0016
Aku terjaga dari tidur bila terdengar bunyi katil berkeriut.
Mata digosok-gosok perlahan cuba menghilangkan kekaburan. Gelapnya, patulah gosok macam mana pun tak nampak apa..
Baru je aku nak bangun, aku terasa ada tangan-tangan kecil yang berlingkar pada pinggang aku. Aku tersenyum seraya mencapai tangan-tangan gebu tersebut.
Hm biar aku teka. Ni mesti tangan Chimchim. Berlipat-lipat semacam.
Ni pula tangan Jin, panjang je. Uish, ni mesti Yoongi. Dalam gelap pun bercahaya. Lain macam budak ni.
Eh, eh rindunya dekat Yoongi oppa...
Wajah polos Yoongi aku perhatikan dalam kesamaran. Hanya lampu jalan yang menerangi seluruh ruang wad Taehyung ni.
Rambutnya aku usap perlahan. Yoongi menghisap ibu jarinya dengan mulutnya yang sedikit terbuka.
Adoi, apa kau ni comel sangat? Tak pasal-pasal hilang juga jari tu nanti aku gigit.
Leka melayan perasaan sambil memandang ciptaan-ciptaan yang sungguh menenangkan ni, aku terdengar lagi bunyi yang pelik dan mencurigakan.
Dup dap dup dap..
Hantu ke?
Uish, kalau hantu, aku takutlah. Tak berani nak pergi sorang.
Makanya, Jimin yang paling hampir dengan aku, aku capai. Pipi gebunya aku cium bertalu-talu sebelum aku menggomol perutnya.
"Erhhh.. Apa ni noona..."
Suara Jimin yang baru bangun tidur dengan mukanya yang masam dan rambutnya yang tercacak aku pandang dengan senyuman.
Pipinya aku cubit perlahan.
"Teman noona kejap, boleh?"
"Em.. Teman apa, Chim ngantuk lah.."
Mata sepetnya yang hampir-hampit tertutup aku pegang. Tahan biar terbuka.
Aku tahu aku kejam sekarang ni, tapi aku rasa tak sedap hati. Mianhe Chim. Siapa suruh kau tidur paling dekat dengan noona.
Tubuh Jimin aku dukung. Uish, makan apa budak ni makin berat..
Jimin memeluk leher aku dan menyandarkan kepalanya pada dada aku. Matanya kembali tertutup. Biarlah dia tidur, asalkan dia teman aku.
Aku melangkah perlahan ke ruangan katil Taehyung. Gelap betul kat sini sebab lampu jalan tu sampai dekat ruang sofa je. Aku bentangkan toto untuk tidur dengan budak-budak ni. Supaya dorang bebas buat kuak lentang ke, larian berirama ke. Tidur dah lah lasak masing-masing.
Langsir ditolak ke tepi. Eh, mana Tae?
"Tae? Taehyung?"
Tiada sahutan. Hati aku semakin risau. Yang ada atas katil tu cuma Jungkook. Sebab dia nak tidur dengan Taehyung semalam. Jungkook masih lena tidur dengan gaya menelungkup.
Risau dia tak boleh bernafas, aku mengangkatnya supaya tidur menelentang. Selimut ditarik sehingga ke paras dada Jungkook.
Suis lampu di cari. Jumpa.
Suasana menjadi terang-benderang. Terus aku nampak figura kecil Taehyung yang duduk di tepi katil.
Aku tersenyum.
"Tae, kenapa noona panggil tak jawab? Tae buat ap-"
Lidah aku kelu bila melihatkan keadaan Taehyung. Dada berombak laju. Jimin aku letakkan atas katil sebelum menerpa ke arah Taehyung yang sedang menangis..
Di sisinya terdapat serpihan kaca yang berteraburan. Dan darah yang menitis-nitis ke lantai..
"Tae.. Tae buat apa ni?"
Aku masih terpaku memandang Taehyung. Dia hanya diam dan memandang wajah aku dengan deraian air mata.
"Taehyung..."
Aku menghampirinya selangkah demi selangkah.
"Jangan dekat dengan Tae.. Tae jahat noona. Tae buat Kai hyung mati.."
Aku menggeleng berkali-kali. Patutlah dia masam je daripada tadi. Dia fikir macam ni?
"Ani, ni semua bukan salah Tae, dah memang ajal Kai hyung kan? Sini kat noona."
