Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

001

Yun POV;

"Oppa. Panggil lah budak-budak tu sini. Semua terperap dalam bilik je buat apa."

Aku memuncungkan bibir memandang Yoongi yang leka bermain dengan Haneul.

"Buat apa nak panggil dorang? Biarlah dorang. Dah besar, pandai lah nak hidup."

"Tsk, bosanlah kalau berkumpul macam ni tapi semua buat hal sendiri. Apa kata kita pergi picnic?"

Yoongi menggeleng.

"Malaslah. Nak baring sambik peluk-peluk Yun. Hehe."

Aku menjeling. Mengada tak sudah.

"Noona!!"

Jungkook merangkul leherku dari belakang. Aku ketawa.

"Aigo. Dulu Kookie kecik tak sampai paras pinggang noona pun. Sekarang tengoklah."

"Eh eh Kookie. Yang kau peluk Yun tu kenapa?"

Wajah Yoongi masam. Bibirnya dimuncungkan.

"Ala hyung ni. Dengan Kookie pun nak jealous ke? Kookie nak manja-manja dengan noona sebab dah lama tak jumpa. Rindu tau tak?"

"Noona pun rindu Kookie. Duduklah sini. Panggil yang lain. Kita main game nak?"

"Em, game apa?"

Jungkook masih merangkul leher aku seraya berbisik dengan aku. Wajah Yoongi dikerling.

Merah je muka dia. Hahahaha, apa nak jadi lah. Dengan Kookie pun nak jealous. Tak faham aku.

"Kita imbas balik kenangan masa korang kecik nak? Macam-macam noona nak cerita."

Jungkook mengganguk laju.

"Nak nak! Asso! Kejap Kookie panggil yang lain."

Sebaik sahaja Jungkook pergi, Yoongi duduk di sebelah aku. Haneul yang sibuk main dengan teddy bear dipeluk erat.

"Ni kenapa duduk sini?"

"Nak dekat dengan Yun.."

"Pergi duduk kat sofa sana tu. Ish. Banyak lagi sofa, dengan kita juga dia nak menyempit."

"Aaaa.. Yun nak yun!!!"

Dah mula dah.

"Ha yelah yelah. Duduk jelah mana-mana oppa nak. Atas Yun pun boleh."

"Em, tu dalam bilik je.. Tehee."

Aku mencubit pipinya. Ada ke cakap macam tu depan Haneul.

"Noona!!"

"Nak dengar cerita!"

Keenam-enam dongsaeng aku mula mengambil tempat. Aku ketawa melihat telatah mereka.

Tak pernah berubah.

"Noona start eh?"

Angguk.

"Eh kejap. Joon nak letak cawan ni dekat dapur."

Namjoon bangun, baru melangkah. Tanpa disedari, kakinya tersadung permaidani.

"Aaaaargh!"

"Joon!"

"Selamatkan Namjoon dia nak jatuh!"

Keputusannya?

Praang!!! Kletak!

Cawan kaca tersebut pecah berderai. Screen TV retak.

Semua orang mengganga. Namjoon yang jatuh terlungkup bangun dan tersengih. Belakang leher digaru. Matanya mengelak pandangan membunuh Yoongi.

"Tau tak... Aku baru je repair TV tu. TV tu banyak sejarah dengan kita. Aish, jinjja."

"Mianhe hyung.. Joon tak sengaja."

"Hm, gwenchana.... Aku dah lama pasrah dengan kau ni."

Yoongi memicit dahi. Pening dibuatnya dengan perangai budak-budak ni.

"Kejap eh Joon pergi letak ni."

"Eh tak payah. Biar Chim je yang pergi. Nanti satu rumah roboh kalau hyung pergi."

Namjoon mencebik.

"Korang..."

Hoseok bersuara panik dan perlahan.

"Tangan Tae macam patah je."

"Mwo? Mana? Sini noona tengok."

Aku meluru ke arah Taehyung yang senyap sedari tadi. Tangannya aku belek.

"Mana ada patah noona. Hoseok ni propa je. Tadi masa nak halang Joon hyung, Tae terjelepok. Tu yang bunyi macam tulang patah. Sebenarnya, tak. Cuma meletup je."

Aku mengeluh lega. Hoseok tersengih-sengih.

Sekembalinya Jimin ke ruang tamu. Aku menarik nafas.

"Ready?"

***

"Uh...uh.."

Aku terjaga bila suara Haneul merengek kedengaran. Bahunya aku tepuk-tepuk untuk menidurkan dia semula.

Selang beberapa minit, Haneul kembali tertidur. Yoongi di sebelah yang memeluk aku erat dijeling sekilas.

Kiri kanan menghimpit. Panasnya. Yoongi ni pun satu, manja semacam.

