Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17 | Honeymoon

Setelah menaiki kereta, kapal terbang, teksi dan feri... setelah Nazliyana muntah hampir empat kali kerana mabuk perjalanan, dua kali dalam kapal terbang, sekali selepas mendarat dan sekali setelah tiba di jeti... mereka akhirnya tiba di tempat yang dituju.

Pulau Gaya Resort, Sabah.

Bilik di sini tidak dipanggil 'bilik', sebaliknya dipanggil sebagai 'villa'. Jenis Villa Kinabalu telah ditempah oleh Afiq untuk mereka pasangan suami isteri.

Nazliyana menaiki tangga untuk ke villa mereka. Cantiknya. Dekat luar bilik ada tempat duduklah! Siap ada bantal sofa kecil-kecil lagi. Hebatnya!

Nazliyana pandang ke arah bilik. Buntang matanya. What the? Bilik ni see through! Siap boleh nampak sepasang angsa dan kelopak bunga mawar yang ditabur dekat atas katil tu! Jangan kata langsir, sebiji blind pun tak ada depan ni!

"Arash... tak bahaya ke ni?" Nazliyana menyoal, takut.

"Bahaya apa?" Afiq menyoal semula. Dia sedang membuka kunci bilik.

"See through doe bilik ni. Nanti orang nampak... macam mana?" Nazliyana risau. Duhhh... nak buka tudung dalam bilik pun risau kalau macam ni!

Afiq tarik senyum segaris. "Villa ni private-lah. In shaa Allah, tak ada orang nak mengendap bagai. Kenapa? Naz ada plan nak buat apa-apa yang extreme dekat abang ke?" Afiq tersengih. Mulai hari ni, aku akan bahasakan diri aku 'abang' dengan Naz, secara tetap!

"Takde, takde. Dah, jom masuk." Cepat Nazliyana memotong kata-kata Afiq. Extreme? Banyaklah kome punya extreme! Saya risau nak buka tudung jalah!

Afiq tersenyum. Gelabah betul budak seorang ni! Aku belum on lagi mode romantic, dia dulu yang dah panik.

Nazliyana menghampiri katil. Ada sepasang angsa yang dibentuk menggunakan kain tuala. Terselit sehelai kad ucapan padanya.

"Comelnya..." Nazliyana tersenyum.

"Really? Abang design sendiri kad tu. So..." Afiq mendekatkan mulutnya ke telinga Naz, "Siapa nak jadi Moon, siapa nak jadi Sun?"

Nazliyana terkedu. Romantiknya suara dia! Seramnya!

Pantas, kad di tangan Nazliyana diletakkan semula pada tuala. Dia melangkah ke arah bilik mandi. Rutin bila sampai mana-mana tempat penginapan, periksa bilik mandi dulu.

Eyh! Apakah? "Arash! Mana pintu bilik mandi?" jerit Nazliyana.

Afiq tersengih lebar. Agak dah, mesti Naz terkejut. Afiq melangkah mendekati Nazliyana. "Sayang... kita tengah honeymoon, kan? Tak perlu pun pintu..."

Sa... what? Sayang? Nazliyana pusing badannya ke belakang, menghadap Afiq. Terlihat, wajah suaminya yang sedang tersenyum nakal.

"It just you... and me..." Afiq menggigit hujung bibirnya, sambil tersengih.

Nazliyana tersengih, takut. Taagune punya pintu! Waktu genting dan sangat diperlukan macam ni jugalah, kau tak ada, kan!

Solat qasar dan jamak takhir Zohor dan Asar dilakukan terlebih dahulu setelah bangun dari tidur. Afiq kemudian menempah room delivery makanan lewat tengah hari mereka.

"So, Naz nak buat apa lepas ni? Mandi kolam? Mandi pantai? Snorkeling? Jungle tracking?" soal Afiq pada Nazliyana.

Naz berfikir sebentar, lalu, "Kita jalan-jalan dekat pantai jelah..."

"Itu je?" soal Afiq, tak percaya.

Nazliyana sekadar mengangguk, lantas menyuap spaghetti bolognese ke mulut.

"O... key..." Afiq sekadar mengikut permintaan Naz, lantas menghabiskan spaghetti carbonara-nya.

Kasut kini berada di tangan masing-masing. Mereka berjalan sekadar berkaki ayam. Setelah berjalan agak jauh di pesisiran pantai, Naz membawa langkahnya ke bawah rimbunan pokok besar. Redup. "Nak duduk sini, boleh tak?" Dia bertanya, ingin meminta kebenaran Afiq.

"Boleh je."

Laju Nazliyana melabuh duduknya di atas pasir.

Afiq ambil tempat di sisi kanan isterinya.

