Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0017

Namjoon pov:

Aku melangkah ke arah bilik noona. Belum sempat aku menolak pintu, seorang nurse menggamit aku dengan senyuman diwajahnya.

"Encik Kim, ahli keluarga Kim Taehyung kan?"

Aku mengganguk. Agaknya semua nurse dalam hospital ni dah kenal aku kot sebab aku uruskan hal semua orang sejak pagi tadi.

"Pembedahan Encik Kim Taehyung berjalan dengan lancar dan sekarang ni dia dah dipindah ke ward. Encik boleh bawa ahli keluarga yang lain untuk tengok dia ya."

Giliran aku pula untuk tersenyum. Aku meminta nombor bilik Taehyung sebelum mengucapkan terima kasih pada nurse tersebut.

Daun pintu ditolak perlahan. Bagitau semua orang pasal Taehyung pastu boleh pergi sama-sama.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk, aku tergamam. Ni dah kenapa memasing membisu?

Sangatlah pelik bila tengok noona termenung memandang dinding. Jin hyung pula menepuk-nepuk perlahan punggung Haneul sebab dia dah meragam. Hoseok..?

Apa benda budak tu buat dekat hujung sofa tu? Punyalah besar sofa tu dekat hujung-hujung juga dia nak duduk.

"Ehem..."

Aku berdehem cuba mencari perhatian. Hanya Jin hyung yang bagi respond kat aku.

"Ha Joon.. Kau pergi mana lama sangat?"

"Joon 'basuh' nurse-nurse tu sikit. Hehe."

Aku memegang belakang leherku. Jin hyung mengganguk.

"Baguslah, kasi dorang faham sikit noona ni manusia yang ada hati. Nak layan kasar-kasar pula ei panas je hati aku."

"Ye hyung. Dah, dah. Tak elok marah-marah. Joon faham sekarang ni emosi kita semua tak stabil. Ha, apa pun Joon ada berita gembira ni."

Mendengarkan ayat aku yang last tu, noona dah memandang wajah aku, begitu juga Hoseok.

Tch.

"Taetae dah selesai operation. Dia dh dipindahkan ke ward biasa. Jom pergi tengok dia?"

Noona terus berusaha nak turun dari katil. Hoseok laju melangkah ke arah aku. Jin hyung masih terkial-kial cuba nak pegang noona dan Haneul sekaligus.

Aku mengambil Haneul dan mendukungnya sementara Jin hyung membantu noona.

***

Hoseok pov:

Aku melangkah beriringan dengan Namjoon sementara noona dan Jin hyung di belakang.

Hati aku ni masih terasa lagi dengan noona sebab tengking aku tadi. Aku ni cuma risaukan dia, bukannya tak kisah pasal Jungkook. Haih..

"Joon, doktor ada cakap apa-apa tak pasal Kookie?"

Namjoon menggeleng.

"Lamanya dia dalam operation room.. Risau pula aku."

"Susah kot nak cari serpihan kaca tu. Maybe halus. Tapi aku still tak dapat nak terima hakikat yang doktor tu roughly cakap Kookie tak boleh tengok dah. Patutnya dia dah habis cuba sedaya-upaya barulah cakap macam tu. Ni buat risau."

Aku mengganguk. Fikiran aku beralih pada Yoongi hyung pula.

"Yoongi hyung pun lama betul.. Kesian dia kan. Haih. Rindu betul nak dengar ayat-ayat malas dia tu"

"Tak sampai 24 jam dah rindu dia. Tulah masa ada asyik cari pasal je dengan dia. Ni takda depan mata, tau rindu."

Tiba-tiba Jin hyung menyampuk. Eh dia ni, telinga tu dengar je orang bercakap.

"Ha dah sampai dah bilik Tae."

Namjoon menolak daun pintu dan melangkah masuk diikuti aku dan yang lain.

Figura Taehyung mula kelihatan. Dia terbaring lesu di atas katil. Lengannya yang berbalut aku pandang seketika sebelum beralih pada wajah tampannya.

"Taetae! Hyung datang ni."

Jin hyung dah mula buat perangai dia. Habis pipi Taehyung dicium. Noona turut berbuat yang sama.

"Eh apa ni hyung! Datang-datang je cium orang."

Taehyung menolak Jin perlahan dengan sebelah tangannya. Noona dia tak tolak la, dia balas balik ciuman tu.

"Biarlah, hyung rindu tau tak! Ee apa ni Tae tangan berbalut ni, tak swag betul."

Jin ketawa melihatkan wajah menyampah Taehyung.

"Tae gwenchana? Mesti penat kan kena bius."

Noona dah duduk disisi katil Taehyung sambil mengusap-usap pipinya yang pucat. Taehyung mengganguk sebelum tersenyum.

"Nae penat gila! Tapi takpa nasib baik Tae kuat!!"

