Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0017

Beg yang sarat dengan barang keperluan budak bertujuh ni aku angkat satu-persatu dan letakkan di tepi pintu rumah.

Kelibat budak-budak bertujuh tu hilang terus sebaik sahaja sampai kat depan pintu rumah. Masing-masing berlari cari tandas.

Haih, kelakar ada, kesian pun ada.

Selesai angkat semuanya, aku melangkah masuk ke rumah dan mengunci pintu. Aku mengasingkan baju-baju kotor untuk dibasuh.

"Noona, perut Chim sakit lagilah.."

Suara Jimin menyapa aku yang tengah bertinggung dan alihkan baju dari beg ke dalam baldi.

"Dah letak minyak angin?"

Angguk.

"Rasa nak buang air ke?"

Geleng.

"Chim tak tahu macam mana nak cakap.. Tapi sakit lah perut ni. Macam kena cucuk dengan pisau."

Uish, penerangan dia..

"Tulah, noona dah cakap tunggu noona sekejap nak pergi beli makanan. Hah, tak menyempat lagi, kan dah sakit perut."

Aku membebel seraya bercekak pinggang. Jimin dah buat muka kesian.

"Mianhe.."

Perlahan dia meminta maaf. Aku mengeluh seraya menggeleng.

"Sini kat noona, bahagian mana sakit?"

Aku bertinggung seraya memegang perut Jimin. Kembung semacam je. Angin ke?

Tapi kalau angin takkan lah semua sekali pun sakit perut. Ni mesti keracunan makanan.

"Ni semua salah kau, Joon! Aku dah cakap jangan makan tunggu noona dulu."

"Eh, siapa yang setuju dengan aku tadi? Korang kan?"

"Yelah manalah kitorang tahu nak jadi macam ni."

"Aduh, berhenti bergaduh boleh tak? Perut aku sakit gila ni."

"Aku lempang dua dua karang ha tak dapat apa."

Riuh rendah yang menerpa daripada belakang aku. Jimin yang masih menunduk memandang lantai seraya menguis-nguis kaki aku dukung dan berjalan ke arah yang lain.

"Korang semua pun sakit perut juga?"

Semuanya mengganguk seraya buat muka kesian.

"Tapi.. Jin tak sakit sangat. Sebab Jin makan sikit je nasi tu. Hehehe."

Jin tersenyum gembira, siap buat peace lagi.

Apa lagi, terus dapat cubit daripada Jungkook.

"Tak baiklah Jin cakap macam tu. Kesian kat kitorang tau. Jin tak kesian ke kat Kookie sebab sakit? Aduh.."

Jungkook dengan mata dibesar-besarkan, tangan memegang perut dah mula membebel.

Tak takut pun, comel adalah.

"Hehe mianhe. Jin rasa bersyukur je Jin tak makan banyak. Jin dah rasa pelik nasi tu lepas tu Jin cakap jangan makan dah.. Tapi dorang degil nak juga habiskan."

Aku hanya diam memandang satu-persatu wajah di hadapan aku. Haih, baru je balik dari hospital, nak kena pergi balik ke?

"Kita pergi klinik lah ambil ubat, okay?"

Sepantas kilat dorang menggeleng.

"Tak nak!"

"Haish, habis tu macam mana nak elok?"

"Eh tiba-tiba perut Hoseok dah tak sakit lah?"

Hoseok membuat muka konon-konon tak sakit dia tu. Aku hanya mencebik bila Hoseok bagi signal mata kat yang lain supaya sokong dia.

"Erm.. Betul tu betul. Tae pun dah tak rasa sakit!"

"Joon pun!"

"Chim.. Chim pun.."

Jimin bersuara perlahan dalam dakapan aku. Aku menjeling Jimin.

Suara macam tak nak keluar, ada hati cakap tak sakit. Heh, gebu ni.

"Tapi Kookie rasa sakit lagi.. Macam mana korang boleh sembuh tiba-tiba?"

Makanya, keenam-enam kanak-kanak tu memandang Jungkook macam nak terkeluar biji mata.

Jungkook hanya memandang bingung wajah aku, masih memegang perutnya.

"Dah, dah korang jangan nak tipu noona. Kookie dah cakap pun dia sakit lagi tu. Jom, kita pergi klinik."

Aku mengorak langkah ke pintu, Jimin dah meronta-ronta minta dilepaskan, tapi aku tahan.

"Noona, Chim tak nak pergi.."

"Tak boleh, Chim kena pergi, yang lain pun sama."

