Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09 | Ancient Beast

Laungan azan tiba-tiba kedengaran.

"Allahu akbar, allahu akbar..."

Rizk, Dann, Diana dan Sofia mengerutkan dahi mereka. Dari mana... suara azan ni dilaungkan?

Ruangan perbincangan itu diam seketika, bagi menghormati azan. Selesai azan, masing-masing membaca doa selepas azan.

Cikgu Zack dan para pelajar mulai bangun dari duduk masing-masing.

"Jom... kita solat berjemaah." Bella mengajak Sofia. Walaupun terasa agak kekok, namun, dia dapat merasakan suatu perasaan yang sangat 'dekat' pada Sofia.

Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Lutfi kemudiannya disambung pula dengan sesi bacaan al-Quran beramai-ramai. Habis membaca al-Quran, Firas mengambil alih sesi tazkirah.

"Alhamdulilla hillazee, bi-ni'matihi tatimmus-shaalihaat. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya, segala amal shalih sempurna. Alhamdulillahi 'alaa kulli haal. Segala puji bagi Allah atas segala keadaan."

"Bila kita terima berita gembira, sebut 'alhamdulillah'... bila terima berita sedih, sebut 'alhamdulillah'. Tak kisahlah, berita yang kita dapat tuu, sedih ke, gembira ke, yang penting... kita kena bersyukur dekat Dia."

"Kalau gembira, jangan gembira sampai lupa daratan. Kalau sedih, jangan sedih sampai tak ingat tuhan. Hujung pangkalnya, yakin itu semua ialah takdir, qada' dan qadar dari Allah. Kesenangan kesusahan dekat dunia ni, ujian cuma."

"Hari ni... kita terima berita. Berita yang mengejutkan. Aku sendiri... tak pasti nak kategorikan berita ni sebagai berita yang sedih, atau berita yang gembira. Seriously, aku sendiri memang tak tahu nak letak berita ni, under kategori yang mana..."

"Tapi... yang pastinya, sekarang Allah dah utus manusia berempat ni dekat kita. Jadi, aku harap kita semua yakin dengan percaturan Allah. Mesti ada sebab kenapa Dia kirim diorang."

"Mungkin, sebagai huluran tali untuk bantu kita semua keluar dari sini? Mudah-mudahannya, macam itulah. So, sama-samalah kita semua doa, inilah penghujung carian kita, menuju jalan pulang. Allahumma aameen..."

Tazkirah pendek dari Firas berakhir. Beberapa saat kemudian, azan Isyak kedengaran bergema di seluruh bangunan.

Sekali lagi, mereka semua bersolat jemaah bersama-sama.

Pagi menjelma. Matahari mula menyingkap tabirnya, memberi sinar cahaya di muka dunia. Alhamdulillah...

Sofia melakukan senaman regangan tubuh badan. Sofia dan Diana baru sahaja menghabiskan larian pagi mereka sebentar tadi, bersama Bella. Waktu jogging tadi... sempat Bella bawa mereka berdua pusing keliling kawasan tersebut.

Hutan itu, tak adalah besar mana pun. Tapi... rupa-rupanya, istana yang mereka diami kini adalah dikelilingi hutan yang... aneh, tak logik di akal fikiran.

Istana itu terletak di tengah-tengah kawasan hutan. Manakala, di selatan hutan, merupakan habitat Gorilla Gergasi Kuno.

Laluan yang mereka gunakan untuk masuk ke sini dulu, merupakan tempat utama haiwan itu mencari makanannya. Jumlah mereka ialah empat ekor. Tiga ekor darinya sudah pernah dilihat oleh Sofia dan Diana sebelum ini. Tapi, baru sahaja tadi mereka melihat gorilla ke-4 iaitu, Raja Gorilla. Besar gila!

Timur hutan itu pula merupakan kediaman untuk Singa Gergasi Kuno. Jumlah singa di hutan itu cuma 3 ekor sahaja.

Setelah Sofia menghapuskan dua ekor singa dahulu... dia telah mendapatkan sekeping butang merah kecil.

Mengikut cerita dari Cikgu Zack, singa pertama yang ditangkap semula oleh mereka juga... telah bertukar menjadi abu sewaktu ianya baru sahaja dimasukkan ke dalam kurungan. Hal itu berlaku serentak sejurus Sofia berjaya menghapuskan dua ekor singa di balkoni bangunan.

Makanya, kawasan timur hutan adalah kosong sekarang tanpa sebarang penghuni.

Bella juga sudah membawa Sofia dan Diana pergi mengintai dua lagi makhluk aneh.

Di kawasan utara hutan tersebut menempatkan Garuda Gergasi Kuno. Ianya seakan-akan burung helang... namun amat besar. Bulunya berwarna oren keemasan. Hanya ada dua ekor sahaja burung tersebut di hutan itu.

Dan akhir sekali... di barat hutan. Ia menempatkan haiwan yang paling digeruni oleh kesemua pelajar, walau tak pernah sekalipun ia menyerang. Seekor... naga. Warnanya ialah biru kehijauan.

Walaupun ia tinggal di dalam air, pada sebelah malamnya, ia suka naik ke daratan... lalu mengelilingi kawasan tasik kecil kepunyaannya. Sekali-sekala, ia akan berterbangan di udara.

Memang betul... dahan pokok laluan mereka masuk ke sini... sudah tiada. Hutan itu pula... seperti sebuah kepulauan yang penghujungnya hanya ada gaung dan cenuram.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com