0020
"Kenapa semua orang senyap ni? Kookie kata Kookie tak nampak cahaya.."
Aku hanya menggeleng. Jin hyung dah meraup wajahnya. Hoseok hanya memandang kosong wajah Jungkook.
"Hello? Korang ada kat sini lagi tak ha?"
Suara Jungkook dah tinggi sikit. Doktor tadi baru je nak buka mulut, aku dah tahan, dia berikan aku laluan untuk ke sebelah Jungkook. Aku menghampiri Jungkook. Kedua-dua bahunya digenggam erat.
"Kookie..."
Nafasnya kedengaran berat.
"Nae hyung.."
"Kalau hyung cakap ni, Kookie janji dengan hyung, Kookie terima seadanya.. Boleh?"
Jungkook menggeleng. Semakin lama, gelenggannya semakin kuat. Dadanya berombak. Dia seakan-akan menahan tangis dan amarah yang ingin meletus.
"Hyung nak cakap apa ni?! Hyung nak cakap Kookie dah cacatkan?!! Dah buta?!!"
Suara Jungkook yang kuat tu buat aku terkejut. Tak pernah dia tinggikan suara sampai macam tu sekali.
Tapi aku faham. Dia sedih. Takut. Kalau aku jadi dia, mungkin aku dah gila.
"Tak, Kookie dengar dul-"
Jin hyung yang cuba untuk memegang Jungkook, ditepis kasar. Aku juga sudah beralih ke tepi dinding. Jungkook memberontak. Habis dicampaknya segala barang yang dapat dia capai. Hoseok nyaris-nyaris lebam bila dia baling gunting yang digunakan doktor tadi.
"Tuhan.. Nasib baik aku sempat elak Kang tak pasal-pasal aku yang icu.."
Sempat aku dengar Hoseok menggumam. Kitorang semua takut dengan Jungkook sekarang ni. Dia meracau-racau. Sorang pun tak dapat nak pegang dia. Even doktor pun nampak panik walaupun dia cuba berlagak tenang.
"Seok, aku rasa baik kita panggil noona. Dia je yang dapat tenangkan Kookie. Cepat Seok!'
Jin hyung dah bagi arahan dekat Hoseok sementara menahan Jungkook daripada terus mencampak barang. Jungkook dah meraung. Menidakkan kebenaran yang dia kena hadapi.
Hoseok mengganguk. Dia berlari pantas ke bilik Yoongi hyung.
***
Taehyung pov:
Air mata yang mengalir pada pipi noona aku usap perlahan. Kalau boleh pindahkan sakit Yoongi hyung tu, aku dah ambik dah semua sakit dia. Aku tak sanggup tengok dia macam tu.
"Noona.. Boleh tak teman Chim pergi tandas?"
Noona mengangkat kepalanya daripada bahu aku dan mengganguk. Matanya sembab, tapi dia tetap tersenyum sambil mengusap pipi Jimin.
"Mestilah boleh sayang.. Jom.."
Aku hanya memerhatikan noona melangkah ke tandas bersama Jimin. Seketika Haneul yang masih lena tidur di dalam baby kot aku pandang. Dia banyak tidur sebab makan ubat aku rasa.
Wajah Yoongi hyung aku tatap buat kali yang entah keberapa. Betul-betul pucat. Dia nampak innocent sangat sekarang. Tapi cuba dia buka mata tu, confirm nampak kejahatan dia.
Aku tersengih sendiri. Rindu nak dengar ayat-ayat kejam dia.
"Hyung, bangunlah cepat-cepat tau? Tae rindu nak dengar hyung bergaduh dengan semua orang."
Aku terhenti seketika bila sedar ada getaran pada suara aku. Aku cuba untuk jadi kuat.. Tapi susah.
"Hyung.. Tae serious ni.. Hyung kena bangun tau, hyung tak boleh tinggalkan kitorang. Tae sayang hyung sangat-sangat. Kalau hyung nak pergi, hyung kena bawa Tae sama.."
Aku sudah menangis teresak-esak. Tangan Yoongi hyung aku genggam erat. Sekilas aku memandang wajahnya, aku terkejut.
Ada setitis air mata yang mengalir pada tubir matanya. Aku menekup mulut cuba menahan suara yang ingin keluar.
"Tae tau hyung dengar. Tae tau hyung kuat.. Hyung kena lawan sakit ni demi kitorang semua, nae hyung? Hyung tak boleh give up.."
Rambutnya aku usap perlahan.
"Noona!!"
