah kiri dia. Lalu dia tersengih "Hehehe.. mana abang Kaizo. Lily tak mengumpat pun.. Lily cuma bercerita dekat Shielda ni. Diakan nak tahu kehidupan kita orang dekat sini. Jadi Lily ceritalah"
"Kehidupan kami di angkasa hanyalah melindungi dan menyelamatkan power sphera" jelas Kaizo "Itu adalah matlamat kami tapi aku ke sini untuk bersama dengan adik aku si Pang tu. Aku tak nak ulangi kesilapan yang sama seperti dulu"
"Lily yakin, abang Kaizo boleh jadi abang mithali" Lily mengusap matanya. Dia berpura-pura menangis di situ "Abang Kaizo, pesanan Lily kepada abang Kaizo... jagalah si landak tu elok-elok"
"Yea.. aku akan jaga dia dengan baik. Kau tak perlu risau, aku akan hentam dia nanti"
"ERK!" Lily duduk jauh sedikit daripada Kaizo "Menakutkan betul" bisik dia
Mereka kembali menyaksikan perlawanan itu. Sai berikan menghantar tendangan bola dia kepada Boboiboy. Lily bersorak gembira apabila Boboiboy cuba menyepak bola itu masuk ke dalam jaringan gol itu tetapi bola itu berjaya dihalang oleh penjaga gol. Bola itu ditampar jauh daripada tiang gol tersebut. Boboiboy rasa kecewa sedikit tetapi dia tidak akan mengalah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas sahaja tamat sesi persekolahan, Fang nampak sedih kerana kelas mereka kalah. Dia mengeluh sedikit. Kaizo yang ada di sebelah adiknya, dia tepuk bahu adiknya sedikit
"Yang kau sedih sangat apasal?"
"Sebab kelas adik kalah" kata Fang kepada abangnya
Mereka pada ketika itu, sedang berjalan pulang. Sai dan Shielda ada di belakang mereka berdua. Adik beradik kembar itu sedang bincangkan tentang sesuatu. Kaizo tidak pasti apa yang mereka sedang bincangkan. Beberapa minit kemudian, mereka sudah tiba di rumah. Pintu rumah dibuka secara tiba-tiba. Idoli yang muncul di muka pintu rumah mereka
"ABANG KAIZO DAH BALIK!"
Idoli tersenyum lebar melihat Kaizo masuk ke dalam halaman rumah itu bersama Fang, Sai dan Shielda. Dia bertepuk tangan dan lalu lari keluar dari rumah itu. Dia terus memeluk Kaizo
"Kau seorang sahaja ke dekat rumah?"
"Mana adalah abang Kaizo. Abang Rizu ada dekat dalam.. tadi kak Lynna singgah kedai Tok Aba sebab nak hantar makanan dengan Idoli tapikan.. hehehe... makanan kak Lynna hantar tu, hangus sedikit. Dia cakap, dia tak sedar sebab terlalu sibuk sangat buat kerja kolej dia, sampai lupa. Kasihan kak Lynna"
"Jangan risau! Biar abang Fang buatkan makanan malam untuk korang!" kata Fang dengan bangganya "Hehehe.. itu pun kalau makanan kak Lynna ada rasa tak sedap sedikit"
"Makanlah sedikit, jangan nak kecilkan hati dia"
"Tapi kak Lynna tak kisah pun kalau tak sedap sebab dia tahu dia buat silap" kata Idoli kepada Kaizo "Jomlah masuk daripada berborak dekat sini sahaja"
"Sai, Shielda.. korang takpe ke kalau aku buat sup lobak merah malam ni?"
"Aku ok sahaja" jawab Shielda kepada Fang "Kita orang sebenarnya tidak pernah merasai sup lobak merah tu"
"Hehehe.. sup lobak merah adalah sup kegemaran abang aku! Tapi korang jangan risau, rasa dia sedap tapi DONUT LOBAK MERAH AKU PALING SEDAP! HAHAHAHAHA!" Kaizo terus tepuk kepala adiknya "ABANG!"
"Pergilah masak daripada kau bercerita dekat sini lagi"
"Bagilah adik rehat 10 minit ke 5 minit ke.."
