20 | Tidak Berjaya
"Macam mana?" Afiq yang sedang duduk di atas sofa bersebelahan meja kerjanya, menyoal. Mug yang berada di tangan dibawa ke mulut. Air milo suam disedut perlahan. Matanya masih memerhati Nazliyana di atas katil yang sedang duduk menghadap komputer riba milik Afiq sendiri.
Nazliyana menjawab soalan Afiq dengan sekadar menggeleng kepalanya. Skrin komputer riba ditatap tanpa kedip.
Harap maaf. Permohonan anda tidak berjaya.
"Arghhhh!"
Afiq yang tengah hirup air, tersedak mendengar jeritan tersebut.
Nazliyana bangun, lalu dia melangkah keluar dari bilik tidur.
Mug di tangan diletak ke atas meja. Afiq mengikut jejak langkah isterinya. Tak pernah-pernahnya Naz menjerit macam orang gila. Tiba-tiba je?
Nazliyana menuju ke bilik gim. Satu je benda yang dicari... punching bag. Ditumbuk-tumbuk beg itu untuk melepas rasa kecewa yang merasuk di hati.
Afiq berdiri di muka pintu bilik gim. Dilihatnya, Naz sedang memanfaatkan beg menumbuknya dengan sebaik mungkin.
30 saat kemudian, Afiq mula melangkah mendekati Nazliyana. Bibir tanpa sedar, mengukir sengih kecil, sambil menggeleng kepala.
Macam budak kecil betul budak ni. Dah takdir... qada' dan qadar tertulis, inilah jodoh aku. Jadi, sabar jelah wahai diri. Mungkin, ini ialah cabaran, dugaan, yang Allah sengaja turunkan dekat aku... sebagai penguji kesabaran.
"Hush... hush..." Afiq menarik turun tangan Nazliyana. Tubuh si isteri ditarik ke dalam pelukan. Dia berdiam diri untuk 10 saat, cuba tenangkan Naz.
"Sabar... Allah knows better than us do, sayang. Sabar... dia ada rancangan yang lagi baik untuk Naz, in shaa Allah. Innallaha ma'ashobirin, Allah senantiasa bersama orang yang bersabar."
"Jangan pernah ragu-ragu dengan plan Dia. Okey? Bersyukur je. Dia dah janji... kalau Naz bersyukur, Dia akan bagi lebih lagi. Rightio?"
Nazliyana muncung bibir, sebek (ekspresi muka sebelum menangis). Sedih... sedih... nak nangis... tapi ada Arash... tak boleh nak nangis, malu. Nak emak, nak peluk.
"Come..." Afiq menarik tangan Naz. Dibawanya Naz keluar dari bilik gim, menuju ke bilik tv. Kawasan balkoni menjadi pilihan. Mereka duduk di atas lounge chair yang sama, menghadap satu sama lain.
"Yang Naz check tadi tuu, permohonan masuk IPTA je, kan?" Afiq memulakan bicara dengan soalan.
IPTA, Institut Pengajian Tinggi Awam. Senang faham, universiti.
Nazliyana lepas keluh, "Arash... tadi tuu peluang terakhir untuk Naz sambung belajar dekat universiti. Itu keputusan permohonan rayuan dah..." Nazliyana menjawab, sedih.
"Tak payah risaulah. Naz nak belajar dekat u, bila-bila masa je abang boleh hantar. IPTS banyak je dekat sini. Naz cakap je, u mana yang Naz nak pergi, abang..."
"Tak nak. Yuran IPTS mahal gila Arash. Mahal, gi...la..." Tolak Nazliyana sambil menggeleng kepala. IPTS... yuran setiap semester ada yang sampai cecah puluhan ribu ringgit. Itu baru yuran pengajian je! Belum lagi yuran asrama, duit makan, duit belanja bagai. Tak nak! Tak nak jadi terlalu menyusahkan.
"Tapi... Naz nak sambung belajar lagi, kan?" soal Afiq, pelik. Tadi, cakap nak sambung belajar. Sekarang, tak nak pula? Apakee?
"Memanglah nak. Tapi, bukan dekat IPTS yang pastinya." Tekad Nazliyana.
"Dah tuu, cemana?" soal Afiq, buntu.
"Jom balik kampung," ajak Naz. Tapi, ianya lebih kepada satu arahan bagi Afiq... si pemandu rasmi Nazliyana.
Tapi... apa kena mengena balik kampung dengan sambung belajar ni? Afiq kerut dahi, memikir.
"Emak... Naz nak sambung belajaq dekat sini ja, boleh?" Nazliyana menyoal Puan Siti, perlahan. Boleh, boleh, boleh. Kan best kalau aku ada kuasa memukau. Tapi, emak mesti akan cakap...
"Tak boleh Naz. Tempat seorang isteri..."
"Di sisi suaminya..." Lemah Nazliyana menyambung ayat itu. Dah agak dah! "Emak ni... ayat... ikut piawaian drama sangat..." Naz muncung bibir. Merajuk.