Wajah Hoseok hyung yang tiba-tiba terpacul depan pintu dengan termengah-mengah, menggamit aku. Pantas aku menyeka air mata yang mengalir macam air sungai ni.
"Noona dalam toilet hyung. Kenapa? Kookie okay?"
Hoseok hyung menggeleng. Wajahnya panik.
"Tak okay.. Hyung nak bawa noona jumpa Kookie. Kookie perlukan dia."
Aku memerhatikan Hoseok hyung yang dah memanggil-manggil nama noona sambil mengetuk pintu toilet. Nasib baik tak roboh.
"Sabar Seok, tenang dulu.. Kejap lagi noona keluar. Dia teman Chim tu."
Aku dah berjalan ke arah Hoseok hyung yang kelihatan sangat tak tentu arah.
"Seok? Kenapa ni?"
Akhirnya noona keluar pun dari toilet tu. Tanpa Jimin.
"Noona. Kena tengok Kookie. Dia meracau-racau tu.. Habis barang semua dia campak. Doktor nak suntik dia ubat penenang, tapi Jin hyung tak bagi..."
Aku mengerutkan dahi mendengarkan kata-kata Hoseok hyung.
"Kenapa Kookie macam tu? Betul ke dia..?"
Kata-kata noona terhenti di situ. Hoseok mengganguk. Noona mengambil nafas sedalamnya sebelum menghembusnya, kuat. Cuba mengumpul kekuatan.
"Jom."
"Tae ikut."
Aku memegang tangan noona yang dah berura-ura nak pecut keluar tu. Noona mengganguk. Baru saja kitorang nak melangkah, noona terhenti seketika. Dia memandang Hoseok.
"Hoseok boleh tunggu Chim tak? Dia tak habis buang air besar lagi tu."
Hoseok hanya mengganguk seraya tersenyum hambar.
***
"Tepilah!! Semua orang tak sayang Kookie sebab tulah korang tipu Kookie kan? Korang saja je cakap Kookie buta!!! Kookie taulah Kookie ni tak berguna tapi kenapa korang kena tipu--!!!!"
Aku terkedu ketika tiba dihadapan pintu bilik tu. Punyalah kuat Jungkook menjerit. Tombol pintu dipulas kasar.
"Kookie!"
Aku dan noona menjerit nama adik kitorang tu serentak. Namjoon hyung dan Jin hyung dah berpeluh-peluh cuba menahan Jungkook dari terus memberontak. Kuat betul Jungkook. Seorang doktor berdiri disebelah dorang sambil memegang jarum. Wajahnya panik.
Tu mesti ubat penenang yang Hoseok hyung cakap tu.
Sebaik sahaja mendengar jeritan kitorang, Jungkook berhenti memberontak. Suaranya kuat tadi berubah perlahan. Kemarahannya bertukar menjadi kesedihan.
"Noona... Noona.... Kookie dah buta.. Kookie dah tak boleh tengok.. Noona.... Kookie sedih.."
Sungguh, aku rasa nak cabut je telinga dengan mata aku daripada terpaksa tengok keadaan Jungkook yang macam ni.
Noona terus berlari ke arah Jungkook dan memeluknya. Dengan esak tangis yang kedengaran, dia membisikkan kata-kata semangat pada Jungkook. Jungkook menggeleng-geleng sambil tangannya kembali memeluk noona, erat.
Aku menghampiri dua beradik tersebut dan turut memeluk Jungkook.
"Kookie.. Tae hyung datang ni.."
"Hyung.. Kookie tak nampak hyung kat mana.. Kookie tak nampak hyung.. Kookie tak nampak sesiapa pun.. Kookie.. Kookie..."
Kata-katanya tersekat-sekat berselang-seli dengan esak tangisnya. Aku menggengam erat tangan aku cuba menahan esak tangisku dari kedengaran pada pendengaran Jungkook, walhal air mata aku sudah mengalir laju.
"Kookie.. Kookie jangan macam ni.. Kookie ada hyung, ada noona. Ramai orang sayang Kookie. Kookie kena kuat.."
Aku membisikkan kata-kata semangat buat Jungkook. Sesungguhnya aku faham perasaan dia sekarang ni.
Buta bukanlah satu benda yang mudah untuk diterima.
Namjoon hyung dan Hoseok hyung turut memeluk erat Jungkook. Suasana jeda seketika. Apa yang kedengaran hanyalah esak tangis.
Doktor yang memerhatikan kami turut mengalirkan air matanya. Perlahan-lahan, dia melangkah keluar dari bilik, meninggalkan kami adik beradik.
Cuba untuk menerima kenyataan yang pahit.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com