"Yelah yelah" Kaizo benarkan adik dia rehat selama 10 minit. Lalu dia pandang adik beradik kembar itu "Esok, kamu berdua ada rancangan apa-apa ke?"
"Err.. Fang kata nak bawa kami ke pantai sebab ada pertandingan makan?"
"Pertandingan makan?" Kaizo rasa ragu-ragu dengan pertandingan itu "Pertandingan makan sampai kenyang ke?"
"BETUL TU!"
Faye tunjukkan sehelai kertas di depan mata Kaizo. Pertandingan akan diadakan di pantai Pulau Rintis. Sesiapa sahaja boleh memasuki pertandingan itu. Gopal dan Faye sudah tentu akan menyertai pertandingan tersebut. Faye memang seseorang yang suka makan seperti Gopal. Dia tidak sabar untuk bertanding pada esok hari. Makanan apa yang mereka perlu makan esok? Dia tersenyum seorang diri jikalau dia dinobatkan sebagai pemenang pertandingan tersebut. Kaizo malas hendak berkata apa. Dia hanya masuk ke dalam rumah bersama Idoli. Sai dan Shielda tidak tahu samada mereka akan menyertai pertandingan itu atau sebagai penyokong sahaja. Mereka tidak sabar untuk menyaksikan pertandingan itu
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada keesokan harinya, Fang membawa adik beradik kembar itu ke pantai Pulau Rintis. Faye sudah bergerak awal bersama Bella. Pesaingan Fang iaitu Bella, dia sudah tentu mahu menyertai sekali pertandingan itu. Dia cuba hendak api-apikan Fang untuk sertai pertandingan itu tetapi akhirnya, dia gagal. Idoli tidak ikut mereka ke pantai kerana dia ingin bermain di kedai Tok Aba atau lebih jelas sekali, ingin menolong Tok Aba. Kaizo tidak datang kerana dia lebih gemar meluangkan masanya dengan menjalankan latihan tempur di kapal angkasanya. Sai dan Shielda amat kagum dengan keindahan pantai itu. Mereka melihat anak-anak kecil berkeliaran di tepi pantai. Ada yang duduk di tepi laut sambil menikmati air kelapa mereka dan ada juga beberapa buah keluarga sedang bersuka ria di situ. Pelbagai ragam manusia yang ada di situ
"FANG! SINI SINI!"
Boboiboy melambai-lambai ke arah Fang. Remaja bertopi oren itu tidak memakai pakaian biasa dia iaitu jaket orennya tetapi pada hari ini, dia memakai baju putih dan seluar pendek bermain hitam. Gopal, Yaya dan Ying ada di situ juga. Masing-masing sudah memakai pakaian baju renang mereka. Lily ada dengan mereka sekali. Dia membawa sebakul makanan dan juga sebidang tikar untuk mereka beriadah di tepi pantai
"Awal betul korang sampai"
"Mestilah awal" kata Gopal kepada Fang "Aku sampai awal sebab nak daftar nama aku tau.. hehehe.. aku dan Faye yang masuk pertandingan ini"
"Bukan si minah perasan tu masuk sekali ke?"
"Aku masuk lerr" Bella lempar bola angin itu di belakang kepala Fang
"Woi!" marah Fang sambil menoleh kebelakang "Kau ni suka betul buat aku marah"
"Sebab kalau kau marah, orang lain pasti suka.. hehehee.. dan muka kau tak comel bila marah-marah"
"Eleh, sebenarnya dalam hati tu katakan muka Fang nampak comel.. hehee" Terus Bella berikan jelingan maut kepada Gopal "Hehehe.. jangan marah, aku bergurau sahaja tapikan... kau tak takut ke kalau jadi gemuk?" tanya Gopal
"Well my sweet sweet friend.. aku tak kan jadi gemuk sebab aku kan banyak bersukan. Contohnya adalah BOLA TAMPAR! BADMINTON! Ataupun.. aku pergi jogging sahaja"
"Hmm.. eloklah tu" Fang terus bersilang tangan "Nanti kau sibuk dengan sukan kau dan aku rasa bahagia kerana tiada gangguan daripada kau nanti. HAHAHAHA!"
