Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0013

"Saya ada dua berita. Satu baik, dan satu buruk. Yang mana patut saya beritahu dulu?"

Soal doktor itu dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Yun, Suho dan yang lain tergamam.

Doktor ni buat saspens je.

"Mana-mana lah doktor.."

"Baiklah, berita gembiranya, Kim Taehyung selamat. Kecederaan yang dialami tak teruk, dia pengsan sebab terlalu terkejut."

Doktor itu menghembus nafas berat. Wajahnya berubah.

"Bagi Encik Kai pula... Kami minta maaf. Kami dah cuba sedaya-upaya. Tapi keadaan tak memihak pada kita. Dia mengalami pendarahan otak yang sangat serious. Maafkan kami.."

Pembuluh darah Suho terasa ingin pecah. Dia kaku dan tergamam di situ. Matanya memandang wajah doktor tersebut seraya menggeleng.

"Ha.. Ha.. Tipu, kau tipu kan? Tak mungkin..."

Kaki Suho terasa lembik. Dia jatuh terduduk di atas lantai. Air mata mengalir lesu di pipinya.

"Kau tipu aku lah Kai.. Kau cakap kau takkan tinggalkan aku?"

Semua orang yang berada di situ terasa sayu. Yun menghampiri Suho dan bertinggung. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan. Suho masih menangis teresak-esak.

"Noona, wae hyung menangis?"

Jungkook menarik-narik lengan Yun. Terpamer kemusykilan di wajahnya. Satu persatu diperhatikan Jungkook. Semua orang sedih je, kenapa aku tak faham apa yang jadi ni?

Yoongi menghampiri Jungkook dan memeluknya.

"Kai hyung dah tak ada Kookie..."

"Ha? Tak ada? Dia pergi mana?"

Hm, datang dah bendul dia ni.

"Kai hyung dah meninggal."

Sebaris ayat yang diungkapkan Namjoon kepada Jungkook itu menyebabkan Jungkook terpaku dengan mata terbuntang.

"Mwo?"

***

Mata Taehyung terkelip-kelip. Dia cuba untuk membuka matanya perlahan-lahan. Silau cahaya lampu menyebabkan dia kembali menutup mata.

"Aku kat mana ni?"

"Tae, tak payah lah cakap ayat cliche tu.."

Suara Jimin menyapa telinga Taehyung. Taehyung hanya mampu menjeling sebab dia tengah tak larat dan tak ada mood nak bergaduh dengan sepet tu.

"Kenapa Chim je ada dekat sini?"

Pelik juga dia. Bangun-bangun je nampak muka Jimin. Masam je muka dia sambil tengok cerita Ninja Hatori yang terpasang di tv.

"Panjang cerita dia. Tae gwenchana?"

Taehyung mengganguk. Pelbagai soalan bermain di mindanya.

"Pendekkan lah cerita tu. Mana noona? Kookie? Bukan ke tadi Kookie dengan Tae? Eh kejap.. Suho hyung dengan Kai hyung mana? Macam mana Tae boleh ada dekat sini? Last yang Tae ingat, ada kereta lepas tu Kai hyung peluk Tae.."

Jimin hanya memandang tajam wajah Taehyung sepanjang Taehyung bercakap. Nak terkeluar mata Jimin dibuatnya merenung Taehyung. Dia berpura-pura menguap seraya membuat muka bosan.

"Dah habis dah?"

Taehyung hanya mengangkat kening.
Tak faham maksud sindiran Jimin.

Jimin mengeluh.

"Macam ni, tadi Tae dengan Kai hyung accident. Kookie call noona pakai phone Suho hyung. Tu je."

Jimin memandang lantai. Kakinya diayun-ayunkan.

"Habis tu mana dorang semua?"

"Dorang teman Suho hyung uruskan pengebumian..."

"Hah, pengebumian siapa?"

"Kai hyung."

Taehyung terpaku. Cawan air yang dipegang terlepas daripada genggaman tangannya.

"Chim merepek apa ni?"

"Betul Chim tak tipu. Kai hyung tak dapat diselamatkan.."

"Ta.. Tapi kenapa...?"

Taehyung kehabisan kata-kata. Dia hanya diam seraya memandang kaki kecilnya yang ditutupi selimut.

"Ni semua salah Tae kan Chim? Kalau Kai hyung tak-"

"Shh, mana ada salah Tae. Ni semua takdirlah."

Jimin melangkah ke arah katil Taehyung dan berusaha memanjatnya. Dengan susah payah, sampai muka dia bertukar merah. Gigih betul tu.

"Ottoke Chim? Apa Tae nak buat? Kai hyung baik sangat..."

Taehyung memegang lengan Jimin. Entah kenapa, mula-mula dia pegang je, lama-lama dia main picit-picit pula. Jimin dah buat muka.