Tekak yang terasa haus membuatkan aku nak ke dapur. Dengan bersusah-payahnya aku bangun dari katil tanpa membuat bunyi bising.

Kalau terjaga Haneul ni, payah nak tidurkan balik.

Air suam dituang ke dalam cawan dan diteguk laju. Risau pula tinggal Haneul lama-lama.

Eleh cakap jelah rindu nak peluk Yoongi.

Mana ada! Ish sibuk jelah hati ni.

Malas nak melayan hati sendiri, aku melangkah laju ke bilik. Belum sempat daun pintu ditolak, aku terdengar seperti suara Taehyung mengerang kesakitan atau meracau? Aku pun tak pasti.

Apa yang pasti, suara tu datang dari bilik di hadapan aku.

Bilik Yoongi dengan Taehyung dulu. Sekarang Taehyung tidur dengan Jimin kalau balik rumah ni.

Omma, eomma dan appa biasanya takkan ikut balik ke rumah ni. Katanya nak bagi kitorang adik-beradik spend time sama-sama. So, dorang tinggal dekat rumah aku dan Yoongi sambil tolong tengok-tengokkan keadaan rumah tu.

Daun pintu ditolak.

"Tae.. Chim.."

Keadaan bilik yang gelap menyukarkan pandangan. Suis lampu ditekan. Bilik menjadi terang.

"Noona, wae?"

Jimin terpisat-pisat bangun. Matanya yang sepet semakin sepet aku tengok.

"Ani, tadi noona dengar macam Tae mengerang, dia sakit ke? Atau dia meracau?"

Taehyung yang tidur membelakangkan aku dan Jimin dipandang.

"Tae.. Tae.. Yah, Kim Taehyung."

Jimin menggoncang badan Taehyung namun tiada respons. Aku risau. Kaki membuka langkah ke arah Taehyung. Wajahnya ditutupi selimut.

Aku tarik selimut perlahan. Wajah Taehyung yang lena tidur dipandang. Pipinya aku usap perlahan.

"Tae, gwenchana? Kenapa noona dengar Tae macam meracau? Tae sakit ke?"

Taehyung membuka matanya perlahan-lahan. Sebaik sahaja dia nampak aku, dia terus jegilkan mata dan tarik aku ke dalam pelukkannya. Aku terkedu. Wajah Jimin yang turut terkejut dipandang.

Belakang badannya aku usap perlahan. Taehyung menggigil.

"Noona... Ta..Tae.. Mim...Pi.."

Percakapannya yang tersekat-sekat menyukarkan aku untuk memahami apa yang cuba disampaikan. Dahi berkerut.

"Mwo? Tae cakap slow-slow. Tarik nafas dulu. Hembus.. Tarik.."

Taehyung mengulangi langkah tersebut mengikut arahan aku. Dia menjadi semakin tenang.

"Tae mimpi noona..... Kena bunuh. Tae takut. Tae tak nak noona tinggalkan Tae.."

Pelukkannya pada aku dieeratkan. Aku mengusap rambutnya perlahan.

"Shh, Tae mimpi je tu sayang. Noona ada je dekat sini. Dah, jangan fikir sangat.."

Jimin yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi merangkak ke arah aku dan Taehyung dan menepuk-nepuk bahu Taehyung perlahan.

"Noona, Chim pun takut kalau noona tinggalkan Chim. Noona janji tau jangan tinggalkan kitorang."

Aku mengganguk. Masih dalam dakapan Taehyung, Jimin yang duduk di belakang Taehyung tetapi menghadap aku dipandang. Pipinya yang semakin gebu aku usap.

"Nae, noona takkan tinggalkan korang kecuali maut yang memisahkan kita. Dah janganlah sedih-sedih macam ni. Kita berkumpul pun sekali-sekala je. Tak nak nangis Tae kan dah besar."

Taehyung masih tersedu-sedu, air matanya aku usap perlahan. Jimin kembali menjadi pemerhati. Matanya tak lepas memandang aku.

Haish, tak boleh ke dorang jadi budak-budak balik? Rindu pula nak tengok muka comel dorang.

Kreeet....

Bunyi pintu ditolak dari luar. Taehyung meleraikan pelukkannya pada aku. Wajah Yoongi terpacul.

Perasaan aku je atau memang muka dia merah?

"Yun.."

"Nae, oppa."

Rambut Taehyung aku usap sebelum aku bangun dari katil dan melangkah ke arah Yoongi.

"Wae oppa terjaga ke? Haneul menangis?"

Pang!

Aku terkedu.

Dia tampar aku?

"Oppa..."

Lidah aku kelu. Aku hanya memandang wajahnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com