"Wuuu... landak cuba memcabar Bella" Lily usik-usik bahu Fang dengan jari telunjuknya "Hehehee... Bella kan jenis pantang di cabar"
"Betul tu my dear friend! Aku sibuk bersukan pun, aku tetap akan ganggu si landak goreng tu! MUAHAHAHAHAHAA!"
Boboiboy terus menepuk dahinya sendiri. Dia tidak tahu kenapa dia mempunyai seorang kawan yang suka mencabar dirinya sendiri. Bella bukan seperti gadis lain. Dia bukan seperti Faye. Dia adalah seorang gadis yang mempunyai keberanian dan berkeyakinan tinggi seperti Fang. Dia juga seseorang yang sanggup melindungi kawan-kawan yang dia sayangi
"Bagus Bella, bagus Bella.. LILY SOKONG SAHAJA! HAHAHA!"
Lily pula, dia adalah penyeri kumpulan. Walaupun dalam situasi bahaya ataupun tegang, Lily akan sentiasa ceria. Dia tidak suka melihat kawan-kawan dia mengalami tekanan. Dia akan yakinkan mereka dengan ayat-ayat pelik ataupun perkara-perkara pelik yang dia akan lakukan. Boboiboy kadang-kala, rasa tidak lengkap tanpa Lily
Eh, apasal aku fikirkan macam tu pula. Selamatlah dalam hati... kalau dekat luar, sudah tentu si Lily akan menjadi angau , bisik di hati Boboiboy sambil tersengih
"Sai dan Shielda nak join kita orang tak?" tanya Faye sambil memakai cermin mata hitamnya "Kalau tak nak, korang boleh rehat-rehat dekat tepi. Si Lily ada bawakan makanan untuk kita semua!"
"Kau bawa menu pisang lagi ke?"
"Er... takdelah landak.. hanya satu dua sahaja" Lily terus tersengih kepada Fang "Lily sediakan sandwich banana nutella, pisang goreng dan juga.. BANANA PIE!"
"ITU TIGA MENU!" Fang ketuk-ketuk kepala Lily secara lembut
"Adeh... maaf landak"
"Sudah sudah.. jangan nak buat hal pula. Mari kita cari tempat duduk yang selesa"
Mereka pergi mencari tempat yang sesuai untuk berkelah. Gopal dan Faye ingin pergi melihat tempat pertandingan makan itu. Makanan apa yang mereka perlu makan? Adakah ayam goreng, fikir Gopal sambil terbayang-bayang ayam goreng ranggup di dalam kepalanya. Faye tidak kisah makanan apa pun, janji makanan yang sedap. Dia sempat bergambar dengan Gopal sebelum beredar dari situ. Kawan-kawan mereka yang lain sudah menjumpai tempat yang sesuai untuk berkelah. Ianya bukan bawah pokok kelapa. Lily takut buah kelapa jatuh di tempat perkelahan mereka nanti. Tempat perkelahan mereka berdekatan dengan sebuah pondok kecil untuk sesiapa sahaja yang ingin berehat di dalam pondok tersebut. Lily bentangkan tikar mengkuangnya di atas permukaan pasir putih yang lembut
"WEEEEE! KITA BERSUKA RIA PADA HARI INI! MANDI LAUT! BUAT ISTANA PASIR! MAIN BOLA! DAN MAKAN!"
"Pizu ada bawa makanan untuk semua orang!"
"Aik, bila masa Rizu ada dekat sini?" Fang garu-garu kepalanya "Bukan ke Rizu temankan Idoli dekat kedai Tok Aba"
"Mana ada Pizu temankan Idoli dekat kedai Tok Aba" balas Rizu "Pizu dari rumah tadi. Sepatutnya ibu nak bawa Pizu bersiar-siar dekat bandar tapi dia ada hal pulak. Terpaksalah ibu tangguhkan dan Pizu datanglah ke sini. Pizu nak juga lihat abang Gopal dan kakak Faye bertanding dekat sini. Mesti seronokkan! Agak-agaknya dia orang boleh menang tak? Kalau Pizu lah kan.. Pizu mesti dah kalah awal. Yelah, Pizu ni bukannya jenis kuat makan macam abang Gopal dan kakak Faye. Makan sikit sahaja tapi bila ada chocolate depan mata Pizu, sudah tentu Pizu akan habiskan semua.. hehehe.. Pizu suka makan chocolate dan pizza. Nanti kita beli Pizza dan suruh kakak Shielda dan abang Sai rasa. Tentu dia orang akan suka.."
