0022
"Rasanya...?"
Hish Yoongi ni, buat suspense pula malam-malam buta ni.
"Oppa rasa, mungkin sebab kitorang yang minta.."
Aku mengerutkan dahi. Minta apa?
"Macam ni tau, oppa banyak kali terfikir kan best kalau oppa jadi budak-budak balik, tak payah susah-susah nak rasa cemburu ke apa. Then, oppa boleh bermanja dengan Yun."
Yoongi mengenyitkan matanya. Aku menjeling, menyampah. Masa genting macam ni pun sempat nak bergurau.
"Okay, okay. Janganlah jeling kita macam tu. Taulah kita comel sekarang ni."
Haih, sabar Yun.
Wajah Yoongi yang dah tersengih-sengih macam minta kena pijak tu aku pandang. Terkelip-kelip mata sepet dia sambil bibir dia muncungkan.
Tau tak apa yang terlintas di fikiran aku saat ni?
Nak cucuk mata dia tu. Biar tak boleh tengok.
"Serious lah oppa. Yun tengah pening fikir jalan nak selesaikan masalah ni. Dia main-main pula."
"Ala, apalah yang Yun nak risaukan. Best apa dapat jaga budak-budak ni. Yun kan suka main-main dengan dorang."
Aku mengeluh.
"Memanglah best. Tapi.. Sampai bila? Masing-masing pun dah ada karier. Tengok sekarang ni, dah dua minggu.. Manager dorang semua asyik call je tanya kenapa. Penat Yun nak goreng dorang tau."
Yoongi menarik lengan aku. Matanya dibesarkan.
"Goreng? Goreng apa? Ikan ke ayam? Kalau ayam, Yoongi suka. Sedap!"
Fuh... Memang memintalah dia ni..
"Dahlah, baik Yun pergi tidur. Malas layan oppa, huh."
Aku bangun dari duduk. Telingaku menangkap suara Yoongi yang ketawa kecil.
"Nak bergurau pun tak boleh."
"Masa tak sesuai okay."
Aku mula berjalan meninggalkan kawasan halaman rumah. Yoongi mengikut dari belakang sebelum mencapai tangan aku.
Tangan dahlah kecik.
"Sambung yang oppa cakap tadi kan Yun.. Lepas tu, ingat tak, masa kita gaduh semua tu kan budak-budak ni ada cakap, kalau dorang masih kecil, lagi senang. Nak bermanja dengan Yun pun tak apa sebab oppa takkan cemburu."
Aku mengerutkan dahi. Langkah kaki terhenti.
"Habis tu apa kaitannya?"
Aku memandang wajah Yoongi. Disebabkan dia pendek sangat masa ni, aku terus angkat dia dan letakkan atas bonet kereta yang terparkir di garaj. Baru senang nak pandang muka dia.
"Adoi, kenapa Yun slow ni.. Aduh!"
Hah, kan.. Akhirnya kena pun sekali. Geram pula aku.
"Sakitlah Yun.. Tengok ni, merah!"
Lengannya yang putih gebu tu aku pandang sekilas seraya menjeling. Mengada, mana ada merah pun. Aku cubit perlahan je.
"Cepatlah oppa. Cuba buat conclusion daripada semua ni. Yun dah betul-betul mengantuk ni."
Entah kali keberapa dah aku menguap ni.
"Dah cubit kita, bukan nak minta maaf. Membebel lagi pula tu suruh kita cepat.."
Yoongi menggumam perlahan. Tapi masih jelas di telinga aku.
Aku hanya diam dan memandang langit. Tenang sikit hati ni daripada melayan gurauan entah apa-apa budak ni.
"Kaitannya kan Yun, mungkin kitorang jadi macam ni sebab kitorang minta. Yun pula, boleh jadi normal sebab Yun tak minta.. Yun memang nak jadi dewasa. Mungkin sebab tu."
Aku berfikir seketika. Macam logik.
"Habis tu, mana pula Kookie jumpa buku tu? Kan kita dah bakar. Memang Yun ingat dah jadi abu pun buku tu."
Yoongi mengangkat bahu.
"Yang tu oppa tak tahu. Tapi logiklah Yun, nama pun buku magik. Maybe dia boleh muncul balik kalau ada orang buat permintaan."
Aku mengalihkan pandangan dari langit ke Yoongi yang gigih meniup-niup tapak tangannya.
"Sejuk ke?"
Angguk.
"Tak bestlah pula jadi budak-budak ni. Cepat je sejuk. Kalau jadi dewasa, tough."
Yoongi tercebik-cebik. Aku dah rasa nak muntah.
"Tough apanya.. Macam kertas je, kena angin sikit terus terbang. Hilang entah ke mana. Tersangkut kat pokok ke, ampaian ke.. Susah juga Yun nak mencari."
Dan aku pula yang mendapat sedas cubitan daripada Yoongi. Tapi relax je, tak rasa apa pun. Jari macam semut tu ada hati nak main cubit-cubit.
"Uyo, sakitnya."
Aku membuat wajah menyampah. Kemudian aku ketawa melihatkan wajah Yoongi yang dah cemberut.
"Dahlah, jomlah tidur. Lagi penat kita asyik fikir tak jumpa-jumpa jalan keluar ni. Yun harap supaya esok tiba-tiba semua orang dah jadi normal. Walaupun impossible. Hahaha."
Aku masih ketawa seraya melangkah masuk ke rumah. Pintu ditutup.
Eh, kejap.. Budak Yoongi tu mana sampai nak turun dari bonet kereta tu sendiri.
