Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19 | Tepian Pantai

Nazliyana pusing badannya betul-betul menghadap Afiq. Nak dengar cerita dari Arash pula! Asyik aku ja yang dok kena jawab soal siasat! Itu tidak adil!

"Kalau Naz ingat lagi... ibu abah ada jumpa emak pak dekat kenduri kahwin anak kawan diorang. Wani ikut ibu abah... Naz, Diyana, dengan Farhan ikut mak pak pergi kenduri tuu, kan?" Afiq menyoal, inginkan kepastian dari Nazliyana.

Nazliyana mengangguk. Betul. Rasanya, itulah kali pertama aku jumpa ibu dengan abah... tanpa mengetahui bahawa mereka berdua akan jadi ibu abah mertua aku! Oh my! Baru perasan!

"Masa dekat kenduri tu jugalah, ibu terus merisik Naz."

"What?" Nazliyana menjerit. Tangan automatik dibawa menutup mulutnya. "Naz tak tahu pun pasal tu. Bila sebenarnya ibu merisik Naz? Bukan sebulan lepas jumpa tuu kaa?" soalnya lagi.

"Err... Wani cerita dekat abang... masa dekat kenduri tu, ibu memang dah mula sembang pasal nak carikan jodoh untuk abang. Kebetulan, ibu tahu yang Naz dah habis SPM. So macam biasa, sel-sel otak ibu yang bernas pun, keluarkanlah idea nak kahwinkan anak dia dengan anak mak pak. Which is you je yang available, kan?" Panjang cerita Afiq.

"Tapi... yang abang pelik... kakak kepada Naz... Farhan tuu, dia tak kahwin lagi, kan? Kenapa ibu tak meminang dia je?" Afiq bertanya, ingin tahu.

Nazliyana mencebik bibirnya. "Awat? Arash nak kahwin dengan Kak Paan kaa? Mentang-mentang dia pandai. Awat? Naz yang bongok ni tak dak nilai kaa?" Muncung bibir Naz dijuih ke depan. Tahulah Kak Paan pandai, dok belajaq nak jadi dokter! Tapi... aku juga punya hati dan perasaan. Tak sanggup aku dipermainkan.

"Tak... Bukan macam tu. Abang cuma pelik je. Naz yang lepasan SPM pula, yang tiba-tiba kena kahwin awal. Macam tak adil je untuk Naz."

Nazliyana cuba menimbang-tarakan maksud Afiq. Maksudnya... dia kesiankan akulah, ye? Fine... saya maafkanlah kesalahan awak mengguris hati saya tadi.

"Sebab... Kak Paan kan... dia garang yang amat. Dia dah kata dia tak mau kahwin lagi, maksudnya dia tak mau. Ada haritu kan... dia pernah ligan best friend dia yang masuk meminang dia. Lawak gila cerita tu. Satu kampung tau! Dahlah dua-dua orang budak silat. Berdarah-darah, lebam habis depa berdua bertumbuk, sebab Kak Paan naik angin. Mungkin emak ada cerita pasal benda tuu dekat ibu kot, sebab tulah, Naz yang ter-jadi pilihan ibu untuk meminang, kan?" Berfikir. Mungkin teori ni betul. Tinggi kemungkinan, iya!

Afiq jungkit keningnya. Okey. See? Jodoh Allah tak pernah salah alamat. Memang taklah aku jodoh si Farhan. Lagi brutal dari Naz! Yang satu ni pun kadang boleh tahan juga angin dia.

"Cakap pasal naik angin ni... sebenarnya dulu, abang pun, ada juga naik angin bila tahu ibu meminang Naz. Yelah, ibu pinang Naz tanpa tanya abang dulu. Tanpa pengetahuan abang langsung."

"Cop... ini, meminang, yang sebulan lepas jumpa dekat kenduri tu kaa?"

"Ha'ahh... sebulan kemudian, yang official tuu. Seriusly, abang takut gila... kalau-kalau Naz memang betul terima pinangan tu. And waktu abang outstation dekat Johor, ibu telefon abang, bagitahu yang keluarga Naz cakap... Naz dah pun setuju."

"Well hey... congratulations Afiq. The wedding is, soooo on." Afiq lepas keluh berat kemudiannya.

"Ibu pula entah cemana, boleh pula bagi cadangan, kita tak payah bertunang bagai, dalam masa dua bulan... terus je akad nikah, kahwin."

"Padahal, abang sibuk gila dekat pejabat waktu tu. Cuti sekolah dah dekat. Resort, hotel keluarkan segala proposal untuk program cuti sekolah."

"Lepas tu, abang kena pergi segala hotel, resort... pantau sendiri keadaan dan aduan dari pelanggan. Periksa keadaan staff dekat sana macam mana. Abang, sibuk gila waktu tu. Balik rumah ibu pun tak sempat." Afiq berhenti seketika. Dia menarik nafas dalam. Dugaan...

"Tak lama lepas tu, abang balik dari Kelantan kalau tak salah, tergerak hati nak balik rumah ibu, sebab dah lama gila tak balik sana, kan. Malam tu juga, tiba-tiba ibu bagitahu abang, minggu depan dah majlis akad nikah."

"And I seriusly, totally, freak out. Waktu tu... baru abang teringat, abang tak tengok pun lagi gambar Naz." Afiq akhirnya pandang ke muka Naz.

Nazliyana yang dari tadi melihat wajah Afiq, alih pandangannya ke pasir. M. A. L. U.