"Err.. Rizu.." Fang sudah letih mendengar celoteh Rizu sebentar tadi "Jom kita pergi bermandi-manda dekat laut. Rizu tak takut lagikan?"
"Takutlah juga.. tapi abang Fang ada dengan Pizu, jadi ketakutan itu akan hilang sebentar!" kata Rizu dengan penuh semangat
"Well, sebelum korang berdua bersuka ria.. pertandingan nak bermula dah" Bella tunjuk ke arah orang ramai sedang berkumpul "Aku akan pastikan kemenangan ini milik aku tapi kalau kalah pun.. aku terima aje"
"Kakak Bella pun join sekali?"
"Yea Rizu.. akak pun join sekali" Bella mengusap kepala Rizu
Mereka terpaksa berpatah balik ke tempat tadi. Lily tidak sedar yang dia tinggal seorang diri situ kerana terlampau sibuk sangat bermain pasir. Dia ingin membuat sebuah istana pasir khas untuk Boboiboy. Tempat pertandingan itu tidak jauh dari tempat mereka berkelah. Sebuah meja panjang telah pun disediakan. Beberapa kerusi untuk para peserta ada di situ. Begitu juga dan beberapa pinggang putih tersusun di atas meja. Peserta-peserta yang menyertai pertandingan itu, mengambil tempat duduk mereka. Gopal, Faye dan Bella sudah bersedia untuk mulakan pertandingan itu. Gopal menoleh ke arah kanan dia. Lalu dia terkejut seketika
"Aik, kau pun join sekali?"
"Ha ah, aku pun join sekali" kata Harraz dengan perasaan gementar dia
"Kenapa kau join sekali?" tanya Boboiboy yang berdiri di hadapan mereka "Dulu kau join pertandingan menyanyi, sekarang ni pertandingan makan pula. Kau banyak berubah sekarang ni"
"Hehehe.. aku join pun sebab korang" balas Harraz dengan jujurnya "Dulu aku selalu kurung dalam bilik sebab belajar. Aku dulu cuba nak dapatkan perhatian daripada ibu bapa aku tapi.. perhatian mereka mesti dekat kakak dan abang aku. Kau tahu dulu aku agak cemburu sedikit melihat keakraban Fang dan abang dia. Aku pun nak merasai begitu juga dengan abang aku tapi apa boleh buat.. aku dipinggirkan"
"Sedih juga cerita kau ni" kata Gopal
"Tapi semenjak korang terima aku sebagai kawan.. aku rasa takdelah terpinggir sangat. Lepas tu korang selalu bawa aku pergi mengembara. Aku rasa seronok masa tu. Aku boleh lupa kesedihan aku. Bila aku dapat pergi mengembara dengan korang, aku rasa seronok. Aku seperti mahu melihat dunia ini, dunia fantasi ataupun dunia yang ada di angkasa lepas sebelum aku masuk ke asrama. Jadi, bila aku ada masa lapang.. aku pergilah mencubai sesuatu yang baru. Aku sebelum ini, hanya tumpukan diri aku untuk belajar sahaja. Aku tidak pernah terfikir tentang ini semua, sehinggalah aku dapat berkawan dengan korang. Kehidupan aku sebelum ini.. agak bosan kan"
"Bosan ke tak bosan ke, tapi kau tetap beranikan diri untuk cuba sesuatu yang baru"
"Betul tu Boboiboy. Aku kagum dengan kau, Harraz"
"Terima kasih Yaya" Harraz rasa sedikit malu di situ "Nanti.. bila dah masuk asrama, tak dapatlah aku pergi mengembara dengan korang lagi. Aku pun tak tahu macam mana life aku dekat asrama nanti"
"Alah, kau mesti jumpa kawan baru" kata Faye "Kawan baru, tempat baru, persekitaran baru, semuanya baru! Seronok dapat jumpa kawan baru macam aku dapat berkawan dengan dia orang. Semuanya nampak baru dekat sini tapi aku cuma untuk sesuaikan diri. Aku cuba berkawan dengan semua orang"
"Aku tahu.. kau cuba berkawan dengan aku masa tu. That time, aku memang annoy gila dengan Faye tapi lama-lama aku ok dengan dia" celah Bella "Tapi aku masa tu.. hmmm... susah nak terima kawan sebab sekolah lama aku tapi itu kisah lama. Sekarang ni, aku sudah pun jumpa sahabat sejati aku" Dia mula mengesat air matanya sedikit
"Kau nampak basi bila menangis"
"APA KAU CAKAP!" Jerit Bella sambil menghentak meja itu "SIAP KAU LANDAK GORENG!"