Kelam-kabut aku buka balik pintu dan berlari ke garaj. Figura kecil tu masih duduk menongkat dagu dengan bibirnya memuncung.
"Mian, Yun lupa.."
Aku menghulurkan tangan untuk mendukung Yoongi. Dia menggeleng.
"Hah, ni dah kenapa? Nak merajuk?"
Yoongi mengganguk.
"Merajuklah. Yun nak masuk tidur. Nanti dah habis merajuk, jerit kuat-kuat ye. Kalau Yun dengar, Yun datang ambil oppa. Kalau tak, tunggu jelah sampai esok pagi. Goodnight!"
Aku melambai Yoongi seraya menghadiahkam flying kiss. Panik muka Yoongi bila aku semakin jauh daripada pandangan dia.
"Yun!! Yun! Tak, oppa tak merajuk. Please.. Oppa nak masuk juga. Sejuk gila ni."
Yoongi memeluk tubuh. Aku ketawa kecil melihatkan telatahnya yang comel.
Tanpa sepatah bicara, tubuh kecilnya didukung seraya melangkah ke dalam rumah. Bilik tidur dituju.
Aku mengeluh, masih tak jumpa juga jalan penyelesaiannya..
***
"Wah, tengok tu. Macam best je!"
Taehyung menjerit seraya menunjuk ke kaca TV. Aku yang leka melayan Jungkook mewarna buku lukisannya memandang Taehyung yang dah terkinja-kinja. Matanya membulat dengan bibirnya tak habis-habis menceceh itu ini.
Teddy bear bewarna perang yang dihadiahkan aku sempena ulang tahunnya dulu kemas dalam pelukkan dia. Dengan baju tidur dia lagi, ish ish.
Pandangan aku alihkan pada kaca TV. Taman tema. Oh patutlah dia excited semacam.
Jungkook yang leka mewarna tadi pun dah tergangga tengok iklan taman tema tu. Tak berkelip mata dia.
Habis je iklan tu, aku kembali mewarna doraemon dengan warna merah. Hah, kelakar pula aku tengok bila doraemon ni jadi warna merah.
"Noona..."
Suara Taehyung memanggil aku, manja. Hm, aku dah tahu apa dia nak. Tapi aku takkan setuju. Boleh pengsan nak bawa budak berlapan ni pergi taman tema. Mahu tercicir sorang dua nanti.
"Noona...."
Kali ni lebih panjang, dan lenggokannya lebih manja. Sabarlah hati, jangan goyah.
"Noona... Tae nak pergi situ.. Jebal.."
Taehyung dah menghampiri aku, lengan aku digoyang-goyangkan.
Teddy bear dia dah campak tepi.
"Tak boleh Tae.. Noona tak dapat nak jaga korang semua sekali kat situ."
Aku kembali memfokuskan pandangan pada warna. Jungkook pula memandang wajah aku, seakan-akan meminta persetujuan.
"Noona, Kookie pun nak pergi... Bolehlah."
Tambah lagi sorang.. Kedua-dua lengan aku dah bergoyang.
"Cannot."
Sepatah aku menjawab.
"Hm, noona ni tak sayang Tae dengan Kookie lah."
Taehyung mencebik. Aku dah mengeluh.
"Noona sayang sangat korang. Janganlah cakap macam tu. Kalau kita pergi pun, penat lepas tu ramai orang. Baik kita duduk rumah, boleh tengok tv, boleh warna-warna, boleh tidur sampai tak reti bangun."
Aku menjeling figura Yoongi yang masih lena tidur di atas sofa. Apalah yang dia suka sangat tidur atas sofa tu. Katil besar elok-elok ada. Ish, ish.
"Noona warna dengan Kookie je.. Tae ni noona biar tengok TV sosorang.. Hm, jomlah noona.."
Taehyung dah mencebik-cebik. Aku masih diam.
"Jom nak pergi mana ni?"
Suara Jin menyapa dari belakang. Langkahnya diikuti Hoseok dan Namjoon.
"Chim mana?"
Aku menyoal kembali Jin tanpa menjawab soalannya.
"Chim tengah mandi.. Haneul tidur lagi tadi kitorang dah tengok dia lena je."
Jawab Hoseok sebelum menghampiri aku. Aku menggeleng. Anak dengan ayah sama je perangai. Tidur tak sedar-sedar.
"Tae nak pergi taman tema.. Tapi noona tak nak."
Hah, mengadulah. Aku tarik rambut tu baru tahu.
"Taman tema? Fun fair ke?"
Namjoon pula menyoal. Aku dah menggeleng.
"Taklah, taman tema tu tempat ternak lembu."
Aku menjeling Namjoon. Dia dah tersengih-sengih seraya menggaru kepalanya. Tahu pun soalan apa entah kau tanya tu. Kan sama je taman tema dengan funfair.
"Best juga kan kalau dapat pergi situ."
Jin yang dah duduk sebelah Yoongi, bersuara. Aku mengeluh. Macam betul-betul kena bawa je ni..
Tengah aku pening melayan kekecohan budak-budak ni, tiba-tiba Jungkook menjerit.
Semua orang terkejut. Automatik semua mata memandang Jungkook.
"Kenapa Kookie?"
Air mata mengalir perlahan di pipi gebunya. Aku panik.
"Kookie.. Kenapa ni? Cuba bagitahu noona."
Dia sakit ke?
"Noo..na.. Wae... Warna dora..emon ni... Mer..ah..?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com