Lama mereka membisu tanpa kata, sehinggalah, "Naz... kenapa Naz hantar gambar Dragon Ball, dulu?" soal Afiq tiba-tiba.

Suasana hati Nazliyana yang tenang, berubah 180 darjah. Dah kenapa dia tanya benda tu pula dah? Naz sekadar membisu. Dia sedang berfikir, sama ada nak bagi tahu benda betul... atau nak menipu? Yang mana satu lagi perlu?

"Nazliyana... abang tanya ni. Jawapan, please..." Pinta Afiq, lembut.

Setelah mendengar suara Afiq yang baik menyoal tadi, "Gambar Arash masuk sungai." Nazliyana menjawab.

Afiq terkejut seketika. Dia cuba menghadam kata-kata isterinya. Okey, fine... belakang rumah mak pak memang ada sungai. Make sense. Masuk sungai eyh? "Dah cemana boleh masuk sungai?" soal Afiq.

Lalu, Nazliyana menceritakan kisah dia 'diserang' oleh ayam, yang diserang oleh biawak. Afiq ketawa mendengarnya. Brutal betul ayam biawak sana.

"Naz tak tengok gambar abang, sebab tuu... Naz bagi gambar Dragon Ball?" soal Afiq.

Nazliyana mengangguk kepala. "Yelaa... gambar Arash hilang. Naz tak sempat tengok! So... Arash pun, tak bolehlah tengok gambar Naz juga. Keadilan itu, penting..." Naz memberitahu alasan sebenarnya.

Kalau dah mula menipu, nanti tipu tuu akan jadi makin berlarutan. Penipuan demi penipuan yang lain pula, terpaksa dikarang. Macam mana kalau akhirnya aku jadi pencuri? Siapa nak tanggung? Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri! Tak naklah aku jadi pencuri! Na'uzubillahi minzalik!

"Kenapa Naz tak hantar je gambar Naz? Lepas tu tulislah surat, minta gambar abang lagi sekali?" soal Afiq. Boleh je, kan, kalau dia buat macam tu? Daripada hantar surat layang ugutan pengantin lari bagai? Tapi... fine. Dia budak umur 18. Akal tak panjang mana. Fine.

"Hmm... nanti Arash ingat, Naz gedik nak tengok gambar Arash lagi. Tak pasal Naz kena cop gatai merla." Muncung bibirnya dijuih ke hadapan.

Afiq tertawa sambil geleng kepala. Tak mampu dia percaya dengan apa yang baru didengarnya. Okey... fine... mungkin, akal dia sebenarnya panjang sedikit daripada apa yang aku sangkakan.

"Arash, ingat tak hari kita nak akad nikah dulu? Kan... Arash hantar Akmal mula-mula tuu, menyamar jadi Arash. Macam mana Arash tahu yang, Naz tak tahu pun macam mana muka Arash waktu tu?" Nazliyana menyoal. Dia tersangat ingin tahu tentang itu... sejak dari hari pertama mereka berkahwin.

Afiq ambil dan hembus nafas dalam. "Sebab... Nazliyana Nadwah ialah anak Pak Cik Azizan dan Mak Cik Siti. There's no way, anak diorang akan buat sesuatu yang nakal, tanpa sebab. Ayte?"

Setahu Afiq, anak-anak mereka berdua itu memang tinggi tatasusila dan adab. Kasarnya pun... sebab diorang orang Kedah. Jadi, percakapan mereka, terdengar agak kasar. Tapi, adab, budi bahasa, first class.

"So... lepas abang fikir banyak kali, abang terfikir... mungkin Naz pun sebenarnya... tak tengok gambar abang lagi. Kan? And see... I got it right." Afiq tersenyum di akhir katanya.

Nazliyana mengangguk. Boleh tahan pandai Arash berfikir nampaknya.

"Tapi, gambar... dengan-dengan surat layang Naz sekali, abang tunjuk dekat ibu abah," sambung Afiq.

Nazliyana yang baru habis mengagumi kepandaian Afiq, membulat matanya terkejut. "Laa! Kenapa tunjuk dekat ibu abah? Alaa... malulah Naz. Arash!"

Lengan atas Afiq ditampar oleh Naz sebanyak tiga kali.

Muka Afiq automatik berkerut, menahan sakit, sambil menahan tawanya juga. Aduh, patutlah dulu kena serang dengan ayam. Sama je brutal-nya ayam dengan tuan dia!

Nazliyana tarik muncung. Stress betul aku! Memalukan! Memalukan betul!

"Naz... macam mana Naz boleh setuju... kahwin dengan abang?" soal Afiq. Dingin.

...
(bersambung)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com