Fang buat-buat tidak dengar. Bella sudah sekian lama tidak kenakan Fang dan pada hari itu, hati dia terasa ingin kenakan pesaingan terkuat dia. Lalu dia bangun dari tempat duduknya dan pergi ke penganjur pertandingan itu. Dia katakan sesuatu kepada orang itu dan lalu tunjukkan kepada diri Fang yang sudah merenung jauh dari situ. Bella tersenyum sinis apabila penganjur itu bersetuju
"KITA ADA SATU LAGI PESERTA!" kata penganjur pertandingan itu "DIPERSILAKAN FANG UNTUK MENGAMBIL TEMPAT DUDUK ANDA!"
Fang terkejut apabila nama dia dipanggil. Sai dan Shielda ketawa sedikit apabila muka Fang kelihatan merah kerana marah bukan rasa malu. Dia terus merenung ke arah Bella tetapi gadis itu berpura-pura berborak sopan dengan rakan sebaya dia iaitu Faye
"Apa yang kau tunggu lagi, pergilah ambil tempat duduk kau"
Fang menoleh kebelakang. Dia rasa hairan kenapa abang dia ada di sini dan bukan di angkasa? fikir Fang
"Apasal abang ada dekat sini?"
"Hari ni latihan tempur abang terpaksa di pendekkan kerana Lahap sakit perut. Entah apa yang dia makan pagi tadi" Kaizo terus bersilang tangan. Fang boleh nampak riak wajah abangnya kelihatan tidak begitu puas hati "Tapi bagus juga abang tidak pulang ke rumah. Bolehlah aku melihat kau gagal dalam pertandingan ini"
"ABANG! BAGILAH KATA-KATA SEMANGAT!"
"Yelah yelah.. jangan nak muntah depan orang ramai" Mendidih hati Fang dengan kata-kata abangnya "Kau masih tak puas hati ke?"
"Tak" balas Fang
"Kalau begitu.." Kaizo terus peluk kepala adik dan lalu dia sekeh "KAU NAK MENANG KE, KALAH KE, MAKAN ELOK-ELOK! JANGAN NAK GELOJOH SANGAT! ADA FAHAM?"
"Fa-faham!" Fang melibas-libas tangannya supaya abang dia lepaskan kepala dia dan berhenti menyekeh kepalanya "Abang.. abang.. hahaa.. hahaa! Stop lah abang"
Sai dan Shielda agak terkejut melihat kelakuan mereka berdua kerana selama ini, mereka hanya nampak Fang dan Kaizo, dua anggota TAPOPS yang selalu serius dengan misi mereka. Tidak pernah mereka melihat kemesraan dan keakraban mereka berdua. Mereka rasa ianya sesuatu yang menakjubkan. Sai dan Shielda pandang satu sama lain dan lalu tersenyum kerana mereka juga ada masanya, seperti Fang dan Kaizo juga
"ABANG! LEPASKANLAH ADIK! Adik nak pergi bertanding dah ni"
"Yelah yelah"
Kaizo mula lepaskan kepala adiknya. Fang betulkan rambut dia yang sudah berselerak sedikit. Lalu dia pergi mengambil tempat duduknya. Kaizo berdiri di hadapan adiknya dengan muka seriusnya. Dia sungguh yakin yang adik dia tidak akan berjaya tetapi dia tetap akan berikan sokongan sedikit secara senyap. Para peserta sudah pun bersedia. Faye sudah mengikat rambut dia yang panjang itu. Dia memakai cekak putih sekali dan wajah dia berubah menjadi serius. Gopal sudah tidak sabar makanan apakah yang mereka perlu makan. Harraz keluarkan sudu, garpu dan pisau yang dia bawa dari rumah. Bella tersenyum sinis sambil melihat Fang yang sedang menarik nafas panjang
"TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN! PERTANDINGAN SIAPAKAH MAKAN YANG TERBANYAK SEKALI AKAN BERMULA SEKARANG! MEREKA PERLU MAKAN PANCAKE SEBANYAK MANA YANG MEREKA MAHUKAN! ORANG YANG TERAKHIR SEKALI ADALAH PEMENANGNYA! HADIAH YANG BAKAL DIA TERIMA ADALAH-"
"MAKANAN LAGI!" kata Gopal dengan penuh semangat
"BUKAN! TETAPI VAUCER PANCAKE CAFE YANG AKAN DIBUKA DI SINI TIDAK LAMA LAGI!"
