Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0021

Aku hanya memerhatikan Jungkook yang termenung. Aiskrim ditangannya dah cair, habis tangan dia tapi dia seakan-akan tak terkesan. Dia hanya duduk kaku. Aku mengeluh. Perlahan-lahan, aku menghampiri Jungkook dan mengambil tempat duduk disebelahnya, atas katil.

"Kookie, kalau tak nak makan aiskrim tu meh sini hyung makan. Tu habis tangan kotor tu, kat katil dah banyak tumpah, nanti semut datang gigit sakit tau."

Aku mencapai aiskrim yang dah cair sepenuhnya tu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Tangan Jungkook dan juga katil yang dah kotor tu aku lap dengan kain.

"Kena gigit semut tak sesakit hati Kookie sekarang ni hyung.."

Tanganku terhenti mengelap. Aku mengeluh lemah.

Lepas dapat tenangkan Jungkook, dia dipindahkan kembali ke ward. Noona setia berada di sisi katil Yoongi hyung bersama Jimin yang dah terlentok tidur di atas pangkuannya.

Namjoon hyung dengan Jin hyung balik rumah kejap. Bawa Haneul sama, uruskan budak kecik tu.

Hoseok hyung pula ada dekat sofa tengah baca majalah. Mata je dekat majalah tu tapi aku yakin dia bukannya baca pun.

Sebab apa tau, dia pegang majalah tu pun terbalik.

Aku meneruskan kerja membersih sambil membiarkan kata-kata Jungkook terbiar sepi.

"Hyung, Kookie laparla."

Akhirnya, ada pun benda dia cakap tak kaitkan dengan mata dia..

"Kejap lagi Jin hyung datang bawa makanan okay? Kookie lapar sangat eh? Boleh tahan tak? Kalau tak hyung pergi beli makanan sikit kat bawah."

Jungkook menggeleng.

"Kookie boleh tahan. Tapi boleh tak hyung bawa Kookie jalan jalan? Kookie bosan lah duduk je."

Aku mengganguk. Hm, macamlah dia nampak.

"Okay boleh je untuk saeng kesayangan hyung ni. Jom! Kita jalan dekat taman belakang hospital ni okay?"

Jungkook mengganguk.

"Hyung pimpin Kookie tau, Kookie tak nampak.."

Jungkook tersenyum tawar. Aku menguatkan diri aku untuk tak menangis.

Tubuh tinggi Jungkook aku pimpin, melangkah keluar untuk ke taman.

***

Yun pov:

Wajah Yoongi ditatap sedari tadi. Kaki yang terasa kebas sebab pangku Jimin dari tadi tidak dihiraukan.

Kalau nak bandingkan kebas kaki ni, kebas lagi kepala aku memikirkan semua benda yang baru jadi ni.

Macam mimpi aku rasa adik aku sorang dah tak boleh melihat dunia. Kalau ni mimpi kan bagus.

Tapi malangnya, ni realiti yang harus kami hadapi.

"Eh Tae dengan Kookie nak pergi mana?"

Aku memandang Taehyung yang dah pimpin Jungkook.

"Nak bawa Kookie jenjalan kejap. Kesian dia, bosan."

"Jalan mana tu?"

"Taman belakang ni je noona."

Aku terdiam seketika.

"Okay, hati-hati tau? Kalau ada apa-apa call je noona."

Taehyung mengganguk seraya tersenyum. Wajah Jungkook langsung tak ada reaksi.

Aku menggamit Taehyung, bawa Jungkook ke arah aku.

"Kookie..."

Jungkook hanya diam.

"Sini noona nak peluk."

Aku menarik Jungkook ke dalam pelukkan aku. Tapi Jungkook langsung tak balas. Aku mengeluh hampa.

Dia marahkan aku ke? Sejak tadi dia berkepit dengan Taehyung je. Langsung tak nak orang lain. Habis ditepisnya hyung dia yang lain.

"Tae jaga Kookie tau?"

"Arasseo, noona.."

Aku hanya memerhatikan mereka berdua melangkah pergi sehingga bayangan mereka hilang di balik pintu.

***

Jin pov:

Dah empat hari berlalu. Adik-adik aku semua dah dapat discharged, lega sikit hati ni.

Kecuali adik aku yang putih melepak, kuat tidur tu, hm.

Kereta yang dipandu Namjoon bergerak perlahan.

"Joon kau ingat kita tengah bersiar-siar kat tepi pantai ke?"

Namjoon tersengih. Kakinya menekan minyak. Barulah laju sikit.

"Kalau boleh gi pantai, dah lama Joon terbang gi sana."

"Banyak lah kau, keadaan kat rumah tu dah tunggang-langgang dah tau tak. Ada masa pula nak gi pantai."

Belum sempat aku nak membebel lebih lanjut, kitorang dah sampai dekat cafe aku. Tak jadi aku nak sambung membebel.