"Sekali abang tengok, gambar Dragon Ball yang Naz kirim? Macam nak gila je abang tengok gambar-gambar tu." Hembus nafas lagi.

"Tapi kebetulan, minggu tu memang abang ada nak kena pergi meeting, dekat Penang. Ingatkan bolehlah jumpa face-to-face waktu tu. Dah tiba-tiba, Naz pula tak ada. Pergi interview sambung belajar... dekat Ipoh, kan?" soal Afiq kepada Naz.

Naz mengangguk kepalanya, mengiyakan. Betul, aku ada interview dekat Ipoh. Aku tidur rumah kawan aku dekat sana.

"Dua hari abang dekat Penang, dua hari tu jugalah, Naz dekat Ipoh. Drama kan, kisah sebelum kita kahwin?" Afiq tersenyum setelah habis mengimbau kenangan. Hectic gila rasanya hidup dalam masa dua bulan tu.

Nazliyana juih bibirnya ke hadapan. Rasa bersalah pula aku dah kirim gambar Dragon Ball dekat Arash dulu. Tak sangka dia sibuk sampai macam tu sekali. Mesti tertekan. Tengok pula gambar Dragon Ball, mesti bertambah-tambah rasa tertekan dia! Hmm...

"Arash ni, kerja apa sebenaq-nya? Kenapa sibuk sangat?" soal Nazliyana.

"Biasanya, abang tak adalah sibuk macam tu. Selalunya, buat kerja dekat pejabat je. Tapi, sebab ada program cuti sekolah, so, orang-orang yang kerja dalam bidang pelancongan ni, memang sibuklah sikit," jelas Afiq.

"Best kaa kerja bidang pelancongan ni?" soal Nazliyana lagi.

"Hmm... ikut oranglah. Kalau dia suka, best je. Kalau memang originalnya dia tak suka, susahlah sikit nak rasa best," jawab Afiq.

"So, Arash suka kerja ni?" soalan ketiga Naz dalam masa seminit.

"Waktu abang pergi pantau setiap hotel dulu... abang akan nampak ada keluarga, pasangan, geng kawan-kawan yang gembira... bahagia waktu diorang bercuti."

"Macam abang sendiri, waktu abang pergi buat lawatan tu, dapatlah juga abang rehatkan diri. So, bila tahu kerja yang kita buat boleh rapatkan hubungan... eratkan mana yang dah regang, rapatkan yang belum dekat, macam kita berdua sekarang..." Afiq mendekatkan wajahnya ke wajah Nazliyana.

Nazliyana sedikit ke belakang.

"Best-lah juga rasanya. So, Naz best ke tak... bercuti dekat sini?" soal Afiq pula bersama seukir senyuman.

Nazliyana bangun dari duduk tanpa menjawab soalan yang dikemukakan oleh Afiq. Belakang bajunya digosok dengan tangan, yang juga berpasir sebenarnya. Lalu, kasut diambil dan dipegang. Berjalan dekat pantai, berkaki ayam adalah cara yang terbaik!

Afiq ikut bangun.

Naz toleh sedikit, dilihatnya Afiq sedang mengikutnya dari belakang. "Tapi kan... kenapa kawasan gunung... kawasan pantai... selalu jadi kawasan pilihan untuk bercuti?"

"Tak kiralah dengan keluarga kaa... dengan kawan-kawan kaa. Mesti cari kawasan bergunung macam Cameron Highlands... tak pun kawasan berpantai, macam dekat sini. Pernah terfikir tak, ke... na... pa?" soal Naz pada Afiq.

Selesai sahaja Nazliyana mengemukakan soalan, kakinya terpijak sesuatu yang tajam. Dirasakan dirinya sedang melayang jatuh.

Belum sempat Nazliyana betul-betul terjatuh, Afiq pantas mencapai isterinya.

Kini, mereka bagai berada di hujung tarian romantis. Posisi tangan Nazliyana memaut erat leher Afiq, dan tangan Afiq memaut rapat pinggang Naz. Afiq dekatkan wajahnya pada Naz.

Naz tidak melarikan pandangnya kali ini, kerana masih berasa terkejut. Jantungnya terasa berdebar bagai ingin melompat keluar.

"Sebab inilah... orang suka kawasan berpantai. Especially... untuk berbulan madu." Bibir dibawa ke wajah Nazliyana. Bahagian tepi bibir Naz dicium oleh Afiq. Finally, I got it!

Sampai sahaja di hadapan villa, Nazliyana menghalang Afiq dari masuk ke dalam bilik mereka. Kunci bilik dirampas oleh Naz dari tangan suaminya.

"Arash duduk dekat sofa tu. Naz nak mandi dulu."

Pintu bilik kemudian ditutup dan dikunci. Fuhhh! Masih tak boleh dipercayai! Resort ni, bilik airnya tak ada pintu! Aku dahlah sakit perut ni! Membuang sisa usus dengan bilik air tak ada pintu? Tak boleh weyh! Insecure!

Afiq di luar bilik, terkaku. Apa... yang... terjadi ni? Baru tadi sweet-sweet di tepian pantai, tiba-tiba aku kena lock out dekat luar? Parah. Ingatkan pilih resort yang tak berpintu bilik airnya, cepatlah sikit kitorang rapat. Tak juga...

Afiq membawa langkah ke kerusi rehat yang tersedia di luar bilik. Laut luas terlihat di kejauhan.

Nazliyana Nadwah... Macam mana aku nak mengorat kau ni, sebenarnya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com