Ramai yang bertepuk tangan dengan pengumuman itu. Cafe itu akan dibuka di tepi pantai Pulau Rintis. Cafe pancake itu sesuai untuk para remaja yang ingin duduk di situ bersama rakan-rakan mereka. Sebagai tanda pembukaan cafe tersebut yang tidak lama lagi, mereka telah pun mengadakan pertandingan itu
"BAIKLAH! SAYA AKAN MULAKAN PERTANDINGAN ITU SEKARANG!"
Beberapa dulang sudah dihidangkan di atas meja pertandingan tersebut. Di dalam dulang itu penuh dengan beberapa keping pancake. Satu per satu telah diambil dan dimakan oleh para peserta. Mereka juga diberikan beberapa sos untuk menambahkan perisa kepada pancake tersebut. Di bahagian belakang setiap peserta, ada orang sedang bersedia untuk mengira jumlah pancake yang mereka makan sebentar nanti. Bella sudah tidak sabar dan dia terus mengambil sebotol nutella. Lalu dia sapukan nutella itu diatas permukaan pancakenya. Dia potong dan makan pancake itu dengan penuh nikmat. Muka dia berseri-seri apabila dapat merasai kelazatan pancake dan nutella tersebut. Fang hanya makan secara perlahan. Dia dapat rasakan dia hanya dapat sedikit sahaja. Gopal makan secara gelojoh. Dia gigit pancake itu dan kunyah secara cepat. Air telah disediakan untuk setiap para peserta di dalam pertandingan itu. Faye pula, dia sapu syrup di atas pancake itu dan lalu dia gulungkan. Dia makan secara perlahan dan kunyah sehingga lumat. Dia tidak mahu kalah di dalam pertandingan ini. Harraz, dia makan dengan penuh sopan. Yaya dan Ying tergelak melihat Harraz makan seperti seorang putera
"Begini ke kehidupan korang dekat bumi?" tanya Sai kepada Yaya
"Boleh dikatakan begitu. Pada hari minggu, ada sahaja rancangan daripada kita orang tapi adakalanya, kita orang akan buat kerja masing-masing seperti siapkan kerja sekolah ataupun tolong ibu bapa kita orang di rumah"
"Betul betul.." kata Ying sambil senyum seorang diri "Kalau ada masa, kami akan keluar bersama tapi tidak ajak kawan lelaki kami maa... dia orang suka buat hal dia orang"
"Korang akan pergi ke mana?" tanya Shielda
"Hah, esok kalau ada masa.. kita orang bawa kau pergi bersiar-siar di bandar. Bolehlah shopping sekali" kata Yaya kepada Shielda "Baju yang kau pakai ni mesti Faye yang bagi kan?"
"Memang pun" Shielda rasa tidak begitu selesa dengan pakaian dia. Baju kemeja biru berlengan panjang, seluar jeans yang ada manik-manik berwarna-warni dan juga tudung berwarna putih. Di tepi tudung dia ada sekuntum bunga palsu "Aku rasa macam.. aku ni anak patung pula"
"Hehehe.. kasihan kau" Yaya tergelak sedikit "Faye tu memang.. dia tu suka bergaya. Tengoklah dia sekarang, siap ikat rambut dengan penuh gaya"
"Esok kita cari baju yang sesuai untuk Shielda!"