"Fuh nasib baik dah sampai."

Aku hanya ketawa kecil mendengarkan ayat Namjoon.

"Joon boleh kan tolong hyung hari ni?"

"Boleh je hyung. Joon dah siap produce dah lagu tinggal nak release je so kalau Joon pergi studio pun tak buat apa."

Kami berjalan beriringan menuju ke pintu masuk. Argh rindunya aku kat cafe aku ni! Rasa macam setahun aku tak datang.

"Nanti Joon tolong serve customer ek. Hyung buat air dengan pastry semua."

"Boleh je hyung. Kalau hyung suruh Joon buat air pun takdahal."

Aku hanya ketawa. Tunggang-langgang dapur aku jap lagi kalau kasi Namjoon ni.

Terus aku geleng.

"Tak apalah Joon. Terima kasih bebanyak jelah."

Terus Namjoon tepuk bahu aku.

***
Jungkook pov:

Jari aku bermain dengan lengan Taehyung hyung. Sambil mendengar sebelah lagi tangan Taehyung menyuapkan keropok ke dalam mulutnya.

"Kookie nak keropok tak?"

Aku menggeleng.

"Kookie nak keluar jenjalan? Tak bosan ke kita terbaring je sejak keluar dari hospital."

Aku menggeleng lagi.

"Kookie tak bosan kalau ada hyung. Kookie sayang hyung sangat-sangat! Cuma Kookie risaukan Yoongi hyung."

"Eleh mengadanya dia. Nak mandi dengan hyung lagilah tu."

Aku ketawa.

"Tulah hyung pun risaukan Yoongi hyung. Tapi nasib baik dia dah sedar hari tu."

Aku mengganguk. Aku dah cerita ke belum yang Yoongi hyung dah sedar dua hari lepas? Kiranya dia berjaya lawan penyakit yang serang otak dia tu. Sekarang ni dia dalam proses nak recover sambil ditemani noona kat hospital.

Ha kalau aku belum cerita pun, tu aku dah cerita kat atas tu. Lega betul aku rasa bila Yoongi hyung dah sedar hari tu. Aku tak larat dah nak menangis. Air mata dah kering.

"Hyung.."

"Hm?"

Aku berfikir sejenak. Patut ke aku luahkan apa yang aku rasa sejak haritu?

"Apa dia Kookie?"

"Hyung rasa tak, semua yang jadi ni salah noona?"

Aku dapat rasakan Taehyung hyung memusingkan badan dia, menghadap aku. Sebab nafas dia terasa dekat wajah aku.

"Kookie merepek apa ni? Semua ni dah takdir lah.. Jangan cakap macam tu lagi."

"Hm, betul lah hyung. Kalau hari tu noona tak kasi Jin hyung drive, semua ni takkan jadi. Kita semua mesti tengah happy happy.. Kookie still boleh tengok.. Hyung punya tangan tak patah, Yoongi hyung pula sihat.. Tak adalah terlantar kat hospital tu."

Aku betul betul rasa semua ni salah noona. Kalau dia bagi je Yoongi hyung yang drive hari tu, mungkin semua ni takkan jadi.

"Pastu hyung, noona tak sakit apa-apa pula tu. Kita je yang kena tanggung. Hyung tak rasa ke semua ni tak fair? Noona cuma tahu, nangis je. Bukannya dapat membantu Kookie ni pun.."

"Kookie. Hyung nak Kookie stop merepek. Berapa kali hyung nak cakap? Semua ni takdir! Kita tak tahu kalau malam tu noona bagi juga Yoongi hyunh drive, mungkin benda lain pula yang akan jadi! So, Kookie please jaga mulut tu sebelum bercakap. Jangan sampai noona dengar benda-benda macam ni."

Aku hanya mencebik mendengarkan kata-kata Taehyung hyung. Dia marahlah tu sebab suara dia kuat tadi.

Hm, tapi aku tetap letakkan salah pada noona. Sebab tulah aku tak nak dekat dengan dia dah. Dia dah rosakkan hidup aku.

Aku cuma ada Taehyung hyung je sekarang ni yang aku percaya. Sebab dia selalu ada dengan aku. Aku akan jaga hyung.

***
Yun pov:

Tombol pintu yang ingin dipulas, terhenti. Senyuman yang menghiasi bibir aku, pudar serta-merta. Kotak kek aiskrim coklat yang berada pada tangan aku, aku letakkan di tepi pintu sebaik sahaja terdengar kata-kata Jungkook. Aku mengeluh seraya melangkah pergi.

Aku sedar Jungkook. Ni semua memang salah aku. Aku tahu.. Maafkan aku sebab tak dapat jadi noona yang baik untuk kau..

***

kita tak tau asal ff ni jadi macam ni (╥_╥)

korang okay ke kalau ff ni panjang lagi? huhu tetiba terbanyak conflict pula

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com