0015
Namjoon pov:
Aku menyelimutkan Jimin. Mata kecilnya memandang pergerakan aku. Bibirnya seperti cuba untuk mengungkapkan perkataan, tapi payah.
"Chim, rehat dulu okay. Hyung teman Chim kat sini. Chim jangan banyak gerak. Nak cepat sembuh kan?"
Jimin hanya memandang kosong wajah aku. Air mata perlahan-lahan jatuh membasahi pipinya yang pucat.
Argh, sumpah aku tak kuat tengok dia macam ni.
"Shhh, tidur okay..."
Aku mengusap rambutnya. Air mata yang ingin jatuh ditahan.
"Hyun..g... Noo..na, gwen..chana?"
Sakit sakit pun fikir pasal orang lain dia ni. Haih.
Aku hanya mengganguk, dan update pasal semua orang. Makin banyak air mata dia mengalir. Hidung dia dah makin merah. Terus aku peluk dia dengan berhati-hati, karang terkena perut dia yang baru lepas operation tu, mau tak meraung budak ni. Tangan aku menggengam tangan kecilnya.
"Gwenchana. Semua orang okay, Chim jangan risau. Apa yang penting sekarang, Chim kena banyak rehat dan sihat semula. Arra?"
Aku merenggangkan pelukan. Jimin hanya mengganguk lemah. Matanya dipejamkan.
"Perut Chim sa..kit.."
Aku mengeluh perlahan. Kalau boleh sakit tu dipindahkan pada aku, aku sanggup terima daripada biarkan si kecil ni yang terpaksa menahan sakit...
***
Jin pov:
Aduh..
Peningnya kepala aku..
Mata aku cuba dibuka perlahan-lahan. Apahal susah sangat nak buka ni?
Cuba dan cuba lagi. Hah boleh pun buka. Benda pertama yang aku nampak ialah, seorang yeoja yang berpakaian serba putih.
Sah lagi sahih, aku kat hospital. Dah tu takkan aku terbaring dengan ada yeoja dalam bilik aku pula hm.
"Eh, dia dah sedar lah doktor."
Oh, aku silap. Ada lagi dua orang bersama sama dengan aku dan doktor ni.
"Encik Jin..?"
Doktor tu melangkah mendekati aku. Ya tuhan, dia ni bidadari ke apa?
Wajahnya yang putih melepak tu seakan-akan bercahaya disinari cahaya matahari. Mata dia, pipi dia, hidung dia.. Perfection.
"Encik boleh buka mulut tak?"
Aku tersedar dari lamunanku bila terdengar suara halusnya menyapa aku. Aku mengganguk perlahan dan membuka mulutku.
"Hm, nasib baik semuanya baik-baik sahaja. Encik hanya pengsan disebabkan terkejut. Dan juga ada beberapa luka di bahagian badan encik. Gwenchana, saya dah letakkan ubat dan plaster. Lepas dah habis air ni, encik boleh discharged ye."
Penerangan doktor tu aku dengar dengan bersungguh-sungguh seraya mataku sempat melirik pada teg namanya.
Kim Suhyun.
Omeiji, nama family kitorang sama. Adakah ini jodoh?
Hm tapi aku sedih bila dengar ayat terakhir dia tu. Kenapalah sekejap sangat pertemuan kitorang ni.
"Ahli keluarga saya ada dekat mana ya?"
Akhirnya, ada pun perkataan yang keluar dari mulut aku. Risau pula dia ingat aku dah bisu. Dahinya berkerut sekejap sebelum menjawab.
"Nanti saya panggilkan mereka. Encik rehat dulu ya. Kalau ada apa-apa boleh tekan button ni, nanti ada nurse datang."
Katanya sambil tersenyum. Aku hanya mengganguk seraya menggumam dalam hati.
Kalau aku tekan button pastu nak dia yang datang boleh tak? Hehehe.
***
"Hyung!!!"
Hoseok dan Namjoon berlari ke arah aku, gaya macam nak rempuh je. Dengan deraian air mata, hingus semua meleleh.
Aku panik.
"Ja.. Jangan peluk hyung!!!"
Namun semuanya terlambat. Aku hanya merelakan diriku dipeluk oleh dua orang manusia yang dah meleleh-leleh air mata, air hingus, air liur..
Bertabahlah Kim Seokjin.
"Seok risau tau tak tengok hyung macam tak bernyawa! Nasib baik hyung pengsan je. Hua...!!!"
Hoseok dah menepuk-nepuk perut aku. Bunyi dah macam tong air.