"Tapi.. aku mana ada duit" kata Shielda kepada Ying "Tak kan aku nak suruh kau belanja aku hari ini. Semalam kau sudah belanja aku makan. Itu pun aku sudah bersyukur"
"Itu jangan risau maa... abang Kaizo kan banyak duit"
Kaizo menjeling matanya kepada Ying. Tiba-tiba sahaja dia perlu belanja tetamu mereka Sai dan Shielda. Dia mula merungut di dalam hatinya. Ying terus tersengih dan tidak berkata apa lagi. Kalau boleh, dia nak jauhkan diri daripada Kaizo. Suasana di pantai itu bertukar menjadi riuh-rendah. Mereka menjerit sebagai tanda sokong kepada para peserta. Boboiboy menangkap gambar setiap rakan-rakan dia yang sedang sibuk menghabiskan makanan mereka. Dia sempat mengambil gambar Fang sedang kunyah pancake dengan perlahan. Muka Fang nampak tidak larat untuk habiskan pancake yang keempat dia. Seterusnya, Boboiboy mengambil gambar Gopal yang masih lagi bersemangat. Dia makan pancake itu secara laju. Faye pula, dia tidak pandang kanan dan kirinya. Dia hanya tumpukan kepada pancake dan kepada dirinya juga. Bella seperti dia berada di syurga nutella
"Hantu nutella betul si Bella ni.. hehehe.." bisik Boboiboy
Manakala Harraz pula, masih bersopan lagi seperti biasa. Muka dia kelihatan tenang sahaja. Ramai pula budak perempuan teruja melihat Harraz dan bagi diri Harraz, dia rasa malu kerana ramai gadis berikan sokongan kepada dia. Mata Kaizo masih lagi perhatikan adiknya. Fang seperti hendak muntah di situ. Muka dia kelihatan kehijauan sedikit. Tidak lama kemudian, kepala dia terus terbaring di atas meja kerana tidak larat. Dia bagaikan hendak pengsan di situ. Akhirnya dia mengalah kerana dia tidak sanggup lagi makan pancake. Boleh naik muak dia rasa. Bella tergelak-gelak sambil melihat Fang. Akhirnya dia berjaya kenakan Fang. Semasa Bella sibuk ketawakan Fang, dia tidak sedar bahawa Fang sudah bangkit dari tempat duduknya dan lalu dia mengambil sekeping pancake untuk mencampak ke arah Bella. Tiba-tiba diri dia diheret oleh seseorang. Kaizo mengheret adiknya jauh dari situ
"ABANG! LEPASKAN ADIK! ADIK NAK KENAKAN SI MINAH TU!"
"Jangan nak mengegada!" kata Kaizo "Pergi duduk dediam dekat tempat berkelah kau"
"Tak nak" balas Fang "Sebab si pelik tu ada dekat sana. Nanti sakit telinga adik sebab dia tu jenis suka menjerit"
"Baguslah tu, pergilah temankan dia"
Fang rasa seperti mahu tendang kaki abangnya tetapi dia tenangkan diri dan harus bersabar. Jauh dari situ, Lily sudah pun siap membina istana pasir. Istana itu mempunyai beberapa cengkerang dalam pelbagai bentuk. Ianya dijadikan sebagai perhiasan untuk istana pasir tersebut. Lalu Lily tersedar bahawa dia seorang diri sahaja di situ. Kawan-kawan dia semua berkumpul di tempat pertandingan
"MA-MANA SEMUA ORANG!" Jerit Lily dengan perasaan cuaknya "UWAAAA! BBB-CHAN TINGGALKAN LILY SORANG-SORANG DEKAT SINI! TIDAKKKKKKK!"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, Fang terlantar di atas katil bilik tidurnya. Tidak larat untuk bangunkan diri apatah lagi pergi membuat kerja. Perut dia terasa amat sakit. Kaizo rasa simpati dengan adiknya tetapi dia berdiam sahaja. Fang tidak menang di dalam pertandingan itu tadi. Malah kawan-kawan dia juga gagal memenangi pertandingan itu. Faye juga turut gagal tetapi masing-masing tetap tersenyum riang
"Sakit perut? Berapa keping kau makan tadi?"
