002
Namjoon terngangga. Kerusi disebelah Yoongi dicapai dan dia duduk menghadap Yoongi.
"Mwo? Hyung serious ke?"
Yoongi mengeluh lesu. Pandangannya terarah pada komputer.
"Hyung rasa penat sangat la Joon. Macam tak boleh nak handle semua calculation ni. Ni bukan bidang yang hyung suka..."
Namjoon turut mengeluh mendengarkan luahan kata Yoongi. Dia memang kesian tengok Yoongi macam tu.
"Joon faham hyung. Hyung terima kerja ni pun sebab appa suruh kan. Tapi hyung, Joon rasa better hyung terus terang je dengan appa, cakap yang hyung tak boleh nak teruskan semua ni."
"Susahlah Joon. Nanti appa ingat hyung tak nak tolong dia pula..."
Namjoon terdiam seketika sebelum dia kembali tersenyum. Belum sempat dia menyuarakan pendapat, Yoongi dah menyampuk.
"Lagi pun kalau hyung berhenti kat sini, hyung kena cari kerja lain. Nak kena pergi interview semua. Leceh lah.."
"Hyung gwenchana! Hyung kerja la dekat studio Joon. Joon tahu hyung punya ability untuk compose lagu memang daebak. Nak tak hyung? Lagi pun hyung minat kan?"
Mata Yoongi kembali bersinar mendengarkan tawaran Namjoon. Memang dah lama dia ada rasa cemburu sebab Namjoon dah jadi composer lagu. Lagi hebat, dia pernah jadi rapper, collaboration dengan Taeyang Big Bang pula tu. Kagum Yoongi dibuatnya.
"Betul ke boleh Joon? Joon yakin ke dengan kebolehan hyung?"
"Yakin hyung. Nanti Joon tolonglah mana yang patut, nak tak?"
Yoongi terangguk-angguk. Tangan Namjoon dicapai.
"Gomawo Joon. Joon la dongsaeng yang paling hyung sayang!"
Namjoon tersenyum awkward. Perlahan-lahan, dia menarik tangannya daripada genggaman tangan Yoongi.
"Tapi... Syarikat ni macam mana?"
Senyuman kedua-duanya mati seketika sebelum Namjoon tersenyum senget.
"Kookie?"
Keningnya diangkat.
***
"Kiri, lepas tu pusing then... Argh! Baekhyun-yah! Berapa kali hyung nak cakap pusing ke kanan bukan kiri!"
Hoseok menjeling tajam. Mulutnya terkumat-kamit cuba untuk menahan geram daripada menengking budak Baekhyun tu.
"Mian.. Mianhe... Baekhyun buat sekali lagi.."
Baekhyun dah mengeluh berat. Mata dah terasa panas sebab menahan air mata daripada jatuh. Takkan lah nak menangis dekat sini, malu dibuatnya.
"Everyone, break 15 minutes. Baekhyun, teruskan practise."
Hoseok bersuara garang. Dia duduk dia atas lantai studio tersebut sambil mengambil nafas. Matanya tak lepas memandang Baekhyun yang terkial-kial cuba mencari arah.
"Hyung, minum dulu. Tension Yeol tengok hyung macam ni."
Chanyeol menghulurkan botol air mineral kepada Hoseok seraya mengambil tempat disebelah Hoseok. Hoseok meneguk air tersebut dengan rakus sebelum mula menyuarakan perasaanya.
"Gomawo Yeol.. Haih, manalah hyung tak stress, dah 6 bulan lebih... Sampai step yang tu je mesti dia kelam-kabut. Bila korang boleh debut kalau macam ni? Hyung bukan apa, hyung risaukan yang lain ni, lebih-lebih lagi kau, Yeol. Macam hyung tak tahu berapa lama korang penat jadi trainee. Ni dah dapat form group, ada pula masalah macam ni. Entah macam mana budak tu boleh terpilih sekali dengan korang pun hyung tak faham."
Chanyeol hanya diam. Matanya mengikut rentak tarian Baekhyun yang dah basah bajunya. Kemudian dia mengeluh.
"Yeol pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba jadi macam tu hyung. Dulu, dialah yang paling ceria. Kalau kitorang ada problem ke apa, dia paling laju perasan. Selalu dengar masalah kitorang. Tapi sekarang ni dia kurang bercakap. Kalau malam-malam kitorang main card pun dia dah tak nak join. Asyik duduk sorang-sorang dalam bilik. Minseok pun kata dia perasan perubahan Baekhyun. Yelah, dorang kan sebilik."
Chanyeol meneguk air sebelum mengeluh. Penat pula cerita tak berhenti. Hoseok mula merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan budak tu.
"Aku mesti cari tahu kenapa dia macam tu.."
Hoseok mengenggam tangannya seraya memandang tepat pada Baekhyun.
***
"Om..ma.."
Haneul memandang aku dengan mata bundarnya. Ergh, comelnya. Sebiji macam aku hehehehe.
"Haneul nak apa sayang? Lapar ke?"
Aku membelai lembut rambut lurusnya yang dah semakin panjang. Comel je bila dia cuba untuk berjalan. Terhuyung-hayang dibuatnya dengan kaki kecik tu.
"Chim... Opp..a."
Senyuman aku terus mati. Eh eh budak ni, kecik-kecik dah pandai.
"Chim oppa takde. Omma je ada. Haneul main dengan omma hari ni."
Aku mencapai tangan kecilnya seraya mencubit pipinya. Terkekek-kekek dia gelak sebab aku kuis-kuis tangan dia tu. Geli agaknya.
"Kenapa Chim tak ada noona? Chim ada je ni.."
Haduh, turun pula budak ni. Aku hanya memandang sayu Haneul yang dah berlari terkedek-kedek ke arah Jimin. Jimin mendepakan tangannya seraya memeluk erat Haneul. Ketawa kecil kedua budak tu memenuhi ruang tamu. Aku hanya menggeleng kecil.
Jam di dinding aku lirik sekilas. Dah nak pukul 6. Kejap lagi balik lah budak-budak tu. Aku melangkah ke dapur, meninggalkan budak berdua yang leka bermain dengan patung.
"Nak masak apa eh malam ni?"
Soal aku pada diri sendiri. Yelah, nak tanya siapa lagi? Aku tanya Jimin tu nanti pelik-pelik dia bagi jawapan. Haneul pula, biskut, susu, coklat ha tu jelah dia tahu sebut.
Aku memang tak bagi Haneul makan coklat. Risau gigi dia nanti rosak. Tapi bila dapat suami macam Yoongi, yang bila nak pujuk je dia mesti akan cakap,
"Kalau Haneul berhenti menangis, appa bagi coklat."
Aku sabar je setiap kali nampak Haneul makan coklat. Tapi tak apa, sebab Yoongi akan gosok gigi dia lepas tu.
Sedang aku leka memotong bawang, telefon aku berdering. Nama Namjoon tertera pada skrin.
"Noona! Yoongi hyung buli Joon!!!"
Aku menjarakkan telefon daripada telinga aku. Nak pekak dibuatnya dengar Namjoon menjerit.
"Kenapa tu, ish ish. Oppa, dahlah tu jangan diusik budak Joon tu."
Aku menggeleng seraya menekan butang loudspeaker pada skrin. Tangan meneruskan kerja memotong seraya telinga mendengar telatah dua orang dewasa yang macam budak-budak tu.
Sabar jelah.
***
korang dah habis exam? kita tunggu sbb tu baru update
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com