"Hyung kejam! Suka buat Joon risau."
Giliran Namjoon pula membebel dekat aku sambil teresak-esak. Aku ketawa kecil. Comelnya adik-adik aku ni. Dah besar-besar pun manja tu tak boleh nak hilang.
Aku mengusap kepala Hoseok dan Namjoon.
"Hyung gwenchana. Pengsan sebab terkejut je. Dah dah takmo nangis teruk-teruk ni, buruk dah hyung tengok rupa memasing."
Namjoon dan Hoseok merenggangkan pelukan seraya menyeka air mata. Masih tersedu-sedu.
"Dah hyung jom keluar dari bilik ni. Seok sedih and tak suka tengok hyung terbaring macam ni."
Aku hanya tersenyum sebelum mengganguk. Aku melirik pada beg air yang tergantung. Ha dah habis pun.
"Kejap Joon panggil nurse bukakan jarum. Seok, kau uruskan hal kat kaunter eh."
Hoseok mengganguk.
Aku hanya menggeleng melihat telatah adik-adikku.
"Sayang juga dorang kat aku rupanya.."
***
Yun pov:
Aku memandang sekeliling bilikku. Putih. Sangat putih sampai aku rasa rimas.
Perlahan-lahan, aku cuba untuk duduk. Sakit betul badan aku ni. Mungkin effect daripada terhempap pintu kereta tu lama sangat.
Wajah Min Haneul yang lena tidur di atas katil baby disebelahku aku pandang sebelum tersenyum.
Aku bersyukur sangat dia tak cedera parah. Kalau tak, memang aku terjun bangunan nak tebus salah aku sebab tak jaga dia baik-baik.
Aku cuba untuk berdiri. Aku nekad, nak pergi tengok adik-adik aku yang lain. Yang pertama aku kena buat ialah, cari tahu keadaan Jungkook. Perasaan risau yang memenuhi hati aku ni tak dapat nak ditahan.
"Sayang omma, tidur ye... Omma nak pergi tengok appa Haneul dengan adik-adik omma. Kesian dorang, dorang tengah sakit tu.."
Aku mengusap pipi Haneul. Air mataku mengalir lesu. Pipinya dicium sebelum aku melangkah perlahan-lahan untuk keluar dari bilik.
Aku kena cepat sebelum Hoseok dengan Namjoon datang. Dorang pergi uruskan Jin sebab tadi ada doktor bagitau Jin dah boleh discharged.
Kakiku melangkah ke arah kaunter yang berdekatan dengan bilik aku. Aku menyapa seorang nurse yang sedang menulis di atas kertas.
"Eh, Puan Min.. Puan tak boleh bergerak lagi.."
Nurse tu kelihatan panik. Aku hanya tersengih.
"Gwenchana, saya dah rasa okay. Saya nak tanya sikit..."
Nurse tadi asyik pandang kiri kanan.
"Em.. Tapi tadi adik-adik puan ada pesan jangan bagi puan banyak bergerak. Ni sampai berjalan ni. Habislah saya.."
Aku ketawa kecil. Ha ni mesti Namjoon dengan Hoseok dah pesan dekat dia supaya jaga aku. Tau sangat perangai noona dorang yang degil ni.
"Jangan risau. Dorang lambat lagi tu hehe. Saya nak tau pasal sorang adik saya tu je lepas tu saya masuk bilik semula."
"Yang mana satu ya puan?"
"Awak boleh tolong carikan Jeon Jungkook? Dia pun terlibat dalam kemalangan yang sama dengan saya. Hari ni juga. Saya nak tau keadaan dia."
Berkerut kejap dahi dia sebelum dia mendail telefon di atas meja.
"Sekejap ya puan.."
Aku hanya mengganguk. Aku dapat dengar dia tanya pasal Jungkook melalui talian. Mungkin pada ward yang Jungkook duduk.
"Macam mana?"
Aku terus tanya dia lepas dia letak ganggang telefon.
"Saya tak pasti saya boleh bagitau puan ke dalam keadaan puan macam ni.."
Air mata aku mula bergenang bila dia cakap macam tu.
Tuhan, tolong lah.. Kookie...
"Ke..napa?"
Nafas aku mula tersekat bila tengok wajah dia yang dah berubah muram.
"Jeon Jungkook, anggota badannya baik-baik sahaja cuma.."
Aku mengeluhkan nafas lega.
"Cuma?"
"Dia disahkan buta kedua-dua matanya akibat daripada serpihan kaca."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com