"Lebih daripada 5" jawab Fang dengan nada yang lemah
"Itu pun boleh sakit perut" Kaizo gelengkan kepalanya "Kau berehat sahaja malam ni. Pergi tidur, esok kau nak bawa si Sai dan Shielda jalan-jalan dekat bandar"
"Rasanya.. esok adik nak duduk rumah.. rasa macam nak demam"
"Alasan betul kau" bisik Kaizo "Kalau begitu, biar kawan-kawan kau sahaja yang bawa mereka. Kau duduk sahaja di rumah, jangan nak pergi mana-mana. Kalau tidak, aku akan menghukum kau"
"Terima kasih abang ku yang terlebih kacak" Fang tersengih lemah kepada abangnya
Tiba-tiba Idoli masuk ke dalam bilik dengan membawa semangkuk sup. Dia berikan mangkuk itu kepada Fang
"Nah, Idoli buatkan sup untuk abang Fang. Rasalah" kata Idoli sambil tersenyum ikhlas "Kakak Shielda dan abang Sai tengah makan sup tu dekat bawah"
Fang bangunkan sedikit badannya dan lalu ambil mangkuk sup itu. Kening sebelah dia terangkat apabila dia melihat sup itu berwarna perang dan ada beberapa ekor ikan bilis di dalam sup tersebut. Dia rasa ragu-ragu pula dengan sup tersebut
"Makanlah abang Fang"
Lalu Fang membuka mulutnya dan hirup sup itu dari sudu kecil. Rasanya agak manis dan ada rasa ikan di dalam sup tersebut. Dia tidak pasti sup apa yang dia sedang rasakan sekarang ini
"Sedap tu sup Idoli buat? Sup tu ialah SUP BISKUT KUCING!"
Fang tersembur keluar sup tersebut. Lalu dia tersedak kerana tidak sangka dia boleh makan sup biskut kucing. Fang mengesat mulutnya dengan lengan bajunya
"Sup biskut kucing?"
"Ha ah, Idoli letak biskut kucing dalam sup tu. Kenapa? Tak sedap ke?" Wajah Idoli berubah menjadi sedih "Ta-tapi.. kakak Shielda dan abang Sai elok sahaja makan"
"Adeh.. sebenarnya.." Fang tersengih kepada Idoli "Abang sebelum ni tak pernah rasa sup biskut kucing.. hehehe.. rasa dia memang unik"
"Wah! Rasa dia unik yea! TERIMA KASIH ABANG FANG! IDOLI PERGI AMBIK LAGI UNTUK ABANG FANG!"
Terus dia lari keluar dari bilik itu. Kaizo ketawa kecil sambil melihat adiknya. Dia tahu adik dia terpaksa habiskan sup biskut kucing itu dan dia pula, dia akan mencari alasan untuk tidak makan sup tersebut
"Abang.. apasal abang tak suruh Faye masakan?"
"Sebab dia dah tidur" balas Kaizo "Kenyang sangat makan pancake sampai tertidur dia dekat dalam bilik. Habiskan sup tu.. abang nak pergi mandi"
"Ta-tapi.."
Fang menggigil sebentar sambil melihat sup itu. Dia terpaksa makan sedikit demi sedikit walaupun rasa dia kurang menyelerakan. Dia terfikir, bagaimana Sai dan Shielda boleh tahan dengan sup itu? Agaknya mereka seperti Lahap juga? Takpelah, esok pagi dia buatlah sarapan pagi yang sedap-sedap untuk tetamu dia, fikir Fang. Esok dia terasa malas hendak bersiar-siar di bandar tapi dia kena buangkan sikap malas itu dan menjadi tuan rumah yang baik
"ABANG FANG! IDOLI BAWAKAN SATU PERIUK SUP BISKUT KUCING UNTUK ABANG FANG!"
Fang bagaikan hendak pengsan di situ. Dia berharap, perut dia tidak membuat masalah pada keesokan harinya..
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com