Aku membuka pintu kereta dan meletakkan Jimin di seat sebelah pemandu, kemudian aku kembali ke dalam rumah.

Hah, satu bayang pun aku tak nampak dah. Menyorok lah tu.

Satu kerja pula nak mencari ni.

"Korang, keluar lah.. Noona dah penat ni. Lagi cepat kita pergi klinik, lagi cepat kita boleh rehat. Korang pun tak payah sakit lama-lama. Nae? Keluar jebal."

Aku dah separuh merayu ni. Sambil duduk kat sofa, aku membebel-bebel suruh dorang keluar.

Ingatkan dah balik ni bolehlah tidur dan rehat kejap. Ni tak, kena juga keluar lagi. Taehyung pun satu, baru je baik, dah sakit balik.

Pening.

"Korang, noona kira sampai lima je kalau korang tak keluar, noona lari dari rumah. Tinggalkan korang. Pandai-pandailah korang nak hidup."

Aku berkata seraya menutup mata. Dah penat tahap ekstrem ni. Ni belum ada Haneul kat rumah sebelah tu. Rasa tak best pula tinggal anak aku sorang lama-lama kat rumah orang lain.

"Satu..."

"Dua..."

Derapan kaki si kecil Jungkook kedengaran. Dia berjalan perlahan-lahan menghampiri aku dan memeluk aku seeratnya.

"Noona, jangan tinggalkan Kookie. Kookie pergi klinik tapi janji dulu jangan lari dari rumah?"

Air mata yang bergenang di pelupuk mata Jungkook seka. Kesianlah pula tengok dia sampai menangis.

"Boleh.. Tapi Kookie kena pastikan semua orang pergi klinik dulu."

Jungkook hanya diam tak berkutik dalam dakapan aku.

Aku sambung mengira.

"Tiga..."

'KREET'

Bunyi daun pintu ditolak dari luar. Terpacul wajah polos Taehyung. Di sebelahnya Hoseok.

Aku tersenyum seraya menggamit mereka ke arah aku. Satu-persatu berlari ke dalam dakapan aku.

"Empat.."

Namjoon dan Jin turut menyertai sesi air mata tu. Aku mengeluh lega.

Eh kejap.. Yoongi mana?

Mataku melilau mencari kelibat budak kecil sorang tu. Tak ada pun kat ruang tamu ni?

"Noona jomlah cepat kita pergi. Noona penat kan? Mianhe sebab kitorang buat noona penat.."

Jin tiba-tiba bersuara. Ayat dia betul-betul buat aku sedih.

"Eh, apa cakap macam tu. Noona-"

"Tadi noona kata penat. Mian noona, kitorang ni memang beban."

"Mianhe noona.."

"Cheongmal mianhe."

Aku dah memegang dahi. Apa pula dah ni?

"Korang, janganlah cakap macam tu. Noona ikhlas jaga korang. Tadi tu noona penat sebab tak dapat tidur malam semalam. Sejuk sangat bilik kat hospital tu."

Aku mengusap pipi Jin seraya menghadiahkan sebuah senyuman pada semua. Jungkook masih erat memeluk aku.

Tidur ke apa budak ni?

"Yoongi mana?"

Keluar pun soalan tu. Setelah lama semuanya hanya berdiam.

"Tadi, Tae nampak dia sorok bawah meja makan tu."

Taehyung menunjukkan meja makan yang berada tak jauh dari tempat kitorang berkumpul ketika itu.

"Kejap, noona nak pergi pujuk dia. Korang masuk kereta dulu, teman Chim, arra?"

Semuanya mengganguk seraya berlari-lari ke luar rumah. Aku melangkah menuju ke meja makan.

"Yoongi?"

Aku bertinggung, alas meja yang panjang aku tolak ke atas seraya mencari kelibat budak ni.

"Yoongi eodisseo?"

Tak nampak apa pun. Gelap je. Betul ke Yoongi kat sini? Ke Taehyung salah tengok?

Aku menolak alas meja ke bawah, seraya bangun dan ingin melangkah ke biliknya. Mungkin dia dah tukar tempat masa aku tengah sesi air mata dengan adik-beradik dia tadi.

Baru je aku nak melangkah, mata aku menangkap jari kaki yang berwarna putih, terjulur keluar daripada bawa meja.

"Ceh, kau boleh tidur atas kerusi tu? Aigo, Min Yoongi.."

Aku menggeleng seraya tersenyum. Tubuh Yoongi didukung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com