"Tae ni kenapa tak ada lemak kat lengan sendiri ke nak main?"

"Ada. Tapi Chim punya lembut gila. Chim dah gemuk lah."

Dengan muka selamba alien, dia mengutuk Jimin.

"Eh eh eh sedap sedap dia je kata kita gemuk. Kalau tau lah, tak ada Chim nak teman Tae tau."

Jimin menarik lengannya dan bercekak pinggang. Bibirnya dimuncungkan.

"Siapa suruh teman Tae? Tae dah besarlah tak takut pun. Wek!"

Taehyung menjelirkan lidahnya.

"Lidah dahlah pendek ada hati nak jelir. Eh, Tae tu budak-budak je okay, perasan dah dewasa. Kalau tak disebabkan tangan Chim yang malang ni, tak adalah Chim kebosanan di sini."

Jimin memandang sayu tangannya. Lengannya yang berlipat-lipat dilapisi lemak dijeling sekilas.

"Kenapa pula?"

"Tadi, noona suruh main osom. Siapa menang kena tinggal dengan Tae. Tsk, masa ni pula Chim nak menang. Ai, menyampahnya!"

Jimin dah berbaring atas katil Taehyung. Siap bergolek-golek lagi.

Amboi, buat macam katil sendiri nampak?

"Hm Chim... Tae tak sempat nak cakap gomawo dekat Kai hyung. Dia baik tau masakkan sup untuk Tae dengan Kookie. Lepas tu dia tidur peluk Kookie.. Dia selamatkan Tae... Ottoke Chim? Macam mana Tae nak balas jasa dia? Dia dah tak ada... Tae baru jumpa dia semalam.. Tak sangka pertemuan kitorang singkat."

Taehyung dan Jimin menghembus nafas, serentak. Badan Taehyung ditarik Jimin. Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu terbaring di atas katil menghadap syiling.

"Tadi Kookie menangis teruk gila. Bengkak-bengkak mata dia. Risau Chim tengok dia. Dia rapat sangat ke dengan Kai hyung semalam?"

"Rapat sangat-sangat. Kookie tu kan manja. Sekali dia dah selesa dengan orang tu, dia akan sayang orang tu. Kesian Kookie. Mesti dia sedih. Suho hyung macam mana?"

Jimin mengiring menghadap Taehyung.

"Suho hyung pun menangis teruk tadi. Noona yang kena pimpin dia masa nak pergi tengok Kai hyung. Kitorang tak dapat ikut sebab orang dewasa je dapat masuk bilik tu. Chim pun tak tahu la bilik apa yang sejuk-sejuk tu."

"Lama dah ke dorang pergi?"

Jimin mengganguk.

"Dorang pergi tengah hari tadi."

"Eh, ni dah nak malam. Lamanya.."

"Mestilah lama Tae. Dulu masa omma Chim meninggal pun lama juga pengebumian dia. Tapi masa tu Chim kecil, Chim tak faham apa-apa..."

Taehyung hanya diam. Isu pasal keluarga ni memang sensitif dekat Jimin sebab dia dihantar, atau lebih tepat lagi dibuang ke rumah anak yatim. Dari situ lah ahjumma Hana ambil dia sebagai anak angkat.

"Kalaulah Chim tahu.. Appa akan buat
Chim macam tu, baik Chim ikut omma je kan?"

"Uish, janganlah cakap macam tu. Kalau Chim tak ada, kesian Tae sunyi.."

Jimin hanya ketawa. Pipi Taehyung dicubit manja.

"Ala, kan adik-adik lain ada? Apalah sangat bezanya kalau Chim ada. Tak habis-habis bergaduh dengan Tae je nanti. Lepas tu asyik Chim je jadi mangsa buli korang."

"Eh mana ada buli. Tu main-mainlah Chim. Hahaha, sebab sayanglah kitorang main-main tau dengan Chim. Dah, Chim jangan lah mengarut. Hm, badan Tae sakitlah."

Taehyung memegang pinggangnya yang terasa sengal.

"Tae terhentak dekat jalan tar tu kot yang sakit. Tae tidurlah. Chim pun dah mengantuk. Nanti noona sampai mesti dia kejut kita."

Taehyung mengganguk. Wajah Jimin dipandang sekilas. Mata Jimin dah tertutup dan dia masih dalam posisi mengiring.

Lengannya memeluk Taehyung. Taehyung hanya tersenyum paksa.

"Aku nak ikut Kai hyung.. Sebab aku Kai hyung tak berpeluang nak hidup. Sepatutnya aku yang mati.."

Air mata mengalir perlahan di pipi Taehyung.

-jemput baca my saeng's ff💓
--> Iphone; Jimin
-rightway

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com