Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07 | Nama Yang Salah

Sofia berlari mendapatkan Bella yang masih kaku berdiri. Tangan kakaknya dicapai, lalu dia menarik agar Bella turut lari bersamanya.

Sofia mendekati Dann, Rizk dan Diana. "Korang! Korang cemana? Okey tak? Ada luka ke tak?" soal Sofia bertalu-talu.

Diana kemudian memukul bahu Sofia berkali-kali. Mukanya masam mencuka. Akhirnya titisan airmata menitis jua di pipi. "Fia bongok! Aku risau kau... kau tahu tak?" Diana menarik Sofia ke dalam dakapannya.

Walaupun Diana amat berterima kasih atas tindakan berani Sofia... namun rasa bersalah kerana dia tak mampu menolong Sofia tadi, adalah lebih besar menghuni benaknya kini. Kalau jadi apa-apa dekat Fia tadi... sampai bila-bila aku tak mampu maafkan diri sendiri.

Tanpa Sofia sedari, para pelajar lainnya yang di situ, sedang memandangnya dengan pandangan kagum. Tak pernah ada sesiapa berjaya hapuskan mana-mana haiwan di sini.

Tiba-tiba, seorang budak lelaki tiba di kumpulan mereka.

"Firas... macam mana? Berjaya kunci tak singa tadi?" Bella menyoal budak lelaki itu.

"Dah..." Firas menjawab sepatah. Pandangan bekunya bertemu anak mata Sofia. "So... kaulah Rizk yang bajet sangat nak jadi pemain bola terkenal tu?" Dia menyoal pada Sofia.

Sofia kerut dahinya. Derr... aku Sofialah! Aku perempuan, kot? Tak nampak ke, aku tengah pakai shawl ni? Kau dah apa hal, bajet-bajet hensem, tapi bongok!

Mata Firas memandang Dann pula. "Kau Diana... jangan nak bajet-bajet puteri dekat sini. Tak ada tempat untuk mana-mana puteri dekat sini."

Dann terkaku. Err... dah kenapa mamat ni? Rabun dekat ke? Aku lelaki segak tampan bergaya macam ni... dia panggil Diana?

Diana tersentak dengan kata-kata Firas. Jangan nak... bajet puteri sangat?

Firas mengubah pandangannya ke wajah Diana.

Diana telan liur. Menakutkan!

"Kau Dann... jangan nak bajet hebat. Kalau betul kau tu kuat sangat, waktu binatang tu datang serang tadi, kau takkan menyorok." Firas berkata dingin, matanya memandang tepat ke wajah Diana.

Giliran Diana pula untuk berasa pelik dan marah. Aku obviously perempuan, kan?

Namun, tidak pula bagi Dann. Dia terasa hidungnya bagaikan diketuk hingga penyet dek kata-kata Firas tadi. Bajet, hebat?

Firas memandang Rizk. Rizk telahpun persiapkan dirinya untuk dipanggil 'Sofia' oleh Firas.

"Dan kau Sofia..."

Tepat tekaan Rizk, apabila Firas memanggilnya dengan nama 'Sofia'. Rizk tersengih segaris.

"Dengan pakai baju gaya orang nak pergi memancing je, dah kenapa? Ni hutan, bukan laut." Firas kemudian memalingkan tubuhnya. "Dah... sekarang, korang semua, ikut aku..." Firas mula melangkah, ingin menuju ke ruang perbincangan.

Pandangan Sofia ditunduk, memeriksa pakaian di badan. Seluar hitam sweatpants... baju sweatshirt... oversize.

Mentol otak Sofia menyala. Patutlah dia sengaja panggil kami dengan nama yang salah dari awal tadi! Sebab dia nak kutuk kitorang rupanya! Taa gune! Dia cakap aku nak pergi memancing?

Walaupun berasa marah, Sofia dan rakan-rakannya tetap sahaja mengikuti Firas. Bella juga ikut serta.

Lokasi bilik perbincangan yang dimaksudkan berada di hujung bangunan kedua. Ada sebuah bilik, seperti bilik mesyuarat layaknya.

Tersedia sebuah meja bujur dan besar. Mejanya diperbuat dari batuan putih. Kerusinya pula diperbuat dari kayu.

Sebuah kerusi ditempatkan di masing-masing hujung meja. 16 kerusi di bahagian kanan meja, menghadap 16 kerusi di sebelah kiri. Jadinya, meja itu mampu menempatkan jumlah 34 orang ahli dalam satu-satu masa.

Semua pelajar melabuhkan duduk di kerusi masing-masing. "Duduklah." Cikgu Zack memberi arahan. Anehnya... ada empat kerusi kosong di meja itu.

Lutfi duduk di kerusi pertama barisan kanan. Di sebelah Lutfi ialah Firas. Dua kerusi di sebelah Firas ditinggalkan kosong. Rizk duduk di sebelah Firas, lalu diikuti Dann.

Bella pula duduk di kerusi pertama barisan kiri, menghadap Lutfi. Dua kerusi di sebelahnya dibiar kosong. Sofia duduk di sebelah Bella, dan diikuti pula oleh Diana.

Sofia kini duduk menghadap Firas.

Firas sedang menatap wajah Sofia, dengan muka tak beriak.

Sofia pamer riak muka sakit hati, sesaat. Mamat depan aku ni... kalau ada tombak dekat aku... lama dah aku korek biji mata dia!

Namun begitu, Sofia masih ada satu senjata yang bahkan adalah lebih tajam dari mata pedang.

"Encik Firas. Tolong tundukkan pandangan kamu, boleh tak?" tegur Sofia, dengan nada menjengkelkan. "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Surah an-Nur, ayat ke-30."

Firas tersenyum mendengar firman Allah SWT yang dilontar Sofia sebentar tadi. Dia kemudian membawa pandangan pada Lutfi di sebelahnya. Lutfi tersenyum mengusik, melihat Firas ditegur oleh Sofia.

"Baiklah... assalamualaikum semua." Cikgu Zack memberi salam, pembuka bicara.

"Waalaikumsalam." Jawab para pelajar termasuk Sofia dan kawannya yang bertiga.

"Sebelum kita mulakan perbincangan kita dengan lebih mendalam, boleh kita mulakan dengan sesi perkenalan diri kamu yang berempat ini dulu?" pinta Cikgu Zack.

"Saya Rizki Asfan. Panggil Rizk."

"Saya Daniel Afif. Panggil Dann."

"Saya Diana Amirah. Panggil Puteri Diana. Eyh... tak, tak. Panggil Diana."

"Saya Sofia az-Zahra. Adik Bella an-Nisaa."

"Apa?"
"Adik Bella?"
"Bukan Bella ada seorang je ke adik?"
"Kita main dengan adik Bella dulu, kecil lagi, kan? Baru 5 tahun!"

"Eyh, kejap. Bella an-Nisaa mana yang kau maksudkan ni?" Lutfi menyoal terus pada Sofia.

Sofia menunjuk jari telunjuknya pada Bella di sebelah.

"Tipulah!" Riuh dewan dengan pelbagai jenis reaksi.

...
(bersambung)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com