001
"Noona, nampak tak kat mana kunci kereta Tae?"
Taehyung dah tergaru-garu kepala. Matanya melilau mencari kunci kereta yang ghaib entah pergi mana.
"Adalah atas rak tu kan? Kan Tae biasa letak dekat situ."
Aku menepuk-nepuk punggung Haneul yang selesa berbaring di atas peha aku seraya menyumbangkan pertolongan pada Taehyung yang dah tak tentu arah tu. Aku tolong pandang jelah mampu.
"Ish, tulah Tae tak faham betul. Semalam masa Tae balik memang Tae letak dekat atas tu je. Aduh, dah lambat ni!"
Wajah Taehyung yang putih bersih berkerut-kerut menahan terik matahari pagi yang terpancar. Macamlah panas sangat. Over je muka dia sampai naik merah macam tu.
"Cuba Tae tanya Chim. Semalam noona nampak dia main dengan Haneul tapi tak tahulah dorang main apa. Mungkin kunci Tae tu."
Aku menguap. Baru bangun tidur dah mengantuk balik. Taehyung hanya mengganguk seraya berlari masuk ke dalam rumah. Macam abang gajah dia berlari naik tangga. Aku harap tak robohlah tu.
"Chimmie! Mana kunci kereta hyung?"
Taehyung menerjah masuk ke bilik Jimin.
"Er... Hyung.."
Jimin terkedu seraya memandang Taehyung yang termengah-mengah mencari nafas. Sebaik sahaja Taehyung memandang Jimin, dia ketawa.
"Ei apa ni tak pakai baju! Tak malu, Chimchim tak malu!"
Wajah Jimin bertukar merah. Kelam-kabut dia panjat katil dan duduk dalam selimut. Berselubung sampai nampak mata je.
"Hyung lah ni! Chim tak sempat nak pakai baju tau sebab hyung main masuk je, tsk."
Taehyung masih ketawa. Sampai berair mata. Over semacam pula alien ni. Jimin dah pandang Taehyung macam nak terkam je. Rambut Jimin yang basah menandakan yang dia baru lepas mandi, patut pun tak pakai baju.
"Mian mian, hyung sebenarnya cari Chim nak tanya Chim ada main kunci kereta hyung ke? Ni dapat freeshow pula. Hahaha."
Jimin mencebik. Dalam kepala dah terbayang bermacam adegan untuk bunuh Taehyung. Sememangnya Jimin memang pemalu.
Taehyung berjalan ke arah Jimin. Dia duduk di birai katil seraya mencubit pipi gebu Jimin.
"Dah tak payah nak berselubung macam hantu bungkus dah hyung tengok. Jawab la cepat hyung tanya dah dua kali dah, ish."
Taehyung mengetap bibirnya. Geram tengok kecomelan Jimin dengan pipi merah dia, bibir tercebik-cebik.
"Chim tak main pun kunci hyung.."
Jimin menepis tangan Taehyung yang bermaharajalela dekat pipi dia. Taehyung terangguk-angguk seraya tersenyum petak. Kepala Jimin diusap.
Dengan tawa yang masih bersisa, Taehyung melangkah untuk keluar dari bilik Jimin. Sebelum dia tutup pintu, sempat dia cakap.
"Jangan risau Chim, hyung tak nampak apa apa pun walaupun Chim tak pakai seluar."
Dia mengenyit matanya sebelum menutup pintu seraya ketawa terbahak-bahak. Jimin cemberut habis. Tangan kecilnya menumbuk-numbuk katil.
"Hyung!!!"
***
"Akhirnya, berjaya pun! Rasakanlah resipi terhebat Kim Seokjin, huahuahua. Habislah kau kalau ni Kyung Soo! Aku akan menang!"
Jin menjerit histeria seraya tergelak. Pandangan-pandangan liar yang terhala padanya, dia abaikan. Lantaklah apa yang orang nak cakap, asalkan kau bahagia. Hashtag Kim Seokjin for life.
"Hyung! Janganlah terjerit-jerit. Lari customer hyung nanti."
Jungkook yang risau Jin tiba-tiba menjerit punya kuat menghembus nafas lega bila tengok Jin baik baik je. Ingatkan dah hangus ke apa, terbakar ke, hm, menghampakan. Baru nak call ambulance.