Aku menggeleng. Sempat lagi budak ni.

"Eh Seok, pe kata minta Chim pindah bilik ni? Senang sikit nak tengok dua-dua."

Namjoon tiba-tiba memberi idea yang bernas. Tapi dipotong oleh Jin hyung.

"Boleh ke? Bukan ward kanak-kanak dengan dewasa lain?"

Aku memandang Namjoon semula.

"Request boleh kot? Takpalah bayar lebih sikit asalkan memudahkan kita nak tengok dua dua orang tu."

Aku mengganguk. Noona juga turut bersetuju.

"Jom, aku teman kau."

Namjoon merangkul bahuku seraya melangkah keluar.

Meninggalkan Jin hyung bersama noona, Taehyung dan Haneul yang masih ketawa riang.

***
Yun pov:

"Chimchim!!!"

Aku menjerit gembira sebelum memeluk erat Jimin. Jimin turut berbuat yang sama. Tangan kecilnya mengusap-usap belakang badan aku.

"Noona.. Bogoshipo."

Pelukan direnggangkan. Pipi Jimin dielus lembut.

"Noona pun rindu adik noona yang comel ni. Haiyo, kesiannya dia tengok ni pucatnya muka!"

Jimin tersengih lesu. Tangannya menggengam tangan aku.

"Tau tak Chim risaukan noona?!"

Jimin dah mencebik. Aku ketawa kecil melihatkan telatah dia.

"Aik dah kenapa Chim risaukan noona? Noona yang patut risaukan Chim tau. Lagipun tengoklah, noona sihat je, Chim tu ha."

Aku mencucuk-cucuk pipi gebunya. Jimin ketawa mengekek.

"Au, au.. Noona. Chim tak boleh gelak kuat-kuat. Perut Chim sakit."

"Perut dah berlubang macam tulah."

Suara Taehyung memenuhi ruang bilik sebelum semua orang ketawa kecuali Jimin.

"Ish Tae ni. Jahat betul cakap macam tu."

Taehyung yang tengah makan sambil disuap Hoseok memandang aku dengan pandangan merajuk dia.

"Yelah, Chim sampai je noona tak tengok Tae dah. Sekejap je Tae dapat manja-manja dengan noona, hm."

Jin yang leka bermain dengan Haenul, mula menyampuk.

"Kau tu dah tua. Sedarlah sikit. Biarlah Chim tu bermanja dengan noona. Mengada tak bertempat."

Namjoon mengganguk-angguk. Bibirnya mengukir senyuman melihat satu persatu wajah yang disayangi sebelum kembali memotong buah epal.

"Yelah, Tae diam jelah lepas ni."

Taehyung dah ngangga mulut. Hoseok pun siap dia.

"Takpa Tae, hyung kan ada, kau boleh bermanja dengan hyung banyak mana kau nak."

Keningnya diangkat. Taehyung menggeleng ketakutan. Ketawa kembali memeriahkan suasana.

Seketika cuma, aku terdiam semula. Sambil memandang wajah Jimin, mindaku ligat memirkirkan tentang Yoongi oppa dan Jungkook.

"Noona tak boleh discharged lagi ke? Susahlah noona nak kena patah balik bilik noona. Dahlah kat tingkat atas."

Aku dah rimas dah dua tiga kali naik bilik makan ubat.

"Hm, belum lagi kot noona. Takpa Joon tanyakan okay?"

Aku mengganguk seraya menggumam terima kasih. Namjoon menghulurkan buah epal yang dah siap dipotong pada aku.

"Bagi Chimchim makan. Ni dari tadi tak boleh makan apa sebab risau perut dia sakit bila makan. Doktor kata boleh makanlah, ei."

Jimin dah menggeleng. Matanya membesar.

"Tak boleh hyung! Nanti kalau epal tu lekat kat tempat Chim kena operate tu, hyung nak tanggung?"

Namjoon dah menggeleng mendengar kata-kata Jimin. Nasib baik budak.

"Dahlah baik hyung keluar sebelum epal tu hyung lekat atas luka kau."

Jimin menjerit kecil. Aku ketawa seraya mengusap-usap pipinya seraya memandang figura Namjoon hilang di balik pintu.

Baru kejap tadi bilik ni riuh, terus sunyi balik. Taehyung dah tertidur dengan makanan tak habis. Hoseok tengah kemas-kemas mangkuk makanan dia.

Jin pula masih leka layan Haneul main lego. Haneul? Hm kemain suka dia bila uncle dia layan dia main.

Yelah, kalau dengan aku, aku asyik ajak dia tidur je huhu.

***

okay so kita confuse nak buat kookie ni jadi sad ending ke happy ending.. hm sebab tu tak cita cita lagi pasal dia. korang suka happy ending kan? but why not kali ni kita akhiri cita kookie dengan sad ending😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com