Aku mendepakan tangan aku padanya. Dia hanya memandang kosong wajah aku.
"Kim Taehyung.."
Aku memanggil namanya dengan senyuman.
Akhirnya, dia berjalan ke arah aku dan memeluk aku erat. Esak tangisannya meruntun hati. Kepalanya aku usap perlahan.
"Noona.. Tae takut hantu Kai hyung datang kacau Tae.. Sebab tu Tae tak boleh tidur."
Aku berusaha menahan tawa. Taehyung serius semacam karang aku gelak kecil pula hati dia.
"Ish, hantu Kai hyung tu tak berani nak kacau Tae sebab noona ada kat sini. Dont worry okay?"
Belakang badannya aku usap. Pandangan mata aku terarah pada serpihan kaca yang masih berteraburan. Terus aku teringat nak cek Taehyung.
Pelukkam direnggangkan. Lengan kecilnya aku belek-belek.
"Noona, wae?"
"Tae lukakan diri sendiri ke?"
Taehyung memandang aku dengan wajah kosongnya. Macam blur je.
"Maksud noona?"
"Tu.. Darah siapa tu?"
Aku menunjukkan pada darah yang melatari lantai bilik.
"Oh, tu bukan darah Tae lah noona.. Tu air sirap tadi."
Aku mengerutkan dahi. Biar betul budak ni?
"Mana ada air si- Oh haah lah tadi kan kita minum."
Baru aku teringat yang tadi dorang minum air sirap sebab teringin.
"Tadi Tae minum air tu, lepas tu tangan Tae tak sampai nak capai gelas. Tae bangun, nak ambil gelas tertolak pasu bunga tu pula. Air pun tumpah juga. Haish, sedih betul."
Aku mengurut dada dan menghembuskan nafas lega. Buat risau jelah budak ni.
"Ai, suka buat noona risau tau. Dah, dah. Tidur okay? Tae tak boleh tidur kan dari tadi."
Dalam kesamaran lampu, aku dapat lihat wajah Taehyung yang tersenyum seraya mengganguk kecil.
"Kenapa tak bagi tahu noona Tae tak dapat tidur? Sekarang ni biar noona teman Tae tidur okay?"
Taehyung masih mengganguk. Dah macam tak betul pula.
"Dah dah lah tu mengganguk. Tercabut skru leher karang."
Aku mendukung Taehyung. Sebaik sahaja aku nak letakkan dia atas katil, aku, nampak dua figura kecil yang tidur berpelukan atas katil Taehyung.
"Noona.. Apa Chim buat atas katil Tae?"
Taehyung menghalakan jarinya pada Jimin yang dah lena tidur sambil peluk Jungkook. Aku hanya ketawa kecil.
"Mian, mian. Tadi noona bawa Chim teman noona. Sebab noona ingat pencuri ke apa tu yang noona takut. Nasib baik Tae.."
Aku meletakkan Taehyung di birai katil. Tubuh Jimin aku angkat dan letakkan kembali di atas comforter.
Aku kembali semula ke katil dan mengangkat Jungkook, juga aku letakkan di atas comforter.
Taehyung dah berbaring atas katil dengan matanya ditutup. Mesti dia penat tak dapat tidur.
Jam dikerling sekilas, dah pukul 3 pagi. Aku menguap seraya menutup mulut. Patutlah aku pun mengantuk.
"Tae tidur ye? Noona teman kat sebelah."
Kerusi aku tarik dan letakkan bersebelahan katil Taehyung seraya menepuk-nepuk pehanya. Sehinggalah dia terlena.
***
"Noona.. Noona..."
Mata aku buka perlahan-lahan. Pandangan aku terarah pada wajah Taehyung yang polos. Automatik sebuah senyuman terbit pada bibir.
"Ya sayang, Tae dah bangun?"
"Tak.. Tae tengah praktis macam mana nak bangun, hehe."
Sarkastik pula budak ni.
Aku mengeliat sebelum menguap. Kantuk masih tersisa tapi aku kena bangun, nak kejutkan budak-budak ni, nak bagi dorang makan, nak jaga Taehyung lagi.
Phew... Banyaknya kerja.
-HOLLA IM BACK OMEIJI I MISS WATTPAD AND YOU GUYS!! 😭
Thankyou for the exam wishes guys <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com