"Nazliyana... bersyukur. Ni pun, nasib baik Afiq izinkan hang sambung belajar. Kalau dia tak jadi nak izinkan, macam mana?" soal Puan Siti.
"Hurm... kalau dia tak izinkan, nampak sangat dia tuu kejam... kan?" soal Nazliyana tersengih, sambil menjungkit kedua-dua belah kening pada ibunya.
Pastinya, peha Naz diberi ganjaran tamparan percuma oleh Puan Siti.
Nazliyana muncung bibir lagi sekali sambil menggosok pehanya. Pedih weyh!
Puan Siti bangun dari duduk. Dia menuju ke dapur. Hilang susuk tubuh Puan Siti, datang pula Afiq ke ruang tamu rumah itu.
Afiq mendekati, lalu melabuhkan duduknya di sebelah Nazliyana. Dahinya berkerut. "Naz... kenapa abang rasa, rumah ni sunyi semacam je?" soal Afiq.
"Arash... kita balik ni, bukan cuti sekolah, bukan hujung minggu. Abang kakak Naz semua ada dekat rumah depa masing-masinglah."
"Abang Paih dengan Kak Paan tak dak. Depa balik kampus dah. Diyana tak balik sekolah lagi. Dia balik pukul dua satgi rasanya." Terang Nazliyana pada Afiq.
Afiq mengangguk faham. Betullah, kan? Waktu aku duduk kampung... masa yang lepas akad nikah dulu... anak-anak saudara Naz, abang kakak dia sekali... semuanya duduk di kampung. Dari pagi hari, sampai tengah malam, rumah ni tak pernahnya sunyi. Sekarang, rasa janggal pula bila tak ada sebarang bunyi.
"Naz dah cari ke semua dokumen? Dah jumpa?" soal Afiq.
Nazliyana jungkit kening dengan riak muka tak puas hati. "Eyh kamu... kita sampai kampung ni, tak sampai 6 jam pun lagi. Awat? Nak balik KL dah kaa?" soal Nazliyana. Aku baru jaa nak on mood balik kampung!
Nazliyana mengajak Afiq pulang ke kampung bertujuan untuk mencari segala fail sijil persekolahannya. Dia berniat ingin menyambung pelajaran ke peringkat STPM di Kuala Lumpur.
Afiq terdiam. Tiga saat kemudian, "Eyh kamu... kamu tuu, cari buah epal dalam peti ais, 2 hari pun tak jumpa-jumpa. Inikan pula nak cari dokumen."
Bahu Afiq kemudian dihadiahi selempar tamparan padu dari Naz.
"Nazliyana! Pedihlah!" Afiq mengaduh. Suaranya cuba dikawal seperlahan mungkin... tak nak didengari Puan Siti. Tangannya pula menggosok bekas tamparan Naz tadi.
"Barulah padan. Kutuk orang lagi, kena..." Kata-kata Nazliyana terhenti apabila Puan Siti tiba membawa dulang cawan bersama air teh dan biskut kering.
Nazliyana pantas mengukir senyum sebakul. Takut emaknya suspek dia berbuat salah.
Dulang air diletak di atas meja. "Kenapa Afiq? Awat muka merah jaa? Panas kaa? Laa, Naz... awat tak buka kipas?" soal Puan Siti, terkejut. Dia berlalu menekan buka suis kipas.
Afiq memandang Nazliyana tajam. Mentang-mentang kamu dekat kampung sekarang, beranilah kamu tampar saya. Balik KL nanti, siap!
Nazliyana mengipas air teh yang baru dibancuh oleh emaknya, menggunakan tapak tangan. Dia menahan diri dari tertawa apabila melihat muka merah Afiq yang macam...
"Emak... pak pi angkat bubu kat sungai, kan? Bila pak nak balik? Tengok muka Arash merah macam udang gini... Naz teringin nak makan udang galah bakaq..." Tergiur dan terliurnya saya.
Afiq jeling Naz. Eyh? Berani samakan aku dengan udang bakar? Siaplah, aku bakar kau pula! "Eyh, Puan Nazliyana... teringin nak makan udang galah ke? Mengidam ke ni?"
Bundar mata Nazliyana mendengar soalan Afiq. Wajahnya pantas dialih memandang ke arah wajah si suami.
"Laa... mengidam? Naz... hang mengandung dah kaa? Kalau macam tu, tak payah sambung belajar dahlah!" Puan Siti nyata terkejut.
Nazliyana lipat maut. Matanya memandang ke arah wajah si emak dan si suami silih berganti.
Apakah? Mengandung? Bersama-sama dengan si dia pun tak pernah! Inikan pula mengandung? Afiq Arash!
"Dak pun, mak. Afiq Arash!" Bahu Afiq ditumbuk Naz tanpa henti. Mengada! Gedik! Ghodek! Tak malu! Tak tahu malu!
"Ya Allah! Naz! Laki hang tu!" marah Puan Siti.
"Emak, Arash ni! Mengada-ngada!"
"Arash? Hang panggil laki hang guna nama jaa kaa? Ya Allah..." Puan Siti menggeleng kepalanya. Apa nak jadilah dengan budak bertuah seorang ni?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com