Jin menghiraukan Jungkook yang beriak hampa. Dengan wajah gembira, dia menekap kedua-dua belah pipi Jungkook sampai termuncung bibir budak tu. Mata Jin terbuka besar, bibirnya tersenyum lebar. Menandakan betapa gembiranya dia.
"Kookie! Kau patut gembira untuk hyung! Hyung dah berjaya buat cake yang rasanya pasti akan mengalahkan Chef Kyung Soo tu! Hah, tunggu jelah nasib dia nanti!"
Bergegar-gegar pipi Jungkook bila Jin goncang muka dia. Jungkook dah rasa macam nak pitam. Bukan sebab gegaran, tapi sebab bau mulut Jin.
"Ish hyung ni kot ye pun happy, cuba rajinkan diri pergi berus gigi. Ni dah berapa hari hyung tak berus gigi? Gigih sangat tukar resipi sampai diri sendiri pun tak terurus. Tengok ni, baju ni dari semalam kan hyung pakai?"
Pelik Jungkook dibuatnya. Buat pertama kali dalam hidup Jin hyung dia yang paling pembersih, tak pernah lupa berus gigi, lupakan semua tu semata-mata nak siapkan resipi cake terulung dia tu.
Jin melepaskan wajah Jungkook seraya berpaling memandang cake yang baru terhasil dengan wajah yang bangga.
"Kau takkan faham betapa peritnya hati ni bila kena perli dengan chef yang annoying tu, kau takkan faham Kookie! Hyung rasa tercabar sangat, dan akhirnya! Hyung dah berjaya! Hyung yakin hyung akan menang hahaha."
Jin menyeka air mata palsu. Tergeleng-geleng Jungkook dibuatnya.
"Tahniah hyung! Kookie jaga counter kejap ada customer."
Jungkook berjaya lari dari Jin yang dah sikit putus wayar kepala dia. Dalam hati dia tak putus-putus berterima kasih pada customer yang datang tu sebab dia berjaya lepaskan diri dari pelukan dan sentuhan Jin. Dahlah tak mandi sampai dua hari.
"Kookie, nanti hyung dah terkenal hyung naikkan gaji Kookie. Hahahaha, muah!"
Jin mencium cake yang berada ditangannya seraya ketawa. Jungkook yang dekat counter buat-buat tak dengar je.
"Kenapala aku volunteer nak kerja dengan Jin hyung ni.. Aduh..."
Jungkook dah nak naik gila sebenarnya terpaksa rasa macam-macam jenis masakan Jin. Ada sekali tu dia cirit-birit sampai 2 minggu sebab bahan-bahan yang Jin guna. Sampai pucat-pucat Jungkook dibuatnya, berat pun turun sampai 4 kg, tsk.
"Tapi takpa, sayang hyung punya pasal..."
Jungkook tersenyum seraya memandang Jin yang bercakap dengan cake tu sambil berpusing-pusing dekat dalam dapur. Jungkook berusaha mengusir fikiran-fikiran negatif yang suruh dia on api dekat stove, biar Jin terbakar..
***
Yoongi menanggalkan cermin mata yang tertulis 'AgustD' pada bingkainya. Dia memicit dahi seraya menutup mata. Kesakitan pada kepalanya semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni. Mungkin sebab banyak sangat hadap komputer.
"Hyung, berhentila kejap tu. Pening je Joon tengok. Minum air ni."
Namjoon melangkah mendekati Yoongi yang tersenyum lesu. Dia menyambut huluran gelas yang disua.
"Gomawo Joon. Hyung kena siapkan juga kerja ni hari ni sebab esok kena submit. Tapi hyung pening ni, banyak sangat nombor."
Air di dalam gelas diteguk. Lega rasanya lepas seharian haus disebabkan aircond dalam bilik tu. Nak keluar lunch memang dia tak sempat.
"Banyak lagi ke? Dah nak pukul 7 ni. Takkan hyung nak OT lagi?"
Yoongi mengeluh seraya memandang Namjoon dengan pandangan yang membuatkan Namjoon berdebar.
"Hyung rasa macam nak berhenti je.."
-----
wee woo wee woo theyre back! who is excited for this season? >,< based on majority, kita decide for season 3!! enjoy ya my dear readers ehehehehehe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com